Sunday, February 16, 2014

SOAL JAWAB AGAMA BAHAGIAN 113

Soal Jawab Agama Siri 113 (Haid Wanita, Hukum Faraid, Doa Nabi Musa a.s., Akidah ASWJ dan Syiah dan Perkahwinan)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah, 
Soal Jawab Agama Siri 113 adalah membicarakan persoalan mendatangi isteri semasa haid, pembahagian harta puasa secara hukum faraid, doa Nabi Musa a.s., perbezaan Rukun Islam dan Rukun Iman di antara Ahli Sunah Wal Jamaah dengan Syiah dan perkahwinan semasa belajar di Institut Pengajian Tinggi.


846. Soalan : Semasa isteri sedang haid Islam melarang melakukan persetubuhan. Adakah di bolehkan jika suami mendatangi isterinya seperti bercumbuan dan lain-lain selain daripada melakukan jimak? 

Jawapan : 

Semasa isteri sedang haid Allah SWT melarang melakukan persetubuhan sebagaimana firman-Nya yang bermaksud, "Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah: “Haid itu adalah suatu kotoran”. Kerana itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haid; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci. apabila mereka telah Suci, Maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri. 
(Surah al-Baqarah ayat  222)

Sesungguhnya orang Yahudi, ketika isteri mereka mengalami haid, mereka tidak mahu makan bersama isterinya dan tidak mahu tinggal bersama isterinya dalam satu rumah. Para sahabatpun bertanya kepada Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. kemudian Allah menurunkan ayat, yang maksudnya:

“Mereka bertanya kepadamu tentang haid, katakanlah bahawa haid itu kotoran, kerana itu hindari wanita di bagian tempat keluarnya darah haid…” (Hadis Riwayat Muslim no. 302).

Dengan demikian, suami masih boleh melakukan apapun ketika isteri haid, selain yang Allah larang dalam al-Quran, Iaitu melakukan persetubuhan.

Hukumnya halal dengan sepakat ulama. A’isyah radhiyallahu ‘anha menceritakan,

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا حِضْتُ يَأْمُرُنِي أَنْ أَتَّزِرَ، ثُمَّ يُبَاشِرُنِي

"Apabila saya haid, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menyuruhku untuk memakai sarung kemudian bercumbu denganku." (Hadis Riwayat. Ahmad 25563, Tarmidzi 132 dan dinilai sahih oleh Al-Albani).

Hal yang sama juga disampaikan oleh Maimunah radhiyallahu ‘anha,

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُبَاشِرُ نِسَاءَهُ فَوْقَ الْإِزَارِ وَهُنَّ حُيَّضٌ

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bercumbu dengan isterinya di daerah di atas sarung, ketika mereka sedang haid. (Hadis Riwayat. Muslim no. 294)

Diriwayatkan dari Ikrimah, dari beberapa isteri Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam,

أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا أراد من الحائض شيئا ألقى على فرجها ثوبا

“Bahwa Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ketika hendak melakukan hubungan intim dengan isterinya yang sedang haid, baginda menyuruhnya untuk memasang pembalut ke kemaluan isterinya.” (Hadis Riwayat. Abu Daud 272 dan Al-Hafidz Ibn Hajar mengatakan: Sanadnya kuat).

Kesimpulannya ketika isteri haid suami di larang melakukan persetubuhan  tetapi selain daripada itu dibenarkan berseronok-seronak dan isteri juga dilarang melakukan onani ke atas suaminya. Wallahu a'lam.


847. Soalan : Bapa saudara saya baru meninggal 3 minggu lalu meninggalkan wang sebanyak RM 200,000.00, dia meninggalkan seorang isteri, dan tidak memiliki anak kandung. Si mati mempunyai 3 adik beradik kandung (2 lelaki dan 1 perempuan) tetapi  satu daripada adil lelaki bapa saudara saya  sudah meninggal dunia sebelum bapa saudara saya meninggal dunia. Adiknya yang meninggal dunia meninggalkan 4 orang anak lelaki termasuk saya sendiri.

Soalan saya:

1. Bagaimana cara pembagian waris simati?

2. Kedudukan saya adalah salah satu anak dari adik simati yang telah meninggal dunia lebih dahulu daripada bapa saudara saya.? 

Jawaban:

1. Isteri si mati akan mendapat bahagian 1/4 bahagian = RM 50,000.00

Adik lelaki (yang masih hidup) mendapat 1/2 bahgian = RM 200,000.00 x 1/2 = RM 100,00.00

Adik perempuan mendapat 1/4 bahagian = RM 200,000.00 x 1/4 = RM 50,000.00

2. Saudara sebagai anak saudara tidak mendapat harta waris tersebut kerana di halang oleh anak-anak simati. Ayah saudara yang menjadi adik kepada simati (meninggal dunia lebih awal) tidak mendapat bahagian daripada harta pusaka tersebut. Wallahu a'lam

848. Soalan : Bolehkan ustaz jelaskan doa Nabi Musa a.s yang di ceritakan oleh Allah SWT di dalam al-Quran sehingga berkat doa tersebut Allah SWT memberikan kekuatan dan kejayaan kepada baginda untuk menghadapi kezaliman Firaun?

Jawapan :


Dalam al-Quran, Allah SWT menyebutkan beberapa doa yang dipanjatkan oleh Nabi Musa a.s. Doa-doa  itu baginda panjatkan dalam setiap kesusahan yang baginda hadapi. Namun ada satu doa yang sangat menakjubkan, doa yang mengubati sekian banyak kegelisahan yang dialami oleh baginda: Doa tersebut adalah seperti berikut :


رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنْزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ

 "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan". (Surah al-Qashas ayat 24).


Doa ini di ucapkan ketika baginda berada di saat yang cukup genting dan mengharapkan pertolongan Allah SWT.  Tapi tiada lagi tempat mengadu, tidak ada keluarga, tidak ada pekerjaan, tidak mungkin kembali ke Mesir dalam waktu terdekat. Di saat itulah, Musa merasa sangat mengharapkan pertolongan Tuhannya. Di bawah teduhan pokok yang rendang, baginda berdoa,

فَسَقَى لَهُمَا ثُمَّ تَوَلَّى إِلَى الظِّلِّ فَقَالَ رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنْزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ

Maksudnya , "Maka Musa pun memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian ia pergi ke tempat teduh, lalu berdoa dengan berkata: "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan".
 (Surah al-Qashas ayat 24).

Doa baginda di kabulkan oleh Allah SWT hilangkan keresahan Musa, setahap demi setahap. Datanglah salah satu diantara wanita yang ditolong Musa, menawarkan kepada Musa agar berkunjung ke rumahnya. Menemui ayah si gadis.

1. Allah berikan jaminan keamanan kepada Musa, dengan Allah kumpulkan baginda bersama orang soleh (ayah si gadis Nabi Syuib a.s.).

2. Si ayah menikahkan Musa dengan salah satu anak gadisnya.

3. Musa mendapatkan pekerjaan dan tempat tinggal yang aman di kota Madyan.

4. Musa mendapatkan tongkat yang akan menjadi mukjizatnya.

5. Musa diajak oleh Allah SWT untuk menuju lembah penuh berkah, lembah Tuwa.

6. Di lembah ini, Allah SWT berbicara langsung dengan Musa menjadikannya sebagai Nabi dan Rasul.

7. Musa mendapatkan banyak Mukjizat untuk melawan Firaun.

8. Allah mengangkat saudara Musa, Harun, sebagai Nabi, yang akan membantu Musa dalam berdakwah.

9. Allah memenangkan Musa dan Firaun ditenggelamkan di laut merah.

Kalian boleh perhatikan, kemenangan dan kejayaan datang bertubi-tubi Allah SWT berikan kepada Musa. Yang semua itu dimulai setelah dia berdoa dengan penuh rasa harap, merasa fakir di hadapan Allah, memohon agar Allah menurunkan banyak kebaikan untuknya.

Sebagaimana yang dinyatakan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam,

ادْعُوا اللَّهَ وَأَنْتُمْ مُوقِنُونَ بِالإِجَابَةِ، وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ لَا يَسْتَجِيبُ دُعَاءً مِنْ قَلْبٍ غَافِلٍ لَاهٍ

“Berdoalah kepada Allah dengan penuh keyakinan akan dikabulkan. Ketahulilah bahawa Allah tidak akan memperkenankan doa dari seorang hamba yang hatinya lalai.” (Hadis Riwayat. Tirmidzi no. 3479, Hakim dalam al-Mustadrak 1817 dan dihasankan oleh al-Albani).

Wallahu a’lam

849. Soalan : Apakah perbezaan Rukun Iman dan Rukun Islam di antara Ahli Sunah Wal Jamaah dengan Syiah? Adakah akidah Syiah telah terkeluar daripada islam kerana perbezaan kedua-dua rukun ini?

Jawapan :

Apabila kita membandingkan perbezaan di antara Rukun Iman dan Rukun Islam Ahli Sunah Wal Jamaah dengan Rukun Islam dan Rukun Iman Syiah maka kita dapati akidah Syiah telah menyempang jauh dan akidah Syiah telah terkeluar daripada akidah Islam yang sebenarnya. Syiah telah menjadi satu ajaran sesat dan menyesatkan dan perlu di awasi sepenuhnya supaya jangan ada di kalangan umat Islam terpengaruh dengan ajaran Syiah tersebut.

Pertama : Perbezaan dalam Rukun Islam

1. Rukun Islam dalam Islam ada 5:

Dua Kalimah Syahadat, Solat, Puasa, Zakat, dan Haji.

Dari Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,

بُنِيَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ: شَهَادَةِ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، وَإِقَامِ الصَّلاَةِ، وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ، وَالحَجِّ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ
Maksudnya : ”Islam dibangun di atas 5 rukun: Syahadat Laa ilaaha illallah dan bahawa Muhamamd utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, mengerjakan fardu haji, dan Puasa Ramadan.” (Hadis Bukhari no. 8 dan Muslim no. 16).

2. Rukun Islam dalam Syi’ah juga ada 5:

Solat, Puasa, Zakat, Haji, dan Wilayah.

Yang dimaksud rukun Wilayah adalah bahawa penentuan imam atau khalifah, itu murni ditunjuk oleh Allah (manshab ilahi), sebagaimana nubuwah (kenabian). Kerana itu, dalam syiah, imam atau khalifah, tidak boleh ditetapkan berdasarkan kesepakatan atau pemilihan.

Dalam Ushul al-Kafi – salah satu rujukan utama dalam Syiah – dinyatakan,

عن أبي جعفر (عليه السلام) قال: بني الاسلام على خمس: على الصلاة والزكاة والصوم والحج والولاية ولم يناد بشئ كما نودي بالولاية، فأخذ الناس بأربع وتركوا هذه – يعني الولاية -

Dari Abu Ja’far – alaihis salam – dia mengatakan, Islam dibangun di atas 5 rukun: solat, zakat, puasa, haji, dan wilayah. Beliau menyerukan paling keras untuk rukun wilayah. Namun manusia hanya mengambil 4 rukun pertama, dan meninggalkan ini (yaitu rukun wilayah).

Dalam riwayat lain, terdapat tambahan,

قال زرارة: فقلت: وأي شئ من ذلك أفضل؟ فقال: الولاية أفضل، لأنها مفتاحهن والوالي هو الدليل عليهن

Zurarah bertanya kepada Abu Ja’far, “Mana rukun Islam yang paling afdhal? Abu Ja’far menjawab, “Walayah paling afdhal. Kerana ini kunci semuanya, dan Wali adalah petunjuk untuk yang lainnya.” [Ushul al-Kafi, al-Kulaini, 2/18].

Dengan demikian, dalam Syiah, syahadah bukan termasuk Rukun Islam versi Syiah.

Kedua, Perbezaan dalam Rukun Iman

1. Islam mengajarkan Rukun Iman ada 6:

Beriman Kepada Allah, BerIman Kepada Malaikat, Beriman Kepada Kitab-Kitab, Beriman Kepada Para Rasul, Beriman Kepada Hari Kiamat, dan Beriman Kepada Qada dan Qadar.

Dari Umar bin Khatab radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjelaskan tentang Iman,

الْإِيمَانِ: أَنْ تُؤْمِنَ بِاللهِ، وَمَلَائِكَتِهِ، وَكُتُبِهِ، وَرُسُلِهِ، وَالْيَوْمِ الْآخِرِ، وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ
Maksudnya : "Iman adalah kamu beriman kepada Allah, para Malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para rasul-Nya, hari akhirat, dan kamu beriman terhadap takdir yang baik maupun yang buruk. (Hadis Riwayat Bukhari no. 50, Muslim no. 8, Nasai no. 4990, dan yang lainnya).

2. Rukun Iman dalam Syi’ah ada 5:

Tauhid, Nubuwah (Kenabian), Imamah, Keadilan, dan al-Ma’ad (Qiamat).

Tokoh Syiah, Syaikh al-Muntadzari mengatakan,

أصول الدين خمسة: التوحيد والعدل والنبوة والإمامة والمعاد

”Ushuluddin (prinsip iman) ada lima: tauhid, keadilan, nubuwah (kenabian), imamah, dan al-Ma’ad (qiyamat).” (Minal Mabda’ ila al-Ma’ad, al-Muntadzari, 181).

Hal yang sama juga ditegaskan oleh al-Huly, dalam bukunya, an-Nafi’ yauma al-Hasyr,

وأصول الدين خمسة التوحيد والعدل والنبوة والإمامة والمعاد

”Ushuluddin (prinsip iman) ada lima: tauhid, keadilan, nubuwah (kenabian), imamah, dan al-Ma’ad (qiyamat).” (an-Nafi’ yauma al-Hasyr, al-Huly, 13).

Prinsip ini dipegang kukuh oleh seluruh Syiah, hingga sekarang. Berdasarkan perbezaan tersebut Syiah telah sesat darisegi akidah dan mereka (penganut Syiah) bukan lagi di kalangan umat Islam. Syiah telah mengkafirkan semua sahabat-sahabat Rasulullah SAW kecual 4 orang saja dan Syiah telah menghalalkan darah umat Islam Ahli Sunah Wal Jamaah. Jauhilah Syiah dan jika ada saudara kita telah mengikut ajaran sesat Syiah bawalah mereka kembali kepada Islam yang sebenarnya.

850. Soalan : Bagimana menurut pandangan Islam pelajar lelaki dan perempuan di Pusat Pengajian Tinggi yang berhasrat untuk berkahwin sedangkan mereka belum habis belajar dan belum bekerja?

Jawapan :

Islam menggalakkan perkahwinan jika sudah sampai keperluan di antara lelaki dan wanita dikhuatiri boleh terjebak kepada zina. Lelaki dan wanita yg sedang belajar sepatutnya tidak di halang untuk mereka berkahwin dan telah banyak bukti bahawa perkahwinan semasa belajar tidak menjejaskan pelajaran. 

Jika mereka sudah sampai peringkat wajib tidak sepatutnya kedua ibu bapa mereka menghalang mereka berkahwin. Jangan difikirkan sangat hantaran yg mahal dengan persiapan yg besar-besaran kerana yang penting adalah pihak bakal suami mampu menyediakan mas kawin dan kenduri pun buatlah kecil-kecilan, ini lebih sunah dan di berkati daripada anak-anak gadis kita mengandung anak luar nikah semasa belajar.

Terdapat hadis daripada baginda SAW yang sangat memberikan galakan kepada golongan remaja yang mampu supaya berkahwin demi menjaga agama dan kehormatan diri. 

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri"(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML