Sunday, July 13, 2014

SETIAP DARIPADA KITA DIPERTANGGUNGJAWABKAN

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu'alaikum.
Marilah kita sama-sama memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Marilah kita berselawat buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.

Apa khabar semua pembaca!. Harap semuanya sihat dan beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah SWT. 

Hari ini, Alhamdulillah selesai mendengar kuliyah ini -  "Persoalan di alam barzakh - Tanyalah Ustaz di TV 9" melalui youtube di bawah. Biarpun apa yang dikuliyahkan selalu kita dengar namun perlu sentiasa diperingatkan (untuk diriku terutamanya). Allahuakbar.


Ustaz telah membaca Surah Qaaf ayat 16 hingga 32 yang terjemahannya seperti di bawah sebagai muqaddimah kuliyahnya.

"Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya, (16) Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya dan yang satu lagi di sebelah kirinya. (17) Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya). (18) Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah "Sakaratulmaut" membawa kebenaran (yang telah dijanjikan, serta dikatakan kepada yang mengingkarinya sebelum itu): Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri daripadanya! (19) Dan lagi (apabila sampai saat yang ditentukan) ditiuplah sangkakala (untuk menghidupkan semula makhluk-makhluk yang telah mati); saat itu ialah hari berlakunya amaran yang telah diberikan. (20) Dan (setelah itu) datanglah tiap-tiap orang (ke Padang Mahsyar), disertai (dua malaikat: Yang satu menjadi) pembawa dan (yang satu lagi menjadi) saksi; (21) (Serta dikatakan kepadanya): Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang (perkara hari) ini, maka kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat). (22) Dan berkatalah malaikat yang sentiasa ada bersama-samanya: Inilah (Kitab catatan iman dan amal) orang yang terletak dalam jagaanku, siap sedia (untuk kamu dibicarakan). (23) (Setelah tiap-tiap orang dibicarakan, Allah berfirman kepada kedua malaikat yang menjadi pembawa dan saksi itu): Humbankanlah oleh kamu berdua, ke dalam Neraka Jahanam tiap-tiap orang yang tetap degil dalam kekufurannya.di dunia dahulu (24) Yang sering menghalangi jenis kebajikan, yang melanggar hukum agama, lagi yang meragukan segala kebenaran, (25)Yang menyembah benda yang lain bersama-sama Allah; maka humbankanlah oleh kamu berdua akan dia ke dalam azab seksa yang seberat-beratnya. (26) (Semasa dia dihumbankan ke dalam Neraka Jahanam, dia mendakwa bahawa Syaitanlah yang menjadikan dia sesat; pada saat itu) Syaitan yang sentiasa menyertainya (di dunia dahulu) berkata: Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi sememangnya dia sendiri berada di dalam kesesatan yang jauh terpesong. (27) Allah berfirman: Janganlah kamu berbalah lagi di hadapanKu, (tidak ada gunanya berbalah pada masa Aku membuat keputusan); padahal (kamu sedia mengetahui bahawa) Aku dahulu telah memberi amaran kepada kamu (akan menyeksa orang-orang yang bersalah). (28) KeputusanKu itu tidak akan diubah atau ditukar ganti dan Aku tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hambaKu. (29) (Peringatkanlah manusia) akan hari Kami bertanya kepada Neraka Jahanam: Adakah engkau sudah penuh? Dia menjawab: Adakah lagi sebarang tambahan? (30) Dan (ingatkanlah pula hari) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertakwa, di tempat yang tidak jauh (dari mereka). (31) (Serta dikatakan kepada mereka): Inilah yang dijanjikan kepada kamu, kepada tiap-tiap hamba yang sentiasa kembali (kepada Allah dengan mengerjakan ibadat), lagi yang sangat memelihara dengan sebaik-baiknya (segala hukum dan peraturan Allah); (32)"
Allah berikan segalanya supaya kita menggarap ganjaran di akhirat, carilah bekalan pada hari ini untuk akhirat. Siapa yang beralasan sibuk maka bertakwalah.

Di sini diberitakan tentang persoalan azab di alam barzakh. Dengar soalan senang namun bolehkah kita jawab nanti.

Di bawah ini disalin maksud talkin yang selalu kita dengar ketika dibaca untuk orang Islam yang telah meninggal dunia.

Diharapkan semasa kita membaca dan mendengar, bayangkanlah diri kita adalah sekujur tubuh yang dibalut dengan kain putih, berada dalam kegelapan dan keseorangan. Mudah-mudahan dapat menimbulkan rasa keinsafan, mengingatkan diri tentang mati yang pasti. Lebih berkesan sekiranya kita membaca atau mendengar entry ini sebelum tidur, tatkala berseorangan...

Setiap yang bernyawa pasti merasai mati
dan bahawasanya kamu akan disempurnakan pahalamu di hari kiamat
lalu siapa saja yang dijauhkan dari neraka
dan dimasukkan dalam syurga
itulah dia orang yang beruntung
tidak ada kehidupan dunia kecuali kesenangan yang menipu
wahai hamba Allah
ingatlah janji yang kamu keluar atasnya dari dunia hingga akhirat
iaitu persaksian tiada tuhan yang lain kecuali Allah
dan Muhammad SAW Rasulnya
dan bahawasanya mati adalah benar
alam kubur adalah benar
kenikmatan dan siksa di dalamnya adalah benar
pertanyaan malaikat Munkar dan Nakir adalah benar
kebangkitan dariNya adalah benar
perhitungan yakni hisab adalah benar
syafaat Nabi Muhammad SAW adalah benar
Syurga dan Neraka adalah benar
pertemuan dengan Allah bagi ahlinya adalah benar
bahawasanya Allah membangkitkan orang-orang ahli kubur
sekarang kamu berada di alam barzakh
alam antara dunia dan akhirat
maka ketika dua malaikat munkar dan nakir yg ditugaskan oleh Allah mengunjungi kamu

janganlah kamu menjadi terkejut ataupun gentar
kerana keduanya adalah makhluk biasa seperti kamu dari sekian banyak makhluk2 Allah
ketika mereka berdua bertanya kepadamu
Siapakah Tuhanmu ?
Siapakah Nabimu ?
Apakah agamamu ?
Apa kiblatmu ?
dan apa pula pemimpinmu ?
dan siapakah saudaramu ?
maka jawablah dengan tegas dan jelas serta meyakinkan
Allah adalah Tuhanku
Muhammad adalah Nabiku
Islam adalah agamaku
Ka'bah adalah kiblatku
Kitab Al-Quran adalah pemimpinku
Dan kaum Muslimin,dan Muslimat, mukminin dan mukminat, adalah saudara-saudaraku
serta dihidupkan kembali
insyaAllah, kamu termasuk orang2 yg aman, selamat, dan semoga Allah mengukuhkan kamu dalam 

ucapan yg tetap
asyhadualla ilaha illallah
wa asyhaduanna muhammadarrasulullah
Allah mengukuhkan orang-orang yang beriman dengan ucapan yang kukuh
asyhadualla ilaha illallah
wa asyhaduanna muhammadarrasulullah
di dunia dan di akhirat
...
يَـٰٓأَيَّتُہَا ٱلنَّفۡسُ ٱلۡمُطۡمَٮِٕنَّةُ (٢٧) ٱرۡجِعِىٓ إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً۬ مَّرۡضِيَّةً۬ (٢٨) فَٱدۡخُلِى فِى عِبَـٰدِى (٢٩) وَٱدۡخُلِى جَنَّتِى (٣٠

(al-Fajr [89] : 26 - 30)
wahai jiwa yg tenang
pulanglah ke hadrat Tuhanmu dengan gembira dan diredhai
masuklah dlm jamaah hamba-hambaKu
dan masuk pula dalam syurgaKu 

Bila Allah sebut "setiap manusia bertanggungjawab atas apa yang dilakukan di dunia ini" kita kena buang sifat sombong. Jangan fikir nak buat benda-benda yang tak baik. Di alam kubur bukan sahaja kita nak fikir sama ada boleh jawab soalan-soalan tadi tapi kita kena fikir tentang kesudahan kita semasa sakratul maut.

Kubur ialah tempat mula-mula kita nak ke mahsyar.. Syarat-syarat mudah dihisab, jika soalan boleh dijawab dengan baik maka tak perlu risau di mahsyar.

Kamu pasti ditanya nikmat yang diberikan apakah yang dilakukan terhadapnya. Ingat; "setiap manusia bertanggungjawab atas apa yang dilakukan di dunia ini"

Teringat lirik lagu waliband - Ingat mati:

Ingat mati, ingat sakit
Ingatlah saat kau sulit
Ingat ingat hidup cuma satu kali
Berapa dosa kau buat
Berapa kali maksiat
Ingat ingat sobat ingatlah akhirat
Cepat ucap astaghfirullahal’adzim
Pandanglah ke sana
Lihat yang di sana
Mereka yang terbaring di tanah
Bukankah mereka
Pernah hidup juga
Kita pun kan menyusul mereka

Allah swt berfirman maksudnya : "Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), (1) Sehingga kamu masuk kubur. (2) Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)! "(At-Takaasur [102] : 1 - 3)

Sekian, catatan untuk peringatan kepada diri. Semoga memberi manfaat.
Read More

BAHAYA MATI JAHIL

 Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu’alaikum.

Segala puji bagi Allah Tuhan yang mentadbir seluruh alam. Selawat serta salam buat Nabi Muhammad, keluarga serta para sahabat dan yang mengikuti baginda hingga ke hari kiamat.

Nasihat Luqman al-Hakim yang pertama kepada anaknya ialah jangan syirik kepada Allah. Syirik kepada Allah satu inaya/zalim yang paling besar.

Jadi perkara yang pertama kita perlu nasihat kepada anak-anak kita ialah jangan syirik kepada Allah. Bahaya syirik, jika tak sempat taubat matilah dalam syirik lalu duduklah dalam neraka selama-lamanya.

Orang Budha, Kristian, Yahudi percaya kepada Allah tapi masa yang sama syirik kepada Allah.

Orang Islam kata La ilaha illallah. Allah itu satu, Esa, tiada sekutu baginya.

Dalam solat kita kata la syarika lahu.. tiada sekutu bagiNya.

Dalam Islam tiada istilah menilik, menilik tu haram. Percaya kepada bomoh yang menilik itu syirik.

Jangan sekutukan Allah itu dengan apa sahaja.

Zalim ada 3

1) Syirik kepada Allah. Allah yang bagi rezeki tiba-tiba duk percaya benda lain pula. Allah bagi segalanya. Manusia tak reti buat apapun. Udara, ikan dan segalanya kita tak tahu buat. Zalim ialah meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya. Kena faham tauhid uluhiyah dan rububiyyah. Fahamilah Iyyakana'budu waiyyakanasta'iin. Berubat adalah asbab. Bukan ubat yang bagi lega tapi Allah yang bagi lega.

2) Zalim yang tidak diampun ialah zalim sesama kita. Kita buat zalim kepada orang, selagi orang tak ampunkan kita, kita tetap zalim.

3) Zalim yang diampun. Zalim kepada diri sendiri. Tak solat, tak beri zakat, tak tutup aurat. Kalau minta ampun Allah akan ampunkan. Sebab itulah nabi Adam dan isterinya minta ampun.

Zalim yang paling besar ialah syirik.

Beribadatlah kerana Allah, bagi Allah, untuk Allah, La ilaha illallah.

Semua yang ditulis di atas itu ialah sebahagian daripada kuliyah Ustaz Mutalib Maarof tentang Bahaya mati jahil . Jadi kena belajar supaya tidak buat salah dan tidak mati dalam keadaan jahil, lebih-lebih lagi dalam keadaan mensyirikkan Allah SWT.

Teruskan menonton.


Read More

JANGAN BIARKAN DIRI BERADA DI JALAN KEGELAPAN

Letihlah berpuasa

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Segala puji hanya bagi Allah SWT yang mentadbir seluruh alam, mencurahkan limpah kurniaNya dan kenikmatan yang begitu banyak, sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.


Salam Ramadhan kepada pembaca sekelian. Lama tak dapat mengisi ruangan ini. Mudah-mudahan pengisian kali ini dapat sedikit sebanyak mengingatkan kita bahawa puasa yang benar akan dapat memberikan cahaya kepada kita..

Barangkali kita semua pernah melihat seseorang yang jiwa dan fikirannya dalam kebingungan. Dia yakin dirinya benar, tetapi ternyata salah. Dia juga sedang melakukan hal-hal salah, tetapi dia tidak tahu bahawa apa yang dilakukannya itu salah.

Itulah orang-orang yang terhijab jiwanya. Keadaan begini terjadi dalam pelbagai skala mulai daripada yang paling ringan hinggalah kepada yang sangat berat termasuk orang-orang yang suka berbuat kejahatan dan dosa besar.

Orang-orang seperti itu sedang berada di dalam kegelapan, dia sendiri tak nampak tangannya sendiri apatah lagi, melihat persekitarannya. Digambarkan dalam ayat di bawah :


Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis - apabila orang itu mengeluarkan tangannya, ia tidak dapat melihatnya sama sekali. Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang peraturanNya mendapat cahaya (hidayah petunjuk) maka ia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar).(an-Nur [24] : 40)

Al-Quran memberikan perumpamaan, orang-orang yang banyak dosa seperti hidup dalam kegelapan, sedangkan orang yang banyak berbuat kebajikan seperti hidup dalam suasana yang terang benderang. Suasana terang itu menjadikan orang itu tahu jalan, ke mana dia harus melangkah iaitu tetap berada di atas jalan yang lurus (shirathal-mustaqim).




Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman. Dan inilah jalan Tuhanmu (ugama Islam) yang betul lurus. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan ayat-ayat keterangan (Kami) satu persatu, bagi kaum yang mahu beringat - insaf. (al An’aam [6] : 125-126)


Jadi, apabila kita mengkaji beberapa ayat di dalam Al-Quran yang menyebut tentang perkara ini,  kita akan dapat kesimpulan bahawa orang yang terhijab jiwanya adalah orang-orang yang sedang tersesat. Orang itu berada di ‘jalan kegelapan’ menyebabkan dia tidak tahu jalan yang benar.

Bagi orang-orang yang mengambil sikap menentang atau ingkar dengan sengaja, Allah memberikan gambaran yang lebih tegas lagi, iaitu penglihatan mereka bakal tertutup akibat sikap mereka sendiri walaupun diberikan peringatan ataupun tidak, hasilnya tetap sama.



Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.(Al Baqarah [2] : 6-7)


(Orang-orang yang melakukan perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka, dan dibutakan penglihatannya (Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)? (Muhammad [47]: 23-24)


Sebaliknya, orang-orang yang terbuka jiwanya adalah mereka yang memiliki penglihatan yang jernih terhadap segala peristiwa, sehingga dapat mengambil pengajaran daripada ayat-ayat Allah yang dihamparkan di sekitarnya sebagai petunjuk untuk menuju ke arah yang benar.

Sempena Bulan Ramadhan yang mulia lagi barakah ini marilah kita berusaha untuk memanfaatkannya agar seluruh ibadah kita akan dapat membuka hijab dalam diri kita. Orang-orang yang berpuasa dengan baik ialah orang-orang yang berhasil menjalankan puasanya sehingga tidak hanya memperoleh lapar dan dahaga. Merekalah orang-orang yang mencapai ketakwaan.

Diharapkan ketakwaan yang kita dambakan akan kita miliki. Orang-orang yang bertakwa mampu untuk melihat dan menyedari kesalahan yang sedang dia perbuat. Hatinya jernih, mata batinnya tajam. Bahkan, ketika syaitan sudah membisikkan niat jahat ke dalam jiwanya, orang-orang yang bertakwa itu dengan mudahnya mampu menghindarkan dirinya daripada terjebak dengan hasutannya, dan segera tahu bahawa hal tersebut adalah hal yang tidak baik. Inilah orang-orang yang sudah terbuka hijab jiwanya.



Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan daripada Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar). (Al A’raaf [7] : 201)


Orang-orang yang berpuasa adalah orang-orang yang sedang dalam proses untuk meningkatkan kesedaran dalam membentuk cara mengawal diri dengan baik. Semua itu harus dimulai dengan kefahaman terhadap ilmu puasa, dan kemudian dilatihkan sepanjang bulan Ramadhan.

Harapan agar kita tidak hanya berpuasa secara orang awam sahaja sebaliknya kita berusaha untuk mencapai takwa yang sebenar-benarnya.


Selamat beramal
Read More

CALON JENAZAH

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:

A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):

1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA :

Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA :

Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN :

Anda tidak perlu bawa siji-sijil, termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat, Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal yang Ikhlas serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA :

Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR :

1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON :

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI :

Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah S.A.W:

'Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.' Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu... Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya'.

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.
Read More

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML