Wednesday, July 9, 2014

BESAR DAN BERAT DUGAAN KAMI KAUM ADAM



Besarnya dugaan lelaki nak meminang anak dara orang.

Budak-budak lelaki yang cuma nak main-main, couple suka-suka, takkan lalui benda ni sebab ketidakmatangan mereka menghalang sel-sel otak mereka berhubung dari memikirkan persediaan ke arah nikah.

Hanya orang yang betul-betul serius akan memahami.

Bila betul-betul serius suka. Betul-betul nak kahwin. Andai bernasib baik jumpa mentua yang betul-betul Islamik, anda tidak akan mengalaminya. Insya-Allah.

Namun, jika kurang bernasib baik, lelaki akan ditanya bakal mentuanya seperti ini.

"Kamu kerja apa? Or masih belajar? Bila nak habis? Lama lagi? Lulusan diploma? Degree? Master or PhD?"

"Berapa tahun kerja?"

"Kerajaan or swasta?"

"Tetap or sementara or kontrak?"

"Gaji sebulan berapa?"

"Kerja kamu ini apa masa depannya? Ada kenaikan gaji? Ada bonus? Elaunnya bagaimana?"

"Pergi kerja dengan apa? Kereta? Motosikal? LRT? Tumpang kawan?"

"Rumah sendiri or rumah sewa? Nanti dah nikah nak tinggal mana?"

"Agak-agak bila nak nikah? Persediaan macam mana?"

"Mampu tanggung anak kami macam kami tanggung?"

Fuh.

Berpeluh sampai ke tumit nak menjawab soalan macam ni. Jika jawapan kamu adalah,

"Baru kerja. Bukan kerajaan. Belum dapat status tetap or berpencen. Gaji masih peringkat starting tak sampai 1.5K sebulan. Tak sure masa depan syarikat tempat kerja, maybe short-term dan kena cari kerja lain yang lebih bagus. Pergi kerja dengan motosikal. Kadang-kadang naik LRT. Cadangan nikah tak dapat buat lagi tahun ni, maybe satu dua tahun lagi. Persediaan masih dalam perancangan. Lepas nikah maybe sewa rumah flat dulu sebab dalam proses nak loan kereta. Insya-Allah mampu kot."

Dengan jawapan temuduga yang tak berapa nak pass macam ni, belum tentu kamu akan diterima walaupun kamu suka sama suka dengan si anak. Tu contoh yang makan gaji. Kalau yang tak ada kerja langsung camana?

Di mata para ibu bapa gadis, mereka nakkan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Bila kamu jadi ibu bapa kelak, kamu juga nak pilih menantu yang terbaik. Takkan nak yang cikai-cikai, cukup-cukup makan je. Secara logiknya begitu.

Sebab tidak ramai ibu bapa yang betul-betul Islamik. Mereka ikut logik dan rasa tanggungjawab penuh sebagai ibu bapa sahaja.

Sungguh sukar untuk mencari ibu bapa yang kata,

"Tak kisahlah kamu kerja apa, kerja kat mana. Tak perlu keluarkan kos banyak-banyak. Cukuplah dengan apa yang kamu ada. Yang penting, kamu suka anak kami, ikhlas nak buat isteri dan kami sedia terima kamu sepenuhnya dengan seluas-luasnya hati kami. Kami alu-alukan kamu jadi keluarga kami. Welcome aboard to our big family." (senyum sampai telinga sambut kita)

Ada. Tapi susah. Ini realiti kehidupan modern sekarang. Tambah-tambah anak orang yang kamu nak itu berada dalam kategori orang berada atau kaya.

Berterus-terang dengan ketidakmampuan diri adalah cara yang terbaik. Andai ibu-bapa si gadis tidak berkenan dengan kita, tidak suka dengan kerja kita yang tidak menjamin kehidupan anak mereka, maka jalan terbaik adalah undur diri saja.

Bukan kerana tidak berusaha untuk dapatkan kerja yang lebih baik, tapi bukan senang juga nak dapat kerja yang bagus dengan ekonomi yang tidak begitu baik dewasa ini.

Solusinya, bila ibu-bapa gadis terlalu inginkan yang terbaik, andainya ia terlalu membebankan kamu untuk capai sebagaimana demand mereka. Maka, sila undur diri saja.

Jika mereka mahukan menantu yang terbaik. Kita juga mahukan mertua yang terbaik. Mertua yang terbaik pada kita adalah yang memahami erti hidup Islam sebenar. Tidak demand ke tahap yang kita tak mampu lakukan. Nikah tidak rumit dalam Islam.

Lepaskan saja anak mereka, insya-Allah pandailah orang tua mereka matchkan dengan calon yang lebih baik sebagaimana ciri-ciri menantu impian mereka.

Bukan enggan berusaha, tapi berjaya tu tak datang sekelip mata.

Nasihat saya kepada semua lelaki, sila lengkapkan diri betul-betul sebelum jalani temuduga keluarga. Biar bersedia segala sudut. Jangan pergi dengan bekal kosong dan janji manis.

Aturan Allah itu terbaik. Jaminan Dia lebih baik dari jaminan kita.

Bagi semua yang dah bergelar tunang atau isteri, hargailah lelaki masing-masing. Kerana bina masjid suci, tak semudah kita bermimpi.

Mungkin juga kamu jarang melihat titisan air mata seorang lelaki demi nak jadikan kamu isteri di realiti.

Nukilan lelaki biasa, Pak Abu
Read More

TAK SAH SOLAT KALAU MEMAKAI JEANS??!!?

GAMBAR HIASAN JE NI...BUKAN SAYA LA!!!

Dulu zaman belasan tahun dan baru belajar duduk di hostel lelaki, saya suka pakai seluar jeans.

Ada satu kali tu, bila turun jemaah di musalla hostel, tiba-tiba ustaz di depan yang sedang tazkirah sebut,

"Tu yang pakai seluar jeans di belakang tu, ingat elok sangatlah pakai tu."

Terfikir masa tu. Eh. Seluar jeans ni haram ke dipakai? Seluar ni tak koyak-koyak pun. Bila nak solat, dilipat aras buku lali. Malahan, masa tu tak pakai yang jenis slim-fit-cutting pun. Tak ketat pun.

Oh. Sebab tak pakai baju melayu, jubah dan kain pelikat serta tidak berkopiah seperti makmum yang lain.

Sepatutnya ustaz lebih faham agama. Janji pakaian tu bersih dari najis. Tidak mencolok mata. Tak perlu juga sampai tegur guna microfon.

Ada la juga terjadi bila singgah di mana-mana masjid kala musafir, berhenti solat jemaah. Ada pakcik-pakcik tak nak rapatkan saf dengan saya bila pakai jeans. Kita rapatkan, dia jauhkan.

Macam kotor sangat eh?

Apapun, harap tak ada lagilah pemikiran-pemikiran sebegini.

Kisah saya ni berlaku di zaman sebelum penjajahan samurai Jepun naik beskal di tanah melayu.

Sekarang dah moden, pemikiran pun dah terbuka sikit kan? Apa tak baik ke orang pakai jeans? Kalau pompuan pakai jeans ketat tu lain citer. Tu wajib mak bapak bakor je jeans ketat-ketat tu.

Teehee
Read More

BERDOA DI SAAT BERBUKA ITU SANGAT MUSTAJAB

Menurut hadis-hadis Nabi s.a.w.:-

Tatkala kedengaran saja azan menandakan masuknya waktu berbuka puasa, berdoalah. Mustajab!

Tatkala azan selesai dikumandangkan dan menanti iqamat dibunyikan, berdoalah.
Mustajab!

Setelah selesai berbuka dengan sebiji tamar, lalu segera menunaikan solat fardhu Maghrib, waktu kamu bersujud itu, berdoalah. Mustajab!

Usai saja bersolat, berdoalah. Mustajab!

Empat kali MUSTAJAB dalam satu waktu.
Doa yang tidak tertolak.

Apa lagi, usah lepaskan peluang keemasan ini.
Berdoalah sepenuh hati.

ha...Dalil mana dalil??? ....ni nak ROYAK

1. Saat buka puasa

Dari Abdullah bin 'Amr bin 'Ash Radhiyallahu 'anhu bahawa dia mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

"Ertinya : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak". (Sunan Ibnu Majah, bab Fis Siyam La Turaddu Da'watuhu 1/321 No. 1775. Hakim dalam kitab Mustadrak 1/422. Disahihkan sanadnya oleh Bushairi dalam Misbahuz Zujaj 2/17)

2. Antara azan dan iqamah

Dari Anas bin Malik Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa
sallam bersabda.

"Ertinya : Doa tidak akan ditolak di antara adzan dan iqamah". (Sunan Abu Daud, kitab Shalat 1/144 No. 521. Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'waat 13/87. Sunan Al-Baihaqi, kitab Shalat 1/410. Disahihkan oleh Al-Albani, kitab Tamamul Minnah hal. 139)

3. Waktu sujud dalam solat. Setiap sujud.

Dari Ibnu Abbas Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

"Ertinya : Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhl ah berdoa kerana saat itu sangat tepat untuk dikabulkan". (Sahih Muslim, kitab Shalat bab Nahi An Qiratul Qur'an fi Ruku' wa Sujud 2/48)

4. Lepas solat fardhu.

Dari Abu Umamah, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam ditanya tentang doa yang paling didengari oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala, baginda Shallallahu 'alaihi wa sallam menjawab.

"Ertinya : Di pertengahan malam yang akhir dan setiap selesai salat fardhu".
(Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'awaat 13/30. Dishahihkan oleh Al-Albani di dalam Shahih Sunan At-Tirmidzi 3/167-168 No. 2782).

Rujukan: http://zaharuddin.net/.../436-waktu-waktu-doa-mustajab.html
Read More

MERASA DIRI TIDAK LAYAKKK???


Memang sifat manusia.

Bila jumpa orang yang baik, kita rasa tidak setara dengannya. Maka, rasa rendah diri itu mulai wujud secara spontan. Misalnya, bila berjumpa rakan yang lebih alim dan tinggi ilmunya, kita respek dan hormatinya serta rasa tidak layak langsung andai ada yang cuba membeza-bezakan antara dia dan diri kita.

Begitu juga andai jumpa calon yang baik. Baik agamanya. Baik pekertinya. Siapa tak suka? Suka tu memang suka. Tapi bila disuluh ke arah diri sendiri,

"Ya Allah, tidak layaknya aku untuk dirinya."

Lantaran kurangnya pahala dan banyaknya dosa.

Lantaran kurangnya ilmu dan banyaknya maksiat.

Lantaran teruknya akhlak dan jarangnya baiki diri.

Saya teringat rasa tidak layak ini juga selalu dirasakan penghuni neraka. Apabila telah selesai dihukum di dalam api neraka dan habislah segala dosanya dimamah api yang menjulang selama berjuta atau berpuluh juta tahun lamanya, penghuni neraka ini juga merasakan tidak layak untuk masuk ke Syurga. Namun, tidak juga mahu kekal selama-lamanya di dalam neraka. Sebagaimana direkod dalam sebuah hadis:

Dari Abdullah bin Mas'ud katanya:

"Bersabda Rasulullah s.a.w.

"Saya mengetahui orang yang terakhir keluar dari neraka dan terakhir pula masuk syurga; iaitu seorang lelaki keluar dari api neraka sambil merangkak".

Berkata Allah Taala kepadanya : 
"Pergilah engkau masuk syurga!"

Orang itu pun segera berjalan. Sesampai di sana, dilihatnya seolah-olah syurga telah penuh sesak, orang itu lalu kembali kepada Allah dan berkata, 

"Ya Allah! hamba dapati syurga itu telah penuh sesak," 

Berkata Allah Taala kepadanya, 

"Pergilah masuk!"

Orang itu kembali lagi dan dilihatnya masih dalam keadaan penuh, kerana itu ia kembali pula mengadap Allah menceritakan keadaannya seperti semula. Demikianlah orang itu pulang pergi berkali-kali antara syurga dan hadrat Allah Taala. Akhirnya berkata Allah kepadanya : 

"Masuklah engkau ke dalam syurga ini! Untukmu seluas dunia dan ditambah sepuluh kali seluas dunia." 

Maka orang itu berkata,

"Apakah Tuhanku mengejek hamba? Sedang Tuhanku Raja." 

Kata Abdullah:

"Saya lihat Rasulullah S.A.W. tertawa sehingga nampak gerahamnya seraya berkata : "Orang itulah yang dikatakan penghuni syurga yang terendah darjatnya".  
(Hadis Sahih riwayat Muslim)

**

Siapa yang tak ingin hidup bersama orang-orang yang baik?

Siapa yang tak inginkan Syurga?

Rasulullah s.a.w. bersabda, Allah Ta’ala berfirman,

"Syurga itu disediakan bagi orang-orang soleh, kenikmatan di dalamnya tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga, dan tidak pula pernah terlintas dalam hati. Maka bacalah jika kalian menghendaki firman Allah Ta’ala (yang ertinya),

"Tak seorang pun mengetahui berbagai nikmat yang menanti, yang indah dipandang sebagai balasan bagi mereka, atas apa yang mereka kerjakan.” 
(QS. As Sajdah [32] :17) (HR. Bukhari & Muslim)

Tunggu apa lagi. Ubahlah dirimu ke arah lebih soleh. Tidak kiralah sama ada dengan bertemankan orang yang baik atau tidak. Jika berteman dengan orang yang baik, insya-Allah dipermudahkan kerana orang itu mungkin boleh menegur andai tersilap, memberi motivasi dan dorongan andai patah semangat, memberi kasih sayang dan cinta di saat hati mulai rasa tawar untuk berubah. Dengan bertemankan orang yang baik, akhirnya jalan ke arah mardhatillah (keredaan Allah) itu lebih smooth.

Berjemaah lebih baik dari berseorangan. Berdua lebih baik dari berseorangan.

Sambut saja huluran kasihnya.

Hiduplah dengan lebih bererti.

Lakukan semuanya kerana Allah.

Tidak salah beri peluang pada diri sendiri. Tidak salah pentingkan diri sendiri. Allah berikan nikmat dan hak bahagia kepada diri masing-masing. Bersyukurlah pada Allah. Sabarlah hadapi semuanya dengan tabah dan tenang sepanjang proses perubahan.

Hidup di dunia ini terlalu singkat.

Pilihlah yang menuntun dirimu di akhirat.
Read More

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML