Showing posts with label DAKWAH KARTUN. Show all posts
Showing posts with label DAKWAH KARTUN. Show all posts

Monday, June 16, 2014

SKETSA FB 2

 
Luahan hati seorang lelaki.

Lelaki ada satu masalah. Iaitu menjaga mata.

Nak jaga mata bukan senang apabila ada yang mudah mendedahkan aurat.

Jadi menunduk itu lebih baik. Ingat seronok ke tunduk? Lenguh tengkuk tau dak? Tapi jangan hang kata aku sombong sebab aku nak jaga mata aku.

Pernah juga aku dengar perempuan cakap kat aku:

" Eleh, tunduk konon. Macam aku tak cantik benor."

Weh, kau memang cantik, sebab kau cantiklah aku tunduk, aku tak mahu syaitan dekat kau tu hasut aku. Kau cantik sebab Allah memang buat perempuan cantik.

Fahamilah aku. Aku lelaki. Lelaki tengok perempuan, mana sama dengan perempuan tengok lelaki. Lelaki tengok lagi jauh 'pandangan' tu.

Jadi sama-sama menjaga. In sha Allah iman selamat.

Yang benar

Lelaki yang disakiti imannya
Read More

SKETSA FB 1



Si Mak membelek FB anaknya

" Humm, sedih pulak dah, kenapalah budak ni. Tak cerita kat aku pun."

Itulah luahan si ibu apabila melihat status anaknya, lalu diringankan tangan untuk mengambil telefon untuk bertanya khabarnya.

" Tiada apalah Mak. Saje je wat status tu."

Ah, apa-apa an sih? Attention seekers kah kamu? Tahu tak aku separuh mati membimbangi kamu.

Si Mak letak semula telefonnya kemudian datang si Ayah.

" Anak awak kenapa tu?"

Si Mak memandang Si ayah.

" Tiada apa katanya."

Si Ayah mengambil tempat di sebelah Maknya. Hati tuanya terasa hati dengan tindakan anaknya. Apa sahaja berita pasti diluahkan di FB dahulu. Agaknya FB yang beranakkan dia.

" Abang ada idea.."

Si Mak memandang si Ayah. Maka si Ayah berbisik dengan penuh rencana.

Keesokkan harinya:

" Kring! Kring!"

Si Mak mengejar mengangkat telefon.

"Hello?"

Terdengar bunyi si anak marah:

" Mak ni, tak malu ke update status macam tu?"

Si Mak diam. Buat tak tahu.

" Status tu gedik la Mak. Kalau Ayah tengok apa Ayah kata. Rindu-rindu anaklah, nak kasih sayanglah. Mak, malu orang tau."

Si Mak berkata:

" Ayah kau yang suruh. Mak.buat je. Nak tahu juga apa respon kau bila Mak tulis macam tu. Dah terubat rindu bila kau ambil berat. Dah sebelum ni, kau luah dalam FB je. Dekat Mak Ayah tak cerita. Tidak apalah. Terima kasih. Assamualaikum."

Tuutt! Tuttt!

Si anak mula terkilan. Ibunya terasa hati dengan diakah? Dia cuba mendail semula no.maknya. Suara operator yang berbunyi.

"Mak, ampunkan saya."

Maka turunlah hujan di kala kepanasan.

Moral value:

Mak ayah sentiasa ada untuk kita. Hargailah mereka dan luahkan apa-apa sahaja kepada mereka. Mereka sangat menunggu saat itu.
Read More

Sunday, June 15, 2014

WAS WAS


Eh, Halal ke haram?

Pak Abu sedang menonton TV. Tiba-tiba ada berita mengenai coklat Catburi mengenai status halalnya.

" Eh, Jakim ni, Catburi ni halal ke haram?"

Dirinya membentak. Sahabatnya yang mendengar lalu menerangkan.

" Yang halal itu jelas, dan yang haram itu jelas. Catburi ni boleh dikategorikan sebagai syubhah."

Pak Abu pelik. Syubhah? Apa tu? Lalu sahabatnya menerangkannya:

" Syubhah ni merupakan satu perkara yang tidak diketahui tentang status halal dan haramnya. Terdapat juga hadith yang menyatakan tentang perkara syubhah ni. "

Pak Abu mendengar dengan khusyuk, tetapi dia ingin tahu apakah hadith tersebut. Sahabatnya tidak lokek berkongsi lalu diterangkan juga hadith yang disebut:
" Hadith ini berbunyi begini. Nukman bin Basyir r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, (sambil Nukman memegang kedua belah telinganya): “Sesungguhnya perkara halal itu jelas dan perkara haram itu pun jelas. Manakala di antara kedua-duanya terdapat perkara-perkara syubhat yang tidak diketahui oleh orang ramai. Oleh itu, sesiapa menjaga dirinya daripada perkara syubhat, maka dia telah bebas (dari kecaman) untuk agamanya dan kehormatannya dan sesiapa yang terjerumus ke dalam syubhat, bererti dia telah terjerumus ke dalam perkara haram.”

Pak Abu mengangguk kefahaman, tetapi bagaimana pula sekiranya sudah makan perkara yang haram? Bukankah nanti amalan tidak diterima? Bolehkah dicuci darah yang sudah terkotor?

" Pak Abu, kita tak sedar yang kita sudah termakan benda yang haram, memang benar makan benda haram itu tidak diterima amalan, tetapi kita sendiri tidak sedar bahawa kita sudah makan benda haram macam kes Catburi ni. Biarlah orang yang buat dan pembuat status halal dan haram itu jawab di Akhirat nanti. Bab cuci darah, beginilah, kalaulah kandungan babi itu boleh dilihat seperti mana najis, boleh juga untuk dicuci, tetapi darah itu bukanlah seperti najis, kita tak nampak kandungan dalam darah tu, jadi apa yang kita boleh buat ialah berdoalah semoga dielakkan daripada berlakunya kes seperti ini."

Pak Abu mengangguk kefahaman. 

Moral value:
Kalau was-was, elakkanlah, kerana itu lebih baik daripada terus menjatuhkan diri ke arah haram.
Read More

Monday, May 26, 2014

FITNAH BUAT WANITA


Fitnah buat Wanita.







Seorang Muslimah memasukkan gambar ke dalam Facebook. Gambarnya pula tersenyum manis sungguh memikat dan menarik perhatian jejaka facebook. Bukan sahaja likes yang memenuhi gambar muslimah itu, malah ada ramai yang memuji:


" Cantiknya Ukhti, bakal isteri solehah."


" Bagi no.wali, saya mahu bertemu dengan wali awak."


Kalau sudah sampai tahap begini, ada baiknya buang gambar tersebut. Sebenarnya, lelaki lebih tertarik untuk melihat gambar wanita yang menutup aurat daripada wanita yang membuka aurat kerana bagi mereka wanita menutup aurat itu 'halal' untuk dipandang walhal dari situlah syaitan sedang berbisik:

" Dekati dia, Curi hati dia, rosakkan dia."

Dari situlah fitnah wanita mula terjadi. 

Lebih baik tak payah masukkan gambar dalam facebook kerana tanpa kita sedar, gambar itu boleh menjadi satu fitnah buat diri kita sendiri.

Jadi apa yang anda perlu lakukan sekarang?

Buanglah mana yang patut. 
Read More

Thursday, April 24, 2014

OHH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT




Kalau bab kahwin, memang semua laju je. 



Yang lelaki sibuk nak jadi Tok Imam, 




Yang perempuan sibuk nak jadi makmum. 

Tetapi yang lelaki, nak suruh jadi tok imam dekat surau, bukan main lagi tolak-tolak orang lain, tu pun ada hati update status:

" Menanti bakal makmum."

Yang perempuan pula meroyan duduk merindu setengah mati, lepas tu update status jiwang karat bin keparat. 

" Love you hubby, sayang musyuk-musyuk."

Serius, tak perlu dizahirkan.dekat FB pun kasih sayang awak tu. 

Yang lelaki kalau update status macam tu, faham betul agama takpe, ni baru kena uji sikit suruh jadi Tok Imam dah menggelabah dan last-last bagi alasan:

" Lupa niat."

Yang perempuan sibuk nak yang soleh sedangkan diri duduk jadi puaka. Solehahkan diri anda dahulu sebelum mengimpikan suami soleh. 

Oh, muslimin dan muslimat. Berubahlah. 
Read More

TANDA HATI KITA MATI




Pak Abu sedih.

Pak Abu ternampak satu gambar berpasangan, comel sangat, tetapi bila Pak Abu tengok elok-elok, mereka bukannya pasangan kahwin. Gambar tu duduk rapat sangat, memang bersentuhan.

Dekat gambar tu tulis:

" Sweet tak kami berdua?"

Kalau ikutkan hati Pak Abu, nak je Pak Abu tulis:

" Sweet sangat, macam tayik."

Tetapi Pak Abu tak nak orang menjauhkan diri dairpada Pak Abu. Pak Abu pun PM lah si Perempuan minta dia padam gambar dia. Bagi Pak Abu, itu satu aib. Tetapi sayangnya, bagi perempuan itu, ia satu kebanggaan.

" ALaa, Pak Abu, comellah gambar tu, lagipun dalam gambar je kami macam tu."

Sebenarnya Pak Abu bimbang bila dia cakap macam tu. Memang pada mulanya dalam gambar je dia duduk rapat macam tu, tetapi yakin ke syaitan tak hasut suruh duduk dekat selalu?

" Alaa, Pak Abu ni, rigid sangat bab agama."

Kalau dah buat dosa memanglah kena rigid. Benarlah kata orang, salah satu tanda matinya hati apabila membuat dosa, tetapi tidak merasa berdosa.

Kotornya hati.

Benar, cinta itu fitrah, tetapi jangan jadikan cinta itu berlandaskan nafsu. 
Read More

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML