Thursday, March 6, 2014

PETUA UNTUK SMOOTHKAN PERJALANAN HAID

Petua Untuk Membetulkan Perjalanan Haid

Ambil segenggam pucuk senduduk. Rebus dengan 2 cawan air sehingga tinggal secawan. Minum air rebusan tersebut dan amalkan meminumnya 3 hari berturut-turut.


Read More

KALIMAH BASMALLAH

Mulakan Setiap Amalan dan Pekerjaan Dengan Kalimah Bismillaahirahmanirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Sebelum memulakan apa sahaja pekerjaan samada makan, minum, tidur, berpakaian , mengambil atau menyimpan barang atau memasuki rumah perlulah memulakan dengan membaca nama Allah SWT (membaca Bismillaahirahmanirrahim).



Nabi SAW telah bersabda kepada seorang kanak-kanak yang makan di samping baginda maksudnya : "Wahai kanak-kanak, sebutlah nama Allah.."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sabda Nabi SAW  yang bermaksud : "Apabila seseorang lelaki memasuki rumahnya, lalu dia menyebut Allah (membaca Bismillaah) di kala masuk dan di kala makan, maka berkata syaitan : "Tiadalah peluang aku bermalam dengan kamu dan tiadalah pada makanan malam kamu." Dan apabila seorang masuk ke rumahnya , maka dia tidak menyebut Allah di kala memasukinya, maka berkata syaitan : "Aku akan bermalam dengan kamu."
Seterusnya apabila dia tidak menyebut Allah di kala makan, maka syaitan akan berkata : "Aku akan dapat bermalam dan makan malam (bersama kamu iaitu kongsi makan)"
 (Hadis Riwayat Muslim)
Memulakan dengan membaca bismillaah adalah sunah Nabi SAW dan akan mendatangkan keberkatan dan akan terhindar daripada gangguan dan godaan syaitan.

Terdapat satu kisah bagaimana hikmah dan keberkatan perkataan bismillaah.
Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillaah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillaah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah. Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah SWT. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata dalam hatinya : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah SWT. menghantar malaikat Jibrail a.s. untuk mengembalikan beg duit dan meletakkan semula ditempat ianya mula-mula disimpan.

Alangkah terperanjat suaminya, apabial beliau dapati bag duit tersebut berada di tempat yang disimpan oleh isterinya. Dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah SWT, dan dia juga membaca Bismillaah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

Sahabat yang dimuliakan,
Pengajaran yang kita boleh pelajari daripada kisah di atas adalah seseorang yang memulakan sesuatu urusan duniawi dan amal ibadah dengan perkataan bismillaah sebenarnya dia berdoa dan meminta pertolongan daripada Allah SWT maka dengan doanya ini dia akan mendapat pertolongan-Nya dan akan terhindar daripada bala dan musibah.

Membaca bismillaah juga adalah berzikir kepada Allah SWT dan akan dijauhi daripada hasutan dan godaan syaitan laknatullah kerana syaitan akan menjauhkan dirinya apabila kalimah Allah SWT diucapkan.

Oleh itu amalkanlah ucapan bismillaahirahmanirrahim ini di setiap masa apabila kalian ingin memulakan sesuatu amal ibadah, pekerjaan atau keperluan harian kalian.
Read More

KALIMAH ALLAH

Kalimah Allah Khusus Untuk Umat Islam Sahaja

Sahabat yang dirahmati Allah,
Pada masa ini umat Islam digemparkan dengan isu penggunaan kalimah ‘Allah’ telah dibenarkan dalam penerbitan Herald The Catholic Weekly oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Lau Bee Lan dalam keputusan lisannya pada 31 hbb. Disember, 2009. Hasil daripada keputusan tersebut telah mencetuskan bantahan daripada umat Islam dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dan mereka mendesak agar mahkamah dan kerajaan mengambil inisiatif untuk membatalkan keputusan tersebut demi menjamin kesucian agama Islam yang menjadi agama resmi dan ianya telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Seminggu selepas keputusan tersebut Kementerian Dalam Negeri telah membuat rayuan di Mahkamah Rayuan dan keputusan Mahkamah Rayuan telah menangguhkan keputusan tersebut untuk dilaksanakan, sementara menunggu masa perbicaraan.

Sahabat yang dimuliakan,
Berdasarkan peristiwa tersebut di atas, apakah resionalnya Herald The Catholic Weekly  beriya-riya benar untuk menggunakan kalimah ‘Allah’ sedangkan dalam kitab Bible mereka tidak wujud langsung kalimah tersebut.Yang terdapat adalah perkataan ‘God’, ‘Sons of God’ dan ‘God’s wife’ Yang pastinya ini adalah stratigi mereka untuk menyebarkan dakyaan dan ajaran agama mereka keatas umat Islam.

Dalam Islam merujuk kepada kitab suci al-Qur’an perkataan Allah adalah merujuk kepada nama Allah Yang Maha Esa, tidak beranak dan tidak diperanakkan seperti yang terdapat dalam Surah al-Ikhlash( ayat 1-4) firman Allah s.w.t. yang bermaksud : “ Katakanlah : ‘Dialah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan, dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia’.”

Sebenarnya dalam bahasa Melayu juga perkataan Allah merujuk kepada hakikat Tuhan Yang Maha Esa. Sebab itu terjemahan bahasa Inggeris ‘God’ ialah Tuhan, bukan Allah.

Sahabat yang dihormati,
Apabila nama Allah dibenarkan dalam tulisan mereka, maka ia akan membuka implikasi yang lebih besar kepada umat Islam iaitu :

Pertama, akan berlaku kekeliruan terjemahan, seperti ‘Sons of God’ kepada Anak-anak Allah, ‘God’s wife’ kepada Isteri-isteri Allah. Bentuk tulisan yang membawa nama Allah telah menukar makna hakiki nama Allah yang difahami dalam bahasa Melayu, iaitu Yang Maha Esa.

Kedua, ia seolah mengikhtiraf nama Allah yang ‘baharu’. Maka umat Islam menghadapi tugas yang berat untuk menjernihkan nama Allah yang hakiki dan nama Allah yang digunakan oleh agama Kristian.

Didalam Enakmen Ugama Bukan Islam Negeri Selangor (Kawalan Perkembangan Dikalangan Orang Islam) 1988 Jadual (Seksyen 9) Bahagian 1 :

Terdapat 25 perkataan yang tidak boleh digunakan berkaitan dengan agama Islam iaitu : 

Allah, Fatwa, Imam, Dakwah, Syariah, Syiekh, Haji, Mufti, Ibadah, Illahi, Wahyu, Ulama, Nabi, Qiblat, Salat, Khalifah, Wali, Rasul, Iman, Mubaligh, Hadith, Injil, Kaabah, Kadi dan Firman Allah.

Umat Islam sering dikelirukan dengan hujah bahawa semua agama menuju Allah Yang Esa, hanya berbeza bentuk ibadat dan do’a yang disampaikan. Fahaman ini amat bahaya kerana mengiktiraf semua agama sama taraf. Maknanya al-Qur’an mungkin sama dengan Bible, para Rasul sama dengan Confucius, dan berbagai lagi. Hanya Islam agama yang benar di sisi Allah. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : “ Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam.” (Surah Ali-Imran ayat 19)

Tedapat beberapa tokoh ulama dan pemimpin Islam menyatakan bantahan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam :

“Semua pihak dalam Negara ini perlu menghormati institusi Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengeluarkan fatwa bagi melindungi kedaulatan dan kesucian agama Islam.”
(En Amidi Abd Manan, Timbalan Presiden ABIM. Pada 3 Januari 2010 Bernama)

“Tidak terdapat tasawur kefahaman mengenai ‘Allah’ dalam agama Kristian, dan dalam sebarang agama yang lain pun begitu juga…Tidak ada disebut mengenai nama khas Tuhan dalam Bible.”
(Dr. Syed Ali Tawfik Al-Atas, Mantan Ketua Pengarah IKIM. Pada 6 Januari, 2008 di Utusan Malaysia)

“Allah adalah nama khas, kita minta pimpinan Katolik tunjukkan kepada kita (nama Allah dalam Bible)… ini (ketegangan) patut kita elak sebab Malaysia terlalu kaya dengan sejarah ketegangan antara kaum dan penganut agama.”
(Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, Ketua Pengarah JAKIM . Pada 3 Mac 2009 di Berita Harian.)

“Sepatutnya mereka (Herald Catholic) faham perkataan Allah itu tidak harus digunakan kerana perkataan itu adalah khusus kepada agama Islam sahaja dan ia merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa. Dalam agama Kristian sendiri, mereka tidak menggunakan perkataan Allah dalam kitab mereka, sebaliknya mereka menggunakan perkataan seperti God, Lord dan sebagainya bagi merujuk tuhan mereka.”
(Dato’Setia Hj Mohd Tamyes Abd Wahid Mufti Selangor).

Sahabat,
Jika perkataan ‘Allah’ dibenarkan dalam terbitan agama lain di negara kita, ia dikhuatiri akan mengelirukan umat Islam terutama golongan muda. Paling dibimbangi, penggunaan perkataan itu juga mempunyai agenda tersembunyi. Kita tidak mahu wujud usaha penyebaraan dakyah agama lain secara tidak langsung menerusi penggunaan perkataan ‘Allah’ tersebut. Sudah cukup serangan daripada pelbagai sudut terhadap umat Islam dan kesucian agama Islam dinegara kita. Sebarang provokasi yang menjejas dan mempersendakan kesucian agama Islam perlu dihalang.

Kalau dilihat kes murtad yang membabitkan orang Islam amat membimbangkan kerana menurut Mufti Perak jumlah umat Islam yang murtad dan keluar daripada agama Islam melebihi 100,000 orang. Kita kuatir jika umat Islam hanya membiarkan diri dan tidak menghalang pengunaan nama Allah oleh pihak Kristian berkemungkinan kes murtad akan bertambah lagi.

Sebagai umat Islam yang beriman dan bertakwa kepada Allah s.w.t kita bukan sahaja sensitif terhadap nama Allah dipersendakan tetapi juga kita sensitif terhadap mereka yang cuba mempersendakan hukum-hukum Allah s.w.t. dan engan untuk melaksanakannya dalam kehidupan .

Apabila kita marah kepada agama lain yang cuba hendak permainkan nama Allah, adakah kita merasa marah juga kepada sesiapa sahaja yang tidak menjalankan hukum-hikum Allah? Sepatutnya kita konsisten dalam mempertahankan hak-hak Allah, dan tidak bersikap 'double standard' untuk mempertahankan kebenaran.

Islam diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.a.w untuk dilaksanakan dalam kehidupan manusia. Tanda kita cinta dan kasih pada Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w maka pelulah kita berusaha dan mempraktikan Islam sebagai satu cara hidup, melaksanakan segala suruhan Allah s.w.t dan meninggalkan segala larangan-Nya.



























Isu Kalimah Allah : Menjaga Kesucian Kalimah Allah Sama Penting Melaksanakan Syariat Allah Dalam Negara Umat Islam

Sahabat yang dirahmati Allah, 
Firman Allah SWT maksudnya : “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah, sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar). Sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.” (Surah al-Baqarah ayat 120)

Penjelasan Ayat :

Di dalam ayat yang mulia ini, Allah SWT  menyingkap apa yang terdapat di dalam hati orang-orang kafir dari kalangan Yahudi dan Nasrani berupa ketidaksenangan mereka terhadap Islam yang dibawa oleh Rasulullah  SAW dan para pengikutnya. Sehingga seluruh kemampuan yang mereka miliki, mereka gunakan untuk mempengaruhi kaum muslimin agar mengikuti agama dan keyakinan mereka yang batil. Mereka jalankan perancangan tersebut sedikit demi sedikit, hingga akhirnya seorang muslim keluar dari Islam dan condong kepada agama mereka, wal ‘iyadzu billah.Kerana itu, agama Islam menganjurkan untuk selalu menjauhi kebiasaan orang-orang kafir sebagai sikap berlepas diri dari mereka dan keyakinan mereka. Sekaligus juga upaya menutup pintu masuknya pengaruh dan sikap kecondongan kepada agama dan tradisi yang mereka bawa.

Al-’Allamah Abdurrahman bin Nashir As-Sa’dit dalam menjelaskan ayat ini berkata :“Allah SWT  mengabarkan kepada Rasul-Nya bahawa Yahudi dan Nasrani (Kristian) tidak senang kepadanya kecuali (bila kita) mengikuti agama mereka. Sebab mereka senantiasa mengajak kepada apa yang menjadi keyakinan mereka dan menyangka bahawa itu adalah petunjuk. Maka katakanlah kepada mereka: “Sesungguhnya petunjuk Allah yang engkau diutus dengannya adalah petunjuk yang sebenarnya. Adapun apa yang kalian yakini itu adalah hawa nafsu, dengan dalil firman Allah yang bermaksud :

"Dan demikianlah Kami menurunkan Al-Quran sebagai hukum dalam bahasa Arab. Dan demi sesungguhnya, jika engkau (wahai Muhammad) menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya kepadamu wahi pengetahuan (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau peroleh dari Allah sesuatupun yang dapat mengawal dan memberi perlindungan kepadamu (dari perkara-perkara yang tidak diingini). (Surah ar-Ra'd ayat 37)

Di dalam ayat ini terdapat larangan besar untuk mengikuti hawa nafsu Yahudi dan Nasrani (Kristian). Juga larangan menyerupai mereka terhadap apa yang khusus dari agama mereka. Pembicaraan ini walaupun ditujukan kepada Rasulullah SAW, sesungguhnya umatnya termasuk di dalamnya. Sebab yang menjadi ibrah adalah keumuman maknanya dan bukan kekhususan siapa yang diajak berdialog, sebagaimana pula yang menjadi ibrah adalah keumuman suatu lafadz dan bukan dikhususkan pada sebab turunnya.” (Tafsir Al-Karimir Rahman, 64-65)

Berkata pula Ibnu Jarir dalam menafsirkan ayat ini: “Wahai Muhammad, tidaklah Yahudi dan Nasara senang kepadamu selamanya. Maka biarkanlah mereka untuk mengikuti apa yang menyenangkan mereka dan yang sesuai dengan mereka. Dan carilah apa yang mendatangkan reda Allah dalam mengajak mereka kepada apa yang Allah utus kepadamu berupa kebenaran.” (Tafsir Ibnu Katsir, 1/164)

Ditegaskan oleh Allah SWT di dalam surah Ali Imran ayat 118 bermaksud; “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang di luar kalanganmu (kerana) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudharatan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya.”

Sahabat yang dimuliakan,
Isu kemurtadan telah lama berlaku di dalam masyarakat Islam di Malaysia. Kesan daripada  berbagai cara dan metod yang digunakan oleh mereka untuk memesongkan akidah umat Islam. Oleh itu umat Islam perlu sentiasa berwaspada dan jangan membuka ruang untuk mereka menyebarkan dakyah dan hasutan untuk mengajak umat Islam mengikuti agama mereka.

Mungkin ada agenda tertentu dibalik permohonan mereka untuk menggunakan kalimah ALLAH dalam terjemahan kitab mereka.

Umat Islam perlu berpendirian dengan tegas bahawa Bible Bahasa Melayu harus menggantikan istilah ‘God’ dengan Tuhan dan bukannya ALLAH untuk mencerminkan maksud sebenar daripada teks asal.

Memandangkan Bible Bahasa Melayu adalah terjemahan dari teks asal bahasa Inggeris, maka sewajarnya istilah God tidak bermaksud ALLAH, kerana terjemahan tepat ialah Tuhan. Maka sewajarnya ia diterjemahkan menurut maksud asal.

Manakala menterjemahkan God dengan ALLAH akan mengelirukan penganut Kristian dan menimbulkan rasa kurang senang di kalangan umat Islam serta boleh mengelirukan orang Islam.

Kita perlu melihat isu penggunaan nama ALLAH dalam terjemahan Bible dalam Bahasa Melayu tidak mencerminkan maksud sebenar dari teks asal serta mengelirukan pelbagai pihak. Bahkan cadangan tersebut juga telah mengundang pelbagai reaksi di kalangan orang Islam dan penganut Kristian.

Harus diingat, bagi umat Islam, nama ALLAH merupakan nama yang khusus yang mesti dipelihara kesuciannya. Ia tidak boleh dibuang merata tempat atau digunakan nama tersebut pada tempat yang tidak layak baginya seperti menyamakan dengan makhluk, bersifat dengan sifat makhluk, seperti menganggap ia ada anak, isteri, makan, tidur dan berjalan sebagaimana makhluk.

Firman Allah SWT maksudnya :
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
[1] Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
[2] “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
[3] “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
[4] “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”. 
(Surah al-Ikhlas ayat 1-4)

Sehubungan itu,  permintaan untuk menggunakan nama ALLAH dalam terjemahan Bible Bahasa Melayu tidak wajar, bahkan di kalangan masyarakat Barat pun mereka tidak menggunakan nama ALLAH bagi merujuk kepada 'God' sama da dalam pertuturan, penulisan atau filem. Perkataan yang sering digunakan ialah ‘Lord’.

Walaupun penggunaannya tidak bertentangan dengan tradisi ilmu dan budaya di kalangan ahli  kitab (Yahudi dan Nasara),  tetapi  keluar dari khilaf atau mengelak berlakunya kekeliruan dan polemik adalah jalan terbaik.

Berdasarkan kaedah “Sadd al-Zari'ah” (menutup pintu-pintu fitnah), jika dibiarkan perkataan ALLAH digunakan ditempat yang tidak betul boleh menimbulkan fitnah yang besar kepada agama Islam dan mendatangkan kekeliruan kepada umat Islam.

Ada perkataan yang sensitif  seperti kalimah Dua Shahadah dan ALLAH, tidak boleh disebut secara sewenang-wenangnya dalam konteks yang tidak tepat kerana ia boleh menimbulkan kemarahan dan ketidaksenangan yang tidak perlu dalam masyarakat majmuk di negara kita dan situasi negara masa kini.

Sahabat yang dikasihi,
Apabila kita jaga kalimah ALLAH supaya tidak disalah gunakan maka kita juga wajib menjaga syariat ALLAH supaya ianya dapat dilaksanakan dalam negara, masyarakat dan kehidupan harian kita. Kalimah ALLAH tidak boleh dicemarkan begitu juga sistem hidup dan undang-undang ciptaan ALLAH tidak boleh disisihkan dan ditinggalkan begitu saja. Ini bermakna hukum hudud, qisas dan diyat yang terdapat di dalam al-Quran dan hadis Nabi SAW tidak boleh dihina dan perlu dilaksanakan secara beransur-ansur dan kebaikannya perlu diwar-warkan kepada semua umat Islam dan rakyat jelata. Oleh itu cinta kita kepada ALLAH SWT perlu dibuktikan dengan melaksanakan semua suruhan-Nya dan pada masa yang sama meninggalkan semua larangan-Nya.


Read More

KALAU DAHI TAK MENCECAH SEJADAH DI DUNIA.....

Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah s.w.t.?



Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan! 
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan! 
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan! 
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan! 
Dengan kain kafan yang serba putih! 
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih.... 
Walaupun orang yang hadir itu merintih.... 

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai.... 
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah 
Dengan empat kali takbir dan satu salam 
Berserta Fatihah, Selawat dan do'a.... 
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah 

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus.... 
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup? 
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud.... 
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput? 

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian.... 
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat.... 
Usunglah dirimu ke tikar Solat.... 
Sebelum kamu diusung ke liang lahad.... 
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat! 

Iringilah dirimu ke masjid.... 
Sebelum kamu diiringi ke Pusara! 
Tangisilah dosa-dosamu di dunia.... 
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'! 

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan! 
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. .. 
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan! 
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan! 
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal.... 
Bukan yang pergi! 

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan! 
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan! 

Ingatlah di mana saja kamu berada..... 
Kamu tetap memijak bumi Tuhan! 
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan! 
Serta menikmati rezeki Tuhan! 
Justeru bila Dia menyeru,.... 
Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia.... 
memanggilmu buat kali yang terakhirnya! 
Ingatlah kamu dahulu hanya.... 
setitis air mani yang tidak bererti! 

Lalu menjadi segumpal darah! 
Lalu menjadi seketul daging! 
Lalu daging itu membaluti tulang! 
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti.... 

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu.... 
Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu! 
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu.... 
Yang lebih agung dari malaikat! 

Lahirmu bukan untuk dunia.... 
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat! 

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'.... 
Dengan penuh rela dan bersedia! 
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'.. 
Jalan kemenangan akhirat dan dunia! 

Ingatlah yang kekal ialah amal.... 
Menjadi bekal sepanjang jalan! 
Menjadi teman di perjalanan. .. 
Guna kembali ke pangkuan Tuhan! 

Pada hari itu tiada berguna. 
Harta, tahta dan putera.... 
Isteri, kad kredit dan kereta.... 
Kondominium, saham dan niaga.... 
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!! 

' Saling berpesan-pesan untuk kearah kebaikan' 

TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI!!!!! 

Ini adalah tanda pertama dari Allah s.w.t. kepada hambaNya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. 

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati. 

TANDA 40 HARI 
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah s.w.t.. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya. 

TANDA 7 HARI 
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan. 

TANDA 3 HARI 
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. 

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan. 

TANDA 1 HARI 
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya. 

TANDA AKHIR 
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah s.w.t. yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. 

Sesungguhnya kita hendaklah sentiasa mengingati mati.Saling berpesan-pesanlah sesama kita. 

Read More

KALAU

Reda Dan Bersangka Baik Kepada Allah SWT Mengenai Peristiwa Yang Telah Berlaku.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Orang mukmin yang beriman dan bertakwa kepada Allah SWT sentiasa tenang dalam menghadapi kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan. Setiap peristiwa yang berlaku ke atas dirinya, ahli keluarga dan sahabat -handainya di hadapi dengan penuh tenang, reda dan sabar.

Peristiwa kematian insan yang dikasihi dan dicintai pergi buat selama-lamanya, kembali menemui Tuhannya di terima dengan penuh kesabaran di iringi dengan doa dan mohon kehadrat Ilahi semoga roh simati dirahmati dan di kurniakan keselamatan dan kebahagiaan di alam barzakh.

Seorang mukmin dengan ketakwaannya kepada Allah SWT., memiliki kebahagiaan yang hakiki dalam hatinya, maka masaalah apapun yang dihadapinya di dunia ini tidak membuatnya mengeluh atau berdukacita, apalagi berputus asa. Hal ini disebabkan kerana keimanannya yang kuat kepada Allah SWT sehingga membuat dia yakin bahawa apapun ketetapan yang Allah SWT. berikan untuk dirinya maka itulah yang terbaik baginya. Dengan keyakinannya ini Allah SWT. akan memberikan balasan kebaikan baginya berupa ketenangan dan ketabahan dalam jiwanya. Inilah yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam firman-Nya,

مَا أَصَابَ مِنْ مُصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ وَمَنْ يُؤْمِنْ بِاللَّهِ يَهْدِ قَلْبَهُ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

Maksudnya : “Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa (seseorang) kecuali dengan izin Allah; 'Dan barang siapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk ke (dalam) hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.”
(Surah At Taghaabun ayat 11)

Untuk mendapat ketenangan hati dan kebahagiaan menghadapi hari-hari yang akan datang, anggaplah perkara yang lepas dan telah berlalu semuanya mengandungi hikmah dan kebaikan. Jangan dikesali dan jangan berduka cita kerana setiap kejadian ciptaan Tuhan dan peristiwa yang ditakdirkan berlaku adalah suratan takdir yang dirancang oleh-Nya dan berlaku menurut kehendak-Nya semata-mata.

Firman Allah SWT dalam surah Ar-Ra’d ayat 39 yang bermaksud: “Allah menghapuskan apa juga yang dikehendaki-Nya dan Dia juga menetapkan apa juga yang dikehendaki-Nya. Dan (ingatlah) pada sisi-Nya ada ibu segala suratan.”

Allah SWT berfirman maksudnya : “Keputusan di sisiKu tidak akan berubah dan Aku sekali-kali tidak menzalimi hamba-hambaKu.”(Surah Qaaf ayat 29)

Sahabat yang dimuliakan,
Manusia sering mengucapkan semula perkataan ini setelah belaku peristiwa yang tidak diingini; "kalaulah aka tahu..., "seandainya aku buat benda ini.." ," sekiranya aku dengar nasihat kamu ..." . Hakikat sebenarnya setiap kejadian yang telah berlaku  itu adalah di atas kehendak Allah SWT Yang Maha Mengetahui apa yang hendak ditetapkan-Nya. 

Nabi SAW melarang umatnya berkata "kalau" , "seandainya" dan "sekiranya" keatas kejadian yang telah berlaku, kerana kita seolah-olah tidak reda dan bersetuju di atas apa yang telah di tetapkan-Nya. Perasaan kecewa ini boleh menjejaskan akidah kita terhadap qada dan qadar Allah SWT dan akan terjebak di dalam perangkap syaitan.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata: 'Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku.' Tetapi katakanlah: 'Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya', sesungguhnya 'kalau' akan membukakan pintu amalan syaitan." (Hadis Riwayat Muslim) 

Orang yang sentiasa bewaspada terhadap nikmat kehidupan di dunia tidak akan mudah terjerumus dalam perangkap syaitan. Segala tindakan yang diambil mencerminkan ketakwaannya kepada Allah dan dia sekali-kali tidak membiarkan kebaikan dan keburukan yang menimpanya sebagai suatu kegembiraan (kemenangan) dan kesedihan semata tetapi percaya bahawa semuanya itu mempunyai hikmah yang tersendiri daripada Allah SWT untuk diambil pengajaran.

Ucapan 'kalau' tidak harus diamalkan kerana ia seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak reda dengan apa yang telah berlaku. Sebaliknya kita hendaklah sentiasa berfikiran positif dan ingat bahawa segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu adalah daripada kelemahan diri kita sendiri. Oleh sebab itu Islam menyuruh umatnya agar bertawakal (berserah) kepada Allah SWT dalam melakukan sesuatu usaha dan percaya bahawa setiap sesuatu itu tidak akan berlaku tanpa keizinan daripada-Nya jua.
Sifat orang mukmin akan menjadikan peristwa yang telah berlaku dengan fikiran yang  cukup positif dan akan bermuhasabah diri sendiri dan semuanya akan dijadikan sebagai panduan, peduman dan kekuatan untuk mencari reda Allah SWT dan beramal soleh lebih baik lagi daripada sebelumnya.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud : "Ketahuilah, jika seluruh manusia berkumpul untuk memberikan manfaat kepadamu, kecuali sesuatu yang telah ditulis Allah untukmu. Jika mereka berkumpul untuk memberikan madarat kepadamu, maka mereka tidak akan boleh memberikan madarat, kecuali yang telah ditulis Allah untukmu. Pena telah diangkat dan lembarannya telah kering” (Hadis Riwayat Tirmizi  dari Ibnu Abbas)

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita kuatkan iman dan takwa kita kepada Allah SWT dengan keyakinan yang sungguh-sungguh dan berbaik sangka dengan Allah SWT. Bersangka baiklah kepada Allah SWT dan yakinlah cinta dan kasih sayang Allah SWT kepada kita melebihi cinta dan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya yang sedang menyusu.

Bertawakallah kepada Allah SWT dalam setiap masa dan berdoalah mengharapkan rahmat dan reda-Nya tanpa jemu dan bosan.

Husnudzon (berbaik sangka) kepada Allah bahawa Dia akan mengabulkan doa kita. Kalaupun  tidak dikabulkan, itu kerana hikmah yang Allah lebih mengetahuinya. Dalam hadis qudsi, Allah SWT berfirman (yang maksudnya), "Aku bergantung prasangka hamba-Ku kepada-Ku" (Hadis Riwayat Bukhari)

Imam Ahmad bin Hanbal berkata, “Tahukah kalian bagaimana seharusnya seorang muslim berdoa?” Mereka bertanya, “Bagaimanakah itu wahai Imam?” Beliau menjawab, “Tahukah kalian bagaimana seseorang yang berada di tengah gelombang lautan, sementara ia hanya memiliki sebatang kayu, dan iapun akan tenggelam? Kemudian orang ini berdoa dengan mengatakan, ‘Ya Rabbi, selamatkanlah aku! Ya Rabbi, selamatkanlah aku!’ Maka demikianlah seharusnya seorang muslim berdoa (kepada Allah)”. 

Hal ini memperlihatkan bahawa sudah selayaknya seorang hamba yakin bahwa tidak ada lagi yang mampu menyelamatkannya selain Rabbnya sehingga ia akan kembali kepada-Nya dalam keadaan apapun dan berdoa kepada-Nya kerana rasa memerlukan yang lahir dari kelemahan diri. 

Allah berfirman yang bermaksud : “Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan jika ia berdoa kepada-Nya…” (Surah al-Naml ayat 62).
Read More

Mereka Yang Menolak Hukum-hukum Allah SWT Samaada Jatuh Kafir, Zalim Atau Fasik.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Allah SWT berfirman maksudnya : “Dan barangsiapa yang mengagungkan peraturan-peraturan suci dari Allah, maka itulah yang terbaik baginya di sisi Tuhannya.” (Surah al-Haj ayat Ayat 30)

Sabda Rasulullah SAW :

لَحَدٌّ يُقَامُ فِيْ الأَرْضِ أَحَبُّ إِلَى أَهْلِهَا مِنْ أَنْ يُمْطَرُوْا ثَلاَثِيْنَ صَبَاحًا

Maksudnya : "Hukum hudud yang dilaksanakan di muka bumi adalah lebih baik bagi penduduk bumi dari mereka diberi hujan tiga puluh pagi."  (Hadis Riwayat An-Nasa-ie , dari Abu Hurairah , Sahih Ibnu Majah no; 2057, Ibnu Majah 2/848 no : 2538)

Terdapat celaan yang keras bagi mereka yang tidak melaksanakan hukum selari dengan hukum Allah Subhanahu Wa Taala. 

Allah Subhanahu Wa Taala telah berfirman:

 وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ 

Maksudnya : "Dan barangsiapa yang tidak berhukum menurut apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir. " (Surah al-Maidah (5) ayat 44)

Firman Allah Subhanahu Wa Taala :

 وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ 

Maksudnya : "Dan barangsiapa yang tidak berhukum menurut apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim."(Surah al-Maidah (5) ayat 45)

Firman-Nya lagi :

 وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ 

Maksudnya : "Dan barangsiapa yang tidak berhukum menurut apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik." (Surah al-Maidah (5) ayat 47) 

Ayat-ayat tersebut, meskipun diturunkan berkenaan kaum Yahudi dan Nasrani, namun tidak terhad ke atas mereka semata-mata kerana ungkapan ayat tersebut bersifat umum. Perkataan "man" menunjukkan bahawa ia makna umum, dan tidak dikhususkan kepada kelompok tertentu. Sedangkan dalam kaedah yang rajih ada dinyatakan:

 الْعِبْرَةُ بِعُمُومِ اللَّفْظِ لَا بِخُصُوصِ السَّبَبِ 

"Berlakunya hukum dilihat dari keumuman lafaz, bukan pengkhususan sebab."

Oleh kerana itu ketiga-tiga ayat tersebut bersifat umum, merangkumi kesemua golongan yang tidak berhukum dengan hukum Allah Subhanahu Wa Taala. 

Kesimpulan ini juga dinyatakan oleh Ibnu Masud, al-Nakhai, Ibnu Abbas, Ibrahim, al-Hasan, al-Sudi, Fakhruddin al-Razi, Ibnu Athiyyah, al-Qinuji, al-Samarqandi, dan Mahmud Hijazi. 

Sungguhpun bersifat umum, namun tidak bererti semua orang yang tidak memutuskan perkara dengan hukum Allah itu tergolong sebagai kafir. Penilaian secara lebih teliti perlu dilakukan agar tidak termasuk dalam perbuatan takfir (mengkafirkan) yang tidak kena pada tempatnya. Perbuatan berhukum dengan hukum Allah terangkum dalam wilayah syariah. 

Secara syarie, perbuatan tersebut termasuk dalam hukum yang wajib. Ketetapan hukum ini didasarkan kepada dalil-dalil yang qatie (pasti, tanpa membawa sebarang maksud yang lain), sama ada ia adalah qatie tsubut (sumbernya yang pasti) mahupun qatie al-dalalah (maknanya yang pasti). 

Dalil-dalil sedemikian banyak dinukilkan dalam al-Quran dan as-Sunah. Dalil-dalil yang membawa kepada kesimpulan hukum yang wajib antara lain adalah: 

1. Adanya perintah yang tegas untuk berhukum dalam sesuatu perkara dengan apa yang diturunkanNya dan larangan mengikuti hawa nafsu kaum kufar . 

Lihat : Surah al-Maidah (5) ayat 48 dan 49.

2. Kewajipan mentaati Allah Subhanahu Wa Taala dan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam serta mengembalikan semua perkara yang diperselisihkan kepada kedua-duanya . Lihat  : Surah an-Nisa (4) ayat 59).

3. Penafian iman orang yang enggan berhukum dengan ketetapan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam. Lihat :  Surah an-Nisa (4) ayat 65.

4. Ancaman ditimpakan fitnah atau azab pedih bagi mereka yang menyimpang daripada perintah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam. Lihat : Surah an-Nur (24) ayat 63.

5. Celaan terhadap orang yang membuat keputusan dengan berhukum kepada taghut. 

Lihat :  Surah an-Nisa (4) ayat 60.

Dan sebahagian besar dalil-dalil yang lain. 


Sahabat yang dimuliakan,
Maka adalah tidak menghairankan jika hakikat kewajipan berhukum dengan hukum Allah Subhanahu Wa Taala ini termasuk dalam kategori "malum min al-din bi al-dharurah" (perkara yang telah sedia maklum sebagai sebahagian daripada deen kerana keutamaannya). 

Sebagai perkara yang termasuk dalam wilayah syariah, maka perbuatan meninggalkan kewajipan ini akan dikategorikan sebagai perbuatan yang berdosa. Sungguhpun demikian, perlanggaran tersebut tidaklah membawa kepada tergelincirnya keimanan atau status keIslaman seseorang. 

Perlanggaran sebegini samalah halnya seperti memakan riba, membunuh, mencuri, atau berzina. Sememangnya perbuatan-perbuatan tersebut termasuk dalam kategori dosa besar. 

Namun, perlanggaran tersebut tidaklah mengeluarkan seseorang itu daripada agamanya. Pelakunya juga tidak sewajarnya digelar sebagai seorang murtad kerana perbuatan tersebut. Jatuhnya kafir ataupun murtad hanya terjadi apabila seseorang itu mengingkari (ataupun menafikan) hukum-hukumNya (dari segi keyakinan). Atau pun seseorang mengatakan hukum-hukum Allah SWT tidak sesuai lagi dilaksanakan dalam masyarakat majmuk.

Apabila ia mengingkari wajibnya berhukum dengan syariah, (hatinya juga tidak yakin terhadap hukum-hukum Allah ) maka penafian tersebut boleh menyebabkannya terkeluar daripada Islam atau dalam kata lain, ia menjadi kafir. 

Status kafir atau murtad yang jatuh ke atas seseorang itu bukan disebabkan oleh tindakannya tidak berhukum dengan hukum Allah (syariah), sebaliknya disebabkan oleh penafiannya terhadap sesuatu ketetapan yang telah dinukilkan dalam al-Quran dan as-Sunnah secara qatie.  Sama juga apabila seseorang mengatakan tidak wajib menutup aurat dan amalan memakai tudung kepala amalan kolot dan ketinggalan zaman ataupun seseorang mengatakan fardu solat tidak wajib atas dirinya.

Sekiranya sudah sampai kepada tahap pengingkaran, isunya bukan lagi meliputi wilayah syariah, tetapi ia sudah memasuki perlanggaran dalam wilayah akidah. Sedangkan perkara akidah ini merupakan pembeza antara orang mukmin dengan orang kafir. Oleh kerana kewajipan menerapkan syariah itu disandarkan kepada dalil-dalil yang qatie (sama ada qatie al-tsubut atau qatie al-dalalah), 

Sekiranya seseorang itu mengingkari kewajipan tersebut maka bererti ia telah mengingkari ayat-ayat tersebut. Penafian terhadap sebahagian daripada ayat-ayat al-Quran sudah cukup untuk mengeluarkan seseorang daripada keimanan. 

Firman Allah Subhanahu Wa Taala:

 إِنَّ الَّذِينَ يَكْفُرُونَ بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ وَيُرِيدُونَ أَنْ يُفَرِّقُوا بَيْنَ اللَّهِ وَرُسُلِهِ وَيَقُولُونَ أُولَئِكَ هُمُ. نُؤْمِنُ بِبَعْضٍ وَنَكْفُرُ بِبَعْضٍ وَيُرِيدُونَ أَنْ يَتَّخِذُوا بَيْنَ ذَلِكَ سَبِيلًا الْكَافِرُونَ حَقًّا وَأَعْتَدْنَا لِلْكَافِرِينَ عَذَابًا مُهِينًا 

Maksudnya : "Sesungguhnya orang-orang yang kufur kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan bermaksud membeza-bezakan antara (keimanan kepada) Allah dan Rasul-rasul-Nya, dengan mengatakan: 'Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kufur terhadap sebahagian (yang lain), serta bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang demikian (iman atau kafir), merekalah orang-orang kafir yang sebenarnya. Dan Kami telah menyediakan untuk orang-orang kafir itu azab yang menghinakan." 

(Surah al-Nisa (4) ayat 150-151) 

Allah Subhanahu Wa Taala juga berfirman: 

 أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ فَمَا جَزَاءُ مَنْ يَفْعَلُ ذَلِكَ مِنْكُمْ إِلَّا خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرَدُّونَ إِلَى أَشَدِّ الْعَذَابِ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ 

Maksudnya : "Adakah kamu beriman kepada sebahagian al-Kitab (Taurat) dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Maka tidak ada balasan bagi orang-orang yang berbuat demikian di antara kamu melainkan kenistaan dalam kehidupan di dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada azab yang paling berat. Allah tidak alpa daripada apa yang kamu kerjakan."(Surah al-Baqarah (2) ayat 85). 

Demikianlah pendapat para ulama ketika menjelaskan makna ayat tersebut. Ibnu Abbas menyatakan:

 . وَمَنْ أَقَرَّ بَهَ وَلَمْ يَحْكُمْ، فَهُوَ ظَالِمٌ فَاسِقٌ . مَنْ جَحَدَ مَا أَنْزَلَ اللهُ فَقَدْ كَفَرَ

"Barangsiapa yang mengingkari apa yang diturunkan oleh Allah, sesungguhnya dia telah kafir. Dan barangsiapa yang mengakuinya (yakin akan kebenaran hukum Allah) namun tidak berhukum dengannya, maka dia adalah zalim, fasik."

Ikrimah juga bersependapat dengan pendirian tersebut. Beliau menyatakan: 

Firman Allah Subhanahu Wa Taala :

 {وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ الله}

 Maksudnya : "Dan barangsiapa yang tidak berhukum menurut apa yang diturunkan oleh Allah."

Itu mencakupi mereka yang mengingkari di hatinya dan mendustakan dengan lisannya. Adapun orang yang mengakui di hatinya tentang kebaikannya sebagai hukum Allah, serta membenarkan dengan lisannya tentang kebaikannya sebagai hukum Allah, namun dia meninggalkannya (dari segi perbuatan), maka dia tidak termasuk dalam rangkuman ayat ini.

Pendapat Ikrimah ini juga dinyatakan oleh Fakhruddin al-Razi sebagai jawapan yang sahih. Syeikh Taqiuddin an-Nabhani dan Abdul Qadim Zallum dalam Nizam al-Hukm fi al-Islam menukilkan: 

''Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan sultan dan penguasa untuk berhukum dengan apa yang Allah Subhanahu Wa Taala turunkan kepada RasulNya; dan menjadikan orang yang tidak berhukum dengan apa yang Allah turunkan sebagai orang kafir seandainya dia meyakininya (iaitu meyakini hukum selain hukum Allah), atau meyakini bahawa apa yang Allah turunkan itu tidak layak untuk dilaksanakan; dan Allah menjadikannya sebagai orang yang berbuat kemaksiatan, fasik, dan zalim jika berhukum dengan selain daripada apa yang Allah turunkan tetapi hatinya masih yakin kebaikan hukum-hukum Allah SWT.

Sejajar dengan huraian yang telah diberikan, jelaslah bahawa status kafir jatuh kepada orang yang mengingkari kebenaran, kelayakan, dan kewajipan berhukum dengan hukum Allah Subhanahu Wa Taala. Namun jika ia masih meyakini kebenaran, kelayakan, dan kewajipan berhukum dengan hukum Allah, statusnya jatuh kepada zalim dan fasik. 

Sahabat yang dikasihi,
Perbuatan tidak berhukum dengan hukum Allah akan hanya menyebabkan pelakunya beroleh kerugian dan kesengsaraan. Ini adalah kerana, hanya terdapat tiga kedudukan bagi golongan tersebut, iaitu sama ada kafir, zalim, atau fasik (lihat Surah al-Maidah 95) ayat 44, 45, 47).

Semestinya status kafir menjadi sesuatu yang paling dikhuatiri, kerana ia akan menyebabkan seluruh amal perbuatan manusia terhapus dan sia-sia di sisiNya. 

Firman Allah Subhanahu Wa Taala:

 يَعْمَلُونَ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآَيَاتِنَا وَلِقَاءِ الْآَخِرَةِ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ هَلْ يُجْزَوْنَ إِلَّا مَا كَانُوا 

Maksudnya : "Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan (mendustakan) adanya pertemuan akhirat, sia-sialah perbuatan mereka. Mereka tidak diberi balasan selain daripada apa yang telah mereka kerjakan."(Surah al-Araf (7) ayat 147) 

Oleh itu perlulah kita membetulkan kefahaman dan keyakinan kita terhadap hukum-hukum Allah SWT. Pemimpin Islam perlu berhati-hati dalam memberi komen atau pandangan mengenai hukum-hukum Allah kerana jika tersilap komen amat merbahaya kerana ianya akan termasuk di dalam wilayah akidah begitu juga jika ada sesiapa dikalangan umat Islam cuba  mempertikaikan hukum hudud, qisas dan diyat boleh menjejaskan akidah terhadap  Allah Subhanahu Wa Taala.

Betapa besarnya ancaman tersebut, maka siapakah lagi yang masih berani untuk menafikan syariahNya? Wallahualam bi al-sawab. 

Read More

KELEBIHAN MEMBERI SALAM


Ibnu Al-Arabi didalam Ahkamul Qur’an mengatakan:
Tahukah kamu arti salam? Orang yang mengucapkan salam itu memberikan pernyataan bahwa ‘kamu tidak terancam dan aman sepenuhnya dari diriku.’

Kesimpulannya, bahwa salam berarti,
(i) Mengingat (dzikr) Allah s.w.t.,
(ii) Pengingat diri,
(iii) Ungkapan kasih sayang antara sesama Muslim, 
(iv) Doa yang istimewa, dan 
(v) Pernyataan atau pemberitahuan bahwa ‘anda aman dari bahaya tangan dan lidahku’

Sebuah Hadis merangkumnya dengan indah:
"Muslim sejati adalah bahwa dia tidak membahayakan setiap Muslim yang lain dengan lidahnya dan tangannya"

Jika kita memahami hadis ini saja, sudahlah cukup untuk memperbaiki semua umat Muslim. Karena itu Nabi s.a.w. sangat menekankan penyebaran pengucapan salam antara sesama Muslim dan beliau menyebutnya sebagai perbuatan baik yang paling utama diantara perbuatan-perbuatan baik yang anda kerjakan.

Ada beberapa hadis daripada Rasulullah, s.a.w. yang menjelaskan pentingnya ucapan salam antara seluruh Muslim.

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah s.a.w.  bersabda yang bermaksud : “Kamu tidak dapat memasuki Surga kecuali bila kamu beriman. Imanmu belumlah lengkap sehingga kamu berkasih-sayang satu sama lain. Maukah kuberitahukan kepadamu sesuatu yang jika kamu kerjakan, kamu akan menanamkan dan memperkuat kasih-sayang diantara kamu sekalian? Tebarkanlah ucapan salam satu sama lain, baik kepada yang kamu kenal maupun yang belum kamu kenal.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Abdullah bin Amr r.a. mengisahkan bahwa seseorang bertanya kepada Rasulullah s.a.w., “Apakah amalan terbaik dalam Islam?” Rasulullah s.a.w. menjawab: "Berilah makan orang-orang dan tebarkanlah ucapan salam satu sama lain, baik kamu saling mengenal ataupun tidak.”
(Hadis Riwayat Sahihain)

Abu Umammah r.a. meriwayatkan bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Orang yang lebih dekat kepada Allah s.w.t. adalah yang lebih dahulu memberi salam.” 
(Hadis Riwayar Musnad Ahmad, Abu Dawud, dan At Tirmidzi)

Abdullah bin Mas’ud r.a. meriwayatkan bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Salam adalah salah satu Asma Allah s.w.t. yang telah Allah turunkan ke bumi, maka tebarkanlah salam. Ketika seseorang memberi salam kepada yang lain, derajatnya ditinggikan dihadapan Allah. Jika jama’ah suatu majlis tidak menjawab ucapan salamnya maka makhluk yang lebih baik dari merekalah (yakni para malaikat) yang menjawab ucapan salam.” 
(Hadis Riwayat Musnad Al Bazar, Al Mu’jam Al Kabir oleh At Tabrani)

Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Orang kikir yang sebenar-benarnya kikir ialah orang yang kikir dalam menyebarkan salam.”

Allah s.a.w. berfirman didalam Al-Qur’an Surat An-Nisa Ayat 86 yang maksudnya :
"Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan maka balaslah dengan penghormatan yang lebih baik, atau balaslah dengan yang serupa. Sesungguhnya Allah akan memperhitungkan setiap yang kamu kerjakan."

Demikianlah Allah s.w.t.. memerintahkan agar seseorang membalas dengan ucapan yang setara atau yang lebih baik. Hal ini telah dicontohkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagaimana yang disebutkan oleh Ibnu Jarir dan Ibnu Abi Hathim. Suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. sedang duduk bersama para sahabatnya, seseorang datang dan mengucapkan, “Assalaamu’alaikum.” Maka Rasulullah s.a.w.pun membalas dengan ucapan “Wa’alaikum salaam wa rahmah” Orang kedua datang dengan mengucapkan “Assalaamu’alikum wa rahmatullah” Maka Rasulullah membalas dengan, “Wa’alaikum salaam wa rahmatullah wabarakatuh” . Ketika orang ketiga datang dan mengucapkan “Assalaamu’alikum wa rahmatullah wabarakatuhu.” Rasulullah s.a.w. menjawab: ”Wa’alaika”.

Orang yang ketiga pun terperanjat dan bertanya, namun tetap dengan kerendah-hatian, “Wahai Rasulullah, ketika mereka mengucapkan salam yang ringkas kepadamu, engkau membalas dengan salam yang lebih baik kalimatnya. Sedangkan aku memberi salam yang lengkap kepadamu, aku terkejut engkau membalasku dengan sangat singkat hanya dengan wa’alaika.” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Engkau sama sekali tidak menyisakan ruang bagiku untuk yang lebih baik. Karena itulah aku membalasmu dengan ucapan yang sama sebagaimana yang di jabarkan Allah didalam Al-Qur’an.”

Dengan demikian kita boleh mengambil kesimpulan bahwa, membalas salam dengan tiga kaedah itu hukumnya Sunnah, yaitu cara yang dilakukan Nabi Muhammad SAW. Kebijaksanaan membatasi salam dengan tiga kaedah ini karena salam dimaksudkan sebagai komunikasi ringkas bukannya pembicaraan panjang.


Nabi Muhammad SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”Menjadi trend pada hari ini kaedah memberi salam dan menjawab salam sudah tidak mengikut kaifiyat yang disarankan. Antara kesilapan dalam memberi salam dan menjawab salam ialah;-

1. SEKADAR menyebut salam ketika berjumpa atau menulis perkataan salam dalam sms atau e-mail atau di mana-mana ruang seperti facebook.contoh kesilapan ialah :" nanti kalau ko jumpa mamat tu ko kirim salam kat dia ya" 
Cara yang betul ialah :" nanti kalau ko jumpa mamat tu ko kirim salam Assalamualaaikum kat dia ya.."

2. SEKADAR menyebut A`kum dalam sms atau mana-mana ruangan kerana perkataan itu tidak membawa apa-apa makna walaupun ia difahami. terdapat juga sekadar menulis `AKUM' yang membawa maksud gelaran untuk orang Yahudi/binatang (dalam bahasa Ibrani)
Cara yang betul ialah menulis dengan perkataan "As salam yang membawa maksud `Assalamualaikum'.

3. Bergurau atau mempermainkan dalam menyampaikan salam seperti contohnya " ko kirim salam maut kat dia yer" : jelas ia adalah mendoakan kematian kepada seseorang walaupun ia dalam bentuk gurauan. Ia adalah dilarang.

4. Menjawab salam dengan“WAALAI KUM SALAM”. Jawab salam yang betul ialah ; “WAALAI KUMUS SALAM”.
Read More

JODOH

Wanita Solehah Untuk Lelaki Yang Soleh

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم 

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 

Sahabat yang dirahmati Allah,

Setiap manusia menginginkan pasangan yang baik dalam kehidupan ini.Justeru itulah, fenomena dalam masyarakat kita memperlihatkan kebanyakan wanita atau lelaki baik akan berumahtangga dengan pasangan yang baik juga dalam kehidupan mereka. Perkahwinan antara wanita atau lelaki baik dengan pasangan baik dikira sebagai sesuatu yang wajar dan amat bertepatan dengan keadaan kerana seseorang yang baik sudah sepatutnya berpasangan dengan yang baik juga. Jika diqiaskan kepada rupa, ia boleh diibaratkan sebagai "pertemuan bagai pinang yang dibelah dua."

Di dalam al-Qur'an,Surah an-Nur; ayat 26; Allah SWT. berfirman yang bermaksud:    "Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat, laki-laki jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula,







perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik, laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula.



Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan, untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia."

Bagaimanapun, fenomena dalam masyarakat kita juga memperlihatkan, sesetengah manusia baik sama ada wanita atau lelaki tidak pula bertemu jodoh dengan pasangan yang baik. Disebabkan keadaan itu, rumahtangga mereka juga sering kelihatan tidak bahagia dan sesetengahnya turut musnah.Kenapa kejadian seperti itu berlaku? Sedangkan di dalam Surah an-Nur; ayat 26, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud,

"Wanita baik untuk lelaki baik dan lelaki baik untuk wanita baik."

Pada sesetengah pihak, ayat 26 dalam Surah an-Nur itu difahamkan sebagai janji Allah kepada setiap hambaNya yang akan menjodohkan seseorang yang baik dengan pasangan yang baik juga. Sedangkan pada dasar dan hakikatnya, malahan dalam sebarang keadaan, tempat dan masa, Allah SWT tidak sekali-kali memungkiri janjiNya kepada setiap hambaNya.

Dengan kewujudan perkahwinan seseorang yang baik sama ada wanita atau lelaki dengan pasangan yang tidak baik, sesetengah pihak turut bertanya, apakah pula hikmah yang terselit di sebalik ketentuan Allah terhadap jodoh seseorang yang baik dengan yang tidak baik itu?

Yang sebenarnya ayat tersebut bukanlah menyentuh Qada dan Qadar Allah terhadap jodoh seseorang. Dengan kata lain,ia juga bukanlah merupakan janji Allah kepada manusia baik yang akan dijodohkan dengan pasangan yang baik.Sebaliknya, ayat berkenaan merupakan peringatan Allah kepada setiap hambaNya atau kepada umat Islam agar memilih manusia yang baik untuk dijadikan pasangan hidup masing-masing.Untuk memahami ayat tersebut dengan mendalam, setiap umat Islam perlu mengetahui sebab-sebab atau latar belakang penurunan ayat berkenaan oleh Allah SWT. Ayat itu sebenarnya diturunkan oleh Allah ekoran terdapat tuduhan atau fitnah terhadap isteri Rasulullah SAW. Saidatina Aisyah yang kononnya melakukan perbuatan jahat dengan seorang lelaki.

Ekoran fitnah itu, ada umat Islam yang mempercayainya. Sedangkan yang sebenarnya, Saydatina Aisyah itu wanita yang amat baik dan amat suci yang tidak pernah melakukan perbuatan sedemikian, malahan tidak pernah sedikitpun pun terniat melakukannya. Disebabkan peristiwa itulah, Allah SWT. menurunkan ayat itu.Ia merupakan penjelasan Allah mengenai kedudukan sebenarnya mengenal fitnah itu yang tidak benar dan tidak berasas sama sekali.

Selanjutnya setiap umat Islam juga perlu memahami dengan mendalam firman Allah SWT. dalam Surah an-Nur; ayat 3 yang bermaksud:
"Laki-laki berzina tiada berkahwin melainkan dengan perempuan berzina pula, atau perempuan musyrik. Perempuan berzina tiada berkahwin, melainkan dengan laki-laki berzina pula atau laki-laki musyrik.Yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang beriman."

Ayat tersebut tidak bermaksud lelaki yang berzina hanya mesti berkahwin dengan wanita yang berzina dan wanita yang berzina hanyalah boleh berkahwin dengan lelaki yang berzina sahaja. Jumhur ulama mengatakan, hukum ayat itu telah dimansukhkan oleh Allah SWT. Ia dimansukhkan oleh Allah dengan ayat 32-33 dalam Surah an-Nur juga yang bermaksud kahwinilah wanita di kalangan kamu, dengan terjemahan penuhnya yang bermaksud:

"Dan kahwinlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan hamba sahaya lelaki dan perempuan yang soleh. Kalau mereka miskin, nanti Allah akan memberikannya kekayaan dari kemurahanNya dan Allah itu luas pemberiannya dan Maha Tahu. Orang-orang yang tiada memperoleh belanja, hendaklah menjaga kehormatan (jangan berzina), sehingga Allah memampukan mereka dengan kurniaNya. Hamba-hambamu yang menuntut mukatabah (kemerdekaan dengan pembayaran wang), hendaklah kamu terima, jika kamu ketahui bahawa ada kebajikan pada mereka. Berikanlah kepada mereka harta Allah yang diberikanNya kepadamu. Janganlah kamu paksa hamba-hambamu berzina, jika mereka menghendaki kesucian, supaya kamu mendapat harta benda waktu hidup di dunia. Barang siapa memaksa mereka, maka Allah sesudah paksaannya itu Pengampun lagi Penyayang.

Dengan pemansukhan itu bermakna ayat itu sudah tidak lagi menuntut umat Islam sama ada lelaki atau perempuan yang berzina hanya boleh berkahwin dengan yang berzina sahaja, tidak dengan yang baik.

Sebaliknya ia telah menjadi umum. Lelaki yang baik dibolehkan berkahwin dengan wanita yang berzina, perempuan yang berzina dibolehkan berkahwin dengan lelaki yang baik, perempuan yang baik dibolehkan berkahwin dengan lelaki yang berzina atau lelaki yang berzina juga boleh berkahwin dengan wanita yang baik. Jadi maknanya, jodoh pertemuan seseorang itu di tangan Allah, tetapi kita diminta berusaha memilih pasangan yang baik, yang soleh atau solehah. Kalau seseorang itu mendapat jodoh dengan pasangan yang kurang baik, pasangannya yang baik itu mestilah berusaha membaiki perangai pasangannya yang kurang baik itu.

Berhubung dengan perubahan perangai seseorang yang kurang baik menjadi baik apabila berkahwin dengan orang yang baik pula, kalau seseorang yang kurang baik atau tidak baik sama ada lelaki atau wanita berkahwin dengan orang yang baik, tidak pula boleh dikatakan perangainya akan pasti berubah menjadi baik sejajar dengan kedudukan pasangannya sebagai orang yang baik.Tetapi pengaruh persekitaran dari orang yang baik mungkin mempengaruhi individu dari tidak baik kepada baik. Inilah kekuatan agama yang ada pada diri seseorang yang mampu untuk menarik pasangannya mentaati Allah dan RasulNya.

Dalam Islam, seseorang yang baik dengan menilai baik hubungannya dengan Allah dan hubungannya dengan manusia. Kalau orang yang baik itu ada kekuatan agama seperti yang dimaksudkan tadi diharuskan dia berkahwin dengan orang yang kurang baik itu, untuk tujuan menyelamatkan orang berkenaan sama ada lelaki atau perempuan dan terus hanyut dalam kesesatan atau kemaksiatan. Ini adalah dakwah.

Dalam Islam, kalau seseorang tu telah bertaubat, kita disuruh menerima orang yang sudah bertaubat itu. Kalau tidak, berdosa. Sebab dalam Islam, orang yang sudah bertaubat itu dikira sudah bersih.Tetapi terdapat juga kejadian di mana masyarakat tidak menerima orang yang telah bertaubat.

Inilah silapnya sesetengah anggota masyarakat kita. Orang yang sudah bertaubat pun dikatakan masih jahat juga. Banduan-banduan yang sudah keluar dan penjara yang sudah bertaubat itu sepatut diterima baik oleh masyarakat.Bohsia dan bohjan, penagih dadah dan sesiapa sahaja yang bersalah dan kemudian yang sudah bertaubat sepatutnya kita terima mereka dan didik mereka ke arah Islam.Tetapi sesetengah anggota masyarakat kita tidak juga mahu menerimanya.Akibatnya,ia mendatangkan kesan buruk pula kepada orang berkenaan dan kepada masyarakat.

Firman Allah SWT yang bermaksud :  "Dan orang-orang yang apabila berbuat kejahatan atau menganiaya dirinya, (kemudian) mereka ingat akan Allah, lalu mereka meminta ampun atas dosanya. Dan tiadalah yang mengampunkan kecuali Allah. Mereka tiada berkekalan di atas dosanya itu sedang mereka mengetahui." (Surah  Ali Imran ayat 135 )

Firman Allah SWT maksudnya : "Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertaubat dan mengasihi orang yang mensucikan dirinya."  ( Surah Al BaQarah ayat 222 )

Sahabat yang dikasihi,
Sebelum kita membuat suatu pemilihan jodoh maka banyakkan berdoa dan lakukan solat istikharah kerana amalan ini akan mendekatkan diri kita kepada Allah SWT dan akan datang petunjuk dari Allah SWT seseorang yang soleh dalam hidup kita . Adakalanya dia datang tanpa kita cari dan dipermudahkan oleh Allah SWT ketika melamar, bertunang dan akan nikah. Perlulah kita ketahui bahawa perkahwinan kita bukan setakat di dunia saja tetapi perkahwinan ini akan kekal bertemu di syurga Allah SWT insya Allah.

Carilah Jodoh Kalian Dengan Memilih Pasangan Yang Soleh Atau Solehah

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Jodoh itu salah satu bentuk rezeki dan seperti rezeki yang lain, ia boleh diperolehi melalui jalan halal atau jalan haram, yang berbeza di antara keduanya adalah keberkahan dalam kehidupan dan sentiasa mendapat rahmat Allah SWT.

Untuk mencari pasangan yang soleh seorang wanita hendaklah memilih calon suaminya yang faham dan menjalankan perintah agama. Jangan terlalu mementingkan perkara yang bersifat kebendaan atau meterialistik, sebab harta, kecantikan, kedudukan dan pangkat tidak akan bertahan lama. Seandainya calon suami seorang yang soleh, Insya Allah rumahtangga akan bahagia dan diberkati Allah SWT. 

Walaupun begitu mulailah dari diri sendiri, hiasi peribadi dengan akhlak yang mulia agar nanti kita akan dianugerahkan Allah pasangan yang mulia pula. Ini sesuai dengan firman Allah dalam surah An Nuur ayat 26 maksudnya: "Wanita-wanita yang buruk itu untuk lelaki yang buruk, dan lelaki yang buruk untuk wanita yang buruk; sedangkan wanita-wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik".

Sesungguhnya segala perbuatan yang dilakukan oleh orang yang memiliki akal sihat jelas dia lakukan atas dasar pilihannya sendiri sebagaimana firman Allah SWT maksudnya : "Maka barangsiapa menghendaki, maka dia mengambil jalan menuju Rabb-Nya" (Surah an-Naba ayat 39)

Dan firman Allah SWT maksudnya : "Sebagian dari kamu ada orang yang menghendaki dunia dan sebagian dari kamu ada orang yang menghendaki akhirat" (Surah Ali-Imran ayat 152)

Begitu juga lelaki apabila ingin menyunting seorang wanita untuk dijadikan isterinya maka utamakanlah agamanya atau kesolehahnya, kerana sesungguhnya wanita yang beragama , miskin dan kurang kecantikannya adalah lebih baik daripada wanita kaya, cantik tetapi buruk akhlaknya. 

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., ia berkata: Rasulullah bersabda: "Wanita dinikahi karena empat perkara; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya nescaya engkau beruntung.” (Hadis Riwayat Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), an—Nasaa’i (6/68) dan Ibnu Majah (1858))

Mengenai jodoh, rezeki dan maut merupakan takdir yang ditentukan Allah dalam diri seseorang. Sebagai seorang insan, kita dituntut supaya bersabar dan berdoa kepada Allah agar dipertemukan dengan seorang pasangan yang sesuai dan diberkati Allah. Jika terputus perhubungan sebelum proses perkahwinan berlaku maka janganlah cepat merasa putus asa dan kecewa dengan perkara yang telah terjadi, mungkin disebalik keputusan Allah itu ada hikmah yang sangat besar terkandung didalamnya sedangkan kita tidak mampu untuk menjangkaunya. 

Jika kita bersabar, insya Allah pada suatu ketika nanti akan mendapat seorang pasangan yang baik dan soleh. Disamping itu jangan lupa berdoa kepada Allah setiap kali selesai solat lima waktu. Bermohon kepada-Nya agar dipertemukan dengan seorang pasangan yang soleh dan dapat membimbing keluarga ke arah jalan yang diredhai Allah SWT. Utamakan agama dalam memilih pasangan hidup daripada faktor-faktor lain seperti harta, pangkat dan sebagainya tanpa was-was. Hiasilah peribadi dengan akhlak yang mulia, bersopan santun serta menjalankan perintah agama. Hanya dengan keperiabdian yang luhur dan mulia disenangi dan disukai oleh orang lain.

Memang diakui jodoh dan pertemuan itu adalah di tangan Tuhan. Bagamanapun kata-kata ini tidak boleh difahami secara umum begini, sebaliknya ia memerlukan huraian yang jelas, kerana ia mempunyai hubungan erat dengan qada dan qadar Allah SWT. Seseorang perempuan yang tidak di sangka-sangka dipinang orang kemudian berkahwin dan perkahwinannya kekal sehingga ke anak cucu. Itulah yang dikatakan jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Begitu juga seorang yang sudah lama bercinta dan berjanji untuk untuk berkahwin namun mereka gagal berkahwin, juga dikatakan sebagai jodoh pertemuan itu di tangan Tuhan. 

Bagaimanapun seseorang itu tidak boleh menyerah bulat-bulat kepada kaedah ini. Jangan hendaknya kerana jodoh pertemuan itu di tangan Tuhan maka mereka tidak berusaha untuk mencari jodoh, sebaliknya mengambil sikap menunggu sahaja. Ini jelas satu prinsip hidup yang bercanggah dengan ajaran Islam. Kita dikehendaki berusaha selaras dengan ajaran-ajaran Islam yang Maha Suci, tetapi kita juga hendaklah menyerahkan kejayaan usaha kita itu kepada Allah SW. Setelah berusaha tetapi jodoh tidak ditemui juga barulah boleh kita mengatakan jodoh dan pertemuan itu di tangan Tuhan.

Dengan lain perkataan jodoh dan pertemuan yang berbentuk umum itu boleh diubah dengan usaha yang kita lakukan, kerana tidak tidak seorangpun yang dilahirkan sudah mengetahui jodoh dan pertemuannya. Sehubungan dengan usaha yang berterusan selaras dengan syariat mesti dilakukan. Sebolehnya diusahakan mendapatkan pasangan yang baik 

Sahabat yang dimuliakan,
Islam melarang hidup membujang, iaitu tidak mahu berkahwin dengan maksud untuk tekun ibadah, menjauhkan diri dari kesenangan dunia dan menghindarkan diri dari kewajipan menjaga anak. 

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Benarkah kalian telah berkata begini dan begitu, sungguh demi Allah, sesungguhnya akulah yang paling takut dan takwa di antara kalian. Akan tetapi aku berpuasa dan aku berbuka, aku solat dan aku juga tidur dan aku juga mengawini perempuan. Maka barangsiapa yang tidak menyukai sunnahku, maka ia tidak termasuk golonganku". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Dalam Surah Al Maidah ayat 87 dijelaskan: "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu dan janganlah kamu melewati batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas".

Jadi orang yang suka hidup membujang bererti mengharamkan apa yang dihalalkan Allah bagi dirinya.

Hukum perkahwinan itu asalnya mubah, tetapi akan berubah menurut hukum yang lima menurut perubahan keadaan.

1. Wajib
Kahwin diwajibkan bagi orang yang telah mampu, yang akan menambahkan takwa dan dikhuatirkan akan berbuat zina. Kerana menjaga jiwa dan menyelamatkannya dari perbuatan haram adalah wajib. Kewajiban ini tidak akan dapat terlaksana kecuali dengan berkahwin.

2. Haram
Kahwin diharamkan bagi orang yang tahu bahawa dirinya tidak mampu melaksanakan hibup berumahtangga, melaksanakan kewajipan lahir seperti memberi nafkah, pakaian dan tempat tinggal dan kewajipan batin seperti menggauli isteri (berahi terhadap wanita)

3. Sunat
Kahwin disunatkan bagi orang yang sudah mampu, tetapi ia masih sanggup mengendalikan dirinya dari perbuatan haram, dalam hal ini maka kahwin lebih baik daripada membujang, kerana membujang tidak ada dalam syariat Islam.

4. Mubah
Iaitu bagi orang yang tidak ada halangan untuk kahwin dan dorongan untuk kahwin belum membahayakan dirinya, ia belum wajib kahwin dan tidak haram bila tidak kahwin. Jelaslah jika anda tidak ada keinginan untuk berkahwin kerana tidak ada nafsu terhadap wanita maka tidak berdosa, malah haram berkahwin jika tidak ada keupayaan untuk menggauli isteri.

Sahabat yang dihormati,
Terdapat beberapa amalan yang baik yang boleh diamalkan semoga dipermudahkan bertemu pasangan yang soleh atau solehah. Di harapkan pasangan tersebut bukan sahaja untuk kebaikan di dunia sahaja tetapi dia juga baik di hari akhirat iaitu yang akan bersama-sama di syurga.

1. Berdoa semoga dikurniakan zurait yang baik.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang- orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa." (Surah al-Furqan ayat 74)

Jika wanita berdoa : "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh suami yang soleh dan zuriat keturunan kami : perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah suami kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa."
 

2. Berdoa untuk kebaikan dunia dan akhirat dan dibebaskan daripada api neraka.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :“Dan di antara mereka ada yang berdoa ; ‘Ya Tuhan kami kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa api Neraka.” (Surah al-Baqarah ayat 201)

3. Diantara wirid yang perlu diamalkan agar disayangi orang iaitu mengucapkan "Yaa Rahim" sebanyak 100 kali setiap hari, insya Allah hajat dan kasih sayang ditumbuhkan dalam hati.

4. Solat Istikharah.

Dari Jabir bin Abdullah r.anhuma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW mengajarkan kami cara melakukan istikharah (memohon kepada Allah untuk menunjuki cara yang benar mengenai sesuatu kerja atau amalan), dalam segala hal sebagaimana baginda mengajar kami surah-surah dari Al-Quran.

Baginda SAW bersabda: Jikalau salah seorang daripada kamu berniat melakukan sesuatu pekerjaan, maka kerjakanlah dua rakaat solat sunat dan berdoa:

” Ya Allah, Aku meminta pilihan kepadaMu dengan pengetahuanMu dan aku memohon keputusan dengan kekuasaanMu dan aku memohon kepada-Mu dari keutamaanMu yang besar, sesungguhnya Engkau mampu sedangkan aku tidak mampu dan Engkau mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkau mengetahui urusan-urusan yang ghaib.

Ya Allah, jikalau Engkau mengetahui bahawa 'urusan ini' baik bagiku dalam
(agamaku dan kehidupanku serta akhir urusanku, atau sebut buat masa kini dan akan datang) maka takdirkanlah bagiku dan mudahkanlah bagiku kemudian berkatilah aku di dalamnya.
 
Apabila Engkau mengetahui bahawa 'urusan ini' buruk bagiku (dalam agamaku, kehidupanku dan akhir urusanku, atau sebut buat masa kini dan akan datang) maka singkirkanlah ia daripadaku dan takdirkanlah kebaikan bagiku di mana pun jua kemudian jadikanlah aku redha dengannya."

5. Berdoa seperti di dalam Surah Qasas ayat 24.


surah qasas ayat 24

Maksudnya : "Wahai Tuhanku,sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan.."

Ketika Nabi Musa a.s. berdoa dengan ayat ini,baginda adalah seorang yang fakir dan amat memerlukan pertolongan daripada Allah SWT pada ketika itu. Di dalam sejarah ada menceritakan selepas itu Nabi Musa telah mendapat perkerjaan dan berkahwin dengan salah seorang puteri kepada Nabi Shuib a.s. pada ketika dia berada dalam kesusahan. Allah SWT telah memudahkan urusan baginda. Oleh itu kita seharusnya berdoa dan meminta hanya kepada Allah dan biarlah keadaan dimana jiwa kita dalam keadaan yakin sepenuhnya kepada Allah SWT. 

Sahabat yang dikasihi,
Oleh itu marilah sama-sama kita hayati cara-cara yang dibenarkan oleh syarak ketika memilih atau mencari pasangan hidup supaya berbahagia di dunia dan akhirat.

Pemilihan Calun Untuk Pasangan Hidup Perlulah Berlandaskan Syarak

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Sudah menjadi fitrah manusia bahawa seorang lelaki atau wanita yang belum berkahwin memerlukan mencari pasangan hidup yang sesuai supaya dapat di bina bahtera kehidupan untuk menuju alam perkahwinan yang inginkan kebahagiaan dan keredaan Ilahi. Ada yang berjaya hingga ke akhir hayat membina keluarga bahagia (sakinah mawahdah warahmah) dan ada di antara mereka gagal dipertengahan jalan hingga berlaku perceraian dan memisahkan di antara mereka.

Berjaya atau gagal sebenarnya bergantung kepada niat dan matlamat utama perkahwinan tersebut. Jika nilai kecantikan, kebendaan dan pangkat kedudukan itu sebagai kreteria utama dan meletakkan agama, akhlak dan ketakwaan dibelakang maka rumah tangga tersebut tidak akan wujud keberkatan dan tidak mendapat rahmat daripada Allah SWT. Masing-masing akan curiga mencurigai, tidak mempercayai kejujuran di antara mereka dan sering mengikut hawa nafsu amarah dan hilang kewarasan apabila berlaku pergeseran dan perbezaan pendapat. Itulah sebabnya kenapa kadar perceraian dikalangan masyarakat Islam cukup tinggi berbanding dengan masyarakat bukan Islam.

Persoalannya adalah bagaimana seorang muslim dapat mengenalpasti ciri muslimah (bakal isteri) sebelum berkahwin, kerana ia diperintahkan untuk menundukkan pandangan (shaddul bashar) terhadap wanita? Seorang yang soleh akan tetap menjaga ketinggian akhlak dan mengelakkan perhubungan yang tidak diizinkan syarak.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Kamu semua berkata begitu? Ingat dan ketahuilah, demi Allah, aku adalah orang yang sangat takut terhadap Allah, dan sangat taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadang-kadang aku (tidak berpuasa), dan aku sembahyang, dan aku tidur, dan aku juga berkahwin dengan perempuan. Maka sesiapa yang tidak suka dengan sunnahku, mereka itu bukanlah pengikutku (bukan dari kalangan ummahku)." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam masalah ini, at-Tabari berkata: "Sahabat Rasulullah SAW bernama 'Uthman bin Maz'un mengharamkan ke atas dirinya seorang perempuan, benda-benda yang baik dan semua benda yang sedap dan lazat. Dengan pengharaman tersebut, Allah Ta'ala menurunkan firman-Nya:

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu, kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas." (Surah al- Ma'iddah ayat 87)

Sabda Nabi SAW yang bermaksud : ”Ambillah isteri, kerana beristeri lebih membuka pintu rezeki bagi kamu.”(Hadis Riwayat Thusiy)

Untuk mendapat calun yang baik perlulah sentiasa berdoa kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT maksudnya : "Wahai sekalian manusia! bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silatur-rahim) kaum kerabat kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu." (Surah an-Nissa ayat 1)

Permohonan kepada Allah SWT dengan meminta jodoh yang diredai-Nya, merupakan keperluan penting manusia kerana kejayaan manusia mendapatkan jodoh berpengaruh besar dalam kehidupan dunia dan akhirat seseorang.

Islam ada menggariskan beberapa ciri-ciri bakal suami dan bakal isteri yang dituntut di dalam Islam. Namun, ia hanyalah panduan dan tiada paksaan untuk mengikut panduan-panduan ini.

 Ciri-ciri bakal suami

* Beriman dan  bertakwa kepada Allah SWT

* Bertanggungjawab terhadap semua benda

* Memiliki akhlak-akhlak yang terpuji

* Berilmu agama agar dapat membimbing bakal isteri dan anak-anak ke jalan yang benar

* Tidak berpenyakit yang berat seperti gila, AIDS dan sebagainya

* Rajin berusaha untuk kebaikan rumahtangga seperti mencari rezeki yang halal untuk kebahagiaan keluarga.

Ciri-ciri bakal isteri

* Beriman dan  solehah (berpakaian menutup aurat)

* Rupa paras yang sedap mata memandang, dapat menyejukkan hati suami

* Memiliki akhlak-akhlak yang terpuji

* Menentukan mas kahwin yang rendah (hantarannya juga tidak terlalu tinggi)

* Wanita yang subur

* Berasal dari keturunan yang baik

* Bukan keturunan terdekat

* Tidak memandang harta semata-mata

Sahabat yang dimuliakan,
Semasa mencari calun yang sesuai sekiranya bertemu dialam siber, perlulah berhati-hati jangan terlalu mudah mempercayai seseorang dan jangan terlalu cepat mencurahkan kasih sayang sedangkan kita masih belum mengenali akhlak dan peribadi seseorang. Memang benar rasa cinta dan kasih sayang merupakan fitrah yang tumbuh didalam sanubari manusia bersama lahirnya manusia itu ke dunia ini. Perasaan timbul jika ada rangsangan dari luar, akhirnya kecenderungan itu akan lahir dalam bentuk sikap, reaksi ataupun ungkapan kata-kata.

Selalunya ungkapan kata-kata yang berlebihan tentang rasa kasih sayang ini antara lelaki dan wanita akan menimbulkan berahi dan dorongan syahwat yang akhirnya mengundang terjadinya perkara yang dilarang dalam Islam.

Ungkapan rasa cinta dan kasih sayang hanya sesuai dilafazkan bagi mereka yang telah bernikah, namun bagi mereka yang baru berkenalan bahkan hanya melalui internet, maka perkara ini merupakan perbuatan yang sia-sia dan merosakkan fitrah kasih sayang tadi.

Jadi batas hubungan antara lelaki dan wanita yang belum menikah ini cukup sekedar ingin mengetahui latarbelakang seseorang yang diingininya tersebut. Apakah ia dari keturunan yang baik atau sebaliknya, apakah ia tergolong subur atau berpenyakit, kemudian apakah ia dari kalangan orang yang berada ataupun sebaliknya dan yang terakhir tentang agamanya, apakah ia tergolong orang yang taat kepada Allah ataupun orang yang lalai dengan hukum-hakam Allah.

Nabi SAW berabda maksudnya : "Dikawini wanita itu kerana empat perkara :

1. Kerana hartanya. 2. Kerana keturunannya. 3. Kerana kecantikannya. 4. Kerana agamanya.

Maka pilihlah kerana agamanya, akan beruntunglah kamu."

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Huraiannya :

Dari hadis Rasulullah SAW di atas, ada empat kreteria utama yang perlu dipertimbangkan dalam memilih jodoh, iaitu:

(1) Agama

Hendaklah isteri itu seorang yang solehah dan berpegang teguh kepada agama. Termasuk ke dalam kategori agama adalah baik budi pekertinya, akhlaknya, menutup aurat dan tidak suka pergaulan bebas di antara lelaki dan wanita. Inilah sebaik-baik pilihan.

(2) Kecantikan

Manis atau cantik rupanya; ini juga sering dituntut oleh orang kerana dengannya akan terpelihara diri dari mencari yang lain, sebab tabiat manusia biasanya tiada puas dengan isteri yang buruk rupa. Jika disebutkan supaya memilih yang teguh agamanya bukanlah bererti melarang memilih yang cantik rupanya. Janganlah utamakan kecantikan semata-mata kerana kecantikan akan hilang apabila usia meningkat.

(3) Keturunan baik

Hendaklah wanita itu dari golongan keturunan yang baik, maksudnya dari kaum yang terkenal menjaga urusan agamanya dan termasyhur dengan perjalanannya yang lurus. Sebab wanita dari rumahtangga yang seumpama itu akan memelihara dan mendidik anak-anaknya pada jalan yang diredhai oleh Allah dan Rasul-Nya.

(4) Harta

Ada juga yang memilih jodoh kerana calon isteri atau suami mempunyai harta yang banyak. Inipun tidak dilarang. Tetapi sebaik-baik pilihan adalah kerana agama. Janganlah harta menjadi perkara yang paling penting dalam urusan pemilihan calun isteri kerana harta akan habis dan harta juga boleh menyebabkan seseorang lupa pada tanggungjawabnya kepada Allah SWT jika tidak diuruskan dengan baik.

Perkara yang paling penting dalam memilih pasangan hidup adalah melihat sejauhmanakah calon suami atau isteri kita itu benar-benar menjalankan agamanya, sebab orang yang menjalankan agama dengan baik akan menjadi pasangan yang baik dan diredai Allah SWT.

Jadi mengucapkan kata-kata sayang dalam internet sama juga mengucapkan kata-kata itu ketika kita sedang berhadapan, jika ucapan itu dengan jelas untuk menggoda dan bahkan menumbuhkan dorongan untuk melakukan perkara yang tidak baik jika bertemu nanti maka perkara ini dilarang dalam agama.

Sahabat yang dikasihi,
Terdapat beberapa langkah-langkah yang perlu diambil sebelum perkahwinan

1. Disunnatkan melihat bakal isteri sebelum berkawin.

Dari Abu Hurarah r.a.  katanya ;"Ketika saya berada dekat Nabi SAW datang seorang lelaki menceritakan kepada baginda bahawa dia hendak mengahwini (meminang) seorang perempuan dari kaum Ansar,
Rasulullah SAW menanyakan kepadanya ; "Sudahkah dia engkau lihat?" Dia menjawab belum! . Baginda berkata; "Pergilah melihatnya kerana di mata orang Ansar ada sedikit (mungkin cacat)
(Hadis Riwayat Muslim)

Sebaiknya jika benar-benar ikhlas ingin mencari pasangan hidup, boleh berjumpa dengan membawa mahram dan melihat keadaan pasangan tersebut apakah memenuhi syarat dan kreteria yang  ditentukan agama seperti yang disebutkan diatas. Setelah itu lakukanlah solat istikharah agar pilihan kita itu benar dan diredai Allah SWT.

Dalam hal ini berdua-duaan dilarang dalam ajaran Islam. Bukankah berdua-duaan itu sama saja dengan mendekati zina. Jika masing-masing sudah sesuai maka segera saja melamar dan meneruskan perkahwinan.

2. Pertunangan (Khitbah)

Khithbah adalah meminang (melamar) yaitu permintaan seorang laki-laki kepada anak perempuan orang lain untuk dikahwini, sebagai pendahuluan pernikahan, namun belum berupa akad nikah. Pertunangan merupakan permintaan dan janji untuk mengadakan perkahwinan.

Dalam melakukan pertunangan ini perlu diperhatikan adab-adabnya, antara lain :

- Tidak boleh (haram) meminang pinangan orang lain.

Umar bin Khattab berkata dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim : Nabi  SAW melarang sebagian kamu menawarkan atas penawaran sebagian yang lain, dan tidak boleh seseorang meminang pinangan saudaranya hingga peminang sebelumnya meninggalkannya atau mengizinkannya.

Oleh kerana pertunangan ini bukanlah akad nikah, maka status peminangan masih tetap sebagai orang lain bagi yang dipinang (bukan mahram), dan tidak diperkenankan untuk berkhalwat atau berdua-duaan.

Pertemuan yang sopan bagi laki-laki yang meminang dan wanita yang dipinang ialah dengan kehadiran mahram wanita, kerana hal tersebut akan menambah kemudahan untuk saling mengenal. Dengan pemberian hadiah dari peminang kepada wanita yang dipinang diharapkan akan mempererat lagi tali silaturrahim di antara mereka.

Marilah sama-sama kita ikut garispanduan Islam semasa memilihan jodoh, jangan ikut adab dan cara hidup jahiliah atau barat kerana pemilihan kita ini adalah menentukan keturunan kita di dunia dan akhirat. Jika kita berhajat mempunyai anak-anak yang soleh dan solehah yang akan mendoakan kita nanti jika kita telah berada di alam barzakh maka suami isteri perlulah menjadi soleh dan solehah terlebih dahulu. Jadi pemilihan ini adalah paling penting untuk kebahagiaan masa depan kita disisi Allah SWT.

Memilih Wanita Solehah Sebagai Isteri Adalah Di Tuntut Oleh Islam.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Untuk mendapatkan anak-anak (zuriat) yang soleh dan solehah, tindakan paling awal yang perlu dilakukan oleh seorang mukmin adalah memilih pasangan hidup (isteri) yang beriman dan bertakwa dan baik agamanya.

Nabi SAW bersabda maksudnya :"Hendaklah kamu memilih tempat hendak salurkan air mani kamu(isteri)."(Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Baihaqi- hadis sahih) 

Maksudnya wanita yang dipilih menjadi isterinya adalah wanita yang baik akhlak dan keperibadiannya, menutup aurat dan bersifat lemah lembut.

Ciri utama yg perlu ada pada pasangan adalah yang elok akhlak dan agamanya sebagamana Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

"Maka beruntunglah orang yang memilih wanita yang beragama."(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) 

Sabdanya lagi yang bermaksud : "Apabila datang seorang lelaki yang elok agama dan akhlaknya melamar anakmu maka hendaklah kamu kahwini anak perempuan mu dengan dia. Jika kamu tidak kahwininya maka akan menyebabkan kerosakan dan fitnah yang besar akan berlaku."(Hadis Riwayat Tirmidzi-hasan sahih)

Ciri-ciri  isteri yang solehah adalah sepertimana Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Aku hendak memberitahu kepadamu sesuatu yang perlu dimiliki oleh seorang lelaki ialah wanita yang solehah. Apabila suaminya pandang dia akan rasa gembira, bila suaminya suruh dia akan patuh dan bila suaminya keluar dia akan jaga harta dan maruah suaminya."
(Hadis Riwayat Abu Daud) 

Untuk lelaki yang masih bujang seeloknya hendaklah dia memilih anak dara sebagai calun isterinya. Jabir berkata: "Aku berkahwin dengan seorang wanita; lalu aku berjumpa dengan Nabi SAW. Nabi SAW  bertanya "Adakah engkau sudah berkahwin?" Aku menjawab "Ya" Nabi bertanya "Dara atau janda?" Aku menjawab "Janda" Nabi SAW bersabda "Kenapa kamu tidak memilih anak dara yang mana kamu berseronok dengan dia dan dia berseronok denganmu."(Hadis Riwayat Muslim) 

Ini bukan bermakna berkahwin dengan janda tidak boleh mendatangkan kebahagiaan dan suami-isteri dan tidak boleh bergurau senda. Tetapi saranan Nabi SAW adalah ditujukan kepada sahabat tersebut (untuk kali pertama berkahwin ) supaya beliau dapat bermesra dan bermanja dengan anak dara yang belum mempunyai tanggungan anak berbanding dengan janda biasanya janda mempunyai anak daripada suaminya yang lama samaada cerai hidup atau pun cerai mati.

Berbeza pula jika lelaki tersebut adalah duda dan mempunyai anak hasil perkongsian hidup dengan isterinya yang lama maka berkahwin dengan anak dara atau janda tidak menjadi halangan.

Sahabat yang dimuliakan,
Lelaki juga hendaklah memilih wanita yang penyayang dan mampu melahirkan anak yang ramai. Nabi SAW bersabda maksudnya :"Hendaklah kamu berkahwin dengan wanita yang boleh melahirkan ramai anak dan wanita yang penyayang. Maka sesungguhnya aku berbangga dengan ramainya ummatku"(Hadis Riwayat Abu Daud) 

Disunatkan lelaki yg hendak mengahwini seseorang wanita itu melihat muka dan dua tapak tangan.  Seorang lelaki memberitahu Nabi SAW bahawa dia hendak kahwin. Rasulullah SAW bertanya "Adakah engkau sudah melihatnya?" Lelaki itu menjawab "Belum" Lalu Nabi SAW bersabda "Pergilah engkau melihatnya."(Hadis Riwayat Muslim) 

Imam Nawawi berkata : "Sesungguhnya diharuskan melihat ke muka dan tapak tangan sahaja kerana keduanya bukan aurat dan juga kerana muka menunjukkan kecantikan atau sebaliknya; manakala tapak tangan menunjukkan kepada kesuburan tubuh atau sebaliknya. 

Ulama mazhab Syafie berkata: "Sekiranya tidak mampu melihatnya maka disunatkan supaya menghantar seorang wanita yang dipercayai untuk melihat wanita yg hendak dikahwini dan memberitahunya. Perkara ini seeloknya sebelum pertunangan. Sebaik-baiknya menghantar seseorang untuk merisik pasangan seperti mana Nabi SAW menghantar Ummu Sulaim untuk merisik seorang wanita. (Hadis Riwayat Ahmad dan Hakim- sahih) 

Seeloknya minta pertolongan dan berbincang dengan orang alim atau orang soleh mengenai pemilihan jodoh seperti mana Nabi SAW telah meminang wanita Ansar bagi pihak Julaibib.
(Hadis Riwayat Ahmad-sahih) 

Nabi SAW telah memberitahu kepada Fatimah binti Qis apabila dia dipinang oleh Muawiyah, Abul Jaham dan Usamah bin Zaid, baginda bersabda maksudnya : "Adapun Muawiyah adalah lelaki yang faqir tidak ada duit, Abu Jaham pula seorang yang banyak memukul wanita dan Usamah la yang perlu engkau pilih." 

Fatimah berkata "Aku berkahwin dengan Usamah dan aku amat bergembira bersamanya."(Hadis Riwayat Ahmad) 

Sahabat yang dikasihi,
Jika kalian sedang berusaha untuk mencari jodoh pilih dan carilah wanita solehah yang menutup aurat, memiliki akhlak yang mulia, lemah lembut dan mempunyai sifat pengasih dan penyayang. Jauhi wanita yang keras hati, bengis , garang dan tidak menjaga akhlak dan keperibadian dirinya. Janganlah kalian utamakan hanya kecantikan dirinya kerana kecantikan itu tidak akan kekal lama, bila bertambah usia maka kecantikan akan hilang dan wajah akan berkedut . Wanita yang beriman dan bertakwa semakin meningkat usia maka iman dan takwanya akan meningkat dan bertambah. Di sinilah perlunya meletakkan nilai agama dan akhlak mengatasi nilai-nilai yang lain. 

Wanita yang solehah akan menasihatkan suami supaya taat dan patuh kepada perintah Allah SWT , sedangkan wanita yang kurang kesolehannya akan mendorong suaminya supaya mencintai dunia dan perhiasan yang sementara. 


Cubalah pilih yang terbaik mengikut ape yang Islam telah gariskan. Bincanglah dengan baik dengan orang-orang yang dipercayai, guru, orang alim dan Ibu Bapa. Banyakkan solat Istikharah dan solat hajat. Mudah-mudahan mendapat pasangan yang terbaik.
Jika kalian memilih jodoh mengikut sunah yang dibawa oleh Rasulullah SAW maka kalian akan selamat dan berbahagia di dunia dan akhirat.

Firman Allah SWT :

ّقُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

“Katakanlah (wahai Muhammad): “jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Ali Imran ayat 31).

Read More

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML