Sunday, February 16, 2014

SOAL JAWAB AGAMA BAHAGIAN 120

Soal Jawab Agama Siri 120 (Israk dan Mikraj, Tamakninah, Adab-adab Berniaga, Doa Masuk Pasar dan Cecah Garam)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Soal Jawab Agama Siri 120 adalah membicarakan persoalan Israk dan Mikraj, tamakninah dalam solat, adab-adab berniaga, doa masuk pasar dan hadis palsu mengenai menjamah garam sebelum dan selepas makan.

881. Soalan : Bolehkah ustaz terangkan peristiwa Israk dan Mikraj semasa Nabi Muhammad SAW bertemu dengan Allah SWT?

Jawapan : 

Sebagai umat Islam kita wajib mempercayai, bahkan yakin dengan peristiwa Israk dan Mikraj. Namun, selepas mengikuti penceritaannya mungkin ada yang percaya Allah SAW berada di langit iaitu di atas Arasy. Jika demikian, ia satu tanggapan yang salah.

Benar Nabi SAW mengalami Israk dan Mikraj. Perjalanan baginda itu menunjukkan bukti kekuasaan Allah SWT dan bukannya untuk berhujah bahawa Allah berada di langit. Hakikat ini sebagaimana dijelaskan dalam Surah al-Isra, ayat 1 yang bermaksud: 

“Maha Suci Allah yang menjalankan hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya untuk diperlihatkan kepadanya tanda kekuasaan Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” 

Sebenarnya tidak ada sebarang fakta sama ada daripada al-Quran, hadis mahupun ijmak ulama yang menetapkan Allah SWT berada di langit.

Kepercayaan Ahli Sunah Wal Jamaah menetapkan Allah SWT wujud sebelum kewujudan segala makhluk.

Dia bersifat dengan sedia kala tanpa ada permulaan dan pengakhiran. Allah SWT wujud tidak bertempat dan kewujudan-Nya sejak azali lagi. 

Memang al-Quran ada menerangkan Allah ‘dekat’ dengan hamba-Nya seperti ditegaskan dalam surah al-Baqarah, ayat 186, maksudnya: “Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (jawablah): ‘Sesungguhnya Aku amat hampir...” 

Diterangkan juga Allah ‘bersama’ dengan hamba-Nya. Ayat 4, surah al-Hadid bermaksud: “...dan Dia tetap bersama kamu di mana saja kamu berada dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.” 

Bahkan, Allah menguasai atas hamba-Nya (Surah al-An’am, ayat 18), Allah SWT pencipta segala sesuatu (Surah az-Zumar, ayat 62), Allah Maha Mengetahui segala sesuatu (Surah al-Hadid ayat 3), tiada sesuatu menyerupai-Nya (Surah asy-Syura, ayat 11 dan surah al-Ikhlas, ayat 4).

Semua ayat di atas tidak menjelaskan Allah SWT berada di langit. Langit tidak dicipta untuk menjadi tempat bagi Allah SWT bahkan Maha Suci Allah SWT daripada berhajat kepada makhluk. 

Maksud ‘dekat’, ‘hampir’ atau ‘bersama’ dalam ayat berkenaan merujuk kepada rahmat pertolongan yang begitu hampir dengan hamba-Nya. Ilmu Allah meliputi segala sesuatu zahir dan batin. (Tafsir at-Thabari) 

Bagi ayat yang menerangkan ‘Bersemayam di atas Arasy’ pula seperti pada ayat 5, Surah Thaha, ia bermaksud Allah menguasai Arasy. Ketentuan ini diambil dengan melihat kepada ayat sebelum dan selepasnya. 

Ia juga difahami berdasarkan keseluruhan ayat berkaitan Arasy sebagai satu daripada makhluk (ciptaan) Allah SWT. 

Kesimpulannya, berdasarkan keterangan di atas maka jelaslah kepada kita Allah SWT wujud tanpa permulaan dan pengakhiran, tidak seperti kewujudan makhluk.

Wujud makhluk adalah bertempat samaada pepejal, cecair atau gas . Boleh di lihat, di rasa, di cium itu adalah sifat makhluk tetapi semua sifat makhluk tidak sama dengan sifat Allah SWT .

Allah SWT Maha Perkasa, Maha Berkuasa, Maha Hebat , tidak bermula dan tidak berakhir, sifat Maha Sempurna. Dia tidak berhajat kepada makhluk. Bahkan segala makhluk berhajat kepada-Nya. 
Malah, Dia pencipta kepada segala-galanya pastinya tidak berhajat kepada ruang, masa, tempat, arah, jisim mahupun jirim. Maha Suci bagi Allah SWT. 

Sesungguhnya sesiapa yang menentang atau membangkang ketentuan ini ertinya dia membangkang al-Quran, hadis dan ijmak ulama. 

Akidahnya dikira sesat dan menyeleweng. Maka dia wajib bertaubat untuk kembali ke pangkal jalan yang lurus. Wallahu a'lam.

882. Soalan : Apakah rukun-rukun solat yang memerlukan tamakninah?

Jawapan :

Tamakninah setengah daripada rukun solat yang sering diabaikan. Kesannya,ramai yang tidak sedar bahawa solatnya tidak sah. Tamakninah dalam bahasa mudah bawa maksud BERTENANG. Ibarat memandu kenderaan, waktu di simpang hentikan kereta sepenuhnya sebelum bergerak semula. Selagi kenderaan itu masih bergerak, tidaklah dikira tamakninah.

Rukun Solat yang WAJIB Disertakan Tamakninah :

Dibawah adalah senarai rukun solat yang mesti disertai tamakninah dan akan batal solat jika tak ada tamakninah(sila ambil perhatian).

1. RUKUK : waktu tulang belakang dah sama rata & kedua belah tangan pegang pada kepala lutut,hentikan pergerakan seketika. Itulah kadar tamakninah. Barangkali sempat membaca subhanallah.

2. I'TIDAL(bangun darp rukuk) : pergerakan daripada rukuk menegak & meluruskan semula tulang belakang spt berdiri sebelum ni. Sempurna berdiri sebentar tersebut,itulah kadar tamakninah.

3. SUJUD : waktu semua anggota sujud yang tujuh(2tangan,2lutut,2kaki & 1dahi)cecah ke lantai. Hentikan sebarang pergerakan seketika waktu. Maka tulah kadar tamakninah.

4. DUDUK ANTARA 2 SUJUD : waktu duduk sambil baca doanya,tak harus bagi kita gerakkan anggota kasar. Itulah kadar tamakninah.

Tempat yang Sering Diabaikan Tamakninah :

1. I'TIDAL : terdapat sesetengah orang,apabila bangun dari rukuk kapada i'tidal,belum sempat tulang belakang lurus spt sebelumnya,dia dah turun untuk sujud. Solat jenis nie tak sah malah batal kerana tidak ada tamakninah dalam solatnya.

2. SUJUD : waktu sujud kedua-dua kakinya bergerak-gerak & ada yang mengangkatnya(tak cecah kaki ke lantai). Sujud dalam keadaan ni tak sempurna & tak ada tamakninah. Maka solat tak sah@batal solatnya.

3. BANGUN DARI SUJUD : waktu bangun dari sujud ke-2,ketika nak berdiri tegak ke rakaat seterusnya,tak ada tamakninah tetapi kita disunatkan duduk sebentar yang diberi nama duduk istirahat.

883. Soalan : Apakah adab-adab yang perlu diikuti oleh ahli peniaga muslim?

Jawapan :

Syekh Sayyid Nada mengungkapkan sejumlah adab yang harus laksanakan oleh seorang ahli perniagaan Muslim dalam menjalankan aktivitas jual beli.

Pertama : Tidak menjual sesuatu yang haram. Umat Islam dilarang untuk menjual sesuatu yang haram, seperti minuman keras dan memabukkan, dadah, serta barang-barang yang diharamkan Allah SWT. “Hasil penjualan barang-barang itu hukumnya haram dan kotor,” ujar Syekh Sayyid Nada. Selain dilarang menjual sesuatu yang haram, umat Islam juga dilarang menjual sesuatu yang terlarang.

Misalnya, tidak menjual sesuatu yang tidak dimilikinya. Rasulullah SAW bersabda, “Jangan kamu menjual sesuatu yang tidak engkau miliki.” (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Dawud, an-Nasai).

Kedua :  Ajaran Islam melarang umatnya menjual sesuatu yang tidak dimiliki, menjual buah-buahan yang belum jelas hasilnya serta sistem peniagaan terlarang lainnya. 

Misalnya, tidak menjual sesuatu yang tidak dimilikinya. Rasulullah SAW bersabda, “Jangan kamu menjual sesuatu yang tidak engkau miliki.” (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Dawud, an-Nasai).

Ketiga : Tidak terlalu banyak mengambil untung. Menurut Syekh Nada, seharusnya penjual tidak terlalu banyak mengambil untung. “Ambillah keuntungan yang sedang dan wajar,” Seorang peniaga juga hendaknya mengasihani orang lain dan jangan hanya memikirkan keuntungan semata-mata. 

Keempat : Tidak membiasakan bersumpah ketika berniaga. Islam mengajarkan agar peniaga tidak bersumpah untuk melariskan barang dagangannya dan bersumpah bahawa kualiti barang dagangannya yang terbaik.

Ahli Jawatankuasa Tetap kajian Ilmiah dan Pemberian Fatwa yang dipimpin Syekh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baaz dalam fatwa-fatwa jual beli menegaskan, sumpah dalam jual beli secara mutlak hukumnya makruh, baik pelakunya seorang pendusta maupun orang yang jujur.

Jika pelakunya seorang yang suka berdusta, maka sumpahnya yang makruh mengarah kepada haram. “Dosanya lebih besar dan azabnya sangat pedih, dan itulah yang disebut dengan sumpah dusta,” kata Syekh bin Baaz.

Hal itu sesuai dengan hadis Rasulullah SAW, “Janganlah kalian banyak bersumpah ketika berdagang, sebab cara seperti itu melariskan dagangan lalu menghilangkan keberkahannya.” (Hadis Riwayat Muslim). 

Kelima :  Berbohong dalam perniagaan juga tidak diperbolehkan. Salah satu perbuatan berbohong adalah menjual barang yang cacat, namun tak diberitahukan kepada pembelinya.

Bahkan, Nabi SAW pernah bersabda kepada seorang peniaga yang menyembunyikan makanan yang basah. Lalu baginda berkata, “Mengapa engkau tidak meletakkannya di bagian atas agar orang-orang dapat melihatnya. Barangsiapa yang melakukan penipuan, maka ia tidak termasuk golonganku.” (Hadis Riwayat Muslim). 

Keenam :  Penjual harus melebihkan timbangan. Ketika menimbang barang jualannya, seorang pedagang harus jujur. Bahkan, Islam mengajarkan seorang pedagang untuk melebihkan timbangan.

Seorang pedagang sangat dilarang mengurangi timbangan. Allah SWT dalam al-Quran Surah al-Muthaffifin ayat 1-3 mengancam orang-orang yang berbuat curang, yakni orang yang mengurangi 

Ketujuh : Seorang peniaga perlu mempermudah, dan lemah lembut dalam berjual beli. Menurut Syekh Sayyid Nada, seharusnya penjual dan pembeli tidak bersikap keras satu sama lain. Pembeli tak boleh mengurangi hak penjual dan penjual jangan menjual terlalu mahal. “
Jangan banyak tawar-menawar dan berdebat. Hendaknya mereka saling memaklumi.” 

Kelapan : Tidak boleh menimbun dan memonopoli barang dagangan tertentu. Nabi SAW melarang umatnya menimbun atau memonopoli dagangan tertentu untuk menguasai harga barang.

Sebab, perbuatan itu dapat merugikan manusia dan mengganggu kamu Muslimin. Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah seseorang menimbun barang, melainkan pelaku maksiat.” (Hadis Riwayat Muslim).

884. Soalan : Saya pernah mendengar doa masuk pasar, pasar raya atau tempat keramaian. pahalannya sangat besar, iaitu dihapuskan sejuta kesalahan dan dicatat sejuta kebaikan. Apakah hadis itu shahih? Mengapa boleh jadi  demikian?

Jawapan:

Dari Umar bin Khatab radhiyallahu ‘anhu, bahwa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,

مَنْ دَخَلَ سُوقاً مِنَ الأَسْوَاقِ، فَقَالَ: لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ المُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، كَتَبَ اللَّهُ لَهُ أَلْفَ أَلْفِ حَسَنَةٍ، وَمَحَا عَنْهُ أَلْفَ أَلْفِ سَيِّئَةٍ

Maksudnya: “Barangsiapa masuk pasar, kemudian dia membaca:

لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ

LAA ILAAHA ILLALLAAH WAHDAHU LAA SYARIIKA LAH, LAHUL-MULKU WA LAHUL-HAMDU, WA HUWA ‘ALA KULLI SYAI’IN QODIIR.

"Siapa yang membaca doa di atas ketika masuk pasar, Allah akan mencatat untuknya satu juta kebaikan, dan menghapuskan darinya satu juta keburukan.”

Keterangan Status Hadis:

Dalam Silsilah al-Ahadits as-Shahihah, Imam al-Muhadits, al-Albani rahimahullah menjelaskan status hadis ini,

Hadis ini diriwayatkan oleh at-Thabrani dalam ad-Du’a (2/1167/793), dari Ubaid bin Ghannam dan al-Hadhrami, keduanya dari Ibnu Abi Syaibah, dari Abu Khalid al-Ahmar, dari al-Muhajir bin Habib, dari Salim bin Abdullah bin Umar, dari Ibnu Umar, dari Umar bin Khatab radhiyallahu ‘anhu, dari Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Hadis ini juga diriwayatkan oleh Abdullah bin Ahmad dalam Zawaid az-Zuhd (hlm. 214), dari Ibnu Abi Syaibah, dengan sanad yang sama seperti di atas. Hanya saja, tidak disebutkana nama Salim bin Abdullah bin Umar.

Kemudian Imam al-Albani menegaskan,

ورجال إسناده ثقات غير المهاجر بن حبيب، وهو محرف، والصواب “مهاصر”

”Perawi dalam sanad hadis ini semuanya tsiqah, selain al-Muhajir bin Habib, dan ada kesalahan penulisan nama. Yang benar, Muhashir bin Habib.” (Silsilah as-Shahihah, 7/381)

Tentang Muhashir bin Habib

Muhashir bin Habib az-Zubaidi, saudara Dhamrah bin Habib az-Zubaidi dari daerah Syam. Abu Hatim mengatakan, “Tidak masalah dengannya.”

Beliau dinilai tsiqqah (terpercaya) oleh Ibnu Hibban, al-Ajuli, dan al-Haitsami. Dalam bukunya at-Tsiqat (daftar perawi terpercaya), Ibnu Hibban menyebutkan biografi Muhashir,

يروي عن جماعة من الصحابة، وعنه أهل الشام، مات سنة ثمان وعشرين ومئة

“Beliau meriwayatkan dari sekelompok sahabat. Dan beliau menyampaikan hadis kepada penduduk syam. Meninggal tahun 128 H. (at-Tsiqat Ibnu Hibban, 5/454, dinukil dari Silsilah as-Shahihah, 7/379).

Kesimpulan berdasarkan keterangan di atas, hadis yang menyebutkan anjuran doa khusus ketika pasar adalah hadis yang hasan, sehingga boleh diterima sebagai dalil.

Doa Masuk Pasar

لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ

LAA ILAAHA ILLALLAAH WAHDAHU LAA SYARIIKA LAH, LAHUL-MULKU WA LAHUL-HAMDU, WA HUWA ‘ALA KULLI SYAI’IN QODIIR.

(Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya dan Dia-lah Yang Mahakuasa atas segala sesuatu)

Rahasia Zikir Masuk Pasar

Zikir ini sangat ringan, namun memberikan nilai pahala sangat besar. Mengapa boleh demikian? Jawabannya kerana zikir ini dibaca di pasar. Di baca di tempat umumnya manusia lupa Allah SWTdan jauh dari ibadah.

Di saat manusia dalam keadaan lupa Allah SWT, ada diantara hamba-Nya yang mampu berzikir dan mengingat Allah SWT. Di saat semua manusia sibuk dengan dunia dan perdagangannya, dia justru menjadi orang yang ingat Allah SWT. Banyak berzikir ketika di masjid, atau ketika di tengah majlis zikir, adalah perbuatan yang lumrah. Namun berzikir di tempat umumnya orang lupa Allah, adalah amalan yang istimewa.

Beramal di Tengah Kelalaian Manusia

Kebiasaan Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, melaksanakan solat Isya berjemaah di awal malam. Baginda rutinkan itu, agar tidak memberatkan umatnya. Namun suatu ketika Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam mengakhirkan solat Isya hingga tengah malam. Para sahabat dengan setia menunggu baginda di masjid hingga tengah malam. Kemudian Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam datang dan membesarkan hati para sahabatnya,

مَا يَنْتَظِرُهَا أَحَدٌ مِنْ أَهْلِ الأَرْضِ غَيْرَكُمْ

”Tidak ada seorangpun di muka bumi ini yang menunggu solat Isya, selain kalian.” (Hadis Riwayat Bukhari 566 dan Muslim 638)

Ketika menjelaskan hadis ini, Ibnu Rajab mengatakan,

وفي هذا إشارة إلى فضيلة التفرد بذكر الله في وقت من الأوقات لا يوجد فيه ذاكر له ولهذا ورد في فضل الذكر في الأسواق ما ورد من الحديث المرفوع والآثار الموقوفة حتى قال أبو صالح: إن الله ليضحك ممن يذكره في السوق وسبب ذلك أنه ذكر في موطن الغفلة بين أهل الغفلة
Dalam hadis ini terdapat keterangan tentang keutamaan berzikir kepada Allah di waktu-waktu dimana tidak ada orang yang berzikir. Kerana itulah, terdapat keutamaan besar untuk zikir ketika masuk pasar, sebagaimana disebutkan dalam hadis dari Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam dan keterangan sahabat. Hingga Abu Sholeh mengatakan,

“Sesungguhnya Allah tertawa terhadap orang yang berzikir ketika masuk pasar. Sebabnya adalah orang ini berzikir di tempat yang melalaikan, di tengah-tengah orang yang lalai untuk berzikir kepada Allah.” (Lathaif al-Ma’arif, hlm. 131).

Kemudian, al-Hafidz Ibnu Rajab menyebutkan beberapa keutamaan berzikir di tengah kelalaian masyarakat dalam mengingat Allah, diantaranya,

1. Zikir ini akan lebih rahasia. Sementara amal sunah yang lebih rahasia, nilainya lebih besar. Kerana itu, zikir di tempat orang ramai hendaknya dibaca pelan, tanpa menggunakan tasbih.

2. Amal ini lebih berat dilakukan. Kerana umumnya manusia akan mengikuti apa yang dilakukan masyarakat di sekitarnya. Dan semakin berat amal itu dikerjakan, pahalanya semakin besar.

3. Berzikir di tengah kelalaian masyarakat, menjadi sebab Allah SWT tidak menurunkan azab kepada mereka. Ibnu Rajab menyebutkan,

قال بعض السلف: ذاكر الله في الغافلين كمثل الذي يحمي الفئة المنهزمة ولولا من يذكر الله في غفلة الناس لهلك الناس

Sebagian ulama salaf mengatakan, ”Berzikir mengingat Allah di tengah orang yang lupa Allah, ibarat orang yang melindungi sekelompok masyarakat yang lemah. Andaikan bukan kerana terdapat orang yang berzikir di tengah kelalaian manusia, nescaya mereka akan binasa.” (Lathaif al-Ma’arif, hlm. 133).

885. Bolehkah ustaz jelaskan  mengenai riwayat menyatakan bahawa menghisab garam sebelum makan adalah sunah Rasulullah SAW?

Jawapan :

Terdapat sebuah hadis dari Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu, dinyatakan bahwa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memberi nasihat baginda,

وإذا أكلت فابدأ بالملح واختم بالملح؛ فإن في الملح شفاء من سبعين داء، أولها الجذام والجنون والبرص

”Jika kamu makan, mulailah dengan mencicipi garam dan akhiri dengan makan garam. Kerana dalam garam terdapat ubat bagi 70 penyakit, yang pertama lepra, gila, dan kusta…”

Dan ada hadis lain yang semisal, yang paling dikenal adalah hadis Ali bin Abi Thalib di atas.

Hadis ini disebutkan oleh al-Harits bin Abi Usamah dalam al-Musnad, dari Abdurrahim bin Waqid, dari Hammad bin Amr, dari As-Suri bin Khalid bin Syadad. Hadisnya cukup panjang, yang disebutkan di atas adalah salah satu petikannya

Dalam al-Fatawa al-Haditsiyah ketika pembahasan hadis ini dijelaskan,

وهذا إسنادٌ ساقطٌ، مسلسلٌ بالمجروحين،فشيخ الحارث بن أبي أسامة، قال الخطيب في «تاريخه» (11/85): «في حديثه مناكير، لأنها عن ضعفاء ومجاهيل»

Hadis ini sanadnya gugur, penuh rentetan perawi yang dinilai cacat. Syaikh al-Harits bin Abi Usamah, dikatakan oleh al-Khatib al-Baghdadi dalam kitab Tarikhnya (11/85), ‘Dalam hadisnya terdapat banyak yang munkar. Kerana hadis-hadisnya diriwayatkan dari para perawi dhaif dan majhul (tak dikenal).’ (al-Fatawa al-Haditsiyah, al-Huwaeni, 1/497).

Sementara perawi berikutnya yang bernama Hammad bin Amr, dinilai pendusta oleh al-Juzajani. Abu Zur’ah menilainya sebagai orang lemah hadisnya. Ibnu Hibban menilai orang ini dengan mengatakan,

كان يضع الحديث وضعًا

‘Dia telah memalsukan hadis.’

Hammad juga ditinggalkan oleh an-Nasai, dan Bukhari menyebutnya, ’Munkar hadisnya.’

Kemudian, as-Suri bin Khalid, dinyatakan oleh al-Azdi, ‘Tidak dianggap.’ Sementara ad-Dzahabi dalam al-Mizan menyatakan, ‘Tidak dikenal.’

(al-Fatawa al-Haditsiyah, al-Huwaeni, 1/497).

Ibnul Jauzi juga menyebutkan hadis ini dalam karyanya al-Maudhu’at (kumpulan hadis dhaif). Ketika sampai pada pembahasan hadis ini, beliau mengatakan,

هذا حديث لا يصح عن رسول الله صلى الله عليه وسلم

“Hadis ini tidak sah sampai kepada Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.” (al-Maudhu’at, 2/289).

Kemudian, as-Suyuthi (w. 911 H) juga membawakan hadis di atas, dari jalur lain, iaitu dari jalur Abdullah bin Ahmad, dari ayahnya Ahmad bin Amir, dari Ali bin Musa ar-Ridha. Selanjutnya, as-Suyuthi menegaskan,

لا يصح والمتهم به عبد الله بن أحمد بن عامر أو أبوه فإنهما يرويان نسخة عن أهل البيت كلها باطلة

”Tidak sahih. Yang tertuduh di sini adalah Abdullah bin Ahmad bin Amir dan ayahnya. Kedua orang ini mengumpulkan tulisan hadis dari ahlul bait, namun semuanya dusta (atas nama ahlul bait).” (al-Lali’ al-Mashnu’ah, 2/179).

As-Syaukani (w. 1250 H) juga memberikan penilaian yang sama. Bahkan beliau dengan tegas menyatakan, ’Hadis palsu.’ (al-Fawaid al-Majmu’ah, 1/78).

Dari semua keterangan di atas, tidak boleh bagi kita untuk menyatakan bahwa mencicipi (menjamah) garam sebelum atau sesudah makan termasuk sunah Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam. Kerana semua hadis tentang masalah ini adalah  dusta atas nama Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Wallahu a'lam.

No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML