Wednesday, November 19, 2014

KEHEBATAN SYURGA BERDASARKAN AL-QURAN

GAMBAR HIASAN


Allah menciptakan perkara-perkara yang luar biasa indah dan nikmatnya kepada orang-orang yang bertakwa sehingga menurut Nabi Muhammad s.a.w. di syurga itu terdapat apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga serta tidak pernah pula terlintas di hati manusia.

Berikut adalah beberapa ayat Al-Quran tentang kehebatan syurga Allah SWT yang sempat saya kumpul :


"Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka." 
(Surah Ar-Ra'd; 35)



"Kedua syurga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan." 
(Surah Ar-Rahman; 48)



"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang mengalir." 
(Surah Ar-Rahman; 50)



"Di dalam kedua syurga itu terdapat segala macam buah-buahan yang berpasangan." 
(Surah Ar-Rahman; 52)



"Mereka bertelekan di atas permadani yang sebelah dalamnya dari sutera. Dan buah-buahan di kedua syurga itu dapat (dipetik) dari dekat." 
(Surah Ar-Rahman; 54)



"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." 
(Surah Ar-Rahman; 56)



"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang memancar."
 (Surah Ar-Rahman; 66)



"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik." 
(Surah Ar-Rahman; 70)



"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan..." 
(Surah Luqman, 8)



"Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam syurga itu ialah "salam"" 
(Surah Ibrahim; 23)



"Mereka tidak mendengar perkataan yang tak berguna di dalam syurga, kecuali ucapan salam. Bagi mereka rezeki di syurga itu tiap-tiap pagi dan petang." 
(Surah Maryam; 62)



"Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar." 
(Surah Al-Hadid; 21)



"Di syurga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa yang mereka minta." 
(Surah Yasin; 57)


"(Bagi mereka) syurga 'Adn mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka didalamnya adalah sutera." 
(Surah Fathir; 33)



"....Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman." 
(Surah Al-Furqan; 76)

Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami syurga-Mu dengan rahmat dan kasih sayang-Mu. Jadikanlah kami hamba-Mu yang beriman dan bertaqwa. Kami teringin menemui-Mu di syurga. Ampunkahlah dosa-dosa kami.
Read More

MATI ITU IBARAT BAYANG-BAYANG



Kita tidak tahu bilakah masanya kita akan mati. Hanya Allah jua yang Maha Mengetahui. Adalah lebih selamat jika kita sentiasa bersedia untuk mati. 

Antara persediaan yang boleh dilakukan : 

- Sentiasa melakukan amalan yang memberi pahala. 
- Sentiasa jauhi dari melakukan dosa. 
- Sentiasa bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah. 
- Mohon maaf dari orang yang kita ada kesalahan. 
- Sediakan wasiat. - Banyakkan amal jariah. 
- Ajarkan ilmu yang bermanfaat. 
- Didik anak agar menjadi anak soleh dan solehah. 
- Lunaskan hutang piutang. 
- Lazimkan zikir La ila ha illAllah moga menjadi akhir kalam nanti. 
- Sentiasa berbaik sangka kepada Allah. 
- Sentiasa berperasaan khauf dan raja' (harap-harap cemas). 

Barangsiapa akhirat menjadi kesibukan utamanya dan obsesinya, maka setiap hari ia ingat perjalanan hidupnya kelak, apa pun yang ia lihat di dunia pasti ia hubungkan dengan akhirat, dan akhirat selalu ia sebut di setiap pembahasannya. 

Ia tidak bahagia kecuali kerana akhirat, tidak sedih kecuali kerana akhirat. Tidak redha kecuali kerana akhirat. Tidak marah kecuali kerana akhirat. Tidak bergerak, kecuali kerana akhirat. Dan tidak berusaha kecuali kerana akhirat. 

Apabila kita sentiasa bersedia untuk mati, pasti kita tidak akan obses dengan kenikmatan dunia. Bahkan kita menjadikan dunia sebagai ladang untuk akhirat. 

Rasulullah bersabda maksudnya: 

"Apabila mati anak Adam maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara iaitu:
1. Sedekah jariahnya
2. Ilmu yang bermanfaat
3. Anak yang soleh yang akan mendoakannya."
(HR Muslim) 

Dari Abu Ya'la Syaddad bin Aus ra. dari Nabi saw, beliau bersabda: 
"Orang yang CERDIK ialah orang yang selalu menjaga dirinya dan beramal untuk bekalan sesudah mati."
(HR Tirmidzi)


Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang terjauh daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." 
(Ali Imran : 185)

Read More

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML