Showing posts with label COOLBLOG. Show all posts
Showing posts with label COOLBLOG. Show all posts

Sunday, April 20, 2014

KEMUSNAHAN AKIBAT TAUFAN WASHI DI FILIPINA (14 GAMBAR)

Ini sangat sadis.Taufan Washi melanda kepulauan Mindanao mengakibatkan banjir kilat den tanah runtuh. Setakat ini lebih 1000 orang sudah meninggal dunia dan ratusan ribu lagi hilang tempat tinggal. Akibatnya Presiden Benigno Aquino mengistiharkan darurat dikawasan-kawasan yang terjejas teruk. Sangat sidis melihat jumlah keranda yang tersusun dibawah. Semoga warga Mindanao tabah mengalami ujian dari Tuhan ini.





Read More

MASJID MENARA KUDUS : MASJID DENGAN ELEMEN REKAAN CANDI HINDU (16 GAMBAR)

Masjid Menara Kudus ialah sebuah masjid yang terletak di Kudus Jawa Tengah. Rekaan masjid ini sangat unik kerana sekali pandang ia kelihatan seperti sebuah candi Hindu. Menurut sejarah Masjid Menara Kudus dibina pada tahun  1549 oleh Sunan Kudus, seorang pendakwah islam yang menyebarkan Islam di Tanah Jawa. Beliau dikatakan adalah cucu cicit kepada Sultan Palestin yang berhijrah ke Indonesia bagi menyebarkan ugama Allah ini.

Bagi memudahkan penyebaran ugama Islam,Sunan Kudus menerapkan elemen agama asal penduduk Hindu dan Buddha dengan ajaran ugama Islam. Masjid ini dibina dengan elemen kuil Hinduyang anda biasa lihat di Bali. Selain itu elemen Buddha juga diterapkan dengan pembinaan 8 tempat mengambil wudu. Seperti yang anda sedia maklum angka 8 adalah penting dalam ugama Buddha kerana ianya sebahagian daripada 8 Jalan Lapis Mulia. Batu asas masjid ini pula dikatakan dibawa dari Baitul Muqaddis.

Bangunan yang kelihatan seperti masjid tipikal Asia Tenggara di sebelah menara yang anda lihat sekarang adalah binaan moden yang ditambah pada tahun 1918. Sebahagian daripada pintu lama kini boleh dilihat di dalam ruang solat Masjid Menara Kudus. Ianya mempunyai bentuk yang sama seperti Gapura, pintu masuk yang dibina di hadapan Pura (kuil hindu) seluruh Bali. 

Masjid Menara Kudus juga menjadi tarikan penganut ugama Islam kerana ianya juga tempat persemadian Sunan Kudus yang menurut cerita meninggal dunia ketika sujud pada tahun 1550 pada usia 150 tahun. Jika anda ke Jawa Barat jangan lupa melawat salah sebuah masjid yang paling unik di dunia dengan sinergi rekaan pelbagai agama ini. 




Read More

COOL ENSAIKLOPEDIA - KERETA - KERETA PERONDA MEWAH POLIS DUBAI (21 GAMBAR)







Read More

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML