Keistimewaan Dan Kelebihan Seruan Azan
بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
.
LAFAZ AZAN
Lafaz Azan atau Bang terdiri daripada lima belas kalimah. Ia dilaungkan sebanyak dua kali bagi setiap lafaz kecuali Takbir pada awal azan disebut sebanyak empat kali dan lafaz Kalimah Tauhid di akhir azan hanya sekali sahaja. Susunan 15 kalimah seruan azan tersebut adalah:-
LAFAZ SERUAN AZAN DAN TERJEMAHAN rumi
.
* Pada Azan Subuh, selepas lafaz; حَيَّ عَلَى الْفَلاَحِ(“Haiyaalal falah” – Marilah menuju kejayaan), hendaklah ditambahkan bacaan berikut 2 kali:
azan subuh SQ
.
.
Fadhilat Dan Kelebihan Lafaz Azan
Banyak fadhilat dan kelebihan melaungkan azan. Daripada sabda Rasulullah ﷺ : “Apabila tiba waktu solat hendaklah salah seorang kamu melakukan azan dan yang lebih tua daripada kamu hendaklah menjadi imam.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Al-Quran, as-Sunnah dan al-Ijmak ulama telah menyatakan melaungkan azan mempunyai beberapa kelebihan yang besar, di antaranya:
1. Seruan azan adalah sebagai tanda untuk mengajak umat Islam agar bersegera menunaikan solat.
2. Lantunan azan yang indah itu boleh mengwujudkan ketenangan dan kesejukan jiwa seseorang.
3. Laungan azan mampu menyelubungi suasana dan menambah semangat ummah.
4. Muazzin diampuni dosanya sebanyak sepanjang laungan suaranya kedengaran.
5. Muazzin dan penjawab seruan azan dijanjikan mendapat ganjaran pahala.
6. Beroleh pahala sebanyak pahala mereka yang ikut solat bersamanya.
7. Amalan bacaaan pujian azan dapat menjadi seperti persiapan untuk masuk ke matlamat utama,
8. Lafaz azan adalah sama digunakan oleh umat Islam diseluruh dunia dan menjadi syiar keagungan Islam.
9. Berazan dan mendirikan solat kerana taqwa kepada Allah سبحانه وتعالى, maka dosa-dosa akan diampuni dan dijamin Syurga.
10. Mendengar seruan azan akan dapat menyaksikan amalan baik di hari kiamat.
11. Menyebabkan Iblis dan syaitan lari bertempiaran apabila terdengar laungan azan.
Rasulullah ﷺ bersabda: “Apabila azan dilaungkan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut lintang-pukang sehingga tidak mendengar suara azan dan apabila selesai azan, dia datang semula hingga apabila dibacakan iqamah untuk solat dia akan lari lagi, sehinggalah sempurna iqamah dibaca, lalu dia akan datang lagi mengganggu dan menimbulkan rasa was-was dalam diri, membisikkan kepadanya: Ingatkan itu dan ini, sesuatu yang tidak terlintas sebelum itu, menyebabkan seseorang itu tidak sedar berapa rakaat ia solat.”(Hadis riwayat Abu Hurairah).
FADHILAT DAN CARA MENJAWAB LAFAZ SERUAN AZAN
.
Menjawab lafaz seruan Azan dan Iqamat hendaklah dilakukan dengan Tertib dan Muwalat di antara setiap kalimah. Dalam solat jemaah, cukup cuma seorang sahaja seperti bilal (muadzin) yang melaungkannya lafaz dan seruan azan, tidak perlu lagi orang lain mengumandangkan. Bagaimanapun untuk beroleh pahala, kita disunatkan menyahut atau menjawab seruan Azan tersebut mengikut sama sebagaimana yang dilafazkan oleh muazzin.
.
Bagaimana Lafaz Jawapan Ketika Mendengar Seruan Azan
.
Diriwayatkan hadis daripada Malik daripada Zuhri dari ‘Ata’ bin Yazid dari Abi Said al-Khudri (ra) berkata: “Bahawasanya Rasulallah ﷺ bersabda: “Apabila mendengar kamu panggilan Azan, maka sebutlah seumpama apa yang dilafazkan oleh muazin.” (Hadith an-Nasa’i)
Abu Sa’id al-Khudri berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Apabila kamu mendengar azan, maka ucapkanlah seperti apa yang diucapkan muazzin (orang yang mengumandangkan azan) itu.”
.
Ketika mendengar seruan Azan yang dilaungkan oleh bilal (muadzin), kita hendaklah mengikuti atau menjawab sama sebagaimana diucapkan oleh muazzin dalam Azan tersebut dengan secara perlahan dan satu persatu sehingga ke akhir, kecuali berbeza jawapannya pada 3 kalimah berikut:
.
1. Apabila bilal atau muadzin menyeru dengan lafaz kalimah :
2. Dan lafaz kalimah berikut:
Kedua-dua seruan di atas, hendaklah dijawab dengan lafaz:
3. Ketika Azan Subuh, apabila muazzin mengucapkan lafaz :
.
Kita hendaklah menjawab dengan lafaz :
.
Atau boleh dijawab dengan lafaz yang lebih lengkap :
Al-Imam al-Nawawi di dalam Syarh Sahih Muslim menyebut :
“Dan ketahuilah bahawasanya disunatkan menjawab seruan azan sepertimana laungannya bagi setiap orang yang mendengarnya samaada yang berada dalam keadaan suci atau berhadath atau berjunub atau seorang perempuan yang Haid dan selain mereka dari kalangan orang yang tidak dilarang untuk menjawabnya. Adapun antara sebab larangan menjawab azan ialah jika berada di dalam tandas atau ketika sedang berjimak dengan pasangannya atau seumpama dengannya….”
.
.
FADHILAT MENJAWAB LAFAZ DAN SERUAN AZAN
1. Hadis dari Abdullah bin Amr, Rasulullah ﷺ bersabda: “Apabila kamu mendengar azan, maka ucapkanlah seperti apa yang diucapkannya, kemudian selawat bagiku. Sesiapa mengucapkan selawat bagiku satu kali, Allah memberinya selamat sepuluh kali. Dan setelah itu mohon juga kepada Allah wasilah bagiku, kerana ia adalah sebuah tempat di syurga yang hanya layak bagi salah seorang di antara hamba-hamba Allah, sedangkan aku berharap, akulah orang yang beruntung memperolehinya. Maka sesiapa memohonkan wasilah kepada Allah bagiku, pastilah ia berhak mendapat syafaatku.” (Riwayat Imam Muslim).
2. Menjawab dan menyahut seruan azan amat dituntut dalam Islam, sehingga Rasulullah ﷺ memberi amaran: “Sekiranya dituangkan cairan timah panas ke dalam telinga seseorang itu adalah lebih baik baginya daripada ia mendengar azan tetapi tidak menjawab dan menyahutnya.” (Riwayat Abu Hurairah r.a.)
3. Rasulullah ﷺ bersabda: “Apabila azan dilaungkan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut lintang-pukang sehingga tidak mendengar suara azan dan apabila selesai azan, dia datang semula hingga apabila dibacakan iqamah untuk solat dia akan lari lagi, sehinggalah sempurna iqamah dibaca, lalu dia akan datang lagi mengganggu dan menimbulkan rasa was-was dalam diri, membisikkan kepadanya: Ingatkan itu dan ini, sesuatu yang tidak terlintas sebelum itu, menyebabkan seseorang itu tidak sedar berapa rakaat ia solat.”(Hadis riwayat Abu Hurairah).
CARA IQAMAH YANG BETUL DAN SEMPURNA
Iqamat atau Iqamah disebut juga dengan Qamat ialah seruan dengan lafaz-lafaz ucapan atau bacaan tertentu yang dilakukan ketika sudah hampir mendirikan atau memulakan sesuatu solat. Iqamah bertujuan untuk memberitahu bahawa solat akan dimulakan dan mengajak mereka yang telah hadir supaya bersedia memasuki saf untuk melakukan solat. Hukum melafazkan Iqamah ialah sunat Muakkad.
.
Lafaz Iqamat
Susunan kalimah-kalimah seruan Iqamat atau Qamat ialah:-
LAFAZ IQAMAH TERJEMAHAN RUMI .
.
Syarat-Syarat Iqamah
1. Bacaan iqamah mesti diseru selepas azan.
2. Iqamah sebaik-baik di baca oleh orang yang azan.
3. Muazzin perlu mendapat izin daripada imam sebelum iqamah.
4. Diucapkan dengan suara yang lebih rendah daripada azan.
5. Diucapkan, cukup sekadar dapat didengari oleh orang yang hadir bersamanya.
6. Dilakukan dalam keadaan berdiri, kecuali uzur atau ada halangan berbuat demikian.
7. Menghadap ke arah kiblat.
.
.
Sunat Iqamah
1. Bacaan iqamah sunat dilakukan ditempat yang lain daripada tempat azan.
2. Sunat mempercepatkan bacaan iqamah dengan menghimpunkan dua baris ayat iqamah dengan satu nafas.
3. Diucapkan dengan suara yang lebih rendah daripada suara azan.
4. Menjawab seruan iqamah.
5. Berselawat ke atas Nabi Muhammad ﷺ sebaik habis azan.
6. Memohon wasilah bagi Nabi Muhammad ﷺ kepada Allah.
.
.
Jarak Masa Iqamah
1. Iqamah tidak perlu cepat.
2. Jarak antara azan dan iqamah, paling cepat kira-kira satu solat atau orang yang makan dapat menghabiskan makanannya.
3. Imam berhak menentukan masa Iqamah, sama ada ia mengambil masa suku jam, satu petiga jam atau seumpamanya mengikut keperluan. “Azan itu milik Allah dan iqamah itu milik imam”.
4. Iqamat disyaratkan tidak diselangi dengan diam yang lama di antaranya dengan takbiratul ihram kecuali sekadar imam menyuruh agar membetulkan saf.
Rasulullah ﷺ bersabda: “Jika dilaungkan iqamah untuk solat, maka dibukakan pintu-pintu langit dan dimakbulkan doa.” (Hadis riwayat Ahmad)
Bersabda Rasulullah ﷺ lagi: “Ada dua waktu tidak ditolak doa orang yang berdoa, iaitu ketika iqamah solat dan dalam barisan jihad pada jalan Allah.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)
.
Bacaan Doa Selepas Azan Yang Betul
Selepas habis sahaja azan dan iqamah, kita di sunatkan membaca doa selepas azan sebagai mendoakan selamat sejahtera atas junjungan kami Muhammad dan keluarganya dan sahabat-sahabat baginda.
Allahumma rabba hazihid da' watittamah.
Wassolatil qaimah.
Ati saiyidana Muhammadanil wasilata wal fadhilah.
Wassyarafa waddarajatal 'aliatar rafi'ah.
Wab'athhul maqamal mahmudal lazi wa'adtah.
Innaka laatukhliful mi'ad.
Menjawab seruan Azan:
Jika kita mendengar seruan Azan yang dilaungkan muadzin (tukang azan @ bilal), hendaklah kita menyahut, mengikut atau menjawab apa yang diucapkan dalam Azan yang diserukan oleh muadzin dengan perlahan-lahan, cuma pada bacaan:-
"Haiyaalas solah" dan "Haiyaalal falah" maka kita ucapkan "Laa haulawala quwwata illa billa hil alyyil aadzim" maksudnya "Tiada daya upaya dan kekuatan ku kecuali dengan pertolongan Allah".
"Assolaatu khairun minan naum" maka kita ucapkan "Syadaqta wa barirta waana mina syaahidiin" maksudnya " Benarlah dan mendapat kebaikanlah engkau dan aku adalah daripada yang menyaksikan".
Menjawab bacaan Qamat:
Jika kita sembahyang berjemaah, maka yang membacakan Qamat itu cuma seorang sahaja contohnya muadzin (tukang azan @ bilal), tidak perlu lagi kita Qamat. Bagaimanapun untuk beroleh pahala hendaklah kita menyahut, mengikut atau menjawab apa yang diucapkan dalam Qamat yang dibacakan oleh muadzin dengan perlahan-lahan, cuma pada bacaan:-
"Haiyaalas solah Haiyaalal falah" maka kita ucapkan "Laa haulawala quwwata illa billa hil alyyil aadzim" maksudnya "Tiada daya upaya dan kekuatan ku kecuali dengan pertolongan Allah".
"Qadqamatis solah Qadqamatis solah" maka kita ucapkan "Aqaamahallahu wa adaamahaa" maksudnya "Semoga Allah menjadikan Solat ini berdiri terus dan kekal"
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
No comments:
Post a Comment