Thursday, February 5, 2015

SURAH YANG SANGAT "sweet"

SUBHANALLAH...membuatkan aku sedar indahnya alam ciptaan tuhan.....


TADABBUR RINGKAS



1.  Perkataan "demi" sebenarnya merujuk kepada sumpah Allah (qasam). ia menunjukkan kekuasaan Allah.

2.  Ayat 1-6 menunjukkan sifat ayat yang berpasangan (matahari dan bulan, siang dan malam, langit dan bumi). MasyaAllah... sangat cantik turutan ayat Allah ini. dan ayat-ayat ini sebenarnya mempunyai kaitan dengan ayat 7

3. Ayat 7 iaitu mengenai jiwa manusia (nafs). iaitu ingin menunjukkan segala benda besar ciptaan Allah hanya boleh dikawal olehNya, dan tidak dapat dikawal oleh manusia. begitu juga dengan jiwa manusia.

4.  Seterusnya ayat 8-10 umpama soalan bocor dari Allah. di mana pada ayat 8, Allah sudah memberitahu Dia telah berikan 2 jalan iaitu jalan kejahatan dan jalan ketaqwaan, manakala ayat 9 dan 10, Allah sudah berikan jawapan iaitu manusia akan beruntung jika memilih jalan taqwa dan akan rugi jika tidak memilih jalan tersebut.

Nah! jawapan free sudahpun diberikan oleh Allah, adakah kita masih lagi nak memilih jalan kejahatan?

5. manakala ayat 11-15 menunjukkan contoh golongan manusia yang memilih jalan kejahatan dan akhirnya mendapat balasan cash dari Allah. iaitu golongan kaum Thamud yang tidak mendengar kata Nabi Soleh lalu menyembelih juga unta betina yang diberikan Allah sebagai mukjizat.


" Allah bersumpah dengan makhluk-makhluk dan pemandangan-pemandangan alam di samping bersumpah dengan jiwa manusia, penciptaannya yang sempurna dan ilham yang diterima olehnya.
Sumpah ini meletakkan nilai yang amat besar ke atas makhluk-makhluk ini dan mengajak manusia supaya merenungi dan meneliti apakah nilai-nilai dan erti-erti dari kejadian-kejadian itu hingga mewajarkan Allah Yang Maha Agung bersumpah dengannya.

Surah ini juga mengandungi kisah kaum Thamud dan perbuatan mereka yang mendustakan amaran rasul mereka Nabi Solah a.s, juga perbuatan mereka menyembelih unta mukjizat dan malapetaka yang menghapuskan mereka. Kisah kaum Thamud merupakan contoh dari kerugian yang menimpa manusia yang tidak membersihkan jiwanya, dan tidak memaksakannya menurut jalan taqwa, malah membiarkannya ditunggang kejahatan sebagaimana yang dijelaskan dalam ceraian pertama surah ini.

MENGGUNAKAN AKAL UNTUK MENCARI HIDAYAH

Manusia dikurniakan akal fikiran untuk membezakan perkara yang baik dan yang buruk sebagai tanda kasih sayang Allah pada hambaNya. oleh itu, jelaslah bahawa orang yang menyucikan jiwa merekalah merupakan orang yang akan berjaya manakala orang yang membiarkan hati dan jiwa dipenuhi dengan kekotoran maksiat akan hidup dalam kerugian di dunia mahupun di akhirat kerana melalui sifat-sifat mahmudah itulah manusia akan mendapat penghormatan dan mendapat keberkatan Allah di dunia dan di akhirat.

Dalam Surah As Syams Allah berfirman,

" Maka diilhamkan kepada manusia jalan yang buruk (fujur) dan jalan yang baik (taqwa)" 

(Surah As Syams :8)

Maka setiap manusia akan diilhamkan jalan baik dan buruk berdasarkan kemahuan dan kehendaknya. Apabila seseorang manusia inginkan jalan kebaikan Allah akan membantu dan meluaskan dadanya untuk Islam. Rasulullah menegaskan bahawa orang yang diinginkan Allah akan kebaikannya maka akan diberi kefahaman Ilmu agama walau apa latarbelakangnya sekalipun.

Kita melihat bagaimana Pluto dan Xeno ahli falsafah Yunani yang diilhamkan pelbagai idea yang bernas dan baik untuk masyarakatnya. Tamadun ini juga menyediakan basis demokrasi yang dekat dengan sIstem keadilan Islam. Lantaran itulah ada yang berpendapat terdapat petunjuk atau Nabi yang diutuskan kepada bangsa Yunani ini.

Kita juga melihat bagaimana golongan Yahudi yang anarkis serta degil diberikan pelbagai idea yang saban kurun menyusahkan umat manusia seluruhnya. Idea teori Darwin yang menghasilkan pertembungan rasial seluruh dunia, Teori Komunis yang banyak memakan nyawa serta ternyata songsang dari fitrah kemanusiaan, teori kapitalisme yang menekan sesetengah indidividu dan bersifat rasis, idea pertembungan Islam dengan blok barat yang menghasilkan pertembungan Islam dengan barat secara berterusan serta banyak idea lagi yang menyesakkan manusia. 

Jalan –jalan kejahatan ini dibantu oleh Iblis dan Syaitan atas keizinan Allah. Disinilah perana manusia berdoa agar diberikan idea dan ilham untuk maslahah umat, idea untuk membangunkan umat dan idea untuk pembinaan yang muslih.

Perlunya manusia akan tali yang sejahtera.
Firman Allah
"Berpegang teguhlah dengan tali Allah secara beramai-ramai dan janganlah berpecah belah" 
(Surah Ali Imran : 103)

"DEMI MATAHARI"


p/s :

Seronok dengar lagu begini, memikirkan adik-adik yang bersekolah, lagi mudah mereka menghafal surah-surah beserta maksudnya. Moga semakin banyak lagu seperti ini dipasaran atau pun di persada dunia nasyid, yang lebih mendidik jiwa. Mungkin dari segi melodi atau muzik perlu dipertimbangkan, tidak perlu rentak hip-hop atau seangkatan dengannya. Yang penting lirik lagu menjadi taruhan redha AlAH.

Buat yang menghayati tahniah! Buat yang menitis air mata mengenangkan nikmat kebesaran Allah, syukur alhamdulillah..

Read More

"AWAK, SAYA TAK NAK BERCINTA LAGI"

Mencintai dan dicintai. Fitrahnya, suatu kemestian buat seorang insan. Hadirnya perasaan ini mungkin di kala ketidakmatangan dalam menilai cinta yang sejati. Namun, saat hati sudah pulang kepada Tuhan, cinta itu kembali bertandang dan berbunga semula. Ia mengundang 1001 kecelaruan.

Kenangan manis mahu pun sejarah hitam begitu asyik berputar menenggelamkan prinsip "bercinta selepas nikah". Bukan mudah diusir. Bukan mudah melupakan. Hanya Allah yang Maha Tahu betapa sengsara dan laranya hati menanggung seksa keseorangan. 

Buat mereka yang pernah bercinta dan mahu berubah, kembali kepada yang lebih berhak, TAHNIAH!

Buat mereka yang sedang derita dan bermuhajadah dalam kecelaruan cintanya, TAHNIAH!

Buat mereka yang tidak putus asa berusaha untuk mencari cinta Tuhan semula, TAHNIAH!

Buat mereka yang terseksa dengan amukan nafsu cinta remaja dan kini sedang mengubatinya, TAHNIAH!

TAHNIAH dan pujilah diri!

Itu adalah satu kebanggaan! Satu kehormatan yang tertinggi daripada mereka yang tidak pernah bercinta. Untungnya mereka ini, pernah merasa syoknya bercinta dan deritanya bercinta. Mujahadah yang paling besar buat seorang hamba adalah melawan nafsunya sendiri!

Kita baru kembali dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang lebih besar. Sahabat terkejut dan bertanya, "Peperangan apakah itu wahai Rasulullah?". Baginda berkata, "Peperangan melawan hawa nafsu." (Riwayat Al Baihaqi)

Walaupun status hadis ini adalah hadis dhaif, namun apa yang boleh diiktibarkan, bahawa jihad dalam konteks islam bukan semata-mata jihad mengangkat senjata, mahu pun jihad menuntut ilmu, malah meliputi jihad menentang hawa nafsu sendiri. Betapa pentingnya kita memahami konteks jihad secara syumuliah (keseluruhan) agar sisi pandang kita terhadap keindahan agama Islam bertambah sempurna. Ia berhasil ke arah kemantapan iman dan kedewasaan pemikiran seseorang hamba dalam menjiwai agamanya.

Dalam sebuah hadis bertaraf hasan, Nabi SAW bersabda:
"Seorang mujahid (iaitu seorang yang berjihad) ialah dia yang melawan hawa nafsunya kerana Allah."

Dalam Ihya Ulumuddin, Imam Al-Ghazali juga ada menyatakan :

"Antara tanda kecintaan hamba kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada kehendak nafsu serta peribadi, sama ada dalam aspek zahir atau batin. Oleh itu seseorang yang mencintai Allah sanggup memikul kerja-kerja yang sukar serta sanggup melawan hawa nafsunya kerana Allah. Dia tidak akan sanggup melakukan sesuatu yang maksiat."

Berhubung dengan ini Abdullah ibn Mubarak berkata :
"Jika cintamu benar, kamu akan mentaatiNya kerana seseorang yang mencintai sesuatu sanggup mentaati sesuatu."



PUJUKLAH DIRI, LEPASKAN DIA PERGI

Hasil didikan (tarbiyyah) cinta dusta mengajar kita untuk tidak berpaling ke lembah hina itu lagi. "Putus cinta dan mahu bercinta kembali" perlu dibuang jauh-jauh. Nyahkan dari otak! Hapuskan dari hati!

Lihatlah wahai hamba kesayangan Allah, Allah mahu ajar kita, mahu didik kita, mahu tarbiyyah diri kita, betapa cinta sebelum nikah adalah hina. Mudahnya diri terperangkap dalam noda dan dosa. Asmara itu tidak bernafsu ketika akad. Kerana kesuciannya telah dibunuh hidup-hidup oleh kata-kata manis sang jejaka.

Ya! Mungkin kita cair dengan pujukan dan keindahan rupa si dia, tetapi itu tidak menjanjikan kebahagiaan selamanya yang kita cari. Hati kita sebenarnya tidak puas! Tidak puas menagih cinta dan kasih sayang manusia.

Cubalah renungkan kembali. Air mata kita begitu murah hanya kerana cinta manusia! Lemahnya diri tertawan dengan janji-janji si mulut manis. Tubuh badan diratah, maruah tergadai dan akhirnya kita ditinggalkan dengan bodoh sekali apabila sudah muak dan bosan. Andai itu tidak terjadi, bersyukurlah. Tetapi jika sebaliknya, bagaimana?

Manusia memuja muji kekasih kerana tidak kenal Allah. Mereka keliru cinta mana yang harus dipuja. Justeru, tatkala iman dan kepercayaan tidak utuh, seorang hamba akan dikepung syahwat dari seluruh arah, dikelilingi sifat keliru dari semua penjuru, semua itu akibat dari kelemahan ilmu dan ketumpulan mata hati. Maka yang yang dituntut ialah penyesalan. Sesallah sekarang sebelum kita disesalkan kelak. 

Oleh itu, siapkanlah jiwamu untuk dicuci, pujuklah diri dengan mendekatkan diri kepada Allah dan orang-orang soleh, pupuklah diri dengan tarbiyyah yang betul, kekanglah dari segala kehendak dan alat yang boleh menjerumuskan diri ke lembah terkotor itu lagi. 


Jika Facebook menjadi punca luka berdarah kembali, block/deletekan sahaja dia daripada akaun kehidupanmu! Tukarlah nama atau profile yang baru.

Jika handphone menjadi punca kegersangan cinta, tukar sahaja nombor yang baru tanpa berfikir dua kali! Lemparkan sahaja semua gambar dan kenangan bersamanya di dalam longkang najis! Bukanlah membenci, tetapi tegas dalam prinsip!!!

Jika dirinya hadir melintasi kepala otak, ambillah sejadah, rendahkan dahi menyembah bumi, ciumlah haruman syurga segar mewangi sedang menanti doa-doamu sebagai tetamunya. Allah SWT, Tuhan kita yang telah lama dipinggarkan juga tidak putus menunggu air mata untukNya. Ketagih berbicara dengan hambaNya dengan taubat dan penyesalan yang mendalam.

Hakikatnya, kata-kata penulis tidaklah sehebat mana jika dibandingkan ayat-ayat cinta dari langit. Tentu sahaja semangatnya tidak konsisten dan tidak begitu mendamaikan hati yang sedang lara dan keliru. Pujuklah diri, renungkan dalam-dalam dan ajarlah hati untuk menjiwai setiap bait kata-kata Allah ini. 

Firman Allah SWT : 

"Sesungguhnya beruntung orang-orang yang beriman, (iaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya, dan orang yang MENJAUHKAN DIRI dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna, dan orang yang menunaikan zakat, dan orang yang MEMELIHARA KEMALUANNYA kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Tetapi sesiapa yang DICARI BALIK itu (zina dan sebagainya) maka mereka itulah orang-orang yang MELAMPUI BATAS. Dan (sungguh beruntung) orang yang memelihara amanat-amanat dan janjinya, serta orang yang memelihara solatnya. Mereka itulah orang yang akan mewarisi (yakni) yang akan mewarisi (SYURGA) FIRDAUS. Mereka KEKAL didalamnya." 
(Surah al-Mukminun ayat 1-11)

Bukankah itu lebih mengghairahkan?
Read More

AGAR IMAN TIDAK LAGI PALSU



DUNIA SEMENTARA, AKHIRAT ABADI

Orang yang terlalu memikirkan kemiskinan dikhuatiri akan menghilangkan rasa redha terhadap pemberian Allah serta menambahkan rasa kerisauan. Memikirkan perbuatan orang lain kepada kita akan menyebabkan hati bertambah keras serta menyuburkan perasaan berdendam dan dengki. Dilarang juga memikirkan untuk tinggal tetap di dunia kerana ia akan membuatkan kita semakin gemar menghimpunkan harta dan menundakan amal serta lalai daripada mengingati mati dan hari kemudian.


Menyelesaikan sesuatu masalah yang buntu, merancang sesuatu dan sebagainya biarlah bertempat. Umpamanya ketika bermuzakarah, ketika berseorangan, sebelum tidur (muhasabah diri) atau pada waktu lapang yang lain. Tentulah malang jika seseorang menggunakan waktu mendengar pengajian agama untuk memikirkan sesuatu yang tidak sepatutnya difikirkan di waktu itu. Lebih malang lagi apabila masa sedang bersembahyang digunakan untuk berfikir selain Allah. 

Orang yang mengelamun di waktu sembahyangnya diancam dengan neraka Wail. Tetapi inilah yang banyak berlaku, sehinggakan kadangkala kunci yang hilangpun boleh ditemui di dalam sembahyang.

Hakikatnya, orang yang selalu menggunakan akal fikirannya akan dapat membangunkan peribadi mulia dan berakhlak.  Fikirkanlah ke arah kebaikan bukannya ke arah kerosakan. Jadikanlah fikiran kita untuk memberi manfaat kepada orang lain bukan mendorong orang lain membuat kejahatan. Sentiasalah mengamati kalimah-kalimah Allah di dalam Al Quran umpamanya : 

"Moga-moga kamu dapat memikirkan," 
"Moga-moga kamu memahamkan," 
"Apakah kamu tidak berfikir?" 
"Apakah kamu tidak perhatikan?" 



INGATLAH ALLAH SEBELUM AJAL 


Satu perkara yang tidak ternilai harganya ialah makrifat kepada Allah SWT dan ini juga dapat dicapai dengan berfikir. Bila kenal Allah, hati tidak tergamak lagi melakukan maksiat, dosa-dosa lahir dan batin pun akan berkurang.

Hati sentiasa berfikir tentang umur dan ajal. Dengan itu hati akan terdorong untuk menghisap diri mengenai amal-amalnya sama ada sudah cukup atau belum, ini akan menjadi benteng daripada ancaman Mungkar dan Nakir di dalam kubur nanti. Hanya orang yang mempunyai mata hati yang terang saja sentiasa memenuhi kotak fikiran mereka dengan soalan-soalan berikut :

"Bagaimana kesudahanku di waktu sakaratul maut?" 
"Selamatkah aku di atas titian sirat?" 
"Apakah aku ahli syurga atau neraka selama-lamanya?"
"Apakah aku kenal Allah saat ajal menjemput?"

Read More

JANGAN BISING, AKU NAK SOLAT NI



Jangan bising!


Dah lama aku nak tulis pasal hal ni. Baru mendapat ilham dan kekuatan barangkali. Hehehe, selalunya kita terutama pelajar akan mengikuti peraturan di perpustakaan. Peraturan yang paling popular, TOLONG SENYAP! Kalau kita terbising, kita akan diminta untuk senyap orang orang lain. 

Erghh! bising lah

Anda menghormati dan mengamalkan protokol yang ditetapkan di dalam perpustakaan. Tetapi, adakah anda mengamalkannya dalam kehidupan anda? Hanya di perpustakaan? Di tempat lain bagaimana pula? Adakah anda bercakap menggunakan suara yang kuat walaupun di bilik atau di sebelah anda ada seorang sahabat yang sedang tidur? 

Atau anda sibuk bergelak ketawa sedangkan ada individu-individu lain yang sedang bersolat atau ketika pensyaah mengajar? Memainkan lagu daripada playlist di handphone dengan volume yang kuat? Pasti anda yang sedang tidur akan terganggu dan berasa marah. Manakala yang sedang solat atau belajar tidak dapat menumpukan perhatian. Benar bukan? Masih ramai yang tidak mengetahi hukum atau hanya pentingkan diri sendiri.

KAHKAHKAH!! BACA PETIKAN SOALAN DAN JAWAPAN DI BAWAH
Hukum Membaca Zikir dan al-Qur'an Sehingga Mengganggu Orang Lain.

Soalan:

Apakah hukum melakukan zikir atau membaca al-Qur'an dengan suara yang kuat sehingga mengganggu orang lain yang masih beribadah, tidur, sakit dan sebagainya?

Jawapan:

Melakukan zikir kepada Allah atau membaca al-Qur'an, kedua-duanya adalah amalan yang dianjurkan (sunat). Namun jika amalan ini dilakukan sehingga mengganggu ketenteraman orang lain; seperti orang yang sedang beribadah, sedang tidur dan sebagainya maka ia menjadi haram.

Imam Malik r.h telah meriwayatkan bahawa al-Bayadhiyyi r.a telah berkata:

أَنَّ رَسُوْلَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهِ عَلَيْهِْ وَسَلَّمْ خَرَجَ عَلَى النَّاسِ وَهُمْ يُصَلُّو نَ وَقَدْ عَلَتْ أَصْوَا تُهُمْ بِالْقِرَاءَةِ فَقَالَ: أَنَّ الْمُصَلِّي يُنَا جِيْ رَبَّهُ عَزَّ وَجَلَّ
فَلْيَنْظُرْ بِمَ يُنَاجِِيْهِ وَلاَ يَجْهَرْ بَعْضُكُمْ عَلَىَ بَعْضٍ بِالْقِرْ آنِ.

"Bahawa Rasulullah s.a.w pada suatu ketika keluar kepada orang ramai. Didapatinya ramai orang bersolat dan ramai pula yang mengeraskan (meninggikan) suara mereka dalam membaca al-Qur’an. (Melihat yang demikian)

Maka Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya orang yang sedang bersolat itu sedang munajat atau berkomunikasi dengan Tuhannya ‘Azza wa Jalla, maka seharusnya dia mengetahui apa yang diperkatakannya itu! Dan janganlah pula sebahagian kamu mengeraskan suara melebihi yang lainnya dalam membaca al-Qur'an." - 
H/R Ahmad dalam Musnad Ahmad (no. 19022).

Dalam riwayat Abu Daud (no. 1332) ada disebutkan:

أعْتَكَفَ رَسُوْلَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهِ عَلَيْهِْ وَسَلَّمْ فِيْ الْمَسْجِدِ فَسَمِعَهُمْ يَجْهَرُوْنَ بِا الْْقِرَاءِة فَكَشَفَ السِّتْرَ وَقَالَ أَلاَّ اِنَّ كُلَّكُمْ مُنَاجٍ رَبَّهُ فَلاَ يُؤْذِيَنَّ 

بَعْضُكُمْ بَعْضًا وَلاَ يَرْفَعْ بَعْضُكُمْ عَلَىَ بَعْضٍ فِيْ الْْقِرَاءِةِ أَوْ قَالَ فِيْ الصًّلاَةِ.

Rasulullah s.a.w memerhatikan orang-orang yang beriktikaf di masjid dan baginda mendengar mereka menguatkan suara mereka sewaktu membaca al-Qur'an. Baginda menyelak kain langsir dan berkata:

"Setiap daripada kamu sedang berkomunikasi dengan Tuhannya. Janganlah sebahagian daripada kamu mengganggu yang lainnya. Janganlah kamu menguatkan suara kamu melebihi yang lainnya sewaktu membaca al-Qur'an atau ketika kamu sedang solat."

Ibnu 'Abd al-Bar r.h berpendapat bahawa kedua-dua hadis di atas ini adalah hadis yang sahih.

"Ini membuktikan bahawa meninggikan suara membaca al-Qur'an sehingga mengganggu orang lain adalah suatu yang ditegah oleh agama.

Berkata Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyyah r.h (728H):

"Tidak seseorang pun mengganggu orang dalam masjid atau orang (yang sedang mengerjakan) solat, membaca al-Qur’an, zikir, doa dan semisalnya. Sebab, masjid dibangun untuk mendirikan amal-amal tersebut. Tidak boleh seseorang pun mengerjakan sesuatu yang boleh dapat mengganggu mereka, baik dalam masjid, di pintu masjid atau tempat yang dekat dengan masjid.

Nabi pernah keluar menemui para sahabat yang sedang solat dan membaca dengan suara yang jahr (keras), baginda bersabda (yang bermaksud): Wahai manusia, masing-masing dari kamu sedang bermunajat pada Rabbnya. Hendaknya kamu tidak saling mengeraskan bacaan.

Apabila Nabi telah melarang orang solat mengeraskan bacaan (mengganggu) orang lain yang sedang solat juga, bagaimana dengan lainnya?

Barangsiapa yang mengerjakan sesuatu yang mengganggu orang dalam masjid atau mengerjakan sesuatu yang mengarah pada hal itu maka hendaklah ia dilarang.

Wallahu ‘alam."

Lihat: Irysadat an Ba’dhil Mukhalafat fi ath-Thaharah, as-Shalah, al-Masajid karya Syeikh Abdul Aziz bin Muhammad as-Sadlan, m/s. 268. 

Jelas diterangkan bahawa berbuat bising sehingga mengganggu orang yang sedang bersolat atau tidur hukumnya berdosa. Sedangkan amalan yang seperti membaca al-quran, berzikir dll adalah ditegah jika dilakukan sehingga mengganggu ketenteraman orang lain. 

Khusyukkah solat kita??


Imam Malik r.h telah meriwayatkan bahawa al-Bayadhiyyi r.a telah berkata:

"Bahawa Rasulullah saw pada suatu ketika keluar kepada orang ramai. Didapatinyaramai yang bersolat dan ramai pula yang mengeraskan (meninggikan) suara merekadalam membaca al-quran. (Melihat yang demikian) Maka Rasulullah saw bersabda:
"Sesungguhnya orang yang sedang bersolat itu sedang bermunajat atau berkomunikasi dengan Tuhannya Azza wa Jalla, maka seharusnya dia mengetahui apa yang diperkatakannya itu! Dan janganlah pula sebahagian kamu mengeraskan suara melebihi yang lainnya dalam membaca al-Quran."
                        - H/R Ahmad dalam Musnad Ahmad (no.19022) -

Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan


Dalam riwayat Abu Daud (no 1332) ada disebutkan:

Rasulullah saw memerhatikan orang-orang yang beriktikaf di masjid dan baginda mendengar mereka menguatkan suara mereka sewaktu membaca al-Quran. Baginda menyelak kain langsir dan berkata:

"Setiap daripada kamu sedang berkomunikasi dengan Tuhannya. Janganlah sebahagian daripada kamu mengganggu yang lainnya. Janganlah kamu menguatkan suara kamu melebihi yang lainnya sewaktu membaca al-Quran atau ketika kamu sedang solat."

Ibn 'Abd al-Bar r.h berpendapat bahawa kedua-dua hadis di atas ini adalah hadis yang sahih.

"Anak-anak perlu diberitahu ibu bapa bahawa membuat bising ketika solat adalah berdosa kerana mengganggu orang sedang solat. Ajarkan adab-adab ketika berada di masjid seperti perluberadab sopan, jangan membuat bising dan perlu solat bersama dengan orang dewasa."

Terbaik!

Hadis di atas menjelaskan lagi mengapa kita perlu menjaga tutur kata kita semasa berada di tempat umum.

JANGAN DITIRU PERBUATAN YANG SALAH

Walaupun telah ditulis peringatan supaya senyap dan menghormati orang lain, masih wujud manusia yang kepala batu. Jika kita tergolong dalam golongan ini, berubahla dari sekarang. Anda tidak rugi. Malah orang lain akan menghormati diri anda dan hak anda, insyaAllah.
Read More

SEDANG MENCARI IDENTITI

Sedang umat mencari identiti, perisai yang selama ini dipertahankan habis rakus dimamah anasir kebodohan dan kejahilan beragama. Angkuh dan dan sombong dengan Tuhan.

Krisis rohani yang mencampakkan diri umat Islam ke lembah kehinaan di sisi Allah SWT menyebabkan hilangnya keperibadian orang-orang yang beriman di mana suatu masa dahulu pernah dimiliki oleh para sahabat dan para salafus soleh yang datang selepas mereka. Kehilangan ini sekaligus melontarkan umat Islam kembali mengamalkan cara hidup yang berlandaskan norma-norma yang sememangnya telah wujud dan dipraktikkan oleh manusia di zaman jahiliyyah. 

Oleh yang demikian, garis pemisah yang membezakan antara mereka dengan orang-orang kafir telah terhapus lalu kehidupan mereka juga tidak jauh berbeza dengan kehidupan orang-orang kafir. Akibatnya, turunlah azab Allah SWT ke atas mereka, sebagaimana yang sedang dihadapi oleh umat Islam di dunia sekarang ini. 

DI MANA NASIB UMAT? 

Lihatlah bagaimana nasib yang telah menimpa saudara seIslam kita di seluruh dunia. Mereka hidup dalam keadaan kesengsaraan yang mana mereka telah menerima penindasan yang cukup hebat dari golongan-golongan yang sememangnya benci dan tidak mahu melihat Islam gah di muka bumi ini. Palestin yang ditindas

Malah terdapat juga orang-orang Islam yang telah diperkotak-katikkan oleh musuh-musuh Islam supaya menjatuhkan serta menindas umat Islam yang lain. Pemimpin-pemimpin Islam yang zalim telah dijadikan sebagai boneka mereka untuk melaksana dan meneruskan cita-cita serta impian keemasan mereka selama ini.

Ini terjadi akibat tiada lagi kekuatan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT serta sensiviti terhadap Islam itu sendiri sehingga sanggup mengabaikan kepentingan Islam semata-mata untuk mencapai dan memenuhi kepentingan diri sendiri.

Kita seharusnya mengimbau kembali sejarah perkembangan Islam di zaman Rasulullah SAW dan selepasnya agar ia dapat dijadikan sebagai panduan dalam kehidupan. Menelaah dan meneroka sejarah adalah adalah salah satu faktor terpenting untuk pembentukan peribadi Muslim sejati serta dapat mengenal dengan lebih jauh lagi tentang keadaan umat islam itu sendiri.

Seseorang itu tidak akan dapat merasakan keterikatannya dengan umat melainkan ia telah menyatukan diri dengan sejarah umatnya. Jika pengetahuannya tentang umat sudah cukup baik, maka perasaan dan kesedarannya terhadap Islam akan berkembang. Rasulullah SAW pernah bersabda dalam hadithnya yang bermaksud :

Barangsiapa yang tidak memerhatikan (memikirkan) masalah kaum Muslimin, maka dia bukan dari golongan mereka”. 
( Riwayat Baihaqi dari Anas ).

MODEN YANG JAHIL 

Dalam keghairahan umat Islam ingin memajukan diri dan negara mereka sama ada dalam bidang teknologi atau ekonomi adalah penting untuk menumpukan perhatian yang berat terhadap Islam. Umat Islam hanya akan menjadi mulia sekiranya mereka mengamalkan Islam dalam kehidupan sebagai suatu cara hidup.

Malangnya umat Islam amat jumud pemikiran sehingga definisi Islam telah silap dan disempitkan tafsirannya. Mereka hanya memahami bahawa Islam hanya terhad kepada pengamalan ibadah seperti solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan sebagainya.

Sebenarnya Islam adalah amat luas ruang lingkupnya. Sekiranya sesuatu urusan atau pekerjaan yang dilakukan dengan landasan hukum-hukum mutlak Allah SWT maka ia pun dikira sebagai telah mengamalkan Islam.

Sebab itulah turunnya bala’ dari Allah SWT terhadap sekalian manusia sebagai suatu peringatan kerana tidak mengamalkan Islam dalam kehidupan sehari-harian malah menggantikannya dengan pengamalan yang melanggari batas-batas hakikat perintah Allah SWT terhadap hamba-Nya.

Namun, yang menyedihkannya ada di kalangan umat Islam yang tidak mengaku bahawa kemudaratan yang telah ditimpakan ke atas mereka adalah suatu bala’ dari Allah SWT tetapi menganggap bahawa ia adalah suatu fenomena yang biasa sahaja.



Sebagai contoh di Kelantan, bumi serambi Mekah. Janganlah menganggap bahawa sekiranya mengamalkan Islam sampai bila-bila pun tidak akan maju. Ingatlah bahawa Islam tidak menghalang kemajuan tetapi kemajuan tersebut mestilah berlandaskan dengan hakikat perintah Allah SWT. Sekiranya kemajuan secara fizikal diimbangi dengan dengan kemajuan rohani di situ akan ada keberkatan dan keredaan dari Allah SWT.

Hanya dengan memberatkan kemajuan duniawi tanpa mengiraukan kemajuan rohani dan Islam akan mengakibatkan banyak masalah akan timbul dan muncul. Umpamanya, keruntuhan akhlak umat Islam dan institusi umat Islam yang langsung tidak mempunyai ciri-ciri keIslaman bahkan lebih mirip kepada keyahudian dan kenasrian.

Selain daripada itu, keyakinan umat Islam terhadap perintah Allah SWT telah pudar dan sebaliknya mereka telah mempermain-mainkan serta memperlekeh-lekehkan perintah-perintah Allah SWT sama ada melalui perkataan atau perbuatan. Keyakinan terhadap hikmah perintah Allah SWT tidak lagi bertapak kukuh di hati-hati umat Islam adalah berpunca dari kelemahan iman yang tidak diperbaiki. Begitulah halnya berlaku terhadap hukum hudud di mata masyarakat jahiliyyah abad moden.

BILA AMAR TANPA MAKRUF

Suasana yang melingkungi kehidupan orang-orang Islam pada hari ini telah menjadi buruk dan dicemari dengan perbuatan-perbuatan mungkar manusia. Keadaannya menjadi terlalu dahsyat sehinggakan di dalam masjid pun orang-orang Islam masih melakukan kemungkaran seperti bercakap-cakap mengenai hal ehwal keduniaan, mengumpat sehinggakan ada yang bergaduh dalam perubatan untuk menjadi ahli jawatankuasa masjid.

Sekiranya di dalam masjid pun masih wujud kemungkaran, bagaimana rahmat Allah SWT yang diharapkan akan turun ke atas umat ini ?



Rahmat Allah SWT inilah satu kurniaan yang amat berharga daripada-Nya di mana tanpa rahmat ini, tentu sekali kehidupan umat Islam akan hilang kehormatan, keizzahan, kemuliaan dan kesatuan.

Nu’man bin Bashir RA telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :

“Terdapat segolongan manusia yang mentaati perintah-perintah Allah dan segolongan manusia yang lain melanggari batas-batas Allah. Perumpaan mereka adalah seperti dua golongan yang menaiki sebuah kapal di mana satu golongan berada di atas dan satu golongan lagi berada dalam perut kapal. Apabila golongan yang berada dalam perut kapal inginkan air mereka menyuruh golongan yang di atas supaya mengambilkan air untuknya sehinggalah mereka berkata : “Adakah patut kita kita menyusahkan golongan di atas apabila kita memerlukan air sedangkan kita boleh mendapat air yang banyak dengan melubangi bahagian bawah kapal ini”. Maka sekiranya golongan di atas tidak mencegah mereka dari kebodohan ini, nescaya mereka akan karam kesemuanya”. 
( Riwayat Bukhari dan At-Tirmidzi ).

Di dalam hadith di atas jelas menunjukkan bahawa perlu ada suatu golongan yang menyeru ke arah ma’ruf dan mencegah dari sebarang unsur kemungkaran. Kewajipan untuk melaksankannya dikuatkan lagi dengan firman Allah SWT yang bermaksud :


“Hendaklah ada di kalangan kamu satu umat yang menyeru ke arah makruf dan mencegah dari sebarang kemungkaran, sesungguhnya mereka itulah golongan yang berjaya”. 
( Surah Ali Imran : 104 )

Apabila sesuatu maksiat dilakukan secara terang-terangan dan tidak dicegahi oleh masyarakat sekitarnya maka kesannya akan menimpai semua orang tidak kira yang melakukan maksiat atau tidak. Perkara ini adalah disebabkan fikiran orang-orang yang tidak melakukan maksiat mungkin akan terpengaruh kepada maksiat yang dilakukan oleh orang lain akibat suasana maksiat yang terserlah. Mereka yang tidak benci kepada maksiat pasti tidak akan mencegah maksiat oleh pelaku maksiat.

Umat Islam perlu diberikan kesedaran tentang Islam dan perbezaan antara ciri-ciri Muslim sejati dengan ciri-ciri Kuffar dari segi amalan-amalan dan iktiqad. Gerakan besar-besaran dan usaha yang bersungguh-sungguh perlu dijalankan sebagai gesaan memperindahkan keimanan umat.

Pengamalan baik dan mungkar adalah penentu keadaan kestabilan alam ini.

Pilihlah yang terbaik antara keduanya.
Read More

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML