Thursday, July 17, 2014

HIKMAH DISEBALIK QADAR(TAKDIR) YANG TERSEMBUNYI

Abu Abdurrahman Abdullah bin Mas’ud melaporkan; “Rasulullah saw menyampaikan kepada kami dan baginda adalah orang yang benar dan dibenarkan, ‘Sesungguhnya penyempurnaan penciptaan kamu berlaku di perut ibunya sebagai setitis mani selama 40 hari, kemudian berubah menjadi setitis darah selama 40 hari, kemudian menjadi segumpal daging selama 40 hari. Kemudian diutus kepadanya seorang malaikat, lalu ditiupkan roh padanya. Kemudian diperintahkan supaya menetapkan empat perkara: Menetapkan rezekinya, ajalnya, amalnya dan kecelakaan atau kebahagiaannya. Demi Allah yang tidak ada tuhan selain –Nya, sesungguhnya antara kalian ada yang melakukan perbuatan ahli syurga hingga jarak antara dirinya dan syurga tinggal sehasta akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, dia melakukan perbuatan ahli neraka maka masuklah dia ke dalam neraka. Sesungguhnya antara kalian ada yang melakukan perbuatan ahli neraka hingga jarak antara dirinya dan neraka tinggal sehasta, tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, dia melakukan perbuatan ahli syurga maka masuklah dia ke dalam syurga.” – HR Bukhari dan Muslim.

Dari hadith di atas, sahihlah bahawa 4 perkata telah tercatat di Luh Mahfuz sebagai qadar seseorang sehingga ajalnya. Allah swt telah menetapkannya sejak azali lagi. Apakah 4 perkara tersebut?
1. Rezekinya
2. Ajalnya(umur)
3. Amal kecelakaanya
4. Amal kebahagiaannya

Tiada siapa yang mengetahui qadarnya, hatta nabi dan rasul pun tidak mengetahui melainkan Allah swt.

Firman Allah swt:

وَعِندَهُ ۥ مَفَاتِحُ ٱلۡغَيۡبِ لَا يَعۡلَمُهَآ إِلَّا هُوَ‌ۚ وَيَعۡلَمُ مَا فِى ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ‌ۚ وَمَا تَسۡقُطُ مِن وَرَقَةٍ إِلَّا يَعۡلَمُهَا وَلَا حَبَّةٍ۬ فِى ظُلُمَـٰتِ ٱلۡأَرۡضِ وَلَا رَطۡبٍ۬ وَلَا يَابِسٍ إِلَّا فِى كِتَـٰبٍ۬ مُّبِينٍ۬ (٥٩

“Dan disisi Allah tersimpan anak-anak kunci segala perkara ghaib. Tiada siapa yang mengetahuinya kecuali Dia. Dan Dialah yang mengetahui segala sesuatu yang ada di daratan dan lautan. Dan tiada sehelai daun yang gugur melainkan diketahui oleh-Nya. Dan tiada sebutir biji di dalam kegelapan-kegelapan perut bumi dan tiada suatu yang basah dan tiada suatu yang kering melainkan semuanya tercatat di dalam sebuah buku yang amat jelas.” QS – Al-An’am:59

Begitulah kesyumulan pengetahuan Allah ‘Azzawajalla. Pengetahuan-Nya tidak terbatas di merata sudut alam buana.

Komposisi daratan dan lautan, daun-daunan yang gugur, biji benih di dalam perut bumi dan apa benda yang basah dan kering, memang di luar keupayaan tenaga kerja manusia, bahkan di luar keupayaan pemikiran manusia. Tetapi ia mudah bagi Allah, semuanya telah tercatat di Luh Mahfuz. Kematian dan kemusnahan, pertumbuhan dan kesuburan, perkembangan dan kelayuan pada setiap makhluk yang hidup diketahui oleh-Nya.

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a ia berkata, “Aku pernah naik unta di belakang Nabi saw maka beliau bersabda: “Wahai anakku, sesungguhnya aku akan mengajarimu beberapa hal, yaitu; jagalah (hukum-hukum) Allah swt, niscaya Dia akan menjagamu. Jagalah (hukum-hukum) Allah swt, niscaya Dia akan selalu bersamamu. Jika kamu meminta sesuatu, maka mintalah hanya kepada Allah swt. Jika kamu meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan hanya kepada Allah swt. Ketahuilah sekiranya umat manusia berkumpul dan sepakat untuk memberikan manfaat untukmu, maka mereka tidak akan dapat memberikan manfaat kepadamu, kecuali sesuatu yang telah ditetapkan Allah swt untukmu. Dan sekiranya mereka berkumpul dan sepakat untuk memberikan mudharat kepadamu, niscaya mereka tidak dapat memberikan mudharat kepadamu, melainkan sesuatu yang telah Allah swt tetapkan untukmu. Pena telah diangkat, dan tulisan-tulisan pada buku catatan telah kering.” - HR Tirmidzi. Ia berkata, “Hadith ini hasan shahih.”

Ungkapan “Pena telah diangkat, dan tulisan-tulisan pada buku catatan telah kering.” Menunjukkan bahawa setiap qadar Allah yang telah tercatat itu tidak akan berganjak lagi atau berubah lagi. Oleh itu setiap apa yang telah berlaku ke atas diri seseorang itu adalah qadar Allah keatas dirinya.

“Tidak ada makhluk yang bernafas kecuali Allah telah menentukan tempatnya di syurga atau neraka, telah dituliskan celaka atau bahagia.” Seseorang bertanya, “Wahai Rasulullah , apakah kita berpegang dengan ketentuan tersebut dan meninggalkan amal?” Baginda menjawab, “Bekerjalah kalian dan setiap orang akan diberikan kemudahan sesuai dengan apa yang diciptakan baginya. Adapun orang-orang yang berbahagia akan dimudahkan untuk mengamalkan amalan-amalan kebaikan dan orang-orang celaka akan dimudahkan untuk mengamalkan amalan-amalan yang akan membawanya kepada kecelakaan.” – HR Bukhari.

Dari hadith di atas, jelas kepada kita bahawa kita harus terus bekerja dan berusaha bersungguh-sungguh tanpa berputus-asa dan menunggu takdir kerana Rasulullah saw mengajar kita berusaha. Setiap yang daripada Nabi saw adalah daripada suruhan Allah jua.
Firman Allah swt:

وَقُلِ ٱعۡمَلُواْ فَسَيَرَى ٱللَّهُ عَمَلَكُمۡ وَرَسُولُهُ ۥ وَٱلۡمُؤۡمِنُونَ‌ۖ وَسَتُرَدُّونَ إِلَىٰ عَـٰلِمِ ٱلۡغَيۡبِ وَٱلشَّہَـٰدَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ (١٠٥) 
Dan katakanlah, ‘Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta para mu’minin akan melihat pekerjaan kamu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala urusan yang ghaib dan segala urusan yang nyata dan Dialah yang akan memberitakan kepada kamu segala apa yang dilakukan kamu.” – QS At-Taubah:105

Ayat di atas ditujukan kepada kumpulan yang ponteng jihad di dalam perang Tabuk dan telah bertaubat. Allah swt ingin kita berpijak di bumi yang nyata. Tidak cukup hanya dengan perasaan dan berniat sahaja. Niat tersebut mestilah disertakan dengan tindakan atau pergerakan. Ini bermaksud kita kena berusaha. Tidak duduk diam menunggu takdir.

Jangan sampai kita menyimpang atau tergelincir iktiqad kepada iktiqad Jabariah atau iktiqad Qadariah dan lain-lain iktiqad. Hanya iktiqad Ahli Sunnah Waljama’ah yang diterima oleh Allah swt. Oleh itu penting bagi kita mempelajari ilmu Tauhid secara mendalam dan terperinci.
Firman Allah swt:

لَا يُسۡـَٔلُ عَمَّا يَفۡعَلُ وَهُمۡ يُسۡـَٔلُونَ (٢٣)

“Dia tidak ditanya segala apa yang dilakukan-Nya tetapi mereka akan ditanyai(segala apa yang dilakukan mereka).” – QS Al-Anbiya’:23

Sekiranya kita mempertikaikan takdir Allah, seolah-olah kita tidak mempersetujui tetapan-Nya. Siapakah kita untuk tidak bersetuju ? Kemudian mengajukan pertanyaan yang sombong dan hairan seperti, mengapa Allah buat begini? Apakah tujuan Dia berbuat begitu? Seakan-akan ingin menyatakan tiada kelihatan apa-apa hikmat dan tujuan dari ciptaan Allah itu.

Hakikatnya, kita telah melampaui batas adab susila yang wajib terhadap Tuhan yang disembah. Sedangkan daya kefahaman kita terbatas dalam ruang lingkup yang terhad sahaja.

Ulama’ ada membahagikan takdir kepada 2 bahagian;

1. Qadar mubram( Yang telah mantap/tercatat – tidak boleh berubah lagi )
2. Qadar mu’allaq(Yang belum mantap/ belum tercatat – boleh berubah)

Sebagai orang awam yang begitu dangkal ilmu ini, amatlah sukar untuk membezakan diantara keduanya. Justeru itu adalah lebih baik mengambil pendekatan untuk tidak memikirkan apakah takdir atau qadar yang boleh berubah itu. Dibimbangi ia akan menambah kekeliruan dan paling parah lagi ia akan merosakkan iktiqad Ahli sunnah waljama’ah.

Dari Abdullah ibn Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:‘Bahawa setiap sesuatu telah ditulis dengan Qadar (takdir) sehingga kebodohan dan kelemahan atau kecerdikan dan kepandaian seseorang’. – HR Muslim

Sebaliknya adalah lebih baik cuba memahami bahawa segala yang berlaku ke atas diri kita, itulah takdir kita. Ini kerana beriman kepada qada’ dan qadar adalah salah satu daripada rukun iman. Kita hanya perlu berusaha, kemudian bertawakkal kepada Yang Esa.

Di antara hikmah disebalik qadar yang tersembunyi ialah:

1. Bersedia untuk mati dan tidak panjang angan-angan.

Kematian adalah saat perpisahan roh dari jasadnya. Ia adalah suatu yang pasti terjadi. Kematian juga akan memotivasikan untuk memperbaiki amal dan tidak panjang angan-angan.

Firman Allah swt:

كُلُّ نَفۡسٍ۬ ذَآٮِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِ‌ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوۡنَ أُجُورَڪُمۡ يَوۡمَ
ٱلۡقِيَـٰمَةِ‌ۖ فَمَن زُحۡزِحَ عَنِ ٱلنَّارِ وَأُدۡخِلَ ٱلۡجَنَّةَ فَقَدۡ فَازَ‌ۗ وَمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَآ إِلَّا مَتَـٰعُ ٱلۡغُرُورِ (١٨٥)

“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari Kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” – QS Ali-‘Imran:185.

Dari ayat di atas Allah swt memperingatkan agar berhati-hati terhadap berbagai hal yang melalaikan yang menutupi seseorang dari hakikat kebenaran sehingga dia akan tertipu oleh dunianya serta melupakan Rabb-nya. Sesungguhnya dunia adalah keji dan sementara.

Firman Allah swt:

إِنَّ ٱللَّهَ عِندَهُ ۥ عِلۡمُ ٱلسَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ ٱلۡغَيۡثَ وَيَعۡلَمُ مَا فِى ٱلۡأَرۡحَامِ‌ۖ وَمَا تَدۡرِى نَفۡسٌ۬ مَّاذَا تَڪۡسِبُ غَدً۬ا‌ۖ وَمَا تَدۡرِى نَفۡسُۢ بِأَىِّ أَرۡضٍ۬ تَمُوتُ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرُۢ (٣٤)

“…Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui(dengan pasti) apa yang akan diusahakannya esok. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati….” – QS Luqman:34

Ayat di atas memperingatkan orang yang suka bertangguh-tangguh dalam bertaubat dan membuat kebaikan.

Firman Allah swt:

فَإِذَا جَآءَ أَجَلُهُمۡ لَا يَسۡتَـٔۡخِرُونَ سَاعَةً۬‌ۖ وَلَا يَسۡتَقۡدِمُونَ (٦١)….

“…..Maka apabila telah tiba waktu(yang ditentukan)bagi mereka, tidaklah mereka dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak(pula) mendahulukannya.” – QS An-Nahl:61

Ibnu ‘Umar berkata, Rasulullah saw bersabda: “ Jika kamu berada pada petang hari, maka janganlah kamu menanti waktu pagi. Dan jika berada pada pagi hari, maka janganlah kamu menanti waktu petang. Dan pergunakanlah masa sihatmu sebelum masa sakitmu dan masa hidupmu sebelum masa kematianmu.” – HR Al-Bukhari.

2. Menjauhi sifat cintakan dunia.Allah swt telah pun menentukah rezeki seseorang sejak 120 hari di dalam perut ibunya. Dia tidak perlu bimbang akan kelaparan, rezekinya pasti ada. Hatta ulat di dalam batupun ada rezekinya tersendiri. Maka mencari makan bukanlah menjadi matlamat utama untuk dia hidup.

Firman Allah swt:

وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ (٥٦) مَآ أُرِيدُ مِنۡہُم مِّن رِّزۡقٍ۬ وَمَآ أُرِيدُ أَن يُطۡعِمُونِ (٥٧) إِنَّ ٱللَّهَ هُوَ ٱلرَّزَّاقُ ذُو ٱلۡقُوَّةِ ٱلۡمَتِينُ (٥٨)

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mengabdikan diri kepada-Ku. Aku tidak mengkehendaki sebarang rezeki pun dari mereka dan Aku tidak sekali-kali mengkehendaki mereka memberi makan kepada-Ku. Sesungguhnya Allah itulah satu-satu-Nya pemberi rezeki yang mempunyai dan Maha Teguh kekuasaan-Nya.” – QS Al-Zaariyat:56-58

Amat merugikan bagi sesiapa yang mengumpul harta kekayaan tetapi tidak dapat dikecapinya kerana ajal sudah sampai. Tiada siapa mengetahui ajalnya, mungkin esok, mungkin hari ini, mungkin malam ini, malah mungkin kejap lagi. Oleh itu, usahlah terlalu mengejar dunia untuk kebahagiaan sementara buat diri, anak dan isteri. Kejarlah kebahagiaan akhirat kerana kebahagiaan akhiratlah yang abadi.

Rasulullah saw bersabda: “ Tidak ada hak bagi seorang muslim yang mempunyai sesuatu yang akan diwasiatkan, lalu dia bermalam sampai dua malam melainkan wasiatnya telah tertulis di sisinya.” – HR al-Bukhari

Ibnu ‘Umar berkata: “ Sejak aku mendengar Rasulullah saw mengucapkan kalimat itu, aku tidak pernah satu malam pun berlalu dariku melainkan wasiatku sudah ada bersamaku.”

Mungkin juga ajal lambat lagi, mungkin 5 tahun lagi, mungkin 10 tahun lagi, mungkin juga 20 tahun lagi dan mungkin lebih daripada itu. Maka orang mukmin akan berusaha atau bekerja bagaikan akan hidup selama-lamanya. Namun mengumpul harta bukan matlamatnya. Takut-takut ajal akan datang sekejap lagi.

Firman Allah swt:

وَٱللَّهُ يُحۡىِۦ وَيُمِيتُ‌ۗ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرٌ۬ (١٥٦)

“ Dan sebenarnya Allahlah yang menghidupkan dan yang mematikan.” – QS Ali-Imran:156

3. Melahirkan insan yang pemurah.

Firman Allah swt:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تُلۡهِكُمۡ أَمۡوَٲلُكُمۡ وَلَآ أَوۡلَـٰدُڪُمۡ عَن ذِڪۡرِ ٱللَّهِ‌ۚ وَمَن يَفۡعَلۡ ذَٲلِكَ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡخَـٰسِرُونَ (٩) وَأَنفِقُواْ مِن مَّا رَزَقۡنَـٰكُم مِّن قَبۡلِ أَن يَأۡتِىَ أَحَدَكُمُ ٱلۡمَوۡتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوۡلَآ أَخَّرۡتَنِىٓ إِلَىٰٓ أَجَلٍ۬ قَرِيبٍ۬ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُن مِّنَ ٱلصَّـٰلِحِينَ (١٠) وَلَن يُؤَخِّرَ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِذَا جَآءَ أَجَلُهَا‌ۚ وَٱللَّهُ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ (١١)

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingati Allah. Barangsiapa yang membuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi. Dan belanjakanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu berkata, ‘Ya Rabb-ku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang shalih.’ Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.” – QS al-Munaafiquun:9 – 11

Oleh kerana tidak mengetahui ajal itu bila, maka menginfakkan sedikit rezeki yang Allah berikan kepada yang memerlukan adalah lebih baik. Pemberian yang ikhlas kerana Allah suruh itu akan menambah bekalan ke akhirat. Oleh itu lebih baik bersegera membuat kebajikan sebelum terlambat. Pahala yang diperolehi itulah hak kita yang hakiki. Simpanan di dalam bank belum tentu menjadi hak kita. Bila kita mati, ia akan menjadi hak waris. Perlu bijak dalam pengurusan kewangan. Tidak terlalu boros, tidak terlalu kedekut, langkah bijak ialah bersederhana. Gunakan harta untuk merebut akhirat. Menyara keluarga kerana Allah suruh adalah ibadah. Perlunya bekerja sebagai asbab untuk mendapatkan harta. Allah swt jua yang mengizinkan rezeki itu.
4. Menghindari diri dari penyakit-penyakit hati.Penyakit hati seperti rasa riak(menunjuk-nunjuk), ujub(merasa hairan dengan diri sendiri), sombong, dan bangga diri sangat sukar dikawal. Dorongan nafsu dan syaitan selalu mengatasi iman. Oleh itu sangat penting menjaga kebersihan hati.


أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّه
أَلاَ وَهِيَ الْقَلْب – رواه البخاري ومسلم
“……….….. Ketahuilah bahwa dalam diri ini terdapat segumpal daging, jika dia baik, maka baiklah seluruh tubuh ini dan jika dia buruk, maka buruklah seluruh tubuh; ketahuilah bahwa itu adalah hati “. – HR Bukhari dan Muslim

Manusia sering lupa bahawa Allah swt telah menetapkan rezeki, ajal, kecelakaannya dan kegembiraannya sejak azali lagi. Cuma, mereka tidak mengetahui apakah rezeki itu, apakah kecelakaan itu, apakah kegembiraan itu dan bilakah ajalnya.

Segalanya telah ditentukan oleh Allah swt. Apa sahaja yang dia dapat, seperti rumah besar, kereta besar, pangkat besar, kepandaian, kemahiran, dan sebagainya adalah pinjaman Allah kepada dia. Maka Allah swt sahaja yang layak merasa bangga dengan kekuasaan-Nya. Mata, telinga, dan semua anggota tubuh adalah pinjaman Allah sebagai peralatan untuk tunduk patuh kepada-Nya. Manusia adalah makhluk. Dia hanya bertaraf seorang hamba yang tidak ada apa-apa. Kepunyaan Allah-lah segala-galanya. Bila-bila masa sahaja Allah swt boleh mengambil semuanya kembali dengan kematian.

Oleh itu untuk apa ada perasaan riak, ujub atau bangga diri dalam diri. Perasaan itu menyebabkan kemurkaan Allah. Dia telah mengambil hak Allah kemudian mengaku miliknya. Itulah sifat orang yang tidak tahu malu. Orang yang tidak dapat mengengkang nafsu dan godaan syaitan sebagai ujian diri di atas pentas dunia yang fana ini.

Justeru itu, amatlah perlu melawan penyakit-penyakit ini melalui menasihati hati dengan cahaya keimanan serta kesabaran. Menggandingkan ilmu dengan amal. Berdoa sebagai usaha terakhir asbab bagi kejernihan hati. Kemudian bertawakkal kepada Allah swt. Segala-galanya dengan keizinan-Nya. Proses ini perlu disegerakan kerana tiada siapa mengetahui takdir kematiannya. Kematian bermaksud bermulanya alam akhirat iaitu bermulanya hari perhitungan.

Firman Allah swt:

 يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ قَدۡ جَآءَتۡكُم مَّوۡعِظَةٌ۬ مِّن رَّبِّڪُمۡ وَشِفَآءٌ۬ لِّمَا فِى ٱلصُّدُورِ وَهُدً۬ى وَرَحۡمَةٌ۬ لِّلۡمُؤۡمِنِينَ (٥٧)

“ Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman” – QS Yunus:57

Pelajaran yang dimaksudkan ialah wahyu Allah swt di dalam al-Qur’an yang boleh menyembuhkan penyakit-penyakit di dalam dada iaitu penyakit hati. Bertadabbur al-Qur’an akan meningkatkan kefahaman terhadap ilmu wahyu. Inilah rahmat Allah kepada orang-orang yang beriman.
5. Menghindari diri dari kekecewaan dan berputus-asa.Apabila segalanya telah ditetapkan oleh Allah swt. Tidak kira kecelakaan atau kegembiraan, sebagai seorang hamba patut meredhai apa jua ketentuan-Nya itu.

Semua orang inginkan kegembiraan. Maka usahanya mengarah kepada memperolehi kegembiraan. Dia tidak sedar bahawa kegembiraan yang dikejar itu sebenarnya bakal memberi kecelakaan kepadanya. Allah lebih mengetahui ketentuan hamba-Nya, maka Dia tidak mengizinkan kejayaan kepada usaha hamba-Nya itu.

Firman Allah swt:

كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهٌ۬ لَّكُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ شَرٌّ۬ لَّكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ (٢١٦)

“Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan kamu mungkin sukakan sesuatu, sedangkan ia lebih buruk kepada kamu. Dan hanya Allah yang mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” – QS Al-Baqarah:216

Setiap qadar atau takdir Allah swt ke atas diri seseorang adalah baik buat dirinya. Jika kecelakaan itu baik, maka dia redha. Siapa dia untuk tidak redha. Allah swt lebih mengetahui jalan hidupnya. Maka tidak perlu terjun bangunan kerana kecewa dan berputus-asa. Lebih baik, bangkit semula kemudian usaha lagi. Cari jalan penyelesaian. Sesungguhnya Allah ingin memberi ganjaran yang banyak dari usaha-usahanya itu.

“Seorang mukmin itu amatlah dikagumi! Kerana seluruh urusannya baik belaka. Dan hal ini tidak dapat dicapai oleh sesiapa pun kecuali orang yang beriman, iaitu jika ia mendapat kesenangan dia bersyukur dan ini memberi kebaikan kepadanya, dan jika ia ditimpa kesusahan dia bersabar dan ini juga memberi kebaikan kepadanya.” – HR Muslim.

Tidakkah merasa seronok melihat Allah swt mentadbir hidup kita? Setiap saat dan setiap detik melihat ketentuan Allah swt ke atas diri sendiri. Dalam hati berbisik; “ Oooh…..ini rupanya takdir ku yang telah tercatat di Luh Mahfuz sejak dalam perut ibu dulu.”

Tidak perlu berputus-asa atau kecewa. Usaha sedaya mungkin. Itu yang Allah suruh. Kemudian bertawakkallah. Lihat apa pula takdir Allah keatas usaha tersebut. Jarang sekali Allah swt menyalahi sunnah-Nya. Adakah Allah ingin menguji dengan kesedihan atau kegembiraan? Tidakkah seronok melihat takdir itu? Kehidupan yang cantik ialah kehidupan yang bewarna-warni. Sambutlah ujian dan cabaran-cabaran itu dengan sabar dan berpandukan al-Qur’an serta sunnah Rasulullah saw. InsyaAllah, Allah akan memudahkan perjalanan hidup kita di dunia menuju akhirat.
6. Menyuburkan sifat sabar.Orang yang beriman dengan qada’ dan qadar, meyakini setiap apa yang berlaku ke atas dirinya adalah takdirnya. Setiap yang telah ditakdirkan adalah baik baginya walaupun dia tidak mengetahui apakah takdirnya sebelum ini. Maka tidak perlu marah. Malah dia tidak layak untuk memarahi takdir itu. Seorang hamba tidak layak memarahi tuannya. Bersopanlah. Tunduk dan redha dengan ketentuannya.

Sifat sabar amat sukar dipupuk. Takdir yang rahsia menyebabkan seseorang yang beriman bersedia untuk menerima takdir yang seterusnya. Takdir yang baik, dia akan bersyukur. Takdir yang tidak baik, dia akan bersabar. Bersabar bererti tiada keluh kesah, tiada kesedihan, tiada penyesalan, tiada kemarahan dan tiada kebanggaan. Ini kerana dia tahu, segalanya dari Tuhannya. Tiada apa-apa dari dirinya. Dia hanyalah seorang hamba.
Read More

U H I :- ENAM SIFAT SOMBONG

SOMBONG DAN TAKABBUR



Sedarlah hakikat kehidupan didunia, tiada yang lebih baik kecuali iman dan takwa.

Firman Allah swt :

إِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ فَالَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِ قُلُوبُهُمْ مُنْكِرَةٌ وَهُمْ مُسْتَكْبِرُونَ لَا جَرَمَ أَنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا يُسِرُّونَ وَمَا يُعْلِنُونَ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْتَكْبِرِينَ

Tuhan kamu yang berhak disembah ialah Tuhan yang satu Maha Esa, oleh itu, orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat hati mereka ingkar dan sikap zahir mereka sombong takabbur menentang kebenaran, sebenarnya bahawa Allah mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka zahirkan, sesungguhnya ia tidak suka kepada orang-orang yang sombong takabbur. ( Surah An-nahli: 22-23 ).


Takabbur, sombong, bongkak, angkuh dan adalah sifat yang tercela dalam Islam, sifat yang dibenci oleh Allah Subahanu wataala dan Rasulnya. Kerana itu kita ditegah dari bersikap sombong dan membangga diri.

Firman Allah swt;

وَلَا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحًا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ

Maksudnya; Dan janganlah engkau memalingkan muka-mu kerana memandang rendah kepada manusia dan janganlah engkau berjalan dibumi dengan berlagak sombong, sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takabbur lagi membangga diri.” Luqman:18.

Sifat sombong dan takabur menjerumuskan kepada kebinasaan dan kekufuran. Firman Allah swt;

وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ أَبَى وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ

Maksudnya; Dan ingatlah ketika kami berfirman kepada malaikat,Tunduklah beri hormat kepada Nabi Adam, Lalu mereka sekalianya tunduk memberi hormat melainkan iblis ia enggan dan takabbur dan menjadilah ia dari golongan yang kafir. al-Baqarah:34.


Orang yang sombong menganggap dirinya lebih tinggi atau mulia dari orang lain, angkuh dan megah kerana keturunan dan harta kekayaan yang dimiliki, bangga diri kerana kedudukan, pangkat, kecantikan rupa atau kepandaian yang melebihi dari orang lain.


Tidak guna kita merasa sombong dengan apa yang ada pada kita, kerana sesungguhya semua itu adalah milik Allah, dan kita diberi pinjaman diatas kurnia tersebut supaya digunakan dalam kehidupan didunia ini. Allah Subahanahu Wataala Yang Maha Berkuasa, kalau ia berkehendak semua pinjaman itu boleh ditarik balik pada bila-bila masa, tidak mustahil segala kesenangan yang dinikmati masa kini akan hilang.

Sifat sombong dan takabbur boleh dibahagikan kepada tiga bahagian:-


Pertama:


Sombong kepada Allah Subahanau Wataala: iaitu apabila kita mengabaikan atau tidak menghiraukan terhadap suruhan-suruhan yang telah diperintahkan oleh Allah Subanahu Wataala, tidak takut kepada ancamannya serta meremehkan pula syariat agama. Sesungguhya Allah telah menjanjikan balasan yang buruk kepada orang yang bersikap sombong.

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

Maksudnya Dan Tuhan kamu berfirman: berdoalah kamu kepada-ku nescaya aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takabbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina.


Kedua:


Sombong kepada Rasul: Iaitu dengan tidak mahu mengamalkan ajaran dan sunnah Nabi Muhammad saw, menghina dan memperlekehkan ajaranNya dan Sunnahnya sebagimana sikap orang kafir Quraisy yang menentang dengan anggapan bahawa Nabi Muhammad saw adalah seorang anak yatim yang tidak berharta dan tidak layak untuk menjadi pemimpin. Akhirnya mereka mati dalam keadaan kufur disebabkan oleh keegoan dan kesombongan sendiri.


Ketiga:


Sombong terhadap sesama manusia: Ada beberapa kelakuan yang menunjukkan diri seseorang sebagai orang yang sombong;


1.Memandang diri lebih dari orang lain, lebih mulia, lebih alim, lebih kaya, lebih cantik dan sebagainya.

2.Tidak boleh menerima teguran, kritikan atau nasihat orang lain.

3.Tidak suka bergaul dengan orang ramai lebuh-lebih lagi dengan orang yang dirasakan lebih rendah statusnya.

4.Suka dipuji dan sentiasa mengharapkan pujian orang lain.

Balasan orang yang sombong.


Takutlah .... dari terus menjadi orang yang sombong, bongkak dan takabbur kerana balasan yang bakal diterima amatlah buruk

Firman Allah swt;

فَادْخُلُوا أَبْوَابَ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا فَلَبِئْسَ مَثْوَى الْمُتَكَبِّرِينَ

Maksudnya: Oleh itu, masukilah pintu-pintu neraka, tinggal kekallah kamu didalamnya, maka sesungguhnya neraka itu seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong takabbur. Al-Nahl:29.

Mengelakkan sifat sombong dan takabbur;

  •        Menjaga tutur kata dan perilaku kita supaya sentiasa dalam keadaan baik.
  •     Bergaul dalam masyarakat tanpa mengira darjat, pangkat dan keturunan. Sebagaimana peribadi Rasulullah saw yang tidak pernah berlaku sombong. Baginda dengan Ikhlas menziarahi sahabat baginda yang ditimpa sakit atau kesusahan, mebantu sesiapa saja yang memerlukan pertolongan, memenuhi undangan apabila dijemput bahkan baginda sendiri pernah turut sama membantu umat Islam menggali longkang ketika bersiap sedia hendak menghadapi peperangan khandak.
  •     Tingkatkanlah iman dan takwa
  •     Takutkan siksaan Allah swt
Read More

SUASANA ALAM AKHIRAT (3) SURAH AL-MUDDATHTHIR

Surah yang berikutnya yang menerangkan tentang suasana Hari akhirat ialah surah:

Surah 74 - Al-Muddaththir (yang berselimut) ayat 8 hingga 56.

فَإِذَا نُقِرَ فِي النَّاقُورِ
Kerana apabila telah ditiup sangkakala, (8)

فَذَلِكَ يَوْمَئِذٍ يَوْمٌ عَسِيرٌ
Maka saat yang demikian adalah saat (berlakunya) hari yang sukar. (9)

عَلَى الْكَافِرِينَ غَيْرُ يَسِيرٍ
Kepada orang-orang kafir, lagi tidak mudah (mengelak azabnya). (10)

ذَرْنِي وَمَنْ خَلَقْتُ وَحِيداً
(Jangan engkau bimbang wahai Muhammad) biarkanlah Aku sahaja membalas orang (yang menentangmu) yang Aku ciptakan dia (dalam keadaan) seorang diri (tidak berharta dan anak pinak), (11)

وَجَعَلْتُ لَهُ مَالاً مَّمْدُوداً
Dan Aku jadikan baginya harta kekayaan yang banyak, (12)

وَبَنِينَ شُهُوداً
Serta anak pinak (yang ramai), yang sentiasa ada di sisinya. (13)


وَمَهَّدتُّ لَهُ تَمْهِيداً
Dan Aku mudahkan baginya (mendapat kekayaan dan kekuasaan) dengan semudah-mudahnya. (14)



ثُمَّ يَطْمَعُ أَنْ أَزِيدَ
Kemudian dia ingin sangat, supaya Aku tambahi lagi; (15)


كَلَّا إِنَّهُ كَانَ لِآيَاتِنَا عَنِيداً
Tidak sekali-kali (akan Aku tambah)! Kerana sesungguhnya dia menentang dengan degilnya akan ayat-ayat Kami (Al-Quran, yang disampaikan oleh Rasul Kami). (16)


سَأُرْهِقُهُ صَعُوداً
Aku akan menyeksanya (dengan azab) yang memuncak beratnya. (17)


إِنَّهُ فَكَّرَ وَقَدَّرَ
Kerana sesungguhnya dia telah memikirkan dan mereka-reka (pelbagai tuduhan terhadap Al-Quran). (18)


فَقُتِلَ كَيْفَ قَدَّرَ
Maka binasalah dia hendaknya! Bagaimanakah dia berani mereka-reka (yang demikian)? (19)


ثُمَّ قُتِلَ كَيْفَ قَدَّرَ
Sekali lagi: Binasalah dia hendaknya! Bagaimana dia berani mereka-reka (tuduhan-tuduhan itu)? (20)


ثُمَّ نَظَرَ
Kemudian dia merenung dan memikirkan (berkali-kali: Jalan-jalan mencaci Al-Quran, tetapi dia gagal); (21)


ثُمَّ عَبَسَ وَبَسَرَ
Setelah itu dia memasamkan mukanya serta dia bertambah masam berkerut; (22)


ثُمَّ أَدْبَرَ وَاسْتَكْبَرَ
Kemudian dia berpaling (dari kebenaran) dan berlaku sombong angkuh, (23)


فَقَالَ إِنْ هَذَا إِلَّا سِحْرٌ يُؤْثَرُ
Serta dia berkata: (Al-Quran) ini tidak lain hanyalah sihir yang dituntut serta dipelajari (dari ahli-ahlinya); (24)



إِنْ هَذَا إِلَّا قَوْلُ الْبَشَرِ
Ini tidak lain hanyalah kata-kata (rekaan) manusia! (25)


سَأُصْلِيهِ سَقَرَ
(Disebabkan kekufurannya itu) Aku akan masukkan dia ke dalam Neraka Saqar. (26)


وَمَا أَدْرَاكَ مَا سَقَرُ
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan Neraka Saqar itu? (27)

لَا تُبْقِي وَلَا تَذَرُ
Ia membakar mangsanya dengan tidak meninggalkan sisa dan tidak membiarkannya (binasa terus) (28)


لَوَّاحَةٌ لِّلْبَشَرِ
Ia terus-menerus membakar kulit manusia! (29)

عَلَيْهَا تِسْعَةَ عَشَرَ
Pengawal dan penjaganya adalah sembilan belas (malaikat). (30)


وَمَا جَعَلۡنَآ أَصۡحَـٰبَ ٱلنَّارِ إِلَّا مَلَـٰٓٮِٕكَةً۬‌ۙ وَمَا جَعَلۡنَا عِدَّتَہُمۡ إِلَّا فِتۡنَةً۬ لِّلَّذِينَ كَفَرُواْ لِيَسۡتَيۡقِنَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَـٰبَ وَيَزۡدَادَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِيمَـٰنً۬ا‌ۙ وَلَا يَرۡتَابَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَـٰبَ وَٱلۡمُؤۡمِنُونَ‌ۙ وَلِيَقُولَ ٱلَّذِينَ فِى قُلُوبِہِم مَّرَضٌ۬ وَٱلۡكَـٰفِرُونَ مَاذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِہَـٰذَا مَثَلاً۬‌ۚ كَذَٲلِكَ يُضِلُّ ٱللَّهُ مَن يَشَآءُ وَيَہۡدِى مَن يَشَآءُ‌ۚ وَمَا يَعۡلَمُ جُنُودَ رَبِّكَ إِلَّا هُوَ‌ۚ وَمَا هِىَ إِلَّا ذِكۡرَىٰ لِلۡبَشَرِ (٣١

Dan (ketahuilah bahawa hikmat) Kami tidak menjadikan pengawal-pengawal Neraka itu melainkan (dari kalangan) malaikat, (kerana merekalah sekuat-kuat dan sebenar-benar makhluk yang menjalankan perintah Kami) dan (hikmat) Kami tidak menerangkan bilangan mereka melainkan dengan satu bilangan yang menyebabkan kesesatan dan kesengsaraan orang-orang kafir itu, supaya orang-orang yang diberi Kitab (Yahudi dan Nasrani) boleh percaya dengan yakin (akan kebenaran Al-Quran) dan supaya orang-orang yang beriman bertambah imannya dan juga supaya orang-orang yang diberi Kitab dan orang-orang yang beriman itu tidak ragu-ragu (tentang kebenaran keterangan itu) dan (sebaliknya) supaya orang-orang (munafik) yang ada penyakit (ragu-ragu) dalam hatinya dan orang-orang kafir berkata: Apakah yang di maksudkan oleh Allah dengan menyebutkan bilangan ganjil ini? Demikianlah Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dialah sahaja. Dan (ingatlah, segala yang diterangkan berkenaan dengan) Neraka itu tidak lain hanyalah menjadi peringatan bagi manusia. / (31)

كَلَّا وَالْقَمَرِ
Sebenarnya! Demi bulan, (32)

وَاللَّيْلِ إِذْ أَدْبَرَ
Dan malam apabila ia balik melenyapkan diri, (33)

وَالصُّبْحِ إِذَا أَسْفَرَ
Dan waktu Subuh apabila ia terang-benderang, (34)


إِنَّهَا لَإِحْدَى الْكُبَرِ
Sesungguhnya Neraka Saqar itu adalah salah satu (malapetaka) yang amat besar, (35)


نَذِيراً لِّلْبَشَرِ
Yang menjadi amaran bagi umat manusia, (36)



لِمَن شَاء مِنكُمْ أَن يَتَقَدَّمَ أَوْ يَتَأَخَّرَ
(Iaitu) bagi sesiapa di antara kamu yang mahu maju (dalam mengerjakan kebaikan) atau yang mahu mundur (daripada mengerjakannya). (37)


كُلُّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ رَهِينَةٌ
Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya, (38)


إِلَّا أَصْحَابَ الْيَمِينِ
Kecuali puak Kanan, (39)


فِي جَنَّاتٍ يَتَسَاءلُونَ
(Mereka ditempatkan) di dalam Syurga (yang penuh nikmat), mereka bertanya-tanya, (40)

عَنِ الْمُجْرِمِينَ
Tentang (tempat tinggal) orang-orang yang bersalah, (41)


مَا سَلَكَكُمْ فِي سَقَرَ
(Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (Neraka) Saqar? (42)


قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ
Orang-orang yang bersalah itu menjawab: Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang; (43)


وَلَمْ نَكُ نُطْعِمُ الْمِسْكِينَ
Dan kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin; (44)



وَكُنَّا نَخُوضُ مَعَ الْخَائِضِينَ
Dan kami dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah, bersama-sama orang-orang yang memperkatakannya; (45)


وَكُنَّا نُكَذِّبُ بِيَوْمِ الدِّينِ
Dan kami sentiasa mendustakan hari pembalasan, (46)



حَتَّى أَتَانَا الْيَقِينُ
Sehinggalah kami didatangi oleh perkara yang tetap diyakini. (47)

فَمَا تَنفَعُهُمْ شَفَاعَةُ الشَّافِعِينَ
Maka tidak akan berguna kepada mereka sebarang syafaat pertolongan (kalaulah ditakdirkan ada) sesiapa yang boleh memberikan syafaat itu. (48)


فَمَا لَهُمْ عَنِ التَّذْكِرَةِ مُعْرِضِينَ
(Kalau demikianlah halnya orang-orang yang bersalah), maka mengapa mereka berpaling lari daripada peringatan (Al-Quran) ? (49)


كَأَنَّهُمْ حُمُرٌ مُّسْتَنفِرَةٌ
Seolah-olah mereka sekawan keldai liar yang lari, (50)


فَرَّتْ مِن قَسْوَرَةٍ
lari daripada singa.(51)


بَلْ يُرِيدُ كُلُّ امْرِئٍ مِّنْهُمْ أَن يُؤْتَى صُحُفاً مُّنَشَّرَةً
Bahkan tiap-tiap orang dari mereka berkehendak supaya diberikan kepadanya lembaran-lembaran yang terbuka.(52)


كَلَّا بَل لَا يَخَافُونَ الْآخِرَةَ
Sekali-kali tidak. Sebenarnya mereka tidak takut kepada negeri akhirat.(53)


كَلَّا إِنَّهُ تَذْكِرَةٌ
Sekali-kali tidak demikian halnya. Sesungguhnya Al Quraan itu adalah peringatan.(54)


فَمَن شَاء ذَكَرَهُ
Maka barangsiapa menghendaki, niscaya dia mengambil pelajaran daripadanya (Al Quraan).(55)


وَمَا يَذْكُرُونَ إِلَّا أَن يَشَاءَ اللَّهُ هُوَ أَهْلُ التَّقْوَى وَأَهْلُ الْمَغْفِرَةِ
Dan mereka tidak akan mengambil pelajaran daripadanya kecuali (jika) Allah menghendakinya. Dia (Allah) adalah Tuhan Yang patut (kita) bertakwa kepada-Nya dan berhak memberi ampun.(56)


Huraian:

Ayat-ayat di atas diturunkan sesudah Nabi Muhammad diperintahkan mengingatkan orang2 kaya dan yang kufur tentang ancaman berupa siksa neraka dan agar Rasulullah SAW bersabar dan tabah dalam menjalankan tugas dakwah seperti dalam surah Al-Muzzammil yang diterangkan dalam entri yang lepas.. orang kaya yang ditujukan dalam surah ini ialah al-Walid Ibnul-Mughairah.. hartanya terlalu banyak terdiri daripada kebun2, binatang ternakan, hamba abdi lelaki dan perempuan.. anak2 yang ramai termasuk 3 orang daripadanya memeluk Islam iaitu Khalid Ibnul Walid, Hisham dan Imarah. Allah mengurniakan dia harta yang banyak tetapi dia sombong dan menuduh Nabi Muhammad SAW sebagai ahli sihir. Dia dikenali sebagai orang yang tersendiri.. lalu Allah membalikkan kesombongannya melalui ayat2 di atas. Allah menjanjikan Neraka Saqar kepada orang2 seperti ini.. yang mendustakan ajaran nabi dan tidak bersyukur atas nikmat yang Allah berikan.


Allah mengingatkan bahawa apabila ditiup sangkakala, bermulalah hari yang sukar lebih2 lagi kepada orang kafir yang ragu2 tentang kebesaran allah.. Allah bersumpah demi bulan malam dan subuh yang semuanya menunjukkan kebesaran Allah.. Allahlah yang menciptanya.. bila ternyata Allah sanggup mencipta semuanya itu apakh Allah tidak berkuasa menyiksa orang2 yang kufur seperti yang diancamkan itu?


Allah mengingatkan bahawa setiap apa yang dilakukan akan dapat balasan.. baik dibalas syurga dan buruk dibalas neraka.. lalu Allah menggambarkan akan berlaku perbualan antara orang2 yang masuk syurga dengan orang2 yang masuk neraka.. kenapa mereka sampai masuk neraka? tentulah kerana mereka mendustakan hari akhirat, memperolokkan perintah Allah tidak mendirikan solat.. tidak memberi makan kepada orang miskin. dan ternyata mereka mengaku bahawa mereka berbuat demikian.


Allah menerangkan bahawa pada hari akhirat nanti Allah akan memberi pengadilan seadil2nya.. tidak ada siapa yang dapat menolong hatta kepada anak sendiri sekalipun.


Orang2 kafir yang tidak menghiraukan peringatan Allah tentang hari Akhirat ini Alllah umpamakan seperti keldai2 liar.. lari ketakutan daripada singa ganas yang mengejar.. keadaan keldai2 yang lari itu tentunya tidak keruan.. nasibnya bergantung kepada kebodohannya sendiri untuk melepaskan diri daripada singa kerana tidak ada tuannya yang akan menjaganya .. begitulah orang2 kafir.

Beruntunglah kita sebagai orang2 Islam.. jagalah keimanan kita.. jangan sampai terbatal

Read More

SUASANA ALAM AKHIRAT (2) SURAH AL-MUZAMMIL

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Dalam entri lepas dicatat tentang suasana Alam Akhirat seperti dalam surah Al-Qalam (pena).. kali ini disambung dengan:

Surah al-Muzammil (Yang berselubung) mulai ayat 10 - 19

وَٱصۡبِرۡ عَلَىٰ مَا يَقُولُونَ وَٱهۡجُرۡهُمۡ هَجۡرً۬ا جَمِيلاً۬ (١٠) وَذَرۡنِى وَٱلۡمُكَذِّبِينَ أُوْلِى ٱلنَّعۡمَةِ وَمَهِّلۡهُمۡ قَلِيلاً (١١) إِنَّ لَدَيۡنَآ أَنكَالاً۬ وَجَحِيمً۬ا (١٢) وَطَعَامً۬ا ذَا غُصَّةٍ۬ وَعَذَابًا أَلِيمً۬ا (١٣) يَوۡمَ تَرۡجُفُ ٱلۡأَرۡضُ وَٱلۡجِبَالُ وَكَانَتِ ٱلۡجِبَالُ كَثِيبً۬ا مَّهِيلاً (١٤) إِنَّآ أَرۡسَلۡنَآ إِلَيۡكُمۡ رَسُولاً۬ شَـٰهِدًا عَلَيۡكُمۡ كَمَآ أَرۡسَلۡنَآ إِلَىٰ فِرۡعَوۡنَ رَسُولاً۬ (١٥) فَعَصَىٰ فِرۡعَوۡنُ ٱلرَّسُولَ فَأَخَذۡنَـٰهُ أَخۡذً۬ا وَبِيلاً۬ (١٦) فَكَيۡفَ تَتَّقُونَ إِن كَفَرۡتُمۡ يَوۡمً۬ا يَجۡعَلُ ٱلۡوِلۡدَٲنَ شِيبًا (١٧) ٱلسَّمَآءُ مُنفَطِرُۢ بِهِۦ‌ۚ كَانَ وَعۡدُهُ ۥ مَفۡعُولاً (١٨) إِنَّ هَـٰذِهِۦ تَذۡڪِرَةٌ۬‌ۖ فَمَن شَآءَ ٱتَّخَذَ إِلَىٰ رَبِّهِۦ سَبِيلاً (١٩)

Dan bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhkanlah dirimu dari mereka dengan cara yang baik. (10)

Dan biarkanlah Aku sahaja membalas orang-orang yang mendustakan (bawaanmu) itu, orang-orang yang berada dalam kemewahan dan berilah tempoh kepada mereka sedikit masa; (11)

Kerana sesungguhnya di sisi Kami disediakan (untuk mereka) belenggu-belenggu dan Neraka yang menjulang-julang, (12)

Serta makanan yang menjadikan pemakannya tercekik dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (13)

(Azab itu tetap berlaku) pada hari bumi dan gunung-ganang bergoncang (serta hancur lebur) dan menjadilah gunung-ganang itu timbunan pasir yang mudah bersepah. (14)

Sesungguhnya Kami telah mengutus kepada kamu (wahai umat Muhammad), seorang Rasul yang menjadi saksi terhadap kamu (tentang orang yang mematuhi atau menolak seruannya), sebagaimana Kami telah mengutus kepada Firaun seorang Rasul. (15)

Maka Firaun menderhaka kepada Rasul itu, lalu Kami menyeksakannya dengan azab seksa yang seberat-beratnya. (16)

(Sekiranya kamu tidak ditimpa azab di dunia), maka bagaimana kamu dapat menjaga dan menyelamatkan diri kamu kalau kamu kufur ingkar (dari azab) hari yang huru-haranya menyebabkan kanak-kanak menjadi tua beruban? (17)

Langit (yang demikian besarnya) akan pecah belah dengan sebab kedahsyatan hari itu. (Ingatlah), janji Allah adalah perkara yang tetap dilakukanNya. (18)

Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang mengandungi amaran) ini menjadi peringatan oleh itu sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya dapatlah dia mengambil jalan yang membawa kepada Tuhannya (dengan iman dan taat). (19)

Huraian:

Orang2 yang beroleh nikmat kekayaan dan menjadi sombong.. dan engkar dengan ajaran Nabi Muhammad SAW Allah ingatkan kepada mereka tentang belenggu-belenggu dan neraka yang menjulang-julang.. Allah memberi azab yang pedih.. nikmat kekayaan yang banyak itu Allah akan gantikan dengan makanan yang kesat lalu tercekik dan mendapat azab yang tak terperi sakitnya.

Allah meminta supaya Nabi Muhammad bersabar terhadap kesombongan mereka.. meminta menjauhkan diri daripada orang2 yang menentang baginda dengan cara yang baik .. dan Allahlah yang akan membalas segala perbuatan buruk mereka. Berilah masa kepada mereka supaya mereka sedar atau bertaubat selagi ada masa mereka hidup dan jika mereka masih kufur, Allah menjelaskan bahawa (Azab itu tetap berlaku) pada hari bumi dan gunung-ganang bergoncang (serta hancur lebur) dan menjadilah gunung-ganang itu timbunan pasir yang mudah bersepah. Mereka akan dibangkitkan kembali dan akan menerima balasan.

Tempoh ini diberikan juga kapada Fira'un.. akhirnya Fira'un dibinasakan akibat kesombongannya.. Allah hancurkan dia bersama-sama pengikutnya yang dibanggakan itu. Allah mengingatkan bagaimana akan dapat menyelamatkan diri andainya masih kufur.. tidak mahu beriman.. dan Allah gambarkan pada hari itu kanak2 akan beruban olehkerana takutnya.. seketika itu juga berubah mejadi tua dan beruban..

Allah mengingatkan bahawa langit akan pecah dan hari Akhirat itu amat dahsyat.. gunung-gunung yang keras dan padat serta kukuh akan hancur menjadi pasir berterbangan .. oleh itu jadikanlah peringatan Allah ini untuk mencari keredhaanNya.. kerana jalan menuju Allah itu adalah jalan yang lurus, aman dan mudah tetpai yang yang menyimpang daripada menuju Allah adalah jalan yang sempit lagi berliku.
Read More

SUASANA ALAM AKHIRAT (1) AL-QALAM

Surah di dalam al-Quran berjumlah 114.. 80 daripadanya menerangkan tentang suasana Alam Akhirat.

Ini menunjukkan bahawa tujuan utama Allah turunkan al-Quran ialah untuk meyakinkan manusia akan adanya Alam Akhirat serta membayangkan kepada manusia bagaimana keadaan Alam Akhirat nanti.. agar manusia bersiap sedia menghadapinya dengan bekalan2 tertentu .. supaya manusia dapat menghindarkan diri daripada kesulitan2 serta dapat menyediakan diri dengan mengerjakan perkara2 yang menjanjikan kesenangan dan kebahagiaan di Alam akhirat nanti.Ini adalah merupakan rahmat Allah kepada kita.. andainya kita tidak diberi peringatan bagaimana kita nak bersedia.. samalah seperti kita nak menghadapi peperiksaan tentunya kita dah tau apa yang akan diuji..

Allah membuat penegasan dan pengulangan dalam al-Quran tentang kerugian yang akan ditanggung di Alam Akhirat nanti tidak dapat ditebus dengan apa-apa sekalipun biarpun seseorang itu mempunyai harta menggunung, anak pinak yang ramai serta pangkat darjat yang tinggi.. jika pengadilan di dunia boleh dibincang dan meminta keringanan hukuman mana bolaeh di sana nanti..

Allah menyatakan dengan ayat-ayat yang begitu indah dan mengagumkan untuk menanamkan keyakinan manusia terhadap Akhirat sehinggakan selama 23 tahun, yakni selama al-Quran itu diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW, sebahagian besar manusia berbangsa Arab menjadi yakin seyakin2nya/tanpa ragu sedikitpun tentang adanya kehidupan di Alam Akhirat. Disebabkan itulah keadaan bangsa Arab ketika itu berubah daripada serba jelik, rosak, kotor serta berpecahbelah menjadi keadaan serba baik, teratur, bersih dan bersatupadu di bawah pimpinan Rasulullah SAW.. sehingga dalam jangka waktu yang pendek mereka menjadi bangsa yang terkemuka, kuat serta mendapat kemenangan.. serta Agama Islam menjadi berkembang dan menjadi Agama yang terkehadapan (leading religion).

Jadi.. salah satu faktor kemenangan Islam dan Nabi Muhammad SAW dari dulu hingga hari kiamat ialah faktor kepercayaan kepada Alam Akhirat ini. Allah berfirman dalam surah At-Taubah ayat 33 bermaksud:

Dialah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya. (33)

Pelbagai cara Allah menanamkan keyakinan kepada manusia terhadap Akhirat , hinggakan manusia yang berkedudukan tinggi dalam masyarakat dan tinggi pengetahuan dapat menerima dengan mudah walaupun permasalahan ini amat rumit disebabkan alam akhirat ini tidak dapat dipandang dan dilihat.

Antara cara Allah menerangkan dalam al-Quran

Dalam Surah al-Insaan Ayat (1 – 6 ) yang bermaksud:

Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar), sedang dia (masih belum wujud lagi dan) tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut, (maka mengapa kaum musyrik itu mengingkari hari akhirat)? (1) Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat. (2) (Kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka) sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan yang salah; maka terserahlah kepadanya) samada dia bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun dia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka). (3) (Dalam pada itu), sesungguhnya Kami telah menyediakan bagi sesiapa yang berlaku kufur (atau menderhaka): Beberapa rantai dan belenggu serta Neraka yang menjulang-julang. (4) Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan kebajikan), akan meminum dari piala: Sejenis minuman yang bercampur dengan "Kafur". (5) Iaitu sebuah mata air (di Syurga), yang diminum daripadanya oleh hamba-hamba Allah (yang taat); mereka boleh mengalirkannya (di tempat-tempat tinggal mereka) dengan aliran yang semudah-mudahnya dan menurut kemahuannya. (6)

Dalam ayat di atas Allah menerangkan penciptaan manusia telah lama wujud sebelum wujudnya kaum musyrik di Mekah ketika itu.. lalu mengapa mereka tidak percaya akan adanya hari akhirat.. Allah boleh saja mencipta manusia dan makhluk lain betapa pula tidak boleh mencipta Alam Akhirat.. seterusnya Allah mengingatkan tentang balasan kepada orang2 yang kufur dengan menyediakan rantai dan belenggu serta api Neraka yang menjulang2.. sedangkan untuk orang2 yang beriman Allah sediakan minuman yang lazat daripada mata air yang hampir dengan mereka.

Manakala dalam Surah al-Ankabut ayat 54 yang bermaksud:

Mereka meminta kepadamu menyegerakan kedatangan azab itu, padahal sesungguhnya Neraka Jahanam tetap akan meliputi orang-orang yang kafir. (54)

Dalam ayat ini orang2 musyrik Mekah ketika itu meminta ditunjukkan azab padahal Allah akan turunkan azab tidak mengira sama ada mereka minta atupun tidak.. tidak ada siapa pun (orang2 yang kufur) yang dapat melepaskan diri daripada azab Neraka Jahanam pada hari tersebut.

Banyak lagi ayat-ayat al-Quran yang menerangkan tentang adanya hari akhirat.. kita akan jumpa jika kita rajin meneliti dan mengkaji.. sayangnya ramai antara kita yang tidak memahami bahasa Arab kerana tidak mempelajarinya jika adapun ketika dalam darjah 1 hingga darjah 6 di sekolah Arab.. (termasuklah saya) tidak banyak yang dapat dikutip dalam masa tersebut.. mungkin kerana sukatan pelajaran atau guru2 yang mengajar kurang mahir berbahasa Arab ketika itu.. saya tidak tahu.. tetapi yang jelasnya ramai yang membaca al-Quran tidak memahami apa yang dibacanya.. lebih malang lagi kalau tidak mahu membacanya.. Apabila kita tidak faham bagaimana kita nak menurut segala yang disuruh dan meninggalkan segala yang dilarang.. zaman Nabi Muhammad SAW dahulu ketika turun ayat memerintahkan wanita menutup aurat.. masa itu juga wanita2 yang ada tidak kira di mana berada akan mencapai apa saja untuk menutup aurat mereka kerana mereka faham.

Berikut saya catatkan antara ayat2 dalam salah satu surah yang jumlahnya 80 yang saya nyatakan di atas tadi yang membayangkan suasana Alam Akhirat:

Surah Al-Qalam (Pena)

    (Ingatkanlah orang-orang yang tidak beriman) akan masa didedahkan kedahsyatan huru-hara (hari kiamat) dan mereka diseru supaya sujud maka mereka tidak dapat melakukannya; (42) Sambil pandangan mereka tunduk malu, serta mereka diliputi kehinaan dan sesungguhnya mereka (di dunia) dahulu telahpun diseru supaya sujud (tetapi mereka enggan) sedang mereka dalam keadaan sihat. (43)


Pada hari itu, di hadapan pengadilan mereka (orang-orang yang tidak beriman) dibentak supaya sujud tetapi tidak dapat melaksanakan perintah itu kerana bukan masanya lagi untuk bersolat di akhirat.. di dunia mereka tidak pernah solat dan tidak mahu menerima ajaran Rasulullah.. lalu Allah berfirman kepada RasulNya

    Biarkanlah Aku sahaja (wahai Muhammad) dengan orang yang mendustakan keterangan Al-Quran ini, Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), dari arah yang mereka tidak mengetahuinya. (44) Dan Aku akan melanjutkan tempoh untuk mereka; sesungguhnya rancangan sulitKu (terhadap golongan yang kufur ingkar itu), amatlah kuat kukuh. (45)


Allah tarik mereka sedikit demi sedikit.. Allah hulurkan waktu bagi mereka dan membiarkan mereka terus hidup yang akhirnya pasti akan mati juga.. Pada masa itulah Allah menjalankan tipudayaNya (rencana) yang ditetapkan, yang tidak dapat dihalang kerana manusia tidak berdaya.. sedangkan Allah Maha Perkasa.. Mereka lalai terhadap Allah tetapi Allah tak pernah lalai..

Inilah suasana yang dibayangkan oleh Allah di dalam al-Quran tentang keadaan pada harai Akhirat nanti.. suasana ini sudah tentu membekas di hati ORANG2 YANG BERIMAN, YANG IKHLAS tetapi dianggap kosong dan sebagai angina lalu sahaja oleh orang2 yang tidak beriman.
Read More

MENGAPA BIARKAN HATI MATI????


Hati adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan ia nikmat paling agung diberikan Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang.


Niat ikhlas itu akan diberi pahala. Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya membabitkan seluruh anggota tubuh manusia. Akibatnya, akan lahir penyakit masyarakat berpunca daripada hati yang sudah rosak itu.


Justeru, hati menjadi amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat. Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa. Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Bayangkan bagaimana kalau 10 dosa? 100 dosa? 1,000 dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.


Perkara ini jelas digambarkan melalui hadis Rasulullah yang bermaksud: "Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Hadis riwayat Ibn Majah)


Hadis ini selari dengan firman Allah bermaksud: "Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan." (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14)


Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu ke dalam hati. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan untuk mengamalkannya.


Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: "Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan." (Surah al-Baqarah ayat 74)


Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan batu yang keras itu pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat takutkan Allah. Oleh itu, apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah.


Perkara paling membimbangkan ialah apabila hati mati akan berlaku kemusnahan amat besar terhadap manusia. Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan. Inilah akibatnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati. Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawabkan Allah pada hari akhirat kelak.


Kenapa hati mati? Hati mati disebabkan perkara berikut:

Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah. Allah berfirman bermaksud: "Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata." (Surah al-Zumar ayat 22)


Hati mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani dengan sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitu juga hati.
Hati mati apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.


Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir).


Firman Allah bermaksud: "Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia." (Surah al-Ra'd ayat 28)


Firman-Nya lagi bermaksud: "Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik." (Surah al-Syura ayat 88-89)


Tanda-tanda hati mati

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:

1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.
3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
4. Memanfaatkan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian- Nya.
5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.

Semoga dengan panduan yang di sampaikan di atas akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredhai Allah SWT.


Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;
Sebahagian daripada tanda hati mati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.


Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;
1. Hubbul dunia (kasihkan dunia)
2. Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)
3. Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah.


Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;
1. Zuhud dengan dunia
2. Zikrullah
3. Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah.
Read More

IKHLAS

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah sama-sama kita memuji dan memuja Allah SWT atas segala limpahan kurniaNya yang begitu banyak memberikan kita kenikmatan sehingga tidak mampu kita menghitungnya.

Selawat dan salam buat Junjungan Mulia, Rasul tercinta, Muhammad SAW serta keluarga, para sahabat dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.

Sesuatu perkara yang hendak kita lakukan perlu mempunyai niat dan niat itu perlu ikhlas, kerana apa sahaja yang kita lakukan dengan penuh keikhlasan, amalan yang sedikit akan memberikan manfaat yang besar sama ada ketika berada di dunia lebih-lebih lagi di akhirat. Berbuat sesuatu tanpa niat dan tanpa keikhlasan amalan itu tidak menghasilkan apa-apa manfaat sama ada di dunia lebih2 lagi di akhirat.


Allah berfirman:

    "Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar". (Al-Bayyinaat [98] : 5)


Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT tidak memandang rupa dan harta kamu tetapi Allah SWT memandang kepada hati dan amal perbuatan kamu".(H.R. Muslim)


Diriwayatkan dalam satu hadith lain; bahawa ada seorang bertanya kepada Nabi Muhammad SAW : "Apakah itu iman?" Baginda menjawab, "Ikhlas".(H.R. Al-Baihaqi)


Dalam satu hadith lain lagi diriwayatkan bahawa semasa Rasulullah SAW mengutus Mu'az ke Yaman sebagai gabenor, Mu'az meminta nasihat daripada Baginda, lalu baginda bersabda : "Berikhlaslah dalam setiap amalan agama kamu. Amalan yang sedikitpun memadai sekiranya disertai dengan ikhlas".(H.R. al-Hakim)


Terdapat hadith yang mafhumnya bahawa Allah SWT hanya menerima amalan yang dilakukan semata-semata keranaNya.


Satu hadith lain lagi Rasulullah SAW bersabda : "Allah berfirman, "Akulah zat yang tidak berhajat langsung kepada sebarang sekutu. Sesiapa yang membuat amalan dan menyekutukan Aku dengan sesuatu yang lain semasa membuat amalan Aku serahkan dia kepada apa yang disekutukannya".. dalam riwayat lain ada tambahan " .....dan Aku membebaskan diri daripadanya".


Hadith yang lain lagi diriwayatkan bahawa pada hari kiamat, seorang penyeru akan menyeru dengan suara yang kuat di Padang Mahsyar, "Sesiapa yang menyengutukan Allah SWT dalam sebarang amal, hendaklah dia menuntut pahala daripada apa-apa yang disekutukan itu kerana Allah SWT tidak memerlukan sebarang sekutu".(H.R. Tirmizi, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)


Hadith lain lagi (H.R. Imam Ahmad).. "Sesiapa yang bersolat kerana hendak memperlihatkan kepada orang.. dia menjadi seorang yang menyekutukan Allah SWT dan sesiapa yang berpuasa kerana hendak memperlihatkan kepada orang, dia juga menyekutukan Allah SWT.. dan sesiapa yang bersedekah kerana hendak menunjuk2 kepada orang, dia juga menyekutukan Allah SWT".


Memperlihatka amalan kepada orang lain menjadikan orang yang ingin ditunjukkan amalan itu sekutu Allah.. sedangkan Allah tidak memerlukan sekutu.. dalam hal ini amalan seseorang itu tidak lagi semata-mata kerana Allah.


Dalam sebuah hadith lain (H.R.Muslim) dinyatakan bahawa "Sesungguhnya orang yang mula2 diadili pada hari kiamat ialah seorang lelaki yang telah mati syahid, setelah dia didatangkan kepada Allah SWT, Allah SWT memperingatkan nikmatNya dan dia mengakui nikmat2 itu.. lalu Allah SWt bertanya, "Apakah yang telah kamu lakukan terhadap nikmt2 itu?". Orang itu berkata " Saya berperang di jalanMu sehingga saya telah gugur syahid".. Allah berfirman, "Kamu dusta, sebaliknya kamu berperang supaya kamu dikatakan pahlawan dan perkara itu telah kamu peroleh".. lalu Allah perintahkan dia diheret dengan muka terlangkup lalu dicampak ke dalam neraka. Orang kedua yang diadili ialah seorang lelaki yang telah belajar ilmu pengetahuan, mengajarkannya dan membaca al-Quran.. dia didatangkan ke hadapan Allah SWT dan Allah memperingatkan nikmat2 yang telah diberi kepadanya dan dia mengakui nikmat2 yang Allah berikan kepadanya.. Allah berfirman :Apakah yang telah engkau lakukan terhadap nikmat2 itu?". Lelaki itu berkata, "Saya belajar ilmu dan telah mengajarkannya dan saya membaca al-quran keranaMu".. Allah berfirman, "Kamu berdusta, sebaliknya kamu belajar supaya kamu dikatakan 'alim dan kamu membaca al-Quran kerana ingin dikatakan Qari lalu kamu memperolehinya".. lalu Allah perintahkan dia diheret dengan muka terlangkup lalu dicampak ke dalam neraka. Orang ketiga ialah seorang lelaki yang Allah telah permudahkan rezeki dan mengurniakannya pelbagai harta.. setelah didatangkan ke hadapan Allah SWt dan Allah memperingatkan nikmat2 yang telah diberi kepadanya dan dia mengakui nikmat2 yang Allah berikan itu.. Allah berfirman : Apakah yang telah engkau lakukan terhadap nikmat2 itu?". Lelaki itu berkata, "Saya telah membelanjakan pada jalan2 yang Engkau suka, untuk mendapatkan kerdhaanMU". Allah berfirman, :Kamu dusta, kamu membelanjakannya supaya kamu dikatakan seorang dermawan dan sesungguhnya kamu telah peroleh".. lalu Allah perintahkan dia diheret dengan muka terlangkup lalu dicampak ke dalam neraka".


Marilah kita sama2 menghayati ayat al-Quran dan hadith2 di atas dan berusaha menjaga niat dan amalan kita.. hendaklah kita berniat untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT.. Jangan dibiarkan ada ruang sedikitpun untuk masuk ke hati kita melakukan amalan untuk menunjuk2 dan mendapat balasan daripada manusia lain.. Sekiranya keinginan itu terlintas di hati kita cepat2lah beristighfar dan membaca La hawla wala quwwata illa billah..


Semoga Allah SWT dengan sifat kemurahanNya dan keberkatan NabiNya memberikan kita sfiat ikhlas.. Amiin.
Read More

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML