Tuesday, September 23, 2014

HUBUNGAN CINTA ANTARA ALLAH DAN HAMBANYA

Bismilallahirrahmanirrahim... 

Assalamualaikum wbt...



          
Topik pada kali ini saya ingin menyentuh tentang “Cinta”. Hampir setiap hari saya mendengar tentang cinta. Ya, betul cinta itu fitrah manusia, tiada siapa dapat menghalangnya. Tetapi  apakah kita rasa kita sudah cukup menguasai rasa Cinta yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita. SubhanaAllah, rasa cinta Allah  SWT dan Nabi Muhammad SAW terhadap kita, tak dapat kita ucapkan dan tak dapat kita gambarkan. Cintanya Allah terhadap hambaNya tidak terkata, Nabi Muhammad mencintai kita seperti seorang bapa kepada kita. Tapi adakah kita mencintai Allah dan Nabi sepertimana Allah dan Nabi mencintai kita? Belum tentukan, tetapi kecintaan seseorang hamba itu hanya Allah yang tahu. Jadi di sini saya ingin mengajak sahabat-sahabat saya menghayati  “hubungan cinta antara Allah dan hambanya”.
             
           
Allah mencintai para kekasihNya dan bagi hamba pula wajib mencintai  Allah kerana kesempurnaan keagungan dan keindahan asma’-asma’ Allah dan sifat-sifatNya serta perbuatan-perbuatanNya.

Cinta adalah asas kehidupan dan makanan asas bagi jiwa :

  • Dengan  cinta , maka seekor unta akan berlaku lemah-lembut terhadap orang-orang di sekelilingnya.
  • Dengan cinta, maka seorang anak kecil boleh menyusu kepada ibunya.
  • Dengan cinta, maka seekor keldai boleh membuat kandangnya
  • Dengan cinta, maka wajah-wajah yang muram akan berseri kembali, mulut yang mencemet akan tersenyum, mata yang garang akan menjadi lembut, kesusahan akan menjadi kegembiraan.
  • Dengan cinta, maka masyarakat mudah untuk  dipersatukan dan didamaikan. Cinta adalah hakim bagi kehidupan dunia.
  • Dengan cinta, maka tengkorak-tengkorak para mujahid akan berjatuhan di atas bumi.
  • Dengan cinta, maka mereka redha untuk mengakhiri hidupnya di hujung pedang orang-orang kafir.
  • Dengan cinta, maka seseorang redha untuk bangun pada sepertiga malam yang terakhir demi beribadah kepada Tuhannya.
  • Dengan cinta, maka para dermawan redha untuk menyedekahkan harta mereka demi perjuangan di jalan Allah.
  • Dengan cinta, maka ketika Haram bin Malhan terbunuh di medan perang, dia berteriak: “Demi Tuhannya Ka’bah saya telah beruntung.”
  • Dengan cinta, Umair bin Hamam berdo’a ingin segera masuk ke dalam syurga, dengan berkata: “Sesungguhnya hidup ini terasa panjang apabila saya masih hidup sampai aku memakan kurma-kurma ini.”
  • Dengan cinta, pula Abdullah bin Umar Al-Anshari berteriak: “Ya Allah, ambillah darahku ini pada hari ini sehingga Engkau redha kepadaku.”


              
Ketika Allah mencintai  Nabi Ibrahim ‘Alaihissalam, api menjadi dingin dan menyelamatkannya.

Ketika Allah mencintai Nabi Musa ‘Alaihissalam, maka air laut terbelah.

Ketika Allah mencintai Rasul terakhirnya, maka Allah menjadikan sebatang pokok kurma mengangis kerana rindu kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, dan Allah menjadikan bulan terbelah di tangan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.

Sesungguhnya orang yang mencintai Allah, maka dia akan menganggap bahawa seksa Allah terasa tawar dan mati syahid di jalan Allah adalah matlamatnya.
Seorang penyair berkata: 

Saya mencintaimu, dan janganlah engkau bertanya kenapa?

Kerana aku mencintaimu secara murni fikiran dan hatiku.

         
Ketika cinta telah berakhir, maka segala-galanya akan nampak buruk sehingga segala prasangka buruk dan keragu-raguan serta muka yang masam akan kelihatan pada muka setiap orang.

        
Ketika cinta telah berakhir, maka seorang murid tidak akan mampu memahami perkataan gurunya yang menggunakan bahasa Arab yang fasih, dan seorang wanita tidak akan taat kepada suaminya walaupun suaminya hanya meminta secawan air. Apabila cinta telah berakhir, maka seorang ayah tidak akan menyayangi anaknya. Apabila cinta telah berakhir,maka lebah akan meninggalkan bunga, burung akan meninggalkan taman-taman dan burung merpati akan meninggalkan padang.

          
Ketika cinta telah berakhir, maka perang akan berkobar, benteng-benteng pertahanan akan dirempuh, nyawa dan harta akan melayang. Pada hari berakhirnya cinta,dunia akan menjadi tempat yang tandus, dalil-dalil kebenaran akan menjadi dongeng belaka dan kata-kata pepatah akan kehilangan maknanya. Tiada kehidupan kecuali dengan adanya cinta, dan tiada keabadian kecuali dengan adanya cinta. Apabila engkau jatuh cinta, maka engkau:

Ø  Akan dapat mencium wanginya bunga.
Ø  Merasa halusnya sutera.
Ø  Merasakan manisnya madu.
Ø  Mendapatkan ni’mat kesihatan.
Ø  Mendapatkan kemuliaan ilmu yang bermanfaat.
Ø  Akan mengetahui rahsia-rahsia banyak perkara.

Namun apabila engkau telah benci, maka:

Ø  Segala perkataan yang diucapkan oleh orang kepadamu akan terasa bagaikan pisau yang menyayat hati.
Ø  Segala tindakan orang akan kamu curigai.
Ø  Segala kebaikan orang lain akan kamu anggap sebagai keburukan.

         
Bacalah contoh-contoh yang nyata dari rasa cinta para sahabat pada Tuhan mereka Yang Maha Suci dan Maha Tinggi dan kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam sehingga mereka menjadikan mati syahid fisabilillah adalah merupakan harapan mereka yang paling tinggi dan cita-cita mereka yang selalu mereka dambakan.

        
Lihatlah cerita mengenai seorang sahabat yang kerap membaca surah Al-Ikhlas pada setiap raka’at kerana rasa cintanya kepada surah tersebut yang di dalamnya mengenai penjelasan tentang sifat Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Kerana rasa cinta tersebut, maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Khabarkanlah kepadanya (sahabat yang sering membaca surah  Al-Ikhlas tadi) bahawa Allah mencintainya)”. Hadis shahih, telah dijelaskan.

Allah Ta’ala mencintai para sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam sebagaimana dalam firmanNya:


“Jika kalian benar mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”  (Ali-‘Imran: 31)

        
Sesiapa yang mencintai Allah dan RasulNya serta mencintai para sahabat Rasulullah Saw, maka dia hendaklah selalu melaksanakan dan mengikuti apa-apa yang dikerjakan oleh mereka. Marilah kita renungi firman Allah SWT ini:


“...Allah mencintai mereka dan mereka juga mencintai Allah...” (Al-Ma’idah: 54)

        
Tidaklah menghairankan dalam perkataan “mereka mencintai Allah” kerana Allah telah berbuat baik kepada mereka. Dan orang yang berbuat baik kepada diri kita, maka akan membuat kita mencintainya.  Akan tetapi apa yang menghairankan adalah perkataan “Allah mencintai kamu.” Bukankah Allah yang menciptakan dan memberikan rezeki serta memberikan petunjuk dan memudahkan mereka untuk mengerjakan amal shalih? Tetapi kenapa setelah mereka taat, maka Allah harus mencintai mereka?! Betapa besarnya anugerah Allah kepada hambaNya dan betapa baiknya Allah kepada mereka. Ya Allah, jadikanlah kami termasuk di antara orang-orang yang Engkau cintai dan mereka mencintaiMu.

Di antara cara-cara yang dapat membuat seseorang mencintai Allah, iaitu:

ü  Sentiasa berzikir kepadaNya dalam setiap masa dan setiap tempat.
ü  Sentiasa membaca Al-Qur’an dan merenungi isinya.
ü  Sering berkumpul dengan orang-orang shalih.
ü  Memperbanyakkan do’a.
ü  Memperbanyakkan tawakkal.
ü  Mencintai Rasulullah Saw.
ü  Mempelajari sunnah Rasulullah Saw.
ü  Mengamalkan sunnah Rasulullah Saw.
ü  Berdakwah
ü  Melakukan amar ma’ruf nahi munkar.
ü  Berjihad fisabilillah.
ü  Redha terhadap taqdirNya dan hukumNya.
ü  Mendahulukan rasa cinta kepada Allah melebihi rasa cintanya kepada diri sendiri, keluarga, kekasih, anak, harta dan tempat tinggal.

Cara-cara lain menumbuhkan rasa cintanya kepada Allah, iaitu:

v  Rajin melakukan solat.
v  Rajin bersedekah.
v  Rajin berpuasa.
v  Mensyukuri ni’matNya.
v  Bersabar atas segala musibah yang menimpa.
v  Berprasangka baik kepada Allah.
v  Melaksanakan haji.
v  Mencintai para kekasih Allah dan membenci para musuh Allah.
v  Rindu kepada syurgaNya.
v  Rindu untuk berjumpa Allah.
v  Takut kepada nerakaNya.
v  Menghindari dari azabNya.

Allah SWT berfirman:

“Maka segeralah kembali kepada(mentaati) Allah. Sesungguhnya aku seorang pemberi peringatan yang nyata dari Allah untukmu.” (Adz-Dzariyat: 50)

SubhanaAllah lihatlah betapa cintanya Allah  terhadap hamba-hamba yang mencintaiNya, Allahu Akbar, tak mahukah kita merebut peluang ini. Sama-samalah kita melangkah mendekati Allah, in sha Allah ganjaran dariNya tidak terkira.^_^

Alhamdulillah, ini saja yang dapat saya sampaikan. Sama-samalah kita mencari dan menambahkan ilmu yang masih lagi kurang dalam diri kita. Segala kesilapan dan kekurangan adalah kelemahan saya, oleh itu jika terdapat sebarang kesilapan harap mohon maaf. Teguran membina amatlah dialu-alukan untuk membetulkan kesilapan pada topik akan datang, In sha Allah.

p/s: Jaga diri, jaga iman, jaga hati, dan jaga akhlak, semoga Allah SWT sentiasa bersama. Senyum Sokmo.^__^.


ILMU penyuluh hidup, AMAL bekalan perjalanan & AKHLAK hiasan jiwa & peribadi menuju destinasi AKHIRAT yang sudah pasti.
Read More

PERKONGSIAN : KEHIDUPAN, CINTA DAN PERSAHABATAN

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Meskipun saya tahu, ada antara kita yang tak pernah kenal, tak pernah bertemu, tak pernah bertegur sapa dan tak pernah mendengar bisik suara pun. Namun, itu bukanlah satu alasan untuk kita tidak berukhuwah. Betul tak? ^_^

Insya-Allah, saya nak berkongsi tentang satu peringatan. Peringatan ini sebenarnya untuk diri saya sendiri. Dan, saya suka berkongsi. Saya nak berkongsi tentang tiga topik utama. Kehidupan, Cinta dan Persahabatan. Tapi, sebelum nak kongsi panjang lebar, saya nak kongsi satu sketsa ni. Tiba-tiba teringat! :)

Dua orang sahabat lelaki sedang duduk di halaman surau. Mereka meluangkan masa sebentar selepas selesai menunaikan solat.

A : (Sedang termenung…)

B : Uitt.. Jauh kau termenung.. Rindu makwe ke? Huhu..

A : Err? Aku? Makwe? Haha. Lawak-lawak. ;p

B : Habis tu? Tetiba termenung ni kenapa?

A : Entahlah. Kadang-kadang, aku tetiba rasa rindu dengan isteri aku. Hehe.

B : Isteri? Kau ni! Belum apa-apa lagi pun, tetiba dah rindu isteri. podaaa! Jumpa pun tak pernah. Adoyai. Haha. Pelik!

A : Ermm.. Aku nak tanya ‘something’ boleh tak?

B : Boleh je. Apa?

A : Kau pernah tak rasa rindu dengan Nabi kita, Nabi Muhamaad s.a.w.?

B : Mestilah pernah. Sebab tu, kita digalakkan berselawat. Kenapa?

A : Ermm.. Kau pun pelik gak ek!

B : Kenapa? Apa yang peliknya?

A : Yelah, kau pernah tak jumpa Nabi? Pernah tak dengar suara baginda?

B : Eh.. Mestilah tak pernah..

A : Habis tu, macam mana boleh rindu pulak? Pelik ke?

B : Err.. Okehh.. Aku dah paham.. Hehe..

A : Kau tahu, Nabi kita pun sangat-sangat rindu dengan kita. Baginda amat rindu akan umat yang tidak pernah melihat dan mendengar suara baginda, tetapi amat mentaati baginda s.a.w. So, tak ada istilah pelik bila kita rasa rindu pada seseorang yang belum pernah kita jumpa. Kira okey la aku rindu dengan isteri aku. Daripada member-member yang dah ber’couple’ tu, rindu dengan pakwe-makwe je. Lagi hampeh! Hehe.

B : Haha. Betul gak kan. Takdela, aku cuma pelik je tetiba kau boleh rindu dengan isteri kau. Tak pernah terfikir pun aku. Hehe.

A : Yang paling penting, kita kena selalu rindu pada Allah dan kekasih-Nya, Nabi Muhammad s.a.w. :D



KEHIDUPAN

Dalam hidup ini, kita sering diduga. Betul tak? Sama ada dugaan itu dalam bentuk ujian atau kesenangan. Ya! Kesenangan juga boleh menjadi ujian buat kita. Contoh kesenangan : kaya, cantik, hensem, kuat dan berkuasa serta selalu berjaya. Kesenangan juga boleh menjadi dugaan untuk diri. Mengapa?

Sebagai contoh, Abu berjaya mendapat 4flat dalam exam . Dia semakin bangga. Dia semakin meninggi diri. Dia memandang rendah pada sahabatnya yang lain. Malah, dia berkata begini,

“Aku tak pergi usrah pun macam kau. Aku ada je makwe. Aku solat pun jarang-jarang. Tapi, aku dapat 4FLAT. Kau ada? Haha. Kau kan budak masjid. Selalu pergi usrah, bajet bagus konon. Tapi, keputusan kau 2.0 je.”

Jangan kita lupa bahawa kesenangan juga boleh menjadi ‘Istidraj’ untuk kita. Istidraj bermakna sesuatu yang memberi kesenangan dengan tujuan untuk menyesatkan. Allah memberi kekayaan dan kesenagan pada kita. Adakah kita bersyukur? Adakah makin dekat dengan Allah? Jika kita makin kaya, makin berjaya dan kita makin jauh dan lupakan-Nya, maka, itulah Istidraj. Hati-hati ya! ^^

Ujian berbentuk kesusahan seperti kesakitan, kehilangan insan tersayang, kemiskinan, kegagalan dan banyak lagi pula dating menerpa diri dengan seribu hikmah. Hikmah dari Allah. Sebab itu, bila kita ditimpa musibah, kesusahan, maka, jangan cepat gelisah dan terus resah. Asyik bersedih saja. Jangan! Itu semua ujian dari-Nya. Allah mahu uji kita. Setakat mana iman dan setakat mana kepercayaan dan kebergantungan kita pada-Nya? Adakah ketika senang saja kita bersyukur pada-Nya?



Sedarlah bahawa ujian dan dugaan itu adalah tarbiah. Bahagia dan kesenangan itu pula adalah anugerah. Maka, kita seharusnya sentiasa bersyukur. Dalam apa jua situasi, Allah tetap ada bersama kita.

Kita hidup bukan seorang diri di dunia ini. Kita hidup bermasyarakat dan berjiran serta bersaudara. Maka, kita seharusnya sedar akan tanggungjawab sebenar kita. Bila kita nak buat baik, bila kita nak jadi baik, bukan hanya seorang diri. Jangan macam tu! Tapi, kita ajak orang. Ajak diri, ajak keluarga, ajak kawan-kawan dan ajak masyarakat. Sebab, fitrah kita semua sama. Inginkan kebaikan dan mahu menapak ke Syurga. Bila ditanya, tiada siapa yang nak masuk Neraka. Tapi, apakah kita sedar, langkah kita sebenarnya selama ini lebih menuju ke mana? Ke Syurga atau ke Neraka? Tepuk dada, tanyalah iman kita yang masih bersisa..

Kita ini sebenarnya khalifah dan pemimpin. Bukan untuk diri sendiri saja. Tapi, melibatkan semua.


Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”. Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”.” (Surah Al-Baqarah : 30)

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.” (Surah Adzzariyat : 56)



Dakwah itu mendekati, bukan meninggalkan dia seorang diri..
Dakwah itu mendekati, bukan untuk jadi batu api..
Dakwah itu mendekati, bukan hanya mencegah dengan hati..
Dakwah itu mendekati, bukan hanya pada yang sudi..

Dakwah itu ada banyak..
Percakapan kita, pemakaian kita, penulisan kita, pergaulan kita dan banyak lagi.
Bukan hanya duduk 24 jam di masjid, berzikir 24 jam.
Kalau boleh buat, silakan.. :)
Tapi, kita ini manusia, bukan malaikat..
Manusia itu terbatas kemampuannya..

Jadi, buatlah apa yang kita terdaya.. ^^
“Sedap kan nasi lemak ni. Alhamdulillah, Allah bagi kita rasa.”
“Cantik kan baju kurung ni. Alhamdulillah, tak ketat dan tak jarang. Allah pasti suka!”
“Weh! Malam ni jom kita tengok tv Al-Hijrah. Slot 30 minit bersama ustaz Don. Best!”
“Jom solat dulu..”

Dakwah itu mudah, pelbagai tingkah, semata-mata ingin membawa manusia bersama Allah.. Kita memang serba lemah, serba berdosa, namun, kita ini manusia, punya fitrah untuk melaksanakan kebaikan bersama-sama dan punya keinginan untuk menapak ke Syurga.. ♥ ♥ ♥



CINTA

Rasa suka, sayang dan cinta. Semua yang bernama manusia mengalaminya termasuklah saya sendiri (sebab saya pun manusia). ^_^

Katakan ‘TIDAK’! ^_^

Semua perasaan tu fitrah. Tinggal bagaimana kita uruskan fitrah itu agar tidak menjadi fitnah. Ramai kata, cinta tu sama erti dengan couple. No! Saya 1000% tak setuju. Sebab apa? Erm. Saya dah kongsi dekat entri lepas-lepas. Boleh baca dekat sini, Cinta Bermatlamatkan Syurga.

Bila cakap soal cinta, pasti lelaki dan perempuan menjadi tumpuan utama minda. Para remaja sampai terbeliak mata. Iya ke? ;p

Bagi saya, perasaan itu sememangnya fitrah. Hatta ber‘cinta’. Tapi, ber‘cinta’ yang bermaksud punya rasa pada seseorang.  Menyimpan rasa. Itu sememangnya fitrah. Itu tiada ikhtilaf. Perasaan adalah sesuatu di luar kawalan. Fitrah.

Tapi, bagi yang menganggap ber‘cinta’itu adalah dengan ber‘couple’, maka, itu sudah salah! Namun, inilah yang selalu dinggap dan difahami oleh ramai antara kita.  Ber‘cinta’ adalah berpacaran atau ber‘couple’.

Saya amat bersetuju dengan takrif cinta seorang penulis, Hilal Asyraf. Makna cinta bagi beliau adalah ingin bersama dengan orang yang kita sayang ke Syurga. Apa-apa yang membawa ke Neraka, itu bukan cinta! Betul!

Saya cinta pada keluarga saya. Sebab tu, saya ubah diri saya dulu. Agar saya boleh ubah dan baiki diri dan keluarga saya. Usaha sedikit demi sedikit. Kita kena ingat, iman bukan warisan. Jadi, tak hairanlah kalau dalam sebuah keluarga yang kita anggap beragama, ada seorang atau dua yang lari dari pemahaman agama. Ya! Iman bukan warisan! Disebabkan rasa cinta, saya nak bersama dengan keluarga saya di Syurga. Maka, saya usaha untuk bawa mereka ke destinasi impian itu. Dengan cara yang pelbagai. Sebabnya, cinta! Nak masuk Syurga sama-sama.

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (Surah At-Tahrim : 6)

Dan, saya juga amat-amat bersetuju dengan prinsip seorang penulis lagi, Fatimah Syarha. Iaitu, “Jauhi diriku, Dekati waliku.” Ya! Betul sangat! Tapi, berapa ramai hari ini yang mengenepikan wali tapi sibuk mendekati si anak dara. Sungguh tak molek kan. Kalau betul-betul cinta, sayang, betul-betul nak, mestilah serius. Jumpa wali. Minta dengan wali. Bukan minta dengan cara Barat (bercouple).

Kalau anda dah bersedia, maka, jumpalah dengan wali si dia. Be gentle!

Atau, kalau anda dah bersedia, beritahulah niat suci pada si dia (terus terang atau orang ketiga) kemudian, jumpa walinya. (Tapi, ni tak berapa gentle sangat lahh. Patut kena beritahu wali dulu. Itu the best! ;p)

Bila empunya diri dan kedua pihak keluarga  sudah okey, sudah restu dan setuju, maka, buatlah langkah seterusnya. Segerakan nikah. Jangan hanya nak suka-suka saja. No! Itu tak serius namanya. Sepanjang perjalanan nak menuju ke gerbang halal itu pula, ada syarat dan batasnya. Bukan boleh main terjah semua benda. ;p

Bila nak berhubung, pastikan atas dasar keperluan sahaja. Itu sepatutnya. Bukan sms yang melekakan, yang melarat panjang sampai syaitan masuk line. Kalau nak berjumpa, ajak famili. Bila sms tentang keperluan, bila si dia sudah membalas, maka, padamlah sms-sms itu supaya kita tidak asyik mengulang melihat dan membaca sms itu hingga terheret ke dalam zina hati.

Mesti ada yang kata, “Susahla…”

So, kalau nak senang, nikah! Segalanya halal! ^_^

Bercouple dan berpacaran itu sudah tertera hukumnya haram.

1)

2)

Bercinta pula ada dua. Bercinta dengan jalan yang haram itu haram. Bercinta dengan jalan yang halal itu halal. :D

Bila budaya berpacaran dan bercouple sudah menjadi ikutan, berapa ramai antara kita yang sanggup bermujahadah? Ramai antara kita tahu akan amaran Allah agar tidak berzina tetapi mendekati zina juga ditegah-Nya.

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” (Surah Al-Isra’ : 32)

Namun, berapa ramai hari ini, antara kita, yang semakin menghampiri jalan murka itu? Orang bercouple, ada pakwe, ada makwe, kita pun sibuk juga nak ada. Lepas tu, sibuk sms yang sia-sia. Sibuk call untuk berborak hingga melekakan diri. Sibuk memendam rindu. Bila dah tak tahan menanggung rindu, sibuk pula nak bertemu. Bila dah bertemu, macam-macam boleh berlaku. Erm.

Apa pun, saya tetap memilih untuk bercinta dan bercouple selepas nikah. Itulah yang paling Allah suka. Sebab bila sudah bernikah, maka, segalanya sudah menjadi halal. Tak perlu nak pandang sekeliling tengok line clear ke tak clear nak berdating. ;p

Segala pintu yang akan membawa dan mengheret kita ke arah ‘mendekati zina’, mestilah kita tutup. Jangan buka dan bagi peluang. Walau sekadar sms kosong.  Ada orang kata, “Saya tak couple. Saya cuma hantar sms berbentuk tazkirah dekat dia sebab nak ingatkan dia. Saya call dia setiap pagi sebab nak kejutkan dia solat Subuh. Saya study group dengan dia sebab saya nak berjaya sama-sama.” Oh syaitan! Betapa bijaknya engkau!

Ikutlah cara Islam. Jangan kita terlalu taksub dengan cara Barat. Semuanya asyik ikut Barat. Daripada fesyen, cara berpakaian hinggalah cara bercinta. Semua kita nak ikut Barat. Asyik tonton filem-filem Barat saja. Filem-filem Melayu pun sudah banyak yang mengikut cara Barat. :(

Selagi saya belum bersedia, saya takkan berjanji setia dan bermain cintan-cintun dengan sesiapa yang bergelar lelaki yang bukan mahram. Saya sedang dalam proses bersedia. Sentiasa dalam tarbiah untuk bersedia. Sedikit demi sedikit. Insya-Allah. ^^,

Cinta Oh Cinta

Budak-budak sekolah rendah sekarang, dah pandai tulis surat dan sms cinta..
Budak-budak sekolah menengah lagilah kan..
Lebih dari menulis dan menaip..

Para remaja pula semakin pandai memberontak soal perasaan..
Ramai anak yang dah mula derhaka dengan ibu bapa kerana rasa yang mereka gelar, cinta..
Kata mereka, “Aku dah dilamun cinta. Segalanya aku sanggup! Demi kekasihku!”
Lebih parah lagi, ram…ai yang semakin menderhaka pada-Nya..

Teringat pesan kak Siti Fatimah (18 A) dalam buku Watak Remaja Zaman Ini..
“Kalau dah mula pergaulan tersebut, susah nak halang. Sebab, itu berkenaan dengan perasaan. Perasaan ni, kita susah nak halang. Kalau mak ayah cakap apa-apa pun, bila lelaki dan perempuan dah ada hubungan yang rapat, diorang dah tak nak dengar cakap siapa-siapa lagi dah – mak ayah ke, guru-guru ke. Sebab diorang dah ada dalam dunia masing-masing.”

p/s : Saya suka watak dan prinsip kak Siti Fatimah (18 A) dan kak Nik Nur Madihah (20 A). Dan, saya suka ambil watak dan prinsip akhlak ini dalam diri saya, untuk kebaikan diri saya. Anda pon boleh. Jom! ^_^

♥ Kejarlah cintaNya dahulu, kemudian, cita-cita.. Pasti cinta akan mengejarmu.. ♥
♥ Jangan sia-siakan usia muda remaja dengan longgokan dosa dan noda.. ♥



PERSAHABATAN

Tahukah kita bahawa sahabat yang sejati itu adalah dia yang sering mengingatkan kita akan pertemuan dengan-Nya. Sahabat sejati itu adalah apabila kamu memandangnya, kamu teringat akan Allah. Moga-moga, itu adalah kita. Bila saya lihat anda, saya teringat Allah. Dan, semoga bila anda lihat saya, anda juga teringat Allah. Kan sweet begitu? ^^

Yang paling ‘osem’, sahabat adalah dia yang ingin bersama sahabatnya ke Syurga. Sahabat sejati datang bersama kebaikan. Ingin sama-sama menuju ke Syurga Ilahi. Sahabat sejati takkan biar kita sendirian. Ingin sama-sama mengejar cinta dan reda Ilahi. :D

Sebab itu, bila saya salah, silalah tegur. Bila anda salah, saya insyaAllah pasti tegur. Kita saling ingat mengingatkan, saling nasihat ke arah kebaikan dan saling membantu dalam perkara makruf serta sama-sama nahi mungkar (cegah kemungkaran).

Sahabat ke Neraka, mudah dicari..

Sahabat ke Syurga, sukar ditemui..

Cuba kita lihat dan tanya dalam diri : “Adakah aku ini seorang sahabat yang akan membawa dan mengajak sahabatnya ke Syurga? Atau aku ini sahabat yang akan mengheret sahabat lainnya ke Neraka?”

Ukhuwah sebuah persahabatan itu sungguh indah! Subhanallah! :)

Cinta itu adalah sesuatu yang indah! Subhanallah! :)

Sesuatu yang indah, sudah pasti asasnya adalah kerana Allah. Keimanan dan ketakwaan.

Semoga kita semua bercinta dan berkasih sayang kerana Allah.

Jika kerana Allah, apa buktinya?

Buktikan pada Allah.

Bukan dengan melalaikan dan mengajak manusia ke Neraka.

Jangan kita terlalu sibuk dengan cinta dunia, sedangkan ilmu agama di dada masih kontang, kitab Al-Quran tak habis khatam, tafsirnya masih belum habis belajar. Apatah lagi kitab-kitab hadis. Sibukkan diri kita dengan cinta akan ilmu dan perjuangan dahulu.

Kita sentiasa dibentangkan dengan dua pilihan. Pertama, jalan kebenaran dan kesyukuran. Kedua, jalan kesesatan dan kekufuran. Kita yang pilih. Dan, kita yang akan bertanggungjawab di atas pemilihan kita. Kita yang akan menanggung pilihan kita. Sebab itu, bila kita sudah memilih jalan tersebut, tetapi, kita pilih jalan kesesatan dan kekufuran, maka, jangan salahkan takdir. Jangan salahkan Allah. Tapi, salahkan diri sendiri sebab kita yang pilih. :)

Saya memilih jalan yang Nabi Muhammad s.a.w. pilih. Iaitu jalan kebenaran dan kesyukuran. Anda? Saya harap, jalan kita sama. Insya-Allah. :D

Cara Elak Maksiat

Akhir sekali, pesanan untuk saya dan anda semua :

Jaga diri baik-baik.. :)
Jaga iman baik-baik.. :)
Jaga Islam baik-baik.. :”)
Jagalah Allah, nescaya Allah akan menjagamu.. :”)

~Teruskan berjuang dan mengejar cinta-Nya. Keep struggle and strive for Mardhotillah.~
Read More

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML