Saturday, March 8, 2014

KISAH-KISAH TELADAN DI ZAMAN PARA NABI DAN PARA SAHABAT

Jenazah Bertukar Menjadi Babi Hutan.

Seorang anak mendatangi Rasulullah sambil menangis. Peristiwa itu sangat mengharukan Rasulullah S.A.W yang sedang duduk bersama-sama sahabat yang lain.

"Mengapa engkau menangis wahai anakku?" tanya Rasulullah. "Ayahku telah meninggal tetapi tiada seorang pun yang datang melawat. Aku tidak mempunyai kain kapan, siapa yang akan memakamkan ayahku dan siapa pula yang akan memandikannya?" Tanya anak itu.

Segeralah Rasulullah memerintahkan Abu Bakar dan Umar untuk menjenguk jenazah itu. Betapa terperanjatnya Abu Bakar dan Umar, mayat itu berubah menjadi seekor babi hutan. Kedua sahabat itu lalu segera kembali melapur kepada Rasulullah S.A.W.

Maka datanglah sendiri Rasulullah S.A.W ke rumah anak itu. Didoakan kepada Allah sehingga babi hutan itu kembali berubah menjadi jenazah manusia. Kemudian Nabi menyembahyangkannya dan meminta sahabat untuk memakamkannya. Betapa hairannya para sahabat, ketika jenazah itu akan dimakamkan berubah kembali menjadi babi hutan.

Melihat kejadian itu, Rasulullah menanyakan anak itu apa yang dikerjakan oleh ayahnya selama hidupnya.

"Ayahku tidak pernah mengerjakan solat selama hidupnya," jawab anak itu. Kemudian Rasulullah bersabda kepada para sahabatnya, "Para sahabat, lihatlah sendiri. Begitulah akibatnya bila orang meninggalkan solat selama hidupnya. Ia akan menjadi babi hutan di hari kiamat."

Hebatnya Cinta Uwais Kepada Nabi s.a.w

Ada seorang penjaga unta bernama Uwais al-Qarni. Dia hidup sezaman dengan Rasulullah s.a.w., tetapi Uwwais al-Qarni tidak berkesempatan bertemu muka dengan Rasulullah s.a.w . Namun begitu, kecintaan dan rasa kasih sayang Uwais kepada Rasulullah sangat tinggi.

Semasa perang Uhud, sebatang gigi Rasulullah s.a.w. telah patah. Uwais menerima kabar itu. Lalu demi cintakan Rasulullah s.a.w. Uwais mencabut sebatang giginya untuk merasa sendiri betapa sakitnya Rasulullah mengalami patah gigi.

Uwais al-Qarni sangat ingin bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Tetapi dia terpaksa menjaga ibunya yang sudah tua. Uwais sangat memuliakan ibunya. Semasa dia ke Madinah suatu hari, Rasulullah tidak ada di rumah. Uwais hanya berpesan kepada Ummul Mukminin bahawa dia akan datang lagi untuk bertemu Rasulullah s.a.w. 

Rasulullah s.a.w pernah menceritakan kepada para sahabat bahawa Uwais al-Qarni adalah seorang hamba Allah yang tidak terkenal oleh penduduk di bumi tetapi sangat terkenal oleh penduduk di langit (para malaikat). Do'anya sangat mustajab. Sahabat-sahabat sangat berhajat untuk berjumpa dengannya untuk memohon do'anya yang sangat mustajab.

Apabila Rasul pulang, pertanyaan yang mula-mula diajukan kepada isteri baginda adalah sesiapa yang datang hendak menemuinya. Lalu diberitahu tentang kedatangan Uwais.
"Apakah engkau melihatnya?" Rasul bertanya.
"Saya hanya melihat belakangnya saja."
"Engkau akan masuk Syurga kerana memandangnya begitu." Kata Rasulullah s.a.w lagi.

Rasulullah hadiahkan baju :
Semasa terbaring sakit menjelang saat kewafatan, Rasulullah s.a.w. mewasiatkan baju yang sedang dipakainya diberikan kepada Uwais. Amanah itu dipikul oleh Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali.

Setelah menempuh perjalanan yang jauh, akhirnya mereka sampai ke wilayah Qarni (Yaman), tempat tinggal Uwais. Bertanya orang-orang kampung di situ tentang Uwais, mereka berasa terkejut kerana dua orang sahabat besar Nabi s.a.w itu ingin bertemu seorang penggembala unta yang langsung tidak terkenal di situ.

Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali memperkenalkan diri masing-masing. Selepas seketika berbual-bual dengan Uwais, Sayyidina Umar berasa sangat tertarik dengan pemuda yang sangat sederhana lagi warak itu. Diminta agar Uwais sudi mendo'akan untuknya.

"Setiap kali selepas sembahyang aku tetap mendo'akan keampunan dan kesejahteraan untuk semua kaum Muslimin. Sekiranya engkau takwa kepada Allah dan mentaati segala ajaran Rasul-Nya, maka engkau akan terima berkat do'aku di akhirat kelak."

Selepas itu pulanglah dua orang sahabat Rasulullah s.a.w itu dengan rasa puas. Mereka bertemu dengan orang yang disebutkan oleh Rasulullah. Uwais tidak terkenal langsung di kalangan orang-orang di tempatnya. Tetapi keimanan dan takwanya yang luar biasa menjadikan dia seorang yang sangat istimewa.

Kisah Biawak (Dhab) Yang Beriman

Diriwayatkan oleh Ibn Kathir dalam al-Bidayah wan-Nihayah bahawa dalam sebuah kisah yang disampaikan oleh Sayyidina Umar al-Khattab r.a. :

Rasulullah s.a.w. sedang berjalan bersama dengan sekumpulan para sahabat, tiba-tiba datang seorang Arab Badwi dari Bani Sulaim ke hadapan Rasulullah s.a.w. Beliau membawa bersamanya seekor biawak padang pasir (dhab) yang ditangkapnya, dan bercadang untuk membakar haiwan itu untuk dimakan.

Melihat ramai yang berjalan itu, beliau tertarik untuk mendekati dan bertanya siapakah gerangan yang sedang mereka iringi. Apabila diberitahu bahawa mereka sedang mengiringi Nabi, maka dia terus mendekati Nabi lantas berkata, “Demi tuhan Lata dan Uzza, tiadalah sesuatu yang terdapat di alam ini yang lebih kubenci daripadamu wahai Muhammad! Kalaulah tidak kerana kaumku memanggilku dengan panggilan yang tergesa-gesa, tentulah aku sudah memenggal kepalamu lalu aku dapat mengembirakan hatiku dan hati semua manusia yang berkulit hitam, putih dan merah serta selainnya!”

Sayyidina Umar al-Khattab menjadi marah, lalu bangkit dan berkata,”Wahai Nabi! Biarlah saya mengakhiri hidupnya!”

Nabi s.a.w. tenang menjawab permintaan Umar r.a., “Wahai Umar! Tidakkah engkau tahu bahawa orang yang lemah lembut itu hampir diangkat menjadi Nabi?”

Nabi kemudian berkata kepada Arab Badwi itu,”Apa yang menyebabkan engkau berkata demikian? Sepatutnya engkau menghormatiku dalam perhimpunan bersama sahabatku!”

Arab Badwi tersebut tidak mengalah bahkan sebaliknya berkata, “Demi tuhan Latta dan Uzza! Aku takkan beriman kepadamu hai Muhammad hinggalah biawak ini beriman kepadamu,” katanya sambil mengeluarkannya ke hadapan Nabi s.a.w.

Nabi s.a.w. memanggil biawak itu. Kedengaran biawak itu menjawab dengan bahasa Arab yang fasih dan difahami oleh semua yang hadir, “Ya wahai Nabi s.a.w.!”

Nabi bertanya,”Kepada siapakah engkau beriman?”

Jawab biawak itu,”Saya beriman kepada Tuhan yang di langit itu ‘Arasy-Nya, di bumi itulah kekuasaan-Nya, dan di lautan itulah jalan-Nya, di Syurga itu rahmat-Nya, dan di Neraka itu azab-Nya!”

Tanya Nabi lagi,”Aku ini siapa wahai biawak?”

Jawab si biawak, “Tuan adalah utusan Allah, yang memiliki sekalian alam! Amatlah beruntung orang yang mendokong perjuangan tuan, dan binasalah orang yang mendustakan tuan!”

Mendengar kata-kata biawak itu, Arab Badwi itu lantas berkata, “Wahai Muhammad! Sebelum ini engkau merupakan orang yang paling aku benci, tetapi hari ini engkau adalah orang yang paling aku kasihi berbanding dengan bapaku, diriku sendiri, engkau amat kukasihi zahirku dan batinku.”

Kemudian beliau mengucapkan kalimah syahadah di hadapan semua yang hadir :
“Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang sebenarnya yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi adalah pesuruh-Nya.”

Lalu Rasulullah s.a.w. berkata, “Syukur kepada Allah yang telah menganugerahkan hidayah-Nya kepadamu, sesungguhnya Islam ini adalah yang paling tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya, dan ia tidak diterima tanpa solat, dan solat pula tidak diterima melainkan dengan al-Qur’an.”

Jawabnya, “Kalau begitu ajarlah saya al-Qur’an itu, wahai Nabi.” Nabi pun mengajarkannya membaca surah al-Ikhlas.

Beliau berkata, “ Saya tak pernah mendengar kata-kata yang lebih hebat daripada ini!”

Nabi menambah, “Ini adalah perkataan Allah, bukannya sajak, jika engkau membaca surah al-Ikhlas ini sekali, ganjarannya di sisi Allah seumpama engkau membaca sepertiga dari al-Qur’an. Jika engkau membaca dua kali seumpama dua pertiga dari al-Qur’an dan jika engkau membaca tiga kali seumpama engkau telah membaca keseluruhan al-Qur’an."

Jawab Arab itu, “Tuhan itu adalah Tuhan kami, Dia menerima dari kita sedikit tapi membalasnya dengan banyak!”

Nabi bertanya kepadanya,”Adakah kamu memiliki harta?” Jawab beliau, “Tiada seorang pun dalam Bani Sulaim yang lebih miskin dari saya.”

Nabi bersabda kepada para sahabat, “Berikan kepadanya apa-apa yang kamu ada!”

Para sahabat memberikannya bantuan hinggakan dia mendapat harta yang amat banyak terkumpul. Kemudian Abdul Rahman bin Auf r.a berkata kepada Nabi, “Wahai Rasulullah!Saya memiliki seekor unta yang hamil 10 bulan, yang sederhana besarnya, saya perolehi dalam Perang Tabuk, sekarang saya hendak mendekatkan diri kepada Allah. Saya ingin menghadiahkannya kepada saudara baru kita ini!”

Nabi s.a.w bersabda, “Engkau menceritakan tentang untamu yang engkau telah hadiahkan padanya, sekarang aku akan menceritakan bahagianmu yang diberikan Allah sebagai balasan di akhirat. Allah s.w.t. akan menganugerahimu di akhirat unta yang diperbuat dari permata hijau, tengkuknya dari permata kuning memiliki pelana yang hebat dan ia akan melintasi titian sirat dengan pantas seperti kilat, semua orang akan merasa iri kepadamu pada Hari Qiyamat."

Kata Abdul Rahman, “ Saya redha dengannya wahai Nabi.”

Arab itu pun keluar dari kawasan itu. Sekonyong-konyong datang kaumnya dari Bani Sulaim seramai seribu orang menaiki seribu unta dan membawa bersama mereka seribu pedang dan lembing.

Dia bertanya, “Ke manakah haluan kamu? " Mereka menjawab, “Kami ingin memerangi orang yang menghina tuhan kita! Kata Arab Badwi itu kepada kaumnya, “Jangan! Aku sendiri telah beriman dengannya!” Lalu semua kaumnya beriman pada Rasulullah.

Ubati Dosa di Kebun Iman

Pada suatu ketika Sayyidina Ali r.a. sedang berjalan-jalan di sebatang jalan kota Basrah. Tiba-tiba beliau ternampak sekumpulan besar manusia. Mereka berebut-rebut untuk kehadapan dan saling menolak. Orang-orang yang berada di belakang pula memanjangkan leher dan mengangkat tumit mereka agar dapat melihat ke tengah-tengah himpunan manusia itu.

Sayyidina Ali r.a. ingin mengetahui apa gerangan yang sedang menarik perhatian orang ramai itu. Maka beliau pun pergi lebih dekat. Ternyata orang ramai berasak-asak itu sedang mengerumuni seorang pemuda yang tampan wajahnya, segak badannya serta kelihatan berwibawa. Pemuda itu berpakaian serba putih dan duduk diatas sebuah kerusi. Pemuda itu pandai mengesan setiap penyakit yang sedang dihadapi oleh tubuh seseorang dan menentukan setiap jenis ubatnya.

Tidak seorang pun yang menghadapi masaalah kesihatan yang ada disitu, melainkan diberitahu penyakit dan ubatnya. Memang benar, semua yang mengikuti arahannya sembuh serta merta. Setelah mendapat giliran, Sayyidina Ali r.a. terus maju kehadapan dan bertanyakan tentang perihal penyakit. Maka terjadilah perbualan antara doktor muda itu dengan Sayyidina Ali r.a.

"Assalamualaikum , wahai tuan doktor," kata Ali r.a memberi salam.

"Waa'laikumussalam" jawab doktor muda itu.
"Adakah tuan doktor boleh menunjukkan ubat penyakit dosa?"
Orang ramai tidak mampu mencari ubat penyakit yang satu ini. Kata Ali r.a pemuda itu tidak menjawab, tapi hanya menundukkan kepalanya hingga rebah kebumi.
"Bagaimana tuan doktor, boleh menunjukkan ubat penyakit dosa?" tanya Ali r.a.
Dia tidak menjawab juga maka Ali r.a pun mengulangi pertanyaannya buat kali ke tiga dan doktor mengangkat kepalanya. Maka bertanyalah Ali r.a., "Wahai tuan doktor, adakah tuan mengetahui ubat untuk penyakit dosa? Semoga Allah memberkati tuan doktor."
"Ya tahu, " jawab doktor itu. "Sila tuan terangkan kepada saya." pinta Ali r.a.

Doktor muda itu menerangkan bahawa untuk mengubati dosa seseorang hendaklah tinggal dikebun IMAN. Kemudian ambillah akar-akar NIAT dan BIJIRAN PENYESALAN di dalam kebun itu. Ambillah pula daun-daun MEMPERBAIKI DIRI dan AZAM, taburlah biji WARAK, buah FIQAH, dahan-dahan YAKIN, saripati IKHLAS dan kulitnya IJTIHAD. Ambil pula akar-akar TAWAKKAL, sempurnakan dengan IKTIBAR, minumannya air TAUBAT dan ubat TAWADUK. Ubat-ubat itu hendaklah diambil oleh hati yang HADIR, WASPADA dan FAHAM. Peganglah TAUFIK, kemudian ditempatkan di bekas TAHKIK dan hendaklah di basuh dengan AIR MATA. Lepas itu letakkan di dalam periuk HARAPAN, kemudian nyalakan api RINDU dibawahnya sehingga timbullah buih-buih HIKMAT yang banyak. Setelah masak, tuangkan ia ke dalam dulang REDHA dan kipaslah dengan ISTIGHFAR.

Dengan demikian, engkau akan mendapatkan minuman yang sangat jernih, asli dan sedap. Akhirnya, minumlah air itu di tempat yang sunyi yang tak seorang pun melihatnya melainkan Allah Ta'ala. Dengan cara itu, seseorang boleh mengubat dosanya sehingga sembuh dan habis terkikis.

Lepas memberikan keterangan yang panjang yang berupa respi untuk ubat dosa, pemuda itu bermadah memperingatkan orang yang hadir akan bahayanya dosa dan hendaklah bertakwa kepada Allah s.w.t. Kemudian dia berteriak satu kali dengan teriakan yang kuat sehingga rebah ke bumi dan meninggal ketika itu juga.

"Sesungguhnya engkau ini memang seorang doktor dunia dan doktor akhirat, " kata Sayyidina Ali r.a. Kemudian beliau memerintahkan kaum Muslimin agar segera menguruskan jenazah pemuda warak itu.

Ringkasan : Untuk mengubati penyakit dosa.

1.Niat ikhlas semata-mata kerana Allah.

2.Menyesal terhadap dosa-dosa yang telah lalu.

3.Berazam tidak mengilangi dosa-dosa yang lalu.

4.Bersungguh-sungguh untuk memperbaiki diri supaya dapat melahirkan sifat mahmudah iaitu warak, yakin, ikhlas, bertawakkal, bertaubat dan tawaduk.

5.Sentiasa bersihkan hati hingga hati hadir (berhubung dengan Allah), waspada (dalam amalan harian) dan faham (tanggungjawab kepada Allah)

6.Meletakkan harapan dengan rasa rindu untuk bertemu Allah di hari akhirat dalam keadaan redha meredhai.

7.Di malam hari ketika bersunyi-sunyian berdo'a, bermunajat, beristighfar dan bertaubat kepada Allah dengan linangan air mata penyesalan di atas dosa-dosa yang telah dilakukan dengan harapan Allah s.w.t. menerima taubat hamba-Nya yang banyak dosa dan kesalahan.

Kisah Pemuda Beribu-bapakan Babi.

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".

Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.

Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh keheranan.

Bai itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.

Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."

Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.

Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.

Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.




Lelaki Yang Sentiasa Berlapang Dada

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah, 
Daripada Abu Hurairah r.a Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
"Bahawa sesungguhnya ada seorang lelaki yang tidak pernah sekalipun berbuat baik, cuma dia biasa memberi hutang kepada orang lain. Suatu hari dia berkata pada hambanya, 'Ambillah berapa pun yang disimpan, jangan menyusahkan orang dan seringlah memberi maaf. Mudah-mudahan Allah berkenan mengampuni kita.'

Setelah lelaki itu meninggal dunia Allah SWT. bertanya, 'Adakah kamu pernah berbuat baik?'

Dia dengan jujur menjawab, 'Tidak, cuma aku mempunyai seorang pembantu dan aku biasa memberikan hutang kepada orang lain, ketika aku meminta pembantuku untuk mengutip hutang, selalu saja aku berpesan kepadanya, 'Ambilah berapa pun yang dia berikan, jangan menyusahkan orang dan selalulah memaafkan orang lain, mudah-mudahan Allah mengampuni kita."

Kemudian Allah berfirman yang bermaksud, "Cukup, Aku telah mengampunimu."

Sahabat yang dimuliakan,
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang maksudnya:
"Sesiapa yang menghilangkan atau melapangkan suatu kesusahan seorang Mukmin di antara kesusahan-kesusahannya di dunia, maka Allah akan menghilangkan atau melapangkan suatu kesusahan di antara kesusahan-kesusahannya pada hari kiamat. Sesiapa yang memberikan kemudahan atas orang yang dalam kesulitan, maka Allah akan memberinya kemudahan di dunia dan akhirat." (Hadis Riwayat Mustaim, Abu Dawud dan Tirmidzi).

Hadis di atas jelas menunjukkan kelebihan orang yang melepaskan kesusahan orang lain termasuk memberi hutang dan berlapang dada ketika menuntut hutangnya.

Sekiranya orang yang berhutang belum mampu membayar balik hutang tersebut, kemudian dia  berilah tempuh yang sewajarnya atau dia halalkan saja itu lebih baik kerana ada hadis di riwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya : "Sesiapa yang menangguhkan hutang orang yang belum dapat membayarnya atau membebaskannya, pada hari kiamat kelak Allah SWT. akan menaunginya di bawah naungan Arasy, di mana pada hari tersebut tidak ada naungan kecuali naungan-Nya."
(Hadis Riwayat Tirmizi).

Pengajaran yang boleh diambil :

1.Kita digalakkan berlapang dada dan memberi maaf kepada orang lain, dan berkelakuan baik semasa berurusan dengan orang lain.

2.Perbuatan memberi pinjam kewangan kepada mereka yang memerlukannya adalah peribadi mulia yang sangat dituntut oleh Islam dan akan diberi ganjaran pahala yang besar oleh Allah SWT., terutama mereka yang berlapang dada semasa menuntut balik hutang tersebut, semata-mata mencari keredhan Allah SWT.

3.Menerangkan betapa luasnya rahmat dan ampunan Allah SWT. walaupun suatu amalan yang kecil namun mendatangkan pahala yang besar.

4.Apabila seorang hamba itu mempunyai akhlak dan budi pekerti yang baik, lemah lembut dan berkasih sayang terhadap hamba Allah yang lain, tidak berhati kasar dan memudahkan urusan, nescaya Allah juga akan akan berlemah lembut dan sayang kepadanya.




Ujian Allah Terhadap Hamba-hamba-Nya

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah, 
Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah SAW  bersabda yang bermaksud : “Bahawa sesungguhnya ada tiga orang daripada Bani Israil yang masing-masing mempunyai kekurangan. Seorang daripadanya berpenyakit sopak , seorang botak dan yang seorang lagi buta. Allah menguji mereka , dengan mengutuskan malaikat.

Malaikat itu datang kepada si sopak dan bertanya : “Apakah sesuatu yang paling engkau inginkan?”

Si sopak menjawab , “Saya menginginkan paras yang tampan dan kulit yang cantik, serta hilang penyakit yang menyebabkan orang jijik untuk mendampingiku.”

Maka malaikat itu lantas mengusap si sopak dan kemudian hilangkan penyakit yang menjijikan itu serta ia di beri paras yang tampan, dan kulit yang cantik.

Malaikat itu bertanya lagi, “Harta apa yang paling engkau mahukan?”

Si sopak menjawab , “Saya ingin menjadi usahawan penternak unta yang berjaya.”

Kemudian dia di beri unta yang sedang bunting sepuluh bulan, dan malaikat tadi berkata :
“Semoga Allah memberi berkah dan rahmat atas apa yang kau terima”

Kemudian malaikat itu pergi kepada si botak dan bertanya : “Apakah yang paling kau inginkan?”

Si botak menjawab : “ Rambut yang rapi dan hilangnya penyakit yang menjadikan orang jijik kepadaku ini.” 

Malaikat lantas mengusap si botak dan selepas itu hilanglah penyakit dan tumbuhlah rambut yang cantik rapi di kepalanya. 

Malaikat bertanya lagi, “Harta apa yang paling kau inginkan?” 

Si botak menjawab, “Saya ingin menjadi usahawan penternak lembu yang maju.” 

Kemudian dia diberikan lembu yang sedang bunting dan malaikat tadi berkata, “Semoga Allah memberi berkah dan rahmat atas apa yang kau terima.”

Kemudian malaikat pergi pula kepada si buta dan bertanya, “Apakah sesuatu yang paling kau inginkan?” 

Si buta menjawab, “Allah mengembalikan penglihatanku sehingga aku dapat melihat.” 

Malaikat lantas mengusap si buta dan Allah mengembalikan penglihatan si buta. 

Malaikat itu bertanya lagi, “Harta apa yang paling engkau mahukan?” si buta menjawab, “Saya ingin menjadi penternak kambing.” 

Kemudian dia diberikan kambing yang sedang bunting.

Lama-kelamaan unta, lembu dan kambing milik mereka berkembang biak sehingga memenuhi satu kawasan. Lantas datanglah malaikat sebagai ujian daripada Allah. 

Malaikat itu menyamar sebagai seorang yang berpenyakit sopak seperti keadaannya dulu sambil berkata, “Saya seorang miskin dan telah kehabisan bekal di tengah perjalanan dan tidak menggantung harap kecuali kepada Allah SWT. kemudian kepadamu. Saya benar-benar meminta pertolongan kepadamu dengan izin Allah yang telah memberi engkau paras yang tampan dan kulit yang halus serta kekayaan. Saya meminta kepadamu seekor unta untuk bekal melanjutkan perjalanan saya.”

Si sopak berkata,”Saya tidak dapat memberikan apa-apa kepadamu.” 

Malaikat itu berkata,”Kalau tidak salah saya, saya penah kenal denganmu, bukankah kamu dulu orang yang mempunyai sakit sopak dan orang-orang jijik kepadumu, dan bukankah kamu dulu orang miskin lalu Allah memberi rahmat kepadamu? “ 

Si kaya yang sebelumnya sopak itu berkata, “Sesungguhnya saya mempunyai harta kekayaan ini daripada nenek moyang saya.” 

Malaikat berkata, “Jika kamu berdusta maka semoga Allah SWT. mengembalikan kamu seperti keadaanmu semula.”

Kemudian malaikat datang kepada si botak dengan menyerupai orang yang berpenyakit botak sepertinya dahulu dan berkata seperti apa yang diperkatakan kepada si sopak. Si botak menjawab seperti si sopak. Kemudian malaikat itu berkata, “Jika kamu berdusta, semoga Allah menjadikan kamu seperti keadaan asalmu.”

Malaikat meneruskan perjalanannya ke tempat si buta dengan menyerupai orang buta seperti keadaan si buta dan berkata, “Saya seorang misikin dan telah kehabisan bekalan. Saya benar-benar minta pertolonganmu dengan izin Allah yang telah mengembalikan penglihatanmu, iaitu saya meminta satu ekor kambing untuk bekalan dalam melanjutkan perjalanan saya.”

Si buta menjawab, “Saya dulu juga seorang yang buta kemudian Allah mencelikkan penglihatan saya. Dan dulu Allah memberi kekayaan seperti ini, maka ambillah apa yang kau inginkan. Demi Allah, saya tidak akan menghalangmu daripada mengambil apa jua yang kau kehendaki kerana Allah.” 

Mendengar jawapan ikhlas itu, malaikat itu berkata, “Peliharalah harta kekayaanmu, sebenarnya kamu hanyalah diuji dan Allah benar-benar reda terhadap kamu dan Allah telah memurkai kedua-dua kawanmu.”

(Hadis Riwayat Bukhari)

Sahabat yang dimuliakan,
Kisah yang di ceritakan oleh Rasulullah SAW  ini adalah pada zaman Bani Israil bagaimana Allah SWT. telah menguji umat terdahulu. Pengajaran dan moral dari kisah ini adalah untuk kita semua mengambil iktibar sebagai umat Rasulullah SAW. Ujian Allah SWT tetap berlaku kepada setiap hamba-hamba-Nya yang mengaku beriman kepada Allah SWT dan rukun-rukun Iman yang lain. Ujian Allah SWT. ini datang dalam berbagai bentuk bergantung sejauh mana hubungan hati kita dengan Allah SWT.

Apabila Allah SWT memberikan kekayaan dan kemewahan harta benda di jalan yang tiada di sangka-sangka , adakah kita tetap menjadi hamba Allah SWT yang bersyukur?

Apabila Allah SWT. menguji kita dengan kesempitan hidup dan tidak mempunyai harta, adakah kita akan menjadi hamba Allah SWT yang tenang dan bersabar?

Apabila Allah SWT. menguji kita dengan kesakitan (penyakit) adakah kita reda dengan ketentuanNya , dan berusaha dan berikhtiar untuk mencari ubatnya ?

Jawapannya ada pada diri kita sendiri, “ tepuk dada tanya iman”. Kita kena melatih hati dan pemikiran kita supaya positif setiap masa dan ketika dan sentiasa baik sangka dengan qadak dan qadar daripada Allah SWT . Meyakini bahawa setiap peristiwa yang berlaku semuanya menggandungi ikhmah dan kebaikan, segala ujian Allah SWT. ini adalah untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita kepada-Nya.

Pengajaran-pengajaran yang boleh di perolehi :

1. Anjuran untuk berlemah lembut dan memuliakan orang-orang yang lemah dan miskin, memenuhi keperluan mereka, tidak melukakan hati mereka dan tidak menghina mereka.

2. Allah SWT. pasti menguji hamba-hambaNya untuk mengetahui antara mereka siapa yang bersyukur dan kufur nikmat, siapa yang soleh dan ingkar.

3. Kita wajib bersyukur dengan nikmat Allah SWT  dan dilarang kufur serta mengingkari nikmat.

4. Malaikat mampu datang dan menyamar sebagai manusia dan lainnya.

5. Kisah ini menjelaskan keutamaan bersedekah.

6. Bakhil dan kedekut adalah perbuatan yang di cela oleh Islam.




Bertaubat Kepada Allah

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Daripada Abu Said al- Khudri r.a. Nabi SAW  bersabda yang bermaksud :
“Bahawa pada zaman dahulu ada seorang lelaki yang telah membunuh manusia sehingga mencapai 99 orang. Pada suatu hari, dia ingin bertaubat lalu mencari-cari orang yang berilmu di negeri itu yang dapat memberikan bimbingan. Dia telah di bawa kepada seorang pendita, lantas dia menceritakan kejahatannya membunuh 99 orang dan dia bertanya, “Adakah taubatku masih di terima?”

Kemudian pendita itu mengatakan, “Tidak, taubatmu tidak akan di terima.”

Lantas orang itu membunuh sang pendita tadi. Maka genaplah menjadi 100 orang yang telah di bunuhnya. Dia pun terus mencari-cari lagi orang paling alim yang lain di negeri itu untuk meminta nasihat. Maka dia pun di bawa kepada seseorang yang paling alim (ahli ilmu).

Dia menceritakan bahawa ia telah membunuh 100 orang, maka apakah masih di terima taubatnya?

Orang alim itu menjawab, “Ya, masih boleh. Siapakah yang berhak menghalang seseorang untuk bertaubat? Pergilah ke daerah sana kerana penduduk daerah itu menyembah Allah SWT. Sembahlah Allah SWT. bersama-sama dengan mereka dan janganlah engkau kembali lagi ke kampung halamanmu kerana perkampunganmu daerah hitam (banyak melakukan maksiat).”

Maka orang itu pergilah ke tempat tersebut. Apabila sampai di tengah perjalanan , dia pun meninggal dunia. Kemudian malaikat rahmat dan malaikat azab bertengkar merebut orang itu.

Malaikat rahmat membela, “Dia pergi ke sana kerana benar-benar ingin bertaubat dan menyerahkan dirinya dengan sepenuh hati kepada Allah SWT.”

Sedang malaikat azab berhujah dengan katanya, “ Sesungguhnya dia belum pernah berbuat kebajikan walaupan sedikit.”

Lantas seorang malaikat yang lain di utuskan Allah dan kedua-dua malaikat itu bersepakat menjadikannya sebagai hakim. Malaikat yang menjadi hakim itu berkata, “Ukurlah jarak kedua-dua daerah itu, nasibnya akan di tentukan berdasarkan yang lebih hampir. “

Apabila di ukur, mereka mendapati daerah yang ingin di tuju itulah yang lebih hampir. Dengan demikian, dia di terima oleh malaikat rahmat.”

(Hadis Riwayat al- Bukhari)

Sahabat yang dimuliakan,
Setiap manusia ada melakukan kesalahan dan dosa. Sebaik-baik mereka yang bersalah adalah minta ampun dan bertaubat kepada Allah SWT. Rasulullah SAW  sendiri bersifat maksum dan telah di ampunkan dosa baginda yang dahulu dan akan datang oleh Allah SWT tetap beristigfar 100 kali sehari. Sepatutnya kita lebih dari itu kerana betapa banyaknya dosa dan kesalahan-kesalahan yang kita lakukan terhadapNya.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali" (Hadis Riwayat Muslim).

Basahkanlah lidah kita dengan menyebut nama Allah dan beristigfarlah setiap masa dan ketika dan meminta ampun di atas dosa-dosa kita yang lalu. Apabila hati ini hidup dengan zikir akan terbinalah jambatan hati dan perhubungan dengan Allah Azzawajalla.

Pengajaran-pengajaran yang boleh di ambil :

1. Seseorang yang sedang menghadapi masaalah hendaklah berdamping dengan seorang ulama atau ustaz agar dapat menyelesaikan masaalahnya.

2. Orang berilmu (alim) lebih utama daripada ahli ibadah (abid) kerana orang yang berilmu memutuskan sesuatu masaalah berdasarkan hukum dan nas yang terdapat di dalam al- Quran dan Sunnah bukan berdasarkan pemikiran semata-mata.

3. Orang yang ingin bertaubat dengan Taubat Nasuha hendaklah berusaha mengubah cara hidupnya dengan menjauhkan diri daripada perkara yang merangsangnya melakukan perbuatan dosa dan tidak mengulangi lagi dosa-dosa lama yang di buat.

4. Islam menganjurkan agar kita mencari tempat tinggal dalam kawasan yang aman dan kondusif dalam rangka mewujudkan semangat tolong menolong dalam melakukan kebaikan.

5. Jangan sewenang-wenangnya memberikan keputusan dalam perkara yang tidak pasti.

6. Allah mengampuni hambaNya sesuai dengan niat dan azamnya sekali pun ia belum mampu melaksanakan perbuatan yang di niatkan.

7.Kadangkala malaikat tidak mengetahui perbuatan setiap hamba Allah sebagaimana di sebutkan dalam hadis di atas. Jika mereka mengetahui segala perkara, sudah tentu tidak akan berlaku perbezaan pendapat mereka. Keputusan muktamad di serahkan kepada Allah s.w.t.




Kisah Orang Soleh Dengan Pencuri

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah, 
Dalam sebuah hadis yang di riwayatkan oleh Luqman Hakim, Rasulullah SAW  menceritakan, pada zaman dahulu ada seorang lelaki yang terkenal dengan kerja-kerja sehariannya hanyalah mencuri. Hampir setiap malam dia mencuri harta benda kepunyaan jiran tetangganya. Jirannya sentiasa menasihati beliau agar meninggalkan pekerjaan yang keji itu.

Pada suatu malam, ketika dia hendak pergi mencuri tiba-tiba dia bertemu dengan seorang miskin yang sentiasa duduk di dalam mesjid. Dia tidak mengetahui bahawa orang yang bercakap dengan dia itu adalah orang miskin yang sangat soleh dan zuhud terhadap dunia. Maka tanpa segan silu pencuri itu mengajak lelaki miskin itu pergi mencuri bersama-sama dengannya.

"Hai orang miskin," kata pencuri itu.

"Mengapa engkau selalu duduk di dalam mesjid sambil menanti belas kasihan orang lain. Marilah ikut aku nescaya engkau akan memperoleh pekerjaan yang menguntungkan. Kalau engkau bersetuju marilah kita pergi mencuri bersama-sama," ajak pencuri itu.

"Baiklah" jawab orang miskin itu ringkas.

"Kalau begitu marilah kita pergi sekarang kerana hari sudah gelap" ajak pencuri itu

"Lebih baik kita atur rancangan dahulu" kata pencuri lagi.

"Aku masuk kedalam kedai manakala engkau nampak orang datang segeralah beritahu aku, ingat... jangan sampai kita tertangkap."

Setelah mereka merancang dengan teliti maka pencuri itu pun memulakan tugasnya mengikut apa yang telah di rancangkan. Pencuri itu pun masuk kedalam kedai manakala orang miskin yang soleh itu menanti di luar. Setelah agak lama pencuri itu berada di dalam tiba-tiba orang miskin yang soleh itu berteriak :
"Hai kawan, cepat keluar, ada orang datang kemari?"

Mendengar teriakan orang miskin itu pencuri itu kalang-kabut lari keluar untuk menyelamatkan diri bersama-sama dengan kawannya itu. Setelah keadaan agak tenteram, dia pun berkata kepada kawannya itu.

"Tadi engkau kata ada orang datang, tapi mana orang itu?"

Maka orang miskin itu menjawab dengan lemah lembut : "Benar kata engkau hai kawan, tidakkah engkau sedar bahawa Zat Yang Maha Melihat yang sentiasa melihat kita. Walaupun kita tidak melihat-Nya, Dia sentiasa melihat kita. Dia itulah Allah Yang Maha Pemurah yang telah menyediakan rezeki untuk semua hamba-Nya."

Orang miskin itu terus berkata : "Hai kawan, engkau telah mengajak aku untuk mencari kekayaan dengan cara mencuri. Sekarang bolehkah engkau membuktikan kepada aku manakah pencuri yang telah menjadi kaya di dunia ini ?"

Pencuri itu termenung mendengar kata-kata orang miskin itu lantas dia pun menyatakan keinsafannya serta berjanji tidak akan mengulangi perbuatan yang terkutuk itu.

Sahabat yang dikasihi,
Berdasarkan kisah tersebut dapatlah kita menyedari bahawa hidup kita ini sentiasa di perhatikan dan diawasi oleh Allah SWT .Apabila kita tergerak untuk membuat sesuatu maksiat atau sesuatu perkara yang di larang oleh agama ingatlah Allah SWT. Maha Melihat di atas segala amalan perbuatan kita, keyakinan yang tertanam dalam hati nurani kita sebenarnya adalah akidah Tauhid Rububiyah kepada Allah SWT. Sehinggakan niat dan bisikan hati kita dapat di ketahui oleh Allah Azzawa Jalla. Kita tidak boleh membuat sesuatu yang lari dari peraturan dan kehendak Allah SWT.

Pengajaran yang boleh di ambil :

1.Kita digalakkan untuk membantu dan bersedekah kepada orang fakir miskin, dan dilarang kita menghina mereka di sebabkan kemiskinan.

2.Islam melarang umatnya menjalankan pekerjaan haram seperti mencuri kerana orang yang mencuri telah mengambil hak orang lain tanpa kebenaran.

3.Kita di suruh oleh Islam untuk amal ma'aruf dan nahi mungkar dan memberi nasihat yang baik kepada mereka yang melakukan kemungkaran dan perbuatan haram.

4.Sebagai pendakwah dan para da'ie perlulah mengambil pendekatan cara hikmah untuk mengajak manusia kembali kepada ajaran Islam sebenar.





Ummu Sulaim Wanita Solehah Penghuni Syurga

Ia seorang wanita keturunan bangsawan dari kabilah Anshar suku Khazraj memiliki sifat keibuan dan berwajah manis menawan. Selain itu ia juga berfikiran cerdas penuh kehati-hatian dalam bersikap, dewasa dan berakhlak mulia. Rumaisha Ummu Sulaim binti Milhan bin Khalid bin Zaid bin Malik adalah satu dari wanita solehah yang memiliki kedudukan istimewa di mata Rasulullah s.a.w.

Pada saat Rasululllah s.a.w. menyerukan dakwah menuju tauhid, tanpa keraguan lagi Ummu Sulaim langsung memeluk agama Islam, dan tidak peduli akan gangguan dan rintangan yang kelak akan dihadapinya dari masyarakat jahiliah.


Namun suaminya, Malik bin Nadhir sangat marah saat mengetahui isterinya telah masuk Islam. Dengan dada gemuruh kerana emosi, ia berkata pada Ummu Sulaim: "Engkau kini telah terperangkap dalam kemurtadan!"

"Saya tidak murtad. Justru saya kini telah beriman," jawab Ummu Sulaim dengan mantap. Dan kesungguhan Ummu Sulaim memeluk agama Allah tidak hanya sampai di situ. Ia juga tanpa bosan berusaha melatih anaknya, Anas, yang masih kecil untuk mengucapkan dua kalimat syahadat.

Melihat kesungguhan isterinya serta pendiriannya yang tak mungkin tergugat membuat Malik bin Nadhir bosan dan tak mampu mengendalikan amarahnya. Hingga ia kemudian bertekad untuk meninggalkan rumah dan tidak akan kembali sampai isterinya mau kembali kepada agama nenek moyang mereka. Ia pun pergi dengan wajah suram. Sayangnya, di tengah jalan ia bertemu dengan musuhnya, kemudian ia dibunuh..

Saat mendengar kabar kematian suaminya dengan ketabahan yang mengagumkan ia berkata, "Saya akan tetap menyusui Anas sampai ia tak mau menyusu lagi, dan  sekali-kali saya tak ingin menikah lagi sampai Anas menyuruhku."

Setelah Anas agak besar, Ummu Sulaim dengan malu-malu mendatangi Rasulullah s.a.w. dan meminta agar beliau bersedia menerima Anas sebagai pembantunya. Rasulullah s.a.w.  pun menerima Anas dengan rasa gembira. Dan dari semua keputusannya itu, Ummu Sualim kemudian banyak dibicarakan orang dengan rasa kagum.

Dan seorang bangsawan bernama Abu Thalhah tak luput memperhatikan hal itu. Dengan rasa cinta dan kagum yang tak dapat disembunyikan tanpa banyak pertimbangan ia langsung melangkahkan kakinya ke rumah Ummu Sulaim untuk melamarnya dan menawarkan mahar yang mahal. Namun di luar dugaan, jawaban Ummu Sulaim membuat lidahnya menjadi kelu dan rasa kecewanya begitu menyesakkan dada, meski Ummu Sulaim berkata dengan sopan dan rasa hormat,

"Tidak selayaknya saya menikah dengan seorang musyrik, ketahuilah wahai Abu Thalhah bahawa sesembahanmu selama ini hanyalah sebuah patung yang dipahat oleh keluarga fulan. Dan apabila engkau mau menyulutnya api nescaya akan membakar dan menghanguskan patung-patung itu."

Perkataan Ummu Sulaim amat telak menghantam dadanya. Abu Thalhah  tak percaya dengan apa yang ia lihat dan ia dengar. Namun itu semua merupakan realita yang harus ia terima. Abu Thalhah bukanlah orang yang cepat putus asa. Disebabkan cintanya yang tulus dan mendalam terhadap Ummu Sulaim, di lain kesempatan ia datang lagi menjumpai ibunda Anas dan menawarkan mahar yang lebih mahal serta kehidupan kelas atas.

Sekali lagi, Ummu Sulaim Muslimah yag cerdik dan pintar ini tetap teguh dengan keimanannya. Sedikit pun ia tidak tergoda oleh kenikmatan dunia yag dijanjikan oleh Abu Thalhah. Baginya kenikmatan Islam akan lebih berbahagia daripada seluruh kenikmatan dunia. Masih dengan penolakanya yang halus ia menjawab, "Sesungguhnya saya tidak patut menolak orang yang seperti engkau, wahai Abu Thalhah. Hanya sayang engkau seorang kafir dan saya seorang Muslimah. Maka tak pantas bagiku menikah denganmu. Coba Anda penuhi apa keinginan saya?"

"Engkau menginginkan dinar dan kenikmatan," kata Abu Thalhah. "Sedikitpun saya tidak menginginkan dinar dan kenikmatan. Yang saya inginkan hanya engkau segera memeluk agama Islam," tegas Ummu Sualim.

"Tetapi saya tidak mengerti siapa yang akan menjadi pembimbingku?" Tanya Abu Thalhah. "Tentu saja pembimbingmu adalah Rasululah sendiri," tegas Ummu Sulaim.

Maka Abu Thalhah pun bergegas pergi menjumpai Rasulullah s.a.w. yang mana saat itu tengah duduk bersama para sahabatnya. Melihat kedatangan Abu Thalhah, Rasulullah s.a.w. berseru, "Abu Thalhah telah datang kepada kalian, dan cahaya Islam tampak pada kedua bola matanya."

Ketulusan hati Ummu Sulaim benar-benar terasa mengharukan dan menambat hati Abu Thalhah. Ummu Sulaim hanya akan mau dinikahi dengan keislamannya tanpa sedikitpun teringin oleh kenikmatan yang dia janjikan. Wanita mana lagi yang lebih patut menjadi isteri dan ibu asuh anak-anaknya selain Ummu Sulaim? Hingga tanpa terasa di hadapan Rasulullah s.a.w. lisan Abu Thalhah basah mengulang-ulang kalimat, "Saya mengikuti ajaran tuan, wahai Rasulullah. Saya bersaksi, bahwa tidak ada ilah yang berhak disembah kecuali Allah dan saya bersaksi bahwa Muhammad adalah utusanNya."

Ummu Sulaim tersenyum haru dan berpaling kepada anaknya Anas, "Bangunlah wahai Anas."

Ummu Sulaim telah bernikah dengan Abu Thalhah, sedangkan maharnya adalah keIslaman suaminya. Hingga Tsabit –seorang perawi hadis- meriwayatkan dari Anas, "Sama sekali aku belum pernah mendengar seorang wanita yang maharnya lebih mulia dari Ummu Sulaim, yaitu keIslaman suaminya." Selanjutnya mereka menjalani kehidupan rumah tangga yang damai dan sejahtera dalam naungan cahaya Islam.

Abu Thalhah sendiri adalah seorang ahli perniagaan nomor satu dari kabilah Anshar. Dan harta yang paling dia cintai yaitu tanah perkebunan "Bairuha". Tanah perkebunan itu letaknya  menghadap masjid. Dan Rasulullah s.a.w. sendiri pernah minum air segar yang ada di lokasi itu, sampai kemudian turun ayat yang berbunyi:
"Sekali-kali belum sampai pada kebaktian yang sempurna sebelum kamu menafkahkan sebagian harta yang kamu cintai." (Surah Ali Imran ayat 92)

Mendengar ayat ini, bergegas Abu Thalhah menghadap Rasulullah s.a.w.. Setelah membacakan ayat tadi Abu Thalhah melanjutkan, "Dan sesungguhnya harta yang paling saya cintai adalah tanah perkebunan Bairuha. Saat ini tanah itu saya sedekahkan untuk Allah dengan harapan akan mendapatkan ganjaran kebaikan dari Allah kelak. Maka pergunakanlah sekehendak tuan, wahai Rasulullah."

Dan bersabdalah Rasulullah s.a.w. :  "Bakh, bakh itu adalah harta yang menguntungkan dan saya telah mendengar perkataanmu tentang harta itu dan saya sekarang berpendapat sebaiknya engkau bagi-bagikan tanah itu untuk keluarga kalian."
Abu Thalhah pun menuruti perintah Rasululah dan membagi-bagikan tanah itu kepada sanak saudaranya dan anak keturunan bapa saudaranya. Tak berapa lama Allah memuliakan seorang anak laki-laki kepada pasangan berbahagia itu dan diberi nama Abu Umair. 

Suatu kali burung kesayangan Abu Umair mati sehingga Abu Umair menangis dengan sedih.  Ketika itu Rasulullah s.a.w lalu di hadapannya. Melihat kesedihan Abu Umair, Rasulullah segera menghibur dan bertanya, "Wahai Abu Umair apa gerangan yang diperbuat oleh burung kecil?"

Namun takdir Allah memang tak mampu diduga. Allah subhanahu wa ta’ala kembali ingin menguji kesabaran pasangan sabar ini. Tiba-tiba saja, anak kecil mereka Abu Umair jatuh sakit sehingga ayah dan ibunya menjadi cemas. Padahal ia adalah putera kesayangan Abu Thalhah. Jika ia pulang dari pasar, yang pertama kali ditanyakan adalah kesehatan dan keadaan puteranya dan ia belum mereasa tenang bila belum melihatnya. Tepat pada waktu solat, Abu Thalhah pergi ke masjid. Tak lama setelah kepergiannya, puteranya Abu Umair menghembuskan nafas terakhir.

Ummu Sulaim memang seorang ibu Mukminah yang sabar. Ia menerima peristiwa itu dengan sabar dan tenang. Ummu Sulaim lantas menidurkan puteranya di atas katil dan berkata berulang-ulang, "Innaa lillahi wa inna ilaihi rrji’un." Dengan suara berbisik ia berkata kepada sanak keluarganya, "Jangan sekali-kali kalian memberitahukan perihal puteranya pada Abu Thalhah sampai aku sendiri yang memberitahunya."

Sekembalinya Abu Thalhah, alhamdulillah, air mata kesayangan Ummu Sulaim telah kering. Ia menyambut kedatangan suaminya dan siap menjawab pertanyaannya.
"Bagaimana keadaan puteraku sekarang?"

"Dia lebih tenang dari biasanya." Jawab Ummu Sulaim dengan wajar.

Abu Thalhah merasa begitu letih hingga tak ada keinginan menengok puteranya. Namun hatinya turut berbunga-bunga mengira puteranya dalam keadaan sehat wal afiat. Ummu Sulaim pun menjamu suaminya dengan hidangan yang istimewa dan berdandan serta berhias dengan wangi-wangian, membuat Abu Thalhah tertarik dan mengajaknya tidur bersama.
Setelah suaminya terlelap, Ummu Sulaim memuji kepada Allah kerana berhasil menenteramkan suaminya perihal puteranya, kerana ia menyadari Abu Thalhah telah mengalami keletihan seharian, sehingga ia membiarkan suaminya tidur dengan puas.

Menjelang subuh, baru Ummu Sulaim berbicara pada suaminya, seraya bertanya, "Wahai Abu Thalhah apa pendapatmu bila ada sekelompok orang meminjamkan barang kepada tetangganya lantas ia meminta kembali haknya. Pantaskan jika si peminjam enggan mengembalikannya?"

"Tidak," jawab Abu Thalhah.

"Bagaimana jika si peminjam enggan mengembalikannya setelah menggunakannya?" "Wah, mereka benar-benar tidak waras," Abu Thalhah membalas.

"Demikian pula puteramu. Allah meminjamkannya pada kita dan pemiliknya telah mengambilnya kembali. Relakanlah ia," kata Ummu Sulaim dengan tenang. Pada mulanya Abu Thalhah marah dan membentak, "Kenapa baru sekarang kau beritahu, dan membiarkan aku hingga aku ternoda (dengan melakukan persetubuhan)?"

Dengan rasa tabah Ummu Sulaim tak henti-henti mengingatkan suaminya hingga ia kembali dengan memuji Allah dengan hati yang tenang.

Pagi-pagi buta sebelum cahaya matahari kelihatan penuh, Abu Thalhah menjumpai Rasulullah s.a.w. dan menceritakan kejadian itu. Rasulullah s.a.w. pun bersabda, "Semoga Allah s.w.t. memberikan barakah pada malam pengantin kalian berdua."

Benar saja Ummu Sulaim lantas mengandung lagi dan melahirkan seorang anak yang diberi nama Abdullah bin Thalhah oleh Rasulullah s.a.w. Dan subhanallah barakahnya ternyata tak hanya sampai di situ. Abdullah kelak di kemudian hari memiliki tujuh orang putera yang semuanya hafizhul Qur’an. Keutamaan Ummu Sulaim tidak hanya itu, Allah s.w.t. juga pernah menurunkan ayat untuk pasangan suami isteri itu disebabkan suatu peristiwa.

Sehingga Rasulullah s.a.w. menggembirakannya dengan janji Syurga dalam sabdanya
"Aku memasuki Syurga dan aku mendengar jalannya seseorang. Lantas aku bertanya "Siapakah ini?" Penghuni Syurga spontan menjawab "Ini adalah Rumaisha binti Milhan, ibu Anas bin Malik."
Selamat untukmu Ibunda Anas!





Berbulan Madu Dengan Bidadari Syurga

Pada zaman Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam hiduplah seorang pemuda yang bernama Zahid yang berumur 35 tahun namun belum juga menikah. Dia tinggal di Suffah masjid Madinah. Ketika sedang memperkilat pedangnya tiba-tiba Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam datang dan mengucapkan salam. Zahid kaku dan menjawabnya agak gugup.

"Wahai saudaraku Zahid….selama ini engkau sendiri saja," Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam menyapa.

"Allah bersamaku ya Rasulullah," kata Zahid.

"Maksudku kenapa engkau selama ini engkau membujang saja, apakah engkau tidak ingin menikah…," kata Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.

Zahid menjawab, "Ya Rasulullah, aku ini seorang yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan wajahku hodoh, siapa yang mahu akan diriku ya Rasulullah?"

" Asal engkau mahu, itu urusan yang mudah!" kata Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.

Kemudian Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam memerintahkan sekretarisnya untuk membuat surat yang isinya adalah melamar kepada wanita yang bernama Zulfah binti Said, anak seorang bangsawan Madinah yang terkenal kaya raya dan terkenal sangat cantik jelita. Akhirnya, surat itu dibawa ke rumah Zahid dan ia diserah sendiri oleh Zahid ke rumah Said. Disebabkan di rumah Said sedang ada tetamu, maka Zahid setelah memberikan salam kemudian memberikan surat tersebut dan diterima di depan rumah Said.

"Wahai saudaraku Said, aku membawa surat dari Rasulullah yang mulia diberikan untukmu saudaraku."

Said menjawab, "Adalah suatu kehormatan buatku."

Lalu surat itu dibuka dan dibacanya. Ketika membaca surat tersebut, Said agak terperanjat karena tradisi Arab perkawinan yang selama ini biasanya
seorang bangsawan harus kawin dengan keturunan bangsawan dan yang kaya harus kawin dengan orang kaya, itulah yang dinamakan SEKUFU.

Akhirnya Said bertanya kepada Zahid, "Wahai saudaraku, betulkah surat ini dari Rasulullah?"

Zahid menjawab, "Apakah engkau pernah melihat aku berbohong…."

Dalam suasana yang seperti itu Zulfah datang dan berkata, "Wahai ayah, kenapa sedikit tegang terhadap tamu ini…. bukankah lebih baik dijemput masuk?"

"Wahai anakku, ini adalah seorang pemuda yang sedang melamar engkau supaya engkau menjadi istrinya," kata ayahnya.

Disaat itulah Zulfah melihat Zahid sambil menangis sejadi-jadinya dan berkata, "Wahai ayah, banyak pemuda yang tampan dan kaya raya semuanya
menginginkan aku, aku tak mau ayah…..!" dan Zulfah merasa dirinya terhina.

Maka Said berkata kepada Zahid, "Wahai saudaraku, engkau tahu sendiri anakku tidak mau…bukan aku menghalanginya dan sampaikan kepada Rasulullah bahawa lamaranmu ditolak."

Mendengar nama Rasulullah disebut ayahnya, Zulfah berhenti menangis dan bertanya kepada ayahnya, "Wahai ayah, mengapa membawa-bawa nama rasul?"

Akhirnya Said berkata, "Lamaran ke atasmu ini adalah perintah Rasulullah."

Maka Zulfah istighfar beberapa kali dan menyesal atas kelancangan perbuatannya itu dan berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah, kenapa sejak tadi ayah berkata bahawa yang melamar ini Rasulullah, kalau begitu segera aku harus dinikahkan dengan pemuda ini. Kerena ingat firman Allah dalam
Al-Qur'an surah An Nur 24 : Ayat 51. "Sesungguhnya jawaban orang-orang mukmin, bila mereka dipanggil kepada Allah dan Rasul-Nya agar rasul menghukum (mengadili) diantara mereka ialah ucapan. Kami mendengar, dan kami patuh/taat". Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung. (Surah An Nur ayat 51)"

Zahid pada hari itu merasa jiwanya melayang ke angkasa dan baru kali ini merasakan bahagia yang tiada taranya dan segera melangkah pulang. Sampai di masjid ia bersujud syukur. Rasulullah yang mulia tersenyum melihat gerak-gerik Zahid yang berbeda dari biasanya.

"Bagaimana Zahid?"

"Alhamdulillah ia diterima ya Rasulullah," jawab Zahid.

"Sudah ada persiapan?"

Zahid menundukkan kepala sambil berkata, "Ya Rasulullah, kami tidak memiliki apa-apa."

Akhirnya Rasulullah menyuruhnya pergi ke Abu Bakar, Uthman, dan Abdurrahman bin Auf. Setelah mendapatkan wang yang cukup banyak, Zahid pergi ke pasar untuk membeli persiapan perkawinan. 

Dalam keadaan itu jugalah Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam menyeru umat Islam untuk menghadapi kaum kafir yang akan menghancurkan Islam.

Ketika Zahid sampai di masjid, dia melihat kaum Muslimin sudah siap-siap dengan kelengkapan senjata, Zahid bertanya, "Ada apa ini?"

Sahabat menjawab, "Wahai Zahid, hari ini orang kafir akan menghancurkan kita, maka apakah engkau tidak mengetahui?" .

Zahid istighfar beberapa kali sambil berkata, "jika begitu kelengkapan nikah ini akan aku jual dan akan ku beli kuda yang terbaik."

Para sahabat menasihatinya, "Wahai Zahid, nanti malam kamu berbulan madu, tetapi engkau hendak berperang?"

Zahid menjawab dengan tegas, "Itu tidak mungkin!"

Lalu Zahid menyitir ayat sebagai berikut, "Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih baik kamu daripada cintakan Allah dan Rasul-Nya (dengan) berjihad di jalan-Nya. Maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik." (Surah At Taubah ayat 24).

Akhirnya Zahid (Aswad) maju ke medan pertempuran dan mati syahid di jalan Allah.

Rasulullah berkata, "Hari ini Zahid sedang berbulan madu dengan bidadari yang lebih cantik daripada Zulfah."

Lalu Rasulullah membacakan Al-Qur'an;
"Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur dijalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki. Mereka dalam keadaan gembira disebabkan kurnia Allah yang diberikan-Nya kepada mereka, dan mereka bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal dibelakang yang belum menyusul mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Surah Ali Imran ayat 169-170).

"Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang gugur di jalan Allah, (bahwa mereka itu) mati, bahkan (sebenarnya) mereka itu hidup, tetapi
kamu tidak menyadarinya. " (Surah Al Baqarah ayat 154).

Pada saat itulah para sahabat menitiskan air mata dan Zulfah pun berkata, "Ya Allah, alangkah bahagianya calon suamiku itu, jika aku tidak dapat mendampinginya di dunia, maka izinkanlah aku mendampinginya di akhirat."

HIKMAH
Mudah-mudahan bermanfaat dan boleh menjadi renungan buat kita bahwa, "Untuk Allah di atas segalanya dan mati sebagai as syuhada." Jazakumullah..





Balasan Allah Kerana Menghina Nabi SAW

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah, 
Perjuangan Rasulullah SAW  berdepan dengan pelbagai rintangan dan kesukaran. Terutama sekali tentangan dari kafir Quraisy Makkah. Lebih mengharukan apabila Rasulullah SAW  turut dibenci dan dimusuhi bapa saudaranya sendiri Abu Lahab.

Walhal sebelum itu Abu Lahab tidak pernah memarahi atau membenci Rasulullah SAW. Bahkan hubungan kekeluargaan sangat erat, perkahwinan dua anak lelakinya Utbah dan Utaibah dengan dua orang puteri Rasulullah SAW  iaitu Ruqaiyah dan Ummi Kaltsum.

Tetepi selepas baginda SAW diangkat menjadi Rasul, Abu Lahab menjadi orang yang paling kuat menentang Rasulullah SAW. Dia juga bertindak menyuruh kedua-dua orang anaknya menceraikan isteri masing-masing.

Ternyata Utbah dan Utaibah berpihak kepada ayah mereka. Berani pula Utaibah menunjukkan sikap kurang ajar kepada bekas bapa mertuanya. Dengan angkuh dan sombong dia mengherdik Rasulullah SAW, "Wahai Muhammad! Aku ceraikan puterimu dan aku tinggalkan agamamu. Aku tidak akan mengikutmu lagi."

Walaupun terguris hati dengan tindakan biadab itu, Rasulullah SAW. menerimanya dengan lapang dada. Semua kehendak Allah SWT. Dia memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki-Nya.

Suatu masa , Utaibah mengikut satu kafilah dagang yang hendak pergi berniaga ke negeri Syam. Ditengah perjalanan rombongan itu terserempak dengan seekor harimau yang sangat besar.

Sangat menghairankan kerana harimau itu hanya merenung ke arah Utaibah seorang. Ia seperti tidak menghiraukan peserta kafilah yang lain. Dengan bantuan rakan-rakan Utaibah terselamat daripada di ganggu oleh harimau tersebut.

Tetapi harimau itu tidak lari jauh. Tanpa disedari semua peserta rombongan, rupa-rupanya mereka sedang diekori. Sampai menjelang tengah malam semasa rombongan berhenti rehat, harimau itu masih memerhatikan mangsanya.

Apabila semua peserta rombongan sudah lena dalam keletihan masing-masing, haiwan pemangsa itu pun menyerang Utaibah dan membahamnya, dia tidak sempat hendak menyelamatkan dirinya di tengah-tengah malam yang gelap gelita.

Demikianlah balasan Allah kepada orang yang derhaka. Utaibah bukan sahaja tidak mahu beriman, bahkan dia turut menghina Rasulullah SAW. Akhirnya Allah SWT pun membalas kejahatan Utaibah didunia ini lagi sebelum membalasnya di akhirat.

Sahabat yang dimuliakan,
Pengajaran yang boleh kita dapati daripada kisah di atas adalah :

1. Sesiapa yang cuba menghina Nabi SAW atau menghina Islam akan mendapat kutukan dan bala (balasan) daripada Allah SWT di dunia lagi. Contoh yang jelas berlaku kepada Mustafa Kamala Ataturk yang telah menukar sistem perundangan Islam di Turki kepada sistem sekular barat akhirnya sebelum mati di seksa dengan demam yang terlampau panas hingga menjerit-jerit kesakitan dan apabila jenazahnya hendak dikebumikan bumi menolaknya dan tidak mahu menerima jenazah yang derhaka kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.

2. Dalam kita berdakwah dan menyeru kepada Islam perlulah kepada sifat sabar yang tinggi kerana yang akan menentang dakwah kita bukan sahaja orang luar tetapi berlaku dikalangan ahli keluarga sendiri.





Kisah Pengajaran : Wanita Menjaga Keberkatan Rezeki.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Allah SWT  menjamin rezeki makhluknya. “Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi, melainkan Allahlah yang akan memberi rezekinya.” (Surah Hud ayat 6).

Sumber rezeki sangatlah luas dan dalam. Seluas bentangan bumi dan kedalaman samudera. Setiap jengkal hamparan bumi dan laut terdapat rezeki yang boleh dicari. Masalahnya, kerap kali manusia lebih berorientasi menunggu rezeki daripada menjemputnya. Mereka lebih mementingkan selera peribadi dalam memilih sumber rezeki yang mana mahukan sesuatu rezeki itu datang tanpa berusaha mendapatkannya.

Keberkatan rezeki adalah satu kurniaan Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang menjaga perkara haram dan syubahat.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Makanan untuk seorang mencukupi untuk dua orang, makanan untuk dua orang mencukupi untuk empat orang dan makanan untuk empat orang mencukupi untuk lapan orang." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rezeki yang berkat menjadikan seseorang itu berasa cukup dan tenang walau pun bukan hidup dalam kemewahan.

Rezeki yang berkat adalah rezeki yang dicari dengan titik peluh sendiri, bukan dengan cara menunggu pemberian daripada orang lain seperti meminta sedekah, derma dan sebagainya padahal tubuh badan masih lagi kuat dan sihat. Hal ini amat dilarang keras oleh Islam kerana ia merupakan perbuatan yang memalukan dan menghinakan.

Islam menekankan setiap muslim supaya bekerja keras mencari rezeki dengan menggunakan semua potensi dan kekuatan tulang empat kerat. Elakkan daripada meminta secara hina.  Ambillah iktibar daripada kisah sebuah hadis riwayat Imam Al-Bukhari yang menceritakan berkenaan Hakim bin Hizam yang sering meminta-minta kepada Rasulullah SAW.

Setiap kali dia meminta kepada Rasulullah SAW, baginda akan memberikannya. Namun setelah tiga kali dia datang meminta, baginda bersabda maksudnya : “Wahai Hakim, sesungguhnya harta di dunia ini memang indah dan manis, barang siapa yang mengambil harta di dunia dengan hati yang lapang yakni tidak bercampur dengan sifat ketamakan, nescaya akan dilimpahkan keberkatan dalam hartanya itu, tetapi barang siapa yang mengambil harta dunia dengan ketamakan, pasti tidak ada keberkatan dalam harta yang diperolehinya itu. Orang yang sedemikian ini adalah ibarat orang yang makan dan tidak pernah kenyang perutnya. Tangan yang di atas adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah iaitu orang yang menerima pemberian berkenaan.”

Setelah Hakim mendengar akan teguran dan nasihat Rasulullah SAW berkenaan sikapnya yang suka meminta-minta, sejak dari itu dia tidak lagi meminta-minta kepada sesiapa pun meskipun dia berada dalam kekurangan.

Inilah sikap terpuji yang patut dicontohi oleh kita semua. Janganlah kita menjadikan sebab kekurangan hasil pendapatan sebagai alasan untuk meminta-minta bantuan semata-mata bagi memenuhi keperluan hidup yang tidak mencukupi.

Sahabat yang dimuliakan,
Terdapat satu kisah berlaku dizaman Imam Ahmad bin Hanbal (Imam Hanbali) bagaimana seorang wanita solehah (ibu tunggal) cukup menjaga keberkatan rezeki yang diperolehi.

Selepas solat Asar, Imam Hanbali menasihati orang ramai di dalam masjid. Ketika itu perbualannya terhenti seketika apabila seorang perempuan muda masuk ke dalam masjid menemui Imam Hanbali.

“Wahai Imam Hanbali, dengarkanlah kisah ku ini semoga diriku dan dirimu mendapat keampunan dari Allah. Sesungguhnya saya ini perempuan yang miskin. Saya tidak punya apa-apa kecuali tiga orang anak yang masih kecil.

Hidup saya sungguh melarat, hinggakan kami tidak punya lampu untuk menerangi rumah. Bagi menyara kehidupan kami empat beranak, saya berkerja memintal benang pada waktu malam dan menjualnya di pasar pada siang hari.”

“Dimanakah suami kamu?’ soal Imam Hanbali.

“Dia antara mereka yang menentang Khalifah al-Muktasim yang zalim itu. Dia gugur syahid dalam satu pertempuran dengan pasukan tentera yang hendak menangkap mereka. Sejak itu kami hidup melarat.” jawab wanita itu.

“Teruskan cerita kamu.” pinta Imam Hanbali.

“Disebabkan rumah saya tidak ada lampu, maka saya terpaksa menunggu sehingga bulan mengambang barulah saya dapat memintal benang.” kata wanita itu.

“Pada suatu malam, ada kafilah dagang dari Syam datang lalu singgah bermalam berhampiran dengan rumahku. Mereka membawa lampu yang banyak sehingga menerangi rumahku. Kesempatan ini digunakan untuk aku memintal benang dengan bantuan cahaya lampu mereka.”

“Persoalannya, apakah hasil jualan benang yang dipintal itu daripada lampu mereka itu halal untuk digunakan?” soal wanita itu setelah menceritakan dengan panjang lebar permasalahannya.

“Siapakah kamu wahai wanita muda yang begitu mengambil berat tentang hukum agama di saat manusia begitu kikir dengan hartanya?’ soal Imam Hanbali dengan penuh kekaguman.

“Saya adalah adik kepada Basyar Al Hafis yang telah meninggal dunia.” jawab wanita itu.

Mendengar jawapan itu, Imam Hanbali berasa sebak dan tersedu-sedu menahan esak. Ini kerana dia teringat dengan Basyar, seorang gabenor yang beriman dan beramal soleh.

“Sesungguhnya, saya takut dengan azab Allah. Maka berikanlah masa kepada saya untuk menjawab persoalan itu. Baliklah ke rumah dahulu, kemudian datang keesokan harinya.” kata Imam Hanbali.

Keesokan harinya, datang wanita muda itu untuk mendengar jawapan dari Imam Hanbali.

“Wahai wanita solehah, sesungguhnya kain penutup muka yang kamu pakai itu adalah lebih baik dari serban yang aku pakai. Sesungguhnya kamu seorang wanita yang mulia, bertakwa dan penuh takut kepada Allah.”

“Wahai tuan, bagaimana dengan pertanyaan saya semalam?” tanya wanita muda itu.

“Berkenaan dengan itu, sekiranya kamu belum mendapat keizinan daripada rombongan tersebut, maka tidak halal kamu menggunakan wang dari hasil jualan benang yang dibuat menggunakan lampu mereka.” jawab Imam Hanbali.

Wanita itu berasa susah hati mendengarnya. Dia susah hati kerana belum mendapat keizinan dari rombongan tersebut. Beliau sanggup menemui seorang demi seorang rombongan tersebut untuk meminta izin.

Berita tentang wanita solehah itu sampai ke pengetahuan Khalifah al-Mutawakkil. Khalifah begitu kagum dengan wanita tersebut dan menghadiahkan wang sebanyak 10 ribu dinar.

Perempuan itu bertanya kepada Imam Hanbali, adakah wang itu halal digunakan atau tidak.

“Khalifah juga pernah memberikan saya wang sebanyak itu, tapi saya sedekahkan kepada fakir miskin yang saya temui di tengah jalan.” jawab Imam Hanbali.

Maka, wanita solehah itu telah memberi sedekah kepada fakir miskin. Dia hanya mengambil sedikit sahaja wang itu untuk dibelinya lampu bagi menerangi rumahnya.

Sahabat yang dimuliakan,
Bagaimana Allah SWT telah membantu hamba-Nya yang jujur dan ikhlas dan sentiasa berhati-hati di dalam mencari harta yang halal dan diberkati oleh Allah SWT. Berhati-hati supaya tidak ada harta haram yang akan dimakan sehingga menjadi darah daging kepada diri sendiri dan ahli keluarga.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Setiap daging yang tumbuh dari bahan makanan yang haram maka api nerakalah yang lebih layak baginya." (Hadis riwayat Al-Tarmizi) 

Manusia yang masih berani melanggar perintah Allah SWT dan berterusan melakukan maksiat dan kemungkaran secara terang-terangan mahupun tersembunyi untuk mendapatkan rezeki yang haram adalah merupakan manusia yang tidak mempunyai perasaan atau yang telah mati rasa kemanusiaannya, mana-mana manusia yang telah mati rasa kemanusiaannya, sebenarnya mempunyai penyakit jiwa yang parah dan mereka akan sanggup melakukan apa sahaja kemungkaran dan kejahatan demi menunaikan keinginan dan dorongan nafsu syahwatnya yang tidak pernah puas. Sikap dan tindakan ini juga sudah pasti akan mendapat dokongan yanag kuat daripada para iblis dan syaitan.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita cari keberkatan di atas rezeki yang kita cari supaya dengan rezeki yang berkat ini akan melahirkan jiwa yang bersih dan taat kepada Allah SWT dan melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah. Harta yang halal dan berkat juga apabila disedekahkan akan di tambah dan digandakan oleh Allah SWT dijalan yang tidak di sangka-sangka. Sebaliknya pula harta yang haram dan tidak berkat akan menjadikan harta tersebut tidak mencukupi dan akan hilang dan binasa tanpa diduga seperti rugi dalam perniagaan, rumah terbakar, ditipu orang dan habis digunakan untuk berubat sedangkan penyakitnya tidak sembuh-sembuh. Wallahualam.






Keberkatan Hidup Dan Rahmat Allah SWT Di Terima Oleh Anak Yang Soleh Kerana Khidmat Kepada Kedua Ibu bapanya

Sahabat yang dirahmati Allah,
Allah SWT akan membalas jasa  setiap anak yang berbakti kepada kedua ibu bapanya . Ibu bapa telah membesarkannya, memberi nafkah dan memberi pendidikan sehingga seorang anak mampu berdikari, mempunyai pekerjaan dan membena keluarga sendiri. Seorang anak lelaki walaupun sudah berkeluarga tetap tanggungjawab kepada kedua ibu bapanya sekiranya mereka masih hidup dan memerlukan bantuannya.

Besar pahala di sisi Allah SWT khidmat anak menguruskan keperluan makan minum, tempat tinggal dan rawatan perubatan (jika mereka berpenyakit) kepada orang tuannya. Anak-anak seperti ini berkat hidupnya, murah rezekinya dan sentiasa dirahmati Allah SWT, kehidupannya berbahagia dan anak-anaknya pula akan berbakti kepada nya apabila dia telah menjangkau usia tua.

Terdapat satu kisah dahulu kala yang baik dijadikan pengajaran bagaimana doa ibu bapa yang beriman lagi soleh kepada anaknya yang taat setia dan sanggup berkorban untuk mereka telah  dimakbulkan oleh Allah SWT. Beliau telah mendapat nikmat rezeki yang tiada disangka-sangka dan tida tolok bangingnya di dunia ini lagi sebelum balasan syurga yang akan diterimanya di hari akhirat nanti.

Pada suatu hari Nabi Allah Sulaiman telah menerima wahyu daripada Allah supaya pergi ke tepi pantai untuk menyaksikan suatu benda yang ajaib yang akan ditunjukkan kepada Nabi Sulaiman. Setelah bersiap sedia, Nabi Sulaiman berangkat ke tepi pantai yang di nyatakan di dalam wahyu. Baginda di iringi oleh kaum jin, manusia dan binatang.

Setibanya di pantai, Nabi Sulaiman terus mengintai- ngintai untuk mencari sesuatu seperti yang dikatakan oleh Allah. Setelah lama mencari ,baginda belum lagi menjumpai apa-apa. Kata salah seorang daripada mereka "Mungkin tersalah tempat". Tetapi baginda menjawab "Tidak, di sinilah tempatnya".

Nabi Sulaiman mengarahkan Jin Ifrit supaya menyelam kedalam laut untuk meninjau apa-apa yang pelik atau ajaib. Jin Ifrit menyelam agak lama juga barulah ia kembali kepada Nabi Sulaiman dan memaklumkan bahawa dia tidak menjumpai apa-apa benda yang ajaib.

Tanya Nabi Sulaiman "Apakah kamu menyelam sehingga dasar laut" Jawab Jin Ifrit "Tidak". Nabi Sulaiman pun mengarahkan Jin Ifrit yang kedua supaya menyelam sehingga ke dasar laut. Setelah puas menyelam dan mencari benda-benda yang di katakan oleh Nabi Sulaiman, Jin Ifrit yang kedua juga tidak menjumpai apa-apa yang ajaib dan ia melaporkan kepada Nabi Sulaiman.

Perdana Menterinya yang bernama Asif bin Barkhiya telah berbisik ke telinga Nabi Sulaiman dan memohon kebenaran untuk menolongnya. Setelah mendapat izin Nabi Sulaiman, dia membaca sesuatu dan terus menyelam ke dalam laut. Tidak lama kemudian Asif menjumpai sebuah kubah yang sangant cantik. Kubah tersebut mempunyai empat penjuru, setiap penjuru mempunyai pintu. Pintu pertama diperbuat daripada mutiara, pintu kedua diperbuat daripada zamrud berwarna merah, pintu ketiga diperbuat daripada jauhar dan pintu keempat diperbuat daripada zabarjad. Pintu-pintu tersebut terbuka luas, tetapi yang peliknya air tidak masuk kedalam kubah tersebut walaupun pintunya terbuka luas.

Dengan kuasa yang diberikah oleh Allah, Asif dapat membawa kubah tersebut naik ke darat dan diletakkan di hadapan Nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman melihat kubah tersebut dengan penuh takjub di atas kebesaran Allah. Baginda berangkat untuk melihat kubah tersebut, setelah menjenguk ke dalam di dapati ada seorang pemuda berada di dalamnya. Pemuda tersebut masih belum sedar walaupun kubahnya telah diangkat ke darat kerana asyik bermunajah kepada Allah.

Nabi Sulaiman memberi salam kepada pemuda tersebut. Pemuda tersebut menyambut salam dengan perasaan terkejutnya apabila melihat orang ramai sedang berada disitu. Nabi Sulaiman memperkenalkan dirinya kepada pemuda itu bahawa beliau adalah Nabi Allah Sulaiman.

Pemuda itu bertanya "Dari manakan mereka ini dan bagaimana mereka datang?". Pemuda itu merasa kehairan dan setelah menjenguk keluar dia mendapati bahawa kubahnya telah berada di darat. Nabi Sulaiman memberitahu pemuda itu bahawa mereka datang kerana diperintahkan oleh Allah untuk melihat keajaiban yang dikurniakan Allah kepadanya.

Setelah mendapat izin dari pemuda itu Nabi Sulaiman meninjau ke dalamnya untuk melihat benda yang ajaib yang dihiasi di dalamnya. Keindahan yang terdapat di dalam kubah itu sungguh menakjubkan. Nabi Sulaiman bertanya kepada pemuda tersebut bagaimana dia boleh berada di dalam kubah ini yang terletak di dasar laut.

Pemuda tersebut menceritakan bahawa dia telah berkhidmat kepada kedua ibu bapanya selama 70 tahun. Bapanya seorang yang lumpuh manakala ibunya pula seorang yang buta. Suatu hari ketika ibunya hendak meninggal dunia, ibunya memanggilnya dan memaklumkan bahawa ibunya telah rela diatas khidmat yang diberikan olehnya.

Ibunya berdoa kepada Allah supaya anaknya dipanjangkan umur dan sentiasa taat kepada Allah. Setelah ibunya meninggal dunia, tidak lama kemudian bapanya pula meninggal dunia.

Sebelum bapanya meninggal dunia, bapanya juga telah memanggilnya dan memaklumkan bahawa dia juga telah rela diatas khidmat yang diberkan olehnya. Bapanya telah berdoa sebelum meninggal dunia supaya anaknya di letakkan di suatu tempat yang tidak dapat diganggu oleh syaitan.

Doa kedua dua orang tuanya telah dimakbulkan oleh Alllah. Pada sutau hari ketika pemuda tersebut bersiar-siar di tepi pantai ia terlihat sebuah kubah yang sedang terapung-apung di tepi pantai. Ketika pemuda tadi menghampiri kubah tersebut . Ada suara menyeru supaya pemuda itu masuk ke dalam kubah tersebut. Sebaik sahaja ia masuk kubah dan meninjau di dalamnya tiba-tiba ia bergerak dengan pantas dan tenggelam ke dasar laut. Tidak lama kemudian muncul satu lembaga seraya memperkenalkan bahawa dia adalah malaikat yang di utuskan Allah. Malaikat itu memaklumkan bahawa kubah itu adalah kurniaan Allah kerana khidmatnya kepada orang tuannya dan beliau boleh tinggal di dalamnya selama mana dia suka, segala makan dan minum akan dihidangkan pada bila-bila masa ia memerlukannya.

Malaikat itu memaklumkan bahawa dia diperintahkah Allah untuk membawa kubah tersebut ke dasar laut. Semenjak dari itu pemuda tersebut terus bermunajah kepada Allah sehingga hari ini.

Nabi Sulaiman bertanya kepada pemuda itu "Berapa lamakah kamu berada di dalam kubah ini"

Pemuda itu menjawab "Saya tidak menghitungnya tepapi ia mula memasukkinya semasa pemerintahan Nabi Allah Ibrahim a.s lagi".

Nabi Sulaiman menghitung ". Ini bermakna kamu telah berada didalam kubah ini selama dua ribu empat ratus tahun". Nabi Sulaiman berkata "Rupa mu tidak berubah malah sentiada muda walaupun sudah dua ribu empat ratus tahun lamanya".

Nabi Sulaiman bertanya pemuda itu samada dia mahu pulang bersamanya".

Jawab pemuda tadi "Nikmat apa lagi yang harus aku pinta selain daripada nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada ku ini".

Nabi Sulaiman bertanya"Adakah kamu ingin pulang ke tempat asal mu" Jawab pemuda itu "Ya, silalah hantar aku ke tempat asalku".

Nasi Sulaiman pun memerintahkan Perdana Menterinya membawa kubah tersebut ketempat asalnya.

Setelah kubah tersebut diletakkan ketempat asal, Nabi Sulaiman berkata kepada kaumnya "Kamu semua telah melihat keajaiban yang dikurniakan oleh Allah. Lihatlah betapa besar balasan yang Allah berikan kepada orang yang taat kepada orang tuanya dan betapa seksanya orang yang menderhakan kepada kedua ibu bapanya".

Nabi Sulaiman pun berangkat pulang ketempatnya dan bersyukur kepada Allah Taala kerana telah memberi kesempatan kepadanya untuk menyaksikan perkara yang ajaib.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita berkhidmat kepada kedua ibu bapa kita sekiranya mereka masih hidup seandainya mereka sudah meninggal dunia banyakkan bersedekah dan berdoa untuk mereka.







No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML