Showing posts with label ARTIKEL. Show all posts
Showing posts with label ARTIKEL. Show all posts

Thursday, March 20, 2014

PERANAN NUQABA

Sejak alam sekolah lagi rata-rata pelajar yang menuntut di institusi pengajian yang menitik-beratkan soal agama akan ada aktiviti berkelompok yang dinamakan sebagai usrah. Kelompok seperti ini bukan hanya didedahkan pada peringkat persekolahan.



Bahkan hingga ke alam pekerjaan dan pencen. Hal ini jelas menunjukkan bahawa usrah menjadi satu perkara yang amat penting. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang inginkan sebuah tarbiah yang berterusan.

Kelompok ini terdiri daripada 3 elemen penting :

1) Naqib ( Ketua kumpulan )

2) Ahli Usrah ( Anak buah kumpulan )

3) Manhaj ( produk atau pembawakan )

Apa yang ingin difokuskan pada hari ini ialah elemen yang terpentingan dalam melaksanakan kerja murni ini iaitu naqib.

Naqib adalah teras jemaah kerana ia memiliki hak tarbiyah, takwin, pengambilan baiah, pembentukan qiadah, dan membuat keputusan. Sila rujuk karya Said Hawa, Al Madkhal Ila Al-Muslimin : Hal 95-96

PENGERTIAN NUQABA'

Naqib berasal dari perkataan نقب على القوم- نقابة maknanya صار نقيبا عليهم، اى قام شخص برعاية شئونهم

ertinya : Seorang yang mengurus dan mengendalikan urusan masyarakat.

Firman Allah Taala : Al-Maidah : 12

"ولقد أخذ الله ميثاق بني إسرءيل وبعثنا منهم اثنى عشر نقيبا وقال الله إني معكم....."

Perkataan naqib maknanya كبير القوم المعنى بشئونهم ertinya : Pemimpin masyarakat yang bertanggungjawab tentang urusan mereka.

Naqib di dalam Harakah Islamiah bermaksud :

Seorang ahli jamaah yang mempunyai kelayakan thaqafah, keistimewaan (khasais) dan komitmen (iltizamat) yang mantap dan diamanahkan untuk memimpin dan mentarbiyah ahli-ahli jamaah mengikut wasilah-wasilah tertentu (umum dan khusus).

As-Sheikh Said Hawwa membahagikan ahli jamaah kepada empat peringkat :

Pertama :الأنصار

Kedua : المجاهدين العاملين

Ketiga : النقباء

Keempat :النواب

NUQABA' DALAM KACAMATA JAMAAH ISLAM

Di dalam bahagian ini saya akan menggambarkan kedudukan nuqaba sebagai sebuah institusi / markaz yang amat penting dalam jamaah Islam. Nuqaba / Naqibat merupakan tenaga penggerak yang amat penting dalam jamaah, sebab itu jamaah tidak akan memiliki kekuatan sekiranya berlaku kepincangan di dalam institusi nuqaba.

Kelemahan para nuqaba' dalam memandu usrah dengan baik akan memberi kesan kepada arah perjuangan yang ingin dipimpin untuk anak buah mereka. Apabila perkara ini berlaku, maka timbullah cabang permasalahan lain seperti usaha untuk membina suasana tarbiyah rohaniah yang cukup penting dalam sebuah gerakan.

Begitu juga dengan kekuatan jasmani dan thaqafah mereka. Akhirnya, ahli-ahli usrah lemah dan tidak mampu untuk melaksanakan mandat-mandat dan kehendak jama'ah dengan sebaiknya.

Dengan itu kreadibiliti para nuqaba' memberikan satu kesan yang amat besar kepada pembentukan anak buah usrah ke arah yang berkualiti. Proses pentarbiahan ini perlu dimulai dengan sikap para nuqaba' itu sendiri. Barulah kita boleh menceritakan masalah anak buah usrah.

Kedudukan para nuqaba' di dalam saf jama'ah

Perlu kita ketahui, nuqaba' sebenarnya berada di posisi yang amat penting dalam sebuah jama'ah. Para nuqaba' diibaratkan seperti sepohon pokok yang baik dan berguna kepada manusia dan alam seluruhnya. Konteks ini dapat dilihat melalui firman Allah Taala di dalam surah Ibrahim ayat 24 yang bermaksud,

Ini bererti para nuqaba' merupakan pokok-pokok tersebut yang menghiasi taman-taman gerakan Islam. Namun, pokok ini tidak mampu tumbuh mekar dan megah sehingga mampu menghiasi sebuah taman tanpa keutuhan beberapa ikatan yang perlu dijaga dengan baik.

 Ikatan iman dan amal

 Ikatan ukhuwwah dan mahabbah.

 Ikatan saling hormat-menghormati

 Ikatan kerjasama dan jihad

 Ikatan syura

 Ikatan taaruf, tafahum dan takaful

 Ikatan perasaan

PERANAN PARA NUQABA'

Setelah kita ketahui akan maksud dan posisi sebenar para nuqaba'. Maka dapatlah difahami bahawa para nuqaba' merupakan :

1) Madrasah-madrasah kecil (usrah atau medan indoktrin school of thought jemaah) kepada jamaah bagi menyalurkan maklumat ilmu dan tarbiah kepada ahli-ahli mengikut manhaj / muqarrar yang ditentukan oleh jamaah.

2) Mursyid, tempat rujuk dan bernaung kepada ahli-ahli jamaah dalam melicinkan perjalanan hidup mereka terutama dalam memahami erti sebuah jama'ah.

3) Cermin dan tempat mengukur kekuatan dan kemantapan jamaah dan ahli-ahli. Sekiranya Nuqaba/ Naqibat lemah, maka kita dapat bayangkan realiti jamaah dan ahli-ahli .

4) Benteng pertama dan golongan teras(al-Qaedah as-Sulbah) kepada jamaah dalam mempertahankan kekuatan dari serangan dan tekanan-tekanan musuh dari luar.

5) Tentera-tentera jamaah yang bertanggungjawab mengawal keselamatan sempadan jamaah dari dicerobohi oleh syaitan dan musuh-musuh.

6) Pengawal-pengawal yang bekerja mengawal keselamatan dalaman jamaah dari sebrang anasir-anasir yang boleh menghuru-harakan kestabilan organisasi dan ahli-ahli atau pergerakan dalaman jamaah.

CIRI-CIRI ASAS PARA NUQABA'

CIRI PERTAMA

Ciri-ciri Murabbi :

Naqib ialah seorang Murabbi yang mempunyai syakhsiah yang unggul, semangat dan kesungguhan yang tinggi untuk mentarbiah, melatih, mendidik, membina akhlak, sikap dan perjalanan hidup ahli-ahli sehingga mampu memikul amanah perjuangan di semua peringkat. Para Murabbi adalah orang-orang yang tidak mengenal putus asa, malah menghadapi tugas-tugas pentarbiahan dengan meletakkan sepenuhnya pergantungan kepada pertolongan dan hidayah Alaah Taala.

CIRI KEDUA

Ciri-ciri guru atau mu'alim :

Naqib adalah seorang mu'alim yang mempunyai persiapan ilmu dan thaqafah yang luas, memiliki semangat yang tinggi untuk mencurahkan seluruh ilmu pengetahuan kepada ahli-ahli usrah dan membimbing mereka di dalam bidang keilmuan.

Ditegaskan di sini bahawa para Nuqaba' hendaklah mendalami pembacan dan pengetahuan tentang Fiqh Dakwah, gerakan dan jemaah-jamaah, Fiqh Al-Bina dan At-Taqwim.

CIRI KETIGA

Ciri seorang bapa atau ibu (Al-Ab atau Al-Umm) :

Naqib adalah seorang bapa atau ibu (yang bertanggungjawab) menumpukan sepenuhnya perhatian, kasih sayang, belaian mesra kepada anak-anaknya dengan menaruh harapan yang tinggi agar anak-anaknya menjadi manusia yang berguna dan berjasa kepada mereka setelah dewasa nanti.

Sifat-sifat seperti ini mesti dimiliki oleh para Nuqaba'. Segala tindak-tanduk Naqib adalah bermula dari rasa kasih sayang dan kasih mesra dengan niat mendidik ahli-ahli usrah supaya berjasa kepada Islam.

CIRI KEEMPAT

Ciri al-akh al-Muslim :

Naqib adalah seorang al-akh al-Muslim yang sejati yang hidup bersama dengan ahli-ahli usrah di atas landasan persaudaraan Islam, bersedia memberi teguran dengan baik dan menerima nasihat dan pandangan dengan rasa senang hati( salamah as-sadr )

Berdasarkan semua perkara ini, benarlah betapa besarnya peranan para nuqaba' selaku pembentuk dan pengacu ahli usrah ke arah memahami konsep pembawakan dan kefahaman Islam yang sebenar.
Read More

20 KEFAHAMAN BAGI MEREKA YANG BERIMAN

Artikel ini dipetik daripada kertas kerja yang bertajuk "Memahami Erti Berakidah Dengan Sebenar", yang telah dikarang oleh IBNU FADZIL sendiri. Kertas kerja ini pernaH DIbentangkan di Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig, Mesir, sempena program Ijtima' Thaqafah Zagazig di sana. Kertas kerja ini juga hasil rumusan dan ringkasan daripada beberapa kitab penting, antaranya Usul 20, Imam Hassan al Banna.

Di dalam menjelaskan tentang kefahaman tentang akidah yang sebenar, kita perlulah melihat dan memahami perkara-perkara yang disentuh oleh Islam, iaitu :

- Kesempurnaan Islam
- Sumber asas hukum-hakam Islam
- Hakikat iman
- Siasah Syar’iyyah
- Masalah khilafiah
- Perkara-perkara bid’ah
- Martabat orang soleh dan alim ulama’
- Berinteraksi dengan al Quran dan Sunnah
- Asas amal
- Memartabat ilmu dan fungsi akal
- Isu kafir mengkafir

Justeru, daripada 11 perkara ini, terbentuklah 20 kefahaman tentang akidah yang sebenar. 20 perkara ini perlu difahami dan diamalkan setetelah kita mengetahui bahawa kita sudah beriman dengan keimanan yang sebenar. 20 perkara yang perlu difahami dan dilakukan tersebut ialah :


1. MEMAHAMI PENGERTIAN ISLAM YANG SEBENAR

Saya hendaklah memahami bahawa Islam adalah sistem lengkap yang merangkumi keseluruhan aspek kehidupan. Iaitu :

- Islam adalah negara dan tanah air, atau kerajaan dan ummah.
- Akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan.
- Kebudayaan undang-undang atau ilmu dan kehakiman.
- Material dan harta atau usaha dan kekayaan.
- Jihad dan dakwah atau tentera dan fikrah.
- akidah yang benar dan ibadah shahih.

Islam bukan hanya bersolat, atau membayar zakat sahaja. Islam juga bukan hanya menuntut ilmu semata-mata sambil membiarkan kerosakan berleluasa. Maka, saya tidak dibenarkan memecahkan Islam itu kepada beberapa pecahan kecil.

2. MEMAHAMI BAHAWA AL QURAN DAN HADIS ADALAH SUMBER UTAMA

Saya hendaklah memahami bahawa Al Quran dan hadis adalah sumber rujukan untuk mengetahui hukum hakam Islam,

- Al Quran difahami menurut kaedah-kaedah Bahasa Arab dengan tidak memberatkan mahupun meringankan. Maka, ia hanya boleh ditafsirkan oleh mereka yang berkelayakan sahaja. Bukan semua orang bebas menafsirkan al Quran sesuka hati.

- Hadis pula difahami melalui penjelasan ahli-ahli hadis yang dipercayai. Hadis juga tidak boleh ditafsirkan oleh mereka yang tidak berkelayakan, dengan sesuka hati mereka.

Maka, saya perlulah menjadikan al Quran dan hadis itu sebagai sumber utama saya.


3. MEMAHAMI ANTARA HIDAYAH ALLAH DAN KESESATAN SYAITAN

Saya hendaklah memahami bahawa, Iman yang sebenar, ibadat yang sahih dan kesungguhan (mujahadah) adalah cahaya dan kemanisan yang dilimpahkan oleh Allah ke dalam hati sesiapa yang dikehendakinya dari kalangan hambaNya. Inilah yang dinamakan sebagai hidayah daripada Allah.

Manakalah ilham, lintasan hati, kasyaf dan mimpi bukanlah menjadi dalil kepada hukum-hukum syariat. Ia hanya diterima apabila perkara tersebut tidak bertentangan dengan hukum syariat dan dalil-dalilnya. Sekiranya bertentangan, maka segeralah menolaknya.

Maka, saya perlulah mendapatkan hidayah Allah SWT ini, dan berhati-hati daripada bisikan syaitan yang berusaha memperdayakan saya.


4. MEMAHAMI AMALAN YANG BERCANGGAH DENGAN DALIL DAN MENOLAKNYA

Saya hendaklah memahami bahawa jampi, mentera, tangkal, dakwaan mengetahui perkara-perkara ghaib, dan sesiapa yang tergolong dalam kemungkaran ini, wajib diperangi, kecuali ianya adalah ayat-ayat al Quran dan sesuatu yang diterima oleh Rasulullah SWT.

Contohnya menggunakan jampi dengan ayat-ayat al Quran yang dibaca dengan betul. Ini kerana sihir boleh dibuat dengan menterbalikkan ayat al Quran, dan ia bercanggah dengan Islam dan wajib diperangi. Bahkan terdapat beberapa doa yang diajar oleh Nabi SAW sebagai panduan kita. Maka, perangilah mereka yang bercanggah dengan al Quran dan Hadis dengan amalan tangkal, jampi dan sebagainya.

Maka, saya perlulah mengamalkan amalan yang dibenarkan oleh syara’ sahaja. Saya juga perlu menghindarkan diri daripada melakukan sesuatu yang bercanggah dengannya.


5. MEMAHAMI ETIKA BERPOLITIK YANG SEBENAR

Saya hendaklah memahami bahawa pandangan ketua dan timbalannya dalam perkara yang tiada dalil tentangnya, perkara yang boleh diertikan dengan pelbagai pengertian, dan perkara yang berkaitan dengan keperluan umum, semuanya boleh diterima selagi mana ia tidak bertentangan dengan kaedah syara’.

Pandangan ketua dan timbalannya berada dalam tiga bentuk ini, iaitu :

- Berdasarkan dalil al Quran atau Hadis yang dijadikan sebagai sistem
- Pandangan ulama’ yang terdapat perbezaan. Maka, ketua akan memilih salah satu daripada beberapa pandangan tersebut untuk dijadikan sebagai sistem.
- Berdasarkan keperluan, iaitu dengan mendapatkan kebaikan, dan menolak kerosakan.

Contohnya etika musyrif yang tiada dalil yang ulama’ berselisih pandangan tentang mewajibkannya. Maka, PMRAM memilih pandangan yang mewajibkannya kerana ia adalah satu keperluan untuk mengelak kerosakan.

Asalkan tidak bercanggah dengan al Quran dan Hadis. Maka, selagi mana pandangan atau arahannya tidak bercanggah dengan kedua-duanya, saya wajib mematuhinya.


6. MEMAHAMI ERTI PANDANGAN YANG DITERIMA DAN PERBEZAAN PANDANGAN

Saya hendaklah memahami bahawa kata-kata seseorang boleh diterima atau ditolak, melainkan kata-kata Rasulullah SAW yang terpelihara daripada dosa. Manakala kata-kata ulama’ salaf mesti diterima jika bersesuaian dengan al Quran dan Hadis. Jika tidak, maka al Quran dan hadislah yang perlu dijadikan ikutan yang utama.

Kita juga dilarang daripada mengecam atau mencela mana-mana individu berkenaan dalam masalah “khilafiah”. Kita serahkan mereka berdasarkan niat mereka yang telah menyuarakan sesuatu dengan apa yang mereka telah kemukakan. Sekiranya mereka berniat baik, maka mereka diberi ganjaran yang sepatutnya. Sekiranya tidak, maka Allah SWT lebih mengetahui.

Maka, saya perlulah menerima pandangan sesiapa sahaja yang selari dengan Rasulullah SAW. Sekiranya bercanggah, maka saya perlu menolaknya. Saya juga perlu memahami bahawa pandangan yang tidak bercanggah dengan Rasulullah SAW itu, kadangkala terdapat perbezaan. Maka, selagi mana ia tidak bercanggah dengan Rasulullah SAW, saya perlu menghormati pandangan tersebut.


7. MEMAHAMI ERTI BERMAZHAB DAN BERIJTIHAD

Saya hendaklah memahami bahawa seseorang muslim yang ilmunya belum mencapai tahap mampu mengeluarkan hukum daripada dalil-dalil dalam hukum-hukum yang bersifat cabang, sewajarnya ia mengikut mana-mana Imam Mazhab. Bahkan dia sepatutnya berusaha untuk mengetahui dalil-dalil imam mazhab yang digunakannya.

Dia juga hendaklah menerima pandangan mereka yang layak mengeluarkan dalil, ketika mana dia benar-benar yakin dengan keahlian orang tersebut dalam mengeluarkan dalil. Sekiranya tidak yakin dengan kelayakan seseorang mengeluarkan dalil, maka pandangan orang tersebut tidak wajar diterima. Tetapi, keyakinan tersebut hendaklah berdasarkan ilmu, bukan nafsu semata-mata.

Selain itu, dia juga hendaklah berusaha melengkapkan ilmunya sehingga mencapai tahap mampu mengeluarkan dalil, sekiranya dia adalah seorang yang mampu untuk menuntut ilmu. Maka, saya perlu berpegang dengan mazhab fiqh sekiranya saya belum mampu untuk berijtihad, dan saya perlu berusaha untuk menjadi seorang yang berilmu.


8. MEMAHAMI ERTI KHILAF DAN JANGAN DIJADIKANNYA SEBAB PERPECAHAN

Saya hendaklah memahami bahawa khilaf dalam masalah cabang hukum fiqh, tidak menjadi sebab perpecahan dalam agama dan tidak mendorong perbalahan dan permusuhan, kerana setiap orang yang berijtihad mendapat pahala.

Tiada sebarang halangan untuk melakukan kajian ilmiah (sekadar kajian), dalam masalah khilafiah, selagi mana ia berada dalam keadaan kasih sayang kerana Allah SWT dan bekerjasama menuju kepada kebenaran dan tanpa sebarang unsur pergaduhan yang tercela dan taksub.

Janganlah membuat kajian ilmiah tentang perbezaan pandangan ulama’ untuk memecahbelahkan, atau menghina ulama’. Ini kerana mereka mempunyai ijtihad mereka sendiri. Betul atau salah adalah di sisi Allah SWT. Kita tiada kelayakan untuk mengukur atau membandingkannya.

Maka, saya perlu memahami erti khilaf dan mengelakkan sebarang perpecahan yang timbul. Bahkan, saya juga perlu menghentikan perpecahan tersebut, kerana ia adalah satu keluasan yang diberi oleh Rasulullah SAW.


9. MEMAHAMI PERKARA-PERKARA YANG MENYUSAHKAN DAN PERLU DIABAIKAN

Saya hendaklah memahami bahawa setiap perbincangan masalah yang tidak menghasilkan sebarang amalan, adalah termasuk dalam perkara yang menyusahkan, sedangkan syara’ melarang kita berbuat demikian.

Contohnya,

- Membincangkan hukum-hakam yang tidak realiti
- Membincangkan penafsiran ayat-ayat suci al Quran yang tidak mampu dicapai oleh ilmu
- Membincangkan perbandingan keistimewaan di kalangan para sahabat RA, dan pandangan-pandangan mereka, sedangkan mereka mempunyai kelebihan masing-masing. Bahkan mereka dibalas menurut niat mereka.

Permasalahan tentang ta’wilan adalah satu perkara yang luas. Maka, jangan sempitkan keluasan yang diberi oleh Allah SWT ini. Maka, saya perlulah mempelajari ilmu untuk diamalkan, dan saya perlu meninggalkan perkara-perkara yang mengelirukan dan menyusahkan saya untuk mengamalkannya.


10. MEMAHAMI TENTANG TAUHID DAN MENYUCIKAN ALLAH SWT

Saya hendaklah memahami bahawa mengenal Allah SWT, mentauhidkanNya dan menyucikanNya dari sebarang kekurangan adalah akidah pegangan Islam yang paling tinggi. Ayat-ayat al Quran dan hadis yang menyebut tentang sifat-sifat Allah SWT, dan beberapa perkara yang samar-samar, hendaklah kita beriman dengannya sebagaimana yang disebut di dalam al Quran, tanpa sebarang ta’wilan yang salah dan merosakkan tafsirannya. Contohnya mengatakan Allah SWT itu berjisim dan sebagainya.

Kita juga tidak dibenarkan melibatkan diri dalam perselisihan di kalangan ulama’ dalam masalah ini. Kita hendaklah berasa selesa dengan apa yang diluaskan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat Baginda SAW.

Maksudnya :“Dan orang yang mendalam ilmunya berkata : Kami berima dengan ayat-ayat yang mutasyabihat, bahkan semuanya itu dari sisi Allah SWT (Surah Ali Imran : 7)

Maka, saya perlu mempelajari ilmu Tauhid dan menyucikan Allah SWT daripada unsur-unsur yang tidak layak bagiNya. Bahkan, saya juga dilarang daripada menimbulkan perpecahan dalam masalah perselisihan pandangan di kalangan ulama’ dan saya perlu menghormati mereka.


11. MEMAHAMI ERTI BID’AH YANG SESAT

Saya hendaklah memahami bahawa semua bid’ah yang direka dalam perkara yang berkait dengan Agama Allah SWT, tanpa sebarang dalilnya, walaupun ia dianggap baik oleh manusia, adalah sesuatu yang wajib diperangi. Ia berlaku samada berbentuk pengurangan terhadap syariat, atau penambahan. Contohnya memuja kubur yang tiada dalil yang membenarkannya, bahkan terdapat dalil yang mengharamkannya.

Manakala pelaksanaannya hendaklah dikendalikan dengan cara yang terbaik supaya tidak mencetus keadaan yang lebih parah daripada bid’ah itu sendiri. Contohnya mengharamkan ziarah kubur kerana dibimbangi berlaku pemujaan kubur, adalah tindakan yang boleh mencetuskan parah yang lebih besar.

Maka, saya perlulah meninggalkan bid’ah yang sesat ini. Bahkan saya disuruh untuk melarang sesiapa sahaja yang mengamalkan bid’ah yang sesat ini.


12. MEMAHAMI ERTI BID’AH YANG DIBENARKAN

Saya hendaklah memahami bahawa bid’ah yang dilakukan samada sebagai nilai tambah, pengurangan atau melazimi ibadah tertentu adalah khilaf fiqh sahaja. Setiap individu mempunyai pendapat yang tersendiri, maka tiada halangan untuk ia mencari pengertian melalui dalil dan bukti.

Bid’ah yang dilakukan sebagai nilai tambah seperti berzikir beramai-ramai selepas solat. Manaka bentuk pengurangan pula seperti tidak berkahwin kerana terlalu sibuk menuntut ilmu. Melazimi ibadah tertentu pula seperti bacaan Yasin pada setiap malam Jumaat.

Maka, saya perlulah menghormati amalan-amalan tertentu selagi mana ia adalah bid’ah yang tidak sesat. Bahkan mereka yang mengamalkan amalan-amalan tertentu mendapat pahala dan ganjaran di sisi Allah SWT.


13. MEMAHAMI ERTI WALI ALLAH DAN KERAMAT

Saya hendaklah memahami bahawa mengasihi orang-orang soleh, menghormati dan memuji mereka berasaskan sumbangan yang telah mereka lakukan adalah salah satu bentuk penghampiran kita kepada Allah SWT. Ini kerana Allah SWT sendiri menyuruh kita memberi sumbangan kepada Islam dan mewakafkan diri untuk jalan Allah SWT.

Para Wali Allah SWT ialah mereka yang disebut oleh Allah SWT :

Maksudnya : Orang-orang yang beriman dan mereka itu bertaqwa (Surah Yunus : 63)

Keramat berlaku pada mereka dengan syarat ia bertepatan dengan syariat. Sekiranya keramat itu bercanggah dengan syariat, seperti keramat membentuk kaabah yang baru dengan sekelip mata untuk menjadi arah kiblat baru selain masjidil haram. Maka, ia jelas bercanggah dengan syariat.

Kita juga perlu berpegang bahawa Wali Allah tidak mampu memberi manfaat, mahupun mudharat terhadap diri mereka mahupun orang lain, samada ketika mereka hidup, ataupun sudah mati. Yang berkuasa hanyalah Allah SWT semata-mata.

Maka, saya perlulah menghormati wali-wali Allah SWT dari kalangan ulmaa’-ulama’nya. Saya juga dilarang daripada menganggap mereka mempunyai kuasa untuk memberi manfaat atau mudharat.


14. MEMAHAMI AMALAN SESAT HARI INI DAN MENOLAK ALASAN MEMBENARKANNYA

Saya hendaklah memahami bahawa menziarahi kubur adalah sunnah yang disyariatkan dengan kaedah yang diterima oleh Rasulullah SAW. Akan tetapi, meminta tolong dengan ahli kubur adalah bid’ah, bahkan dosa besar yang wajib diperangi. Contohnya seperti menyeru roh ahli kubur, bernazar kepada mereka, membuat binaan yang seolah-olah memuja mereka, mengelambuinya, meneranginya dengan lampu, memperluaskannya, bersumpah dengan nama-nama mereka dan sebagainya.

Tiada ruang bagi kita, beralasan dalam amalan-amalan sesat seperti ini demi menutup pintu kemungkaran. Apa yang dibenarkan oleh Nabi SAW ialah ziarah dan mengagungkannya kerana jasa baktinya kepada Islam dan menegakkan agama Allah SWT sahaja, tidak lebih dari itu. Bertawassul dibenarkan, tetapi meminta kepada ahli kubur adalah dilarang.

Maka, saya perlulah menghindarkan diri daripada melakukan amalan sesat yang berlaku hari ini. Saya juga ditegah daripada beralasan untuk membolehkannya. Bahkan saya sepatutnya mencegah sesiapa sahaja yang melakukannya.


15. MEMAHAMI PERBEZAAN ANTARA AMALAN DAN PERBUATAN SYIRIK

Saya hendaklah memahami bahawa doa yang dipohon kepada Allah SWT dengan cara bertawassul melalui makhlukNya adalah termasuk dalam masalah khilafiah, dari segi kaifiat doa tersebut. Bahkan ia tidak termasuk dalam masalah aqidah.

Bertawassul adalah doa yang dipohon kepada Allah SWT melalui orang-orang soleh atau amalan-amalan mereka. Maka ia jelas berbeza dengan doa yang dipohon (meminta) kepada ahli kubur, kerana perbuatan ini adalah syirik.

Maka, saya perlu beramal sepertimana kaedah yang diajar oleh Baginda SAW sahaja, dan kaedah tersebut pelbagai. Saya juga perlu mengelakkan diri daripada menyamakan amalan tersebut dengan perbuatan syirik.


16. MEMAHAMI PERKARA YANG DIHARAMKAN WALAUPUN IA MENJADI KEBIASAAN

Saya hendaklah memahami bahawa perkara yang sudah menjadi kebiasaan sedangkan ia adalah salah, tidak akan merubah lafaz-lafaz syariat yang mengharamkannya. Bahkan ia wajib dipastikan maknanya yang sebenar dan maksud daripada lafaz tersebut. Contohnya membuka aurat yang sudah dianggap perkara biasa, sedangkan ia tetap diharamkan oleh Allah SWT.

Kita juga sepatutnya berpegang dengan maknanya yang sebenar dan maksud daripada Firman Allah SWT yang mengharamkan pendedahan aurat. Begitu juga riba yang sudah dianggap biasa, sedangkan ia kekal haram. Tidak dibenarkan mengubah makna ayat al Quran, semata-mata untuk membenarkan sesuatu yang diharamkan oleh Allah SWT.

Kita juga hendaklah berwaspada daripada tertipu dengan slogan-slogan dalam semua bidang, dunia dan agama. Contohnya perjuangan kebebasan bersuara yang mengkritik Islam, faminisme yang memperjuangkan hak kebebasan wanita dan sebagainya.

Maka, saya perlu menghindarkan diri daripada perkara haram yang menjadi kebiasaan manusia melakukannya. Bahkan saya perlu tegas mengatakannya haram walaupun sudah menjadi kebiasaan.


17. MEMAHAMI HAKIKAT AMALAN DAN MENYEMPURNAKANNYA

Saya hendaklah memahami bahawa akidah adalah asas sesuatu amalan. Amalan pula terbahagi kepada dua, iaitu amalan hati dan amalan anggota. Amalan hati adalah lebih mulia daripada amalan anggota. Contoh amalan hati ialah sabar, redha dan sebagainya yang bertujuan membersihkan hati. Amalan anggota pula ialah solat, zakat dan sebagainya.

Kedua-dua amalan ini dituntut. Dilarang bagi seseorang bersabar daripada mendirikan solat. Ini kerana ia melakukan amalan hati, dan meninggalkan amalan anggota. Kita tetap wajib bersolat walaupun kita khuatir riya’. Tetapi mendirikan solat kerana riya’ adalah syirik. Maka, amalan hati menghilangkan riya’ tersebut.

Oleh itu, kita hendaklah menyempurnakan kedua-dua amalan ini sekalipun ia berbeza martabat tuntutannya. Dan Akidah adalah asas kedua-dua amalan ini. Maka, saya perlulah melengkapkan diri dengan kedua-dua amalan ini seiringan, tanpa meninggalkan salah satu daripadanya, atau mengutamakan salah satu yang lain.


18. MEMAHAMI KEDUDUKAN ILMU DAN ULAMA’, DAN MEMBERI MANFAAT KEPADA ORANG LAIN

Saya hendaklah memahami bahawa Islam membebaskan akal, menggalakkan pengamatan dan pemikiran terhadap penciptaan alam sekitar. Islam juga memartabatkan kedudukan ilmu dan ulama’, serta menggalakkan amalan kebaikan yang boleh memberi manfaat kepada diri sendiri, dan orang lain.

Nabi SAW bersabda

Hikmah itu adalah suatu yang hilang daripada orang beriman. Maka, sesiapa yang menemuinya, dialah yang berhak memilikinya (Riwayat at Tirmizi)

Kadangkala, kita menemui sains daripada barat, dan janganlah kita menolaknya. Selagi mana ia tidak bercanggah dengan Islam, maka gunakanlah. Kita juga mengenali perubatan daripada barat, maka ia juga menjadi keperluan untuk kita mempelajarinya. Tetapi, ilmu agama adalah utama, dan belajarlah ilmu agama dengan orang yang beragama Islam.

Maka, saya perlu menghormati ulama, dan bersungguh-sungguh untuk menjadikan diri sebagai seorang yang berilmu. Saya juga dituntut untuk memberi manfaat kepada manusia lain samada dengan ilmu yang ada, atau dengan kelebihan-kelebihan lain yang dikurniakan kepada saya.


19. MEMAHAMI KEUTAMAAN SYARIAT DAN KESELARIANNYA DENGAN AKAL

Saya hendaklah memahami bahawa kadangkala perkara berkaitan syara’ tidak boleh diselaraskan dengan perkara yang berkaitan dengan akal. Contohnya kewujudan syurga dan neraka yang tidak mampu difikirkan oleh manusia, sedangkan ia adalah putus, walaupun belum menjadi kenyataan.

Akan tetapi, perkara yang putus dan ia telah menjadi kenyataan, maka tidak akan terdapat percanggahan di antara akal dan syara’. Contohnya keimanan kepada Allah SWT sebagai pentadbir alam yang diakui oleh syariat dan akal, dan tiada langsung pertembungan.

Pertembungan juga tidak akan berlaku antara hakikat ilmiah yang shahih dan kaedah syara’ yang sebenar, seperti peringkat pembentukan bayi, walaupun Darwinisme menolak asal usul manusia daripada tanah. Ini keran kajiannya sendiri bercanggah dengan hakikat ilmiah.

Manakala dalam perkara yang belum putus, akal dan syariat boleh diselaraskan supaya bertepatan dengan hakikat yang telah putus tadi. Sekiranya ia tidak dapat diselaraskan, maka kita perlu mengutamakan syariat berbanding akal. Maka, saya perlu mengutamakan syara’ dalam setiap perkara walaupun ia bercanggah dengan akal.


20. MEMAHAMI PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MEMBAWA KEKAFIRAN DAN PENGKAFIRAN

Saya hendaklah memahami bahawa kita tidak boleh mengkafirkan seorang muslim yang berikrar dengan dua kalimah syahadah, melaksanakan tuntutannya dan menunaikan perkara fardhu, walaupun dia melakukan maksiat. Larangan mengkafirkan ini terkecuali daripada salah satu daripada perkara ini,

- Berikrar dengan mana-mana bentuk atau kalimah kekufuran seperti mengaku kafir dan sebagainya.
- Mengingkari sesuatu yang pasti dalam agama, seperti mengingkari kewajipan solat, mengingkari pengharam zina dan sebagainya.
- Menafikan ayat al Quran yang terang dan jelas seperti mengingkari kenabian Nabi-nabi Allah SWT, dan sebagainya.

Mentafsirkan al Quran dengan penafsiran yang tidak bertepatan bercanggah dengan makna sebenar seperti mengharamkan perkara yang halal, atau menghalalkan perkara yang haram. Maka, saya perlu menghindarkan diri daripada unsur-unsur kekafiran, dan menjauhkan diri daripada mengkafirkan orang lain sewenang-wenangnya.

Read More

PIAWAIAN JEMAAH ISLAM CONTOH

Piawaian Jemaah Islam Contoh



Seperti kata-kata Saidina Ali (ra), "Janganlah kamu kenali sesuatu kebenaran itu kerana orangnya, sebaliknya kenalilah kebenaran tersebut dahulu, nanti kamu akan kenali orangnya".

Hatta, dengan jemaah juga, seseorang itu harus mengetahui terlebih dahulu ciri-ciri jemaah tersebut sebelum menggabungkan diri kedalamnya.

Artikel ini adalah berdasarkan huraian Sheikh Mustafa Mashyur dalam bukunya, 'Contoh Tauladan Sepanjang Jalan Dakwah' dan 'Dakwah Fardiah'. Perkara-perkara yang dihuraikan hendaklah diambil sebagai panduan atau rujukan bagi sesiapa sahaja yang ingin membuat pilihan dan menggabungkan diri dalam sesebuah jemaah untuk menunaikan tanggungjawab dakwah yang diwajibkan keatasnya.

Pilihan seseorang itu memerlukan perincian yang halus, hikmah, penjelasan yang terang dan meyakinkan dan tidak terburu-buru. Dalam medan dakwah masakini, terdapat banyak jemaah-jemaah yang mempunyai ciri-ciri tersendiri, dan huraian ini juga tidak bertujuan untuk menimbulkan perbezaan dan persengketaan antara jemaah yang sedia ada, tetapi sebaliknya mengharapkan ianya dijadikan sebagai titiktolak bagi sesebuah jemaah tersebut untuk kembali kepada hakikat kesatuan ummah sejagat berdasarkan ciri-ciri haraki Islam yang dihuraikan.

Dua puluh (20) perkara asasi yang perlu ada pada sebuah Jemaah Islam Contoh ialah :

1) Tujuan menegakkan jemaah ini ialah kerana Allah dan memiliki segala ciri-ciri Rabbani, serta mencari keredhaanNya (mardhatillah). Jemaah ini jauh dari matlamat keduniaan seperti mencari kemasyhuran, kedudukan atau suka menonjol diri. Jemaah ini hendaklah juga jauh dari dorongan-dorongan Jahiliyyah seperti taa'sub kelompok (assabiyah), batas-batas geografi atau kenegaraan (nationalisma), dan seumpamanya.

Perkara seperti ini akan merosakkan amalannya dan membawa jemaah ini kearah kegagalan.

2) Jemaah Islam ini hendaklah menggunakan AlQuran dan Sunnah sebagai sumber rujukan, dan menjaga dirinya supaya ia tidak tunduk dibawah kehendak orang tertentu, kerajaan ataupun apa sahaja, sekiranya ia memberi kesan buruk kepada kepada gerakan dakwahnya atau mempengaruhi mesej dakwahnya.

3) Jemaah itu dibangunkan atas tujuan yang menyeluruh dan bersepadu yakni untuk menegakkan agama Allah dibumi ini dengan mendirikan Daulah Islamiah Alamiyyah (Negara Islam Sedunia). Manhajnya (methodologi) adalah berdasarkan apa yang ditunjukkan oleh Rasulullah (saw) untuk mencapai tujuan ini, dan juga apa yang disyariatkan oleh Islam (ijmak atau qias). Jemaah tidak sepatutnya mengongkong dirinya dalam 'perkara-perkara juzuk' dalam Islam seperti ekonomi, politik, ibadah dan sebagainya.

4) Kefahaman jemaah ini terhadap Islam hendaklah menyeluruh (kesyumulan Islam) dan pendekatan dakwah yang digunakan juga adalah bersifat menyeluruh (syamil). Kefahaman Islam, cara dan mesej dakwah yang dibawa mesti bertepatan dengan Quran dan Sunnah Rasulullah (saw), dan bersih dari sebarang kesamaran, penyelewengan dan perbezaan pendapat yang boleh memecah-belahkan orang-orang Islam.

5) Jemaah ini mestilah bersifat universal (alamiyyah) dan tidak tertakluk pada batas-batas negeri dan suku bangsa, kerana dakwah Islam adalah ditujukan kepada sekelian alam. Jemaah ini juga menekankan bahawa orang-orang Islam semuanya adalah umat yang satu (wahdatul ummah) dan sentiasa bergerak kearah kesatuan ummah. Dengan sifat alamiyyahnya, jemaah ini berjuang untuk menegakkan Negara Islam Alamiyyah dengan menggunakan Kaedah Sulbah, bukan Negara Islam Geografi sahaja. (sila rujuk karangan Ustaz Said Hawa, 'Durus Fil Amal AlIslami')

6) Jemaah ini mestilah mengikut kaedah perjuangan yang digunakan oleh Rasulullah saw ketika baginda mendirikan Negara Islam. Kaedah yang digunakan oleh Rasulullah (saw) adalah berperingkat (marhalah), beransur-ansur (tadarruj), kejelasan risalah dakwah, kemampuan ahli, melaksanakan hikmah dan kewaspadaan dalam setiap langkah, serta mengambil kira faktor persekitaran (waqi').

Baginda mementingkan perkara-perkara seperti kemantapan aqidah, iman dan ibadah, mengutamakan kekuatan persaudaraan dan penyatuan umat Islam, mengambil kira prinsip jihad dan ketenteraan, tarbiyyah, dan lain-lain lagi.

Jemaah ini mesti menekankan Kaedah Sulbah yakni, membina individu Islam, keluarga Islam, masyarakat Islam, negara Islam dan baharulah Dunia Islam. Perlu ditegaskan bahawa penggunaan kekuatan senjata sebelum aqidah, tarbiyyah dan penyatuan umat Islam akan membawa kepada perpecahan umat Islam dan kemudharatan yang besar. Sesungguhnya, pembinaan yang membesar secara tabii (Kaedah Sulbah) itu bermula dari dasar (individu) dan bukan dari puncak (negara).

7) Jemaah ini hendaklah menjaga amalannya dari mencari propaganda dan menunjuk-nunjuk, kerana ini boleh menghilangkan sifat keikhlasan dan ganjaran pahala. Setiap anggota jemaah itu hendaklah mengutamakan dirinya untuk terus berdakwah dan bekerja untuk Islam dan menghindarkan dirinya dari sebarang sifat tercela (mazmumah), perdebatan, prasangka, menabur fitnah dan 'tajassus' dan apa sahaja yang boleh menimbulkan perselisihan dan kurang daya produktif dalam berdakwah.

Firman Allah swt, "Hai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu kaum itu merendah-rendahkan kaum lain kerana mungkin kaum lain itu adalah lebih baik... jauhilah prasangka... janganlah kamu mencari-cari kesalahan atau mengunjing orang lain; sukakah kamu memakan daging saudaramu yang telah mati? Hai manusia, Allah telah mencipta kamu lelaki dan perempuan, bangsa-bangsa, suku-suku supaya kamu saling berbaik. Sesungguhnya, orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa diantara kamu" (Surah Hujurat:11-13)

8) Jemaah ini bekerja mengikut perancangan yang sempurna dan realistik. Segala tindakan yang diambil bukan lah secara spontan ataupun hanya reaksi yang tidak dikaji terlebih dahulu kerana ini boleh mengakibatkan risiko atau natijah yang buruk. Membangunkan individu, keluarga, dan masyarakat dalam semua lapisan umat Islam dilakukan atas dasar taqwa sebagai persediaan sebelum mendirikan Negara Islam.

9) Jemaah ini mengambil berat tentang semua aspek pendidikan dan pekerjaan yang dikehendaki, yakni aspek rohani, jasmani, mental, dan ilmu. Dari segi politik, jemaah ini hendaklah melahirkan suara Islam dengan jalan kesedaran politik, dan tidak semestinya dengan cara berparti dan jauh sekali dari mengamalkan putar-belit ataupun kemelut parti sekular. Dari segi komunikasi, jemaah ini mementingkan peranan sebaran am, akhbar, penulisan serta apa jua cara yang dapat menyebarkan kan dakwah serta menolak kekeliruan yang boleh timbul dari fitnah musuh atau sesiapa sahaja.

10) Jemaah contoh ini jangan sekali-kali meninggi diri serta sentiasa membuat perbandingan dengan jemaah-jemaah Islam yang lain dan tidak menganggap jemaahnya sahaja yang sempurna dan benar, sementara jemaah lain adalah sesat. Jangan memperkecil-kecilkan usaha jemaah-jemaah lain atau melihat jemaah lain sebagai saingan atau lawan, tetapi sebaliknya carilah ruang-ruang untuk bekerja sama.

Hendaklah dia sentiasa berusaha kearah penyatuan (wahdatul ummah) dengan jemaah-jemaah lain dan sentiasa bersabar, berlapang dada dan menerima segala kritikan dengan baik. Dengan izin Allah swt, kita semua mengharapkan akan tiba masanya, hilanglah semua nama-nama, gelaran dan perbezaan teknikal antara semua jemaah yang ada sekarang dan akan digantikan dengan satu Jemaah Muslimun.

11) Jemaah ini hendaklah bercampur-gaul dengan semua orang dari segenap lapisan tidak kira bangsa, warna kulit, bahasa ataupun pangkat, demi mematuhi konsep alamiyyah yang disarankan. Mereka adalah ladang dakwah dan tapak semaian yang perlu disediakan terlebih dahulu sebelum mendirikan Negara Islam.

12) Jemaah ini mempunyai peraturan yang kemas serta organisasi (tanzim) yang tersusun, yang menentukan tujuan kerja dan cara-cara berdakwah. Anggota jemaah adalah terdiri daripada mereka yang telah dididik (tarbiyyah) sepenuhnya, membentuk barisan-barisan yang terpilih dan berkeperibadian Islam, dan tidak dicampuri anasir-anasir yang tidak sihat, demi menjamin penerusan serta mesej dakwah yang dibawanya.

13) Konsep syura hendaklah diamalkan dalam setiap peringkat dan menggalakkan ahlinya supaya terus berbincang dan mengeluarkan pendapat serta kritikan yang membina kepada orang-orang yang memegang tanggungjawab tertentu atau pimpinan. (muhasabah) Konsep ketaatan dan kepatuhan dalam perkara yang bukan maksiat sentiasa ditekankan

14) Jemaah ini sentiasa bersifat sederhana dan tidak melampau, samada dalam aspek pemikiran seperti isu kafir-mangkafir dan isu perbezaan jemaah-jemaah Islam; atau dalam aspek gerakan seperti menggunakan kekerasan dalam tindakan, mengeluarkan kecaman-kecaman, dan fitnah dengan sewenang-wenangnya, yang mana boleh membuatkan orang Islam lari ataupun benci kepada Islam. Segala tindakan yang diambil hendaklah berteraskan kasih sayang (mahabbah), waqii (persekitaran) semasa, tawazun (keseimbangan), hazar (waspada) dan tasawwur (prospek) amal yang jelas. Dari segi aqidah dan ibadah, jemaah ini tidak bertolak-ansur sedikitpun..

15) Sentiasa memeriksa tanggungjawab serta mengikuti isu-isu semasa yang dihadapi oleh umat Islam seluruh dunia dan sama-sama memberi sumbangan sekadar mampu. Sentiasa menyeru orang-orang Islam agar sama- sama memberi sumbangan bagi tujuan menghidupkan semangat perpaduan serta sama-sama merasa tanggungjawab terhadap apa yang berlaku pada umat Islam keseluruhannya.

16) Jemaah ini sentiasa berwaspada dengan tipu-helah musuh Islam, sentiasa bersabar, tetap bekerja, berkorban dan banyak bermunajat kepada Allah apabila menanggung penderitaan dan kecaman semasa berdakwah.

17) Jemaah ini sentiasa menekankan kepentingan dakwah dan penegakan Negara Islam Alamiyyah kepada anggotanya. Kegiatan dakwah yang dilakukan adalah sebagai saham yang berharga kepada generasi akan datang. Ganjaran daripada Allah akan datang kepada mereka yang beriman dan bersabar, didunia ini dan juga diakhirat sebagaimana firman Allah swt dalam surah AlHadiid: 28,

"Hai orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan berimanlah kepada RasulNya, nescaya Allah akan memberi rahmatNya kepada kamu dua (2) bahagian, dan menjadikan untukmu cahaya yang dengan cahaya itu kamu dapat berjalan, dan Allah akan mengampunimu".

18) Jemaah ini sentiasa memikirkan langkah-langkah masa depan serta bergerak (muharriq) untuk menyediakan kemahiran dalam berbagai bidang seperti pendidikan, ekonomi, perundangan, dakwah, kesihatan, ketenteraan, sosial dan lain-lain lagi.

19) Jemaah ini hendaklah mengambil kesempatan dalam setiap penerokaan baru samada dalam bidang pemikiran, pengalaman-pengalaman dakwah, ataupun kajian sains selagi ia tidak menyalahi prinsip Islam.

20) Jemaah ini sentiasa menketakutan yang dialami. Mereka ini akan terus beribadat kepada Allah dengan tidak mempersekutukanNya dengan apa sekalipun. Dan ingatlah, sesiapa yang kufur atau engkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka".

Demikianlah penjelasan yang terperinci mengenai marhalah ini. Apa yang baik itu sesungguhnya bersumberkan dari Allah swt, dan segalakekurangan itu adalah merupakan kelemahan diri saya sendiri.
Read More

GILA " AVATAR "

Di dalam artikel ini, saya ingin mengajak kepada semua pembaca untuk memahami erti AVATAR yang semakin menjadi kegilaan dunia hari ini. Dari segi kebiasaannya, kita mengenali avatar sebagai :

Individu yang hidup di alam maya.

Salah satu web untuk menyertai alam maya.. dan mencipta kawan dalam bentuk avatar


Pengenalan

Iaitu, seseorang itu boleh mencari kawannya di alam maya dengan hanya menyertai beberapa web berkenaan. Bahkan, avatar ini boleh dipilih, dikenali dengan nama dan cara kehidupan, dan sebagainya.

Manakala alam maya 3D yang saya maksudkan di sini ialah alam lain yang hidup di dalam komputer, yang menjadi tempat kediaman avatar. Sepertimana yang telah disebutkan, avatar adalah “kawan yang dicari dari alam maya”, atau dengan kata lain, mencari pasangan atau kenalan dengan manusia kartun!

Sebelum ini, saya pernah menyiarkan berita tentang seorang perempuan yang seolah-olah gila setelah menjadi peminat setia avatarnya. Artikel tersebut telah disiarkan di dalam blog ini bertarikh 13 Jun.

Di dalam web berkenaan, ia membuka peluang untuk kita mencari kawan di alam maya, dan mencipta dunia di alam maya ini. Kita boleh mencipta alam maya kita tersendiri, dan bebas melakukan apa sahaja di alam maya tersebut. Bebas untuk hidup, mencari pasangan, bekerja dan hidup seperti dunia sebenar.

Asal Usul Avatar

Kenapakah istilah avatar digunakan? Apabila anda mengkajinya, anda akan mendapati bahawa istilah avatar merujuk kepada kepercayaan hindu. Di bawah ini adalah artikel yang diambil dari Wikipedia :

Avatar (Sanskrit: अवतार, avatāra) dalam agama Hindu adalah inkarnasi dari Tuhan. Tuhan turun ke dunia, mengambil suatu bentuk dalam dunia material, untuk menyelamatkan dunia dari kehancuran dan kejahatan, menegakkan dharma dan menyelamatkan orang-orang yang melaksanakan Dharma/Kebenaran.

Krishna sebagai perantara Tuhan Yang Maha Esa dalam Bhagawad Gita bersabda:

"Yadā yadā hi dharmasya glānir bhavati bhārata abhyutthānam adharmasya tadātmanam srjāmy aham paritrānāya sādhūnām vināśāya ca duskrtām dharma samsthāpanarthāya sambavāmi yuge yuge" (Bhagavad Gītā, 4.7-8)

Maksud: Manakala kebenaran merosot dan kejahatan merajalela, pada saat itulah Aku akan turun menjelma ke dunia, wahai keturunan Bharata (Arjuna) untuk menyelamatkan orang-orang saleh dan membinasakan orang jahat dan menegakkan kembali kebenaran, Aku sendiri menjelma dari zaman ke zaman

Mungkin anda mengatakan bahawa, ini adalah avatar lain, dan avatar di alam maya adalah istilah yang berbeza. Tapi, saya cuba mengajak para pembaca untuk meneliti bahawa “maksud penggunaan avatar adalah sama”.

Avatar adalah inkarnasi daripada tuhan, yang turun ke bumi dengan menyerupai bentuk material. Manakala avatar yang kita fahami di alam maya adalah individu yang seolah-olah hidup di alam maya, boleh berbual, boleh di bawa berjalan-jalan dan sebagainya.

Bahaya Avatar Dan Maya 3D, Kaitan Dengan Idealisme

Kenapa saya katakan ia adalah satu unsur yang bahaya? Pada pandangan saya, ia sangat berkaitan dengan pemikiran Idealisme, yang mengatakan bahawa alam ini hanyalah cetusan minda. Di bawah ini adalah maklumat asas tentang pemikiran ini :

Pemikiran Idealisme ialah pemikiran yang mengatakan bahawa semua kewujudan ini adalah di dalam pemikiran semata-mata. Ia bercanggah dengan Pemikiran Realisme yang mengatakan bahawa alam ini wujud secara realistik. Manakala Pemikiran Idealisme meletakkan semua yang wujud ini, tidak lebih melainkan apa yang terdapat di dalam akal.

Golongan ini berhujah dengan pancaindera yang mengalirkan ion untuk disampaikan ke otak. Maka, semua kewujudan ini hanyalah berada di otak semata-mata. Ia terbentuk dengan dua asas, iaitu

1. Negatif : Iaitu menolak kewujudan fizik secara hakikat.

2. Positif : Iaitu berpegang bahawa semua kewujudan ini hanyalah ruh dan akal semata-mata.

Maka, mereka meletakkan kewujudan ini berdasarkan apa yang disampaikan oleh pancaindera dan ia terletak di otak. Tiada sebarang kewujudan di luar otak, dan segala-galanya hanyalah aliran elektrik yang disampaikan oleh pancaindera.

(Sumber : Falsafah Moden, Dr Ahmad Abduh Hamudah al Jamal, cetakan Universiti al Azhar)


Kesimpulan

Alam Maya yang dicipta dengan kewujudan avatar adalah salah satu unsur untuk menyesatkan manusia daripada berpijak di bumi yang nyata. Manusia akan merasakan bahawa kebahagiaan itu terletak di dunia maya, yang lebih tenang, mudah mencari kawan, mampu mendengar masalah dan sebagainya.

Dunia yang berada di hadapan kita seolah-olah tidak wujud, dan pemikiran Idealisme cuba untuk menanamkan kepercayaan bahawa alam di hadapan kita tidak wujud! Yang wujud hanyalah cetusan minda yang memaparkan segala gambaran alam di hadapan otak. Maka, kita akan merasai bahawa dunia ini tiada, melainkan imaginasi.

Antara bahaya avatar dan maya 3D ini, ia boleh menyebabkan seseorang itu gila. Gila disebabkan mindanya telah menolak kewujudan alam realiti. Maka, mereka akan berpijak dengan dunia maya yang kosong dan tak wujud. Mereka akan kehilangan identiti sebagai manusia, apabila mereka sudah terikat dan bersama dengan avatar-avatar mereka.

Apabila dikaji tentang kepercayaan Hindu, mereka mendakwa bahawa avatar adalah tuhan yang turun ke dunia material. Manakala avatar yang kita kenali adalah “kawan dari alam maya”. Hakikatnya maksud kedua-dua perkataan ini adalah sama. Iaitu, manusia mampu mencipta dunianya sendiri.

Iaitu, manusia mampu mencipta suasana, halaman rumah, kemewahan, kehidupan, pasangan dan semuanya dengan hanya menggunakan internet atau software-software tertentu. Hasilnya, mereka akan menjadi gila, disebabkan kepercayaan mereka bahawa dunia maya yang tidak wujud itu, sebagai wujud dan realiti. Atau mereka menganggap bahawa dunia maya itu sebagai realiti dan kehidupan di sana adalah kehidupan yang bahagia.

Herodotus menulis: "Apabila kehidupan terlalu membebankan, kematian merupakan suatu perlindungan yang dicari"

Antara akibat daripada idealisme, mampu menyebabkan seseorang itu merasa bahagia untuk membunuh diri! Ini kerana dia sudah tidak nampak kewujudan alam realiti dan semata-mata berpegang dengan alam maya 3D yang sememangnya tidak wujud!

Contoh yang paling mudah, anda biasa bermain permainan FPS (First Person Shooter). Ketika anda bermain, adakah anda menganggap bahawa askar yang menyerang itu wujud? Sudah pasti tidak. Tetapi konsep avatar cuba menanam di dalam pemikiran kita mengatakan bahawa ianya wujud dan realistik!

Read More

BAHAYA KARTUN



Insya Allah, kali ini saya tertarik untuk menyedarkan semua orang, khususnya kepada para ibu bapa. Iaitu tentang serangan pemikiran yang terkandung di dalam cerita-cerita kartun. Saya bukanlah berniat untuk menjatuhkan sesiapa, sebaliknya mengajak para pembaca untuk berfikir sejenak.

Cuba fikir, kartun Doraemon yang agak menyeronokkan kanak-kanak, mengandungi beberapa unsure yang boleh merosakkan Akidah. Doraemon menanam pemikiran “segala permohonan atau doa bukan kepada Allah”. Maka, kanak-kanak sejak kecil lagi diajar supaya tidak kenal dengan Tuhan yang menciptanya.

Ini kerana Doraemon mampu “mengabulkan apa-apa permohonan” dengan menghasilkan alatan-alatan dalam sekelip mata. Cuba fikir juga, kartun Aladin juga mempunyai unsur yang hampir sama, iaitu cukup sekadar meminta bantuan dengan Jin yang berada di dalam Teko.

Kartun Aladin memaparkan suasana masyarakat Arab, dengan berpakaian Arab dan sebagainya. Untuk apa? Cuba kalian fikir sejenak. Selain itu, kartun-kartun yang tahyul juga boleh memberi kesan dalam pemikiran kanak-kanak apabila mereka lebih suka berfantasi dan menjauhi realiti.

Perkara ini mampu memberi kesan di dalam jiwa seseorang. Seseorang itu lebih suka dengan dunia maya. Bangun pagi, sehingga tidur semula, hanya tahu mengadap komik, hanya tahu bermain Avatar.. dan sebagainya.

Alhamdulillah, ada juga kartun-kartun yang membina minda dengan pengajaran-pengajaran berguna. Namun, saya masih membimbangkan apabila kartun-kartun yang tahyul lebih menguasai pasaran. Anda jangan terkejut sekiranya ada yang mengatakan bahawa unsure lucah juga terkandung di dalam kartun, yang menjadi kegemaran kanak-kanak.

Adakah kartun ini memang digemari oleh kanak-kanak? Saya bukanlah seorang yang pakar di dalam bidang ini, sebaliknya, cuba anda fikir.. kenapakah kita menganggap kanak-kanak meminati kartun? Ada juga yang bertanya, kenapa kanak-kanak meminati patung-patung? Adakah sememangnya naluri mereka sedemikian? Atau pemikiran mereka ditanam supaya meminati patung-patung dan kartun-kartun.

Alhamdulillah, saya sebagai kartunis tidak menyalahkan kartun-kartun yang bermanfaat, sebaliknya saya menimbulkan persoalan kepada unsur-unsur “pelik” di dalam kartun.

Cuba kita lihat pada patung-patung yang dijadikan mainan kanak-kanak. Lengkap dengan pakaian yang “tidak lengkap”. Patung yang hanya memakai skirt pendek, dan baju singlet. Apakah tujuan patung ini dibuat?

Kita kembali kepada persoalan kartun. Sejak kebelakangan ini, sudah banyak kartun-kartun “superwoman” yang berpakaian seksi. Apabila melakukan kuasa serangan, akan terdedah seluar dalamnya. Inikah yang perlu dilihat oleh kanak-kanak kita? Tak hairanlah apabila mereka dewasa kelak, mereka gemar memakai seluar yang menampakkan garisan punggung.

Jangan terkejut, filem Dragon Ball juga mengandungi unsur-unsur yang tidak sesuai untuk kanak-kanak. Segala permohonan boleh dikabulkan oleh si naga.. Bahkan, si naga tersebut mampu menghidupkan orang mati, dan mematikan orang yang hidup. Apa pandangan anda? Adakah kartun sedemikian wajar ditonton oleh kanak-kanak?

Ada yang berkata, “ala.. masing-masing kena la pandai-pandai tahu bezakan mana yang betul, mana yang tak betul..”. Erm.. agak-agak kanak-kanak yang “belum mumayyiz” boleh tak nak bezakan? Saya bukan nak mengajar para pembaca “tahu mencipta alasan”. Sebaliknya, saya mengajak supaya para pembaca berfikir sejenak.

Saya sudah lama tidak menonton kartun.. agak lama. Mungkin kartu-kartun yang saya sebutkan di atas agak ketinggalan. Tetapi, tidak dinafikan, serangan pemikiran di dalam filem kartun masih berterusan. Secara umum, saya boleh senaraikan beberapa serangan pemikiran di dalam filem kartun kepada berikut :

Unsur Atheism

menafikan kewujudan Allah. Di dalam kartun-kartun, ada yang menayangkan unsur “manusia atau haiwan yang boleh kabulkan hajat” dan lain-lain.

Unsur Darwinism

Mengatakan bahawa makhluk ini berevolusi. Di dalam kartun-kartun ada yang menayangkan badan “separuh manusia dan separuh binatang”, separuh binatang lain dan separuh lagi binatang lain, contohnya kepala kambing badan singa.

Unsur Zionism

Serangan zionisme sangat banyak, antaranya unsure lucah. Di dalam kartun-kartun ada yang sengaja mendedahkan aurat atau mendedahkan anggota badan yang boleh meransang nafsu, dan lain-lain.

Unsur Anamism

Iaitu menyembah selain daripada Allah atau menyembah unsure seperti laut, matahari dan lain-lain. Maka, di dalam kartun-kartun ada yang menonjolkan bahawa “kuasa untuk menambah kekuatan daripada matahari” dan lain-lain.

Sekadar ini sahaja yang sempat saya tulis. Namun di sana terdapat banyak lagi serangan pemikiran yang anda sendiri boleh mengkajinya. Mungkin ada serangan pemikiran Existentialism, Idealism, Realism, Materialism dan banyak lagi yang terkandung di dalam kartun-kartun. Cuba fikir dan kaji, kemudian pilihlah cara yang betul dalam mendidik anak-anak.

Semoga artikel ini bermanfaat dan memberi keberkatan, sekian.. terima kasih.
Read More

FB : RAMAI ANAK DARA PERASAN "CUTE"

Klik.. klik.. klik..

Klikan mouse pada button-button yang terdapat dalam FB. Dunia hari ini agak mudah untuk mengenal manusia seluruh dunia. Hanya melayari FB.. dalam sehari kita mampu mengumpul ratusan kawan baru dan menyampaikan isi hati kepada ratusan orang (mengikut bilangan friend masing-masing).

Cuma, saya mula rasa ingin muntah apabila melihat anak-anak gadis kita yang :

1. Tidak menutup aurat, atau menutup aurat sebahagian sahaja, atau hanya menutup (tapi ketat..)

2. Bergaya dengan gaya yang kurang sopan, ada juga yang membuat isyarat lucah.. saja nak tunjuk sosial.

3. Perasan kiut.. rasa diri begitu anggun.. perasan muka macam korea.. sambil berkata dalam hati "Oh.. comelnya aku".. uwekk..

Entahlah.. mana pergi kehormatan mereka sebagai seorang "anak dara". Kalau nak berfacebook pun, agak-agakla sikit.

Pastu, mulalah kata "jangan jaga tepi kain orang", "ini peribadi saya.. You apa sebokk", "I tahu apa yang I buat..", "ni facebook I, kalau tak suka boleh blah.."

Manis tak ayat anak dara kalau macam ni? Bukan sekadar tak manis, bahkan meloyakan tekak.. kalau bising lagi, boleh muntah..

Ada juga yang kata "U tu laki.. mana tau hati perempuan".. Huh, anak dara juga perlu faham yang ramai lelaki dok meluat tengak gaye diorang yang tegedik-gedik dalam FB tu.

Apa yang saya luahkan secara santai di atas adalah serba-serbi suara hati yang belum terluah. Saya cuma ingin mengingatkan kepada para wanita supaya menjaga kehormatan mereka. Ramai yang ingin menonjolkan diri mereka di dalam FB dan suka "mengutip" kawan-kawan sebanyak mungkin.

Pernah saya bertanya kepada seorang adik, yang masih bersekolah menengah.. "Apa hobi kamu".. dia menjawab "berkawan.. cari kawan.. kawan seramai mungkin..". Erm.. dalam hati saya dapat mengagak, pastinya dia adalah peminat FB.

Ya, sifat ingin berkawan itu memang baik, tetapi ia menjadi buruk apabila "main hentam je pilih kawan". Kadangkala, kita asyik sibuk dengan FB mencari kawan, bertegur sapa, mengutuk orang dan sebagainya di dalam FB, tetapi adik beradik kita.. hubungan agak dingin.

Apatah lagi family..

Kita agak dingin dengan keluarga kita.. kerana kita lebih suka berkawan, mencari kawan dan mengumpulkan kawan sebanyak mungkin. Kenapa kita tidak "berkawan" dengan keluarga kita?

Kalau anda ingin mencari kawan sekalipun, pilihlah dengan siapa anda berkawan. Saya yakin, apabila seseorang tersebut secara "tiba-tiba" ingin berkawan dengan anda, sudah pasti ada udang di sebalik batu atau mee. Kenapa dia pilih anda?

Lalu, anda pun menjawab di dalam hati "Isy, ada orang nak kat saya la.. huhuhu, bestnya.. "

Kemudian, anda akan meletakkan@menukar gambar anda.. dengan gambar yang lebih cun.. Menarik.. ada iras-iras Korea lah kononnya. Kenapa ya? Selain Barat, Korea juga sedang hebat menjajah pemikiran! Ini kerana dunia hari ini sedar bahawa menjajah pemikiran jauh lebih menguntungkan daripada melakukan penjajahan..

Kawan oh kawan..

Sebagai anak dara, cuba anda fikirkan.. anda sangat berminat mengumpul setem. Album yang dibeli dirasakan paling cantik di dunia.. Di dalam hatinya berkata "album aku la paling lawa".

Lalu anda pun pergi ke pejabat pos.. dan bertanya "Pak Cik, saya nak beli setem.. lantakla setem apa yang ada.. saya ada RM 20.

Pak Cik pun bertanya "Setem yang ada di sini, biasa-biasa je.."

Anda menjawab "Lantak lah.. saya minat kumpul setem.. jadi saya akan kumpul sebanyak mungkin..

Anda terlupa album anda bukan besar sangat macam pejabat pos..

Erm, contoh ini agak lembut. Saya gunakan contoh yang kedua pula..

Anda sangat meminati serangga.. lalu anda pergi ke taman bunga untuk menangkap serangga..

Apa yang peliknya, anda "membalun" semua serangga yang ada di situ.. Anda tangkap sebanyak mungkin serangga yang ada.. antaranya lalat, langau, rama-rama, kelkatu, kumbang, lebah.. tebuan.. semut api, semut hitam, anai-anai.. dan segala mak nenek serangga yang ada di situ.

Apabila orang bertanya kehairanan.. "Kenapa tangkap semua serangga ni? Lalat pun nak tangkap juga?"

Anda menjawab "Saya memang meminati serangga, jadi saya akan tangkap sebanyak mungkin untuk diletakkan dalam sangkar saya.. "

Cuba fikirkan nasib anda dan FB anda pada masa depan. Cuba jadikan FB anda bermanfaat dan boleh membuahkan hasil.
Read More

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML