Saturday, July 12, 2014

RAMADHAN DAN JERITAN AL-AQSA DI GAZA YANG TIDAK DIHIRAUKAN UMAT DUNIA II

Gaza Berdarah Lagi: Bangkitlah Wahai Tentera Kaum Muslimin Demi Membalas Kebiadapan Yahudi-Zionis  

Buat kesekian kalinya, bumi Palestin bermandikan lagi dengan darah kaum Muslimin. Dalam kejadian mutakhir, pihak rejim Zionis Israel telah melancarkan serangan pengeboman besar-besaran ke wilayah Gaza semenjak minggu lepas. Tindakan ketenteraan yang dilakukan ini merupakan tindakan membalas dendam rejim Zionis terhadap insiden penculikan dan pembunuhan tiga orang pendatang haramYahudi di Tebing Barat pada 12 Jun yang lalu. Rejim Zionis mendakwa insiden penculikan tersebut didalangi oleh HAMAS meskipun ia telah dinafikan oleh pimpinan HAMAS sendiri.

Sebelum operasi serangan udara dilakukan, tentera Israel telah bertindak melancarkan operasi pencarian di seluruh Tebing Barat. Dalam operasi tersebut, sebanyak lima orang penduduk Palestin telah terkorban manakala 350 orang penduduk Palestin (termasuklah hampir kesemua pemimpin HAMAS di Tebing Barat) telah ditahan. Operasi tersebut ditamatkan setelah mayat ketiga-tiga pendatang Yahudi berkenaan ditemui di sebuah padang dekat Barat Laut Al-Khalil (Hebron). Rentetan daripada penemuan mayat tersebut, pihak pendatang haram Yahudi telah bertindak balas dengan menculik seorang remaja Palestin, Mohammed Abu Khdeir sebelum membakarnya hidup-hidup pada 2 Julai 2014.

 

Kesucian bulan Ramadhan benar-benar teruji. Untuk memelihara kesucian Ramadhan, Presiden Mahmus Abbas mendesak Israel menghentikan segera kempen serangannya dan menggesa dunia mengenakan tekanan ke atas kerajaan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu. Namun Kabinet Israel bertindak sebaliknya. Mereka dijangka memanggil kira-kira 40,000 anggota pasukan simpanannya untuk meningkatkan serangan ke wilayah selatan GAZA. Hmmm...Dugaan Allah untuk rakyat Palestin di Bulan Ramadhan..

Jom sama-sama kita berdoa untuk GAZA. Semoga Allah memelihara kesucian bulan Ramadhan di GAZA dan melindungi saudara seislam kita disana. Aminn..Aminn


Dalam pada itu, tentera haram Zionis telah bertindak melancarkan serangan udara besar-besaran di Gaza semenjak 8 Julai 2014 atas alasan untuk memerangi HAMAS (yang didakwa kononnya sebagai pengganas sedangkan pada hakikatnya HAMAS sekadar bertindak mempertahankan diri daripada kezaliman tentera Zionis). Dalam tempoh dua hari, dilaporkan sebanyak 39 orang penduduk Palestin dan pejuang HAMAS telah terkorban manakala ratusan buah infrastruktur, termasuk rumah kediaman awam menjadi sasaran bedilan tentera Israel.

Jelaslah betapa keji dan biadapnya tentera Zionis yang telah sewenang-wenangnya membedil umat Islam Palestin sebagai satu bentuk hukuman kolektif, dengan alasan kononnya hendak menamatkan ancaman HAMAS. Sementara itu, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah pula menyatakan rasa simpati terhadap Israel atas tindakan HAMAS yang melancarkan serangan roket kepada bandar-bandar Israel, sedangkan dalam masa yang sama menutup sebelah mata terhadap serangan udara Israel yang mendatangkan jumlah korban yang jauh lebih tinggi dan mempunyai kuasa pemusnah yang jauh lebih besar berbanding roket-roket HAMAS. Lihatlah betapa hipokritnya Barat dalam isu yang melibatkan Israel dan umat Islam.

Dari satu sudut yang lain, pihak media Barat pula cuba sedaya upaya untuk menggambarkan bahawa para pendatang Yahudilah yang menjadi mangsa dalam konflik Israel-Palestin, sedangkan pada hakikatnya penduduk Palestin adalah merupakan mangsa yang ditindas dan dipinggirkan di bumi sendiri selama puluhan tahun lamanya. Tanah dan kediaman mereka dirampas sehingga sebahagian besar daripada penduduk Palestin terpaksa menjadi pelarian dalam keadaan yang serba daif. Sebahagian yang lain pula terpaksa hidup dalam kesempitan, dikepung oleh tembok-tembok binaan Zionis dan seringkali terdedah kepada serangan ketenteraan tanpa pembelaan. Sesungguhnya kewujudan Pihak Berkuasa Palestin dan juga kerajaan perpaduan Fatah-HAMAS yang cuba ditubuhkan itu tidak lebih daripada hanya sekadar formaliti dan mainan semata-mata. Malah sehingga ke hari ini, tidak pernah wujud sama sekali wilayah Palestin yang bebas lagi berdaulat!

Oleh yang demikian, umat Islam tidak sewajarnya terus terpesona dengan tawaran dan janji manis yang ditaburkan melalui usaha pelan damai dua-negara (two-state solution). Hal ini kerana kewujudan negara Palestin dalam kerangka nasionalisme tajaan kuasa kuffar barat dan PBB sekali-kali tidak akan dapat menjamin sebarang keselamatan dan kedaulatan penduduk Palestin. Sampai bilakah kita harus terus terpedaya dengan muslihat kaum kuffar? Sampai bilakah para penguasa kaum Muslimin hendak mengeluarkan kutukan dan bantahan secara retorik dalam forum-forum semata-mata tatkala umat Islam di Palestin berdepan dengan kematian setiap hari?

Justeru, marilah kita bersama-sama menggembleng tenaga untuk membebaskan ummah daripada cengkaman belenggu nasionalisme ciptaan penjajah dan menuju ke arah penyatuan hakiki di bawah naungan Khilafah yang benar, iaitu Khilafah yang berdiri atas manhaj kenabian. Semoga dengan kembalinya Khilafah kelak, ketumbukan tentera kaum Muslimin yang ikhlas akan dikerahkan oleh Khalifah bagi membebaskan Palestin daripada penjajahan Zionis sekaligus mengembalikan semula kemuliaan ke tangan umat Islam. Sesungguhnya inilah satu-satunya jalan penyelesaian yang tuntas dalam menangani krisis yang melanda umat Islam di Palestin.

Di samping mengadakan kempen kesedaran, boikot, serta misi kemanusiaan, kita tidak sewajarnya mengabaikan kewajipan kita yang lebih utama iaitu untuk memuhasabah para penguasa kaum Muslimin agar mereka mengerahkan tentera-tentera mereka yang terlatih bagi melakukan pembelaan terhadap Palestin. Melancarkan jihad di Palestin merupakan kewajipan yang tertanggung ke atas bahu setiap umat Islam khusunya ke atas seluruh para penguasa kaum Muslimin dan tentera-tentera mereka. Dalam masa yang sama, kita harus sentiasa berusaha dan berdoa mudah-mudahan Allah menyegerakan penegakkan kembali Khilafah Rasyidah yang dijanjikan, sekaligus bakal menamatkan penderitaan dan kehinaan yang telah menimpa umat Islam selama ini.

Masjid Al-Aqsa dalam bahaya

Ini bagi kita ialah isu kemanusiaan, kerana mereka dengan terang terang telah melakukan kezaliman, pembunuhan, dan memusnahkan harta benda. Sepertimana kita lihat apa yang terjadi di Gaza baru-baru ini.

Sesungguhnya apa yang sedang berlaku terhadap Masjid Al-Aqsa pada hari ini merupakan satu percubaan Zionis yang kejam bagi membakar dan memusnahkan Masjid Al-Aqsa serta menghapuskan kesan-kesan kesucian Bandar Al-Quds. Dengan bertujuan menyingkirkan umat Islam dan mengubah bandar tersebut menjadi bandar Yahudi.

Menjadi satu kewajipan atas setiap muslim, bahkan setiap manusia yang mempunyai kebebasan dan hak untuk bangun menegakkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan, serta mempertahan masjid Al-Aqsa dan Palestin umumnya.

Ini bagi kita ialah isu kemanusiaan, kerana mereka dengan terang terang telah melakukan kezaliman, pembunuhan, dan memusnahkan harta benda. Sepertimana kita lihat apa yang terjadi di Gaza baru-baru ini.
Dan isu ini juga ialah isu umat Islam, yang mana akan ditanya di hadapan Allah  SWT sekiranya mereka tidak berusaha membantu saudara mereka di Palestin serta tidak berusaha dan bekerja keras sedaya upaya untuk mengembalikan Masjid Al-Aqsa dan Palestin umumnya.

Sesungguhnya pembinaan semula gereja Yahudi yang sudah roboh berhampiran dengan masjid Al-Aqsa itu ialah satu perkembangan yang sangat bahaya dalam usaha mengubah al-Quds menjadi bandar Yahudi. Kerana bagi mereka, pembinaan gereja ini ialah langkah terakhir bagi membina Haikal Sulaiman yang didakwa, dan satu perancangan untuk merobohkan masjid Al-Aqsa.

Daripada sini kita sebagai umat Islam mesti mempunyai pendirian untuk membantu Masjid Al-Aqsa, memahami isu Al-Aqsa dengan mendalam serta mengetahui peranan kita sebagai seorang Muslim iaitu seperti berikut:

Pertama: kedudukan dan kemuliaan Masjid Al-Aqsa
  1. Masjid ini mempunyai kedudukan yang tinggi dalam Islam kerana ia adalah tempat Isra’ junjungan kita Nabi Muhamad SAW sepertimana firman Allah SWT:
{ سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آَيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ}
الإسراء/1

Maksudnya: Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambanya (Muhamad) pada waktu malam dari Masjil Haram ke Masjid Al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya tanda tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar dan Maha Melihat.

Pada malam Isra’ Mikraj ini juga nabi kita Muhamad SAW telah menjadi imam solat bersama para Anbiya’ dalam masjid Al-Aqsa dan di sini juga nabi kita mewarisi bendera dan risalah Anbiya’ sebelumnya.
  1. Masjid Al-Aqsa ialah kiblat yang  pertama bagi umat Islam. Kerana inilah kiblat yang ditujukan oleh nabi kita (SAW) dan para sahabat selama 17 bulan semasa mereka berada di Madinah. Sehinggalah Allah SWT menurunkan ayat Al-Quran :
{قَدْ نَرَى تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِي السَّمَاءِ فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةً تَرْضَاهَا فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَحَيْثُ مَا كُنْتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ وَإِنَّ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ لَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ الْحَقُّ مِنْ رَبِّهِمْ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا يَعْمَلُونَ} البقرة: 144

Maksudnya: Kami melihat wajahmu (Muhamad) sering merenung ke langit, maka kami palingkan engkau ke arah kiblat yang engkau ingini, maka hadapkanlah wajahmu kearah Masjidil Haram. Dan di mana saja engkau berada, hadapkanlah wajahmu kearah itu. Dan sesungguhnya orang orang yang diberi kitab (Taurat dan injil) tahu. Bahawa itu adalah kebenaran dari Tuhan mereka, dan Allah tidak akan lalai tentang apa yang sedang mereka lakukan.
  1. Fadilat solat di dalam masjd ini bersamaan 500 solat di masjid lain. Sabda Rasulullah SAW:
«الصلاة في المسجد الحرام بمائة ألف صلاة والصلاة في مسجدي بألف صلاة، والصلاة في بيت المقدس بخمسمائة صلاة» (حديث حسن رواه الطبراني(.

Ertinya: Kelebihan  solat di dalam Masjdil Haram bersamaan dengan 100,000 solat (di tempat lain) , dan solat di dalam masjidku ini (Masjid Madinah) bersamaan 1000 solat. Dan solat di masjid Al-Aqsa bersamaan 500 solat - Riwayat Tabrani
  1. Ia salah satu daripada tiga masjid yang digalakkan untuk dikunjungi. Sepertimana sabda Rasulullah SAW bersabda:
«لا تشد الرحال إلا إلى ثلاثة مساجد: المسجد الحرام ومسجدي هذا، والمسجد الأقصى(( .

Ertinya: Tidak digalakan bermusafir kecuali kepada tiga buah masjid iaitu : Masjid Al-Haram, masjid ku ini (Madinah) dan Masjid Al-Aqsa.

Kedua: Tipu helah untuk merampas Masjid Al-Aqsa dan Al-Quds

Pada abad yang lalu, umat Islam telah mengalami kelemahan dan perpecahan sehingga menyebabkan kejatuhan khilafah Uthmaniah. Dan pada masa yang sama ikatan zionis mula ditubuhkan, bagi tujuan merampas tanah suci di Palestin dan menzahirkan warisan warisan palsu yang mereka dapat dari kitab taurat yang telah diputarbelitkan oleh mereka sendiri.

Dan bagi tujuan yang sama, Zionis Yahudi dan Kristian mula bersatu padu dan mengetepikan ketegangan di antara mereka yang sering berlaku demi melawan umat Islam serta merampas tanah suci di Palestin. Dan malangnya mereka telah berjaya dalam hal ini. Tentera British penjajah telah masuk ke tanah suci dan Masjid Al-Aqsa yang masih di bawah pemerintahan kerajaan Islam.

Dan mereka mula menyerang masjid ini bertubi-tubi sehinggalah menang ke atas tentera tentera Arab dan berjaya merampas Masjid Al-Aqsa serta menjadikannya sebagai pusat Zionis yang kejam ini bagi kali pertama dalam sejarah umat Islam.

Pada ketika itulah puak-puak Yahudi di merata dunia mula bergembira dan menyeru untuk rampasan Khaibar dan Madinah sebagai langkah seterusnya. Dan mereka melaungkan tema dan nasyid yang menyakitkan hati umat Islam dengan kata-kata, "Muhamad telah mati dan hanya mewariskan anak-anak perempuan."

Tetapi alhamdulilah masih terdapat segolongan orang Islam yang berjiwa suci mempertahankan masjid ini walaupun telah jatuh ke tangan Yahudi. Mereka sanggup menggadaikan nyawa, bersilih ganti dalam perjuangan mempertahankan Al-Aqsa. Dan membaik pulih bahagian yang telah rosak. Namun Zionis masih belum putus asa untuk memusnahkan masjid ini dan menggantikannya dengan haikal mereka dengan pelbagai cara dan tipu helah seperti menggali terowong di bawah masjid, jambatan dan jalan raya, serta menggalakan pengikut-pengikut mereka untuk membakar, memusnah,  mengebom bahagian bahagian tertentu di masjid ini dengan hasrat supaya Masjid Al-Aqsa runtuh secara sendiri, tanpa dihirau oleh umat Islam. Tetapi Allah SWT masih memelihara Masjid Al-Aqsa.

Keadaan sebegini telah berterusan selama dua tahun sehingga datangnya penyerang Yahudi Michael Dennis dan membakar Mimbar Salahudin dan sebahagian besar dari masjid. Namun para  penjajah dengan sengaja melengah-lengahkan kerja pemadaman api serta cuba menghalang orang Islam dari melakukannya, menyebabkan  sebahagian besar masjid telah musnah.

Jika kita lihat balik perancangan-perancangan untuk menimbuskan masjid ini pula, kita dapati pelbagai cara telah digunakan dan terdapat lebih dari 20 pertubuhan Zionis telah ditubuhkan bagi tujuan yang sama. Ini tidak termasuk ratusan cubaan secara peribadi dan kelompok yang turut  menjajah, membakar, mengebom, menakutkan para jemaah yang solat di sana.

Dengan ini ternyata, pemusnahan yang sedang berlaku di keliling masjid. Dan jalan raya merupakan salah satu perancangan untuk memusnahkan masjid yang mana puak puak Yahudi tidak jemu dan putus asa untuk melakukannya.

Ketiga: Al-Aqsa dalam bahaya

Pada tahuan 1968 persatuan Zionis telah mengumumkan penggabungan antara Bandar Al-Quds Timur dengan Bandar al-Quds Barat. Dan menjadikannya bandar yang disatukan.  Pada tahun 1980 pula mereka juga telah mengumumkan bahawa Bandar Al-Quds yang telah disatukan ini ialah bandar Yahudi yang kekal.

Dan dimulakan dengan kerja-kerja mengubah Al-Quds Timur sebagai pusat Yahudi dengan secara beransur-ansur.

Di antara kerja mereka ialah:

1.        Membakar Masjid Al-Aqsa pada pagi hari Khamis, 21/08/1969.

2.        Menggali terowong secara berterusan di bawah halaman masjid dan kawasan-kawasan sekelilingnya, dengan alasan mencari Haikal Sulaiman yang didakwa. Dan kerja kerja ini lama-kelamaan akan menyebabkan runtuhnya Masjid Al-Aqsa.

3.         Membina perumahan di bandar dan perkampungan di sekeliling Al-Quds dengan merampas tanah hak milik rakyat Palestin umumnya dan penduduk Bandar Al-Quds secara khusus. Serta merobohkan tempat tinggal rakyat Palestin. Dalam masa yang sama memberi kebenaran kepada Yahudi untuk membina rumah.

4.         Melakukan pembunuhan beramai-ramai di Bandar Al-Quds. Termasuk dalam Masjid al-Aqsa, Kubah Sakhrah, Haram Ibrahimi di Bandar Al-Khalil dan lain lain.

5.         Usaha berterusan untuk menghalau peduduk asal dari Bandar Al-Quds sehingga Yahudi menjadi majoriti penduduk di bandar ini. Untuk itu mereka telah merampas kerakyatan rakyat Palestin dan mengenakan cukai yang dahsyat ke atas mereka, serta tidak memberi apa-apa kemudahan hidup kepada mereka.

6.         Membina pagar di sekeliling Bandar Al-Quds, dan juga di sekeliling tanah Palestin sehingga negara Palestin menjadi seperti penjara tertutup supaya rakyat Palestin tidak dapat bersatu, kenal-mengenal, tolong-menolong. Dan juga untuk mengasingkan Bandar Al-Quds dari segala bandar dan perkampungan lain di Palestin.

7.         Melarang penduduk arab dari menghampiri Bandar Al-Quds dan menghalang mereka dari solat dalam Masjid Al-Aqsa.

8.         Mengenakan pelbagai syarat untuk memasuki Masjid Al-Aqsa. Seperti menentukan had umur yang tertentu bagi jemaah yang ingin masuk terutama di hari Jumaat, sehingga ramai pemuda Palestin terpaksa solat di jalan raya.

9.         Menutup sejumlah organisasi organisasi arab dan Islam di Bandar Al-Quds, terutamanya organisasi akademik dan masyarakat.

10.       Membuat perancangan membina “Bandar Al-Quds terbesar” dengan merampas tanah penduduk arab di Palestin. Dan kerja ini sangat bahaya kerana ianya bertambah luas sehari demi sehari.

11.       Melakukan pembunuhan yang kejam keatas rakyat Palestin, serta menahan sebilangan yang besar pemuda Palestin di Bandar Al-Quds dan perkampungan disekeliling. Sehingga penduduk merasa gerun dan takut.

12.       Menyebarkan unsur-unsur yang dapat memusnahkan pemuda seperti dadah dan lain-lain.

Keempat: Peranan kita secara peribadi dan organisasi terhadap Masjid Al-Aqsa

Bagaimana kita akan menjawab di hadapan Allah SWT nanti? Sesungguhnya Masjid Al-Aqsa kebelakangan ini sedang mengalami saat-saat kritikal. Kesombongan Yahudi sekarang sudah melampaui batas. Pembunuhan, pemusnahan dan sekatan demi sekatan dilakukan ke atas umat Islam. Zionis telah membuat persiapan, menentukan matlamat, dan menyiapkan perancangan untuk meruntuhkan Masjid Al-Aqsa dan membina Haikal di tapak itu. Namun malang sehingga ke hari ini, umat Islam yang begitu ramai tidak berjaya menghalang mereka.

Junjungan kita Muhamad SAW telah mengajak kita untuk sentiasa bersatu padu dan sentiasa menghampiri Masjid Al-Aqsa, menziarahi dan menunaikan solat di dalamnya. Baginda mengajak mereka membawa minyak untuk pelita-pelita di Masjid Al-Aqsa. Dan ini satu petanda baik bahawa Al-Quds akan jatuh ke tangan umat Islam. Dan akan jadi milik umat Islam. Petanda baik telah menjadi realiti, yang mana Al-Quds telah jatuh ke tangan umat Islam di zaman Umar al-Khatab pada tahun 15 Hijriah.

عَنْ مَيْمُونَةَ مَوْلَاةِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم أَنَّهَا قَالَتْ: يَا رَسُولَ اللَّهِ أَفْتِنَا فِي بَيْتِ الْمَقْدِسِ ؟ فَقَالَ: "ائْتُوهُ فَصَلُّوا فِيهِ".، "فَإِنْ لَمْ تَأْتُوهُ
وَتُصَلُّوا فِيهِ، فَابْعَثُوا بِزَيْتٍ يُسْرَجُ فِي قَنَادِيلِهِ". رواه الإمام أبو داود

Ertinya: Dari Maimunah r.a. berkata kepada Rasululah: Wahai Rasulullah, berilah padaku satu fatwa tentang Baitulmaqdis. Beliau menjawab, pergilah kamu solat dalam masjid Al-Aqsa. Jika kamu tidak mampu untuk pergi solat di dalamnya maka hantarlah minyak untuk dinyalakan pelita-pelita di masjid al-Aqsa.

Menjadi tanggungjawab ke atas umat Islam pada hari ini, menyelamatkan tempat Isra’ Rasulullah dan mempertahankannya dengan segala cara dan jalan yang mereka mampu. Dan ini adalah kewajipan akidah, kewajipan agama. Kerana Al-Aqsa sebahagian dari agama kita. Sebahagian dari akidah kita. Sebahagian dari ayat Al-Quran kita.

Antara peranan kita ialah:

1.         Peranan secara individu tidak kurang pentingnya dari peranan organisasi iaitu dengan niat yang ikhlas untuk membantu Masjid Al-Aqsa. Sering berdoa siang malam untuk Masjid Al-Aqsa dan pejuang  pejuang disana. Menyebarkan khabar kepada orang ramai, menyertai program menerusi radio, TV dan internet. Menghadiri tarikh-tarikh penting sempena peristiwa yang melibatkan isu Masjid Al-Aqsa serta berusaha untuk menghulurkan bantuan kewangan menerusi tabung tabung Al-Aqsa atau tabung-tabung kanak-kanak Aqsa. Dan juga dengan memperuntukkan sejumlah wang harian untuk  membantu Masjid Al-Aqsa.

2.         Dalam institusi keluarga pula perlu mempelajari sejarah dan isu Al-Aqsa serta  menghulurkan perbelanjaan harian (walau sekadar satu hari) untuk bersama Masjid Al-Aqsa. Begitu juga perlu mengajar anak-anak tentang kelebihan Masjid Al-Aqsa yang terdapat dalam Al-Quran dan hadis Rasulullah. Atau dengan menubuhkan perpustakaan kecil-kecilan yang mengandungi buku, pamplet atau kaset-kaset yang mengandungi isu Masjid Al-Aqsa.

3.         Pihak media pula perlu ada peranan tentang Masjid Al-Aqsa dalam penulisan mereka. Dan perlu sertakan gambar dan bukti dalam laporan-laporan mereka di surat khabar bagi memperlihatkan apa yang sedang dialami oleh Masjid Al-Aqsa. Dan mereka juga perlu menjelaskan isu-isu dan kebatilan yang sedang diwar-warkan oleh media Zionis tentang Masjid Al-Aqsa. Dan lebih dari itu lagi mereka perlu mengadakan sidang media, konferens, ceramah yang khusus tentang isu Masjid Al-Aqsa serta menganjurkan pertandingan kuiz tahunan tetang sejarah Islam dan  Masjid Al-Aqsa.

4.         Menjadi tanggungjawab ke atas para imam, khatib dan pendakwah membawa isu ini dalam ucapan mereka serta mengadakan sudut khas untuk isu  Masjid Al-Aqsa dalam perpustakaan  masjid, tabung  masjid serta menggantung gambar Masjid Al-Aqsa dalam masjid mereka supaya dapat mengingatkan para jemaah tentang isu ini, dan mengajak mereaka berdoa untuk kebaikan Masjid Al-Aqsa.

5.         Saudara kita pengguna internet juga perlu ada peranan menggunakan alat-alat tersebut untuk penyebaran maklumat dan sebarkan isu Masjid Al-Aqsa dalam perbahasan dan pidato mereka. Kerana alat-alat ini dapat menyebarkan berita dengan begitu pantas dan meluas.

6.         Organisasi dan persatuan pula perlu menganjurkan program program tentang Al-Aqsa dan menganjurkan promosi-promosi yang dapat mengumpul dana untuk Al-Aqsa serta mengadakan unit khas dalam organisasi dan promosi mereka untuk membantu Al-Aqsa. Begitu juga membuat pembentangan yang berterusan, menyediakan perpustakaan dan lain lain.

7.         Bekerjasama dengan semua organisasi dan pertubuhan yang bekerja untuk Masjid Al-Aqsa serta menganjurkan program program yang terlibat dengan isu masjid Al-Aqsa.

Kelima: Pertolongan Allah sudah hampir tiba 

Bumi Syam adalah bumi jihad yang berterusan sehingga ke hari kiamat.

Ertinya: Dari Muaz r.a. Rasulullah SAW bersabda:

Wahai Muaz! Sesungguhnya Allah SWT akan membuka bumi Syam selepas ketiadaanku. Dari Arish hingga ke Furat. Lelaki, perempuan, hamba mereka akan berjihad hingga kehari kiamat. Sesiapa di kalangan kamu memilih salah satu tempat di bumi Syam atau Baitulmaqdis, maka dia berada dalam jihad hingga ke hari kiamat.

Allah SWT telah memberitahu kepada junjungan kita Muhamad SAW bahawa bumi Al-Aqsa ini akan dirampas atau diugut oleh musuh, kerana inilah baginda menggalakan umatnya agar berjihad mempertahankan bumi ini supaya tidak jatuh ketangan musuh dan berjihad untuk mengembalikannya jika ditakdir jatuh ke tangan musuh. Begitu juga baginda telah memberitahu tentang sebuah peperangan akan berlaku antara umat Islam dan Yahudi dan akhirnya akan dimenangi oleh umat Islam. Semua makhluk akan menyebelahi umat Islam termasuk batu-batu dan pokok. Dan semua akan bercakap dan menunjukkan di mana musuh berada.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ: "لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقَاتِلَ الْمُسْلِمُونَ الْيَهُودَ، فَيَقْتُلُهُمْ الْمُسْلِمُونَ، حَتَّى يَخْتَبِئَ الْيَهُودِيُّ مِنْ وَرَاءِ الْحَجَرِ وَالشَّجَرِ، فَيَقُولُ الْحَجَرُ أَوْ الشَّجَرُ: يَا مُسْلِمُ يَا عَبْدَ اللَّهِ هَذَا يَهُودِيٌّ خَلْفِي فَتَعَالَ فَاقْتُلْهُ، إِلَّا الْغَرْقَدَ فَإِنَّهُ مِنْ شَجَرِ
الْيَهُودِ".  روى الإمام مسلم

Ertinya: dari Abi Hurairah, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: Tidak akan terjadi kiamat sehingga orang Islam berperang dengan Yahudi. Orang Islam akan membunuh orang Yahudi sehingga yahudi itu menyorok di belakang batu dan pokok. Maka batu dan pokok pun bercakap: Wahai Muslim, wahai hamba Allah, ini Yahudi di belakangku. Datanglah ke sini membunuhnya kecuali pokok Gharkad kerana itu adalah pokok  Yahudi. - riwayat Muslim.

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم : "لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي عَلَى الْحَقِّ ظَاهِرِينَ، لَعَدُوِّهِمْ قَاهِرِينَ، لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ إِلَّا مَا أَصَابَهُمْ مِنْ لَأْوَاءَ ، حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللَّهِ وَهُمْ كَذَلِكَ". قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ وَأَيْنَ هُمْ؟ قَالَ: "بِبَيْتِ الْمَقْدِسِ وَأَكْنَافِ بَيْتِ الْمَقْدِس". روى الإمام أحمد في مسنده

Ertnya:  Dari Abi Umaimah berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sentiasa ada sekumpulan dari umatku yang menegakkan kebenaran, mengasari musuh, dan musuh mereka tidak akan dapat memudaratkan mereka kecuali apa yang dibuat dari belakang mereka. Mereka sentiasa begitu sehingga datangnya pertolongan Allah SWT. Sahabat bertanya: Di manakah mereka wahai Rasulullah? Baginda menjawab: di Baitulmaqdis, dan sekeliling Baitulmaqdis. - riwayat Imam Ahmad
Maka kita sekalian diperintah oleh Allah swt. Untuk berusaha sedaya upaya, membantu Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis dan Palestin keseluruhannya. Dan kita yakin pertolongan Allah akan datang, dan pertolongan Allah itu sudah hampir.

قال الله تعالي{ أم حسبتم أن تدخلوا الجنة ولما يأتكم مثل الذين خلوا من قبلكم مستهم البأساء والضراء وزلزلوا حتي يقول الرسول والذين آمنوا معه متي نصر الله ألا إن نصر الله قريب) البقرة 214.

Maksudnya: Adakah kamu menganggap bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) seperti (dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan pelbagai cubaan) sehingga Rasul dan orang orang iman bersamanya berkata, bilakah datangnya pertolongan Allah? Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.

PENGAJARAN :

Israel kian angkuh dengan penindasan yang dilakukannya terhadap bumi Gaza dan rakyatnya. Ketegangan semakin meningkat hingga ke hari ini ekoran berita serangan udara Israel di Gaza. Perjuangan Palestin akan terus menghadapi serangan zionis terhadap bangsa Palestina di Tebing Barat dan Gaza. Mewakili mahasiswa, kami menyeru kepada pimpinan Palestin dan Liga Arab serta dunia Islam dan masyarakat antarabangsa untuk menekan penjajah zionis agar menghentikan serangan mereka dan mengembalikan hak-hak Palestin kepada pemiliknya.

Kepada seluruh Mahasiswa, ayuh bersama-sama menunjukkan kecaknaan anda terhadap isu sensitif ini. Kagum dengan mereka yang turut merasai kehangatan kekejaman Israel. Namun saya masih bimbang akan kita yang diserang, telah diserang sejak sekian lama, dan sentiasa diserang dengan pelbagai ideologi. penjajahan pemikiran, emosi, sikap kita dan hati kita. Mungkin kita terpaksa menghitung diri kita semula selepas ni? serangan saraf yang lebih berbahaya dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Renungan.

Ketika Ibrahim bin Adham (seorang ahli tasawwuf yang masyhur) berada di tengah-tengah pasar Basrah, beliau dikerumuni oleh orang ramai. Di antara mereka ada yang bertanya: mengapakah doa mereka tidak dikabulkan Allah padahal mereka selalu berdoa kepadanya?

Beliau menjawab : kerana hati kamu buta disebabkan sepuluh perkara, iaitu:

1. Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak tunaikan hak-Nya
2. Kamu sangka bahawa kamu cinta kepada Rasulullah saw tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
3. Kamu telah membaca al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya
4. Kamu telah makan nikmat-nikamat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukur-Nya
5. Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya
6. Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya
7. Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar tapi kamu tidak lari daripadanya
8. Kamu telah berkata bahawa mati itu benar tapi kamu tidak bersedia baginya
9. Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia tapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.
10. Kamu kebumikan mayat-mayat manusia tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripada mereka.

Siapakah yang mahu menghibur rakyat Jalur Gaza yang sedang menangis agar dapat tersenyum? Siapakah yang mahu menghapus linangan “air mata darah” yang membasahi bumi para Nabi?
Read More

RAMADHAN DAN JERITAN AL-AQSA DI GAZA YANG TIDAK DIHIRAUKAN UMAT DUNIA

AWAL Ramadhan ini kebetulan bertepatan dengan peringatan 45 tahun pembakaran Masjid Al-Aqsa oleh ektremis Yahudi. Suasana penyambutan puasa yang tak sejalan dengan tradisi yang telah disunnahkan Rasulullah SAW tersebut, makin menghilangkan ingatan sebahagian besar kaum Muslimin tentang nasib kiblat pertama itu.

Tidak banyak umat Islam, terutama genarasi muda, mengetahui salah satu tembok di kawasan Masjid Al-Aqsa pernah menjadi saksi ketika Nabi Muhammad SAW melaksanakan mikraj dari Masjid Al-Aqsa ke Sidratul Muntaha di atas langit ke tujuh. Untuk mengabadikan peristiwa penting dalam sejarah Islam itu, maka salah satu tembok di bahagian barat daya dari kiblat pertama umat Islam seluruh dunia itu diberi nama Tembok Buraq (kilat), nama kenderaan yang dinaiki Nabi bersama malaikat Jibril untuk menembus langit.

Tembok tersebut merupakan bahagian yang tidak terpisahkan dari kawasan tanah suci Al-Quds, yang hingga saat ini masih terus dikotori dan dilecehkan oleh kaum Zionis Yahudi.

Barangkali tak banyak pula dari kaum Muslimin yang mengetahui dengan pasti bahawa Buraq tersebut telah diganti menjadi Tembok Ratapan oleh kelompok ekstremis Yahudi sejak 1967, tepatnya pada 11 Jun 1967. Tembok suci umat Islam tersebut diganti menjadi Tembok Ratapan sebagai tempat ritual, yang diduga oleh sebagian kelompok ekstremis Yahudi sebagai tempat puing Haikal Sulaiman (King Solomon Temple).

Dalam suasana penyambutan bulan suci puasa yang serba mengetengahkan hal-hal yang berbau duniawi ini, makna HUT ke-40 pembakaran Masjid Al-Aqsa itu pun makin terkikis dari lubuk hati kaum Muslimin. Kejahatan demi kejahatan yang dilakukan ekstremis Yahudi pun atas simbol kiblat pertama tersebut makin dilupakan, sehingga negeri Zionis itu, baik melalui badan-badan ekstremis maupun badan rasmi, dengan berleluasa melanjutkan strategi untuk mengempur Masjid Al-Aqsa yang mencapai puncaknya pada 2009, tepat pada peringatan 40 tahun pembakaran tersebut.

Peringatan tahun ini (2009) berbeda dengan tahun-tahun sebelumnya kerana bertepatan dengan kempen yahudisasi Al-Quds yang sangat sengit dan menyeramkan, karena dibayangi pelaksanaan lapangan “Yahudisasi” terhadap sisa dari kota Al-Quds, dengan mengubah demografi dan geografinya.

Zionis misalnya selama tahun ini mengeluarkan 1,500 buah instruksi penghancuran rumah penduduk Arab, di antaranya 80 rumah di dalam kota lama Al-Quds dan 300 rumah di sekitar kota lama.

80 ribu identiti penduduk Arab dicabut, dan perintah untuk mengusir 20% penduduk Arab dalam tempo lima tahun mendatang pun sudah dikeluarkan. Dengan serta merta warga Yahudi ekstremis menyambutnya dengan menroboh 49 rumah penduduk Arab, berikut penyitaan sekitar 800 hektar pertanian milik warga Arab.

Di tengah hirup pikuk hiburan yang menemani puasa tahun ini, umat Islam harus menyedari bahawa sejatinya Al-Aqsa masih terbakar. Kita harus menempatkan masalah Al-Quds sebagai skala keutamaan atas segala kepentingan, baik peribadi ataupun umum.

Terlepas daripada suasana Ramadan yang makin menjauhkan kaum Muslimin daripada inti ajaran agamanya, umat Islam mulai daripada para ulama, pemerintah dan rakyat, dewasa ini dituntut melanjutkan upaya secara terencana dan strategis dalam membela Al-Aqsa yang terluka makin parah. Tidak wajar membiarkan kiblat pertama tersebut terus diinjak-injak oleh kaki kotor Zionisme.

Cuba musnahkan Al-Aqsa

Setiap 21 Ogos, umat Islam di seluruh dunia, terutama yang bermukim di sekitar kawasan tanah suci Al-Quds, tidak akan pernah melupakan kaum Zionis yang cuba memusnahkan Masjidil Aqsa sekitar 40 tahun lalu.

Pada 21 Ogos 1969, seorang ekstremis Yahudi Israel berasal dari Australia, Michael Danis Rohen membakar simbol kiblat pertama umat Islam tersebut, menyebabkan sebahagian masjid yang diagungkan kaum Muslimin seluruh dunia itu hangus terbakar.

Tingkah Danis bersama anggota mafianya yang saat itu mendapat peluang dari keamanan negeri Zionis, berhasil memusnahkan seluruh bahagian timur masjid dan menghancurkan atap bahagian selatan. Selain itu mimbar Sultan Nereddin dan Salahuddin Al-Ayyubi, pahlawan yang berjaya mengembalikan tanah suci Al-Quds dari pasukan Salib Eropah, juga ikut ranap.

Peristiwa memilukan yang tidak hanya melanggar norma agama samawi, namun juga norma kemanusiaan itulah yang mendorong berdirinya Organisasi Konferensi Islam (OKI) yang sekarang beranggotakan 56 negara berpenduduk Muslim seluruh dunia.

Namun sangat disayangkan respon para pemimpin dunia saat itu, terutama pemimpin Arab dan Islam, tidak sebanding dengan nilai kesucian masjid kiblat pertama tersebut yang diabadikan sendiri oleh Sang Pencipta di dalam kitab suci-Nya Al-Qur`anul Karim.

Padahal para pemimpin Zionis Israel ketika itu, kecut akan kemungkinan kemarahan besar kaum Muslimin dunia, yang dapat sebagai petanda berakhirnya eksistensi negeri Zionis yang didirikan negara-negara besar pada bulan Mei 1948.

PM Israel, Golda Meir ketika ditanya tentang hari yang paling menakutkan bagi dirinya dan eksistensi Israel, ia menjawab, "hari pembakaran Masjid Al-Aqsa oleh ekstremis Yahudi". Lalu ditanya lagi hari yang paling membahagiakan, ia menjawab, "respon para pemimpin Islam dan kaum Muslimin setelah pembakaran tersebut yang tidak seseram yang dibayangkan sebelumnya."

Telah empat dekad umur dari usaha pemusnahan simbol kiblat pertama kaum Muslimin ini, namun bahaya pemusnahan daripada kelompok ekstremis Yahudi terus mengancam, bahkan pada tahun 2009 ini mereka makin buas kerana penggalian sisa-sisa terowongan yang dicanangkan dibayangi dengan yahudisasi kota Al-Quds secara tegas di hadapan kesaksian dunia, khususnya kaum Muslimin yang sedang terlena.

Setidaknya dalam rentang waktu lima tahun kebelakangan ini, pemerintah Zionis tersebut tanpa malu-malu "menentang" PBB dan masyarakat antarabngsa dengan melakukan pelanggaran keputusan Majlis Umum PBB tentang perlindungan kota suci Al-Quds, yang disebut sebagai daerah pendudukan. Bahkan pelanggaran ini tidak hanya dilakukan oleh kelompok ekstrem, namun secara rapi dilakukan secara rasmi dengan pemerintah.

Sebagai contoh adalah kunjungan provokatif mantan PM/Ketua Partai Likud, kemudian menjadi Partai Kadima, Ariel Sharon pada 28 September 2000 ke kawasan Masjid Al-Aqsa yang memancing meletusnya intifadha Palestina kedua. Sejak saat itu hingga kini, pelbagai kunjungan provokatif pejabat tinggi negera Yahudi tersebut terus berlangsung sebagai bentuk persetujuan penggalian terowongan bawah Masjid Al-Aqsa oleh kelompok ekstremis Yahudi.

Nampaknya gerakan Zionis tersebut akan terus berlanjut sampai masjid Al-Aqsa dikuasai, yang selanjutnya akan digantikan oleh Temple Solomon yang mereka impikan berada di bawah masjid. Gerakan ini tak lebih hanya didasari khurafat dan legenda tanpa dasar, sebagaimana yang diungkapkan sejumlah pakar arkeologi negeri Zionis itu sendiri bahawa temple yang dimaksudkan tersebut tidak pernah ada.

Profesor Zaif Hertzogh, pakar arkeologi dari Universitas Tel Aviv misalnya, mengingatkan dengan mengatakan, “setelah bertahun-tahun negara Israel berdiri, sudah waktunya mengubah budaya agar orang-orang Israel sudah sepantasnya mencari bukti-bukti dengan kritis, bukan sekadar menerima dongeng-dongeng yang tercantum dalam Taurat, lalu menganggapnya sebagai hakikat sejarah.”

Kementerian Wakaf Palestina misalnya, mencatat bahawa sebanyak 100 lebih pelanggaran atas Masjid Al-Aqsa yang dilakukan kelompok ekstremis Yahudi dan Zionis sejak pembakaran hingga tahun 2005. Bila data tersebut direntang lagi hingga tahun 2009, angka pelanggaran tersebut boleh mencapai dua kali lipat dengan kualiti yang jauh lebih dahsyat karena mengancam secara serius masjid ini.

Sepuluh fasa penggalian

Sejak kota suci Al-Quds diduduki negara Zionis itu, menyusul kekalahan negara-negara Arab dalam perang kilat enam hari Jun 1967, setidaknya ada 10 fasa penting penggalian yang telah dilakukan kelompok ekstremis Yahudi, hingga tahun 2009 ini.

Penggalian pertama terjadi pada Jun 1967, dan menghancurkan 135 rumah penduduk Palestin, dua masjid, dan sebuah kilang pembuatan plastik. Waktu itulah Tembok Buraq diganti dengan Tembok Ratapan, yang antara lain diiringi dengan penggalian tahap awal sedalam 14 meter di bawah Masjid Al-Aqsa.

Yang kedua dilakukan pada 1969 pasca pembakaran Masjid Al-Aqsa, dengan menghancurkan beberapa rumah lainnya. Peninggalan sejarah Islam yang lalu, diganti dengan pembangunan kasino. Pada fasa ini berhasil digali sebuah terowongan sepanjang 80 meter di bawah masjid.

Pada fasa ketiga, 1970-1972, berhasil dibuat terowongan di tembok sebelah selatan dan barat sehingga menembus ke halaman masjid. Pada fasa keempat pada tahun 1973, terowong ini diperluas lagi ke arah barat, dengan kedalaman 13 meter.

Pada 1974 sebagai fasa kelima, terowong di tembok sebelah barat kembali diperluas. Pada fasa keenam, 1975-76, perluasan selanjutnya disertai dengan penghilangan kuburan kaum Muslimin, di antaranya dua kuburan sahabat Rasulullah, yakni Ubadah bin Somit dan Syaada bin Ous.

Pada 1977 sebagai fasa ketujuh berhasil dibuat terowong di bawah Tembok Buraq hingga menembus arah timur Masjid Al-Aqsa. Saat ini berhasil dibangunkan candi (temple) Yahudi yang dibuka langsung oleh PM Israel saat itu, Menachem Begin. Pada awal tahun 80-an, berhasil digali terowong hingga menembus tempat solat kaum wanita di Masjid Al-Aqsa. Pada fasa kedelapan ini, menteri Israel mengesahkan lanjutan penggalian terowong.

Pada 1986 sebagai fasa kesembilan, pemerintah Israel memutuskan untuk mengizinkan penggalian dari segala arah. Ratusan rumah penduduk Palestin terlibat dan di salah satu kawasan yang luas dibangun rumah PM Israel, untuk memudahkan koordinasi penggalian.

Fasa kesepuluh, pada awal tahun 90-an hingga tahun 2000, merupakan yang paling berbahaya kerana dilakukan penggalian secara besar-besar di bawah masjid, yang dapat mengancam runtuhnya masjid setiap saat. Penggalian besar-besar dalam dua tahun kebelakangan ini merupakan bahagian terakhir dari fasa kesepuluh tersebut dengan harapan Masjid Al-Aqsa runtuh dengan sendirinya.

Hanya mukjizatlah yang menyebabkan simbol kiblat pertama umat Islam ini masih tegak berdiri sampai saat ini. TV Aljazeera, Qatar, yang melaporkan secara khusus peringatan 40 tahun pembakaran masjid tersebut dalam berita antarabangsanya, lengkap dengan bukti filem tentang terowong tersebut pada Jumaat (21 Ogos 09), antara lain menyebutkan data dari pihak wibawa Palestin bahawa dari sekitar 24 terowong terakhir yang dicanangkan untuk digali, lebih separuhnya sudah dikorek sehingga apabila sisanya dibuang besar kemungkinan simbol kiblat pertama itu akan runtuh.

Kementerian Wakaf Palestin telah berusaha mengawasi kelompok Yahudi ekstrim untuk menerobos masuk ke bawah kawasan masjid dengan membangun tembok kawat berduri di sekitar lokasi masjid hingga saat ini. Namun usaha itu kelihatannya tidak banyak hasilnya karena setiap saat warga ekstremis Yahudi dengan perlindungan pasukan keselamatan Zionis setiap saat dapat menembus masuk.

Meskipun demikian, respons para pemimpin dan umat Islam dingin saja. Kenyataan inilah yang mendorong sejumlah ulama Muslim terkemuka di seluruh dunia mendirikan Lajnah Al-Difaa `Anil Aquds (Misi Pembela Tanah Suci Al-Quds) pada akhir 2000 yang diketuai ulama kontemporeri terkemuka, Sheikh Dr. Yusuf Al-Qardawi.

Organisasi non-pemerintah yang didirikan di Lebanon ini, tugas utamanya antara lain menyedarkan para pemuda Muslim seluruh dunia tentang tangungjawab membela kota suci Al-Quds dan Masjid Al-Aqsa. Diharapkan, badan ini mampu menggerakkan para pemuda Muslim seluruh dunia untuk membela Al-Aqsa yang masih diinjak kaki-kaki kotor Zionis
Read More

NIKMAT-NIKMAT YANG DIKURNIANKAN ALLAH KEPADA BANI ISRAEL

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu'alaikum.

Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.

"Wahai Bani Israel! Kenangkanlah nikmat-nikmatKu yang Aku telah kurniakan kepada kamu, dan (ingatlah) bahawasanya Aku telah melebihkan (nenek moyang) kamu (yang taat dahulu) atas orang (yang ada pada zamannya). (al-Baqarah [2] : 47)

Sekali lagi Allah memberi peringatan kepada kaum Bani Israel (yahudi) di Madinah akan nikmat2 yang dikurniakan kepada kaum mereka sebagaimana yang dihuraikan dalam ayat 40 dengan menyatakan keagungan sejarah mereka; kerana ramai para nabi dan rasul diutuskan daripada golongan mereka tidak berlaku di kalangan kaum2 lain.

Di dalam al-Quran ada menyebutkan beberapa keistimewaan atau nikmat yang Allah kurniakan kepada Kaum bani Israel ini.

Antara keistimewaan dan nikmat itu ialah:

1. Mereka diselamatkan daripada kekejaman Firaun.

2. Laut Merah terbelah dua hingga mereka dapat melarikan diri dan terselamat daripada Firaun dan tentera2nya.

3. Orang yang mati dipanah petir Allah hidupkan semula.

4. Allah menyelubungkan awan ke atas mereka daripada panas matahari semasa mereka hidup di padang pasir.

5. Allah menurunkan kepada mereka MANNA iaitu sejenis manisan untuk mereka sebagai penganan.

6. Allah menurunkan SALWA iaitu sejenis burung sebagai makanan.

7. Allah ampunkan segala kesalahan mereka yakni menyembah patung lembu semasa nabi Musa as pergi bermunajat kepada Allah ke Bukit Tursina.

8. Allah memberi keampunan ketika mereka memohon keampunan.

9. Allah menurunkan kitab Taurat kepada nabi Musa sebagai penduan hidup.

10. Allah memancarkan 12 mata air untuk minuman ketika mereka kehausan di padang pasir.

Nikmat2 di atas dan juga kesalahan2 Bani Israel; Allah sebutkan dalam ayat2 di bawah :

(al-Baqarah [2] ayat 49 hingga 60; yang bermaksud:

"Dan (kenangkanlah) ketika Kami selamatkan kamu daripada Firaun dan orang-orangnya, yang sentiasa menyeksa kamu dengan seksa yang seburuk-buruknya; mereka menyembelih anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu; sedang kejadian yang demikian itu mengandungi bala bencana dan cubaan yang besar daripada Tuhan kamu. (49)

Dan (kenangkanlah) ketika kami belahkan laut (Merah) untuk kamu lalui (kerana melarikan diri daripada angkara Firaun), maka Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Firaun bersama-sama tenteranya, sedang kamu semua menyaksikannya. (50)

Dan (kenangkanlah) ketika kami berjanji kepada Nabi Musa (untuk memberi Taurat kepadanya sesudah dia bersiap selama) empat puluh malam. Kemudian, setelah dia pergi, kamu menyembah (patung) anak lembu dan kamu sebenarnya orang-orang yang zalim (terhadap diri sendiri). (51)

Kemudian sesudah itu kami maafkan kesalahan kamu, supaya kamu bersyukur. (52)

Dan (kenangkanlah) ketika Kami turunkan kepada Nabi Musa Kitab (Taurat) dan keterangan-keterangan (yang terkandung di dalamnya, yang membezakan antara yang benar dengan yang salah), supaya kamu mendapat petunjuk. (53)

Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu, maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu iaitu bunuhlah diri kamu. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani. (54)

Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami). Maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu semua melihatnya. (55)

Kemudian Kami bangkitkan kamu sesudah kamu mati (atau pengsan dari sambaran petir itu), supaya kamu bersyukur. (56)

Dan Kami telah menaungi kamu dengan awan (dari panas matahari di padang pasir) dan Kami turunkan kepada kamu "Manna" dan "Salwa", (serta Kami berfirman): Makanlah dari makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu dan tidaklah mereka menganiaya Kami (sebab mereka kufurkan nikmat itu), tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri. (57)

Dan (kenangkanlah) ketika Kami berfirman: Masuklah kamu ke bandar ini, kemudian makanlah daripada benda-benda yang ada di dalamnya dengan sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu sukai dan masuklah kamu melalui pintunya dengan tunduk (merendah diri) dan (mintalah ampun dengan) berkata: Ya Allah ampunilah dosa kami; supaya Kami ampunkan kesalahan-kesalahan kamu dan Kami akan tambah pula pahala orang-orang yang berbuat baik. (58)

Kemudian orang-orang yang zalim (penderhaka) itu mengubah perkataan (perintah Kami) yang dikatakan kepada mereka dengan melakukan sebaliknya; maka Kami turunkan ke atas orang-orang yang zalim itu bala bencana dari langit dengan sebab mereka sentiasa berlaku fasik (menderhaka). (59)

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (dia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air; sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi". (60)

Allah menyatakan kepada bangsa Yahudi, bahawa leluhur mereka daripada kaum Bani Israel pada zaman Nabi Musa as telah diselamatkan daripada kekejaman Firaun.

Para mufssirin menyatakan bahawa firaun ialah gelaran raja-raja yang memerintah negeri Mesir zaman peurbakala. Firaun dalam ayat2 di atas ditujukan kpd raja Mesir yang mengaku dirinya Tuhan dan menyuruh rakyat menyembahnya. Menurut yang diberitakan bahawa Firaun yang ini hidup selama 400 tahun.

Seperti yang ditulis dahulu Firaun menyiksa Bani Israel dan suatu hari bermimpi melihat api yang bernyala2 yang datangnya daripada negeri Baitulmaqdis dan membinasakan semua penduduk Mesir kecuali Bani Israel. Kisah ini membawa kepada kisah Nabi Musa yang dihanyutkan ibunya ke sungai dan akhirnya membesar di istana Firaun. Di atas tadi disenaraikan nikmat2 yang mereka terima.

Disamping disebutkan nikmat2 Allah, Allah juga menyenaraikan sifat buruk mereka iaitu:

1. Mereka selalu menyebut; (Sami'na wa'asaina) "kami sedia mendengar tetapi tetap menderhaka".

2. Menyembah patung anak lembu sebagai Tuhan.

3. Perkataan mereka: Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami).

4. Mereka berlaku zalim dengan mengubah perkataan yang benar dengan perkataan yang lain dengan tujuan memperkecilkan Allah.

5. Mereka berkata: "Wahai Musa, kami tidak sabar (sudah jemu) dengan makanan yang semacam sahaja; maka pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi; daripada sayur-sayurannya dan mentimunnya dan bawang putihnya dan adas (kacang dalnya), serta bawang merahnya".

6. Menyalahgunakan firman2 Allah dengan memalingkan makna yang sebenar kepada makna yang lain.

7. Mereka berpaling daripada Taurat setelah pada aslanya mereka terima.

8. Hati mereka keras seperti batu sekalipun mereka bersalah mereka tak akan mengaku.

9. Mereka kufur dengan ayat2 Allah.

10. Mereka membunuh para Nabi yang tidak berdosa.

Begitulah antara nikmat2 yang Allah kurniakan kepada kaum bani Israel serta kelakuan buruk mereka seperti yang tertera dalam ayat2 daripada surah al-Baqarah.

Read More

MEMAHAMI ISTILAH YAHUDI DAN ISRAEL iii

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Kali ini sambung tentang Bani Israel yang dahulunya ditulis di sini .

Wahai Bani Israil! Kenangkanlah kamu akan segala nikmat yang telah Kuberikan kepada kamu dan sempurnakanlah perjanjian (kamu) denganKu, supaya Aku sempurnakan perjanjianKu dengan kamu dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu yang lain). (al-Baqarah [2] : 40) .

Ayat ini bermaksud bahawa Allah menggesa orang2 Yahudi di Madinah agar menepati janji dengan mempercayai bahawa nabi Muhammad saw itu adalah utusan Allah; sesuai dengan nikmat-nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada leluhur (asal usul keturunan mereka). hanya dengan menepati janji merka akan dikurniakan nikmat yang lain pula.

Seperti yang dinyatakan terdahulu bahawa Bani Israel ini ialah keturunan Nabi Yaakub iaitu anak2nya, cucu2nya dan keturunannya yang kemudian digelarkan nama kaum Yahudi. Sejarah rengkas mereka mengikut Enciklopedia oleh Muhammad farid Wajdi. Sejarah mereka bermula sejak abad ke-20 SM yakni 2000 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa as. Ahli2 sejarah telah membahagikan sejarah kaum Bani Israel ini kpd 5 peringkat:

Peringkat Pertama: Mengambil masa selama 351 tahun, iaitu dari tahun 1996 hingga 1645 SM. Yakni zaman Nabi Ibrahim as hingga baginda keluar meninggalkan negeri Mesir.

Peringkat kedua: Mengambil masa 565 tahun, iaitu dari tahun 1645 hingga 1080 SM, iaitu sejak keluarnya Nabi Ibrahim as dari Mesir hingga terciptanya Kerajaan Bani Israel.

Peringkat ketiga: Mengambil masa selama 544 tahun yakni dari tahun 1080 hingga 536 SM, iaitu dari terciptanya Kerajaan Bani Israel hinggalah tertawannya Babylon.

Peringkat keempat: Mengambil masa selama 671 tahun iaitu mulai 536 SM hingga 135 selepas kelahiran Nabi Isa as, iaitu sejak tertawannya Negeri Babylon hingga hancurnya negeri tanah suci mereka Baitulmaqdis kerana dileburkan oleh Raja Rom; Adrian.

Peringkat kelima: iaitu peringkat terakhir, sejak 135 Masihi hinggalah sekarang ini.

Pada peringkat pertama; seperti yang ditulis dahulu bermula selepas Nabi Ibrahim as pindah keluar dari Mesir, baginda mendapat dua orang anak iaitu Ismail dan Ishak. Daripada Ishak ini lahir Nabi Yaakub, kemudian daripada Nabi Yaakob yang digelar Israel inilah bermulanya kaum yang dipanggil Bani Israel dan akhirnya kaum Yahudi. Nabi Yaakub as mendapat 12 orang anak. Salah seorang ialah Nabi Yusuf as yang mendapat pangkat yang tinggi di sisi Firaun Raja Mesir. Bila datang bahaya kelaparan semua anak2 Nabi Yaakub serta anak cucu berpindah ke Mesir dari negeri mereka iaitu Kan'an di utara semenanjung Tanah Arab. kesemuanya 70 orang kemudian kembang biak dengan banyaknya.

Kemudian firaun menindas mereka, tenaga mereka diperas secara paksa. Bukan itu sahaja, kekejaman dilakukan terhadap mereka. Lelaki dibunuh dan perempuan dibiarkan hidup; sehinggalah Nabi Musa as diutuskan Allah untuk membela mereka dan membawa mereka berpindah keluar dari Mesir ke kan'an. Bilangan mereka ramai; yang boleh mengangkat senjata sahaja ialah seramai lebihkurang 600,000 orang.

Pada Peringkat Kedua ini; iaitu sejarah mereka meninggalkan negeri Mesir dengan menyeberangi Laut Merah yang terbelah dua oleh mukjizat Nabi Musa as. Mereka tinggal di Padang Sahara selama 40 tahun. Padang pasir yang tandus dengan kehidupan yang serba perit.

Allah berfirman: Sesungguhnya negeri itu diharamkan kepada mereka memasukinya selama empat puluh tahun, mereka akan merayau-rayau dengan bingungnya (di sepanjang masa yang tersebut) di padang pasir (Sinai); maka janganlah engkau berdukacita terhadap kaum yang fasik itu. (Q.S. Al-Maidah [ 5 ] : 26)

Nabi Musa menyampaikan syari'at Allah daripada wahyu yang diterima daripada Bukit Tursina (di Semenanjung Sinai). Syariat itulah yang digunakan bagi mendidik kaum Bani Israel ini sehingga baginda mangkat pada tahun 1065 SM. Baginda digantikan dengan Nabi Yushak bin Nun sebagai ketua Bani Israel. semenjak itulah terdirinya kerajaan Bani Israel dan dapat pula menundukkan kerajaan2 yang berjiran dengannya sehingga pemerintahannya meliputi Semenanjung Sinai, Jordan, Palestin dan Syria.

Sejak itu pada peringkat ketiga antara tahun 1080 SM hingga 356 SM kerajaan Bani Israel makin bertambah besar hingga dapat menawan kerajaan babylon di Iraq daripada tangan Parsi. Pada zaman inilah dibangkitan ramai nabi2 dan rasul2 daripada kalangan Bani Israel untuk memberi peringatan, membimbing dan memimpin mereka supaya mengikut ajaran Allah swt; antaranya ialah Samwil (Samuel) Daud dan Sulaiman ('alaihimussalam). Semasa pemerintahan Nabi Sulaiman ini kerajaan Bani Israel berada di mercu kejayaan.

Setelah mangkat Nabi Sulaiman as anaknya Rahba'an menggantikan pemerintahannya. maka bermulalah kejatuhan kerajaan Bani Israel. Pada masa ini mula pudar sedikit demi sedikit akibat perselisihan dan perpecahan. Mereka berpecah menjadi dua golongan. satu puak menubuhkan kerajaan Yahudi dan satu lagi kerajaan Israel. Kedua-dua golongan yang berpecah ini saling memerangi antara satu sama lain. dari situlah bermulanya kejatuhan kerajaan bani Israel kerana kerajaan2 yang berjiran seperti Mesir dan Parsi silih berganti mengalahkan kerajaan mereka.

Pada peringkat keempat sejarah mereka iaitu antara 536 Sebelum Masehi hingga 135 Sesudah Masehi, bukan sahaja kerajaan Parsi sudah dapat menawan semula negeri Baylon dan telah menghalau mereka balik ke Palestin bahkan kerajaan Rom juga telah menyerang Iskandar Maqduni (Alexander The Great) dan menakluki negara palestin. Sejak itu mereka secara bergilir2 dikuasai oleh kerajaan Rom dan Parsi iaitu dua kerajaan yang sangat kuat ketika itu. Mereka ditekan, ditindas, diperas, diperkosa, dipaksa membayar ufti dan cukai negeri, di samping agama mereka dipersendakan. Mereka dilarang berkhatan, dipaksa menyembelih babi sebagai korban, dan di rumah ibadat mereka didirikan patung Jupiter (Tuhan org2 Grek kuno). Akhir sekali negeri Baitulmaqdis yang mereka hormati dan pandang suci dihancurkan sama sekali dan tidak kurang 500,000 bangsa Yahudi disembelih. Dengan malapetaka ini bertambah kua lagi pegangan agama mereka.

Sejak 135 Masihi, iaitu tarikh hancurnya kota Jurusalem (Baitulmaqdis) maka berseleraklah kaum Yahudi, (yakni saki baki daripada yang disembelih yang dahsyat itu) ke seluruh muka bumi. Peringkat inilah peringkat terakhir daripada sejarah kaum Bani Israel yang dicatat oleh ahli sejarah.

Peringkat seterusnya iaitu selepas 135 Masehi tidak dituliskan di sini.. memadailah disebutkan bahawa Kaum Yahudi pada zaman Nabi Muhammad saw ialah saki baki kaum Bani Israel yang merayau-rayau selepas selamat daripada penyembelihan besar2an itu. Mereka merayau-rayau ke Madinah sehingga dapat bertapak di situ. Mereka masih teguh memegang agama, kerana masih berpegang dengan kitab Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa as. Mereka tahu bahawa seorang nabi akan dibangkitkan oleh Allah iaitu bernama Muhammad. Di dalam Taurat ada tercatat sifat2 Nabi Muhammad. Tetapi setelah menjadi kenyataan mereka telah mungkir janji sebab mereka mengharapkan nabi yang dibangkitkan itu daripada kalangan Bani Israel iaitu bangsa mereka yang mempunyai sejarah yang agung; berbanding kaum Arab yang yang tidak terkenal dalam sejarah pada masa itu; kerana Nabi Muhammad lahir daripada kalangan bangsa Arab keturunan Nabi Ismail as.

Sejarah memang mengakui keagungan kaum Bani Israel, sejarah juga tidak lupa mencatatkan penderitaan dan penghinaan yang dihadapi oleh mereka. Bahkan al-Quran juga banyak menceritakan kisah2 mereka kpd nabi Muhammad saw untuk menghiburkan hati baginda disebabkan baginda selalu menghadapi tentangan dan ejekan daripada kaum Yahudi semasa baginda menyampaikan ajaran2 Allah swt dan menyeru supaya kaum Yahudi ini menurut ajaran Allah.

InsyaAllah sambung lagi..
Read More

MEMAHAMI ISTILAH YAHUDI DAN ISRAEL ii

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Kali ini sambung tentang Bani Israel yang dahulunya ditulis di sini . KISAH tentang Bani Israel jelas dinyatakan di dalam al-Quran melalui pelbagai ayat dan surah. Banyak teks yang menerangkan perihal mereka, terutama membabitkan ajaran yang diperjuangkan nabi dan rasul di kalangan mereka.

Wahai Bani Israil! Kenangkanlah kamu akan segala nikmat yang telah Kuberikan kepada kamu dan sempurnakanlah perjanjian (kamu) denganKu, supaya Aku sempurnakan perjanjianKu dengan kamu dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu yang lain). (al-Baqarah [2] : 40) .

"Wahai Bani Israel! Kenangkanlah nikmat-nikmat-Ku yang Aku telah kurniakan kepada kamu, dan (ingatlah) bahawasanya Aku telah melebihkan (nenek moyang) kamu (yang taat dahulu) atas orang (yang ada pada zamannya). (al-Baqarah [2] : 47)

Dalam kamus Inggeris orang Yahudi atau Israel dikenali sebagai Jew, daripada istilah Perancis giu. Jew asalnya istilah Hebrew, merujuk kepada orang Yahudi, etnik dari Israel atau Hebrew (ahli kaum Semit Arab dan Yahudi). Bahasa Latin ringkasya bermaksud Judaean, daripada perkataan Judah, iaitu nama kerajaan Judah dan satu suku kaum Israel. Jerman memanggilnya Jude, Juif (Perancis), Jode (Denmark) dan Judio (Sepanyol). Mengikut sejarah, Yahudi yang difahami merujuk dari zaman dahulu kala, malah mengikut adat mengembalikan kepada zaman millennium kedua Sebelum Masihi, daripada Nabi Ibrahim, Nabi Ishak dan Yaakub a.s.

Nabi Yaakub, putera kepada Nabi Ishak, yang dilahirkan di Kan'an (bahasa Hebrew, nama lama bagi Palestin), dinasabkan dengan keturunan Bani Israel dan baginda dinamakan juga Israel. Isra' membawa erti hamba, kesucian, manusia, manakala 'el' bererti Allah. Perkataan Israel merujuk kepada hamba kesucian Allah.

"Segala jenis makanan dahulu adalah halal bagi Bani Israil, kecuali makanan yang diharamkan oleh Israel (Nabi Yaakub) kepada dirinya sendiri sebelum diturunkan Kitab Taurat. Katakanlah (wahai Muhammad): (Jika ada makanan yang diharamkan kepada kamu wahai Bani Israil sebelum Kitab Taurat diturunkan) maka bawalah kamu Kitab Taurat itu kemudian bacalah akan dia, kalau betul kamu orang-orang yang benar". (Ali Imran [ 3 ] : 93)

Begitupun, dalam pemahaman moden, Yahudi merujuk kepada tiga kumpulan; orang yang dilahirkan dalam keluarga Yahudi sama ada mengikuti atau tidak agama itu; mereka yang mempunyai keturunan; dan tiada keturunan Yahudi tetapi memeluk agama itu. Fakta penyelidikan seorang sarjana Yahudi, Arthur Koestler, menunjukkan lebih daripada 80 peratus Yahudi hari ini langsung tidak mempunyai kaitan sejarah dengan bumi Palestin. Majoriti Yahudi sekarang berketurunan Yahudi Khazar iaitu puak Tartar-Turki kuno, di utara Kaukaz (kawasan bekas Soviet) yang asalnya mengamalkan kepercayaan Shamanisme. Cuma sekitar abad kesembilan menjadikan Judai (Yahudi) sebagai agama. Kemudian Khazar dianggap sebagai satu daripada empayar kegemilangan Yahudi manakala penduduk Khazar dipercayai menjadi antara moyang bangsa Yahudi moden ketika ini. Pendeta Benedictine, Christian dari Stavelot dalam bukunya yang ditulis pada abad kesembilan, "Expositio in Matthaeum Evangelistam' merujuk Khazar sebagai bangsa nomad yang berasal daripada keturunan Yakjuj dan Makjuj.

Seorang pengembara Arab, Ibnu Fadlan dalam catatan perjalanannya ketika mengadakan misi diplomatik untuk menghadap orang suruhan Raja Khazar menyatakan beliau percaya Yakjuj dan Makjuj adalah moyang kepada Khazar. Berbanding bangsa Palestin, dikenali juga sebagai bangsa Kan'an yang diperakui mendiami tanah itu dari awal sejak sekian lama sebelum orang Israel mendatangi lokasi terbabit. Orang Yahudi moden berusaha menubuhkan Tanah Israel (Land of Israel), khususnya mereka berhaluan utama untuk dikongsi semua golongan terbabit. Istilah Tanah Israel bukannya negara Israel, iaitu sebuah negara geopolitik moden yang lebih kecil, tetapi ia dikatakan wilayah menurut Injil Hebrew dijanjikan Tuhan kepada pengikut Ibrahim melalui puteranya Isa dan orang Israel, pengikut Yaakub. Negara moden Israel hari ini terbentuk pada 14 Mei 1948. Peringkat awal pembentukannya menyaksikan perpindahan besar-besaran, termasuk saki baki Holocaust (pemusnahan oleh Nazi Jerman, 1941-1945 membabitkan korban enam juta Yahudi).

Kerajaan Israel dikenali juga sebagai rejim Zionis, iaitu pergerakan politik antarabangsa yang menyokong tanah air orang Yahudi di Land of Israel. Pergerakan rasminya diasaskan seorang wartawan Austria, Theodor Herzl pada akhir kurun ke-19. Menurut Agensi Yahudi, pada 2007 ada 13.2 juta Yahudi seluruh dunia, dengan 5.3 juta tinggal di Israel, 5.3 juta di Amerika Syarikat dan bakinya bertaburan di pelbagai negara, mewakili 0.2 peratus populasi semasa dunia. Yahudi terkenal sebagai suatu bangsa yang mengingkari perintah Tuhan, golongan yang melampau dalam banyak aspek, keras kepala dan taksub.

Teks al-Quran dan lipatan sejarah membuktikan kenyataan itu. Sebagai contoh, ketika pemergian Nabi Musa a.s selama 40 hari ke Thur Sina, sesetengah mereka menyembah patung anak lembu. Walaupun dinasihati, mereka tidak mempedulikannya. Kehidupan orang Yahudi terbahagi kepada beberapa zaman, dengan yang pertama berakhir apabila rumah ibadat pertama dimusnahkan orang Babylon. Rumah ibadat itu dibangunkan Nabi Sulaiman. Mereka ditakluki pelbagai kuasa besar, seperti orang Assyrians (dari bahagian atas Sungai Tigris di Iraq), Babylon, Parsi, Empayar Roman dan Islam. Cuma di bawah kekuasaan Islam mereka dilayan dengan adil. Di wilayah Iberia misalnya, pemerintahan Muslim memberi kebebasan kepada Yahudi memajukan diri dalam matematik, astronomi, falsafah, kimia dan filologi, sehingga zaman itu sering dirujuk sebagai zaman emas Yahudi. Pada masa awal Islam, Leon Poliakov menulis, orang Yahudi mendapat banyak keistimewaan dan masyarakat mereka bertambah maju. Dalam tempoh penaklukan pelbagai kuasa besar, mereka acap kali diusir, malah dijual dalam pengabdian pada masa Empayar Roman.

Pada kurun kedua Maharaja Roman Hadrian membina semula Jerusalem yang hancur sebagai kota orang jahiliah dan dijadikan tempat upacara agama orang Yahudi. Marah dengan penghinaan itu, mereka memberontak. Hadrian bertindak balas, memadamkan pemberontakan dengan membunuh lebih setengah juta Yahudi. Kemudian pada zaman Roman Legions, orang Yahudi tidak dibenarkan memasuki kota Jerusalem (dikenali Muslim sebagai al-Quds atau Baitulmaqdis) dan kebanyakan ibadat mereka dilarang. Pada tahun 212, semua orang Yahudi dijadikan rakyat Roman. Pada akhir kurun empayar Rom, orang Yahudi dan Kristian mengamalkan tolak ansur, tetapi arah tuju yang bertentangan. Orang Yahudi pernah bersekutu dengan orang Parsi yang menceroboh Palestin pada 614, tetapi apabila perintah Kristian diasaskan semula akhirnya mereka disembelih dan dilupuskan dari Jerusalem. Ternyata mereka tidak pernah belajar daripada penaklukan, penghinaan dan pemusnahan dialami sepanjang sejarah, akibat suka membuat onar dan bersengketa. Hari ini mereka bersengketa pula dengan orang Islam, terutama rakyat Palestin.

InsyaAllah akan paparkan nnt apakah nikmat2 yang Allah dah kurniakan kpd mereka.. seperti yang tertera dalam tafsir al-Quran.


Read More

MEMAHAMI ISTILAH YAHUDI DAN ISRAEL

Bismillahirrahmanirrahim.
 

Assalamu'alaikum.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, Selawat dan salam buat Nabi Muhammad serta keluarga dan para sahabat yg mulia.

Saya telah menonton satu kuliah dan saya juga membaca tafsir surah al-Baqarah yg banyak menyentuh ttg asal usul yahudi daripada Bani Israel dan juga org2 Yahudi pada masa pemerintahan Nabi Muhammad saw di Madinah.

Daripada Abu Sa'id al-Khudri ra: "Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke dalam lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka". Sahabat bertanya: "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?. Rasulullah SAW menjawab, :"Siapa lagi kalau bukan mereka". Hadith Riwayat Muslim (Hadis sahih)

Keterangan

Nabi Muhammad SAW berkata bahawa suatu masa nanti umat Islam akan mengikuti jejak langkah ataupun cara hidup orang2 Yahudi (orang2 yang dimurkai Allah) dan Nashrani (orang2 yang sesat), hinggalah dalam urusan yang kecil dan perkara-perkara yang tidak munasabah. Contohnya jika orang2 Yahudi dan Nashrani itu masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit sekalipun orang2 Islam akan mengikut mereka. Sekarang ini kita sudah dapat melihat ramai orang yang hilang pegangan dalam kehidupan seharian. Ramai yang meniru cara hidup orang yang dimurkai dan yang sesat ini. Contoh April Fool dan macam2 lagi seperti gaya berpakaian dan gaya hidup keseluruhannya. Ramai orang Islam yang telah terperangkap dengan tipu helah yahudi dan nashrani sehingga ada yg menjadi talibarut mereka dan membuat kerosakan di muka bumi..


Di bawah ni saya catatkan apa yg diperkatakan dalam ceramah itu dan juga saya rujuk tafsir bagi menerangkan:

Apa itu Yahudi?
Apa itu Israel?
Dari mana asal Bani Israel?
Ke mana mereka pernah berhijrah?
Apa kisah mereka di bumi Kanaan, ke Mesir, dalam pelarian,
Di Palestin (zaman para ketua, zaman raja-raja & zaman kejatuhan), zaman penaklukan Babylon.

Bila sebut Yahudi ada 2 pengertian:

1. Org Yahudi atau Bangsa Yahudi
2. Agama Yahudi

Israel pula ada 3 pengertian:

1. Israel = Nabi Yaakub; gelaran bagi Nabi Yaakub ialah Nabi Israel. Tersusun dp 2 kalimah Ibrani (Hebrew) iaitu Isra: maksudnya Hamba dan El : maksudnya Allah; jadi Israel ertinya Hamba Allah.

2. Keturunan Nabi Yaakub disebut Bani Israel yang kemudiannya digelarkan dengan nama kaum Yahudi.

3. Negara Israel ialah Negara haram ZIONIS di Palestin sekarang ini.

Daripada zaman Nabi Adam as hingga zaman Nabi Nuh as belum ada lagi Bani Israel.

Nabi Ibrahim ada mempunyai 2 org anak.

Salah seorang ialah Nabi Ismail as yg dibesarkan di Hijaz yakni Makkah melahirkan anak berketurunan Arab Quraisy hinggalah kpd Nabi Muhammad saw.

Manakala seorang lagi ialah Nabi Ishak as tinggal di Kan'an. Nabi Ishak mempunyai 2 org anak masing2 nama Isu dan Nb Yaakub. Nabi Yaakub inilah yg dipanggil Israel, dan anak cucunya digelar Bani Israel. Drp sinilah asal keturunan Yahudi.

Ramai lagi Nabi2 keturunan Bani Israil spt Zulkifli, Daniel, Musa, Harun, Isa, samwil, Daud, Sulaiman, dll.

Keturunan Nb Ismail berakhir pd Nabi Muhammad saw, sdgkan Nabi2 dan Rasul2 yg diutuskan kpd Bani Israil ramai, mereka juga diturunkan 3 kitab yakni Taurat, Zabur dan Injil. Ini menunjukkan kaum Bani Israel ni memang teruk perangainya. Itu sebabnya diutuskan ramai nabi di kalangan mereka namun sampai sekarang mereka derhaka, banyak nabi2 yg mereka bunuh. Sedangkan untuk umat Nabi Muhammad saw hanya diberi satu sahaja kitab yakni al-Quranul Karim.

Bagaimana Bani Israel pindah dp Kan'an ke Mesir kemudian ke Palestin?

Nabi Yaakub ada 12 org anak dp 4 org isteri.

1. Lia
2. Rahil
3. Zilfah (jariah kpd Lia)
4 . Bilhah (jariah kpd Rahil)

Rahil melahirkan 2 org anak iaitu Yusof dan Bunyamin; sangat disayangi oleh Nabi Yaakub.. manakala yg lain2 amat cemburu dan dengki kpd Nabi Yusof.. tentu pernah dgr fsl mimpi Nb yusof diceritakan kpd bapanya bukan? kmd adik beradik Yusof meninggalkan Yusof di telaga dan diselamatkan oleh org dan dibesarkan di istana al-Aziz bertemu dgn Zulaikha, dicintai oleh Zulaikha, akhirnya jd menteri perbendaharaan.

Anak2 Nabi Yaakub hidup terlalu susah lalu ke Mesir, bertemu dgn Nabi Yusof akhirnya mereka berdamai. Lalu Nabi Yaakub dan anak2nya pindah dr Kan'an ke Mesir; tetapi mereka ni suka hidup menyendiri; mereka kuasai ekonomi Mesir dan beranak pinak di Mesir. Kmd Firaun menindas Bani Israel, tenaga mereka diperas dan ada yang dibunuh.

Kemudian pd suatu ketika Firaun (Raja Mesir) bermimpi seorg budak lelaki akan hidup dan akan mengalahkan dia. Selama satu tahun bayi lelaki diperintahkan supaya dibunuh tetapi Nb Musa selamat; akhirnya Firaun yg memelihara Nb Musa.

Pada suatu hari ada 2 org bergaduh; org Mesir bergaduh dgn org Bani Israel ni. Lalu Nb Musa nak damaikan, tiba2 org Mesir mati lalu Firaun marah kpd Nb Musa. Firaun perintahkan askar2nya menangkap Nb Musa. Nb Musa lari, Bani Israil tinggal di Mesir. Nb Musa bertemu 2 org gadis iaitu anak2 Nb Shuaib. Nb Musa menolong anka2 Nb Shuaib ambil air. Lalu Nb Shuaib yg menyedari bhawa suatu hari nnt Musa akan jd Nb, Nb shuaib menikahkannya dgn salah seorg anaknya dan menjdkan syarat tinggal selama 8 tahun.. setengah riwayat kata 10 tahun. Nb Musa pun berkahwin dan bila sampai tempoh Nb Shuaib menguji Nb Musa, disuruhnya Nb Musa masuk ke dlm bilik ambil tongkat. Dipilihnya tongkat dikatakan tongkat tu turun temurun sejak Nb Adam lagi. Diberikan tongkat tu kpd Nb Musa.

Nb Musa bergerak ke Mesir membawa keluarganya. Sampai di Bukit Tursina, Nb Musa nampak api. Dia tinggalkan keluarganya dgn membawa tongkatnya ke Bukit Tursina lalu Nb Musa bertajalli dgn Allah swt. Nb Musa dilantik menjadi nabi dan rasul. Diperintahkan supaya berdakwah kpd Firaun dan kaumnya. Nb Musa dimusuhi oleh Firaun, akhirnya Nb Musa membawa Bani Israel pindah melalui Laut Merah. Dipukulnya tongkat laut terbelah, ada riwayat kata satu lorong ada yg kata 12 lorong mengikiut 12 kumpulan Bani Israel.

Selepas keluar dp Mesir ni org Bani Israel atau Yahudi ni tinggal di padang pasir. Disebabkan mereka ni mmg berperangai buruk mereka protes kpd Nb Musa, mereka menyesal ikut Nb Musa pindah keluar dp Mesir.

Mereka minta Nb Musa turunkan hidangan dp langit.. Allah turunkan dan banyak nikmat yg Allah bagi kpd mereka tetapi mereka ni memang tak tahu bersyukur. Ketika Nb Musa dipanggil Allah utk mengambil kitab 10 perjanjian yg ditulis di atas batu, bani Israel ni menyembah lembu. Nb Musa tinggalkan mereka ni bersama dgn Nb Harun namun Nb Harun ni kurang tegas. Selama 40 hari sahaja ditinggalkan mereka ni dipengaruhi oleh samiri yg munafik. Samiri ni membaut patung lembu dp emas dan enjadikan seolah2 lembu ni bersuara.

Pada masa itu Nb Musa mengajak mereka ke Palestin. Masa tu penduduk Palestin dah ada di sana. Kalau nak masuk juga mereka kena berperang, tetapi org2 Yahudi ni pengecut, mereka takut berperang. Kisah ni boleh baca dalam surah al-Maidah mulai ayat 21 hingga 26 di bawah:

(Nabi Musa berkata lagi): Wahai kaumku, masuklah ke Tanah Suci (Palestin) yang telah diperintahkan oleh Allah untuk kamu (memasukinya) dan janganlah kamu berbalik undur ke belakang, (kalau kamu undur) maka kamu kelak menjadi orang-orang yang rugi (di dunia dan di akhirat). (21) Mereka menjawab: Wahai Musa bahawasanya di negeri itu ada kaum yang gagah perkasa, dan sesungguhnya kami tidak akan memasukinya sehingga mereka keluar daripadanya; kemudian jika mereka keluar daripadanya, maka sesungguhnya kami akan masuk (ke negeri itu). (22) Berkatalah dua lelaki di antara orang-orang yang takut (menyalahi perintah Tuhan), lagi yang telah diberi nikmat (taufik) oleh Allah kepada keduanya: Seranglah mereka melalui pintu itu, kerana apabila kamu memasukinya maka sudah tentu kamulah orang-orang yang menang dan kepada Allah jualah hendaklah kamu berserah (setelah kamu bertindak menyerang), jika benar kamu orang-orang yang beriman. (23) Mereka (menolak dengan) berkata: Wahai Musa, sesungguhnya kami tidak akan memasuki negeri itu selama-lamanya selagi kaum itu masih berada di dalamnya; oleh itu pergilah engkau bersama Tuhanmu dan perangilah mereka. Sebenarnya kami di sinilah duduk menunggu. (24) Nabi Musa (merayu kepada Allah), katanya: Wahai Tuhan! Sesungguhnya aku tidak dapat menguasai selain daripada diriku sendiri dan saudaraku (Harun); oleh itu pisahkanlah antara kami dengan kaum yang fasik itu. (25) Allah berfirman: Sesungguhnya negeri itu diharamkan kepada mereka memasukinya selama empat puluh tahun, mereka akan merayau-rayau dengan bingungnya (di sepanjang masa yang tersebut) di padang pasir (Sinai); maka janganlah engkau berdukacita terhadap kaum yang fasik itu. (26)

Nabi Musa bermunajat kpd Allah, Allah kata jika mereka masuk mereka akan menang, tetapi jahatnya mulut org2 yahudi ni; mereka kata kpd Nabi Musa jika dah boleh menang kamu dengan Tuhan je lah yang masuk memerangi Palestin. Kmd Allah mengharamkan mereka masuk ke Palestin selama 40 tahun.

Nabi Musa wafat sblm dapat masuk ke Palestin lalu digantikan oleh Yushak bin Nun. Yushak yg sama menemani nb Musa bertemu dgn Nb Khidir. Mereka dapat masuk ke Palestin disebabkan Yushak ni berjaya memujuk mereka supaya masuk melalui sungai Jordan.

Di Palestin mereka melalui 3 zaman:

1. Zaman Para Ketua
2. Zaman Raja2
3. Zaman Kejatuhan.

Pada zaman Para Ketua ni Yushak jd pemimpin. Pada zaman ini ramai nabi2 jadi ketua, dan yg akhir ialah Samwil (Samuel). Samuel ni ada 2 org anak tetapi mereka berdua ni tidak berguna. Di Palestin org2 yahudi ni ni dibuli; jadi mereka tak tahan dibuli oleh org2 Palestin lalu mereka minta supaya Nabi Samuel ni berdoa kpd Allah memohon supaya mereka diperintahkan oleh raja. Samuel berdoa, dan raja pertama mereka ialah Talut. Org2 Yahudi kaum bani Israel ni tak puas hati krn Talut ni org kebanyakan(biasa). Disebabkan mereka ni berperangai buruk mereka selalu berasa tak puashati.

Kemudian Nb Daud yg jd penghulu lebih kuat dp Talut, Talut nak serang dan bunuh Nb Daud, lalu Nb Daud dgn bantuan org2 Palestin dpt membunuh Talut; menang dan dapat jd Raja Bani Israel dan Nb Daud diturunkan kitab Zabur. Selepas Nb Daud, Nb sulaiman ambil alih pemerintahan. Bani Israel berada di kemuncak semasa pemerintahan Nbi Sulaiman. Selepas wafat Nb Sulaiman 2 org anaknya bergaduh. Masa dua org anak ini bergaduh Firaun yg bernama Sesac (tak pasti sgt ejaan) kalahkan Bani Israel, kemudian dtg pula Raja Budkadnezar (Raja Baylon) lalu hacurlah kerajaan Bani Israel (Yahudi) di Palestin


Nak lihat dan dengar sendiri kuliah 



Read More

PERANG BADAR INSPIRASI UMAT ISLAM DI BULAN RAMADHAN


Perang Badar inspirasi umat Islam di bulan Ramadan


Setelah penghijrahan baginda Nabi s.a.w ke Madinah, permusuhan kaum kafir Quraisy terhadap umat Islam masih belum reda.

Penyiksaan dan gangguan mereka kepada kaum muslimin yang masih berada di Mekah dan tidak dapat keluar dari kota itu semakin menjadi-jadi.

Pada sudut yang lain pula harta benda yang ditinggalkan oleh mereka yang telah berhijrah ke Madinah dirampas oleh Quraisy. 

Hal inilah yang menjadi dasar bagi baginda Rasulullah s.a.w untuk menyekat kafilah dagang Quraisy yang melintas berhampiran Madinah dalam perjalanan perniagaan menuju Syam atau dari Syam menuju Mekah.

Tahun kedua hijrah, Rasulullah s.a.w bersama 313 sahabatnya bergerak menuju Badar untuk menyekat kafilah Quraisy yang membawa harta berlimpah hasil dari perniagaan di Syam.

Setelah mendengar berita itu, Abu Sufyan, yang memimpin kafilah ini, mengirimkan utusannya ke Mekah untuk meminta bantuan tentara Quraish dalam menghadapi ancaman ini.

Bagi Quraish, sekatan kafilahnya oleh kaum muslimin tidak bererti kerugian harta tetapi apa yang paling penting baginya ialah kehormatan suku besar di Mekah ini.

Untuk itu, Abu Jahl yang merupakan salah seorang bangsawan terkemuka Quraisy bersama seribu orang lengkap dengan peralatan perang meninggalkan kota Mekah dan bergerak menuju Badr.

Sementara kafilah pimpinan Abu Sufyan dengan melintasi jalan alternatif berjaya meloloskan diri daripada sekatan kaum muslimin.

Abu Sufyan mengirimkan utusannya untuk meminta Abu Jahl kembali ke Mekah kerana baginya dia telah berjaya melepaskan diri daripada sekatan bahaya itu.

Namun pesanan itu ditolak oleh Abu Jahl, beliau segera bersiap untuk berperang bagi menghadapi pasukan Islam Madinah.

Di Badar, pasukan muslimin yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w telah bersiap siaga sepenuhnya. Pasukan kecil berjumlah 313 orang dan peralatan yang ala kadarnya, siap menghadapi seribu orang dalam barisan Quraisy yang lengkap bersenjata.

Namun keimanan yang dimiliki oleh umat Islam menjadi sandaran dan pendorong mereka untuk tegar dan siap menanti kematian di jalan Allah yang basalannya adalah syurga.

Tepat pada tarikh 17 Ramadan tahun kedua hijrah, perang di Badar berkecamuk setelah dimulai dengan konfrantasi iaitu satu lawan satu antara tiga pihak dari dua barisan perang.

Satu demi satu wakil musuh terkorban. Darah bersimbah di sana sini. Tak lama, berita tersebar bahwa Abu Jahl yang pernah disebut Rasulullah sebagai Firaun di tengah umat ini tewas di tangan pasukan muslimin.

Dengan terbunuhnya Abu Jahl dan beberapa pemuka Quraisy di medan perang Badar menjadi pukulan hebat bagi pasukan Mekah yang akhirnya memilih untuk melarikan diri.

Dalam perang Badar, pasukan Quraisy menderita kerugian, tujuh puluh tewas dan tujuh puluh yang lain menjadi tawanan.

Sementara barang rampasan perang yang ditinggalkan bukanlah jumlah yang sedikit, dianggarkan sebanyak 150 unta, sepuluh kuda, sejumlah kulit dan kain, serta peralatan perang ditinggalkan oleh pasukan Mekah yang lari tunggang langgang menyelamatkan diri.

Suasana pada malam tercetusnya perang di Badar

Malam itu terjadi beberapa keajaiban, perasaan takut dan tertekan yang ada pada kaum Muslimin tiba-tiba hilang, pasukan Islam menikmati malam itu dengan senang dan tenang, dan akhirnya tertidur dengan puas.

Hujan pun turun, membasahi pasir padang Badar sehingga menjadi padat dan lembut apabila dipijak (pasir dalam keadaan kering, seperti pasir pantai, membuat susah berjalan). Inilah seperti yang dijanjikan Allah dalam Al Anfaal (surat kedelapan) ayat 8:

"(Ingatlah), ketika Allah menjadikan kamu mengantuk sebagai suatu ketenteraman daripada-Nya, dan Allah menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk menyucikan kamu dengan hujan itu dan menghilangkan dari kamu gangguan-gangguan setan dan untuk menguatkan hatimu dan memperteguh dengannya telapak kaki (mu)."

Subuh hari, Abu Bakar "mengganggu" ibadah Rasulullah karena kafir Quraisy sudah semakin hampir mendekati umat Islam.

Pasukan Islam dengan segera membuat persiapan, ketika pasukan kafir Quraisy sudah kelihatan jelas oleh Rasulullah, Rasulullah memanjatkan doa: "Ya Allah! Kaum kafir Quraisy yang enggan untuk menyembahMu dan mendustai utusanMu sudah berada di sini. Ya Allah, kami menunggu dan megharapkan daripadaMu kemenangan yang Engkau janjikan kepadaku dan sahabat-sahabatku. Kami memohon kepadaMu, ya Allah, untuk mengalahkan mereka."

Rasulullah minta pendapat sahabat sebelum berangkat ke Badar.

Sebaliknya pihak Muslimin, yang sudah kehilangan kesempatan mendapatkan harta rampasan, sudah sepakat akan bertahan terhadap musuh bila diserang.

Oleh karena itu merekapun segera berangkat ke tempat mata air di Badar itu, dan perjalanan ini lebih mudah lagi karena waktu itu hujan turun.

Setelah mereka sudah mendekati mata air, Rasulullah berhenti. Ada seseorang yang bernama Hubab bin Munzir bin Jamuh, orang yang paling mengetahui atau disifatkan sebagai seorang pakar tentang mengenal tempat itu, setelah melihat Nabi turun di tempat tersebut, dia bertanya: "Rasulullah, bagaimana pendapat tuan untuk berhenti di tempat ini? Kalau ini sudah wahyu Tuhan, kita takkan maju atau mundur setapakpun dari tempat ini. Ataukah ini sekadar pendapat tuan sendiri, suatu taktik perang belaka?"

"Sekadar pendapat saya dan sebagai taktik perang," jawab Rasulullah.

"Rasulullah," katanya lagi. "Kalau begitu, tidak tepat kita berhenti di tempat ini. Mari kita pindah sampai ke tempat mata air terdekat yang tahu tempat itu dengan penuh yakin, lalu telaga-telaga kering yang di belakang itu kita timbun setelah diambil airnya. Selanjutnya kita membuat kolam, kita isi sepenuhnya. Barulah kita hadapi mereka berperang. Kita akan mendapat air minum, mereka tidak."

Melihat saran Hubab yang begitu tepat itu, Nabi Muhammad dan rombongannya segera pula bersiap-siap dan mengikut pendapat temannya itu, sambil mengatakan kepada sahabat-sahabatnya bahawa dia juga manusia seperti mereka, dan bahawa sesuatu pendapat itu dapat dimusyawarahkan bersama-sama dan dia tidak akan menggunakan pendapat sendiri di luar mereka. Dia perlu sekali mendapat konsultasi yang baik dari sesama mereka sendiri.

Selesai kolam itu dibuat, Sa'd b. Mu'az memberikan usulnya: "Rasulullah," katanya, "kami akan membuatkan sebuah dangau buat tempat Tuan tinggal, kenderaan Tuan kami sediakan. Kemudian biarlah kami yang menghadapi musuh. Kalau Tuhan memberi kemenangan kepada kita atas musuh kita, itulah yang kita harapkan.

"Tetapi kalau pun sebaliknya yang terjadi; dengan kenderaan itu Tuan dapat menyusul teman-teman yang ada di belakang kita. Rasulullah, masih banyak sahabat-sahabat kita yang tinggal di belakang, dan cinta mereka kepada tuan tidak kurang dari cinta kami ini kepada tuan".

"Sekiranya mereka dapat menduga bahawa tuan akan dihadapkan pada perang, nescaya mereka tidak akan berpisah dari tuan. Bagi mereka Tuhan menjaga tuan. Mereka benar-benar ikhlas kepada tuan, berjuang bersama tuan."

Nabi Muhammad s.a.w sangat menghargai dan menerima baik saranan Sa'd itu. Sebuah dangau buat Nabi lalu dibangunkan. Jadi bila nanti kemenangan bukan di tangan Muslimin, ia takkan jatuh ke tangan musuh, dan masih akan dapat bergabung dengan sahabat-sahabatnya di Yathrib.

Di sini orang perlu berhenti sejenak dengan penuh kekaguman, kagum melihat kesetiaan Muslimin yang begitu dalam, rasa kecintaan mereka yang begitu besar kepada Rasulullah, serta dengan kepercayaan penuh kepada ajarannya.

Semua mereka mengetahui, bahawa kekuatan Quraisy jauh lebih besar daripada kekuatan mereka, jumlahnya tiga kali ganda banyaknya. Tetapi, sungguhpun begitu, mereka sanggup menghadapi, mereka sanggup melawan.

Dan mereka inilah yang sudah kehilangan kesempatan mendapatkan harta rampasan. Tetapi sungguhpun begitu kerana bukan pengaruh kebendaan yang mendorong mereka bertempur, mereka selalu siap sedia di samping Nabi, memberikan sokongan, memberikan kekuatan.

Dan mereka inilah yang juga sangsi, antara harapan akan menang, dan kecemasan akan kalah. Tetapi, sungguhpun begitu, fikiran mereka selalu hendak melindungi Nabi, hendak menyelamatkannya dari tangan musuh. Mereka menyiapkan jalan baginya untuk menghubungi orang-orang yang masih tinggal di Medinah.

Suasana yang bagaimana lagi yang lebih patut dikagumi daripada ini? Iman mana lagi yang lebih menjamin akan memberikan kemenangan seperti iman yang ada ini?

Menentukan nasib 70 orang tawanan.

Baginda Rasulullah s.a.w mencari kesempatan dan ruang ada untuk bertemu dua sahabat terdekatnya bagi meminta pandangan mereka berdua berhubung isu tawanan.

Abu Bakar menyatakan bahawa setiap seorang daripada mereka mengajar sepuluh anak orang Islam dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan, agar kesemua mereka hingga berjumlah 700 anak orang-orang Islam menjadi pandai dan celik ilmu, inilah juga pandangan peribadi Rasulullah s.a.w.

Walau bagaimanapun, Saidina Umar tidak bersetuju dengan pandangan itu, beliau mencadangkan agar setiap mereka itu dibunuh sahaja, kerana merekalah penyebab kepada masalah syirik dan penentangan terhadap ajaran-ajaran baginda Rasulullah kalau masih mahu mereka terus hidup.

Rasulullah tidak dapat berkata apa-apa terhadap dua pandangan yang sama sekali bercanggah antara satu sama lain, namun pada malam itu baginda menerima turunnya wahyu Ilahi agar kesemua tawanan itu dihapuskan dari muka bumi ini, kisah itu dirakam menerusi ayat 67 surah al-Anfal : "Tidak patut bagi seorang Nabi mempunyai (menyimpan) tawanan sebelim ia dapat melumpuhkan musushnya di muka bumi. Kamu mengharapkan harta benda duniawi sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat untukmu. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."

Keesokan harinya, baginda bertemu semula dengan dua orang sahabat karibnya bagi menyatakan ketegasan Allah mengenai masalah tawanan, sambil baginda menyifatkan sikap Abu Bakr seperti Nabi Nuh dan Isa dan menyifatkan sikap Umar seperti Nabi Ibrahim dan Musa yang sentiasa tegas dalam segenap tindak-tanduknya.

Akhirnya baginda Rasulullah s.a.w menyatakan arahan Allah supaya kesemua tawanan itu perlu dihapuskan daripada muaka bumi ini dengan segera sebelum berbagai-bagai tindakan lain muncul bagi melemahkan Islam dan umatnya.

Mengapa perang ini begitu istimewa?

Pertama, kerana Perang ini Rasulullah beserta pasukannya mengalami kemenangan meskipun hanya berjumlah 313 orang sahabat (terdiri daripada 82 Muhajirin, 61 daripada suku Aus dan 170 daripada suku Kharaj) serta pasukan kaum muslimin hanya memiliki dua ekor kuda dan 70 ekor unta, bahkan satu ekor dinaiki sampai dua tiga orang.

Kedua, baginda mengadakan mesyuarat terlebih dahulu sebelum berangkat ke Badr, sesungguhnya tindakan baginda itu tidak sedikitpun mengurangkan kedudukannya sebagai seorang pemimpin tertinggi umat Islam dan perkara bagi menentukan nasib para tawanan yang berjumlah seramai 70 orang, baginda meminta pandangan dua orang sahabatnya yang terdekat iaitu Saidina Abu Bakr dan Saidina Umar Bin al-Khattab untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Ketiga, peranan doa yang diajarkan oleh baginda menjadi teras dan pemangkin sebelum sesuatu tindakan dibuat, ia bertujuan untuk mendapatkan keredaan dan restu Allah.

Keempat, walaupun menghadapi suasana getir dalam peperangan, ia sedikitpun tidak menghalang umat Islam daripada terus berpuasa, apatah lagi ia merupakan arahan Rasulullah dan pelengkap kepada rukun Islam yang lima.

Kelima, jumlah yang sedikit bukan ukuran untuk mudah dikalahkan, yang penting kesungguhan, keutuhan jati diri, kerjasama dan perancangan yang hebat menjadi penentu kepada sesuatu kejayaan.

Keenam, kepatuhan kepada arahan pimpinan yang tidak berbelah bagi dalam perkara yang tidak menyanggah agama, menjadi faktor utama keberhasilan mendapatkan kejayaan.

Ketujuh, mengetahui sumber peralatan perang pihak musuh seperti pengetahuan Nabi terhadap bilangan unta yang dimiliki tentera Quraisy boleh membantu melancarkan strategi peperangan.

Kelapan, menghantar wakil bertemu pihak musuh dari kalangan individu yang hebat seperti Saidina Hamzah, Saidina Ali boleh menggerunkan pihak musuh, kerana mereka beranggapan bahawa pihak umat Islam memiliki pasukan perang terkuat yang sukar dikalahkan.

Kesembilan, menghalakan niat dan matlamat perang menghadapi musuh adalah kerana Allah dan meninggikan syiar-syiar agama-Nya, bukan atas tujuan meraih harta dan habuan dunia yang melalaikan.

Kesepuluh, cara berfikir yang bernas patut dilontarkan ketika mengadakan sesuatu perbincangan untuk mencari jalan penyelesaian seperti yang dilakukan oleh Abu Bakr dan Omar bagi menyelesaikan isu tawanan perang. 

Kesebelas, sebagai seorang Nabi, baginda tidak sedkitpun rasa malu untuk menerima pandangan daripada sahabatnya yang bukan bertaraf Nabi atau Rasul dalam isu-isu tertentu bagi mencari jalan penyelesaiannya.

Kedua belas, sesungguhnya banyak pengajaran positif yang perlu diambil kira oleh setiap individu muslim yang cintakan agamanya ke arah satu tahap kekuatan dalam pelbagai aktiviti harian hidup mereka
Read More

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML