Kisah-kisah Kematian Su'ul Khatimah Untuk Menjadi Pengajaran
أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Allah SWT yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang akan mengasihi dan meredai kehidupan para hamba-Nya yang sentiasa melakukan ketaatan dan meninggalkan segala larangan-Nya. Setiap hamba-hamba-Nya yang beriman dan bertakwa akan diberikan rahmat, rezeki dan keberkatan dalam hidupnya hinggakan di saat kematiannya juga akan diberikan-Nya tanda-tanda kematian yang baik . Begitu juga ada dikalangan para hamba-Nya yang derhaka dan mengingkari suruhan-Nya akan di murkai-Nya di dunia hinggakan di saat kematiannya ada beberapa petunjuk bahawa Allah SWT memberi tanda-tanda bahawa Dia memurkai terhadap hamba tersebut.
Di lamprkan beberapa kisah kematian su'ul khatimah untuk menjadi pengajaran kepada kita semua.
Kisah Pertama : Ular membelit jenazah simati kerana dosa meninggalkan solat, tidak membayar zakat dan tidak mahu mendengar nasihat ulama (membenci alim ulama)
Ada seorang penduduk di zaman Khalifah Sydina Abu Bakar telah meninggal dunia. Setelah di mandi dan di kafankan, lantas di letakkan arah di sudut rumah untuk di sembahyangkan. Semasa yang hadir telah bersaf-saf hendak memulai menyembayangkannya , jenazah itu bergerak-gerak, sehingga mereka yang berada berhampiran jenazah merasa ta’ajub dan hairan. Mereka saling berbisik dan bertanya, dan menyangka bahawa si mati hidup kembali.
Salah seorang dari mereka maju kehadapan dan membuka ikatan kain kafan yang mengikat si mati. Sungguh-sunguh sangat terperanjat mereka, tatkala kain kafan si mati telah terbuka, mereka melihat si mati tetap mati ,hanya di dalam kain kafan tersebut terdapat seekor ular sedang membelit tubuh si mati , seraya mengiggit seluruh tubuhnya , serentak mereka yang hadir di sana menyuruh mengambil kayu untuk memukul ular itu. Belum sempat mereka mendapatkan kayu, si ular lantas berkata : “Asyhaduallaa ilaaha illallaah, waasyhadu anna Muhammadar Rasulullah , apakah sebabnya kamu hendak membunuh aku. Aku hanya atas perintah Allah menyiksa mayat ini. Aku di suruh menggigitnya seraya menyiksanya hingga hari Kiamat”
Orang ramai hairan, seraya serentak bertanya : “ Apakah sebabnya maka engkau di suruh menyiksa mayat kami ini? Apakah dosa dan kesalahan mayat ini?
Jawab ular itu : “Mayat ini selama hayatnya berbuat tiga macam kesalahan, yang menyebabkan dia di siksa :
Pertama : Bila dia mendengar azan , tetapi tidak di hiraukannya, dan dia tidak pergi menunaikan solat dengan berjemaah.
Kedua : Dia engan mengeluarkan zakat hartanya.
Ketiga : Dia tidak mahu mendengarkan nasihat baik dari alim ulama’.
Maka sebabnya dia di seksa sedemikian rupa. “
Kisah Kedua : Menderhakai ibu mendapat balasan di dunia lagi.
Peristiwa ini berlaku di Sandakan Sabah pada 1 September 1994. Seorang remaja perempuan (Saida) telah menolak ibunya hingga jatuh kerana tidak dapat wang yang diminta daripada ibunya sebanyak rm20 ditakdirkan ibunya meninggal dunia disebabkan ibunya mempunyai penyakit. Akibatnya bila jenazah ibunya hendak diangkat untuk disemadikan ianya jadi berat, bila anak perempuannya (Saida) mengangkatnya jenazah itu jadi ringan dan apabila Saida turun ke lubang kubur yang telah digali kakinya melekat dibumi tidak boleh diangkat.
Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia. Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari. Mungkin juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga kerana terlalu sedih sangat dengan apa yang dilakukannya.
Allah Maha Agung…sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian disempurnakan seperti mayat-mayat lain. Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang derhaka.
Kisah Ketiga : Memandang rendah kepada hukum Allah (bab aurat wanita) dan mencabar kekuasaan Allah SWT akhirnya mati dibakar di dunia ini lagi.
Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah Mesir. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.
Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki.... " nasihat orang tua itu.
Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: "Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?"
Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. " Jika ISLAM itu BENAR,tempatkan bilikku di Neraka ,Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.
Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.
Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka.
Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.
Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na'uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah Rasu-lNya SAW. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.
Ingatlah sahabat, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang kufur, siapakah orang yang kufur itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul 'alamin. Apabila enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti seseorang ingin melawan arahan Tuhan.
Kisah Keempat : Kisah wanita pelacur dan suka meminum arak di kuburnya hangus terbakar.
Sepasang wanita muda sedang duduk duduk pada sebuah bar dihotel berbintang lima, dengan pemandangan “Laut Mati” (Dead Sea), sekitar 40 km dari kota Amman Ibukota Jordan, hotel itu terletak sangat dekat dengan perbatasan Israel, mereka sedang menikmati “Tequilla”, itulah salah satu jenis minuman keras yang paling umum disana.
Wanita muda ini adalah pelacur yang melayan pelangannya dihotel tersebut. Ditakdirkan seorang daripadanya telah bertaubat dan seorang lagi meneruskan pekerjaannya yang terkutuk iaitu berzina dan meminum arak.
Selang beberapa bulan wanita yang teruskan maksiat meninggal dunia. Kawannya yang telah bertaubat itu pergi menzirahi kubur kawannya.
Tiba-tiba ibu wanita tersebut datang dan tidak sempat nak melihat wajah anaknya dan meminta pengali kubur mengali semula mayat anaknya dia nak menatap untuk kali terakhir.
Permintaannya pun dengan berat diterima, kuburan itu di gali lagi atas permintaan keluarganya. penggalipun dengan cepat menggali pusara itu. Namun ketika sampai pada kayu penutup mayat, ternyata kayu kayu itu sudah hancur. mereka menyingkirkan kayu kayu semua wajah menumpukan pandangannya ke liang kubur. Lalu kayu kayu hancur itu pun disingkirkan dengan hati-hati, maka terlihatlah pemandangan yang sangat mengerikan. Kain kafan penutup mayat itu sudah hancur berserakan, mayat wanita itu hangus terbakar, rambutnya kaku bagaikan jeruji besi, kedua bola matanya berada dipipinya dalam keadaan kuncup bagaikan buah kering yang terbakar. Dan lidahnya terjulur keluar serta dari mulut,mata dan telinganya mengalirkan asap yang berbau daging hangus terbakar.
Semua sosok yang menyaksikan pemandangan itu terlonjak kebelakang. Ibu dan wanita solehah itu sudah sedari tadi jatuh pingsan. Dan para penggali kubur yang sudah melompat keluar liang itu dengan tanpa berfikir panjang menimbus liang itu dengan cepat dan lari meninggalkan pusara.
Wanita solehah itu semakin giat beribadah. Ibu wanita malang tadi sudah menjadi penghuni rumah sakit jiwa. Dan kubur itu menjadi kuburan terakhir yang dimakamkan di pemakaman itu, kerana tak ada lagi orang yang mau menguburkan keluarganya di makam itu.
Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita insaf dan sedar semua peristiwa yang dipaparkan diatas adalah kisah benar ianya adalah sebagai pengajaran untuk kita semua bahawa Allah SWT ingin menunjukkan kematian su'ul khatimah bagi hamba-hamba-Nya yang berdosa besar dan mencabar kekuasaan-Nya. Dengan kisah-kisah ini diharapkan dapat menguatkan iman kita dan mendorong kita untuk terus beramal soleh dan mencari keredaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
No comments:
Post a Comment