Dakwah Utama Kita Adalah Mengajak Orang Yang Bukan Islam Kepada Agama Islam
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Mengucap dua kalimah syahadah merupakan salah satu daripada lima Rukun Islam. Apabila dinyatakan dengan kuat secara ikhlas, seseorang itu secara rasmi dianggap mengisytiharkan diri sebagai penganut baru Islam.
لا إله إلا الله محمد رسول الله
La ilaha illallahu Muhammadun Rasulullah.
Bermaksud :"Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah.”
Pengucapan syahadah secara jujur, dalam bahasa arab, di hadapan dua orang saksi muslim, adalah cukup untuk seorang menjadi seorang Islam.
Bagi seseorang yang bukan Islam mengucapkannya beserta kepercayaan di dalam hati, maka terpelihara diri, harta dan nyawa seperti orang Islam.
Syarat bagi sahnya syahadah adalah:
1. Tertib lafaz syahadah seperti yang dinyatakan.
2. Melafazkan kedua-dua kalimah syahadah dengan berturut-turut (tanpa diselangi perbuatan lain)
3. Mamahami makna kedua-duanya.
4. Mendustakan perkara yang menyalahi atau bertentangan dengan maksud syahadah.
5. Menggunakan perkataan "asyhadu" (ﺃَﺷْﻬَﺪُ) pada keduanya.Tidak syak atau ragu-ragu akan kedua-duanya.
Setelah seseorang mengucapkan syahadah maka wajib bagi beliau menunaikan hak kalimah. Hak kalimah adalah untuk disebarkan kepada mereka yang tidak mengucapkan kalimah ini (orang bukan Islam) dengan menerangkan kepada mereka maksud kalimah iaitu Tiada Tuhan selain Allah, Tiada yang Berkuasa selain Allah, Tiada yang beri faedah dan bahaya selain Allah dan Muhammad SAW itu pesuruh Allah sehingga mereka yakin dan tanpa paksaan mereka mengucap syahadah. Inilah dakwah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW dan para sahabat sebelum datang perintah solat dan perintah-perintah yang lain.
Dakwah bermaksud untuk menyatakan dan menyampaikan kebenaran. Allah SWT telah memerintahkan kita untuk menyatakan atau menyampaikan kalimah syahadah kepada mereka yang belum mengucapkan kalimah mulia ini.
Ini dijelaskan dalam sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan yang sebenarnya berhak disembah kecuali Aku. Rahmat-Ku sudah mendahului kemurkaan-Ku. Barang sesiapa yang naik saksi bahawa tiada Tuhan yang sebenarnya berhak disembah kecuali Allah dan Nabi Muhammad SAW adalah hamba dan utusan-Nya, nescaya ia berhak mendapat syurga.” (Hadis riwayat al-Daimali).
Melaksanakan kerja-kerja dakwah adalah perintah pertama Allah SWT dan itu adalah yang paling mudah untuk dilakukan. Satu-satunya prasyarat untuk melakukan dakwah, ialah memahami maksud yang terkandung di dalam kalimah ini. Ia tidak memiliki prasyarat lain selain mengetahui tujuan dan fungsi kalimah syahadah. Seseorang selepas membaca kalimah ini mempunyai tanggungjawab untuk menyampaikannya kepada orang lain yang belum mengucapkan kalimah syahadah ini.
Nabi Muhammad SAW mengatakan dalam satu hadis yang bermaksud, "Sampaikan dariku walaupun hanya satu ayat". (Hadis Riwayat Bukhari).
Perintah pertama Allah adalah untuk menyampaikan kalimah syahadah kepada mereka yang belum menerima kalimah ini. Inilah tugas dan amanah yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat semasa mereka mengajak kaumnya , ahli keluarga dan sahabat handai untuk menerima dan yakin kepada kalimah syahadah.
Sahabat yang dimuliakan,
Ramai di kalangan umat Islam merasakan bahawa tugas menyampaikan dakwah kepada orang bukan Islam adalah tanggungjawab Jabatan Agama, Pendakwah Bebas, NGO Islam, PERKIM dan para ulama sahaja sedangkan mereka berpeluk tubuh tidak membuat apa-apa kerja dakwah, itulah sebabnya kenapa orang Cina (beragama budha) dan orang India (beragama hindu) tinggal sekampung dengan masyarakat Islam (melayu) tidak faham agama Islam. Mereka hanya tahu bahawa orang Islam tidak makan daging khinzir, tidak minum arak dan berkhatan, tidak lebih daripada itu.
Umat Islam perlu kepada anjakan paradigma iaitu berubah daripada takuk lama kepada kefahaman Islam yang syumul, lengkap dan sempurna. Islam bukan agama ritual semata-mata tetapi Islam bersifat dinamik dan prograsif dan membawa kebaikan untuk seluruh alam. Jika Islam dihayati dan di amalkan sepenuhnya ianya membawa kemaslahatan dan kebaikan samaada kepada manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
Jika kita berdiam diri tidak berdakwah kepada orang bukan Islam samaada mereka sebagai jiran sekampung/se taman (perumahan), rakan pejabat atau pelangan kita dalam urusan harian tidak pernah kita mengajak kepada Islam kita bimbang mereka akan dakwa kita di akhirat nanti. Apabila mereka ditanya kenapa mereka tidak beriman kepada Allah dan Rasulullah SAW dan tidak mengambil Islam sebagai agama, mereka akan berkata bahawa mereka tidak pernah diajak kepada Islam oleh jiran dan rakan-rakan mereka yang muslim yang tinggal sekampung / setaman atau sepejabat. Adakah ketika ini kita mempunyai alasan untuk menafikannya?
Memang benar hidayah dan taufik itu hak Allah SWT, Dia akan memberikannya kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya tetapi tugas dakwah adalah tanggungjawab kita semua. Kita akan terlepas dari memberi alasan jika kita berdakwah dan mengalas tanggungjawab ini kerana kita tidak di tanya kenapa mereka tak mahu terima Islam.
Sahabat yang dihormati,
Allah SWT akan memberikan pahala yang besar kepada kita semua jika dengan izin-Nya, orang yang bukan Islam menerima hidayah dan taufik di sebabkan usaha-usaha kita.
Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنَ الْأَجْرِ مِثْلُ أُجُوْرِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُوْرِهِمْ شَيْئًا، وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلَالَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنَ الْإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثاَمِهِمْ شَيْئًا
Maksudnya : “Barang siapa mengajak kepada hidayah maka ia memperoleh pahala seperti pahala orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun. Dan barang siapa mengajak kepada kesesatan maka ia akan mendapat dosa seperti dosa orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi sedikitpun dosa mereka.”
(Hadis diriwayatkan oleh Muslim (8/62), Abu Dawud (2/262), at-Tirmidzi (2/112), ad-Darimi (1/126—127), Ibnu Majah (1/91), dan Ahmad (2/397) (Al-Albani berkata tentang hadis ini dalam as-Silsilah ash-Shahihah (2/548).
Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya : "Demi Allah! Jika Allah memberikan hidayah (kepada) seseorang dengan perantara dakwahmu, itu lebih baik bagimu dari seekor unta merah" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Berdakwah dan menyampaikan kebenaran Islam kepada sesiapa sahaja samaada orang Islam dan bukan Islam adalah merupakan pintu-pintu kebaikan dan peluang-peluang pelaburan yang besar untuk hari akhirat . Jika kita berfikir bagaimana ingin menjana pendapatan di dunia maka kita juga jangan lupa bagaimana untuk menjana pendapatan dan keuntungan di akhirat. Jika boleh lebihkan untuk akhirat berbanding untuk dunia.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud : “Sesungguhnya ada di antara manusia, orang-orang yang menjadi kunci-kunci kebaikan, penutup-penutup keburukan. Dan ada juga sebagian orang yang menjadi kunci-kunci keburukan, penutup-penutup kebaikan. Maka beruntunglah orang yang Allah jadikan sebagai pembuka pintu kebaikan, dan sungguh celakalah orang yang Allah jadikan dia sebagai pembuka pintu keburukan." (Hadis Riwayat Ibnu Majah, dihasankan oleh al-Albani dalam ash-Shahihah [1332])
Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita sama-sama kita berusaha untuk melengkapkan diri kita untuk menjadi pendakwah Islam berkualiti dengan meningkatkan ilmu dan kefahaman Islam, kemudian pada masa yang sama kita sampaikan Islam walaupun satu ayat atau nasihat yang baik kepada sesiapa sahaja yang berada disekeliling kita samaada ahli keluarga, jiran tetangga , rakan-rakan Islam dan khususnya orang bukan Islam dan masyarakat seluruhnya.
Ingatlah seorang Pegawai Pemasaran yang bijak akan menggunakan sedikit modal, 'work smart' dan mendapat untung besar . Begitu juga pendakwah yang bijak akan mencari jalan-jalan dakwah yang nampak kecil (seperti berdakwah kepada orang bukan Islam) tetapi mempunyai nilai pahala yang besar di sisi Allah SWT. Bayangkan jika seseorang terima Islam (dengan izin Allah) kerana usaha kita pahala yang dibuat oleh orang tersebut hingga keseluruhan keturunannya hingga hari kiamat kita akan mendapat sahamnya (seperti multi level marketing).

No comments:
Post a Comment