Jauhilah Maksiat dan Dosa Untuk Mencari Keredhan Allah
Sahabat yang dirahmati Allah,
Seorang Mukmin akan berusaha bersungguh-sungguh dalam hidupnya supaya terhindar daripada melakukan maksiat yang boleh mendatangkan dosa kepada Allah s.w.t. .Jika penyakit fizikal disebabkan serangan kuman atau virus tetapi penyakit hati kuman atau virusnya adalah noda dan dosa manusia sendiri.
Ibnu Qayyim Al-Jauziyah mengatakan maksiat sangat berbahaya bagi hati dan jiwa manusia samaada di dunia dan akhirat. Maka siapa saja yang masih hidup dengan bergelimang maksiat dan dosa hanya akan merusak kehidupannya, dan mencelakakannya di dunia dan akhirat. Perbuatan maksiat akan mempunyai pengaruh buruk dan mengakibatkan seseorang menghadapi sembilan kerosakkan dan kerugiaan.
Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :
Pertama : Di haramkan memperolehi ilmu .
Imam Malik, yang sungguh kagum dengan kecerdasan Imam Syafi’i yang masih muda, memiliki ketajaman otak dan kesempurnaan kefahaman terhadap Islam. Saat itu Imam Malik mengatakan, “Aku melihat Allah telah meletakkan cahaya dalam hatimu, kerana itu jangan kamu padamkan dengan kegelapan maksiat”.
Imam Syafi’i, yang alim dan zuhud dalam hidupnya itu telah berkata, yang menggambarkan pengalaman peribadinya : “Saya mengadu kepada guru saya bernama Waqi tentang mutu hafalanku yang buruk, Maka ia mengarahkan agar aku meninggalkan maksiat, Ia berkata, “Ketahuilah, ilmu adalah kemuliaan, dan kemuliaan Allah tidak akan diberikan kepada ahli maksiat"
Kedua : Diharamkannya mendapatkan rezeki.
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : “Sesungguhnya seorang hamba diharamkan dari rezeki kerena maksiat yang ia kerjakan”.
Orang-orang yang suka melakukan maksiat dijauhkan dari rezeki (yang berkat). Kerana, ada ahli maksiat mendapatkan rezeki, yang mungkin boleh jadi banyak, tapi ketahuilah rezeki itu, tidak akan pernah mendatangkan keberkatan dalam hidup ahli maksiat tersebut. Oleh itu rezeki yang didapati itu, semakin membuatnya melakukan maksiat terperosok ke perbuatan durjana dan kekafiran. Sebaliknya, perbuatan ketaqwaan kepada Allah mendatangkan rezeki, dan berapapun rezeki yang didapati itu akan mendatangkan keberkatan bagi orang yang taqwa, dan dapat menjadikannya mulia disisi-Nya.
Ketiga : Seorang yang melakukan maksiat akan merasai jauh dengan Allah s.w.t..
Tidak mungkin orang-orang yang telah sebati dengan maksiat dapat taat dan tunduk kepada Allah s.w.t.. Ia akan menjadi hamba syaitan, dan ia akan terpisah jauh dengan Allah s.w.t.. Perasaan jauh ini tidak akan boleh diganti dengan segala bentuk kenikmatan apapun di dunia ini. Jika semua jenis kelezatan di dunia diberikan kepadanya, maka tetap tak akan dapat memberi kepuasan dalam dirinya. Ia akan sangat sengsara dalam hidup.
Seorang ahli makrifat mengatakan, “Jika kamu menemukan perasaan jauh dalam dirinya kerana perbuatan dosa, maka segeralah tinggalkan dan jauhi dosa dan maksiat. Tak ada hati merasa tenteram dengan perbuatan dosa."
Keempat : Seorang yang melakukan maksiat akan merasai jauh dengan orang Mukmin yang melakukan kebaikan dan kebajikan.
Ahli maksiat bukan sahaja rasa terpisah jauh dengan Allah s.w.t tetapi ia juga akan merasai jauh dengan orang-orang Mukmin yang sentiasa melakukan kebaikan dan kebajikan.. Tidak mungkin orang yang ahli maksiat akan berkumpul dan berinteraksi dengan orang-orang yang selalu berbuat baik. Seperti minyak dengan air (tidak boleh bercampur). Orang-orang yang melakukan maksiat dan dosa mendapatkan kutukan dan hukuman, sementara itu orang-orang yang melakukan perbuatan kebaikan dan kebajikan akan selalu mendapatkan berkat dan pahala di sisi Allah s.w.t.
Orang-orang ahli maksiat akan masuk ke dalam golongan ‘hizbusyaithon’, sedangkan orang-orang yang selalu ta’at dan beramal soleh sebagai ‘hizbullah’, yang akan mendapatkan jaminan Syurga.
Kelima : Orang yang suka melakukan maksiat dan dosa, hidupnya akan mengalami jalan buntu pada setiap urusannya. Sebagaimana orang-orang yang bertaqwa akan dimudahkan oleh Allah dalam segala urusannya.
Bagaimana ia akan dapat menemukan pintu-pintu kebaikan, sementara dirinya menutup dengan perbuatan maksiat dan dosa,sehingga semua kemaslahatan menutup pintu terhadap dirinya.
Keenam : Perbuatan maksiat dan dosa akan menimbulkan kegelapan hati.
Kegelapan itu benar-benar nyata dalam hatinya, seperti melihat dan merasakan gelapnya malam. Hal ini kerena sesungguhnya, ketaatan itu cahaya, sedangkan kemaksiatan dan dosa itu kegelapan. Semakin banyak maksiat yang dilakukan, maka akan semakin gelap hati orang itu. Akibatnya, orang-orang yang mengerjakan maksiat dan dosa itu, pasti akan jatuh ke dalam kekafiran, kerena hatinya sudah terhijab (tertutup) oleh kemaksiatan, dan kebenaran (al-haq) tidak mungkin lagi dapat menyentuh hatinya.
Ketujuh : Perbuatan maksiat dan dosa itu, juga akan melemahkan kekuatan hati.
Orang yang banyak maksiat akan kehilangan iradah (kehendak) dan azzam (tekad) yang kuat, kerena hatinya yang gelap akibat dosa itu, tak mungkin memiliki motivasi yang kuat. Orang yang banyak maksiat akan menjadikan fizikalnya lemah , kerena hatinya yang lemah. Tapi, ada juga orang yang fizikal (ahli maksiat), kelihatan f kuat, tetapi hakikatnya sangat lemah. Tidak akan memiliki keberanian untuk menanggung beban hidup. Sebagai contoh sejarah telah membuktikan bahawa dalam perang Salib, bagaimana orang-orang Romawi yang kelihatan fizikalnya sangat kuat, tetapi dengan mudah dikalahkan orang-orang Mukmin.
Kelapan : Orang yang melakukan maksiat itu, pasti akan kehilangan wala’ (kepatuhan) dan keta’atan kepada Allah Azza Wa Jalla.
Perbuatan dosa dan maksiat itu, membuat mereka tak dapat berhubung dengan Allah yang Maha Suci, dan menyebabkan ia jauh hubungan dengan Allah s.w.t.. Kerena itu, orang-orang yang sudah terbelenggu dengan segala bentuk dosa dan maksiat, hidupnya pastti selalu ingkar kepada Allah s.w.t.
Kesembilan : Orang-orang yang hobinya berbuat maksiat, menyebabkan pendek umur.
Risiko ini tak dapat lagi dielakkan. Orang-orang yang gemar minum arak, berzina, dan melakukan segala bentuk perbuatan maksiat, akibatnya hanya akan memendekkan umurnya. Kalau diberi umur yang panjang, tetapi hidup akan selalu tidak berkat, dan akan dihadapkan dengan segala bentuk malapetaka, kerena semuanya itu dari akibat perbuatan banyaknya dosa dan maksiat.
Sesungguhnya, rezeki, kematian, kebahagian, kesengsaraan, kesihatan, sakit, kekayaan, dan kefakiran, semua itu sudah menjadi takdir. Tapi Allah menjadikannya sebab kematian yang diakibatkan oleh perbuatan manusia. Jadi takdir itu memang suatu kemestian, tetapi Allah Rabbul Aziz memberikan hak kepada manusia untuk melakukan ikhtiar.
Manusia dikatakan hidup, bila hatinya masih hidup. Hati yang penuh dengan dosa dan maksiat akan mati, tidak dapat menerima (istijabah) kebaikan dan petunjuk dari Allah s.w.t.. Umur itu hanya perjalanan kehidupan manusia, yang boleh panjang dan pendek, semuanya Allah s.w.t., yang menentukannya. Tetapi, betapa celakanya, bila manusia memiliki umur yang panjang, dan umurnya itu hanya digunakan untuk berbuat maksiat dan dosa, dan berpaling dari Allah, maka sesugguhnya manusia telah kehilangan hari-hari dari kehidupannya secara hakiki.
Firman Allah s.w.t maksudnya : “Ia mengatakan, Alangkah baiknya kiranya aku dahulu mengerjakan (amal saleh) dalam hidupku ini”.
(Surah Al-Fajr ayat 24).
Sahabat yang dimuliakan,
Begitulah nasihat Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah, dalam kitabnya Al-Jawabu Kafi, agar manusia menjauhi maksiat dan dosa, kerena perbuatan itu akan mencelakakan manusia di dunia dan akhirat.
Oleh itu marilah sama-sama kita menginsafi diri kita dan jauhilah maksiat dan dosa , samaada dosa besar atau kecil kerana tidak ada guna kita menyesal di hari akhirat di atas keterlanjuran kita melakukan maksiat dan dosa kepada Allah s.w.t. Hidup kita di dunia hanya sementara, pergunakanlah sisa-sisa hidup kita kita memberi tumpuan untuk melakukan ketaatan dan kepatuhan kepada Allah s.w.t. Perbanyakkan amal-amal soleh, amal ibadah dan amal kebajikan kerana amalan-amalan yang baik kita kerjakan nanti menjadi teman setia kita sepanjang kehidupan di hari akhirat yang penuh cabaran dan kesukaran yang besar.
Manusia Sanggup Membunuh Kerana Gagal Dalam Bercinta
Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Manusia yang hidup bertuhankan hawa nafsu dan menerima hasutan syaitan sanggup melakukan dosa besar iaitu membunuh jiwa yang tidak berdosa. Sedangkan Allah SWT melarang keras sesiapa saja yang cuba menamatkan riwayat hidup seseorang dengan melakukan pembunuhan.
Kita digemparkan dengan berita pembunuhan kejam oleh seorang lelaki ke atas bekas kekasihnya. Berita arus perdana KOSMO bertarikh pada 04.05.2011 "Gadis tolak cinta lelaki dibunuh, graduan UKM di tikam diperut, dada dan tangan oleh tukang masak berusia 50 an"
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
“Dan barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Jahannam , kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan mengutukinya serta menyediakan azab yang besar baginya.”
(Surah An- Nisaa’ ayat 93)
Kenapakah manusia sanggup membunuh hanya kerana gagal dalam bercinta? Sedangkan nyawa manusia sangat berharga dan ancaman Allah SWT kepada pembunuh bahawa dia akan kekal di dalam Neraka Jahanam.
Jika seseorang itu beriman kepada Allah SWT , dia akan sentiasa bertenang , tidak kecewa dan putus asa dan menganggap cinta Allah SWT lebih berharga daripada cinta seorang wanita maka kejadian terkutuk dan dilaknat Allah SWT iaitu pembunuhan sesama manusia tidak akan berlaku. Apakah kita sanggup merana di dunia dan hari akhirat semata-mata mengikut nafsu amarah dan cinta membuta tuli tanpa berfikiran waras? Seksaan di dunia akan dihukum bunuh jika sabit kesalahan dan hukuman diakhirat lebih berat lagi iaitu kekal di dalam Neraka Jahanam.
Dalam satu hadis Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“ Orang yang mati terbunuh , akan datang di hari kiamat dengan mengantungkan kepalanya di salah satu tangannya , sambil memegang pembunuhnya dengan tangan yang lain , sedang darah terus mengalir. Apabila mereka berdua sudah ada di hadapan Allah, maka orang yang terbunuh itu berkata : Ya Allah, inilah orang yang telah membunuh aku. Maka Allah berkata kepada sipembunuh : Celakalah engkau, lalu di bawalah orang itu ke neraka.”
Sahabat yang dimuliakan,
Syaitan sangat gembira apabila dapat menjadikan seseorang anak Adam itu marah, lalu dengan perasaan marah itu dia sanggup melakukan pembunuhan. Dengan jenayah bunuh seseorang anak Adam itu akan mendapat laknat Allah dan akan bersama-sama dengannya di neraka.
Dari Abu Musa, dia berkata,"Jika iblis menyebarkan para perajuritnya ke bumi, maka dia berkata, 'Siapa boleh menyesatkan orang muslim, maka di kepalanya akan disematkan mahkota'."
Diantara perajuritnya itu ada yang melaporkan hasil usahanya, " Aku boleh menganggu Fulan sehingga dia menceraikan isterinya."
Dijawab,"Tapi dia boleh bernikah lagi."
Yang lain melaporkan,"Aku dapat menganggu Fulan sehingga dia derhaka."
Dijawab, "Tapi dia boleh berbuat kebajikan lagi."
Yang lain melaporkan,"Aku dapat menganggu Fulan sehingga dia berzina."
Dijawab, "Bagus."
Yang lain melaporkan,"Aku dapat menganggu Fulan sehingga dia minum arak."
Dijawab,"Bagus."
Yang lain melaporkan,"Aku dapat menganggu Fulan sehingga dia membunuh."
Dijawab,"Bagus. Bagus."
Ibnu Mu'aqqal berkata,"Aku pernah mendengar Wahb bin Munabbih berkata,'Seorang rahib bertanya kepada syaitan yang muncul dihadapannya, 'Sifat anak keturunan Adam yang paling mudah membantumu.'
Iblis menjawab,"Marah. Sebab jika seorang marah, maka kami boleh membolak balikkan sebagaimana anak kecil yang membolak balikkan bola."
Oleh itukawallah perasaan marah jika perasaan itu datang kepada kalian kerana seorang yang marah akan hilang pertimbangan akal yang waras dan sanggup melakukan apa saja perbuatan yang haram dan berdosa besar.
Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud : "Orang yang terkuat di kalangan kamu semua ialah orang yang dapat mengalahkan hawa nafsunya di ketika dia marah dan orang yang tersabar ialah orang yang suka memberikan pengampunan di saat dia berkuasa memberikan balasan (kejahatan orang yang menyakitinya)"
(Hadis Riwayat Baihaqi)
Sahabat yang dikasihi,
Sesiapa yang membunuh sesama manusia dosanya seolah-olah dia membunuh seluruh manusia.
Firman Allah: “Barang siapa yang membunuh seorang manusia, bukan kerana sebab-sebab yang mewajibkan hukum qisas, atau bukan kerana kerusuhan di muka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya. Dan barang siapa yang memelihara keselamatan nyawa seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara keselamatan nyawa manusia semuanya.” (Surah al- Ma'idah ayat 32)
Oleh itu marilah kita jauhi segala perbuatan, amalan dan percakapan yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah SWT . Ingatlah bahawa hidup di dunia ini adalah tempat sementara waktu janganlah mengadaikan masa depan kita di hari akhirat dengan bertindak melampaui batas yang di benarkan oleh Allah SWT. Jika ada dikalangan kita kekasihnya atau buah hatinya sudah beralih angin kepada orang lain, biarkanlah jangan menaruh dendam kepadanya, kerana pepatah ada mengatakan, "bunga tak sekuntum dan kumbang tidak sesekor" dan "patah tumbuh hilang berganti", mungkin ada hikmahnya . Yakinlah dengan qadak dan qadar daripada Allah SWT, berkemungkinan Dia ingin bertemukan kita dengan orang lain yang lebih baik dan solehah.
Sumpah Laknat Mendapat Laknat Allah Kerana Mengaibkan Seorang Muslim
Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Umat Islam masih digemparkan dengan 'sumpah laknat' dan vedio seks, oleh invididu yang tertentu yang membuat dakwaan-dakwaah tanpa membawa bukti yang sahih berdasarkan kehendak syarak.
Umat Islam keliru adakah boleh mengikhtiraf sumpah laknat yang dibuat oleh seseorang dengan hanya mendengar dakwaannya dan sumpahnya atau menyediakan vedio seks sebagai bahan bukti?
Perlu diingat, Islam adalah peraturan yang sempurna dan lengkap untuk kehidupan manusia samaada di dunia dan hari akhirat. Jika kita beriman kepada al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW kita wajib mengikut kedua sumber tersebut dan tidak boleh mengikut hawa nafsu dan akal manusia untuk meletakkan sesuatu hukum.
Di dalam hukum Islam apabila kita membuat tuduhan seseorang itu berzina mestilah membawa 4 orang saksi Islam yang adil bukan sumpah laknat dan vedio seks. Berdasarkan firman Allah SWT maksudnya : "Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatang 4 orang saksi, maka deralah mereka(yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lama nya. Dan mereka itulah orang-orang yg fasik, kecuali orang yg bertaubat sesudahnya itu dan memperbaiki (dirinya), maka sesungguhnya Allah maha Pengampun lagi Maha Penyayang". (Surah an-Nuur ayat 4-5)
Ulama sepakat mengatakan bahawa hukuman qazab yang di jatuhkan kepada penuduh yang menuduh wanita baik berzina, juga hukuman ini untuk orang yang menuduh lelaki baik berzina. Hukum qazab adalah 80 kali deraan dengan menggunakan rotan kepada penuduh yang gagal membawa4 orang saksi yang adil.
Seseorang hanya dihukum bersalah dan dikenakan hukum hadd dalam kes zina hanya dengan dua cara sahaja iaitu 1. Membawa 4 orang saksi Islam yang adil dan 2. Pengakuan secara sukarela orang yang melakukan zina. Selain daripada itu tidak akan diterima sebagai bukti untuk menghukum seseorang itu, samaada vedio seks, DNA, gambar atau dakwaan
Pernah berlaku dizaman sahabat Rasulullah SAW, Sayyidina Umar bin al-Khatab berjumpa Sayyidina Ali k.w mengatakan bahawa dia pernah melihat seorang lelaki dan wanita berzina, apakah harus dia lakukan maka Sayyidina Ali berkata bawalah 4 orang saksi yang adil atau dihukum dengan hukum qazab jika tidak dibawa cukup saksi (jika dakwaan itu ingin diteruskan). Bayangkanlah agama Islam cukup menjaga kemaslahatan umat Islam dan tidak akan menghukum seseorang apabila tidak memenuhi syaratnya walaupun yang melihatnya seorang yang tidak diragui kebenarannya (Sayyidina Umar).
Dalam kes mubahalah (sumpah laknat) hanya berlaku pertikaian di antara suami isteri yang mana suaminya menuduh isterinya melakukan zina sedangkan si suami tidak membawa 4 orang saksi maka ketika ini mereka berdua boleh bersumpah laknat, bala Allah SWT akan turun kepada salah seorang daripada mereka yang berdusta.
Dalam kes tuduhan zina kepada seseorang tidak perlu mubahalah kerana telah ada nas yang khusus perlu merujuk kepada surah an-Nuur ayat 4-5) iaitu perlu membawa 4 orang saksi yang adil. Jika gagal mahkamah syariah perlu membuat dakwaan dan menghukum mereka yang membuat dakwaan tanpa membawa saksi dengan hukum qazab.
Firaman Allah SWT maksudnya : "Dan janganlah kamu jadikan (nama) Allah dalam sumpah kamu sebagai benteng yang menghalangi kamu daripada berbuat baik dan bertakwa, serta mendamaikan perbalahan antara sesama manusia. Dan (ingatlah), Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa mengetahui. Allah tidak mengira kamu bersalah tentang sumpah kamu yang tidak dimaksudkan (untuk bersumpah), tetapi Dia mengira kamu bersalah (dan akan mengenakan hukuman) dengan sebab sumpah yang diusahakan (disengajakan) oleh hati kamu (dengan niat bersumpah) dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar. (Surah al-Baqarah ayat 224-225)
Asbabun Nuzul ayat 224 : Ibnu Juraij r.a berkata, "Abu Bakar r.a bersumpah untuk tidak memberi nafkah kepada Misthah bin Utsaltsah, seorang miskin yang juga tanggungan Abu Bakar r.a. Hal ini kerana Misthah ikut memfitnah Aisyah r.ha, isteri Rasulullah SAW dan juga puteri Abu Bakar r.a. Allah SWT menegur Abu Bakar r.a melalui ayat ini.
Berdasarkan ayat di atas sumpah yang dibuat oleh Abu Bakar r.a kerana tak mahu membantu seorang yang miskin yang berdosa (membuat tuduhan) dilarang apatah lagi jika seseorang bersumpah untuk mengaibkan seseorang, memutuskan silaturahim, cabar mencabar dan untuk mendatangkan fitnah dan kekecohan dalam masyarakat lebih-lebih lagi sangat dilarang.
Dari Ibnu Umar radhiyallahu 'anhu ia berkata : Rasulullah SAW naik ke atas mimbar, lalu memanggil dengan suara yang tinggi : "Wahai orang-orang yang beriman dengan lisannya dan iman itu belum sampai ke hati mereka, janganlah menyakiti orang-orang yang beriman, janganlah mencela mereka, dan janganlah mencari-cari aurat ( aib ) mereka, kerana barangsiapa mencari-cari aib saudaranya yang muslim, maka Allah membuka aibnya dan memalukannya walaupun dia berada di dalam rumahnya."
(Hadis Riwayat Tirmidzi).
Sahabat yang dimuliakan,
Apakah akibat yang akan ditetima oleh seseorang yang melafazkan sumpah laknat? .
Terdapat 6 akibat yang akan diterima :
Pertama : Mengaku berada bersama-sama semasa perbuatan zina dilakukan adalah berdosa besar kerana bersubahat.
Dia telah bersubahat dan merancang bersama-sama dengan perbuatan zina. Orang yang mengaku menyaksikan perbuatan zina (bersama-sama membuat perancangan) dia berdosa besar . Orang beriman akan cuba menghalang atau pun mencegah perbuatan itu dilakukan bukannya menyaksikan di hadapan matanya.
Kedua : Dia memasang cctv untuk merakamkan perbuatan zina adalah berdosa besar kerana mengintip keaiban seseorang.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya :
" Hendaklah kalian menjauhi berburuk sangka kerana berburuk sangka itu adalah sedusta-dusta perkataan, dan janganlah mencari-cari kesalahan, dan janganlah kalian mengintip, dan janganlah saling membenci, dan janganlah saling membelakangi, jadilah kalian hamba-hamba Allah yang saling bersaudara" (Sahih: Hadis daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, dikeluarkan oleh Ahmad, al-Bukhari, Muslim dan lain-lain, lihat Sahih al-Bukhari – no: 6724 (Kitab Faraid, Bab Pengajaran tentang Faraid).
Ketiga : Menceritakan kepada orang ramai perbuatan maksiat ( mujaharah) adalah berdosa besar. Allah SWT tidak akan ampun dosa seseorang yang mujaharah.
Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya: “Semua umatku akan diampunkan dosanya kecuali orang yang mujaharah (terang-terangan dalam berbuat dosa) dan yang termasuk mujaharah adalah seorang yang melakukan perbuatan dosa di malam hari, kemudian hingga pagi hari Allah telah menutupi dosa terbabit, kemudian dia berkata: ‘Wahai fulan semalam saya berbuat ini dan berbuat itu. Padahal Allah telah menutupi dosa tersebut semalaman, tetapi di pagi hari dia buka tutup Allah terbabit’ .” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Keempat : Dia minta laknat Allah menimpa dirinya adalah sifat orang fasik.
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesungguhnya , terdapat orang yang disebabkan ucapannyalah ia tergelincir ke dalam neraka yang luasnya antara masyrik dengan maghrib" Dan , dalam hadis lain yang senada dengan ini, "Hanya kerana satu perkataan yang membuat Allah benci, maka orang itu dimasukkan ke dalam neraka". (Hadis Riwayat Muslim)
Orang mukmin akan berdoa kepada Allah SWT supaya Dia mengampunkan segala dosa-dosanya bukannya untuk ditipa musibah dan bala. Jika seseorang ingin mencari kebenaran diatas maksiat orang lain sedangkan dia bersama-sama berada semasa maksiat itu dilakukan sebenarnya dia minta Allah SWT timpakan laknat kepadanya. Kerana kemurkaan dan laknat Allah SWT akan ditimpakan kepada sesiapa saja yang mengaibkan orang lain dan bermujaharah.
Jika sumpah-sumpah seperti ini dibenarkan dalam Islam nescaya ramai orang-orang mukmin akan menjadi mangsa sumpah-sumpah palsu daripada orang-orang munafik dan fasik.
Kelima : Dia telah membuka ruang fitnah seluas-luasnya, perselisihan dan perbalahan sesama umat Islam dan memutuskan silaturahim dan mengadu domba.
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Dari Al-Zuhri bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Tidak akan masuk syurga bagi yang memutuskan silaturahim".
(Hadis Riwayat Muslim)
Nabi S.A.W berwasiat kepada Sayidina Ali k.wj: "Wahai Ali ! Saya melihat tulisan pada pintu syurga yang berbunyi "Syurga itu diharamkan bagi setiap orang yang bakhil (kedekut), orang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, dan bagi orang yang suka mengadu domba (mengasut)."
Keenam : Menjadi muflis di hari akhirat jika tidak bertaubat meminta maaf kepada orang yang diaibkan .
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud :
“Tahukah kamu siapakah dia Orang Muflis?”
Sahabat-sahabat baginda menjawab :
“Orang Muflis di antara kami, ya Rasulullah ialah orang yang tidak ada wang ringgit dan tidak ada harta benda.”
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud :
“Sebenarnya Orang Muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat , sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang ini, dan menuduh orang itu , memakan harta orang orang ini ,menumpah darah orang itu dan juga memukul orang . Maka akan di ambil dari amal kebajikannya serta di beri kepada orang ini dan orang itu , kemudian kiranya habis amal kebajikannya sebelum habis di bayar kesalahan-kesalahan yang di tanggungnya , akan di ambil pula dari kesalahan-kesalahan orang yang di aniayakannya serta di timpakan keatasnya , kemudian ia di humbankan kedalam neraka.”
(Hadis Riwayat Muslim dan Turmizi)
Jika seseorang melakukan zina bertaubat kepada Allah SWT , Allah SWT Maha Pengampun kepada kesalahan hamba-hamba-Nya. Kerana dosa zina adalah dosa di antara hamba dengan Tuhannya.
Tetapi dosa mengaibkan orang lain, membuat fitnah, mengadu domba, memutuskan silaturahim adalah dosa di antara manusia sesama manusia. Jika manusia yang membuat kesalahan sesama manusia tidak minta maaf secara terbuka semasa di dunia, maka dia akan membawa dosa tersebut dan di hari akhirat akan diambil pahalanya jika tidak cukup dosa orang yang diaibkan akan diberikan pula kepada orang yang mengaibkannya. Maka amat mudah orang tersebut akan menjadi muflis dan dihumbankan ke dalam neraka Jahannam.
Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita kuatkan iman kita supaya tidak tergugat dengan mempercayai berita fitnah dan berita mengaibkan saudara kita yang lain. Anggaplah berita itu fitnah supaya kita tidak terkena sahamnya. Jika kita mempercayainya sedangkan kita tahu orang yang menuduh tak bawa 4 orang saksi maka dosa kerana mempercayainya sama dengan orang yang membuat dakwaan itu iaitu dosa hukum qazab. Jika hukum itu tak diterima di dunia nanti orang-orang yang mendakwa dan mempercayainya akan dihukum oleh Allah SWT di hari akhirat. Nauzubillahiminzalik.
Banyakkan beristighfar dan minta doa kepada Allah SWT supaya kita dijauhi daripada fitnah akhir zaman. Wassalam.
No comments:
Post a Comment