Tuesday, March 11, 2014

SEJARAH KEROSAKAN AKHLAK

Sejarah Kerosakan Akhlak

Selepas kedatangan Islam ke nusantara sekitar abad ke 12, kebanyakkan adab jahiliyyah telah dihapuskan. ini termasuklah pergaulan tanpa perkahwinan dan cara berpakaian jahiliyyah. lama-kelamaan budaya Islam ini telah meresap kepada masyarakat Islam nusantara dan dikekalkan beratus tahun lamanya. sultan dan ulama-ulama di nusantara telah meneruskan undang-undang Islam. ini terbukti melalui penemuan batu bersurat di kuala berang, terengganu yang merupakan bukti terawal kedatangan Islam ke Malaysia. walaupun batu bersurat itu adalah batu bersurat abat ke 14 (1300++), tapi dipercayai kedatangan Islam sudahpun bertapak 200 tahun sebelumnya. 
antara kandungan batu bersurat itu adalah hukuman hudud yang melibatkan hukuman terhadap pelaku zina.

walaupun berlaku penaklukan portugis terhadap melaka pada tahun 1511, penaklukan itu hanyalah melibatkan kawasan sekecil melaka dan bukannya keseluruhan semenanjung tanah melayu.

akhirnya setelah kekalahan kerajaan Islam Bengali pada perang Palashi (1775), maka bermulalah penguasaan british terhadap kawasan-kawasan di nusantara. maka mulalah british menakluki Perak, Pulau Pinang, Terengganu, pahang sepertimana kita tahu penentangan pejuang Islam seperti tok gajah, mat Said dan tokku paloh terhadap kerajaan british.

British mula mengurangkan kuasa Islam dan dan menghadkan kuasa sultan kepada Agama Islam (yang dimaksudkan ialah Ibadah Islam) dan adat istiadat sahaja dan pemerintahan lain dikekalkan kepada British. Kebijaksanaan british berbanding penakluk lain ialah mereka mendidik orang-orang tempatan untuk mengikut jejak langkah (millah) mereka sebelum mereka selesa untuk meninggalkan satu-satu kawasan yang dijajah.

inilah yang telah diperkatakan oleh Lord Cromer semasa memerintah Mesir. "kita boleh memerdekakan negara-negara Islam tetapi kita tidak akan sekali-kali mebenarkan mereka menubuhkan pemerintahan Islam"

sebelum memberikan kemerdekaan kepada satu-satu negara Islam, british memastikan bahawa perundangan mesti mengikut cara mereka dan undang-undang Islam dihadkan kepada perkara perkahwinan, faraid dan ibadah sahaja.mereka juga memastikan pendidikan negara mengikut cara mereka termasuk sukatan sejarah dan yang terakhir mereka memastikan orang yang memerintah mestilah anak didik yang mengikut cara mereka. kemerdekaan yang diberikan bukanlah kemerdekaan sepenuhnya.

akhirnya umat islam yang dahulunya dilindungi dan dikawal oleh undang-undang Islam dari segenap segi kini telah terlepas dari ikatan itu. segala langkah pencegahan kerosakan moral dilakukan hanya oleh individu-individu atau kumpulan-kumpulan kecil. walaupn ada operasi pencegahan kerosakan akhlak yang dilakukan oleh badan-badan kerajaan, ia hanya dilakukan dalam ruang lengkup yang sangat kecil. pergaulan bebas di universiti, konsert-konsert dan di tempat-tempat awam hanya dibiarkan sahaja bahkan mendapat lindungan dari pihak berkuasa. sekarang kita mula melihat wanita-wanita bertudung mula memasuki program realiti TV, menari, bermain gitar dan bernyanyi dan ini telah banyak mempengaruhi wanita-wanita Islam yang lain.

sistem co-education (percampuran lelaki perempuan dalam pendidikan) yang diperkenalkan oleh penjajah adalah satu bom jangka yang akhirnya meletup dengan kerosakan akhlak pemuda-pemudi islam sama ada di sekolah menengah dan di universiti. hatta kolej-kolej dan univeriti yang ada perkataan 'islam' pun dengan tidak mereka sedari mengamalkan co-edocation.  sedangkan sistem pendidikan Islam tidak membenarkan percampuran dalam pendidikan. akhirnya universiti bukan lagi tempat untuk belajar ilmu pengetahuan tetapi menjadi tempat perbelajaran kerosakan akhlak. pemuda pemudi Islam yang baik akhlaknya di kampung apabila datang ke universiti mula terpengaruh dan banyak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. akhirnya kita melahirkan guru, jurutera, doktor, arkitek dan profession lain tetapi tidak bermoral.

era globalisasi yang berkembang dengan terciptanya siaran televisyen dan seterusnya internet telah membawa masuk pelbagai budaya luar kepada masyarakat Islam. kerana setiap hari mereka melihat cara berpakaian dan bergaul yang ditonjolkan dalam televisyen, masyarakat Islam mula terpengaruh dan mengikut budaya asing satu langkah demi satu langkah. saya bersetuju dengan kata-kata syed qutb dalam bukunya ma'alim fittariq yang berkata "perubahan budaya Islam kepada budaya jahiliyyah sudah mengambil proses yang lama. kita sangat faham bahawa untuk kembali kepada islam juga ia akan memakan masa yang lama juga".

organisasi Islam yang leka

yang paling menyedihkan ialah organisasi-organisasi Islam hanya membiarkan evolusi (perubahan secara perlahan) ini berlaku.  mereka hanyut dalam memfokuskan sesetengah isu dan mengabaikan masalah kerosakan akhlak. ada organisasi Islam yang hanya memfokuskan permasalah politik sahaja. ada organisasi Islam yang memfokuskan permasalahan kebajikan dan pendidikan sahaja. ada kumpulan Islam yang hanya memfokuskan kepada permasalahan bid'ah sahaja. kita belum nampak satupun organisasi Islam yang betul-betul lantang bersuara tentang masalah kerosakan akhlak. walaupun ada beberapa usaha yang dibuat untuk membenteras kerosakan akhlak, ia hanyalah usaha yang kecil dan bersifat tertumpu kepada kawasan tertentu sahaja dan bukan usaha serius dan berterusan yang dilakukan di seluruh negara sepertmana mereka memfokuskan permasalah politik, bid'ah dan kebajikan.

persatuan wanita Islam juga lesu dalam permasalahan ini. sebenarnya golongan yang paling layak untuk memperjuangkan permasalahan kerosakan akhlak dengan serius adalah pertubuhan wanita Islam. malangnya kebanyakkan pertubuhan wanita Islam lesu dan hanya mengikut di belakang pertubuhan pemuda Islam. apa yang persatuan pemuda buat, maka mereka akan membantunya dari belakang. ini adalah salah. memang pertubuhan wanita Islam perlu menolong rakan kaum pemuda Islam dalam isu-isu kenegaraan tetapi fokusnya bukan di situ. sepatutnya pertubuhan wanita Islam adalah golongan yang paling lantang dalam menentang kerosakan akhlak dan bukannya terpengaruh dengan gerakan feminisme yang lebih memfokuskan kepada memperjuangkan hak sama rata ala barat dan pengharaman poligami. ini adalah suasana yang memalukan bila pertubuhan wanita islam terpengaruh dengan gerakan feminisme ala barat. mereka berusrah dan bermesyuarat agung tetapi kerosakan pemudi-pemudi Islam dibenteras dengan sekadarnya sahaja.   

Kehidupan Di Syurga Kebebasan Seks

Dikatakan islam adalah agama fitrah. Fitrah bermaksud mengikut undang-undang alam. Salah satu undang-undang alam ialah kepuasan seks. Tetapi islam nampaknya menghalang kepuasan seks dengan mengharamkan seks tanpa batasan. Adalah islam benar-benar agama fitrah?

Mengapa kita tidak hidup di dunia penuh kebebasan seks. Barat sudah menikmatinya. Bahkan ianya sudah menular ke negara timur. Seks tanpa sempadan. Kita boleh lakukan seks dengan siapa sahaja yang kita mahu, bila masa dan di mana saja. Perempuan boleh menunjukkan bentuk badan mereka dalam apa bentuk sekalipun, hatta seutas benang sahaja di badan tanpa cegahan undang-undang. Sungguh 'bebas'. Bukankah ini syurga namanya? Bukankah ini kepuasan nafsu yang kita mahukan? Bukankah ini tujuan kita diciptakan? Untuk kepuasan seks.

Sebenarnya kebebasan yang sama bukan sekadar diperoleh oleh barat, bahkan barat masih baru menikmatinya. Masyarakat jahiliah arab dan kaum purba lain sudah lama menikmati syurga seks, mengawan tanpa batas. Buktinya? Buktinya ialah sudah dicatatkan jenis-jenis cara hubungan seks jahiliyah sebelum Islam dalam pelbagai buku. Ianya tidak jauh beza dengan 'syurga' seks sekarang. Dan dalam satu hadith seorang pemuda yang pernah hidup di zaman jahiliyah datang berjumpa dengan Rasulullah dan ingin kebebasan untuk mengawan seperti mana di zaman jahiliyah dulu. Kebebasan untuk mengawan? Bukankah itu budaya yang baru dipromosikan oleh barat kepada orang Islam melalui filem-filem yang ditayangkan? Bukan. Ianya adalah budaya jahiliyah sebelum kedatangan cahaya Islam yg hanya diperkenalkan kembali oleh barat 'bertamadun'.

Apa jawapan Rasulullah kepada anak muda ini? Rasulullah memakinya? Memukulnya? Tidak. Mengapa tidak? Kerana seks bebas sudah menjadi budaya kaum jahiliah arab. Bukan macam kita anak muda Islam yang baru tersengeh-sengeh berkenalan dengan budaya mengawan secara bebas ini. Seks bebas adalah budaya turun temurun kaum jahiliah arab padang pasir. Bukan sekadar itu, ia adalah kenikmatan yang besar bagi lelaki. Kenikmatan untuk mengawan dengan mana-mana perempuan yang dikehendaki tanpa sebarang tanggung jawab. Bukankah ini bayangan syurga? Ini syurga bagi lelaki. Syurga terbesar. Kerana itu permintaan anak muda itu adalah sungguh logik dan betul.

Tapi apa jawpan Rasulullah? Lihat kebijaksanaan Rasulullah dgn menjawab 'adakah kamu suka org luar mengawan dgn ibumu? Dgn adik perempuanmu?'. Pemuda yg gila seks ini menjawab 'tidak' (sila lihat matan hadith yang sebenar dibawah artikel ini). kita mahu bertanya mengapa tidak? Jika saya ada bersama pemuda jahiliyah itu saya ingin bertanya apakah logik yg bermain di dalam kepalanya ketika memberikan jawpan itu?

Jawapannya mudah - seks sangat berkait rapat dengan maruah. Walaupun ianya kenikmatan, ia diselaputi oleh maruah.

Perempuan yang boleh membuka kangkangnya kepada pelbagai lelaki adalah murah dan tiada maruah. Fakta ini dipersetujui oleh semua bangsa di dunia ini sekalipun bangsa itu sendiri membudayakan seks bebas. Mereka meluluskan undang-undang untuk seks bebas tetapi 'undang-undang' jiwa memberontak tidak membenarkannya. Walaupun masyarakat barat sudah beberapa generasi melakukan budaya 'mengawan secara bebas' ditambah ianya dibenarkan oleh undang-undang dan dijaja ke seluruh dunia melalui filem dan drama yang mereka hasilkan, mereka masih benci kepada gelaran 'pig' (lelaki bernafsu babi) dan masih benci dengan kekasih yang menduakan mereka. Jika seks bebas inilah budaya orang bertamadun dan suatu hal yang mengikut fitrah, mengapa masih wujud kebencian bila kekasih melakukan seks dengan orang lain? jawapannya ialah kerana jiwa itu fitrah dan fitrah itu mahukan kebaikan. Lelaki jahiliyah ini tahu perkara ini walaupun dia cuma duduk di padang pasir.

Seks bebas memang syurga dunia. Tapi harganya ialah kerosakan masyarat, maruah diri berharga 3-10 ringgit, perempuan diniagakan, kekecewaan, tertekan, ditipu, perbalahan, bunuh diri dan sebagainya. Kalau benarlah seks bebas adalah syurga dunia, mengapa ianya dipakejkan bersama neraka dunia? Jika ianya benar syurga dunia - syurga bagi siapa? Jika benar ianya syurga bagi barat, mengapa stress, bunuh diri dan perkahwinan-perceraian bagaikan masuk dan keluar dr pasaraya dalam kehidupan harian mereka?

Sekali lagi, adakah islam agama fitrah? Jawpannya ialah ya, Islam adalah agama fitrah. Islam memang hendak kita memuaskan nafsu seks kita. Kerana itu rasulullah tidak mengaku ummat sesiapa yg mahu membujang. Tetapi cara yang islam mahukan ialah memuaskan nafsu seks kita dgn cara yg bertamadun - cara manusia, bukan cara lembu. Sebab cara lembu tiada akad. Cara yang menjaga kepentingan semua pihak. Cara yang memuaskan hati semua orang. Cara yang telah dibuktikan betul dan bagus di sepanjang sejarah peradaban manusia bermula dari zaman nabi adam - cara perkahwinan.



Sesungguhnya seorang pemuda telah mendatangi An-Nabiy SallaLlahu `alayhi wasallam dan dia berkata "Ya RasuluLlah, izinkanlah bagiku untuk berzina". Maka orang ramai pun memarahinya dan mereka berkata ?? ?? . Maka baginda berkata "Aku ingin mendekatinya", maka baginda pun mendekatinya dengan dekat. Dia berkata "Maka dia pun duduk".


Baginda berkata "Adakah kamu suka itu (zina) kepada ibumu?". Dia berkata "Tidak, demi Allah, Allah menjadikan aku hamba mu!". Baginda berkata "Dan manusia pun tidak sukakannya (zina) kepada ibu-ibu mereka".

Baginda berkata "Adakah kamu suka itu (zina) kepada anak perempuan mu?". Dia berkata "Tidak, demi Allah, Allah menjadikan aku hamba mu!". Baginda berkata "Dan manusia pun tidak sukakannya (zina) kepada anak-anak perempuan mereka".

Baginda berkata "Adakah kamu suka itu (zina) kepada saudara perempuan mu?". Dia berkata "Tidak, demi Allah, Allah menjadikan aku hamba mu!". Baginda berkata "Dan manusia pun tidak sukakannya (zina) kepada saudara-saudara perempuan mereka".

Baginda berkata "Adakah kamu suka itu (zina) kepada makcik (sebelah bapa) kamu?". Dia berkata "Tidak, demi Allah, Allah menjadikan aku hamba mu!". Baginda berkata "Dan manusia pun tidak sukakannya (zina) kepada makcik- makcik (sebelah bapa) mereka".

Baginda berkata "Adakah kamu suka itu (zina) kepada makcik (sebelah ibu) kamu?". Dia berkata "Tidak, demi Allah, Allah menjadikan aku hamba mu!". Baginda berkata "Dan manusia pun tidak sukakannya (zina) kepada makcik- makcik (sebelah ibu) mereka".

Maka dia (perawi hadis) berkata: Lalu baginda meletakkan tangannya ke atasnya (pemuda itu) dan baginda berkata "Ya Allah ampunkanlah dosa-dosanya dan bersihkanlah hatinya dan peliharalah kemaluannya. Maka tidak berlakulah selepas itu (pemuda itu tidak berzina) pemuda itu berubah kepada sesuatu.


No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML