Apakah Ciri-ciri Orang Munafik?
السَّلاَمُ عَلَيْكُم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Munafik dari segi bahasa maksudnya : "Orang yang menyembunyikan perkara atau maksud sebenar."
Dari segi syarak pula munafik bermaksud : " Seseorang yang tidak menzahirkan kekufuran dengan cara menyembunyikannya di dalam hati."
Sifat munafik ini terbahagi dua bahagian iaitu :
Pertama : Munafik darisegi akidah dan I'tiqad.
Kedua : Munafik darisegi perbuatan dan amalan.
Huraiannya :
Pertama : Munafik darisegi akidah dan I'tiqad.
Munafik darisegi akidah dan I'tiqad adalah orang kafir yang mengaku beriman dan berpura-pura masuk Islam. Golongan ini adalah orang yang tidak mendapat hidayah atau petunjuk dari Allah SWT, sehingga jalan hidupnya yang ditempuhi tidaklah mengandungi nilai-nilai ibadah dan segala amal yang dikerjakan tidak mencari keredaan Alah SWT.
Orang munafik seperti ini adalah orang yang bermuka dua, mengaku beriman padahal hatinya engkar (kufur dan syirik). Perbuatan orang munafik di sebut nifak. Mereka ini hanya pada mulutnya sahaja beriman dan nampak baik tetapi hakikat sebenarnya hanya tipu helah belaka untuk mencari habuan dunia dan merancang untuk menghancurkan Islam.
Ertinya segala amal perbuatan yang dikerjakan itu bukan ditegakkan di atas dasar keimanan dan ketakwaan terhadap Allah SWT, akan tetapi hanya didasarkan pada perasaan dan hawa nafsunya semata-mata untuk mencari muka, penampilan, harta dan pangkat, mengambil hati dalam masyarakat dan pandangan orang belaka. Segala perbuatan baiknya itu hanya dijadikan tempat berlindung untuk menutupi segala keburukan I’tikad dan niatnya yang menentang Islam.
Terdapat lima ciri-ciri munafik darisegi akidah dan I'tiqad :
1. Ingin menipu daya Allah SWT.
Firman Allah SWT. yang maksudnya : “Dan diantara manusia ada yang mengatakan,’aku beriman kepada Allah dan kepada hari kemudian,’padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang yang beriman.Mereka itu hendak menipu Allah berserta orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri,sedang mereka tidak sedar” (Surah Al Baqarah ayat 8-9)
2. Lebih suka memilih orang kafir sebagai pepimpinnya.
Firman Allah SWT maksudnya : “…..(iaitu) orang yang mengambil orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan disisi orang kafir itu? Maka sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah”
(Surah An Nisa’ ayat 139)
3. Tidak mahu diajak berhukum dengan hukum Allah dan RasulNya.
Firman Allah SWT. maksudnya : “Apabila dikatakan kepada mereka (org munafik) :'Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul,' nescaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi (manusia ) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu”
(Surah An Nisa ayat 61)
4. Malas menegakkan solat, tapi kalau solat suka menunjuk-nunjuk (riyak)
Firman Allah SWT. maksudnya : “Dan bila mereka berdiri untuk melaksanakan solat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riyak dihadapan manusia. Dan tidaklah mereka itu menyebut asma Allah, kecuali sedikit sekali."
(Surah An Nisaa ayat 142)
5. Berusaha siang dan malam untuk memadamkan cahaya Allah SWT. Menghidupkan maksiat dan kemungkaran . (sifat bermusuhan dengan para alim ulama, pendakwah Islam, menyekat dakwah, tarbiah dan tazkirah daripada tersebar luas dalam masyarakat)
Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Mereka (orang munafik) hendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan) mereka. Dan Allah telah menyempurkan cahayaNya, meskipun orang kafir membenci.”
(Surah Asy-Shaf ayat 8)
Dalam sejarah telah banyak membuktikan bahawa umat Islam zaman dulu sering diperdaya oleh orang munafik dan hal itu akan berterus sampai zaman sekarang bahkan zaman yang akan datang dari generasi ke generasi.
Di zama Nabi SAW , ketua orang munafik bernama Abdullah ibn Ubay ibn Salul dengan hatinya yang busuk mengejek-ejek dan mengancam untuk mengusir Nabi SAW dan kaum muslimin dari kota Madinah. Kemudian setelah ucapannya yang menjelaskan kekentalan kemunafikannya itu dilaporkan kepada Nabi SAW dan baginda pun menegurnya lalu Abdullah ibn Ubay pun mengelak dengan mengatakan bahawa ia tidak pernah mengatakan apa-apa pun seperti yang dilaporkan kepada baginda.
Oleh kerana itu kita umat Islam dimana saja berada hendaknya berhati-hati terhadap orang munafik yang berhasrat mematahkan semangat juang kita umat Islam, memporak-perandakan kekuatan Islam, memadamkan cahaya Allah ditengah-tengah orang Islam dan selalu kerosakan dan kekacauan dimana-mana.
Munafik golongan pertama ini di hari akhirat akan dimasukkan kedalam Neraka Jahanam yang paling bawah sekal kekal selama-lamanyai, lebih azab daripada orang-orang kafir.
Firman Allah SWT maksudnya : "Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolongpun bagi mereka." (Surah. an-Nisaa ayat 145)
Kedua : Munafik darisegi perbuatan dan amalan.
Munafik darisegi perbuatan dan amalan adalah masih menjadi orang Islam, akidahnya masih mempercayai Allah dan Rasul dan rukun-rukun Iman yang enam tetapi perbuatan dan amalannya menjurus kepada melakukan dosa-dosa besar.
Sebagaimana sabda Nabi SAW. yang bermaksud :
“Empat sifat, siapa yang bersifat dengannya bererti ia seorang munafik yang nyata, dan siapa yang mempunyai salah satu dari sifat-sifat itu bererti ia mempunyai satu sifat munafik sehingga ia meninggalkan sifat itu iaitu : Apabila bercakap ia dusta, apabila berjanji ia mungkiri, apabila ia mematerikan perjanjian ia cabuli perjanjian itu dan apabila berbalah (bertengkar) ia sentiasa ingin menang.” (Hadia Riwayat al’Syaikhan dari Ibn ‘Amr)
Berdasarkan hadis diatas jelaslah kepada kita bahawa terdapat empat ciri-ciri munafik darisegi perbuatan dan amalan (melakukan dosa besar) , sifat yang sangat dibenci oleh Allah SWT.
1. Khianat amanah iaitu mencabul dan mengkhianati amanah-amanah yang wajib dipelihara dan meremeh-temehkan amanah yang diberikan padanya atau tidak menunaikan tugas dan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya yang diserahkan padanya, kerja dengan sambil lewa dan ia gunakan amanah yang diberikan kepadanya untuk mendapatkan kepentingan diri dan keluarganya.
2. Bercakap bohong. Membuat penjelasan, kenyataan dan penerangan yang dusta atau seakan-akan dusta samada dengan lisan atau tulisan, memutar belit dan memesongkan keterangan yang sebenar, mengubah dan menokok tambah kenyataan untuk disesuaikan dengan seleranya, membuat kempen-kempen atau promosi-promosi dusta dan propaganda liar dan segala bentuk penyelewengan kata-kata dan bicara termasuk membesarkan yang kecil dan memperkecilkan yang besar.
3. Mencabul janji-janji yang diikrarkan dan mencabul perjanjian yang dipersetujui bersama.
4. Ingin menang dalam pertengkaran walaupun terpaksa menegakkan benang yang basah atau terpaksa membawa saksi yang palsu bagi menguatkan hujahnya.
Di dalam masyarakat umat Islam memang terdapat kaum munafik yang berlindung dibalik agama Islam . Mereka ini memerangi saudara seagama, merancang dan menangkap para pejuang Islam yang menegakkan syariat Islam. Mereka lebih gembira bekerjasama dengan Yahudi dan Kristian atau kaum kafir daripada bekerjasama dengan ulama-ulama, para pendakwah, para mujahidin dan aktivis Islam.
Semua sifat-sifat munafik yang tersebut itu boleh menimbulkan kesan yang amat buruk kepada ketenteraman masyarakat manusia, malah boleh menimbulkan huru-hara dan perpecahan dan boleh menghilangkan rasa kepercayaan terhadap satu sama lain yang merupakan batu asas bagi kerukunan sesebuah masyarakat yang padu dan kukuh, selagi mana ada manusia serupa ini dunia ini tidak akan aman tenteram.
Sifat munafik jenis kedua ini masih berpeluang kembali ke pangkal jalan dan bertaubat kepada Allah SWT. Keempat-empat sifat ini adalah dosa-dosa besar yang hanya boleh diampunkan Allah SWT apabila dia bertaubat nasuhah dan meminta ampun dan maaf sesama manusia jika ada dikalangan manusia yang menjadi mangsa tipu helah dan kezalimannya.
Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita menjauhkan diri daripada sifat-sifat munafik samaada munafik darisegi akidah dan I'tiqad maupun munafik darisegi perbuatan dan amalan.
Jika dalam hati kita bersarang perasaan hasad dengki, ada perasaan benci pada pendakwah Islam, benci pada pakaian menutup aurat dan sering menfitnah para daie yang berjuang menegakkan Islam ini bermakna dalam hati kita masih bersarang sifat nifak atau munafik. Sifat inilah yang akan menjauhkan kita daripada rahmat Allah SWT. Oleh itu sama-samalah kita perbaiki hati dengan mendekatkan diri dengan majlis ilmu, bersahabat dengan orang soleh dan menjauhkan diri daripada orang-orang yang suka melakukan maksiat.
Jauhi Sifat Dan Amalan Orang Munafik
Sahabat yang dirahmati Allah,
Bermulanya sejarah dan munculnya orang-orang munafik yang pertama di kalangan umat Islam ialah setelah Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berhijrah ke Madinah. Semasa di Mekkah (zaman Mekkah) tidak wujud orang munafik sama ada secara individu atau kelompok, kerana hanya ada dua golongan sahaja semasa Nabi SAW menyebarkan dakwah Islamiah di Mekkah, iaitu:
Pertama: Golongan kaum muslimin yang kebanyakannya merahsiakan keimanan mereka demi untuk menyelamatkan Islam, iman dan dirinya dari tindakan orang-orang kuffar (musyrikin).
Kedua: Golongan atau kaum kuffar musyrikin yang kuat penentangannya terhadap orang-orang yang beriman.
Golongan munafik ini diketuai dan dipimpin oleh Abdullah bin Ubay bin Sallul yang menjadi ketua kabilah Kahzrah. Beliau telah dicadangkan akan dinobatkan oleh orang-orang Yahudi sebagai raja di Yathrib (Madinah) tetapi terhalang dan tidak berjaya setelah kedatangan Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sehingga menggagalkan rancangannya menguasai Madinah.
Apakah maksud nifak? Maksud nifak adalah : "Menampakkan dan melahirkan sesuatu kemudian menyembunyikan (merahsiakan) lawannya".
Antara kalangan ulama muktabar yang telah mendefinisikan nifak ialah Imam Ibn Kathir rahimahullah. Menurut beliau nifak ialah:
اِظْهَارُ الْخَيْرِ وَاِسْرَارُ الشَّرِّ
"Melahirkan yang baik dan menyembunyikan (merahsiakan) yang buruk. (Tafsir Ibn Kathir. 1/76.)
Ibn Juraij rahimahullah pula mendefinisikan nifak sebagai:
المنافق يخالف قوله فعله وسره علانيته ومدخله مخرجه ومشهده مغيبه
"Si Munafik itu bertentangan perkataannya dengan perbuatannya, yang dirahsiakan dengan yang berterang-terangan, yang di dalam (hati)nya dengan luarannya dan yang dipersaksikannya dengan yang disembunyikannya".
Menurut pendefinisian Imam Ibn Qaiyim rahimahullah pula bahawa nifak ialah:
"Nifak itu ialah penyakit yang memenuhi anggota dalaman seseorang yang tidak disedari olehnya. Kerana nifak adalah urusan yang tersembunyi pada manusia. Cara kebanyakan yang menyembunyikan nifaknya ialah dengan bermuka-muka sebagai seorang pelaku kebaikan sedangkan dia adalah seorang yang pembuat kerosakan". (hlm. 15. Al-Maktabah al-Islami. Cetakan ke 4. Beirut. Ibn Qaiym al-Jauzi.)
Menurut Ibn Qaiyim nifak itu terbagi dua:
Pertama: Nifak Akbar, "Nifak Besar" atau nifak akidah (iktiqad) yang menyebabkan pelakunya jika tidak bertaubat sebelum meninggal dunia dia akan dikekalkan di dalam neraka. Di neraka pula Si Munafik ini akan ditempatkan di neraka yang paling terbawah (kerak neraka).
Boleh diertikan juga bahawa nifak akbar ialah: “Merahsiakan kekufuran dalam hati dan melahirkan keimanannya dengan lisan dan perbuatan (amalan)”.
Antara contoh-contoh nifak akbar (nifak besar) ialah:
1. Mendustakan apa yang disampaikan oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sama ada sebahagian atau keseluruhannya. Seperti menolak dan mendustakan bahawa hadis-hadis sahih (as-sunnah) tidak perlu dipakai lagi dan cukup hanya dengan mengambil al-Quran sahaja.
2. Mempermain-mainkan, memperlekeh atau menghina sebahagian dari ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam. Seperti menghina penutupan aurat bagi wanita mukminah, menghina akhlak Islamiah atau memperlekeh dan menghina perlaksanaan hukum-hukum Allah Azza wa-Jalla seperti hudud dan qisas yang alasannya hanya semata-mata bertujuan untuk mempermain-mainkan agama Allah.
3. Membenci Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam sama ada dengan tindakan, ucapan, sindiran atau hasutan. Seperti menuduh bahawa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sebagai seorang yang sayhwani
4. Merasa gembira dan senang dengan kejatuhan Islam dan senang dengan kemenangan kuffar atau menolong (membantu) musuh dengan apa cara sekalipun dalam usaha menghancurkan Islam, memerangi umat dan Daulah Islamiyah.
5. Membenci ajaran yang dibawa oleh Rasulullah Sallallahu 'Alaih Wasallam atau menentangnya sehingga menghalang-halangi dakwah dan kelancaran perjalanannya sebagaimana firman Allah:
رَاَيْتَ الْمُنَافِقِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْكَ صُدُوْدًا
Malsudnya : “Nescaya kamu lihat orang-orang munafik menghalang-halangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya”. (Surah an-Nisaa ayat 61)
Kedua: Nifak Asghar "Nifak kecil" atau nifak amali iaitu salah satu dari dosa-dosa besar yang paling besar. Namun pembuatnya tidak akan dikekalkan di dalam neraka. Dinamakan nifak kecil ialah apabila perbuatan seseorang nampak jelas berbeza dengan apa yang telah disyariatkan oleh syara.
Rasulullah bersabda:
آيَةُ الْمُنَافِقِ اَرْبَعٌ : اِذَا حَدَّثَ كَذَبَ وَاِذَا وَعَدَ اَخْلَفَ وَاِذَا خَاصَمَ فَجَرَ وَاِذَا عَاهَدَ غَدَرَ
Maksudnya : "Tanda-tanda munafik itu empat: Apabila berkata ia dusta, jika ia berjanji tidak menepatinya, apabila bertengkar ia berlaku curang dan apabila berjanji dia berkhianat".
Antara contoh-contoh nifak kecil ialah:
1. Apabila berkata dia berdusta :
Mudah dan suka berdusta dalam ucapan atau perkataannya sebagaimana yang telah dijelaskan di dalam al-Quran dan sabda Nabi Muhammad Sallallahu 'Alihi Wassalam:
وَاللهُ يَشْهَدُ اِنَّ الْمُنَافِقِيْنَ لَكَاذِبُوْنَ
Maksudnya : “Dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya orang-orang munafik benar-benar orang pendusta (pembohong)”. (Surau al-Munafiqun, 63 ayat 1.
Sesungguhnya dusta itu mengarah kepada kemaksiatan, kemaksiatan mengarah kepada neraka. Sesungguhnya seseorang itu akan terus berdusta dan sentiasa mencari celah dusta sehingga ia dicatit di sisi Allah sebagai pendusta.
2. Jika ia berjanji tidak menepatinya.
Tidak menepati janji sebagaimana sabda Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam:
وَاِذَا وَعَدَ اَخْلَفَ
Maksudnya : "Dan apabila berjanji ia tidak menepatinya"
3. Apabila bertengkar ia berlaku curang.
Curang atau keluar dari peraturan akhlak Islamiah apabila berlaku pertengkaran atau ikhtilaf (berselisih faham), misalnya berkata bohong dalam menjelaskan perkara yang sebenar atau melebih-melebihkan permasalahan dengan segala kebohongan dan penipuan.
Bila bertengkar dia selalu "menegakkan benang basah" dan sering menggunakan perkataan kasar, kesat, sindiran dan suka menghina orang lain.
4. Apabila berjanji (diberi amanah) dia berkhianat.
Mengkhianati amanah sebagaimana larangan Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam dari melakukan pengkhianatan:
وَلاَ تَخِنُ مَنْ خَانَكَ
Maksudnya : "Janganlah kamu mengkhianati orang yang mengkhianati kamu"
Orang munafik suka menipu sebagaimana yang dijelaskan oleh Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam:
اِنَّ الْغَادِرَ يُنْصَبُ لَهُ لِوَاءٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَيُقَالُ : هَذِهِ غَدْرَةُ فَلاَنِ بْنِ فُلاَنٍ
Maksudnya : "Sesungguhnya setiap penipu akan dipancangkan baginya sebuah bendera dan dikatakan ini adalah penipuan si Fulan anak si Fulan". (Hadis Riwayat Bukhari (5710) Al-Adab.)
Allah SWT mengancam orang-orang munafik dan yang berpenyakit nifak dengan azab yang amat pedih iaitu dengan api neraka Jahanam sebagaimana firmanNya:
بَشِّرِ الْمُنَافِقِيْنَ بِاَنَّ لَهُمْ عَذَابًا اَلِيْمًا
Maksudnya : “Khabarkanlah kepada orang-orang munafik bahawa mereka akan mendapat siksaan yang pedih”. (Surah an-Nisa ayat 138.
Firman-Nya :
اِنَّ الْمُنَافِقِيْنَ فِى الدَّرْكِ الاَسْفَلِ مِنَ النَّارِ
Maksudnya : “Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkat yang paling bawah dari neraka”. (Surah an-Nisa ayat 145)
Firman-Nya lagi :
اِنَّ اللهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِيْنَ وَالْكَافِرِيْنَ فِى جَهَنَّمَ جَمِيْعًا
Maksudnya : “Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahanam”. (Surah an-Nisa ayat 140)
Allah SWT memberi ancaman sebagaimana firman-Nya :
وَعَدَ اللهُ الْمُنَافِقِيْنَ وَالْمُنَافِقَاتِ وَالْكُفَّارَ نَارَ جَهَنَّمَ خَالِدِيْنَ فِيْهَا هِيَ حَسْبُهُمْ ، وَلَعَنَهُمُ اللهُ وَلَهُمْ عَذَابٌ مُّقِيْمِ
Maksudnya : “Allah mengancam orang-orang munafik lelaki dan perempuan dan orang-orang kafir dengan neraka Jahanam. Mereka kekal di dalamnya. Cukuplah neraka itu bagi mereka dan Allah melaknati mereka dan bagi mereka azab yang kekal”.
(Surah at-Taubah ayat 68.)
Firman Allah SWT :
لِيُعَذِّبَ اللهُ الْمُنَافِقِيْنَ وَالْمُنَافِقَاتِ وَالْمُشْرِكِيْنَ وَالْمُشْرِكَاتِ وَيَتُوْبَ اللهُ عَلَى الْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَكَانَ اللهُ غَفُوْرًا رَحِيْمًا
Maksudnya : “Sehingga Allah mengazab orang-orang munafik lelaki dan perempuan dan orang-orang musyrikin lelaki dan perempuan dan sehingga Allah menerima taubat orang-orang mukminin lelaki dan perempuan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (Surah al-Ahzab ayat 73)
Sahabat yang dihormati,
Bagi orang yang beriman, pasti akan merasa takut, gerun dan mengerikan gambaran seksa dan azab api neraka Jahanam yang pedih yang diceritakan oleh Allah di dalam al-Quran. Semuanya (azab yang pedih) itu telah disediakan oleh Allah SWT di akhirat untuk golongan munafik. Allah SWT tidak akan mungkir janji, orang-orang munafik pasti akan celaka di dunia dan di akhirat akan mendapat azab yang pedih.
Bagaimana kita hendak mengenali golongan munafik ini?
Kita boleh mengenali golongan munafik di dalam masyarakat kita dengan melihat percakapan, perbuatan dan penulisan mereka. Mereka mempunyai blok-blok peribadi yang kerjanya sentiasa membuat fitnah, membuat tuduhan, mendedahkan aib orang lain, menghina ulama, suka maki hamun dan berbagai-bagai kerosakan di muka bumi.
Mereka sanggup menaik-turunkan gambar-gambar lucah, gambar superimpose, sanggup bersumpah laknat dan menjadi saksi palsu, sanggup membuat tuduhan zina, liwath tanpa membawa empat orang saksi dan bergembira dengan kerja-kerja maksiat dan mungkar yang mereka lakukan.
Golongan ini juga anti hukum hudud dan sering memperlekehkan perlaksanaannya dan sanggup mempermainkan ayat-ayat Allah SWT. Sanggup maki hamun ulama dan suka memutuskan silaturahim. Pintu hati mereka sudah tertutup dan tidak nampak makruf itu sebagai makruf dan mungkar itu sebagai munkar.
Golongan ini fanatik kepada ketua mereka sehingga sanggup mengikut arahan secara membuta tuli walaupun pemimpin mereka melakukan maksiat kepada Allah SWT. Mereka berpegang pada kaedah, " matlamat menghalalkan cara" asalkan dapat mencapai matlamatnya maka jalan yang haram pun sanggup mereka gunakan. Jalan menipu, merampas hak orang lain dan jalan fitnah semuanya boleh . Soal dosa pahala dibelakang yang penting apa yang dicita-citakan perlu diperolehi terlebih dahulu.
Mereka (orang-orang munafik) gemar mengadu domba, memutarbelitkan ucapan seseorang, menuduh orang lain sesat , suka berlakun menjadi alim dan warak suruh orang lain bertaubat sedangkan mereka bergelumangan dengan noda dan dosa. Menuduh orang lain rasuah dan pecah amanah sedangkan mereka sendiri melakukan rasuah dan pecah amanah, menghimpun harta benda hingga melimpah ruah. Banyak melakukan kejahatan dan fasad, mudah menyamar semasa bergaul bersama masyarakat Islam dan mereka sentiasa merancang kejahatan dan kerosakan terhadap orang-orang Islam.
Nifak adalah perbuatan yang tersembunyi yang tidak boleh dikesan dengan cepat dan mudah. Orang munafik lebih merbahaya dari orang kafir terhadap akidah, kekuatan dan kesatuan jamaah umat Islam kerana kekufuran adalah perbuatan yang nampak (kelihatan) dan mudah diketahui.
Sebagaimana yang telah dijelaskan bahawa semasa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam di Madinah barulah muncul orang-orang munafik. Namun, Allah Subhanahu wa-Ta'ala telah menyingkap tirai golongan munafik dan membuka rahsia-rahsia kejahatan dan kefasadan mereka. Itulah sebabnya semua ayat-ayat yang membongkar tentang rahsia-rahsia kejahatan orang-orang munafik semuanya turun di Madinah.
Sebagaimana firman Allah:
وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُوْلُ آمَنَّا بِاللهِ وَبِالْيَوْمِ اْلآخِرِ وَمَا هُمْ بِمُؤْمِنِيْنَ ، يُخَادِعُوْنَ اللهَ وَالَّذِيْنَ آمَنُوْا وَمَا يَخْدَعُوْنَ اِلاَّ اَنْفُسَهُمْ وَمَايَشْعُرُوْنَ
Maksudnya : "Di antara manusia ada yang mengatakan kami beriman kepada Allah dan Hari kemudian, pada hal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman. Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, pada hal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sedar".(Surah al-Baqarah ayat 8-9.)
Fenomena nifak, cerita tentang pakatan dan gerakan jahat ketua-ketua munafik semuanya bermula setelah wujudnya negara Islam Madinah. Ia berterusan sehingga mula terbitnya unsur-unsur perpecahan gara-gara fitnah orang-orang munafik juga bermula di Madinah. Begitu juga membiaknya aliran-aliran sesat dan pemecah-belah umat yang terdapat sama ada di negara-negara Islam atau bukan negara Islam dari dahulu sehingga sekarang semuanya berpunca dari fitnah yang dicipta oleh orang-orang munafik. Mereka ingin menghancurkan Islam dan umatnya setelah negara Islam menjadi kuat dan meluas.
Berkata Ibn Abi Hatim radiallahu 'anhu: "Mereka (orang-orang munafik) mudah melahirkan ucapan (لا اله الا الله) kerana inginkan agar terselamat darah dan harta mereka, tidak ada niat mereka selain yang demikian." (Lihat: Tafsir Ibn Kathir, 2/88. )
Berkata Sa'id dari Qatadah:
"Sifat-sifat orang munafik itu banyak: Buruk akhlaknya, jika benar lisannya namun bertentangan dengan hatinya, amat bertentangan amalannya kerana diwaktu pagi ia melakukan yang benar dan diwaktu petang pula ia melakukan yang sebaliknya".
Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita jauhkan diri daripada menjadi orang munafik, kerana tempat orang munafik adalah di neraka yang paling bawah sekali, nauzubillahiminzalik. Berakhlaklah dengan akhlak Islam, ingatlah hidup di dunia ini hanya sementara dan hidup di hari akhirat adalah kehidupan yang kekal abadi. Dan janganlah kita jual masa depan kita di akhirat dengan sedikit kesenangan hidup di dunia.
Jauhilah Diri Kita Daripada Sifat-sifat Munafiq
Sahabat yang dikasihi kerana Allah,
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud :
“Empat sifat, siapa yang bersifat dengannya bererti ia seorang munafiq yang nyata, dan siapa yang mempunyai salah satu dari sifat-sifat itu bererti ia mempunyai satu sifat munafik sehingga ia meninggalkan sifat itu iaitu : Apabila bercakap ia dusta, apabila berjanji ia mungkiri, apabila ia mematerikan perjanjian ia cabuli perjanjian itu dan apabila berbalah (bertengkar) ia sentiasa ingin menang.”
(Riwayat oleh al’Syaikhan dari Ibn ‘Amr)
Kaum munafiq dizaman Nabi s.a.w. adalah seorang yang pada zahirnya nampak beriman tetapi hakikat sebenarnya dia adalah seorang kafir (tidak beriman kepada Allah dan Rasul dan menolak syariat Allah). Mereka yang tidak berterus- terang dalam kekafiran dan pengingkarannya. Mereka menampakkkan keimanan sementara pada hakikatnya mereka adalah kafir! Mereka ini merancang dengan kaum Yahudi dan kaum kafir untuk memerangi baginda.
Abdullah ibn Ubay ibn Salûl (ketua kaum Munafiq) dengan hatinya yang busuk mengejek-ejek dan mengancam untuk mengusir Nabi saw. dan kaum Muslimin dari kota Madinah. Kemudian setelah ucapannya yang menjelaskan kekentalan kemunafikannya itu dilaporkan kepada Nabi s.a.w. dan baginda pun menegurnya lalu Abdullah ibn Ubay pun mengelak dengan mengatakan bahawa ia tidak pernah mengatakan apa-apa pun seperti yang dilaporkan kepada baginda.
Menyingkap kekejian kata-kata Abdullah ibn Ubay ibn Salûl sebagai sahabat lainnya (khususnya Umar ibn al Khaththâb) meminta agar Nabi s.a.w. memerintah untuk membunuh saja Abdullah ibn Ubay si ketua munafiq itu. Tetapi mereka (sahabat-sahabat) benar-benar dikejutkan dengan jawapan Nabi s.a.w. Apa jawaban Nabi s.a.w. terhadap Umar yang mengusulkan agar Abdullah ibn Ubay dibunuh saja?
Ibnu Jarir ath Thabari, menyebutkan banyak riwayat: bahawa ketika Umar r.a. berkata kepada Nabi s.a.w, ‘Wahai Nabi, perintahkan Mu’âdz ibn Jabal agar memenggal kepala si munafiq itu!’ Maka Nabi s.a.w. menjawab:
“Jangan sampai orang-orang berbicara bahawa Muhammad membunuh para sahabatnya.”
Allah s.w.t. menurunkan ayat:
وَ مِنْهُمُ الَّذينَ يُؤْذُونَ النَّبِيَّ وَ يَقُولُونَ هُوَ أُذُنٌ قُلْ أُذُنُ خَيْرٍ لَكُمْ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَ يُؤْمِنُ لِلْمُؤْمِنينَ وَ رَحْمَةٌ لِلَّذينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَ الَّذينَ يُؤْذُونَ رَسُولَ
اللَّهِ لَهُمْ عَذابٌ أَليمٌ
.
“Di antara mereka (orang- orang munafiq) ada yang menyakiti Nabi dan mengatakan:” Nabi mempercayai semua apa yang didengarnya”. Katakanlah:” Ia mempercayai semua yang baik bagi kamu, ia beriman kepada Allah, mempercayai orang- orang mukmin, dan menjadi rahmat bagi orang- orang yang beriman di antara kamu”. Dan orang- orang yang menyakiti Rasulullah itu, bagi mereka azab yang pedih.”
(Surah At Taubah ayat 61)
Orang-orang munafik dizaman Rasulullah s.a.w akan mencari alasan untuk tidak menyertai peperangan. Diriwayatkan oleh Abu Said Al-Khudriy r.a:
"Pada zaman Rasulullah s.a.w orang munafik selalu tidak menyertai peperangan, malah mereka bergembira dengan sikap mereka tidak bersama Rasulullah s.a.w. Apabila Nabi s.a.w kembali, mereka mengemukakan berbagai alasan kepada baginda sambil bersumpah dan mengharapkan pujian terhadap apa yang mereka tidak lakukan. Lalu Allah s.w.t menurunkan ayat ,aksudnya : "Jangan sekali-kali engkau menyangka wahai Muhammad bahawa orang-orang yang bergembira dengan apa yang telah mereka lakukan itu dan mereka pula suka dipuji dengan apa yang mereka tidak lakukan, maka jangan kamu sangka mereka akan terselamat dari seksa "
(Hadis Sahih Riwayat Muslim)
Di suatu masa nanti diakhir zaman orang-orang kafir dan Munafik akan keluar dari Madinah untuk menemui Dajal. Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Tidak ada negara (dalam dunia) melainkan akan dipijak (dilanda) oleh Dajal kecuali Mekah dan Madinah kerana setiap jalan dan lereng bukit dijaga oleh barisan Malaikat. Oleh itu Dajal akan turun (berhenti) di satu kawasan bernama Sibkhah (tanah kering lagi masin) maka Madinah bergegar sebanyak tiga kali, kemudian semua para Kuffar (orang kafir) dan para Munafik keluar dari Madinah menemui Dajal "
(Hadis Sahih Riwayat Muslim)
Sahabat yang dimulaikan,
Sifat munafik ialah sifat-sifat hipokrit atau sifat talam dua muka atau musang berbulu ayam atau berpura-pura jujur. Seorang yang munafik ialah seorang yang berpura-pura baik dan jujur. Seorang yang bersifat telunjuk lurus kelingking berkait atau pepet di luar runcing di dalam. Ia bercakap manis tapi bohong. Ia pandai berbahasa sehingga orang boleh mempercayai percakapannya, ia pandai berjanji tapi mungkir, ia bijak mematerikan perjanjian tetapi ia cabuli dan apabila ia berbalah ia sentiasa ingin menang walaupun terpaksa menegakkan benang yang basah asalkan orang boleh percaya cakap dia, dia juga pandai mengampu seseorang.
Di dalam masyarakat umat Islam memang terdapat kaum munafik yang berlindung dibalik agama Islam . Mereka ini memerangi saudara seagama, merancang dan menangkap para pejuang Islam yang menegakkan syariat Islam. Mereka lebih gembira bekerjasama dengan Yahudi dan Kristian atau kaum kafir daripada bekerjasama dengan ulama-ulama, para pendakwah, para mujahidin dan aktivis Islam.
Salah satu contoh bagaimana seorang munafik bernama Mustafa Kamal Artatuk yang menjatuhkan Kerajaan Islam Uthamaniah di Turki dan menukar hukum-hakam dan syariat dengan undang-undang barat. Menghalalkan arak dan judi , mengharamkan menutup aurat dan menghidupkan budaya cara hidup barat yang membenarkan kebebasan lelaki dan wanita.
Kita juga digemparkan bagaimana pemimpin umat Islam berjiran dengan Palestin, boleh menghalang bantuan kemanusiaan ke Gaza yang memerlukan bantuan makanan dan ubat-ubatan dan sanggup menyalurkan gas beracun dan membunuh penduduk Palestin yang melalui terong bawah tanah membawa makanan dan uabat-uabatan. Pemimpin seperti ini boleh berpelukan dengan pemimpin Zionis dan pada masa yang sama membunuh saudara seagama.?
Kita bertemu juga dengan pemimpin umat Islam yang menolak hukum hudud dan menganggap hukum hudud adalah hukum yang tak sesuai dengan zaman. Dan sanggup membenarkan lesen-lesen judi dan membiarkan maksiat dan gejala sosial bermaharajalela?
Berdasarkan hadis Nabi s.a.w. terdapat empat ciri-ciri munafik , sekiranya seseorang itu memiliki keempat-empat ciri tersebut jadilah ia seorang munafik tulin.
1. Khianat amanah iaitu mencabul dan mengkhianati amanah-amanah yang wajib dipelihara dan meremeh-temehkan amanah yang diberikan padanya atau tidak menunaikan tugas dan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya yang diserahkan padanya, kerja dengan sambil lewa dan ia gunakan amanah yang diberikan kepadanya untuk mendapatkan kepentingan diri dan keluarganya. Amanah yang paling utama adalah amanah menegakkan syaraiat Islam dan hukum-hukum Islam tertegak dalam masyarakat. Apabila amanah ini dikhianati maka ini adalah salah satu sifat munafik yang paling utama sekali.
2. Bercakap bohong. Membuat penjelasan, kenyataan dan penerangan yang dusta atau seakan-akan dusta samada dengan lisan atau tulisan, memutar belit dan memesongkan keterangan yang sebenar, mengubah dan menokok tambah kenyataan untuk disesuaikan dengan seleranya, membuat kempen-kempen atau promosi-promosi dusta dan propaganda liar dan segala bentuk penyelewengan kata-kata dan bicara termasuk membesarkan yang kecil dan memperkecilkan yang besar.
3. Mencabul janji-janji yang diikrarkan dan mencabul perjanjian yang dipersetujui bersama.
4. Ingin menang dalam pertengkaran walaupun terpaksa menegakkan benang yang basah atau terpaksa membawa saksi yang palsu bagi menguatkan hujahnya.
Sahabat yang dihormati,
Semua sifat-sifat munafik yang tersebut itu boleh menimbulkan kesan yang amat buruk kepada ketenteraman masyarakat manusia, malah boleh menimbulkan huru-hara dan perpecahan dan boleh menghilangkan rasa kepercayaan terhadap satu sama lain yang merupakan batu asas bagi kerukunan sesebuah masyarakat yang padu dan kukuh, selagi mana ada manusia serupa ini dunia ini tidak akan aman tenteram. Oleh itu marilah sama-sama menjauhkan diri kita daripada sifat-sifat munafik dan kembali kepada Allah dengan melaksanakan Islam sebagai cara hidup yang sempurna.
Kaum munafik dihari akhirat nanti akan dimasukkan kedalam Neraka Jahanam yang paling bawah sekali kerana sifat pura-pura dan hipokrit. Di satu ketika pertemuan Jibril a.s dengan Rasullullah s.a.w, Jibril ada memberitahu tentang tingkatan Neraka dan para penghuninya. Telah digambarkan oleh Jibril orang-orang munafik berada di tingkat yang paling dalam iaitu tingkat ketujuh, sedangkan Iblis yang jahat menghasut manusia pun hanya berada di tingkat yang ke empat. Suatu gambaran betapa orang munafik sangatlah keji, satu makhluk yang paling jahat dan paling dihina di muka dunia ini.Ia digambarkan lebih hina dan lebih jahat dari Iblis, tetapi dia memakai topeng seolah dia mulia dan menyebelahi golongan mukmin.
Sifat-sifat Munafiq Menurut Hadis Nabi s.a.w.
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud :
“Empat sifat, siapa yang bersifat dengannya bererti ia seorang munafiq yang nyata, dan siapa yang mempunyai salah satu dari sifat-sifat itu bererti ia mempunyai satu sifat munafiq sehingga ia meninggalkan sifat itu iaitu : Apabila bercakap ia dusta, apabila berjanji ia mungkiri, apabila ia mematerikan perjanjian ia cabuli perjanjian itu dan apabila berbalah (bertengkar) ia sentiasa ingin menang.”
(Riwayat oleh al’Syaikhan dari Ibn ‘Amr)
Huraianya :
Sifat munafiq ialah sifat-sifat hipokrit (seperti sejenis binatang sesumpah) atau sifat talam dua muka atau musang berbulu ayam atau berpura-pura jujur. Seorang yang munafiq ialah seorang yang berpura-pura baik dan jujur. Seorang yang bersifat telunjuk lurus kelingking berkait atau pepet di luar runcing di dalam. Ia bercakap manis tapi bohong. Ia pandai berbahasa sehingga orang boleh mempercayai percakapannya, ia pandai berjanji tapi mungkir, ia bijak mematerikan perjanjian tetapi ia cabuli dan apabila ia berbalah ia sentiasa ingin menang walaupun terpaksa menegakkan benang yang basah asalkan orang boleh percaya cakap dia, dia juga pandai bodek atau mengampu seseorang.
Seorang yang munafiq ialah seorang manusia yang ada otak tapi tidak berpendirian, mudah menggadai pegangan hidup; dia ialah orang yang suka berbalah atau bertengkar. Dia boleh berubah-ubah sikap apabila diperlukan oleh kepentingannya.
Oleh kerana Islam memperjuangkan kejujuran dan amanah umum yang dilandaskan di atas kesedaran dan keimanan bahawa Allah itu Maha Melihat dan Maha Mengetahui segala apa yang terpendam di dalam lubuk hati, maka Islam menganggap sifat hipokrit itu sebagai merbahaya yang menghancurkan keutuhan dan keselamatan iman seseorang, juga sebagai dosa yang besar.
Hadis ini menyebut empat ragam sifat munafiq:
1. Khianat amanah iaitu mencabul dan mengkhianati amanah-amanah yang wajib dipelihara dan meremeh-temehkan amanah yang diberikan padanya atau tidak menunaikan tugas dan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya yang diserahkan padanya, kerja dengan sambil lewa dan ia gunakan amanah yang diberikan kepadanya untuk mendapatkan kepentingan diri dan keluarganya.
2. Bercakap bohong. Membuat penjelasan, kenyataan dan penerangan yang dusta atau seakan-akan dusta samada dengan lisan atau tulisan, memutar belit dan memesongkan keterangan yang sebenar, mengubah dan menokok tambah kenyataan untuk disesuaikan dengan seleranya, membuat kempen-kempen atau promosi-promosi dusta dan propaganda liar dan segala bentuk penyelewengan kata-kata dan bicara termasuk membesarkan yang kecil dan memperkecilkan yang besar.
3. Mencabul janji-janji yang diikrarkan dan mencabul perjanjian yang dipersetujui bersama.
4. Ingin menang dalam pertengkaran walaupun terpaksa menegakkan benang yang basah atau terpaksa membawa saksi yang palsu bagi menguatkan hujahnya.
Semua sifat-sifat munafiq yang tersebut itu boleh menimbulkan kesan yang amat buruk kepada ketenteraman masyarakat manusia, malah boleh menimbulkan huru-hara dan perpecahan dan boleh menghilangkan rasa kepercayaan terhadap satu sama lain yang merupakan batu asas bagi kerukunan sesebuah masyarakat yang padu dan kukuh, selagi mana ada manusia serupa ini dunia ini tidak akan aman tenteram.
(Sumber diambil daripada : nurjeehan in Akhlak dan Adab, Aqidah, Hadis dan Pedoman, Hati, Kehidupan Sosial, Tafakur (Muhasabah).
Siapakah Orang Munafiq, Kafir dan MurtaD
MUNAFIQ
Pengertian Munafiq
Adalah orang munafiq termasuk golongan orang yang tidak mendapat hidayah atau petunjuk dari Allah, sehingga jalan hidupnya yang ditempuhi tidaklah mengandungi nilai-nilai ibadah dan segala amal yang dikerjakan tidak mencari keredhaan Alah.
Orang munafiq adalah orang yang bermuka dua, mengaku beriman padahal hatinya engkar. Perbuatan orang munafiq disebut Nifaq. Mereka ini hanya pada mulutnya sahaja, kemudian dalam perbuatannya sehari-hari nampak baik, tapi hanya tipu helah belaka.
Ertinya segala amal perbuatan yang dikerjakan itu bukan ditegakkan di atas dasar keimanan dan ketaqwaan terhadap Allah, akan tetapi hanya didasarkan pada perasaan dan hawa nafsunya semata-mata untuk mencari muka, penampilan, mengambil hati dalam masyarakat dan pandangan orang belaka. Segala perbuatan baiknya itu hanya dijadikan tempat berlindung untuk menutupi segala keburukan I’tikad dan niatnya.
Tanda-tanda munafiq.
a. Ingin menipu daya Allah.
Firman Allah s.w.t. yang maksudnya : “Dan diantara manusia ada yang mengatakan,’aku beriman kepada Allah dan kepada hari kemudian,’padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang yang beriman.Mereka itu hendak menipu Allah berserta orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri,sedang mereka tidak sedar”
[Surah Al Baqarah ayat 8-9]
b. Lebih suka memilih orang kafir sebagai pepimpinnya.
Firman Allah maksudnya:
“…..(iaitu) orang yang mengambil orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan disisi orang kafir itu? Maka sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah”
[Surah An Nisa’ ayat 139]
c. Tidak mahu diajak berhukum dengan hukum Allah dan RasulNya.
Firman Allah s.w.t. maksudnya :
“Apabila dikatakan kepada mereka (org munafiq) :'Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul,' nescaya kamu lihat orang-orang munafiq menghalangi (manusia ) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu”
[Surah An Nisa ayat 61]
d. Malas menegakkan solat, tapi kalau solat suka menunjuk-nunjuk (riyak)
Firman Allah s.w.t. maksudnya : “Dan bila mereka berdiri untuk melaksanakan solat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riyak dihadapan manusia. Dan tidaklah mereka itu menyebut asma Allah, kecuali sedikit sekali .
[Surah An Nisa ayat 142]
e. Berdusta apabila berkata, menyalahi janji dan khianat (pecah amanah)
“Tanda-tanda orang munafik itu ada 3 macam, apabila berkata suka berdusta,apabila berjanji selalu menyalahi dan apabila diberi kepercayaan (amanah) suka khianat”
[Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim ]
Pengaruh munafiq bagi kehidupan bermasyarakat.
Dalam sejarah telah banyak membuktikan bahawa umat Islam zaman dulu sering diperdaya oleh orang munafiq dan hal itu akan berterus sampai zaman sekarang bahkan zaman yang akan datang dari generasi ke generasi. Oleh kerana itu kita umat Islam dimana saja berada hendaknya berhati-hati terhadap orang munafiq yang berhasrat mematahkan semangat juang kita umat Islam, memporak-perandakan kekuatan Islam, memadamkan cahaya Allah ditengah-tengah orang Islam dan selalu kerosakan dan kekacauan dimana-mana.
Firman Allah s.w.t yabg bermaksud :
“Mereka (orang munafiq) hendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan) mereka. Dan Allah telah menyempurkan cahayaNya, meskipun orang kafir membenci.”
[Surah Asy-Shaf ayat 8]
KAFIR
Perertian Kafir
Kafir bermakna orang yang ingkar,yang tidak beriman (tidak percaya) atau tidak beragama Islam. Dengan kata lain orang kafir adalah orang yang tidak mahu memperhatikan serta menolak terhadap segala hukum Allah atau hukum Islam disampaikan melalui para Rasul (Muhammad s.a.w.) atau para penyampai dakwah/risalah. Perbuatan yang semacam ini disebut dengan kufur.
Kufur pula bermaksud menutupi dan menyamarkan sesuatu perkara. Sedangkan menurut istilah ialah menolak terhadap sesuatu perkara yang telah diperjelaskan adanya perkara yang tersebut dalam Al Qur'an. Penolakan tersebut baik langsung terhadap kitabnya ataupun menolak terhadap rasul sebagai pembawanya.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
"Sesungguhnya orang kafir kepada Allah dan RasulNya, dan bermaksud memperbezakan antara Allah dan RasulNya seraya (sambil) mengatakan:’Kami beriman kepada yang sebahagian (dari Rasul itu / ayat Al Quran) dan kami kafir (ingkar) terhadap sebahagian yang lain. Serta bermaksud (dengan perkataanya itu) mengambil jalan lain diantara yang demikian itu (iman dan kafir). Merekalah orang kafir yang sebenar-benarnya. Kami telah menyediakan untuk mereka itu seksaan yang menghinakan”
[Surah An Nisa' ayat 150-151]
Pembahagian Kafir.
i. Kafir yang sama sekali tidak percaya akan adanya Allah, baik dari segi zahir dan batin seperti Raja Namrud dan Firaun.
ii. Kafir jumud (ertinya membantah). Orang kafir jumud ini pada hatinya (pemikirannya) mengakui akan adanya Allah TAPI tidak mengakui dengan lisannya, seperti Iblis dan sebagainya.
iii. Kafir ‘Inad .Orang kafir ‘Inad ini, adalah mereka pada hati (pemikiran) dan lisannya (sebutannya) mengakui terhadap kebenaran Allah, TAPI tidak mahu mengamalkannya , mengikuti atau mengerjakannya seperti Abu Talib.
iv. Kafir Nifaq iaitu orang yang munafiq. Yang mengakui diluarnya,pada lisannya saja terhadap adanya Allah dan hukum Allah, bahkan suka mengerjakannya perintah Allah, TAPI hatinya (pemikirannya) atau batinnya TIDAK mempercayainya.
Tanda Orang Kafir.
a.Suka pecah belahkan antara perintah dan larangan Allah dengan RasulNya.
b.Kafir (ingkar) perintah dan larangan Allah dan RasulNya.
c.Iman kepada sebahagian perintah dan larangan Allah (dari Ayat Al Quran), tapi menolak sebahagian daripadanya.
d.Suka berperang dijalan Syaitan (Thoghut).
e.Mengatakan Nabi Isa Al- Masihi adalah anak Tuhan.
f.Agama menjadi bahan senda gurau atau permainan .
g.Lebih suka kehidupan duniawi sehingga aktiviti yang dikerjakan hanya mengikut hawa nafsu mereka, tanpa menghiraukan hukum Allah yang telah diturunkan.
h.Mengingkari adanya hari Akhirat, hari pembalasan dan Syurga dan Neraka.
i.Menghalangi manusia ke jalan Allah.
Hubungan Orang Kafir.
Berhubungan Muslim dengan Orang kafir adalah tidak dilarang, dicegah bahkan dibolehkan oleh Islam, KECUALI adanya perhubungan (bertujuan) untuk memusuhi Allah dan RasulNya (hukum Allah), termasuk merosakkan aqidah Islam.
MURTAD
Perertian Murtad,
Ialah orang Islam yang terkeluar dari Islam yakni mengingkari semua ajaran Islam, baik dari segi keyakinan, ucapan dan/atau perbuatannya. Semua amalan orang murtad akan dimusnahkan dan tidak nilai pada hari akhirat nanti. Apabila ia tidak segera kembali kepada Islam serta bertaubat bersungguh-sungguh.
Sifat-sifat Orang Munafiq
Sahabat yang dirahmati Allah,Didalam masyarakat Islam terdapat dua jenis musuh yang sentiasa memerangi Islam, iaitu orang-orang kafir dan orang-orang munafiq. Mereka akan menimbulkan fitnah, membuat kerosakkan dan memecah belahkan umat Islam supaya berlaku pergaduhan dan perkelahian. Musuh-musuh ini akan bergembira dan bertepuk tangan apabila melihat berlaku perbalahan dan perpecahan kerana dengan ini mereka akan melakukan penguasaan dan melaksanakan agenda mereka iaitu 'pecah dan perentah'.
Kita tidak bimbang musuh golongan pertama iaitu orang-orang kafir, kerana kita boleh kenal fizikal dan peribadi mereka. Cara hidup mereka nampak jelas, teknik dan tektik mereka juga boleh kita baca dan analisa dan kita boleh berhati-hati diatas tindakan-tindakan mereka.
Tetapi musuh golongan kedua terdiri dari orang-orang munafiq cukup merbahaya dan kadang kala kita boleh terpedaya dengan dakyah dan hasutan mereka ini. Mereka hidup bersama-sama kita, dari segi fizikal, nama, rupa paras, pakaian, jenis makanan yang mereka makan sama dengan orang-orang Islam makan, tetapi yang membezakannya adalah dari segi akidah , keyakinan dan keimanan kepada Allah SWT.
Golongan munafik ini, yang dilaknat oleh Allah SWT kerana pada zahirnya mereka nampak seperti orang beriman tetapi hakikat sebenarmya mereka menentang Allah dan Rasul.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
"Empat perkara barangsiapa berada didalamnya maka jadilah dia munafiq yang tulin, dan barangsiapa ada padanya sesuatu sifat darinya maka akan ada padanya sifat nifaq sehingga dia meninggalkannya. Antaranya :
1.Apabila diamanahkan kepadanya dia akan khianat.
2.Apabila berbicara atau bercakap dia akan berdusta.
3.Apabila berjanji dia akan mungkir janji.
4.Apabila mendakwa dia akan menipu".
(Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash r.a)
Sifat munafiq yang paling besar yang boleh kita lihat dalam realiti kita hari ini apabila orang yang diberi amanah tidak menjalankan tugas dan undang-undang Allah tidak dilaksanakan dalam kehidupan.Golongan yang berkuasa ini lebih reda undang-undang ciptaan manusia samaada datangnya dari barat atau timur, ianya disanjung dan didaulatkan sedangkan peraturan dan undang-undang Allah yang lengkap dan sempurna tidak ingin didaulat dan dilaksanakan. Malahan mereka mengatakan undang-undang Allah zalim dan tidak sesuai dengan zaman ICT dan dalam masyarakat majmuk.
Golongan ini amat benci dengan hukum hudud, sering mempersenda-sendakan hukum Islam, tidak suka menutup aurat dan sering membuat keputusan berdasarkan akal dan logik semata-mata dan tidak mahu merujuk pada al-Quran dan Sunnah dan meminta pandangan daripada para alim ulama.
Ada yang mempersenda-sendakan hukum rejam dengan batu sampai mati bagi penzina yang sudah berkahwin, katanya JKR akan kehabisan batu untuk buat jalan, atau hukum potong tangan bagi pencuri, katanya ramai umat Islam tidak ada tangan dan akan ditertawakan oleh orang bukan Islam. Kata-kata seperti ini adalah kata-kata orang munafiq sebab yang berkata ini dia mengaku sebagai orang Islam. Telah jelas fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa sesiapa dikalangan umat Islam yang menolak hukum Allah dan mengatakan tidak sesuai sebenarnya ia telah jatuh murtad dan terkeluar daripada Islam.
Peribadi golongan munafiq ini nampak jelas. Mereka akan berpura-pura apabila bertemu dengan orang Islam, tetapi dibelakang mereka merancang menghancurkan Islam, menangkap, memenjarakan dan membunuh pendakwah Islam dengan menggunakan akta yang zalim. Contoh yang jelas dizaman Rasulullah s.a.w, seorang munafiq bernama Abdullah bin Ubai.
Bila bersembahyang dibelakang Rasulullah SAW, tetapi bila balik kerumah dia bersekongkol dengan Yahudi Madinah bagaimana merancang untuk menghancurkan Islam. Golongan munafiq ini sanggup membina masjid untuk menarik perhatian umat Islam.
Begitu juga berlaku diTurki, seorang munafiq bersatu dengan tentera kafir meruntuhkan kerajaan Islam Uthmaniah, apabila berkuasa beliau mengharamkan pakaian menutup aurat dan mengantikan undang-undang Allah kepada undang-undang barat. Berlaku diTunisia seorang pemimpinnya melarang umat Islam berpuasa kerana katanya puasa boleh menurunkan produktiviti negara dan beliau sendiri makan dipagi hari bulan Ramadan keluar dalam siaran TV dan disaksikan oleh seluruh rakyat Tunisia.
Berlaku diMesir bagaimana pejuang-pejuang Islam Ikhwan ditangkap, diseksa dan dibunuh hanya kerana mereka memperjuangkan Islam sedangkan pemimpin-pemimpinnya boleh berpelukan dengan pemimpin Yahudi laknatullah untuk menghancurkan Islam. Hinggakan Yahudi laknatullah ini boleh membunuh sesuka hati umat Islam Palestin.
Kalau kita hendak rujuk hadis dari Nabi SAW seperti diatas ada empat sifat-sifat munafiq tulin malah pemimpin-pemimpin tersebut mempunyai lebih dari empat sifat tersebut.
Sahabat yang dikasihi,
Jauhilah diri kamu dari sifat-sifat munafiq walaupun salah satu dari sifat-sifat tersebut. Ingatlah! Seksaan yang akan diterima oleh golongan munafiq ini di hari akhirat nanti adalah kedudukan yang paling bawah diNeraka Jahanam dan mereka kekal didalamnya sekiranya sebelum mati mereka tidak bertaubat dan mengucap semula dua kalimah syahadah.
Rasulullah SAW bertanya pada Iblis yang bermaksud, "Wahai Iblis, siapakah yang menjadikan mukamu berseri-seri kegembiraan?"
Berkata Iblis, "Ya Nabi Allah, itulah dia orang-orang yang melakukan dosa dan noda, dan bersumpah dengan sumpah palsu dan menjadi saksi dusta serta juga orang-orang yang menyalahi akan janji."
No comments:
Post a Comment