Tuesday, March 11, 2014

KEHANCURAN AKHLAK BERMULA DARI PAKAIAN

Kehancuran Akhlak Bermula Dari Pakaian


 untuk memahamkan saudara/i, saya perlu untuk menjelaskannya secara berperingkat dan saya akan cuba ringkaskan penerangan ini. lelaki memang diciptakan untuk tertarik kepada wanita. itu sudah naluri yang telah dimasukkan ke dalam jiwa lelaki. ini dinyatakan sendiri oleh Allah ta'ala melalui firmanNya yang bermaksud:

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia (lelaki) kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (Ali-Imran: 14)

Allah s.w.t senaraikan di sini:

1. wanita
2. anak-anak
3. harta
4. kuda-kuda (kenderaan, kereta besar, motorsikal berkuasa besar)
5. dan lain-lain

tetapi yang paling hadapan adalah wanita. oleh kerana wanita adalah tarikan yang sangat besar, hinggakan Rasulullah berkata akan dianugerahkan perlindungan di akhirat kepada lelaki yang menolak pujukan wanita. ini melalui hadith:

"Tujuh golongan orang yang akan dinaungi oleh Allah yang pada hari itu tidak ada naungan selain naungan-Nya: ... seorang laki-laki yang diajak (berzina) oleh seorang wanita yang punya kedudukan dan kecantikan, lalu ia berkata: Sesungguhnya aku takut kepada Allah". (HR. Bukhari dan Muslim).

menolak ajakan wanita bukan satu yang mudah bagi lelaki. kenikmatannya di situ. kerana itulah mana-mana lelaki yang lulus ujian ini, dimasukkan dalam 7 golongan yang dinaungi Allah di hari akhirat.

ajakan wanita

terdapat 2 jenis ajakan dari wanita. secara langsung dan secara tidak langsung. kedua-duanya bahaya.

secara langsung ialah dengan wanita itu menyatakan keinginannya sama ada ajak jalan-jalan, keluar makan ataupun berzina. 

ajakan secara tidak langsung ialah melalui PAKAIAN. dalam dunia lelaki, wanita berpakaian sopan bermaksud tidak mahu didekati untuk bermain-main. wanita yang berpakaian sopan mungkin juga mahu didekati, tetapi dengan cara yang betul dan tujuan yang betul melalui perantaraan dan tujuannya ialah mendirikan keluarga. ini sesuai dengan firman Allah:


Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. ( surah al-Ahzab: 59)



ayat ini dengan jelas menyatakan pakaian sopan sebagai signal tidak mahu diganggu dan dipermainkan seperti wanita murahan. 

dalam  dunia lelaki, berpakaian seksi/jalang bermaksud wanita itu mahu didekati dengan cara yang MUDAH.  berpakaian seksi bagi manusia samalah seperti pheromon bagi haiwan betina.

apa itu PHEROMONE

secara ringkasnya pheromone ialah cecair berbau yang dikeluarkan oleh binatang atau serangga benita apabila dia sudah bersedia untuk mengawan. pheromone boleh dihidu dari jarak berbatu-batu oleh haiwan/serangga jantan. Hal ini menyebabkan ramai haiwan jantan bunuh-membunuh untuk mendapatkan haiwan betina yang mengeluarkan pheromone itu. pheromone boleh menyebabkan haiwan jantan menjadi stress dan kacau bila tidak dapat mengawan. 

dalam dunia manusia lain sedikit kisahnya. disebabkan manusia tidak ada pheromone seperti haiwan/serangga, manusia perempuan menggunakan bentuk badan untuk menarik manusia lelaki untuk mendekati mereka. dalam dunia manusia lelaki, mendedahkan tubuh seperti menampakkan  bentuk buah dada, menampakkan bentuk punggung dan pinggul biasanya hanya membawa satu maksud: manusia perempuan itu mengajak secara kiasan supaya mendekatinya. manusia lelaki yang terangsang nafsunya dengan pemakaian seksi akan menjadikannya stress dan serba tidak kena jika tidak dapat dilepaskan nafsunya melalui hubungan seks. 

persoalannya ialah adakah kita mahu gunakan cara yang hampir sama sepertimana yang dilakukan oleh haiwan atau serangga untuk mendapatkan pasangan ataupun kita mahu gunakan cara manusia bertamadun? 
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami [ayat-ayat Allah] dan mereka mempunyai mata [tetapi] tidak dipergunakan untuk melihat [tanda-tanda kekuasaan Allah] dan mereka mempunyai telinga [tetapi] tidak dipergunakan untuk mendengar [ayat-ayat Allah]. Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." ~ Al-A'raaf : 179.
cara cari pasangan manusia bertamadun adalah melalui perantaraan keluarga/teman atau melalui sistem yang melindungi wanita tanpa menggadaikan maruah diri dengan ditayangkan bentuk badan ke sana ke mari bagaikan orang yang terdesak. bentuk tubuh kita nampak hampir keseluruhan seperti haiwan yang tidak berpakian sedangkan haiwan tidak mampu untuk memakai pakaian. kalau manusia yang dianugerahkan Allah dengan pakaian bermula dari zaman nabi adam lagi berpakain tetapi nampak bentuk tubuh sepertimana haiwan yang tiada pakaian, jatuh maruah kita sebagai seorang manusia. 

sebab kita dikenali sebagai manusia dan yang lainnya bernama haiwan walaupun memiliki karekteristik yang sama (berdarah panas, omnivor, beranak) adalah kerana kita adalah makhluk yang berakal dan berdisiplin. tetapi bila kita mula melakukan seks bebas seperti babi (bukan cakap kasar, memang ini kriteria babi), mula menunjukkan bentuk badan seperti badak sumbu atau singa laut, kaum wanita diperaga bersama kereta seperti barang komoditi, maka hilanglah nilai kita sebagai manusia. 

kesimpulan

dari perbincangan ini fahamlah kita semua bahawa gejala buruk seperti zina, pembuangan bayi dan percampuran lelaki dan perempuan bermula dari satu perkara : PAKAIAN SEKSI. tidak perlu pening kepala untuk mengadakan forum atau perbincangan di peringkat universiti untuk mencari punca gejala zina dan buang anak, kerana jawapannya sudah dinyatakan di sini; ia bermula dengan BERPAKAIAN SEKSI. cuba tangani masalah pakaian mendedahkan tubuh dan insyaAllah gejala buruk yang lain akan dapat dikurangkan dengan banyak. 

"Takutlah (hati-hatilah) kalian dengan dunia dan takutlah kalian terhadap fitnah wanita, karena sesungguhnya fitnah yang mula-mula menimpa Bani Israil (kaum yahudi) adalah fitnah wanita" (HR Muslim)


No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML