بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
74. Al Akhir
The Last
Yang Maha Penghabisan / Yang Terakhir / Maha Akhir – Dialah yang paling kemudian dan tiada berkesudahan, iaitu kekal terus setelah habisnya segala sesuatu yang maujud.
.
Fadhilat Al Akhir
.
Amalkan berzikir ‘Ya Aakhir’ sebanyak 200 X sesudah solat 5 waktu selama sebulan, InsyaAllah Tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal.
.
Sesiapa menyebut ‘Ya Aakhir’ berulang-ulang, InsyaAllah akan mengalami hidup yang sempurna dan matinya pun sedemikian pula.
.
Apabila ‘Ya Aakhir’ dibaca setiap selesai solat Isyak sebanyak 1000 kali, InsyaAllah hatinya akan bersih dan bertambah kebaikan diakhir umurnya.
.
Jika ‘Ya Aakhir’ dizikirkan setiap hari sebanyak 1000 kali;
Cinta Allah akan memenuhi hatinya.
Cinta kepada perkara-perkara lalai, sia-sia dan haram akan dikeluarkan daripada hatinya.
Segala dosanya akan diampuni.
Mati dalam iman (Husnul Khatimah).
.
.
Wallahu A’lam bishowab
.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
No comments:
Post a Comment