Saturday, April 19, 2014

Fadhilat Asma’ul Husna – Ar-Rahim

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


2. Ar Rahim

The Most Merciful

Yang Maha Penyayang  – Pemberi kenikmatan yang di luar jangkaan dan penyayang di akhirat. Terutama kepada orang-orang mukmin yang menggunakan pemberian sebagai kehendak Tuhan Yang Maha Kasih.
.
Fadhilat Ar Rahim
.
Siapa berzikir ‘Ya Rahim’ sebanyak 100 X setiap hari, Insya’Allah hatinya akan selalu mempunyai sifat kasih sayang sesama makhluk Allah SWT dan akan mempunyai daya penarik yang istimewa hingga manusia berasa cinta dan kasih serta sayang terhadapnya.
.
Sesiapa menyebut ‘Ya Rahim’ 100 X selepas fajar, Insya’Allah akan terselamat daripada bencana dan seluruh makhluk akan menunjukkan kasih sayang kepadanya dan akan menemui orang-orang yang baik hati.
.
Sesiapa yang berzikir ‘Ya Rahim’ 100 X setiap menjelang matahari tergelincir atau menjelang  Zuhur maka dia akan dikasihi oleh setiap makhluk (manusia, jin, haiwan).
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML