Saturday, April 19, 2014

Fadhilat Asma’ul Husna – Al Mubdi’

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



58. Al Mubdi’

The Giver of Life

Maha Menghidupkan / Yang Menzahirkan MakhlukNya / Maha Memulai / Pemula / Pengasal / Maha Pencipta dari Asal- Dia yang telah mencipta semua makhluk untuk pertama kali bukan dari apa-apa dan tanpa sebarang contoh. Iaitu yang melahirkan sesuatu yang asalnya tidak ada dan belum maujud.
.
Fadhilat Al Mubdi’
.
Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkanlah ‘Ya Mubdiu’ sebanyak 470 X setiap hari. InsyaAllah…..
.
Bagi menjayakan segala yang dirancangkan, ‘Ya Mubdiu’ dibaca setiap hari sebanyak 470 kali, InsyaAllah apa yang dirancangkan itu akan terjadi atau berjaya dengan sempurna.
.
Sesiapa yang menyebut ‘Ya Mubdiu’ berulang-ulang dan dihembuskan kepada wanita mengandung yang takutkan keguguran, InsyaAllah ibu itu akan selamat dari bahaya.
.
Sesiapa yang membaca ‘Ya Mubdiu’ sebanyak  99 X kali pada waktu Sahur sambil meletakkan tangan pada isterinya, InsyaAllah kandungan isterinya tidak akan keguguran atau pun kelahiran pramatang.
.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته


No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML