Saturday, April 19, 2014

Fadhilat Asma’ul Husna – Al Majiid

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



48. Al Majiid

The All Glorious

Yang Maha Mulia / Yang Maha Mulia dan Maha Luhur - Ianya sangat mulia, iaitu yang mencapai tingkat teratas dalam hal kemuliaan dan keutamaan.

.
Fadhilat Al Majiid
.
Untuk ketenteraman keluarga di mana setiap anggota keluarga sentiasa menyayangi & menghormati & khasnya kita sebagai ketua keluarga, maka amalkanlah ‘Ya Majiid’ sebanyak 99 X, sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan dan usap ke seluruh muka. InsyaAllah semua anggota keluarga kita akan menyayangi & menghormati kita sebagai ketua keluarga.
.
Apabila ‘Ya Majiid’ dibaca sebanyak 99 kali, InsyaAllah semuanya akan terasa aman dan tenteram semua anggota keluarganya.
.
Sesiapa menyebut ‘Ya Majiid’ berulang-ulang, InsyaAllah akan menerima kebahagiaan.
.
Sesiapa yang menghidap penyakit-penyakit yang bahaya, hendaklah berpuasa pada 13, 14 dan  15hb bulan Hijrah, selepas berbuka puasa  mewiridkan ‘Ya Majiid’  sebanyak-banyaknya dan ditiupkan pada air lalu meminumnya, InsyaAllah penyakitnya akan sembuh.
.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته


No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML