Saturday, April 19, 2014

Fadhilat Asma’ul Husna – Al Wadud

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



47. Al Wadud

The Loving/ The Kind One

Maha Pencinta / Yang Maha Penyayang / Maha Menyayangi / Maha Mencintai orang-orang yang beriman – Ia menyayangi mereka yang berbuat baik dan akan menganugerahkan belas kasihan-Nya kelak, iaitu yang menginginkan segala kebaikan untuk seluruh hambaNya dan juga berbuat baik pada mereka itu dalam segala hal dan keadaan.

.
Fadhilat Al Wadud
.
Bagi menghentikan segala persengketaan dan menjalinkan kasih sayang antara suami isteri, bacalah ‘Ya Waduud’ 1,000 X lalu ditiup kepada makanan dan dibawa makan bersama, InsyaAllah akan berhasil.
.
Amalkan zikir ‘Ya Waduud’ sebanyak 11,000 X pada setiap malam. InsyaAllah kita akan menjadi insan yang sentiasa bernasib baik, dikabulkan segala hajatnya dan akan dicintai orang.
.
Andainya dua orang bergaduh, sementara seorang daripadanya menyebut ‘Ya Waduud’ 1,000 kali di atas makanan yang telah tersedia dan dimakan pula oleh temannya itu, InsyaAllah pertikaian antara mereka akan selesai.
.
Apabila ‘Ya Waduud’ dibaca setiap malam sebanyak 11,000 kali, InsyaAllah ia akan disayangi & rumahtangga kita akan sentiasa berada di dalam keadaan tenteram dan harmoni.
.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته


No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML