Saturday, April 19, 2014

Fadhilat Asma’ul Husna – Al Waasi’

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



45. Al Waasi’

Tha Vast/ The All Encompassing

Maha Luas Pemberian-Nya / Maha Luas KepunyaanNya / Yang Maha Luas /  Menyeluruh – Ia mempunyai kuasa yang tiada terbatas, iaitu kerahmatanNya merata kepada segala yang maujud dan luas pula ilmuNya terhadap segala sesuatu.
.
Fadhilat Al Waasi’
.
Apabila di dalam kesulitan, maka amalkanlah ‘Waasi’  sebanyak 128 X setiap pagi & petang, InsyaAllah segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan Allah.
.
Sesiapa yang inginkan keperluan rohani dan material dipenuhi tanpa berharap kepada orang lain, hendaklah mewiridkan ‘Waasi’  sebanyak-banyaknya.
.
Andainya seseorang mengalami kesukaran mencari mata pencarian, sebutlah berulang-ulang ‘Waasi’, InsyaAllah ia akan menerimanya bagi keperluan hidupnya yang lebih baik.
.
Andai zikir Waasi’  diamalkan secara istiqamah, InsyaAllah Tuhan akan menjaga kita dari hasad dengki sesama makhluk.
.
Apabila dibaca ‘Waasi’  setiap hari sebanyak 128 kali, InsyaAllah dilepaskan kesulitannya dan dipelihara dari orang yang hasad.
.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته


No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML