Saturday, April 19, 2014

Fadhilat Asma’ul Husna – Al Ghafur

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



34. Al Ghafur

The All Forgiving

Yang Maha Pengampun / Maha Mengampuni  - Banyak pengampunanNya kepada hamba-hambaNya. Iaitu mengampuni semua hambaNya.
.
Fadhilat Al Ghafuur
.
Bagi orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ‘Ya Ghafuur’ dengan mengakui dosa-dosa & beriktikad untuk tidak mengulanginya, InsyaAllah akan diterima taubatnya oleh Allah.
.
Sesiapa dihidapi penyakit berkaitan kepala, demam atau dukacita, sebutlah ‘Ya Ghafuur’ berulang kali, InsyaAllah akan sembuh.
.
Sesiapa menuliskan ‘Al-Ghafuur’ ( الغفور ) atas orang yang sakit demam bacalah sebanyak 3 X, InsyaAllah akan segera sembuhlah ia.
.
Sesiapa mengucapkan ‘Ya Rabbi Ighfirlii’ sebanyak 3 X di dalam sujud, maka Allah akan mengampuni segala dosa kecilnya yang lalu dan akan datang.
.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML