Saturday, April 19, 2014

Fadhilat Asma’ul Husna – Al Khabiir

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



31. Al Khabiir

The All Aware

Yang Maha Mengetahui Rahsia / Maha Waspada/  Maha Menyedari – Ia mengetahui apa sahaja yang tersembunyi dan maksud atau tujuannya.
.
.
Fadhilat Al Khabiir
.
Jika diwiridkan ‘Ya Khabiir’ sebanyak mungkin setiap hari, terkandung faedah yang teramat banyak sesuai dengan maksud zikir ini. Antara lain faedahnya ialah dapat bertemu kembali dengan teman atau anak yang telah sekian lama terpisah.
.
Sesiapa mempunyai kebiasaan yang tidak baik dan tidak disukainya pula, sebutlah ‘Ya Khabiir’ berulang-kali, InsyaAllah kebiasaan buruk itu akan ditinggalkannya kemudian.
.
Apabila ‘Ya Khabiir’  dibaca selama 7 hari dan tiap-tiap hari sebanyak 812 X, InsyaAllah akan datang kepadanya rahmat dengan segala khabar yang dikehendaki.
.
Jika ‘Ya Khabiir’  dizikir sebanyak mungkin selama 7 hari berturut-turut, InsyaAllah akan dapat mengetahui rahsia-rahsia tersembunyi. Ianya juga sangat berkesan bagi mengapuskan keinginan nafsu yang gila untuk berpoya.
.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML