بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
46. Al Hakiim
The Wise
Yang Maha Bijaksana – Ia mempunyai kebijaksanaan dalam segala masalah, iaitu memiliki kebijaksanaan yang tertinggi kesempurnaan ilmuNya serta kerapiannya dalam membuat segala sesuatu.
.
Fadhilat Al Hakiim.
.
Bagi pelajar atau sesiapa sahaja yang mengamalkan sekurang-kurangnya 300 X zikir ‘Ya Hakiim’ setiap hari, InsyaAllah akalnya akan menjadi cerdas akal fikirannya & lancar di dalam menghafal sehingga dengan mudah akan menerima ilmu-ilmu apapun & mudah mengikuti pelajaran.
.
Sesiapa menyebut ‘Ya Hakiim’ terus menerus (dari masa ke masa), InsyaAllah ia tidak akan menemui kesukaran dalam pekerjaannya.
.
Allah akan membuka pintu-pintu hikmah dan ilmu kepada sesiapa yang menzikirkan ‘Ya Hakiim’ sebanyak-sebanyaknya.
.
Sesiapa yang menghadapi tugas-tugas berat untuk diselesaikan, hendaklah mewiridkan ‘Ya Hakiim’ sebanyak-banyaknya. InsyaAllah kerja-kerjanya itu akan dapat diselesaikan
.
.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
No comments:
Post a Comment