Saturday, April 19, 2014

TAZKIRAH DI KUBURAN

Tadzkirah Di Kuburan Selepas Pengebumian Jenazah ( VIDEO 1 )

 3 video yang jarang dapat kita lihat ia berlaku di tengah masyarakat kita:







Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu berkata, bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda:

من شهِد الجِنازةَ حتَّى يُصلَّى عليها فله قيراطٌ . ومن شهِدها حتَّى تُدفنَ فله قيراطان . قيل : وما القيراطان ؟ قال مثلُ الجبلَيْن العظيمَيْن

“Barangsiapa yang menghadiri jenazah sampai disolatkan, maka dia mendapat pahala 1 qirath.  Dan barangsiapa yang menghadirinya sampai jenazah itu dikuburkan, maka dia mendapat pahala 2 qirath.”

Ada seseorang bertanya:  “Apakah 2 qirath itu?”

Baginda menjawab:  “Sebesar 2 gunung yang besar.”

(HR al-Bukhari dan Muslim)

Dari Abu `Amr, ada yang memanggilnya dengan Abu `Abdullah, ada pula yang memanggilnya dengan Abu Laila `Uthman bin `Affan radhiAllahu `anhu berkata:

كانَ النَّبيُّ صلَّى اللَّهُ علَيهِ وسلَّمَ ، إذا فرغَ مِن دفنِ الميِّتِ وقفَ علَيهِ ، فقالَ : استغفِروا لأخيكُم ، وسَلوا لَهُ التَّثبيتَ ، فإنَّهُ الآنَ يُسأَلُ

Maksudnya:  “Apabila Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam telah selesai menguburkan mayyit, maka Baginda berdiri dan bersabda:  “Mintalah ampun untuk saudara kamu dan mintalah untuknya ketetapan hati kerana sesungguhnya sekarang dia sedang ditanya.”“

(HR Abu Daud.  Sahih)

Allahu A`lam.

No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML