Saturday, April 19, 2014

Fadhilat Asma’ul Husna – Al Muhshi

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



57. Al Muhshi

The Accounter/ The Numberer of All

Maha Mencatit / Maha Menghitung / Maha Penghitung – Dia yang memperhitungi setiap amal makhluknya dan membalasnya. Dia juga Maha Mengetahui angka segala benda walaupun tidak boleh dikira dan dia mengetahui tiap-tiap satu darinya. iaitu yang tiada satu pun tertutup dari pandanganNya dan semua amalan diperhitungkan sebagaimana wajarnya.
.
Fadhilat Al Muhshi
.
Sekiranya inginkan diri kita digolongkan di dalam pertolongan yang selalu hampir dengan Allah (muraqabah), maka amalkan zikir ‘Ya Muhshiy’ sebanyak mungkin sesudah solat fardhu 5 waktu.
.
Sesiapa yang membiasakan diri dengan mengulangi membaca ‘Ya Muhshiy’, InsyaAllah akan disayangi dan dipuji.
.
Sesiapa yang takut disoal di hari pengadilan, hendaklah mengulangi ‘Ya Muhshiy’ 1,000 kali, InsyaAllah akan mempunyai kemudahan.
.
Apabila ‘Ya Muhshiy’  dibacakan 20 kali pada roti atau makanan yang lain, kemudian diberikan kepada orang/makhluk yang dikehendakinya. Insyaallah ia akan tunduk dan patuh.
.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته


No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML