Saturday, April 19, 2014

Fadhilat Asma’ul Husna – Ar Raafi’

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



23. Ar Raafi’

The Exalter
.
Yang Maha Meninggikan (makhluknya) / Maha Peninggi / Maha Mengangkat / Yang Menaikkan - Yang meninggikan darjat hambaNya. Iaitu terhadap orang yang selayaknya diangkat dengan memberinya kemuliaan.
.
.
Fadhilat Ar-Raafi’
 .
Sesiapa menyebut ‘Ya Raafi’  sebanyak 100 X berulang kali pada waktu siang dan malam, maka Allah akan meninggikan martabatnya, kekayaannya serta darjatnya.
 .
Apabila ‘Ya Raafi’ dibaca setiap hari terutama pada malam hari sebanyak 70 X, pasti hartanya akan terpelihara daripada pencuri, perompak, penipuan dan sebagainya.
 .
‘Ya Raafi’ dizikirkan setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70 X, Insya’Allah keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau di tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.
 .
 Sesiapa mengamalkan ‘Ya Raafi’ 100 X pada tengah malam ke 14 haribulan hijrah, Insya’Allah  dikurniakan hidup yang sempurna dan tidak bergantung harap kepada orang lain.
.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML