بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
15. Al Qahhar
The All Compelling Subduer
Yang Maha Gagah /Maha Memaksa / Yang Sangat Keras / Maha Penakluk – Ia berjaya dan berkuasa menurut dan menakluk kehendaknya. Iaitu Allah menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya serta memaksa segala makhluk menurut kehendakNya.
.
.
Fadhilat Al-Qahhar:
.
Dizikirkan ‘Ya Qahhaar’ mengikut kemampuan atau sebanyak 306 X, Insya’Allah akan dijaga dari ketamakan & kemewahan dunia dan keluar dari hatinya kecintaan dunia dan kebesaran terhadap sesuatu yang lain daripada Allah SAW.
.
Sesiapa menyebut ‘Ya Qahhaar’ berulang kali, Insya’Allah akan mengatasi kehendaknya, dan akan mengalami jiwa yang tenang serta bebas dari segala perbuatan maksiat yang dilakukan olehnya & orang lain serta kecintaannya kepada Allah semakin bertambah.
.
Apabila dibaca‘Ya Qahhaar’ tiap-tiap hari dan malam sebanyak 306 X atau lebih, Insya’Allah baginya dapat pertolongan Allah SWT atas musuhnya dan orang-orang yang selalu bermusuh itu akan sedar & tunduk akhirnya.
.
Sesiapa yang adanya hajat lalu berzikir ‘Ya Qahhaar’ 100 X, kemudian mengangkat kedua tangannya dan membuka akan kepalanya, Insya’Allah ditunaikan hajatnya.
.
.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
No comments:
Post a Comment