Saturday, April 19, 2014

Fadhilat Asma’ul Husna – Asy Syakuur

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



35. Asy Syakuur

The Grateful

Maha Pembalas Budi (Menghargai) / Yang Maha Bersyukur – Sesiapa yang bersyukur akan diberi hadiah kerana jasa untukNya, iaitu memberikan balasan yang banyak sekali atas amalan yang kecil.
.
Fadhilat Asy Syakuur
.
‘Ya Syakuur’ Dizikirkan sebanyak 40 X selepas solat Hajat, sebagai pengucapan terima kasih kepada Allah. InsyaAllah semua hajat yang penting & terdesak akan dimakbulkan Allah SWT.
.
Apabila menuliskan ‘Asy-Syakuur’ ( الشكور ) sebanyak 40 X oleh orang yang sesak nafas, penat badan atau penyakit mata, dan dilarutkannya dengan air zam-zam lalu sapukan air itu kepada badannya atau matanya dan diminumkan, InsyaAllah akan mendapat berkatnya.
.
Sesiapa berasa hatinya berat dan kemudian menyebut ‘Ya Syakuur’ 41 X, diikuti dengan ditiupkan ke dalam gelas berisi air dan membasuh mukanya, InsyaAllah hatinya akan menjadi lapang dan lega.
.
Sesiapa mewiridkan ‘Ya Syakuur’ sebanyak 41 X setiap hari,  InsyaAllah akan dihapuskan segala jenis kepayahannya, sama ada masalah kewangan, fizikal, kerohanian juga mental.
.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML