بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
17. Ar Razzaaq
The Ever Providing
Yang Maha Pemberi Rezeki / Yang Memberi Rezeki / Maha Pengrezeki – Ia sangat suka dan sentiasa memberikan rezeki, iaitu memberi berbagai rezeki serta membuat juga sebab-sebab diperolehnya.
.
.
Fadhilat Al-Razzaq:
.
Dibaca ‘Ya Razzaq’ 10 X dan ditiup pada empat penjuru rumah bermula sudut kanan meghadap kiblat sebelum mendirikan Solat Subuh, Insya’Allah akan dibukakan pintu rezeki untuknya, dan keluarganya terselamat daripada kepapaan dan peyakit.
.
‘Ya Razzaq’ dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat Subuh, Insya’Allah akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat. Rezeki akan datang tanpa diduga!! tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar dan usaha.
.
Sesiapa yang mengekalkan membaca‘Ya Razzaq’ setiap hari 308 X, Insya’Allah ditunaikan hajatnya kepada raja atau pemerintah dan jika kebetulan orang itu hendak memarahinya, maka terhentilah niat tersebut.
.
Apabila dibaca secara istiqamah ‘Ya Razzaq’ 17 X, Insya’Allah ditunaikan hajatnya.
.
Sesiapa yang berzikir ‘Ya Razzaq’ sebanyak 20 X setiap pagi sebelum makan dan minum, 20 hari berturut-turut, Insya’Allah akan diberikan padanya kefahaman yang mendalam dan sempurna.
.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
No comments:
Post a Comment