Saturday, April 19, 2014

Fadhilat Asma’ul Husna – Al Lathif

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



30. Al Lathif

The Subtly Kind

Yang Maha Halus./ Maha Menghalusi / Maha Teliti / Maha Lemah Lembut – Ia mengetahui apa sahaja dengan teliti dan mendalam serta menjadikan segala-galanya berlemah lembut dan teliti walaupun tanpa disedari manusia. Ia juga memberi kebahagiaan sehalus-halusnya kepada manusia.
.
.
Fadhilat Al Lathif
.
Para peniaga yang mengamalkan zikir ‘Ya Lathif’  sebanyak mungkin, InsyaAllah ikthiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris & perniagaannya maju.
.
Apabila ‘Ya Lathif’ dibaca sebanyak 129 X atau 130 X, InsyaAllah usahanya atau perniagaannya akan maju dan akan merasa kejayaan dalam pekerjaannya.
.
Sesiapa menzikirkan ‘Ya Lathif’ setiap hari sebanyak 133 X, Allah akan memberikannya rezeki yang banyak dan tugas-tugasnya dapat diselesaikan dengan mudah.
.
Jika seseorang ditimpa penyakit, kemiskinan, kesusahan dan kesunyian, sebutlah ‘Ya Lathif’ 100 X selepas Solat Sunat dua rakaat (tambahan), InsyaAllah masalahnya akan diatasi dan hajatnya dimakbulkan.
.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML