Saturday, April 19, 2014

Fadhilat Asma’ul Husna – Al Kabiir

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



37. Al Kabiir

The Great

Yang Maha Besar – Ialah yang paling besar. KebesaranNya tidak dapat dicapai oleh pancaindera ataupun akal manusia.
.
Fadhilat Al Kabiir
.
Sesiapa yang diberhentikan daripada tugasnya, hendaklah dia berpuasa  selama 7 hari dan menyebut ‘Ya Kabiir’ 1,000 kali setiap hari, InsyaAllah ia akan mendapat semula kerjanya dengan kemuliaan dan aruah.
.
Bagi seseorang yang kedudukannya telah di rampas atau dilucut gara-gara sesuatu fitnah, maka bacalah ‘Ya Kabiir’ sebanyak 1000 X selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah. Lakukanlah sesudah solat malam (Tahajud atau Hajat.)
.
Sesiapa menyebut ‘Ya Kabiir’ 100 kali setiap hari, InsyaAllah ia akan memperolehi kemuliaan.
.
Apabila dibaca ‘Ya Kabiir’ dalam masa 7 hari sesudah melakukan solat Hajat sebanyak 1000 kali setiap malam, InsyaAllah akan dikembalikan semula jawatannya atau pekerjaannya selagi bukan dipecat kerana kecurangan atau kerana makan hasil rasuah dan lain-lain.
.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML