Saturday, April 19, 2014

Fadhilat Asma’ul Husna – Al-Khaliq

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



11. Al Khaliq

The Creator

Maha Pencipta / Yang Menciptakan MakhlukNya – Ia yang menjadikan segala-galanya tanpa sesuatu apa pun dan tahu pula apa akan terjadi ke atas semuanya. Iaitu mengadakan seluruh makhluk tanpa asal, juga yang menakdirkan adanya semua itu.
.
Fadhilat Al-Khaliq
.
Dibaca ‘Ya Khaliq’ mengikut kemampuan atau sebanyak 731 X, Insya’Allah akan diberikan otak cerdas dan cepat menerima sesuatu pelajaran (cepat faham).
.
Sesiapa yang berzikir dengan ‘Ya Khaliq’ sebanyak 731 X, waktu tengah malam, Insya’Allah akan diterangkan hatinya dan dirinya.
.
Sesiapa yang kehilangan barangnya atau lama ditinggalkan orang yang dikasihi, maka bacalah sebanyak 5000 X, Insya’Allah ia akan kembali ia dengan perintah Allah SWT.
.
Dizikirkan ‘Ya Khaliq’ sebanyak-banyaknya, Allah akan menciptakan Malaikat untuk menyembah Allah bagi  pihaknya.
 .
‘Ya Khaliq’  dibaca 100 X selama 7 hari berturut-turut, Insya’Allah dilindungi daripada kesusahan.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML