بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
56. Al Hamiid
The All Praiseworthy
Yang Maha Terpuji / Pujian – Hanya Dia sahaja yang patut dipuji dan dimuliakan serta diberi penghargaan oleh semua makhluk, iaitu yang memang sudah selayaknya untuk memperoleh pujian dan sanjungan.
.
Fadhilat Al Hamiid
.
Perbanyakkan zikir ‘Ya Hamiid’ ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian.
.
Apabila ‘Ya Hamiid’ dibaca setelah selesai solat Maghrib dan Subuh sebanyak 62 kali, InsyaAllah segala perkataan dan perbuatannya akan selalu terpuji.
.
Sesiapa yang membaca berulang kali ‘Ya Hamiid’, InsyaAllah akan disayangi dan dipuji.
.
Sesiapa yang menzikirkan ‘Ya Hamiid’ ditempat sunyi sebanyak 93 kali, selama 45 hari berturut-turut, InsyaAllah semua perangainya yang jahat akan bertukar menjadi baik.
.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
No comments:
Post a Comment