Saturday, April 19, 2014

I'M NOT MISS ARROGANT....

Bukan sombong tetapi menjaga.

Situasi 1:

Seorang lelaki telah menegur seorang perempuan yang tertutup auratnya, tetapi alih-alih jelingan maut diberikan. Lalu si lelaki berkata:

" Ah! Sombonglah kau! Macam aku nak sangat ngorat kau."

Well, orang nak mengorat takkan cakap dia nak mengorat. Kalau nak mengorat, cuba mengorat wali dulu. Lagipula, inilah dinamakan menjaga, bukan sombong.

Situasi 2:

Matt kebosanan lalu dibuka laptopnya untuk online.facebook dengan harapan hilang bosannya. Matanya tertarik pada satu nama perempuan iaitu Munirah lalu ditegur. Tetapi sayangnya, hanya perkataan 'seen' yang keluar dan tiada balasan dari Munirah. Lalu si lelaki berkata:

" Sombong nak mampos, dah seen, tetapi tak nak balas. Aku tulis assalamualaikum je kot. Bukan nak mengorat."

Bro, kalau tiada urusan, tak perlu nak hantar chat bagai. Kalau tak balas dikatanya sombong, tu bukan sombong, itu namanya menjaga. Lagipun, kenal ke siapa yang kamu hantar chat tu?

Situasi 3:

Adam suka pada seorang perempuan, lalu dia menelefon perempuan tersebut namun tidak pula diangkat. Lalu Adam pun berkata:

" Aku telefon je pun, itu pun ada masalah nak angkat. Sombong betul."

Haha! Satu je masalah, apq kes mahu telefon? Ada urusan ke? Kalau nak bercakap sangat dengan perempuan tu, minta kebenaran walinya dulu. Kan lebih baik begitu.

Kadangkala, tidak berbalas itu bukan sombong, tetapi menjaga. Kan ada cara yang lebih baik? Jadi, jangan mudah menganggap orang sombong. Tetapi tanya diri sendiri kenapa perlu berhubunh sekiranya tiada urusan.

No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML