Saturday, March 8, 2014

KEMATIAN

Setiap Hari Bumi Menyeru (manusia) Sepuluh Kali.

"Sesungguhnya bumi setiap hari menyeru(manusia)dengan 10 kalimat "

1-Wahai manusia,engkau berlari-lari di atas belakangku,tempat kembalimu adalah di dalam perutku.

2-Engkau melakukan maksiat di atas belakangku,engkau akan diseksa di dalam perutku.

3-Engkau ketawa di atas belakangku,engkau akan menangis di dalam perutku.

4-Engkau bergembira di atas belakangku,engkau akan bersedih di dalam perutku

5-Engkau mengumpulkan harta di atas belakangku,engkau akan menyesal di dalam perutku.

6-Engkau memakan yang haram di atas belakangku,engkau akan di makan ulat-ulat di dalam perutku.

7-Engkau sombong di atas belakangku,engkau akan menjadi hina di dalam perutku

8-Engkau berjalan dalam keadaan sukacita di atas belakangku,engkau akan jatuh ke dalam perutku.

9-Engkau berjalan dalam cahaya yang terang di atas belakangku,engkau akan jatuh ke tempat yang gelap di dalam perutku.

10-Engkau berjalan di kalangan khalayak ramai di atas belakangku,engkau akan menjadi sendirian di dalam perutku''

~~~Berkata Anas Bin Malik r.a~~


~Malaikat Jibril as menemui Nabi s.a.w lalu berkata "Wahai Muhammad,carilah kesenangan hidup di dunia ini namun kematian adalah pasti.Berbuatlah apa saja,namun semuanya akan menerima balasan dan cintailah sesiapa yang kamu sukai,namun perpisahan akan menjemputmu.Ketahuilah kemuliaan seorang mukmin ialah dengan memperbanyakkan sembahyang malam serta tidak membebankan orang lain~

Sahabat ku yang tersayang dan terhormat...

Hidup yg sementara ini isikanlah ia dengan penuh hikmah...kumpulah segala kebaikkan untuk bekalan di sana.Usah berfikir yang esok untuk kita..percayalah betapa beruntungnya kita jika..menghirup..udara pada keesokannya...Esok belum pasti buat kita...




Tunaikan 10 Persedian Sebelum Tiba Saat Kematian

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap manusia akan merasai kematian tetapi tiada siapa pun di antara kita yang tahu bila saat kematian akan tiba. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu masa, tempat dan keadaan kita semasa nyawa akan keluar daripada tubuh badan.

Firman Allah SWT maksudnya : "Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan , dan kepada Kamilah kamu sekeliannya akan dikembalikan." (Surah al-Anbiya' ayat 35)

Bagaimana pun sebagai seorang hamba-Nya adalah lebih selamat sekiranya kita sentiasa mengingatkan diri yang satu hari kita akan pasti mati dan bersedia untuk meninggalkan dunia yang fana (tidak kekal) ini. Kematian tidak mengira usia, tidak memilih siapa kita dan tidak menghitungkan di mana kita berada, sekali pun berada di dalam benteng kukuh yang dianggap selamat.

Oleh kerana kita tidak tahu bila saat ajal akan tiba, maka hendaklah kita bersegera menunaikan amal ibadah yang ditetapkan oleh Allah SWT sebagai kewajipan terhadap kita dan bersungguh-sungguh menjauhi segala larangan-Nya. Apa sahaja yang kita lakukan di dunia ini pasti akan di hisab dan di adili di akhirat kelak.

Allah SWT memberi peringatan kepada sekelian manusia  dengan firman-Nya dalam surah al-Insyiqaq ayat 6 yang bermaksud : " Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang telah engkau usahakan itu (tercatat semuanya)."

Sahabat yang dimuliakan,
Terdapat 10  persediaan yang perlu kita laksanakan supaya dapat membantu kita semasa kita berada di alam barzakh :

Pertama : Sentiasa utamakan amalan fardu ain (jangan ditinggalkan) terutama solat , puasa dan zakat dan fardu kifayah dan fardu-fardu lainnya yang ditetapkan dalam sunnah-auliah dan sunah Rasulullah SAW.

Daripada Abu Hurairah, katanya bahawa Rasulullah SAW  bersabda bermaksud: "Sesungguhnya amalan yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari kiamat mengenainya ialah solatnya, jika solatnya diterima, maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia. Jika solatnya tidak diterima, maka kecewa dan rugilah ia. Jika terkurang daripadanya solat fardu sesuatu. Allah berfirman: 'Periksalah, adakah hambaku itu mempunyai solat-solat sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang daripada solat fardu. Demikianlah keadaan amalan lain." (Hadis Riwayat Tirmizi)

Kedua : Sentiasa menjauhkan diri daripada berbuat yang merosakkan amal ibadah fardu tersebut , seperti melakukan perbuatan yang mengundang dosa.

Imam Abu Laits berkata; “Jauhilah diri daripada arak kerana ia mengandungi banyak keburukan iaitu orang yang minum arak akan menjadi seperti gila. Allah SWT akan menutup pintu langit kepada orang yang meminum arak dan amalannya serta doanya tidak akan diterima selama 40 hari. Orang yang minum arak akan dijauhi daripada rahmat Allah SWT dan dibenci oleh para malaikat.”

Jika seseorang jumpa bomoh solatnya tidak diterima selama 40 hari. Nabi SAW bersabda maksudnya : "Barang siapa yang mendatangi tukang tilik (bomoh) dan ditanya mengenai sesuatu maka tidak diterima solatnya selama 40 hari (Hadis Riwayat Muslim)

Ketiga : Sentiasa bertaubat dan memohon ampun kepada Allah SWT.

Allah SWT  berfirman yang bermaksud, " Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri."
(Surah Al-Baqarah ayat 222)

Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud :“Barangsiapa bertaubat kepada Allah sebelum matahari terbit dari barat, nescaya Allah akan menerima taubat orang tersebut.” (Hadis Riwayat Muslim)

Keempat : Bersegera memohon kemaafan daripada orang yang telah kita lakukan kesalahan.

Dalam hadis yang lain dari Abu Sa'id Al-Khudri r.a., bahawa Nabi SAW bersabda: "Tidak ada seseorang yang melakukan sesuatu perbuatan aniaya terhadap orang lain di dunia dengan tidak menyerah dirinya kepada orang itu untuk membalasnya, nescaya Tuhan akan menyerahkannya kepada orang itu supaya membalasnya pada hari kiamat." (Hadis Riwayat Baihaqi)

Kelima : Mewasiatkan kepada ahli keluarga tentang iman dan Islam, halal dan haram dan berpegang teguh dengannya.

Jangan jemu setiap hari memberi nasihat dan tarbiah kepada isteri dan anak-anak dan didik mereka dengan didikan Islam dan ajarkan fardu ain mengenai hukum hakam supaya mereka tahu halal dan haram dan ajarkan mereka akhlak yang mulia di ajarkan oleh Rasulullah SAW.

Allah SWT berfirman yang bermaksud,"Wahai orang-orang yang beriman. Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka, di mana bahan-bahan bakarannya itu ialah manusia dan batu (berhala)" (Surah At-Tahrim ayat 6)

Keenam : Memperbanyakkan amal jariah, bersedekah,  amalan-amalan sunat dan banyakkan berniat untuk melakukan kebaikan walaupun belum mampu melaksanakannya.

Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud : “Sungguh sedekah itu akan memadamkan kemarahan Tuhan dan menghindarkan dari kematian yang buruk (Su’ul Khatimah).” (Hadis Riwayat al-Turmuzi)

Sabda Nabi SAW yang bermaksud, "Seorang hamba yang dikurniakan Allah ilmu dan niat yang ikhlas, ia berkata, 'Seandainya aku memiliki harta, nescaya aku akan beramal sebagaimana yang diperbuat oleh si polan (golongan yang diberikah harta dan ilmu).' Dengan niatnya tersebut, maka pahala kedua-dua hamba ini sama." (Hadis Riwayat Tirmizi).

Nabi SAW  bersabda: ” Seorang hamba dihadapkan pada hari kiamat membawa hasanah sebesar bukit, lalu ada seruan;' Siapa yang pernah di aniaya oleh fulan boleh datang untuk dibayar'. Maka datanglah beberapa orang lalu mengambil bahagiannya sehingga tiada tinggal satu pun dari hasanah yang banyak itu, sehingga hamba itu menjadi bingung, lalu Tuhan berkata kepadanya: 'Untuk mu ada simpanan pada Ku yang tidak Aku perlihatkan kepada malaikat atau seorang pun dari makhluk Ku,' lalu ia bertanya:' Apakah itu'. Jawab Tuhan: Ia itu niatmu, yang kau selalu niat akan berbuat kebaikan, Aku tulis untuk mu berlipat ganda, tujuh puluh lipat ganda.' "

Daripada Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW .bersabda maksudnya : "Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan.."(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ketujuh : Mengajarkan atau menyebarkan ilmu yang bermanfaat untuk dunia dan akhirat.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud, " Sampaikan daripada aku walaupun satu ayat".(Hadis Riwayat Bukhari)

Setiap kalimah, pengajaran, ilmu, risalah, nasihat yang kita ambil daripada ayat-ayat al-Quran dan hadis Nabi SAW adalah merupakan ilmu-ilmu yang bermanfaat yang akan dapat menambahkan pahala dan amal soleh ketika kita hidup di dunia ini. Penulisan di facebook dan blog dan 'share' bahan-bahan tazkirah yang baik juga di kira sebagai ilmu yang bermanfaat.

Kelapan : Mendidik anak-anak agar menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.

Untuk mendidik anak-anak yang soleh dan solehah  adalah dengan banyak melakukan amalan yang terpuji, berusaha untuk meninggalkan dosa-dosa yang kecil apakah lagi dosa-dosa besar. Jangan tinggalkan amalan yang wajib, jalinkan siraturrahim dengan sanak keluarga dan mengajar anak-anak menghormati kedua ibu bapa, sebab keredaan Allah itu tergantung kepada kerdaan ibu bapa terhadap anak-anak . Namun yang paling penting ajarkan anak-anak gadis supaya menutup aurat agar kehidupan mendapat keberkahan daripada Allah SWT.

Kesembilan : Selesaikan semua hutang-hutang di dunia ini kerana roh si mati akan tergantung di antara langit dan bumi jika tidak dibayar hutang-hutangnya sesama manusia.

Di riwayatkan oleh Imam Ahmad, Tirmidzi dan Ibnu Majah, sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang maksudnya: "Roh seseorang mukmin itu tergantung-gantung (yakni dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan."

Kesepuluh : Jangan syirik kepada Allah SWT, seperti mempertikaikan hukum hudud dan hukum-hukum Allah SWT yang lain, tinggalkan fitnah dan mengumpat dan jangan percaya jika ada orang menuduh seseorang berzina atau liwath tanpa bawa 4 orang saksi. Sentiasa berbaik sangka kepada Allah SWT dan jangan pertikai qada dan qadarNya. Sentiasa bersabar dengan dugaan hidup dan sentiasa bersyukur di atas nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita sama-sama beramal dan membuat persiapan sebaik mungkin sebelum bertemu saat kematian. Jika kita melihat disekeliling kita kematian itu berlaku kepada ibu dan ayah , abang ipar, anak, anak saudara, sahabat-sahabat, suami, isteri dan lain-lain. Pernah berlaku semalam kita baru bersembang dengan sahabat kita , tiba-tiba dapat berita hari ini sahabat kita itu telah meninggal dunia disebabkan sakit jantung. Inilah yang dinamakan 'kiamat kecil' yang akan berlaku dahulu sebelum kiamat besar. Oleh itu cuba renungkan hadis Nabi SAW  di bawah ini sebagai iktibar kepada kita semua.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Orang yang cerdik ialah orang yang selalu menjaga dirinya dan beramal untuk bekalan sesudah mati." (Hadis Riwayat Tirmidzi daripada Abu Ya'la Syaddad r.a)

Selepas Kematian Manusia Akan Melalui 12 Fasa Sebelum Memasuki Syurga

Sahabat yang dirahmati Allah,
Sesiapa pun tidak dapat menduga bilakah saat kematiannya akan tiba. Sebab itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan 'menanti' saat kematian yang datang secara tiba-tiba.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali." (Surah al-Anbiyak ayat 35)  

Orang mukmin akan berusaha bersungguh-sungguh di dunia ini sebelum dia dipanggil pulang oleh Allah SWT. Dia akan beramal soleh, perbanyakkan ibadah, membuat kerja-kerja kebajikan, sedekah jariah, menyebarkan ilmu yang bermanfaat, melaksanakan amar makruf dan mencegah kemungkaran, berjihad dan berjuang dengan gigih dijalan Allah sebagai sahamnya di dunia semoga diterima oleh Alah SWT dihari akhirat nanti.

Sahabat yang dimuliakan,
Setiap muslim akan melalui 12 fasa  (tempat/persingahan) yang penuh azab bagi yang melakukan banyak dosa dan maksiat, sebaliknya keamanan dan kebahagiaan bagi yang banyak beramal soleh. Ketika ini tidak ada siapa yang dapat membantu melainkan amalan yang dilakukannya semasa di dunia.

Pertama : Alam Barzakh

Para ulama bersepakat tentang kebenaran azab dan nikmat yang ada di alam kubur (barzakh) . Nikmat tersebut merupakan nikmat yang hakiki, begitu pula azabnya, bukan sekedar bayangan atau perasaan .
Pertanyaan (fitnah) kubur itu berlaku terhadap roh dan jasad manusia baik orang mukmin maupun kafir. Dalam sebuah hadis sahih disebutkan Rasulullah SAW selalu berlindung kepada Allah SWT dari seksa kubur.

Nabi S.A.W. mengajar kita agar sentiasa berdoa dan mohon perlindungan Allah S.W.T. ketika habis membaca tasyahhud akhir kepada empat perkara. Sebagaimana sabdanya yang bermaksud : "Bila seseorang selesai membaca tasyahhud (akhir), hendaklah ia memohon perlindungan kepada Allah empat perkara, iaitu: ' Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari seksa Neraka Jahannam, dari seksa kubur, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah al-Masih Dajjal'. (Selanjutnya, hendaklah ia berdoa memohon kebaikan untuk dirinya sesuai kepentingannya)".
(Hadis Riwayat Muslim, Abu 'Awanah, Nasa'i dan Ibnu jarud dalam al-muntaqa)

Rasulullah SAW menyebutkan sebagian dari pelaku maksiat yang akan mendapatkan azab kubur, diantaranya mereka adalah :

1.  Suka mengadu domba, fitnah dan mengumpat.

2. Suka berbuat ghulul (pengkhianatan dalam baitul mal, zakat, atau ghanimah.)

3. Suka berbohong.

4. Membaca al-Quran tetapi tidak melaksanakan apa yang diperintahkan dan
    yang dilarang dalam al-Quran

5. Melakukan zina

6. Memakan riba

7. Belum membayar hutang setelah mati (orang yang berhutang akan tertahan
   tidak masuk syurga kerana hutangnya)

8. Tidak bersuci setelah buang air kecil (solatnya tidak sah)

9. Meninggalkan solat 5 waktu

Kedua : Peniupan Sangkakala

Sangkakala adalah terompet yang ditiup oleh malaikat Israfil yang menunggu apabila diperintahkan Allah SWT. Tiupan yang pertama akan mengejutkan manusia dan membinasakan mereka dengan kehendak Allah SWT, seperti  dijelaskan pada al-Quran :

Firman Allah SWT : “Dan ditiuplah sangkakala maka matilah semua yang di langit dan di bumi, kecuali apa yang dikehendaki oleh Allah SWT”( Surah az- Zumar  ayat 68 ).

Tiupan ini akan mengguncang seluruh alam dengan guncangan yang keras dan hebat sehingga merusak seluruh susunan alam yang sempurna ini. Ia akan membuat gunung menjadi rata, bintang bertaburan, matahari akan digulung, lalu hilanglah cahaya seluruh benda-benda di alam semesta. Setelah itu keadaan alam semesta kembali seperti awal penciptaannya.

Allah SWT menggambarkan kedahsyatan saat kehancuran tersebut sebagaimana firman-Nya yang bermaksud : “ Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu; sesungguhnya kegoncangan hari kiamat itu adalah suatu kejadian yang sangat besar (dahsyat). (Ingatlah) pada hari (ketika) kamu melihat kegoncangan itu, lalailah semua wanita yang menyusui anaknya dari anak yang disusuinya dan gugurlah kandungan segala wanita yang hamil, dan kamu lihat manusia dalam keadaan mabuk, padahal sebenarnya mereka tidak mabuk, akan tetapi azab Allah itu sangat keras” (Surah al- Hajj ayat 1-2).

Sedangkan pada tiupan sangkakala yang kedua adalah tiupan untuk membangkitkan seluruh manusia ; Firman Allah SWT maksudnya : “Dan tiupan sangkakala (kedua), maka tiba-tiba mereka keluar dengan segera dari kuburnya (menuju) kepada Rabb mereka.(Surah Yaa Siin ayat  51).

Rasulullah SAW bersabda maksudnya :  “Kemudian ditiuplah sangkakala, dimana tidak seorang pun tersisa kecuali semuanya akan dibinasakan. Lalu Allah SWT menurunkan hujan seperti embun atau bayang-bayang, lalu tumbuhlah jasad manusia.Kemudian sangkakala yang kedua ditiup kembali, dan manusia pun bermunculan (bangkit) dan berdiri”.(Hadis Riwayat  Muslim).

Ketiga : Hari Berbangkit

Firman Allah SWT maksudnya : “Pada hari ketika mereka dibangkitkan Allah semuanya, lalu diberitakannya kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan. Allah mengumpulkan (mencatat) perbuatan itu, padahal mereka telah melupakannya. Dan Allah Maha menyaksikan segala sesuatu”. (Surah al- Mujadalah ayat  6).

Keempat : Padang Mahsyar  

Firman Allah SWT maksudnya : “(Yaitu) pada hari (ketika ) bumi diganti dengan bumi yang lain dan (demikian pula) langit dan mereka (manusia) berkumpul (di padang Mahsyar)  menghadap Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”.(Surah Ibrahim ayat 48).

Hasr adalah pengumpulan seluruh mahluk pada hari kiamat untuk dihisap dan diambil keputusannaya. Lamanya di Padang Mahsyar adalah satu hari yang berbanding 50.000 tahun di dunia.

Allah berfirman maksudnya :“Malaikat-malaikat dan Jibril naik (menghadap) kepada Rabb dalam sehari yang kadarnya 50.000 tahun.(Surah al- Maarij ayat 4).  

Kerana amat lamanya hari itu, manusia merasa hidup mereka di dunia ini hanya seperti satu jam saja.

Firman-Nya lagi yang bermaksud : "Dan (ingatlah) akan hari (yang di waktu itu) Allah mengumpulkan mereka, (mereka merasa di hari itu) seakan-akan mereka tidak pernah berdiam (di dunia) kecuali hanya sesaat saja di siang hari. (Surah Yunus ayat 45) .

“Dan pada hari terjadinya kiamat, bersumpahlah orang-orang yang berdosa, bahawa mereka tidak berdiam (dalam kubur) melainkan sesaat saja” (Surah ar-Ruum ayat 55).

Adapun orang yang beriman merasakan lama pada hari itu seperti waktu antara zuhur dan asar saja. Subhanallah.

Keadaan orang kafir saat itu sebagaimana firman-Nya yang bermaksud : ”Orang kafir ingin seandainya ia dapat menebus dirinya dari azab hari itu dengan anak-anaknya, dengan isteri serta saudaranya, dan kaum keluarganya yang melindunginya ketika di dunia, dan orang-orang di atas bumi seluruhnya, kemudian (mengharapkan) tebusan itu dapat menyelamatkannya” .(Surah al-Ma’ arij ayat 11-14) .

Terdapat 7 golongan yang akan mendapat perlindungan Arasy:

Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya :
”Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan 'Arasy-Nya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. Pemimpin yang adil; pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT ; seseorang yang hatinya terpaut pada masjid, dua lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT; lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan 'aku Takutkan Alla'; seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.”(Hadis Riwayat Muslim)

Kelima :  Syafaat (pertolongan)

Syafaat ini khusus hanya untuk umat Muslim, dengan syarat tidak berbuat syirik besar yang menyebabkan kepada kekafiran. Adapun bagi orang musyrik, kafir dan munafik, maka tidak ada syafaat bagi mereka. Syafaat ini diberikan oleh Rasulullah SAW kepada umat Muslim (dengan izin dari Allah SWT).

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Diantara syafaatku ialah untuk orang yang melakukan doas besar dikalangan umatku.”
(Hadis Riwayat Abu Daud)

Sabda Rasulullah SAW  yang bermaksud :
“…maka para malaikat telah memberi syafaat, para nabi sudah memberi syafaat, orang-orang beriman telah pun memberi syafaat… maka tidak ada lagi kecuali Zat Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kemudian setelah berkata demikian Allah mengambil dengan sekali genggaman-Nya itu dari neraka orang-orang yang belum pernah berbuat kebaikan sedikitpun…”
(Hadis Riwayat Muslim)

Keenam : Hisab

Pada tahap (fasa) ini, Allah SWT menunjukkan amal-amal yang mereka perbuat dan ucapan yang mereka lontarkan, serta segala yang terjadi dalam kehidupan dunia baik berupa keimanan, amal soleh  atau kekafiran.

Setiap manusia berlutut di atas lutut mereka. Firman Allah SWT maksudnya : “Dan kamu lihat tiap-tiap umat dipanggil untuk (melihat) buku catatan amalnya . Pada hari itu kamu diberi balasan terhadap apa yang kamu kerjakan. (Surah al- Jatsiah ayat 28).

Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Muhammad SAW, kita umat yang terakhir tapi yang pertama dihisab. Yang pertama kali dihisab dari hak-hak Allah pada seorang hamba adalah solatnya, sedang yang pertama kali di adili diantara manusia adalah urusan darah.

Allah SWT mengatakan kepada orang kafir : “Dan kamu tidak melakukan suatu pekerjaan melainkan Kami menjadi saksi atasmu diwaktu kamu melakukannya” .(Surah Yunus ayat 61). Seluruh anggota badan juga akan menjadi saksi.

Allah bertanya kepada hamba-Nya tentang apa yang telah ia kerjakan di dunia : “Maka demi Rabbmu, kami pasti akan menanyai mereka semua tentang apa yang akan mereke kerjakan dahulu”.(Surah al- Hijr ayat 92-93).

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak berganjak kedua-dua kaki seorang hamba pada hari kiamat sehingga ia disoal mengenai umurnya pada perkara apakah ia habiskan, ilmunya untuk apakah ia gunakan, harta bendanya dari manakah ia peroleh dan pada apakah ia belanjakan, mengenai tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan serta kecergasannya.”
(Hadis Riwayat Tarmizi).

Ketujuh : Pembagian catatan amal

Pada detik-detik terakhir hari perhitungan , setiap hamba akan diberi kitab (amal) nya yang mencakup lembaran-lembaran yang lengkap tentang amalan yang telah ia kerjakan di dunia.

Al Kitab di sini merupakan lembaran-lembaran yang berisi catatan amal yang ditulis oleh malaikat yang ditugaskan oleh Allah SWT.

Manusia yang baik amalnya selama di dunia, akan menerima catatan amal dari sebelah kanan. Sedangkan manusia yang buruk amalnya akan menerima catatan amal dari belakang dan sebelah kiri, seperti pada firman Allah SWT yang bermaksud :

“Adapun orang yang diberikan kitabnya dari sebelah kanannya, maka ia akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah, dan ia akan kembali kepada kaumnya (yang sama-sama beriman) dengan gembira. Adapun orang yang diberikan kitabnya dari belakang, maka ia akan berteriak : “celakalah aku”, dan ia akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka)”,(Surah al- Insyiqaq ayat 8-12) .

"Adapun orang yang diberikan kepadanya kitabnya dari sebelah kirinya, maka dia berkata :"Wahai alangkah baiknya kiranya tidak diberikan kepadaku kitabku (ini), dan aku tidak mengetahui apa hisab terhadap diriku.Wahai kiranya kematian itulah yang menyelesaikan segala sesuatu. Hartaku sekali-kali tidak memberi manfaat kepadaku.Telah hilang kekuasaanku dariku" (Allah berfirman): "Peganglah dia lalu belenggulah tangannya ke lehernya", kemudian masukkanlah dia ke dalam api neraka yang menyala-nyala" .(Surah al- Haqqah ayat 25 -31).

Kelapan : Mizan (Timbangan amal)

Mizan adalah apa yang Allah letakkan pada hari kiamat untuk menimbang amalan hamba-hamba- Nya. Allah berfirman yang bermaksud  : “Dan kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari kiamat, maka tiadalah seorang dirugikan walau sedikitpun. Dan jika (amalan itu) hanya seberat biji sawipun pasti Kami mendatangkan (pahala)nya. Dan cukuplah Kami sebagai Pembuat perhitungan”. (Surah al- Anbiya ayat 47)  

Dari Abu Hurairah radhiya alläh ‘anh, ia berkata: “Sesungguhnya Rasulullah Sallallähu ‘Alaihi Wa sallam bersabda maksudnya : ‘Siapa yang pernah zalim terhadap saudaranya, maka hendaklah ia minta dihalalkan (mohon maaf) dari perbuatan tersebut. Kerana sesungguhnya pada saat itu tidak ada dinar dan tidak pula dirham, sebelum pahala kebaikannya diambil untuk saudaranya. Jika ia tidak mempunyai kebaikan, maka diambillah kejahatan-kejahatan saudaranya itu, dan dibebankanlah (dosanya) kepadanya.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Untuk orang kafir mereka akan dimasukkan ke dalam neraka tanpa melalui Mizan. Hanya orang muslim saja akan melalui Mizan (timbangan amal). Selepas Mizan mereka akan  melalui tahap selanjutnya iaitu ke Telaga.

Kesembilan : Telaga (al-Haudh)

Umat Muhammad SAW akan mendatangi air pada telaga Rasulullah SAW.  Barang siapa minum dari telaga tersebut maka ia tidak akan haus selamanya.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Sesungguhnya aku telah mendahului kalian menuju al-haudh…” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim dari sahabat Sahl bin Sa’d).

Perlu kita ketahui bahawa setiap para nabi  memiliki telaga. Namun telaga Rasulullah SAW adalah yang paling besar, paling mulia, paling indah, dan paling banyak pengikutnya. Hal ini berdasarkan sabda Nabi SAW  yang bermaksud : “Sesungguhnya setiap Nabi memiliki telaga, mereka membanggakan diri, siapa di antara mereka yang paling banyak peminumnya (pengikutnya). Dan aku berharap, akulah yang paling banyak pengikutnya.” (Hadis Riwayat  Tirmidzi)

Setelah Telaga, umat muslim akan ke tahap selanjutnya yaitu tahap Ujian Keimanan Seseorang. Perlu dicatat bahwa orang kafir dan orang yang berbuat syirik sudah masuk neraka (setelah tahap Mizan, seperti dijelaskan di atas).

Kesepuluh : Ujian Keimanan Seseorang

Selama di dunia, orang munafik terlihat seperti orang beriman kerana  mereka menampakkan keislamannya. Pada fasa  inilah kepalsuan iman mereka akan diketahui, diantaranya cahaya mereka redup. Mereka tidak mampu bersujud sebagaimana sujudnya orang mukmin. Apabila dibawa mengadap, orang-orang munafik ini merayu-rayu agar orang-orang mukmin menunggu dan menuntun jalannya.Kerana masa itu benar-benar gelap dan tidak ada petunjuk kecuali cahaya yang ada pada tubuh mereka.

Allah SWT berfirman maksudnya : ”Pada hari ketika orang-orang munafik laki-laki dan perempuan berkata kepada orang-orang beriman:”Tunggulah kami supaya kami dapat mengambil sebahagian dari cahayamu”.Dikatakan (kepada mereka):”Kembalilah kamu ke belakang dan carilah sendiri cahaya (untukmu)”.Lalu diadakan diantara mereka dinding yang mempunyai pintu.Di sebelah dalamnya ada rahmat da di sebelah luarnya dari situ ada siksa.(Surah al- Hadid ayat 13).

Setelah ini umat muslim yang lulus  sampai tahap Ujian Keimanan seseorang itu, akan melalui Sirat.

Ke sebelas : Sirat

Sirat adalah jambatan yang dibentangkan di atas Neraka Jahannam, untuk diseberangi orang-orang mukmin menuju ke syurga (jannah)

Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah ditanya tentang sirat, maka baginda bersabda maksudnya : "Tempat menggelincirkan, di atasnya ada besi penyambar dan pengait dan tumbuhan berduri yang besar, ia mempunyai duri yang membahayakan seperti yang ada di Najd yang disebut pohon Sud’an.(Hadis Riwayat Muslim)

“Telah sampai kepadaku bahwasanya sirat itu lebih tipis dari rambut dan lebih tajam dari pedang”. (Hadis Riwayat  Muslim)

“Ada yang melalui sirat laksana sekelip mata dan ada yang seperti kilat, ada yang seperti tiupan angina, ada yang terbang seperti burung dan ada yang menyerupai orang yang mengendarai kuda, ada yang selamat seratus peratus, ada yang lecet-lecet dan ada juga yang ditenggelamkan di Neraka Jahannam”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Yang paling pertama menyebarangi sirat adalah Nabi Muhammad SAW dan para pemimpin umat baginda. Baginda  bersabda maksudnya  : “Aku dan umatku yang paling pertama yang diperbolehkan melalui  sirat dan ketika itu tidak ada seorangpun yang bicara, kecuali Rasul dan Rasul berdoa ya Allah selamatkanlah, selamatkanlah"
(Hadis Riwayat Bukhari) 

Bagi umat muslim yang berhasil melalui sirat tersebut, akan ke tahap selanjutnya jambatan.

Kedua  belas : Jembatan

Jambatan disini, bukan sirat yang letaknya di atas Neraka Jahannam. Jambatan ini dibentangkan setelah orang mukmin berjaya  melewati sirat  yang berada di atas Neraka Jahannam.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya  : “Seorang mukmin akan dibebaskan dari api neraka, lalu mereka diberhentikan di atas jambatan antara syurga dan neraka, mereka akan saling diqisas antata satu sama lainnya atas kezaliman mereka di dunia. Setelah mereka bersih dan terbebas dari segalanya, barulah mereka diizinkan masuk syurga. Demi Zat yang jiwa Muhammad di tangan-Nya, seorang diantara kalian lebih mengenal tempat tinggalnya di syurga daripada tempat tinggalnya di dunia”.(Hadis Riwayat Bukhari).

Setelah melalui  jembatan ini barulah orang mukmin masuk syurga Allah SWT .

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita bermuhasabah diri kita sendiri. Kebenaran telah terbentang luas dihadapan kita, jalan mana yang ingin kita ikuti? Jalan lurus atau jalan bengkuk? Jika jalan yang lurus maka kita akan terselamat melalui 12 fasa tersebut di atas, tetapi jika jalan yang bengkuk maka kita akan mengalami azab sengsara yang tidak berkesudahan dan penyesalan ketika kita sudah tidak berguna lagi.

Oleh itu pergunakanlah masa sebaik-baiknya ketika di dunia ini, buatlah amal kebaikan sebanyak-banyaknya dan tinggalkanlah kemungkaran, maksiat dan dosa.

Semoga Alah SWT memberi kekuatan dan selalu membimbing kita untuk tetap istiqamah di jalan-Nya sehingga dapat mencapai syurga-Nya dan dijauhkan dari seksa neraka-Nya.

15 Tanda Kematian Mulia (شاهد وحمل فيديو)

Pernahkah kita meminta supaya kita dimatikan dengan penutup yang baik ‘husnul khatimah’?

Sebenarnya bukan kena minta sahaja tetapi kena buru dan kena cari. Kali ini kita bincangkan tanda-tanda mati husnul khatimah. Antara tanda mati husnul khatimah ialah:

1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga." (Hadis Riwayat Hakim)

2. Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: "Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya." (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas'ud)

3. Mati syahid di dalam medan perang.

4. Mati dalam peperangan fisabilillah.

Rasulullah bersabda, maksudnya: "Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian?

Mereka menjawab: "Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah.

Baginda bersabda: "Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit."

Kalangan sahabat kembali bertanya: "Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?"

Baginda menjawab: "Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid."(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)

5. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah S.A.W. meriwayatkan antaranya sebagai berikut:

Rasulullah bersabda, maksudnya: "Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim." (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)

6. Mati kerana tenggelam.

7. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah.

Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: "Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah." (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)

8. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.

9. Mati terbakar.

10. Mati kerana penyakit busung perut.

Mengenai kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling masyhur adalah dari Jabir bin Atik secara marfu': "Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid." (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad)

11. Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC).

Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: "Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid." (Hadis riwayat Thabrani)

12. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. "Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa'i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

13. Mati dalam membela agama dan jiwa. "Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati dalam membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid."

14. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah S.A.W.  bersabda, maksudnya: "Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur)."

15. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh.

Semoga kematian kita dalam husnul khatiimah.

Tidak seorangpun mampu melarikan diri dari kematian. Bahkan, kematian itu yang akan menemui kita, bila dan dimanapun. “Katakanlah (wahai Muhammad) bahwa kematian yang kalian lari daripadanya, dia akan menemui kalian…” (Surah  Al-Jumu‘ah ayat 8).

Kita pun tidak dapat bersembunyi darinya: “Di mana saja kalian berada, kematian itu akan mendapatkan kalian, walaupun kalian bersembunyi di balik benteng yang sangat tinggi lagi kukuh…” (Surah Al-Nisâ’ ayat 78).

Pesan ‘Ali ibn Abi Thalib…

Kematian bukan untuk ditakuti. Kerana takut atau tidak takut, kematian akan datang. Yang penting adalah persiapan untuk menghadapi waktu datangnya kematian. Maka, ada dua hal penting berkenaan dengan kematian ini:

1. Banyak mengingatnya. Jangan lalai dalam hal ini. “Perbanyklah mengingat kematian, sebab seorang hamba yang banyak mengingatnya, maka Allah akan menghidupkan hatinya dan akan menghilangkan baginya rasa sakit kematian itu.” (Hadis Riwayat  Al-Dailami)

2. Bersiap-siap dalam menyambutnya. Kita harus mempersiapkan amal sebanyak-banyak untuk kematian. Al-Ashbu’ al-Hanzhali menceritakan bahwa menjelang kematiannya, Imam ‘Ali bersenandung lewat bait syair:

Bersiaplah menghadapi kematian

Kerana kematian nescaya menjumpaimu

Janganlah engkau takut akan kematian

Saat itu telah berada di lembahmu

Persiapkanlah 7 Bekalan Untuk Menghadapi Saat Kematian

Sahabat yang dirahmati Allah,
Sesiapa pun tidak dapat menduga bilakah saat kematian mereka akan tiba. Sebab itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan 'menanti' saat kematian mereka.

Firman Allah s.w.t.yang bermaksud : "Apabila nafas (seseorang) telah sampai ke kerongkong, dan dikatakan kepadanya, "' Siapakah yang dapat menyembuhkan'. Dan dia yakin bahawa sesungguhnya itulah waktu perpisahan dan bertaut betis kiri dan betis kanan, kepada Rabbmulah pada hari itu kamu dikembalikan." 
(Surah al-Qiyamah ayat 26-30).

Allah berfirman yang bermaksud: "Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali."
(Surah al-Anbiyak ayat 35)

Hidup dizaman kemajuan ICT dan dunia tanpa sempadan, kejadian mati mengejut dan mati ditimpa musibah adalah sesuatu perkara biasa. Di negara kita sendiri kematian disebabkan kemalangan jalan raya, mati disebabkan sakit jantung dan mati mengejut yang lain adalah beberapa kes kematian yang sering berlaku setiap hari.

Soalannya, apakah persiapan kita bila mati datang mengejut? Adakah kita telah membuat persiapan sekiranya saat kematian itu datang? Ketika itu apakah yang dapat kita bawa bersama sebagai teman setia yang akan membantu kita menghadapi saat getir di alam barzakh?

Sahabat yang dimuliakan,
Terdapat tujuh amalan atau persiapan yg perlu kita lakukan sebelum ajal datang menjelma, maksudnya kita dah buat persiapan awal tanpa kita tunggu masa yg sesuai, selagi boleh kita buat kita terus melaksanakannya.

Amalan Pertama : Setiap hari hendaklah bertaubat dan beristighfar.

Rasulullah s.a.w. pernah menasihati umatnya agar sentiasa bertaubat kepada Allah : "Wahai sekelian manusia, bertaubatlah kamu kepada Tuhan sebelum kamu mati. Gunakanlah kesempatan yang ada untuk beramal dan berbakti sebelum masa kamu dipenuhi oleh urusan dan kerja. Wujudkanlah satu pertalian antara kamu dengan-Nya, memperbanyakan mengingati-Nya (zikrullah)."

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud :"Orang yang bertaubat dari dosanya adalah seperti orang yang tidak punya dosa."

Rasulullah s.a.w .beristigfar lebih tujuh puluh kali sehari supaya lidah dan hati sentiasa menyebut dan mengingati Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :“Dan tidaklah Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun (istighfar)”
(Surah Al-Anfal ayat 33)

Amalan Kedua : Betulkan solat kita dan cuba untuk khyusuk.

Jangan lambat-lambatkan solat bagi lelaki cuba solat berjemaah dimasjid. Solat adalah amalan yg pertama disemak di hari akhirat nanti jika solat diterima maka amalan lain juga akan diterima.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :"Berapa ramai orang yang mendirikan solat, tetapi yang diperolehinya hanya penat dan letih kerana mereka itu lalai dalam solatnya."

Khusyuk menjadi syarat sama ada solat seorang akan diterima oleh Allah. Jika khusyuk tidak wujud dalam diri orang yang menunaikan solat, maka ruang kosong itu pasti terisi dengan sifat lalai. Oramg yang lalai tidak akan merasai keagungan Allah, sekalipun lidahnya mengucapkan kalimah-kalimah yang mengandungi kata-kata pujian kepada Allah.

Daripada Abu Hurairah, katanya bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud: "Sesungguhnya amalan yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari kiamat mengenainya ialah solatnya, jika solatnya diterima, maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia. Jika solatnya tidak diterima, maka kecewa dan rugilah ia. Jika terkurang daripadanya solat fardu sesuatu. Allah berfirman: 'Periksalah, adakah hambaku itu mempunyai solat-solat sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang daripada solat fardu. Demikianlah keadaan amalan lain."
(Hadis Riwayat Tirmizi)

Amalan Ketiga selesaikan semua hutang :

Roh seorang Mukmin yang beriman atau pun roh seorang syuhada akan tergantung diantara langit dan bumi kerana hutangnya yg belum diselesaikan. Jangan tanguh-tanguh untuk membayar hutang. Apabila mempunyai wang yang cukup terus membayarnya.

Salah satu perkara yang sangat menakutkan apabila hutang itu tidak dapat diselesaikan ialah bilamana orang yang masih menanggung hutang itu mati atau meninggal dunia dalam keadaan hutang yang belum habis diselesaikan. Anak-anak , isteri dan waris-waris pula tidak tahu ataupun tidak mahu bertanggungjawab untuk menyelesaikan hutang si mati di mana mengikut hadis org yg mati sedangkan ia masih berhutang maka rohnya terapung-apung dilangit dan semua amalannya tergantung.

"Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu katanya: Telah bersabda Rasulullah s.a.w maksudnya : "Roh seseorang Mukmin itu tergantung-gantung (dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan.''
(Riwayat Al-Imam Al-Tarmizi).

Oleh itu tulislah satu surat wasiat dan senaraikan semua hutang-hutang yang ada lengkap dengan jumlah dan nama dan alamat orang yang memberi hutang, serahkan kepada waris terdekat atau pemegang amanah (syarikat yang menguruskan wasiat) apabila mati datang mengejut urusan hutang-piutang ada pihak lain yang akan menyelesaikannya supaya rohnya kembali kepada Allah s.w.t. dalam keadaan tenang tidak tergantung.

Amalan Keempat :Banyakkan sedekah jariah.

Termasuk dalam kategori sedekah jariah ialah harta yang diwaqafkan, termasuk tanah, rumah, kebun atau lain-lainnya untuk dimanfaatkan oleh orang lain. Misalnya, seseorang mewaqafkan bangunan untuk dijadikan sekolah, asrama, hospital, masjid dan seumpamanya.

Mendirikan bangunan untuk kepentingan awam yang dihalalkan Islam juga dikira sedekah jariah. Menubuhkan perpustakaan atau pusat sumber bagi meningkatkan ilmu dan iman orang Islam juga amal jariah yang sangat dituntut.

Mendirikan rumah waqaf untuk kaum kerabat sahaja atau umum untuk orang-orang miskin yang memerlukan tempat berteduh atau untuk disewakan dan hasilnya dikhairatkan untuk kebajikan umum.

Mendirikan rumah "musafir khanah" untuk persinggahan orang-orang musafir yang memerlukannya. Dan lain-lain lagi yang termasuk dalam amalan yang diredhai Allah seperti mencetak al-Qur'an dan kitab-kitab Islam serta buku-buku pengetahuan yang berguna dan sebagainya. Amalan "waqaf" dalam Islam ini telah bermula semenjak zaman Rasulullah s.a.w.

Selagi harta benda yang diwaqafkan itu masih wujud dan dinikmati faedahnya olah umum maka tuan punya harta itu akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia mati.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah ada bersabda, bermaksud: “Apabila seorang mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, (iaitu): Sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang solih yang berdo'a untuknya.” 
(Hadis Riwayat Muslim dan lain-lain termasuk Imam Ahmad.)

Amalan Kelima : Ilmu yang bermanfaat.

Ilmu yang dapat dimanfaatkan maksudnya ilmu yang diajarkan ketika seseorang itu masih hidup dan ia kemudiannya dimanfaatkan pula oleh orang lain, maka pahala mengajar itu berterusan selagi orang yang menerima ilmu itu mengamalkannya.

Ilmu yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah ilmu agama dan juga ilmu mengenai dunia. Ilmu agama ialah al-Qur'an dan al-sunah serta segala cabangnya. Ilmu dunia ialah sains alam, dan pengurusan pentadbiran dan kenegaraan serta yang berkaitan dengannya.

Pahala diterima oleh mereka yang menyebarkan ilmu berkekalan hingga hari kiamat selagi manusia dapat manfaat daripada ilmu yang diajarkan itu. Ilmu yang disebarkannya itu, sama ada melalui syarahan, penulisan kitab, akhbar atau majalah atau apa-apa rakaman yang dapat dirujuk dalam bentuk cetak dan elektronik maka ia mendapat ganjaran berkekalan.

Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : "Sesiapa yang mengajak ke jalan hidayat, maka baginya dari pahala seperti pahala (sebanyak pahala) pengikutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dari pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak ke jalan sesat, maka menanggung dosa sebanyak dosa-dosa pengikutnya, dengan tidak mengurangi dari dosa-dosa mereka sedikit pun. 
(Diriwayatkan oleh Imam Muslim)

Amalan Keenam : Anak yang soleh yang mendo'akannya .

Anak yang dididiknya ketika hayatnya hingga menjadi orang soleh dan sentiasa mendo'akan kesejahteraan ibu bapanya sesudah meninggal dunia. Hadis ini memberi jaminan do'a anak yang soleh kepada orang tuanya diterima Allah s.w.t.

Do'anya itu bukan sahaja rahmat kepada kedua ibu bapanya yang masih hidup atau yang telah mati, tetapi akan membawa kebaikan dan pahala yang besar kepada anak itu sendiri. Sungguh beruntung anak yang sentiasa mengingati kedua ibu bapanya dengan mendoakan mereka selepas mengerjakan solat dan semasa berada pada hari baik bulan baik atau semasa berada di tanah suci yang sangat berkat dan mustajab do'a padanya.

Sebaik-baiknya berdo'alah seperti berikut:

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيْرًا. "Ya Tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku serta cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."

Menurut panduan al-Qur'an pada tiap-tiap kali seseorang itu berdoa memohon rahmat bagi dirinya ibu bapa dan kaum kerabatnya eloklah ia meluaskan do'anya itu sehingga meliputi umat Islam umumnya yang hidup dan yang mati.

Sebab itu eloklah ia mengakhiri doanya dengan menyebut: وَلِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ."Dan ampunilah dosa-dosa orang-orang Islam lelaki dan perempuan; dan dosa orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan; yang hidup dan yang mati. Dengan kelimpahan rahmat-Mu wahai Tuhan yang tidak ada taranya tentang limpahan rahmat-Nya."

Di dalam Syurga, seseorang diangkat darjatnya oleh Allah lalu dia bertanya kepada Allah: “Ya Tuhanku, bagaimana saya mendapat darjat kebesaran ini?”.

Firman Allah bermaksud : “Ini disebabkan do'a anakmu yang memohonkan keampunan bagimu.” 
(Riwayat Imam Ahmad - Mustika Hadis).

Amalan Ketujuh : Meminta maaf kepada semua orang yang kita melakukan dosa kepada mereka.

Tidak perlu menunggu Hari Raya. Dosa mengumpat, memfitnah, menyakiti hati orang dan mengambil hak mereka. Jika kita telah terambil hak atau barang-barang mereka maka pulangkanlah.

Anak segeralah memohon ampun kepada kedua ibu bapa. Isteri hendaklah segera memohon ampun kepada suami. Murid hendaklah memohon kemaafan kepada guru-guru. Kita hendaklah memohon maaf kepada saudara-mara, jiran tetangga, sahabat handai, rakan sekerja dan sesiapa saja yang kita rasa telah melakukan dosa kerana Allah s.w.t. tidak akan mengampunkan dosa yang dibuat sesama manusia.

Sahabat yang dihormati,
Amalkanlah tujuh perkara tersebut sebagai usaha-usaha kita semasa di dunia ini supaya apabila kita bertemu Allah di alam barzakh dan hari akhirat nanti kita telah membuat sesuatu yang dapat membantu kita dan menyelamatkan kita daripada halangan dan gangguan untuk mendapat keampunan di sisi Allah s.w.t.

Pepatah ada megatakan : "Sediakan payung sebelum hujan" untuk kita menghadapi saat kematian maka kita perlu sediakan tujuh perkara sebelum kita dipanggil pulang oleh Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t. maksudnya : “Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi direrdhaiNya. Maka masuklah ke dalam jema’ah hamba-hamba-Ku. Masuklah ke dalam Syurga-Ku” (Surah Al-Fajr ayat 27-30)

Orang Mukmin Sentiasa Mengingati Kematian Kerana Jalan Untuk Membersihkan Hati.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Menjelang kematian setiap anak Adam, dia pasti mengalami apa yang disebut sakratul maut. Di istilahkan sebagai sakrah kerana pada saat itu, empunya diri berada di sempadan antara hidup dan mati. Dia berada dalam keadaan mabuk kepayang. Antara sedar dan tidak. Dia berasa sakit yang amat sangat pada seluruh anggota tubuhnya serta rasa dahaga yang tidak terkira.

Kata alim ulama, mereka yang sedang nazak dan akan mati, pandangan matanya kelam, dan seluruh ingatan serta memorinya akan memutarkan kejadian demi kejadian yang berlangsung sepanjang hayatnya. Ibarat 'DVD' yang sudah melalui proses 'rewind'.

Di saat itu, Malaikat Maut yang biasa kita dengar namanya sebagai Izrail berdiri di hadapan peminjam nyawa yang bakal dipanggil pulang itu. Izrail bersikap bengis dan kasar pada setiap penderhaka atau mereka yang semasa hidupnya tak fikir nak buat amalan baik dan menurut perintah Allah. Izrail akan berlembut dan ramah terhadap mereka yang soleh, dan mereka yang melaksanakan sunnah Rasulullah SAW.

Tatkala si penderhaka melihat bahawa lembaran hidupnya lebih banyak maksiat dan kejahatan dia pun berteriak-teriak melolong-lolong. Tetapi teriakan dan rintihannya itu tidak dapat didengar oleh orang lain. biarpun ramai sanak saudara dan rakan taulan berada dikelilingnya. Hanya dirinya sahaja yang tahu. Al-Quran ada mengambarkan keadaan ini. Firman Allah SWT maksudnya : "Tidak! Apabila (nyawa)  telah sampai ke kerongkong dan  dikatakan (kepadanya) , 'Siapa yang dapat menyembuhkan?'. Dan dia yakin bahawa itulah waktu perpisahan (dengan dunia), dan bertaut betis (kiri) dengan betis (kanan), kepada Tuhanmulah pada waktu itu kamu dihalau." (Surah al-Qiyamah ayat 26-30).

Pada saat itu tidak ada siapa yang dapat menolong samaada ayah, emak, anak, adik beradik, guru, sahabat atau siapa sahaja yang bertaraf makhluk.

Inilah saat yang sangat mengejutkan dan mengerikan ibarat melihat panahan petir sewaktu hari sedang panas terik. Saat itu simati akan teringat terhadap ancaman Allah yang berupa Neraka Jahannam, yang mungkin pernah didengar atau dibaca sebelum saat nazaknya. Firman Allah SWT maksudnya : "Dan pada hari itu, diperlihatkan Neraka Jahanam ; dan pada hari itu ingatlah kalian akan tetapi tidak berguna lagi mengingati itu baginya. Dan dia berkata , 'Alangkah baiknya kiranya aku dahulu mengerjakan amal soleh untuk hidupku ini. Maka pada hari itu tiada seorang pun yang menyeksa seperti seksaan-Nya dan tiada seorang pun yang mengikat seperti ikatan-Nya" (Surah al-Fajr ayat 23-26)

Sahabat yang dimuliakan,
Kematian merupakan saat berakhirnya riwayat kehidupan kalian maknanya terputuslah perhubungan kalian dengan apa sahaja yang nyata di alam ini. Kalian akan tinggalkan keluarga, anak-anak, harta, saham, pangkat, perniagaan dan kemasyhuran (glamor). Maka buku catitan mengenai segala amal perbuatan kalian tertutup sudah, dan menanti masa untuk diperiksa samaada menerima ganjaran atau hukuman. Allah telah merakam dan menghitung semuanya dengan sangat teliti sehingga tidak ada satu perkara pun yang ketinggalan, hatta amal sebesar atom sekalipun.

Bagi orang-orang yang ingkar dengan ajaran Allah, baik mereka yang mengaku Islam atau mereka yang tidak memeluk Islam, kematian menjadi saat yang sangat mengejutkan. Gundah gulana apabila mereka sekali teringat akan mati, seperti orang hilang peduman.Berbeza pula pada diri orang-orang mukmin, dia tidak takut dan kelam kabut dengan kematian. Malah dia menerima kematian itu suatu proses yang tabie (natural) dan mesti dilalui.

Apabila kalian mengisi masa dan waktu dengan iman dan amal soleh dan melaksanakan sunnah Rasulullah SAW dengan penuh ikhlas dan menjauhi maksiat dan permusuhan, hati dan jiwa kalian akan merasa lebih tenang untuk menghadapi saat kematian. Sunnah Nabi SAW  yang paling besar adalah sunnah berdakwah dan mendirikan jamaah atau negara berasaskan syariat agama. Sunnah berdakwa bermakna menjadikan diri mentaati suruhan Allah dan turut mengajak orang lain mentaati Allah.

Sekiranya sepanjang hidup kalian sentiasa bertaubat dan sentiasa berhati-hati menjaga suruhan agama, serta melaksanakan sunnah berdakwah, sebagaimana janji al-Quran (janji Allah) merekalah akan mendapat saat kematian yang baik (husnul khatimah). Saat kematian merupakan panggilan kehormatan bagi orang-orang beriman seumpama ini. Allah SWT menyambutnya dengan berfirman yang bermaksud : "Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Rabbmu. Masuklah ke dalam jamaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam Syurga-Ku." (Surah al-Fajr ayat 27-30)

Sahabat yang dikasihi,
Rasulullah SAW pernah berpesan bahawa orang yang sebenarnya cerdik ialah orang yang mengingati mati, lalu dia mempersiapkan diri untuk menghadapi saat-saat itu. Jadi apabila tiba masanya dia tidaklah kelam kabut atau menyesal berpanjangan.

Allah berfirman yang bermaksud: "Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali."
(Surah al-Anbiyak ayat 35)

Diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah SAW  bersabda yang bermaksud: "Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail: 'Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa'."

Justeru, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu lagi bergelak sakan dan bersenang-lenang seolah mereka tiada masalah yang perlu difikirkan dalam hidup. Tidakkah dia terfikir bagaimana kesudahannya nanti apabila saat dia akan bertemu Allah?.

Takdirnya esok hari terakhir Allah 'pinjamkan' nyawa kepada kita untuk bernafas di muka bumi ini adakah kita sudah cukup bekalan bagi menghadapi dua fasa berikutnya iaitu alam barzakh dan alam akhirat?

Tiada seorang pun di dunia ini dapat menggambarkan bagaimana perasaan dan pengalaman mereka menghadapi saat kematian. Oleh itu marilah sama-sama kita muhasabah diri sendiri dan membuat persiapan di atas kematian yang akan datang bila-bila masa. Dengan kita sentiasa mengingati kematian akan membuatkan hati kita sentiasa bersih daripada mabuk dunia yang sementara ini. Di samping perbanyakkan amal soleh, kita perlu juga persiapkan tiga bekalan yang akan ditinggalkan nanti yang akan memberi saham ketika  di alam barzakh.
Sebagiana Nabi SAW bersabda maksudnya : "Apabila mati seorang anak Adam, putuslah amalnya melainkan tiga perkara, iaitu : sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anaknya yang soleh yang mendoakan dia." (Hadis Riwayat Musilm)

Keseronokan Dunia dan Leka Punca Manusia Lalai Mengingati Mati

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap manusia akan mati samaada orang tua, dewasa, orang muda atau kanak-kanak  . Kematian seorang manusia telah ditetapkan oleh Allah SWT dan telah tertulis di Loh Mahfuz dan semasa dalam kandungan seorang ibu ajak maut seseorang telah pun ditetapkan.

Inilah saat dinanti-nantikan setiap manusia, tidak kira agama apa yang dianuti, pastinya mati akan datang menjemput kita. Sebagai seorang Islam yang berpegang kepada al-Quran dan hadis, kita mempercayai kehidupan, kematian dan kehidupan selepas mati wajib dilalui semua manusia.

Bagaimana sihat seseorang, kuasa dan kekayaan, manusia pasti mati dan meninggalkan dunia fana ini. Malah, Nabi dan Rasul iaitu manusia yang paling dekat dengan Tuhan, bahkan yang menjadi kekasih Allah pun tidak dapat lari daripada kematian, menghadapi alam barzakh dan hari penghakiman di Padang Mahsyar.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Di mana saja kamu berada, pasti mati mendatangi kamu, sekalipun kamu bersembunyi di atas mahligai atau benteng yang paling kuat.” (Surah an-Nisaa’, ayat 78)

Persoalan mati adalah suatu kejadian yang paling hebat, suatu kejadian yang tidak dapat dielakkan. Bila seseorang manusia itu mati, ia dikatakan kiamat kecil berlaku pada diri kerana jasadnya menjadi busuk, dimakan cacing, tulang belulang menjadi hancur lebur dan roh keluar dari badan manusia.

Kubur atau alam barzakh adalah tempat permulaan alam akhirat. Sebagaimana kesukaran manusia menghadapi keperitan saat nazak kematian, maka jenazah juga sekali lagi menghadapi kesukaran seksaan kubur di alam barzakh.

Sebaik saja ahli keluarga dan sahabat handai selesai mengebumikan dan berjalan pulang, maka suasana gelap, dua malaikat Munkar dan Nakir datang menghampiri serta mendudukkan jenazah. Bagi jenazah yang beriman dan berbekalkan amal soleh serta ketakwaan unggul maka alam barzakh adalah suatu kerehatan yang damai. Tetapi bagi jenazah yang ingkar, sarat dengan beban dosa kerana melanggar perintah Allah, alam barzakh adalah episod ngeri hingga datangnya hari kiamat.

Mereka berkeadaan seperti orang lemas dalam air yang meraung meminta pertolongan. Ingatlah wahai sekalian umat Islam bahawa pada akhir zaman ini, semakin kurang yang bercakap mengenai kematian, alam barzakh dan Mahsyar kerana sibuk dengan kelazatan kehidupan dunia.

Akhirnya mereka terkejut besar apabila malaikat Izrail datang mencabut nyawa.

Saidina Ali pernah berkata: “Manusia tidur lena, apabila kematian tiba baru dia terjaga daripada tidurnya. Demikianlah orang yang tidak mengingati mati itu sentiasa dalam keadaan lalai atau bagaikan orang yang tertidur dia akan terkejut bila kematian datang secara mendadak.”

Kesibukan mencari keseronokan dunia adalah penyumbang terbesar kelalaian manusia mengingati mati dan membuat persediaan menghadapi kematian. Contohnya, penagih dadah sanggup melakukan apa saja termasuk mengambil ubat jalanan yang mengandungi dadah dan bahan terlarang bagi menambah lagi nikmat keseronokan.

Perbuatan ini seolah-olah menggali lubang kubur sendiri. Mereka ini akan menanggung seksaan hidup dengan penyakit kronik yang akhirnya membawa kepada kehancuran dan kematian.

Berdasarkan kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), ada ajaran sesat tidak menerima hakikat kematian pemimpinnya. Mereka sering mendakwa keajaiban pemimpin yang kadangkala lebih hebat daripada Rasulullah SAW dan Khulafa al-Rasyidin.

Firman Allah SWT bermaksud: “Tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Maka sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan tiadalah kehidupan di dunia ini melainkan kesenangan yang memperdayakan.” (Surah Ali-Imran, ayat 185)

Menghadapi kematian pemimpin yang disayangi sememangnya perit dan sukar diterima. Kita perlu mencontohi sikap waras Abu Bakar ketika berdepan kewafatan Nabi SAW. Beliau memujuk Umar al-Khattab yang masih terkejut seraya berkata: “Ketahuilah, sesiapa yang menyembah Muhammad , maka sesungguhnya Muhammad telah wafat. Sesiapa yang menyembah Allah, maka sesungguhnya Allah sentiasa hidup tidak akan mati.”

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita membuat persiapan sebelum saat kematiaan datang menjemput kita. Ketika saat itu datang sedangkan kita masih terleka dengan keseronokan dunia dan masih tidak menyediakan bekalan yang cukup untuk satu perjalanan yang jauh maka kitalah yang akan rugi dan menyesal. Ketika berada di alam barzakh ketika itu tidak berguna lagi peneyesalan dan tidak ada taubat lagi ketika itu, apa yang berguna adalah amal soleh yang kita kerjakan semasa di dunia. Oleh itu perbanyakkanlah amal ibadah, amal soleh, amal kebajikan dan sedekahlah sebanyak yang mampu kerena sedekah yang ikhlas akan meringankan azab di alam barzakh dan hari akhirat. Sedekah jariah yang berterusan akan mendapat perlindungan Arasy di Padang Mahsyar dan membatu ketika timbangan amal (Mizan) , terdapat pintu khusus di syurga untuk mereka yang banyak bersedekah ketika di dunia. Mereka yang banyak bersedekah dengan rahmat Allah SWT akan diizinkan masuk kepintu tersebut dengan hati yang tenang dan gembira.

Bersiaplah Untuk Sebuah Kematian

Sahabat yang dirahmati Allah,
Ingatlah bahawa kehidupan manusia ini, walau apapun yang kita buat dan ke mana kita pergi, apapun perancangan kita, akhirnya kita akan kembali kepada Allah SWT. Hakikat hidup itu ialah bagaimana kesudahan kita mati. Walau amal banyak sekalipun, nilai amal tadi ialah kalau akhir kalam kita baik, baiklah amal kita dan jika sebaliknya, kita akan menanggung kerugian yang amat besar di akhirat.

Oleh itu, jangan lalai daripada mengingati kematian, bagaimana akhir kalam kita. Orang-orang yang Muttaqin selalu fikir bagaimana keadaan dirinya ketika sakaratul maut. Mereka bimbang akan akhir kalam mereka, mereka takut tercabut iman ketika mati.

Seorang ulama sufi bernama Sufyan at-Thauri selalu menangis pada waktu malam. Kadang-kadang anak murid bimbang melihat keadaan beliau, sehingga mereka bertanya, "Wahai guru, mengapa engkau selalu menangis, sedangkan kehidupanmu penuh dengan amal soleh. Pasti Allah ampunkan dosa-dosamu."

Beliau menjawab, "Wahai muridku, aku tidak bimbang bertemu Allah dengan membawa dosa yang banyak, tetapi aku bimbang ketika hampir mati nanti, tercabut imanku ketika itu."

Begitulah ketakutan orang soleh dan para auliya di mana mereka itu tidak kagum langsung pada amal, tidak dihitung langsung amal mereka. Sebaliknya yang dihitung ialah bagaimana akhir kalam mereka nanti, samaada baik atau buruk, kerana kita dalam ilmu Allah. Kita tidak tahu bagaimana akhir kalam kita, bagaimana pandangan Tuhan ke atas kita. Malangnya kita sahaja yang rasa kita sudah baik, banyak beramal tapi bagaimana pandangan Tuhan terhadap amal, zikir dan ibadah kita?

Sahabat yang dimuliakan,
Pandangan manusia berbeza, mungkin manusia tengok kita baik, kuat beramal dan beribadah, tapi Allah bagaimana? Dan apakah jaminan bahawa akhir kalam nanti, kita mati dalam iman atau atau tidak.

Fudail bin 'Iyadh, seorang wali Allah selalu menangis mengenangkan hal ini. Guru beliau dan khadam gurunya, yang selama ini membimbing beliau sehingga mencapai maqam kerohanian yang tinggi pun mati dalam keadaan kufur kepada Allah SWT. Apatah lagi dirinya yang belum dijamin apa-apa oleh Allah SWT. Inilah yang mencemaskan beliau.

Diceritakan ada seorang pencuri kain kapan yang ingin bertaubat di hadapan Abu Yazid al-Bustami. Maka Abu Yazid bertanya kepada orang itu, "Apakah penyebabnya maka engkau ingin bertaubat?"

Ia menjawab, "Lebih kurang seribu kuburan telah aku gali, semua muka mereka itu berpaling dari kiblat, hanya ada dua mayat yang tetap mukanya menghadap kiblat."

Maka Abu Yazid berkata, "Kasihan mereka! Kerana ragu-ragu dengan rezeki menyebabkan muka mereka berpaling dari kiblat." Yang berpaling dari kiblat itu ialah orang yang tercabut iman ketika mati kerana mereka ragu-ragu dengan jaminan rezeki daripada Allah SWT.

Sahabat yangdikasihi,
Ramai manusia hari ini mati dalam keadaan tercabut iman. Jangan rasa kita orang Islam, maka mati Islamlah kita. Itu adalah tipu daya Iblis untuk merosakkan manusia. Sebab itu ramai orang sibuk menghitung pahala amal mereka, tetapi mereka tidak hitung banyak mana pahala itu ditolak oleh Allah SWT, sebab dalam hatinya kotor, penuh dengan penyakit takabur, ujub dan lain-lain. Sedangkan sifat orang bertakwa itu ialah bila beribadah, mereka bimbang kalau-kalau ibadah mereka tidak diterima Allah SWT.

Oleh itu janganlah merasa selamat dengan amal yang banyak, sentiasalah muhasabah, bersihkan hati, banyak mengingati Allah, takut akan murka-Nya dan mengharapkan keampunan-Nya, moga-moga Allah mengurniakan rahmat-Nya kepada kita di akhirat nanti.

Keadaan Roh di Saat Kematian

Sahabat yang dirahmati Allah, 
Sabda Rasulullah SAW  yang bermaksud : "Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut sampai ke perut dan dari perut sampai ke dada dan kemudian mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasulullah SAW. lagi :

"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibril a.s. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilingnya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibril a.s."

"Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibril a.s. akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilingnya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya."

Dari sebuah hadis yang lain bahawa Allah SWT  menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata :

"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah SWT.."

Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah SWT. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah SWT. berfirman yang bermaksud : "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah rohnya dari arah lain."

Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah SWT. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan.Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu.Maka berkata tangan: "Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata : "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang -alik mengerjakankan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."

Apabila gagal malaikat maut mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata : "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan al-Quran dan zikir."

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut nyawa orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata : "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah."

Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah SWT. Kemudian Allah SWT. berfirman yang bermaksud : "Wahai malaikat-Ku, tulis Asma-Ku ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu."

Sebaik saja mendapat perintah Allah SWT. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah s.w.t.. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah SWT. maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang. "

Saidina Abu Bakar r.a. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar r.a. :

"Roh itu menuju ketujuh tempat :

1.Roh para Nabi dan Rasul menuju ke Syurga Adnin.

2.Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3.Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga 'Illiyyin.

4.Roh para syuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6.Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam Neraka Sijjin, mereka di seksa berserta jasadnya sehingga sampai hari kiamat."

Telah bersabda Rasulullah SAW. yang bermaksud :
"Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kubur :
1.Orang yang mati syahid

2.Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadan.

3.Orang berpuasa di hari Arafah."


Kisah orang beriman, Bidadari menantinya...
Berkata Sunaid bin Daud, telah berbicara kepadaku anak saudaraku, Juwairiyah bin Asmaa', katanya : "Kami pernah berada di Abbadan, maka telah datang menemui kami seorang pemuda dari Kufah. Pemuda itu adalah seorang yang kuat beribadah. Kemudian pemuda itu meninggal dunia pada hari yang sangat panas. Maka aku berkata : "Biarlah kita tunggu waktu teduh sedikit, barulah kita pergi menanamnya."

Aku tertidur, maka aku lihat seolah-olah aku sedang berada di sebuah tanah perkuburan. Di sana terlihat sebuah kubah yang berkilau-kilau cahayanya, sangat indah sekali. Sedang aku melihat kepadanya , tiba-tiba ia terbelah dua dan keluarlah daripadanya seorang jariah (bidadari), yang belum pernah kulihat jariah secantiknya sebelum ini.

Jariah itu datang kepadaku, seraya berkata : "Atas nama Allah, kuharap janganlah engkau tahan pemuda itu sehingga waktu petang!" Maka ketika itu aku sedar dari tidurku dalam keadaan terperanjat lalu aku segerakan menguruskan jenazahnya. Aku menanamnya di tempat aku bermimpi melihat kubah yang indah itu."

Sahabat yang dimuliakan,
Setiap manusia akan menemui kematian dan saatnya akan tiba bila-bila masa tanpa kita ketahui waktunya. Oleh itu pertingkatkanlah amal ibadah, amal soleh dan amal kebajikan semoga amalan kita ini dapat menjadi bekalan dan teman ketika kita bertemu dengan Allah SWT nanti di alam barzakh dan hari akhirat.


No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML