Balasan Daripada Allah S.W.T. Kepada Mereka Yang Menentang Dan Menghina Rasulullah S.A.W.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Perjuangan Rasulullah S.A.W. berdepan dengan pelbagai rintangan dan kesukaran. Terutama sekali tentangan dari kafir Quraisy Makkah. Lebih mengharukan apabila Rasulullah S.A.W. turut dibenci dan dimusuhi bapa saudaranya sendiri Abu Lahab.
Setelah Rasulullah S.A.W . dilantik oleh Allah S.W.T menjadi Rasul maka baginda teruskan berdakwah mengajak kaum keluarga baginda yang terdekat untuk beriman kepada Allah S.W.T. dan baginda sebagai pesuruh Allah .
Rasulullah S.A.W. keluar menuju suatu lapangan yang luas, lalu badinda mendaki bukit dan berseru: "Ya Shabahah (wahai waktu Subuh)!", maka kemudian berdatanganlah orang-orang Quraisy mengerumininya, baginda bersabda: "Bagaimana pendapat kamu, jika saya katakan kepadamu bahwa di seberang bukit ini ada musuh sedang mengintai untuk menyerbu di waktu petang, apakah kamu percaya?".
Mereka menjawab: "Kami percaya!"
Seterusnya baginda bersabda: "Sesungguhnya aku ini adalah pemberi peringatan bagi kamu sebelum menghadapi azab yang sangat dahsyat".
Abu Lahab berkata: "Hanya untuk ini sajakah engkau mengumpulkan kami" celaka bagimu!".
Menurut riwayat lain; Abu Lahab terus berdiri, menghempaskan kedua tangannya sambil berkata: "Celaka bagimu sepanjang hari, hanya untuk inikah engkau mengumpulkan kami?".
Lalu Allah menurunkan: "Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa".
(Hadis Riwayat Bukhari)
Dalam ayat ini Allah menerangkan bahwa Abu Lahab akan rugi dan binasa dan kata-kata ini sebagai kutukan dari Allah bagi Abu Lahab. Binasa pada kedua belah tangannya kerana tangan adalah alat bekerja dan bertindak. Bila kedua belah tangan seseorang telah binasa berarti ia telah binasa.
Permulaan ayat ini adalah kutukan atas kebinasaan Abu Lahab dan penutupnya adalah sebagai keterangan dari Allah bahwa kutukan tersebut telah terbukti dan Abu Lahab pasti rugi di dunia dan akhirat.
Walhal sebelum itu Abu Lahab tidak pernah memarahi atau membenci Rasulullah S.A.W. Semasa kelahiran baginda Abu Lahab telah mengadakan jamuan besar-besaran dengan menyembelih ratusan ekor unta untuk menyambut dan merai anak saudara kesayangannya. Bahkan hubungan kekeluargaan sangat erat, perkahwinan dua anak lelakinya Utbah dan Utaibah dengan dua orang puteri Rasulullah S.A.W. iaitu Ruqaiyah dan Ummi Kaltsum.
Abu Lahab juga mertua dari kedua anak baginda. Setelah turun surat Al Lahab, Abu Lahab mengatakan kepada anaknya: Kepalaku dan kepalamu haram hingga kamu menceraikan keduanya lalu iapun menceraikan kedua puteri Nabi S.A.W.
Setelah mereka diceraikan baginda Nabi S.A.W. lalu mengawinkan Ruqayyah kepada Utsman bin Affan keduanya hijarah ke Habsyah dan mempunyai anak yang bernama Abdullah.
Rabi'ah bin "Ubbad berkata : "Saya melihat Nabi Muhammad SAW. pada masa Jahiliah di pekan "Zul Majaz" bersabda: "Ucapkanlah Tiada Tuhan melainkan Allah niscaya kamu akan berbahagia!". Orang-orang berkumpul di sekitar baginda. Di belakang beliau seorang laki-laki, putih warna mukanya, juling matanya, mempunyai dua untaian rambut di kepalanya, berkata: "Dia (Muhammad) beragama sabi' dan pembohong". ia mengikuti Nabi ke mana saja baginda pergi, lalu saya bertanya: "Siapakah orang itu". Mereka menjawab: "Itu adalah bapa saudaranya sendiri Abu Lahab".
(Hadis Riwayat Ahmad)
Dengan ini dijelaskan bahwa Abu Lahab selalu menentang kebenaran dan menjauhkan orang mengikuti kebenaran, menyatakan bahwa Nabi Muhammad SAW., pendusta menentang baginda dan merendahkan nilai agama serta petunjuk yang baginda bawa.
Sesungguhnya Abu Lahab akan mengalami kerugian, usahanya tidak akan berhasil dalam menentang agama Allah. Tidak ada gunanya harta, usaha dan daya upaya untuk itu, kerana Allah yang meninggikan darjat Rasul Nya, menyebar-luaskan dakwahnya. Abu Lahab akan diazab pada Hari Kiamat dengan neraka yang menyemburkan bunga apinya dan panasnya sangat hebat, yang disediakan Allah untuk orang-orang yang semacam Abu Lahab dari kalangan orang-orang kafir yang menentang Nabi, selain azab-Nya di dunia dengan kegagalan usahanya. Isterinya sebagai pembantu utama dalam usaha menentang dan menyakiti Rasulullah akan diazab juga bersama-sama. Selain daripada itu isterinya menyebar fitnah di mana-mana, menyebar berita-berita bohong dan menghidupkan api permusuhan.
Abu Lahab merupakan musuh Islam yang keji, ia bersama orang kafir Quraisy selalu menyakiti Nabi S.A.W. bahkan hendak membunuhnya. dia tewas pada hari Jum'at dalam perang Badar, tewas bersama dia Abu Jahal, Syaibah saudara Utbah, Walid bin Utbah dan lain sebagainya.
Isteri Abu Lahab akan diazab sebagaimana suaminya diazab. Isterinya bernama Arwah binti Harb, saudara perempuan Abu Sofyan bin Harb. Dia diazab kerana usahanya menyebarkan fitnah dan memadamkan dakwah Nabi Muhammad SAW. Orang Arab mengatakan bahwa, orang yang berusaha menyebarkan dan merusak hubungan antara manusia adalah seolah-olah ia membawa kayu api antara manusia, seakan-akan dia membakar silaturahim antara mereka.
Adapula yang menyatakan bahwa isterinya itu menaruh duri, pecahan kaca dan kotoran pada jalan yang biasa dilalui oleh Nabi Muhammad SAW., untuk menyakiti baginda.
Isteri Abu lahab, rendah budinya dan jahat amal perbuatannya. Pada lehernya selalu ada seutas tali yang kuat, digunakannya untuk memikul duri-duri yang akan diletakkannya pada jalan yang dilalui Nabi. Ini adalah penghinaan untuk dia dan untuk suaminya.
Maksudnya, isteri Abu Lahab begitu hebat usahanya untuk menyalakan permusuhan antara manusia, sehingga Allah mengisahkan dia sebagai seorang perempuan yang membawa kayu bakar yang digantungkan pada lehernya kemana saja ia pergi. Ini adalah seburuk-buruknya perumpamaan bagi seorang perempuan.
Telah diriwayatkan dari Said bin Musayyab; bahwa Ummu Jamil (panggilan istri Abu lahab) mempunyai sebuah kalung yang sangat mahal, ia berkata,: "Sesungguhnya saya akan mempergunakan harga kalung ini untuk memusuhi Muhammad", lalu Allah menggantikan kalung tersebut dengan kalung dari api neraka.
Tetepi selepas baginda S.A.W. diangkat menjadi Rasul, Abu Lahab menjadi orang yang paling kuat menentang Rasulullah S.A.W. Dia juga bertindak menyuruh kedua-dua orang anaknya menceraikan isteri masing-masing.
Ternyata Utbah dan Utaibah berpihak kepada ayah mereka. Berani pula Utaibah menunjukkan sikap kurang ajar kepada bekas bapa mertuanya. Dengan angkuh dan sombong dia mengherdik Rasulullah S.A.W. "Wahai Muhammad! Aku ceraikan puterimu dan aku tinggalkan agamamu. Aku tidak akan mengikutmu lagi."
Walaupun terguris hati dengan tindakan biadab itu, Rasulullah S.A.W. menerimanya dengan lapang dada. Semua kehendak Allah. Allah memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki-Nya.
Suatu masa , Utaibah mengikut satu kafilah dagang yang hendak pergi berniaga ke negeri Syam. Ditengah perjalanan rombongan itu terserempak dengan seekor harimau yang sangat besar.
Sangat menghairankan kerana harimau itu hanya merenung ke arah Utaibah seorang. Ia seperti tidak menghiraukan peserta kafilah yang lain. Dengan bantuan rakan-rakan Utaibah terselamat daripada di ganggu oleh harimau tersebut.
Tetapi harimau itu tidak lari jauh. Tanpa disedari semua peserta rombongan, rupa-rupanya mereka sedang diekori. Sampai menjelang tengah malam semasa rombongan berhenti rehat, harimau itu masih memerhatikan mangsanya.
Apabial semua peserta rombongan sudah lena dalam keletihan masing-masing, haiwan pemangsa itu pun menyerang Utaibah dan membahamnya, dia tidak sempat hendak menyelamatkan dirinya di tengah-tengah malam yang gelap gelita.
Sahabat yang dimuliakan,
Demikianlah balasan Allah kepada orang yang derhaka. Utaibah bukan sahaja tidak mahu beriman, bahkan dia turut menghina Rasulullah S.A.W. Akhirnya Allah pun membalas kejahatan Utaibah didunia ini lagi sebelum membalasnya di akhirat. Bapanya Abu Lahab mati dalam kehinaan apabila terbunuh di dalam Perang Badar dan ibunya juga mati dalam kehinaan. Ketiga-tiga mereka pasti akan dimasukkan ke dalam Neraka Jahanam di hari akhirat nanti hinggakan Allah S.W.T menurunkan surah khusus untuk Abu Lahab dan isterinya iaitu surah al-Lahab ayat 1-5.
No comments:
Post a Comment