َّاَللَّهُم
(Allahumma)
Ya ALLAH
اَنْتَ رَبِّى
(ANTA Rabbi)
ENGKAUlah Tuhanku
َلَا اِلَهَ اِلَّا اَنْت
(La ilaha illa ANTA)
Tiada Tuhan selain ENGKAU
خَلَقْتَنِى
(Khalaqtani)
ENGKAU menjadikan aku
َوَاَنَا عَبْدُك
(Wa ana `abduKA)
Dan aku ini hambaMU
ُوَاَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَااسْتَطَعْت
(Wa ana `ala `ahdiKA wa wa`diKA mastatHo`tu)
Dan aku di atas perintah dan perjanjianMU sekadar mampuku
ُوَاَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْت
(Wa a`udzu biKA min sharri ma sona`tu)
Dan aku berlindung denganMU dari kejahatan yang telah aku lakukan
َّوَاَبُوءُلَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَى
(Wa abu’ulaka bini`matiKA `alayya)
Dan aku mengaku segala nikmat yang diberikan ke atasku
وَاَبُوءُ بِذَنْبِى
(Wa abu’u bidzanbi)
Dan aku mengaku akan dosa-dosaku
فَاغْفِرْ لِى
(Faghfirli)
Oleh itu, berilah keampunan untukku.
َ
َفَاِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ اِلَّا اَنْت
(Fainnahu la yaghfirudz dzunuba illa ANTA)
Sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan dosa-dosa, melainkan hanya ENGKAU
Fadhilat
Doa di atas juga dikenali sebagai Sayyidul Istighfar, iaitu Penghulu Bagi Doa Memohon Keampunan. Selain mempunyai makna yang sangat baik dan sangat menyentuh hati, doa di atas juga mempunyai fadhilatnya tersendiri sebagaimana yang telah disabdakan oleh Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam seperti berikut:
:عن شداد بن أوس رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم سيد الاستغفار أن تقول
اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت خلقتني وأنا عبدك وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت أعوذ بك من شر ما صنعت أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
قال ومن قالها من النهار موقنا بها فمات من يومه قبل أن يمسي فهو من أهل الجنة ومن قالها من الليل وهو موقن بها فمات قبل أن يصبح فهو من أهل الجنة
(رواه البخاري)
“Penghulu istighfar ialah dengan kamu mengucapkan:
اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت خلقتني وأنا عبدك وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت أعوذ بك من شر ما صنعت أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
Nabi seterusnya bersabda:
“Sesiapa yang mengucapkannya pada siang hari dalam keadaan yakin dengan isi kandungannya, dia mati sebelum petang, maka dia termasuk dari kalangan ahli Syurga. Sesiapa yang mengucapkannya pada awal malam dalam keadaan yakin dengan isi kandungannya, dia mati sebelum datangnya pagi, dia termasuk dari kalangan ahli syurga.”(HR al-Bukhari)
Semoga kita semua dapat dapat mengungkapkan doa ini dengan penuh penghayatan dan menyerap ke dalam hati kita.
No comments:
Post a Comment