Berbaik Sangka Dengan Allah SWT.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Hidup kita di dunia ini adalah umpama putaran roda kenderaan. Ada masa sedih, ada masa gembira, ada masa senang dan ada masa susah. Hati kita juga berubah-rubah, ada masa tenang dan ada masa gundah gulana. Ada masa seronok dan yakin dengan ketentuan Allah tetapi ada masa resah gelisah, kecewa, forbiah, truma dan kadangkala terdetik kenapa berlaku ke atasku? Apa kesalahanku?
Kesemua peristiwa berlaku di dunia ini, termasuk ke atas diri kita adalah sesuatu ketentuaan Allah SWT yang diciptakan sebagai ujian dan dugaan, untuk Allah SWT menguji hamba-hamba-Nya samaada ia ingin bersabar atau tidak. Samaada ia hendak redha atau pun tidak. Samaada ia berbaik sangka kepada Allah SWT atau pun tidak.
Allah berfirman maksudnya : "Apakah kamu belum tahu bahwa Allah mengetahui apa yang ada di langit dan bumi, sesungguhnya hal itu telah ada dalam Kitab, sesungguhnya itu bagi Allah sangat mudah" (Surah Al-Hajj ayat 70)
Firman Allah lagi maksudnya : "Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (loh mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah ".
(Surah Al-Hadid ayat 22)
Allah berfirman maksudnya : "Tidak luput darpada pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarah di bumi atau pun di langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar daripada itu melainkan (semuanya tercatat) dalam kitab yang nyata (loh mahfuz). "
(Surah Yunus ayat 61)
Walaupun sesuatu peristiwa itu yang berlaku di atas ketentuaan Allah tetap Allah SWT memberi pilihan manusia untuk berubah, berusaha, berikhtiar dan berdoa.
Firman Allah SWT maksudnya : "Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan-Nya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripada-Nya." (Surah Ar-Ra'du ayat 11)
Salman radhiallahu ‘anhu berkata, Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : “Tidak tertolak qada' itu melainkan oleh doa dan tidak bertambah di dalam umur itu melainkan oleh kebajikan.”(Hadis riwayat Tirmidzi)
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SWT bersabda yang bermaksud : "Allah SWT berfirman maksudnya : 'Aku sesuai dengan prasangka hamba-Ku kepada diri-Ku'."
(Hadis Riwayat Bukhari)
Berdasrkan hadis di atas hanya doalah satu-satu cara yang boleh di buat untuk merubah apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Ulamak mencadangkan bahawa bila kita berdoa perlu berulang-ulang kali jangan jemu-jemu dan berserah bulat kepada Allah SWT.
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Allah SWT berfirman, 'Aku sesuai dengan prasangka hamba-Ku kepada diri-Ku'."
(Hadis Riwayat Bukhari)
Bahawa bila kita yakin Allah akan beri kebahagiaan untuk membina rumah tangga muslim dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah, maka keyakinan itu akan ditunaikan oleh Allah SWT.
Bila kita yakin Allah akan mengampunkan dosa-dosa kita dan dimasukkan dikalangan hamba-hamba-Nya yang berjaya di dunia dan akhirat maka keyakinan ini akan ditunaikan oleh Allah SWT.
Bila kita yakin bahawa Allah mencintai dan mengasihi kita dan di jauhi dari musibah yang pernah kita alami dengan kekecewaan dan truma sebelum ini, maka keyakinan ini akan ditunaikan oleh Allah SWT.
Bila kita yakin kita akan diberi rahmat oleh Allah SWT. dan terpelihara iman dan akidah kita dan mendapat kematian yang baik (mati dalam mengucap kalimah syahadah), maka keyakinan ini akan ditunaikan ole Allah SWT.
Hidup kita di dunia yang sementara ini adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Anggaplah pengalaman lama sebagai iktibar dan kita harus bersyukur kerana kita masih hidup dalam keadaan beriman. Kita diberikan Allah kesihatan tubuh badan dan memiliki rezeki yang tidak putus-putus. Masih mampu berfikir dan masih mampu melaksanakan kewajipan kita kepada Allah SWT. Maka tanda kita bersyukur dan meredhai Allah SWT maka kita perlulah baik sangka dengan Allah dan menganggap qada' dan qadar yang telah berlaku itu yang paling baik Allah tetapkan untuk kita. Dengan keyakinan ini akan hilang perasaan kecewa, putus asa, forbia, truma, takut, bimbang, risau, gelisah dan ragu-ragu.
Hati orang Mukmin tidak pernah takut apa yang akan ditetapkan Allah SWT. untuk masa depannya. Kekasih kita yang Maha Berkuasa akan beri dan pilih sesuatu yang baik dan Dia akan menambahkan lagi rezeki dan akan sentiasa menjaga kita dari bala dan bencana dan sentiasa mendorong kita melakukan kebaikan dan amal-amal soleh.
Sahabat yang dikasihi,
Alangkan mulianya hati orang mukmin hidupnya sentiasa memberi kebaikan kepada orang lain dan sentiasa berdakwah dan menyelamatkan manusia daripada kesesatan dan kejahatan. Allah SWT akan memberi sakinah (ketenangan) dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat dan akan di tempatkan kita oleh Allah SWT di Syurga Firdaus yang paling tinggi tanda kecintaan Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya.
Hati Yang Bersih Melahirkan Kasih Sayang dan Tidak Mementingkan Diri Sendiri
Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Orang yang beriman adalah insan yang bersih hati dan jiwanya daripada bersangka buruk kepada saudaranya yang lain. Dia juga tidak akan menyakiti muslim lain dengan lidah dan tangannya. Dari hati dan jiwa yang bersih ini akan melahirkan kasih sayang semata-mata kerana Allah S.W.T.
Daripada Abdullah bin Umar r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah ditanya, siapakah yang paling mulia diantara manusia?. Nabi S.A.W. menjawab yang bermaksud : "Setiap orang yang hatinya 'makhmum' dan lidahnya jujur."
Sahabat r.a bertanya, "Kami tahu seorang yang lidahnya jujur, tetapi apa yang di maksudkan dengan hati 'makhmum'? Baginda menjawab, "Makhmum' ialah orang Muttaqin (menjauhkan diri dari keburukan kerana takut kepada Allah) dan bersih hatinya, bebas dari segala dosa dan kesalahan, tidak mempunyai sedikitpun perasaan dengki atau irihati padanya."
Setiap orang mukmin akan diuji di atas keimanannya kepada Allah, kerana iman bukan kata-kata dan pengakuan lidah semata-mata. Allah S.W.T. akan menguji orang mukmin adakah dia bersedia membantu saudaranya yang memerlukan bantuan? Adakah hatinya berseh daripada prasangka buruk dan tangannya ringan untuk menghulurkan bantuan .
Apabila datang seseorang saudaramu ingin meminta bantuan maka hulurkanlah bantuan sekadar kemampuanmu untuk melepaskan kesempitannya kerana kita tidak tahu yang mana daripada sumbangan kita yang boleh menyelamatkan kita daripada ke azab yang pedih dihari akhirat.Jika ada yang datang membawa masaalah keluarganya maka berikanlah nasihat yang baik kerana sesungguhnya nasihat yang baik akan mengurangkan beban yang ditanggung. Nasihat yang baik itu adalah sedekah di sisi Allah.
Dari Ady bin Hatim r.a. yang berkata, bahawa Rasulullah S.A.W.. telah bersabda, "Tidak seorang pun di antara kamu sekelian, kecuali Tuhannya akan berbicara kepadanya besok di hari kiamat. Antara ia dan Tuhannya tidak ada penterjemah. Ia memandang suatu kebaikan, maka ia tidak melihat kecuali apa yang telah dipersembahkannya, dan ia memandang sesuatu yang buruk darinya, maka ia tidak melihat kecuali apa yang telah dilakukannya serta memandang apa yang ada di depannya, maka ia tidak melihat kecuali neraka yang persis ada di depan wajahnya. Maka takutlah kalian kepada neraka meski dengan hanya (bersedekah) separuh kurma, dan kalimat yang baik."
(Hadis Riwayat Muttafaq Alaih)
Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : "Wahai Ali ! Orang yang pemurah itu dekat dengan Allah, dekat dengan rahmat-Nya serta jauh dari seksa-Nya, sedangkan orang bakhil (kedekut) itu jauh dari Allah, jauh dari rahmat-Nya serta dekat dengan seksa-Nya".
"Wahai Ali ! Jangan engkau mengherdik orang yang meminta pertolongan, sekalipun ia datang dengan naik kuda (berkenderaan) dan berilah ia, kerana sesungguhnya sedekah itu lebih dahulu jatuh ke tangan Allah sebelum jatuh ke tangan peminta."
Sahabat yang dikasihi,
Bagaimana mulianya nilai ukuwah Islamiah dan persaudaraan Islam kerana Allah. Kasih sayang seorang saudara kepada saudaranya yang lain mendapat pegiktirafan daripada Allah S.W.T. hingga Dia meghantar khusus seorang malikat untuk menyatakan kasih sayang Allah kepada seorang yang kasih kepada saudaranya semata-mata kerana Allah.
Dari Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud :
"Seorang yang keluar untuk mengunjungi saudaranya dikampung yang lain dan Allah mengutus seorang malaikat untuk menunggunya di perjalanan. (Apabila orang itu sampai ketempat dimana malaikat berada) Malaikat bertanya :
'Kemana engkau hendak pergi? '
Dia menjawab : 'Aku pergi kepada saudaraku dikampung ini'.
Malaikat bertanya :' Adakah dia meminjamkan kamu sesuatu yang mana kamu hendak mengambilnya kembali?'
Orang itu menjawab :' Tidak. Kedatanganku semata-mata kerana aku mencintainya kerana Allah'.
Malaikat berkata :' Aku adalah pesuruh Allah yang dihantar kepada engkau untuk memberitahu kepadamu bahawa Allah mencintaimu sebagaimana kamu mencintainya semata-mata kerana Allah."
(Hadis Riwayat Muslim)
Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Pada hari ini sahabat-sahabat karib. Sesetengahnya akan menjadi musuh kepada sesetengannya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh)."
(Surah az-Zukhruf ayat 67)
Individu yang dibentuk di atas tapak keimanan dan ketakwaan, apabila menjalani ukuwah Islamiah maka ianya perlulah benar-benar ikhalas semata-mata kerana Allah, bertemu dan berpisah semata-mata kerana Allah. Dalam satu hadis Nabi S.A.W. ada menyatakan bahawa salah satu golongan yang mendapat perlindungan Allah S.W.T. di hari akhirat nanti adalah insan yang bertemu dan berpisah semata-mata kerana-Nya.
Memberi hadiah kepada saudaranya ketika-ketika yang munasabah adalah satu cara untuk merapatkan ukwah. Sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud, "Hendaklah kamu memberi hadiah, ia boleh membangkitkan kasih sayang dan menghapuskan rasa dendam di hati."
(Hadis Riwayat Dailami dari Anas)
Apabila kita melapangkan kesusahan seorang muslim lain maka kebaikan itu akan kita perolehi saamada di dunia atau di hari akhirat.
Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah S.A.W. bersada yang maksudnya, "Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu satu kerumitan dari kerumitan akhirat. Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkannya didunia dan diakhirat. Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutup keaibannya didunia dan diakhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya."
(Hadis Riwayat Muslim)
Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita bersihkan hati kita daripada sifat mazmumah iaitu sifat buruk sangka, kikir, mementingkan diri, dendam, tamakkan harta, berat tangan dan cintakan dunia. Kerana sifat-sifat ini adalah warisan penghuni neraka yang menjadi sifat syaitan laknatullah.
Jadikanlah diri kita dengan dihiasi dengan sifat mahmudah iaitu sifat pemurah, kasih sayang, berbaik sangka, tolong menolong, ringan tangan, reda, zuhud dunia dan suka kepada kebahagiaan saudaranya yang lain. Kerana sifat-sifat ini adalah amalan penghuni syurga yang mana segala amalan kebaikan di dunia adalah menjadi pakaiannya.

No comments:
Post a Comment