Jauhi Buruk Sangka, Hasad Dengki dan Takut Sial Kerana Sesuatu
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Kenapa mausia perlu iri hati? Percaya tak ramai manusia yang iri Hati? Kalau tak percaya cuba buat kajian, pasti dapat jawapan. Maksud iri hati berasal dari perasaan tidak puas terhadap diri sendiri kerana melihat kesenangan orang lain.
Rasa iri hati boleh melanda sesiapa saja dan di mana saja, jika di masjid atau surau iri hati berlaku kerana orang lain lebih menonjol kepandaiannya mengurus aktiviti masjid atau surau, di tempat kerja ada yang iri hati pada rakan sekerja yang lebih berhasil dan menduduki jawatan yang lebih tinggi, di dalam keluarga ada yang iri hati kerana kakak atau adik lebih diperhatikan oleh orang tua dan sebagainya. Macam-macam jenis ada perasaan iri hati ini.
Perlu kita sedari bahawa perasaan iri hati tidak membawa kebaikan bagi kita, malah iri hati tidak hanya merugikan orang lain, tetapi juga merugikan diri sendiri serta iri hati akan menyebabkan diri sendiri merana. Mengapa perlu menyeksa diri sendiri? Iri Hati tidak mendatangkan kebaikan pada diri kalian.
Orang yang iri hati akan rasa berdukacita atas kejayaan orang lain dan sebalikanya ia bersukacita atas kegagalan orang lain. Ia tidak suka bila ada orang lain lebih baik atau lebih berjaya dari dirinya. Orang yang iri hati juga cenderung kepada suka membanding-bandingkan dirinya dengan orang lain, akibatnya diri sendiri menjadi sangat tertekan dan kehilangan damai sejahtera pada hati dan jiwanya.
Jadi harus segera dibuangkan perasaan ini kerana di mana pun dia berada akan selalu bertemu dengan orang-orang yang mungkin lebih baik atau lebih berjaya dibanding dirinya. Oleh itu kalian harus segera memeriksa diri kalian sendiri, apa yang membuat kalian menjadi iri hati terhadap orang lain. Daripada membuang masa dan tenaga untuk iri hati, belajarlah melihat potensi terbaik yang ada di dalam diri kalian, dan kembangkan terus. Bila kalian fokus pada apa yang kalian miliki kalian akan rasa bersyukur dalam apa pun keadaan kalian miliki, namun bila kalian tertuju pada apa yang tidak kalian miliki dan melihat kelebihan orang lain maka kalian akan selalu berfikiran negatif dan tidak pernah rasa bersyukur.
Abul Laits Assamarqandi r.a. meriwayatkan dengan sanadnya dari Hasan berkata Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Hasad dan dengki itu keduanya akan memakan habis hasanat sebagai mana api makan kayu."
Ibrahim bin Aliyah dari Abbad bin Ishaq dari Abdurrahman bin Mu'awiyah bersabda Nabi Muhammad SAW. maksudnya : "Tiga macam sifat yang tidak dapat selamat daripadanya seorang pun iaitu: Buruk sangka, hasad dengki dan takut sial kerana sesuatu.
Lalu ditanya: "Ya Rasulullah bagaimana untuk selamat dari semua itu?"
Jawab Nabi Muhammad SAW. "Jika kau hasad maka jangan kau lanjutkan, dan jika menyangka maka jangan kau buktikan (jangan kau cari-cari kenyataannya) dan jika merasa takut dari sesuatu maka hadapilah (jangan mundur)."
"Yakni jika hasad dalam hatimu maka jangan kau lahirkan dalam amal perbuatanmu sebab selama hasad itu masih dalam hati, maka Allah SWT maafkan selama belum keluar dengan lidah atau perbuatan. Jika buruk sangka maka jangan kau buktikan, jangan berusaha menyelidiki mencari kenyataannya. Demikian pula jika akan keluar untuk sesuatu lalu ada suara burung atau lain-lain yang menimbulkan was-was atau takut dalam hati maka teruskan hajatmu dan jangan mundur."
Sahabat yang dikasihi ,
Oleh itu marilah sama-sama kita jauhi sifat iri hati, buruk sangka, hasat dengki kepada seseorang dan yakinlah kepada Allah SWT bahawa berlakunya sesuatu peristiwa adalah kerana ketatapan-Nya bukan kerana adanya sial pada sesuatu perkara. Jika kita jauhi sifat-sifat ini maka kita akan menjadi hamba Allah yang bersyukur dan memiliki akhlak yang mulia. Fikirkanlah sahabat-sahabat semua dengan akal yang diberi Allah SWT untuk kita membezakan sesuatu yang baik dan yang buruk....wallahu a'lam.
Posted by abubasyer at 11:48 AM No comments: Links to this post
Labels: buruk sangka dan takut sial sesuatu, Hasad dengki (Dalam Ihya Ulumuddin)
Saturday, January 8, 2011
Terdapat Tujuh Faktor Kenapa Penyakit Hasad Dengki Menguasai Diri Manusia
Sahabat yang dirahmati Allah,
Hasad dengki adalah satu sifat mazmumah yang dibenci oleh Allah S.W.T. Sesiapa yang ada sifat ini sebenarnya ia tidak meredai ketentuan Allah S.W.T yang telah dikurniakan sesuatu kelebihan atau nikmat kepada seseorang dikalangan hamba-hamba-Nya.
Terdapat tiga ciri sekiranya ada pada diri seseorang ia mempunyai penyakit hasad dengki.
1. Iaitu menginginkan nikmat yang diperolehi oleh orang lain hilang atau berpindah kepadanya.
2. Seseorang yang bersifat dengki tidak ingin melihat orang lain mendapat nikmat atau tidak ingin melihat orang lain menyerupai atau lebih daripadanya dalam sesuatu perkara yang baik. Orang yang bersifat demikian seolah-olah membangkang kepada Allah subhanahu wata‘ala kerana mengurniakan sesuatu nikmat kepada orang lain.
3. Orang yang berperangai seperti itu juga sentiasa dalam keadaan berdukacita dan iri hati kepada orang lain yang akhirnya menimbulkan fitnah dan hasutan yang membawa kepada bencana dan kerosakan.
Di dalam kitab Ihya’ Ulumuddin karangan Imam Al-Ghazali ada disimpulkan tujuh faktor yang menimbulkan perasaan hasad dengki tersebut.
Antara lain :-
1) Perasaan Permusuhan dan Kebencian
2) Merasa Diri Mulia
3) Takabbur
4) Ujub
5) Takut Terlepas Sesuatu Tujuan dan Habuan
6) Ghairah Menjadi Ketua dan Mencari Populariti
7) Busuk Hati.
Huraian faktor-faktor tersebuat adalah seperti berikut.
Pertama : Perasaan Permusuhan dan Kebencian
Ini adalah sebab yang paling banyak menimbulkan kedengkian. Kerana sesiapa yang disakiti oleh seseorang lain atas sebab-sebab tertentu atau menyangkalnya dalam tujuan-tujuan tertentu lantaran alasan-alasan tertentu, hatinya pasti marah lalu membenci orang yang menyakitinya itu, maka tertanamlah bibit dengki dalam dirinya. Dengki mengundang perlakuan yang agresif untuk memuaskan hatinya.
Pendekkata perasaan hasad dengki sentiasa bergandingan dengan perasaan marah dan permusuhan. Semua manusia pada dasarnya memiliki sifat marah, kerana marah adalah salah satu tabiat manusia. maka agama tidak melarang marah, tetapi kita diperintahkan untuk dapat mengendalikan marah dan senantiasa menjadi pema’af.
Fiirman Allah s.w.t yang bermaksud : “Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh”
(Surah Al-A'raaf ayat 199)
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Orang yang terkuat di kalangan kamu semua ialah orang yang dapat mengalahkan hawa nafsunya di ketika dia marah dan orang yang tersabar ialah orang yang suka memberikan pengampunan di saat dia berkuasa memberikan balasan (kejahatan orang yang menyakitinya)"
(Hadis Riwayat Baihaqi)
Kedua : Merasa Diri Mulia
Perasaan ini manifestasinya ialah seseorang itu merasa keberatan kalau ada sesiapa yang dianggapnya mengatasi dirinya. Dia tidak rela kalau ada orang lain melebihinya. Kalau ada orang –orang sepertinya yang mendapat lebih pangkat, kuasa, ilmu dan harta, dia bimbang kalau-kalau orang tersebut akan bersikap sombong terhadapnya. Dia tidak boleh tahan dengan sikap mengatasi yang ditunjukkan oleh saingannya itu. Malah dia tidak boleh menerima apa yang dirasakannya sebagai sikap mengatasinya.
Ketiga : Takabbur
Jelasnya seorang itu mempunyai watak membesarkan diri terhadap orang lain, selalu memperkecilkan dan mempergunakan seseorang untuk kepentingan dirinya. Ia menganggarkan seseorang itu mematuhinya. Apabila orang berkenaan menerima atau memperolehi sesuatu kurnia ia khuatir kalau-kalau orang itu tidak lagi merelakan diri untuk mengikut arahannya. Akhirnya orang yang telah mendapat kurnia tersebut akan enggan mengikutinya, atau boleh jadi ia menganggap orang tersebut akan cuba pula menyainginya.
Allah S.W.T. berfirman (di dalam Hadis Qudsi) : "Kesombongan adalah selendangKu dan kebesaran adalah sarungKu. Maka barang siapa menyamai-Ku salah satu dari keduanya, maka pasti Kulemparkan ia ke dalam Jahannam dan tidak akan Kupedulikan lagi."
Apabila kita meneliti maksud hadis ini, ia dengan jelas menyatakan bahawa kesombongan dan kebesaran itu hanya milik Allah s.w.t. semata-mata, tetapi bagaimanakah perasaan ini masih boleh timbul di dalam hati manusia?
Sebenarnya, perasaan sombong atau takabbur boleh berlaku apabila timbulnya suatu pandangan terhadap orang lain dengan pandangan yang kecil dan hina.
Keempat : Ujub (bangga diri)
Terdapat tiga ciri-ciri ujub iaitu :
a. Iaitu merasai atau menyangkakan dirinya lebih sempurna.
b. Orang yang bersifat ‘ujub adalah orang yang timbul di dalam hatinya sangkaan bahawa dia adalah seorang yang lebih sempurna dari segi pelajarannya, amalannya, kekayaannya atau sebagainya dan ia menyangka bahawa orang lain tidak berupaya melakukan sebagaimana yang dia lakukan.
c. Dengan itu, maka timbullah perasaan menghina dan memperkecil-kecilkan orang lain dan lupa bahawa tiap-tiap sesuatu itu ada kelebihannya.
Pernah Allah Subhanahu Wata’ala jelaskan kepada kita perihal umat-umat di zaman silam. Mereka merasa takjub dengan diri mereka sendiri. Hal ini menghalang mereka menurut kebenaran. Hujjah mereka selalunya ialah seperti yang tertera di dalam Al-Quran :-
“Bukankah kamu tak lebih dari manusia(biasa) seperti kami juga?”
Dan ungkapan yang berbunyi: “Dan mereka berkata adakah wajar kami mempercayai manusia yang seperti kami juga?”
Golongan tersebut merasa aneh melihat orang yang berjaya mendapat pangkat kerasulan, menerima wahyu dan martabat yang dekat di sisi Allah Subhanuahu Wata’ala ialah manusia seperti mereka. Sebab itu mereka menaruh rasa dengki kepada Rasul-Rasul tersebut.
Kelima : Takut Terlepas Sesuatu Tujuan dan Habuan
Biasanya perasaan ini wujud dalam kalangan orang yang saling berlumba-lumba merebut sesuatu habuan. Tiap orang akan merasa dengki kepada saingannya apabila saingannya mendapat suatu kelebihan yang boleh membantu dirinya sahaja membolot habuan yang menjadi tujuan mereka tadi.
Keenam : Ghairah Menjadi Ketua dan Mencari Populariti
Umpamanya seseorang yang bercita-cita untuk menjadi manusia pertama yang tidak ada tolok bandingnya dalam salah satu cabang seni. Apabila keghairahan terhadap pujian dan jolokan – bahawa dialah satu-satunya pakar yang tidak ada taranya di zaman itu – telah menguasai dirinya, tiba-tiba dia mendengar ada orang lain yang dapat menandinginya di tempat lain. Hal ini nescaya akan menyusahkan hati perutnya. Ia bercita-cita kalau tandinganya itu mati sahaja atau kemahirannya menurun dan pupus.
Ketujuh : Busuk Hati
Keadaan ini kalau ada pada seseorang maka ia akan bersikap tidak suka sesuatu kebaikan diperolehi oleh hamba Allah yang lain. Apabila disebutkan dihadapannya tentang kesenangan mana-mana hamba Allah, sempit hatinya mendengar perihal tersebut. Akan tetapi apabila dinyatakan pula sebaliknya, umpama tentang kesusahan, kegagalan dan nasib malang menimpa orang lain maka ia merasa gembira dan suka hati.
Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita buangkan sifat hasad dengki ini samaada di dalam hati atau di dalam tindakkan dan amalan kita. Sifat yang keji ini bukan saja mendapat kebencian manusia tetapi yang paling penting sifat ini di benci oleh Allah S.W.T. Hidup di dunia ini adalah sementara dan kehidupan di hari akhirat adalah kehidupan yang kekal abadi maka tinggalkanlah sifat hasad dengki ini kerana sesiapa yang menuruti sifat ini dia sedang mengikut hawa nafsunya dan mengikut bisikan syaiatan dan akan mendapat azab seksaan dihari akhirat nanti.
Penyakit Hasad Dengki Boleh Merosakkan Amal Soleh Kita
Sahabat yang dirahmati Allah.
Dalam diri manusia terdapat seketul daging jika baik daging itu maka baiklah seluruh anggotanya dan jika rosak daging itu maka rosaklah seluruh seluruh anggota yang lain, maka seketul daging itu adalah hati.
Hati memainkan peranan penting dalam tubuh badan manusia kerana elok hati maka eloklah manusia itu. Jika kotor hati maka buruklah akhlak manusia itu. Oleh itu hati perlu dibersihkan selalu. Apabila hati sihat maka rohani akan sihat.
Allah tidak melihat manusia berdasarkan paras wajah yang cantik atau tampan. Allah tidak juga melihat akan kehebatan atau terkenalnya manusia itu dalam masyarakat atau negara. Tetapi yang akan dilihat oleh Allah S.W.T adalah pada hati-hati manusia.
Sabda Rasulullah S.A.W daripada Abu Hurairah yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada badanmu, rupamu, tetapi langsung melihat kepada hati dan perbuatanmu.”
(Hadis riwayat Muslim)
Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya : "Waspadalah terhadap hasad (iri dan dengki), sesungguhnya hasad mengikis pahala-pahala sebagaimana api memakan kayu.
(Hadis Riwayat Abu Dawud)"
Oleh itu Allah sangat membenci orang yang membutakan hatinya. Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya kami jadikan sebagai isi Neraka Jahanam kebanyakan di antara jin dan manusia. Mereka mempunyai hati tapi tidak dipergunakan untuk memahami ayat Allah. Dan mereka mempunyai mata tetapi tidak dipergunakan untuk melihat tanda kekuasaan Allah. Dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakan untuk mendengar ayat Allah. Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai.”
(Surah al-Araf, ayat 179)
Orang yang disebut Allah dalam firman-Nya itu ternyata rohaninya (hatinya) tidak sihat dan tentunya berpenyakit. Apabila rohani berpenyakit maka berlakulah sifat bertentangan tuntutan agama dan lebih buruk lagi boleh mengakibatkan manusia itu ingkar kepada Allah.
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Di dalam hati mereka ada beberapa penyakit, lalu Allah menambah penyakit itu, dan untuk mereka itu azab yang pedih kerana mereka telah berdusta.”
(Surah al-Baqarah ayat 10)
Salah satu penyakit rohani yang cukup akrab menghinggapi orang Islam ialah penyakit hasad dengki. Penyakit ini adalah sifar mazmumah yang boleh menjadi sebagai kaya bakar yang akan membakar (menghapuskan) amal-amal soleh seseorang.
Sahabat yang dimuliakan,
Sifat hasad dengki adalah sifat yang banyak membawa keburukan dan kemusnahan. Orang berpenyakit hasad dengki ini tidak suka melihat orang lain berjaya daripada dirinya, tidak kira dalam apa juga bidang. Dia akan berusaha sedaya upaya menjatuhkan atau menggagalkan orang yang lebih daripadanya itu. Dia akan melakukannya sehingga berjaya, iaitu sehingga musuhnya jatuh gagal dan tewas.
Firman Allah S.W.T. maksudnya : ".. ataukah mereka dengki kepada manusia (Muhammad) kerana kurnia yang telah diberika Allah kepadanya? Sungguh , Kami telah memberikan Kitab dan Hikmah kepada keluarga Ibrahim, dan Kami telah memberikan kepada mereka kerjaan (kekuasaan yang besar)."
(Surah an-Nisa' ayat 54)
Asbabun Nuzul surah an-Nisa' ayat 54.
Ibnu Abbas r.a menjelaskan bahawa ayat ini diturunkan berkenaan dengan kaum Nasrani dan Yahudi yang suatu ketika berkata : "Muhammad menganggap dirinya telah diberi kenabian, kemenangan dan al-Quran dengan sifat tawaduk, sedangkan ia suka wanita. Maka raja manakah yang lebih utama daripada dia?
(Hadis Riwayat Ibnu Abi Hatim)
Sahabat yang dikasihi,
Terdapat 10 perkara yang boleh mengubati hati yang mempunyai hasad dengki. Perkar tersebut adalah seperti berikut :
1. Ilmu yang bermanfaat
Kerana hakikat ilmu yang bermanfaat akan mencegah pelakunya dari mewujudkan hasad dengki. Dia akan menyadari bahwa hasad dengki hanya akan membahayakan dunia dan agamanya. Bahaya bagi agamanya kerana dengan hasad dengki dia akan menentang takdir Allah. Bahaya bagi dunianya, kerana hati orang yang hasad dengki akan merasa pedih dan sakit apabila melihat orang yang dia dengki mendapat nikmat. Carilah ilmu yang bermanfaat yang menerangi jalan kehidupan yang akan mencegah dari kesalahan. Kemudian amalkanlah.
Firman Allah S.W.T. maksudnya :
“ Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang telah kami berikan kepadanya ayat-ayat kami (Pengetahuan tentang isi al-Kitab), kemudian dia melepaskan diri dari pada ayat-ayat itu, lalu dia diikuti oleh setan (sampai dia tergoda). Maka jadilah dia termasuk orang-orang yang sesat. Dan kalau kami menghendaki, sesungguhnya kami tinggikan (derajat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan memperturutkan hawa nafsunya yang rendah. (Surah al-A’raf ayat 175-176)
2.Bertaubat kepada Allah S.W.T.
Bertaubat kepada Allah S.W.T. boleh menghapuskan dosa seseorang. Taubat nasuha dan menyesali akan dosa kerana hasad dengkinya, meninggalkan dan bertekat untuk tidak mengulanginya kembali di masa akan datang. Apabila penyakit ini datang ia bersegeralah minta ampun kepada Allah S.W.T. semoga Dia mengampunkan dosa-dosanya.
3. Berfikir positif dan merenungi akibat keburukan hasad dengki.
Apabila kita memikirkan bahawa betapa besarnya dosa hasad dengki ini dan balasan yang dahsyat akan diberikan oleh Allah S.W.T kepada sesiapa yang berhasad dengki ketika di dunia, maka perasaan ini boleh menjadi motivasi untuk dijauhi penyakit ini.
4. Menerima takdir Allah S.W.T. dengan lapang dada.
Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya :
“Terimalah apa yang Allah berikan padamu, nescaya engkau menjadi manusia yang paling kaya."
Imam Ibnu Sirin mengatakan : “ Aku tidak pernah hasad kepada seorangpun dalam urusan dunia, kerana apabila ia ahli syurga, bagaimana mungkin aku hasad padanya dalam urusan dunia yang itu tidak ada nilainya di syurga nanti. Apabila ia termasuk ahli neraka , maka bagaimana mungkin pula aku hasad padanya dalam urusan dunia sedangkan dia akan masuk neraka?
5. Doakan saudara kita.
Apabila hati kita dijangkiti hasad dengki, maka doakanlah kebaikan pada orang yang kita dengki semoga ia dirahmati Allah, kerana doa akan menimbulkan keajaiban, merubah keadaan yang buruk menjadi baik. Pertanda bahwa diri kita tidak ada hasad dengki dan tidak ada tujuan kecuali kebaikan bagi saudara kita.
6. Mencinati saudara sesama muslim semata-mata kerana Allah.
Cintailah saudara kita kerana Allah, mulakan dengan menyanyakan kabar kepada dirinya, agar hasad dengki dalam jiwa kita hilang dan orang yang kita ingin berhasad dengki menjadi orang yang kita berbaik dengannya. Kerana apabila seorang sudah menjadi sahabat kita maka mudah untuk kita mencintainya, dengan ini perasaan hasad dengki akan berkurang dan hilang.
Cubalah, berkemungkinan cara ini agak sukar akan tetapi mujarab. Ingatlah selalu firman Allah yang berbunyi :
“Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia.”
7. Menziarahi saudara sesama muslim.
Menziarahi seorang muslim terhadap saudaranya boleh melahirkan kasih sayang.
Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya :
“ Barang siapa yang menjenguk orang sakit, atau mengunjungi saudaranya kerana Allah, maka dia akan dipanggil dari atas langit : Semoga engkau menjadi baik, baik pula perjalananmu dan engkau meraih kedudukan di syurga.”
8. Jangan diam dari kemungkaran.
Apabila di dalam satu majlis, jika ada saudara kita yang menceritakan mengenai keburukan saudara kita yang lain kerana perasaan hasad dengki maka kita perlu bela dan tidak boleh berdiam diri. Beritahu pada orang yang mempunyai hasad dengki itu supaya menyedari akan perbuatannya itu adalah berdosa semoga dengan tindakkan kita ini boleh menghilangkan perbuatan hasad dengki tersebut.
9.Mengutamakan orang lain.
Apabila kita mengetahui ada seseorang yang berhasad dengki dengan kita, dan kita berjumpa disatu majlis maka kita perlu mulakan dahulu dengan memberi salam dan menyanyakan khabar beritanya, supaya dengan sikap kita yang berbaik-baik dengannya boleh mengurangkan perasaan tersebut yang ada pada dirinya.
10.Minta nasihat darinya.
Secara hikmahnya kita cuba minta nasihat daripada orang yang suka berhasad dengki dengan kita supaya dengan sikap kita yang berbaik-baik dengannya akan menghilagkan perasaan tersebut .
Ibnu Abbas r.a berkata : “Tiga perkara yang aku tidak dapat membalasnya kecuali doa : 1. Seorang yang masuk menemuiku dalam suatu majlis, dia berdiri dengan senyum dan gembira. 2. Seorang yang memberi kelapangan kepadaku dalam majlis. dan 3. Seorang yang tertimpa masalah, kemudian dia minta pendapatku. Mereka adalah orang-orang yang aku tidak dapat membalas kebaikannya kecuali dengan doa.”
Demikianlah sedikit pembahasan masalah hasad dengki. Kita berlindung kepada Allah S.W.T. agar terhindar dari keburukan sifat hasad dengki sesama muslimdan Allah S.W.T.
Sahabat,
Marilah sama-sama kita menjauhkan sifat hasad dengki kerana sifat ini menyebabkan kita akan jauh daripada rahmat Allah S.W.T dan dekat dengan azab-Nya. Salah satu sifat ahli neraka adalah semasa di dunia suka berhasad dengki dan tidak suka kepada nikmat Allah S.W.T yang diberikan kepada hamba-hamba-Nya yang lain.

No comments:
Post a Comment