Berdo'alah Kepada Allah Supaya Menjadi Barisan ke12 di Hari Akhirat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Setelah Malaikat Israfil a.s. meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa Padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.
Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib dan masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
Ketika itu manusia akan terbahagi kepada dua belas barisan . Manusia akan dikumpulkan mengikut bariasan masing-masing bergantung kepada amalan kebaikan atau keburukan yang mereka lakukan ketika berada di dunia.
Sahabat yang dimuliakan,
Suatu ketika, Muaz bin Jabal r.a menghadap Rasulullah s.a.w dan bertanya:
"WahaiRasulullah, tolong uraikan kepadaku mengenai firman Allah s.w.t. :
'Pada saat sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris"
(Surah Naba' ayat 18)
Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata.
Lalu baginda menjawab : "Wahai Muaz, engkau telah bertanya kepadaku, perkara yang amat besar, bahwa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris . Maka dinyatakan apakah12 barisan tersebut :
BARISAN PERTAMA
Digiring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati tetangganya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah Neraka..."
BARISAN KEDUA
Digiring dari kubur berbentuk babi hutan. Suara dari sisi Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meninggalkan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah Neraka..."
BARISAN KETIGA
Merekaberbentuk keledai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah Neraka..."
BARISAN KEEMPAT
Digiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancuran keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jual beli"
BARISAN KELIMA
Digiring dari kubur dengan bau busuk dari bangkai. Ketika itu Allah s.w.t. menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan durhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula merasa takut kepada Allah s.w.t. , maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah Neraka..."
BARISAN KEENAM
Digiringdari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Merekaadalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah Neraka..."
BARISAN KETUJUH
Digiringdari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah Neraka..."
BARISAN KEDELAPAN
Digiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas."Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah Neraka..."
BARISAN KESEMBILAN
Digiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah Neraka..."
BARISAN KESEPULUH
Digiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang durhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah Neraka..."
BARISAN KESEBELAS
Digiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran."Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah Neraka..."
BARISAN KEDUA BELAS
Mereka digiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang berama saleh dan banyak berbuat baik.
Mereka menjauhi perbuatan durhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah Syurga, mendapat ampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih."
Sahabat yang dirahmati Allah,
Marilah sama-sama kita muhasabah diri kita, kedudukan kita sekarang ini berada dibarisan mana? Adakah kita berada disalah satu dari barisan pertama hingga ke dua belas? Jika kita berada di barisan pertama hingga ke sebelas adalah amat malang sekali kerana mereka yang berada dibarisan ini akan dihumbankan kedalam Neraka kerana dosa dan kesalahan mereka ketika di dunia dan mereka tak sempat hendak bertaubat.
Jika kita berada dibarisan ke dua belas alhamdulillah kerana barisan ini sahaja akan terselamat daripada azab Allah s.w.t. dan kita akan dihisab dengan mudah dan akan meniti sirat seperti kilat dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Marilah sama-sama kita beristighfar, bertaubat dan berdo'a kepada Allah s.w.t semoga kita terpilih menjadi hamba Allah yang dirahmati dan diredhai, di ampunkan dosa-dosa kita dan dimasukkan kedalam barisan ke dua belas yang terselamat daripada siksaan api Neraka.
Orang yang Menyesal di Hari Kiamat
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
"Orang yang paling menyesal pada hari kiamat ialah lelaki yang ada peluang menuntut ilmu di dunia tetapi ia tidak mengambil kesempatan menuntutnya, dan lelaki yang mengajar ilmu kepada orang lain; lalu yang belajar darinya mendapat faedah dari ilmu itu sedangkan ia sendiri tidak mendapat apa-apa."
PENJELASANNYA
Hadis ini menggalakkan umat Muslimin supaya menggunakan segala kesempatan hidup di dunia untuk mempelajari ilmu-ilmu pengetahuan yang berguna kepada kehidupan keagamaan dan keduniaannya. Dengan ilmu pengetahuan yang betul, dapat dilakukan amalan-amalan ibadah yang betul. Amalan ibadah tanpa ilmu pengetahuan yang betul boleh menjerumuskan seseorang ke dalam bida'ah dan kekeliruan yang merosakkan agamanya.
Disamping itu ilmu pengetahuan boleh membuka ufuk pemikiran dan mendalamkan kesedaran dan keinsafan yang menguatkan keyakinan dan tauhidnya terhadap Allah s.w.t., dan dengan demikian akan meningkatkan darjatnya disisi Allah di hari kiamat kelak.
Hadis ini juga menggariskan satu panduan yang penting iaitu tujuan belajar ialah beramal sama ada ia seorang pelajar atau seorang guru, kerana amalan itu merupakan nilai ilmu dan nilai seseorang yang berilmu.
Kata pepatah Arab "Ilmu tanpa amal laksana pokok tanpa buah" alangkah ruginya seseorang guru yang tidak mandapat apa-apa guna dari ilmunya sedangkan orang yang belajar darinya memungut keuntungan -keuntungan yang abadi
Bersedekahlah Walaupun Hanya Separuh Kurma.
Dari Ady bin Hatim r.a. yang berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Tidak seorang pun di antara kamu sekelian, kecuali Tuhannya akan berbicara kepadanya besok di hari Qiyamat. Antara ia dan Tuhannya tidak ada penterjemah. Ia memandang suatu kebaikan, maka ia tidak melihat kecuali apa yang telah dipersembahkannya, dan ia memandang sesuatu yang buruk darinya, maka ia tidak melihat kecuali apa yang telah dilakukannya serta memandang apa yang ada di depannya, maka ia tidak melihat kecuali Neraka yang persis ada di depan wajahnya. Maka takutlah kalian kepada Neraka meski dengan hanya (bersedekah) separuh kurma, dan kalimat yang baik."
(Hadis Riwayat Muttafaq Alaih)
Ini sebuah ungkapan lain dari Rasulullah s.a.w yang menjelaskan, bahawa tidak ada satu pun dari umatnya kecuali akan diajak berbicara oleh Allah s.w.t., Tuhan semesta alam tanpa tirai. Diajak berbicara secara langsung oleh Zat Yang Maha Luhur hikmah-Nya serta Maha Agung pujian-Nya di hari Akhirat nanti.
Orang-orang yang beriman akan melihat segala kebaikan yang telah dilaksanakan semasa di dunia dahulu. Maka ia tidak melihat kecuali apa yang ia telah persembahkan dari amal soleh dan kebajikan. Ia melihat solatnya sebagai amal soleh, melihat zakatnya termasuk dalam amal kebajikan, melihat puasa, haji ada di hadapannya, melihat amal ma'aruf nahi anil mungkar, berbakti kepada ibu bapa, menjalinkan silaturahim, berbuat baik kepada tetangga dan menghormati tetamu, semuanya akan berada di hadapannya. Semua amal soleh dan amal kebaikan yang dilaksanakan dengan ikhlas akan di nilai dan di balasi oleh Allah s.w.t. dengan Syurga-Nya.
Untuk orang-orang yang derhaka dan membuat dosa, mereka akan melihat segala dosa dan kemungkaran yang telah mereka lakukan. Mereka adalah terdiri daripada penzina, pencuri, pembunuh, penderhaka kepada ibu bapa, orang yang menyakiti hati jirannya, pemakan harta anak yatim, tidak pernah bersyukur kepada Allah, mereka yang meninggalkan solat, puasa dan tidak mahu membayar zakat dan meminum arak. Dahulunya di dunia di gunakan lidahnya untuk mengumpat, memfitnah, mengadu domba, sumpah palsu dan menentang hukum Allah. Kakinya dahulu di gunakan untuk menuju ke tempat maksiat, tangannya dahulu di gunakan untuk mencuri dan mengambil rasuah.
Inilah keadaan orang-orang yang berdosa akan melihat Neraka yang menyala-nyala dihadapan mereka.Ketika ini segala penyesalan tidak berguna lagi. Seluruh anggotanya kecuali mulutnya, akan menceritakan satu persatu segalan amalan dan perbuatan dosa tuannya tanpa beselindung-selindung lagi. Setelah perhitungan dan timbangan amal di jalankan maka mereka akan di masukkan ke dalam Neraka sebagai balasan di atas kejahatan dan kemungkaran yang di laksanakan ketika di dunia.
Nabi s.a.w. menyatakan bahawa takutlah kepada Neraka itu walaupun hanya bersedekah dengan separuh kurma dan kata-kata yang baik. Maksudnya di sini kita digalakkan untuk banyak bersedekah dan membuat amal kebaikan sebanyak mungkin, semoga dengan sedekah ini dan kebaikan yang dilaksanakan akan dapat membantu kita ketika berhadapan dengan Allah s.w.t. di hari Qiyamat nanti.
Hari Akhirat : Alam Mahsyar
1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail dan beberapa malaikat yg lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”. Ini menunjukkan kebesaran dan keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa Padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.
5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta’ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
10. Terdapat satu kolam ( حوض ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama "Al-Kausar" yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari Syurga.
11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
1. Pemimpin yang adil.
2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di Padang Mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara berkata, “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta’ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta’ala. Lalu diperkenankan doa baginda.
14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
15. ‘Arasy ( عرش ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
16. Kursi ( كرسي ) iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib dan ‘Atid / Kiraman Katibin.
18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir dan munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
26. Syafaat Nabi Muhammad s.a.w. di akhirat :
a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
b. Memasukkan manusia ke dalam Syurga tanpa hisab.
c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari Neraka.
Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta’ala.
27. Para Nabi dan Rasul serta golongan Khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70,000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70,000 orang yang lain.
28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju Syurga melintasi Jambatan Sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya Neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
29. Fudhail bin Iyadh berkata, "Perjalanan di Sirat memakan masa 15,000 tahun. 5,000 tahun menaik, 5,000 tahun mendatar dan 5,000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api Neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya."
30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri Sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1,000 orang yang meniti Sirat, hanya seorang sahaja yang berjaya melepasinya, 999 orang akan terjatuh ke dalam Neraka.
Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
(Diambil dari website Jejari Access)
No comments:
Post a Comment