Saturday, February 15, 2014

ANAK YATIM

Menyayangi dan Berlemah Lembut Dengan Anak Yatim Adalah Akhlak Yang Terpuji



Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Islam telah mendorong pemeluknya agar memiliki akhlak mulia. Salah satu akhlak mulia itu adalah menyayangi dan berlemah lembut dengan  anak yatim. Sesungguhnya, anak yatim adalah manusia yang paling memerlukan pertolongan dan kasih sayang. Kerana ia adalah anak yang kehilangan ayahnya pada saat ia sangat  memerlukannya. Ia memerlukan pertolongan dan kasih sayang kita, kerana ia tidak mungkin mendapatkan kasih sayang ayahnya yang telah tiada.

Jika kalian melihat seseorang yang penyayangi dan berlemah lembut kepada anak yatim dan memberi pertolongan kepadanya, maka ketahuilah bahwa ia adalah seorang yang berbudi dan berakhlak mulia.

Suatu ketika Saib bin Abdullah r.a datang kepada Nabi S.A.W.  maka Nabi S.A.W.  bersabda kepadanya yang bermaksud : “Wahai Saib, perhatikanlah akhlak yang biasa kamu lakukan ketika kamu masih dalam kejahiliaan, laksanakan pula ia dalam masa keislaman. Jamulah tetamu, muliakanlah anak yatim, dan berbuat baiklah kepada jiran tetangga.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Dawud, Shohih Abu Dawud, Al-Albani )

Dalam sebuah atsar disebutkan riwayat dari Daud ‘alaihissalam, yang berkata maksudnya : “Bersikaplah kepada anak yatim, seperti seorang bapa yang penyayang.” 
(Hadis Riwayat Bukhari)

Sahabat yang dimuliakan,
Kasih sayang dan berbuat baik kepada anak yatim, sebagaimana yang telah di perkatakan kepada kalian, adalah sebagian dari akhlak orang mukmin yang mulia. Itu tidak boleh dilakukan kecuali oleh seorang mukmin yang mulia, yang menghimpun banyak budi pekerti mulia, yang mencintai kebajikan.

Abdullah bin Umar r.a tidak pernah memakan makanan kecuali dimeja makannya ada seorang anak yatim yang makan bersamanya. Jika kalian menjadi seorang yang penyantun, lemah lembut, dan mampu berbuat kebaikan kepada anak yatim, mengusap kepalanya dengan tangan dan menjamunya serta membuatkan perasaan gembira ke dalam hati mereka. Ketahuilah, jika kalian mampu melakukan kebaikan seperti itu sebenarnya kalian telah mendapat taufiq untuk melaksanakannya,  maka kalian benar-benar manusia yang beruntung. Yang berhak mendapat gelar “Seorang yang Berbudi”.

Masuk kedalam syurga adalah kejayaan yang paling tinggi yang diharapkan oleh orang-orang yang beriman. Nabi S.A.W. memberi jaminan bahawa sesiapa yang mengasuh dan berlemah lembut dengan anak yatim akan dapat bersama-sama Nabi S.A.W. disana. Itu adalah derajat yang akan diperolehi oleh orang  yang mengasuh dan berlemah lembut terhadap anak yatim  anak.

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Aku dan orang-orang yang mengasuh/menyantuni anak yatim di syurga seperti ini”, Kemudian baginda  memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengah seraya sedikit merenggangkannya.
(Hadis Riwayat Bukhari)

Imam Ibnu Bathal rahimahullah berkata : “Orang yang mendengar hadis ini wajib melaksanakannya, agar ia boleh menjadi sahabat Nabi S.A.W. di syurga."

Al-Hafizh Ibnu Hajar rahimahullah berkata : “Isyarat ini cukup untuk menegaskan  betapa dekatnya kedudukan pemberi layanan dan berlemah lembut kepada anak yatim  dengan kedudukan Nabi di syurga nanti, kerana tidak ada jari yang memisahkan jari telunjuk dengan jari tengah.”

Sahabat yang dikasihi,
Tahukah kalian, apa hasil yang akan diperoleh dengan sikap lemah lembut dan mengasihi anak yatim terhadap kebaikan ini ? Jika kalian termasuk orang-orang yang mampu, apakah  kalian pernah berfikir untuk menyantuni seorang anak yatim, sehingga kalian boleh menjadi sahabat Nabi S.A.W. di syurga?.

Untuk berbakti dan menyayangi anak yatim kalian tidak harus memiliki harta kekayaan yang banyak. Melainkan, siapa yang menjemput dan meraikan seorang anak yatim, memberinya makanan dengan makanan yang biasa dimakan dan  memberinya minum dengan minuman yang biasa di minumnya, maka ia akan memperoleh kedudukan tersebut.

Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud : “Barang siapa yang mengikut-sertakan seorang anak yatim diantara dua orang tua yang muslim, dalam makan dan minumnya, sehingga mencukupinya maka ia pasti masuk syurga.” (Hadis Riwayat Abu Ya'la dan Thabrani, Sahih At Targhib, Al-Albani)

Wujudnya ramai anak yatim di dunia ini adalah ujian untuk orang-orang mukmin, disinilah terbentang luas pahala yang besar jika kita faham dan yakin dengan janji-janji Allah S.W.T melalui Nabi S.A.W. Jika boleh janganlah melepaskan peluang keemasan ini perlu direbut kerana betapa besarnya pahala yang akan kita perolehi dihari akhirat nanti . Jika mempunyai wang berlebihan hulurkanlah bantuan kepada anak-anak yatim dirumah persendirian atau rumah-rumah anak yatim yang terdapat dimerata tempat dinegara kita.

Jika ada dikalangan kalian lelaki mukmin yang berhajat mencari jodoh jika ada dikalangan anak yatim perempuan yang solehah dan telah layak mendirikan rumah tangga, besar pahalanya jika kalian mengambilnya sebagai teman hidup. Perempuan yang pernah menjadi yatim piatu hatinya cukup mulia dan baik akhlaknya kerana pernah hidup susah tanpa kasih sayang ayah dan ibu menumpang kasih daripada penjaganya samaada saudara maranya atau pun penjaga rumah anak yatim.

Sahabat yang dikasihi,
Jika kalian mempunyai hati yang keras, maka menyantuni anak yatim merupakan satu cara boleh melembutkan hati menjadi lembut . Ia adalah ubat yang diwasiatkan oleh Nabi S.A.W. yang telah diutus dengan membawa petunjuk dengan kebenaran .

Diriwayatkan oleh Abu Darda' r.a  yang berkata : “Ada seorang laki-laki yang datang kepada Nabi S.A.W. mengeluhkan kekerasan hatinya. Nabipun bertanya : sukakah kamu, jika hatimu menjadi lunak dan keperluanmu erpenuhi ? Kasihilah anak yatim, usaplah mukanya, dan berilah makan dari makananmu, nescaya hatimu menjadi lunak dan keperluanmu akan terpenuhi.”
(Hadis Riwayat Thabrani, Targhib, Al Albaniy : 254)

Sesungguhnya, mengasihi anak yatim merupakan sarana untuk melunakkan hati dan akan dapat memenuhi keperluan kita. Sebab, orang yang mengasihi anak yatim telah meletakkan diri seperti ayahnya. Seorang ayah, secara fitrah memiliki sifat sayang dan mengasihi anak-anaknya. Adapun orang yang mengasihi anak yatim memiliki satu sifat lain, iaitu mengasihi anak yang bukan anak kandungnya.

Barang siapa keadaannya seperti itu maka dihatinya terhimpun sarana-sarana yang boleh melembutkan hatinya, sekalipun sebelumya merupakan hati yang keras.

Tidak diragukan lagi ini merupakan ubat yang mujarab. Kalian tidak akan pernah mendapati orang yang menyantuni anak yatim, kecuali pasti memiliki hati yang pengasih. Kebalikan dari ini, kalian tidak akan menjumpai seorang pun yang tidak mengasihi anak yatim, kecuali ia memiliki hati yang keras dan berakhlak buruk.

Manfaat lain dari tindakan mengasihi anak yatim yang telah dinyatakan oleh Nabi S.A.W.  kepada seorang yang bertanya kepada baginda . Sesungguhnya, orang yang berbuat kebaikan kepada anak orang lain adalah orang yang telah memasukkan rasa gembira dihati mereka. Tidak diragukan lagi, Allah pasti tidak akan menyia-nyiakannya, kerana Allah S.W.T.  Maha Pengasih dan Mencintai semua orang yang pengasih.

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Orang-orang yang pengasih, akan dikasihi oleh Ar Rahman (Yang Maha Pengasih) Tabaaroka wa ta’ala. Kasihilah siapa yang ada dibumi nescaya engkau dikasihi oleh yang di langit.” (Hadis Riwayat Abu Dawud, Tirmidzi dan lain-lain. As silsilatu shohihah)

Kasihilah anak yatim, nescaya Allah akan memperbaiki urusan dunia dan akhiratmu.

Berbuat baik kepada anak yatim, terdapat beberapa cara :

1.  Memberinya makan dan pakaian, serta menanggung keperluan-keperluan asasnya .

2.  Mengusap kepalanya serta menunjukkan kasih sayang kepadanya. Tindakan ini akan mempunyai pengaruh besar terhadap kejiwaan anak yatim. Ibnu Umar r.a  jika melihat anak yatim, beliau mengusap kepalanya dan memberinya sesuatu.

3. Membiayai sekolahnya, sebagaimana seseoang  ingin menyekolahkan anaknya.

4. Mendidiknya dengan ikhlas, sebagaimana keikhlasanya dalam mendidik anak kandungnya sendiri.

5. Jika ia melakukan sesuatu perbuatan yang patut di beri hukuman maka bersikap lemah-lembut dalam mendidiknya.

6. Bertakwa kepada Allah dalam mengelola harta anak yatim, jika anak yatim itu mempunyai harta kekayaan. Jangan sampai hartanya di habiskan . Sebaliknya, hartanya harus di jaga, sehinga ketika ia telah dewasa, harta tersebut dikembalikan kepadanya.

7. Mengembangkan harta anak yatim dan bersikap ikhlas di dalamnya, sehingga hartanya tidak habis oleh zakat.

Sahabat,
Inilah beberapa gambaran tentang cara berbuat baik kepada anak yatim. Berbuat baik kepada anak yatim tidak hanya diperintahkan kepada orang-orang tertentu, akan tetapi setiap muslim diperintahkan untuk itu sebagaimana ia diperintahkan untuk melaksanakan semua amal yang baik dan soleh.

Jika Allah ta’ala mengetahui ketulusan niat seorang hamba, nescaya Dia akan membantunya dalam melaksanakan perbuatan baik. Maka, hendaklah kalian berkeinginan kuat untuk melasanakan amal-amal soleh walaupun baru sekedar berniat di hati sampai suatu masa Allah memberikan kesempatan kalian untuk melakukan amal solih.

Sungguh, tidak ada orang yang lebih lemah daripada orag yang tidak mampu menyelinapkan niat di hatinya untuk melasanakan amal-amal soleh.

Berbuatlah baik kepada anak yatim, selain merupakan akhlak yang mulia yang diserukan oleh Islam, ia juga hanya dilaksanakan oleh orang-orang yang berhati penyayang dan berjiwa bersih. Masyarakat muslim, adalah masyarakat yang diikat oleh ajaran-ajaran mulia yang diserukan oleh Islam.

Ia adalah masyarakat yang telah digambarkan oleh Nabi S.A.W. dalam penggambaran baginda yang indah sabdanya yang bermaksud: “Engkau melihat orang-orang beriman itu dalam hal kasih sayang dan saling mencintai di antara mereka, adalah seperti satu tubuh, jika ada satu organ yang mengeluh (sakit), maka seluruh tubuh akan merasakan sakit dengan tidak tidur dan panas.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Anak yatim adalah sebahagian dari masyarakat muslim itu. Ia berhak terhadap apa yang menjadikan hak anggota masyarakat muslim lainnya, dan berkewajiban sebagaimana kewajiban masyarakat anggota muslim lainnya. Seluruh kaum muslimin wajib berbuat baik kepada anak yatim, menyantuninya, dan menggantikan kasih sayang ayahnya, serta memberikan kepadanya apa yang biasa mereka berikan kepada anak-anak dan istri mereka.

Tidaklah sukar bagi kalian untuk menjemput seorang anak yatim, memberi makanan seperti yang biasa kalian makan sehari-hari, memberi pakaian seperti pakaian yang biasa kalian pakai, dan menjadikannya sebagai salah seorang anak kalian.

Hendaklah, perbuatan baik kalian ini didasarkan niat tulus untuk mencari reda Allah S.W.T.  Dengan harapan, kalian boleh menjadi salah seorang dari mereka yang digambarkan oleh Allah S.W.T. dalam firman-Nya yang bermaksud  : “Dan merka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang ditawan. Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keredaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih. Sesungguhnya kami takut akan (adzab) Tuhan kami pada suatu hari yang (dihari) orang-orang bermuka masam penuh kesakitan. Maka Allah memelihara mereka dari kesusahan hari itu, dan memberikan kepda mereka kejernihan (wajah) dan kegembiraan hati. Dan Dia memberi balasan kepada mereka karena kesabaran mereka (dengan) surga dan (pakaian) sutra.” (Surah al-Insan ayat  8-12)

Semoga Allah memberikan taufiq kepada kita semua dan mampu mendidik hati kita supaya  kita menjadi hamba Allah yang beriman dan bertakwa dan sentasa mematuhi arahan-Nya salah satunya adalah mengasihi dan membantu anak-anak yatim.

Terdapat beberapa hadis lain yang menceritakan kebaikan mengasihi dan menolong anak-anak yatim :

1." Aku dan pengasuh anak yatim (kelak) di syurga seperti dua jari ini."
(Hadis Riwayat Bukhari)

Penjelasan: Rasulullah S.A.W.  menunjuk jari telunjuk dan jari tengah dan merapatkan keduanya.

2. "Sebaik-baik rumah kaum muslimin ialah rumah yang terdapat di dalamnya anak yatim yang diperlakukan (diasuh) dengan baik, dan seburuk-buruk rumah kaum muslimin ialah rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim tapi anak itu diperlakukan dengan buruk."
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

3. "Aku dan seorang wanita yang pipinya kempot dan wajahnya pucat bersama-sama pada hari kiamat seperti ini (Nabi Saw menunjuk jari telunjuk dan jari tengah). Wanita itu ditinggal wafat suaminya dan tidak mau kawin lagi. Dia seorang yang berkedudukan terhormat dan cantik namun dia mengurung dirinya untuk menekuni asuhan anak-anaknya yang yatim sampai mereka kawin (berkeluarga dan berumah tangga) atau mereka wafat."
(Hadis Riwayat Abu Dawud dan Ahmad)

4. "Harta-benda anak yatim tidak terkena zakat sampai dia baligh."
(Hadis Riwayat Abu Ya'la dan Abu Hanifah)

5. "Tidak disebut lagi anak yatim bila sudah baligh".
(Hadis Abu Hanifah)

6. "Demi yang mengutus aku dengan hak, Allah tidak akan menyeksa orang yang mengasihi dan menyayangi anak yatim, berbicara kepadanya dengan lembut dan mengasihi keyatiman serta kelemahannya, dan tidak bersikap angkuh dengan apa yang Allah anugerahkan kepadanya terhadap tetangganya. Demi yang mengutus aku dengan hak, Allah tidak akan menerima sedekah seorang yang mempunyai kerabat keluarga yang memerlukankan santunannya sedang sedekah itu diberikan kepada orang lain. Demi yang jiwaku dalam genggamanNya, ketahuilah, Allah tidak akan memandangnya (memperhatikannya) kelak pada hari kiamat".
(Hadis Riwayat Ath-Thabrani)

7. "Barangsiapa menjadi wali atas harta anak yatim hendaklah diperkembangkan (diperdagangkan) dan jangan dibiarkan harta itu susut karena dimakan sedekah (zakat). "
(Hadis Riwayat al-Baihaqi)

No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML