اللهم صل على سيدنا محمد و على اله و صحبه و بارك و سلم
Allah berfirman, "Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanafaat bagi orang-orang yang beriman." [AzZariyat: 55]
Ziarah Kubur
Dari Anas bin Malik bahawa Nabi saw. bersabda, "Aku dahulu melarang kamu menziarahi kubur, sekarang ziarahilah kerana ia dapat melembutkan hati, mengalirkan air mata dan mengingatkan kepada akhirat dan janganlah kamu berkata perkara yang tidak baik". (HR al-Hakim)
Abu Said al-Khudri berkata Rasulullah saw. bersabda, "Sesungguhnya aku dahulu melarang kamu menziarahi kubur, sekarang ziarahilah, kerana padanya terdapat pengajaran". (HR Ahmad dan al-Hakim)
Nabi saw. bersabda, "Aku dahulunya menghalang kamu dari menziarahi kubur maka sekarang ziarahilah kubur kerana ia boleh menjadikan kamu zuhud terhadap dunia dan mengingati akhirat". (HR Ibnu Majah)
Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw. bersabda, “Ziarahilah kubur kerana ia akan mengingatkan kamu kepada kematian.” (HR Muslim).
Dari Sulaiman bin Buraidah dari ayahnya (Buraidah), Nabi saw. mengajarkan kepada mereka (para sahabat) apabila menziarahi perkuburan hendaklah ucapkan : "Salam sejahtera wahai penghuni kubur dari kalangan mukminin dan muslimin, sesungguhnya kami insya Allah akan menyusuli kamu semua, kami mohon keselamatan daripada Allah untuk diri kami dan untuk kamu semua". (HR Muslim)
Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment