Amalan-amalan sunat ketika Qiamullail
Qiamullail - Penjana Jati Diri Mukmin
Mukaddimah
Fizikal, intelek, emosi dan rohani merupakan aspek utama dalam diri setiap insan. Fizikal dibina dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Akal pula dibina dengan menuntut ilmu. Manakala emosi pula dibina dengan mendidik dan membentuk hati supaya tergolong dalam kriteria mahmudah dan dijauhkan daripada sifat mazmudah. Rohani pula dapat dibina dengan memperbanyakkan Ibadan ruhiyyah ikhlas semata-mata kerana Allah.
Oleh itu Qiamullail merupakan salah satu cara membina rohani yang mantap dan seterusnya menjadi penjana jati diri setiap mukmin. Usaha ini tentunya memerlukan azam, kekuatan, ketabahan dan pengorbanan kerana nafsu, iblis dan tenteranya sentiasa berusaha memenuhi ruang dan peluang yang ada.
Pengertian
Qiamullail ialah bangun pada waktu malam (menghidupkan malam) dengan beribadat kepada Allah seperti bersolat, membaca al-Quran dan berzikir semata-mata mengharap keredhaan Allah.
Sejarah Qiamullail
Pada awalnya Qiamullail wajib bagi Rasulullah dan para sahabat. (Lihat surah al-Muzammil 1-10). Namun setelah setahun disyariatkan amalan itu menjadi sunat muakkad bagi setiap Umat Islam. Namun ia tetap wajib ke atas Nabi Muhammad S.A.W. (lihat surah al-Muzammil 20)
Hikmah Qiamullail
◊ Meningkatkan keimanan individu
◊ Meninggikan darjat di sisi Allah
◊ Dapat beribadah dengan lebih khusyuk
◊ Mendidik jiwa bersyukur dengan nikmat kesihatan dan nikmat waktu malam yang tenang
◊ Melatih diri menjadi insan bertakwa
◊ Melatih diri memperbanyakkan amalan sunat
◊ Mendidik jiwa melawan nafsu dan syaitan
◊ Menyedari bahawa manusia dicipta untuk beribadah
◊ Melatih diri mengharap keredhaan Allah
◊ Memberi ketenangan jiwa (emosi)
◊ Memberi kesihatan (fizikal)
◊ Menajamkan akal fikiran
◊ Meneguhkan kekuatan rohani
◊ Menambahkan rasa kekerdilan di sisi Allah dan bertawakkal kepada-Nya
◊ Melatih diri bersikap khauf (takut) dan roja’ (berharap) kepada Allah
◊ Dan lain-lain lagi hikmah ganjaran Allah untuk hamba-Nya yang ikhlas dan istiqamah
Kelebihan Qiamullail
◊ Dimakbulkan doanya dan masin perkataan
◊ Tenang hati dan fikirannya
◊ Dimurahkan rezeki
◊ Dihormati masyarakat
◊ Dilindungi Allah daripada khianat manusia
◊ Jika dia pemimpin, dia akan disegani
◊ Dan banyak lagi (Perlu difahami bahawa segala kelebihan adalah nikmat Allah bergantung kepada rahmat Allah. Allah berhak mengurniakan apa sahaja yang dikehendakiNya).
Waktu-Waktu Qiamullail
Waktu untuk solat malam ialah selepas Isya’ sehingga sebelum masuk Subuh. Bagi solat Tahajjud, kita digalakkan untuk tidur dahulu walaupun seketika.
Waktu yang paling utama ialah sepertiga malam terakhir.
Nabi S.A.W bersabda maksudnya : “ Puasa yang lebih disukai oleh Allah ialah puasa Nabi Daud dan solat yang disukai oleh Allah ialah solat Nabi Daud. Baginda tidur pertengahan malam, bangun sepertiganya (solat) lalu tidur seperenamnya. Baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari.”(Hadis Riwayat Jamaah selain At-Tirmizi)
Panduan Bangun Awal
◊ Makan malam awal (sebelum Maghrib) dan tidak makan makanan yang berat selepas waktu Isya’.
◊ Tidak bekerja terlalu penat pada waktu siang
◊ Elakkan diri daripada melakukan maksiat
◊ Berniat ikhlas mengharap keredhaan Allah
◊ Membaca tiga ayat terakhir surah al-Kahfi dan niatkan dalam hati agar dapat bangun pada waktu yang diniatkan
◊ Mematuhi adab-adab tidur
Adab-adab Qiamullail
◊ Berniat sebelum tidur untuk Qiamullail
Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : ” Barangsiapa yang tidur sedang dia berniat akan bangun untuk bersolat di malam hari, tetapi dia terus tertidur hingga pagi, ditulis baginya apa yang telah diniatkannya dan tidurnya itu merupakan rahmat Allah kepadanya.”
(Hadis Riwayat an-Nasai dan Ibn-Majah Sanad Dahih dairpada Abu Darda’ R.A.)
◊ Tidur mengikut adab-adab yang digariskan
◊ Berdoa, bersuci, bersugi, berwudu’ dan memakai pakaian bersih setelah bangun daripada tidur.
◊ Keluar dan memandang ke langit lalu berdoa (rujuk buku panduan Qiamullail) dan membaca sepuluh ayat terakhir surah Ali-Imran.
◊ Memulakan solat malam dengan solat dua rakaat yang ringan, selepas itu solatlah seberapa banyak yang disukai.
◊ Membangunkan dan mengajak ahli keluarga dan rakan-rakan turut serta berQiamullail.
Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “ Apabila seseorang membangunkan isterinya di malam hari lalu kedua-duanya bersolat/bersolat dua rakaat bersama-sama, ditulislah baginya dalam golongan orang-orang yang mengingati Allah.”
(Hadis Riwayat Abu Daud Sanad Sahih daripada Abu Hurairah R.A.)
◊ Menghentikan solat dan tidur apabila mengantuk dan teruskan apabila hilang perasaan mengantuk.
◊ Beribadah sekadar yang mampu lalu dikekalkan (istiqamah) dan jangan ditinggal kecuali darurat.
◊ Muhasabah diri berkenaan amalan dan perjalanan hidup kita sepanjang hari.
Amalan-amalan sunat ketika Qiamullail
◊ Solat sunat Tahajjud
Firman Allah S.W.T. maksudnya : “ dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam dan kerjakanlah solat tahajjud sebagai solat tambahan bagimu. Semoga tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari qiamat di tempat yang terpuji.”(Surah Al-Isra’ ayat 79)
Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “ Sebaik-baik solat selain daripada solat fardhu ialah solat malam.” (Hadis Riwayat Muslim)
◊ Solat sunat tasbih, taubat, istikharah, hajat, mengqada’ solat fardhu, solat mutlak dan solat sunat yang lain.
◊ Solat witir
◊ Berzikir, bertasbih dan bertahmid
◊ Membaca al-Quran
◊ Dan amalan-amalan lain seperti muhasabah dan memikirkan keagungan dan kekuasaan Allah.
Penutup
Qiamullail merupakan sunnah Nabi, amalan para shiddiqin, orang-orang soleh dan golongan yang mengakui kehinaannya di sisi Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang dan sebaik-baik ganjaran, nikmat dan rezeki hanyalah Allah S.W.T.
Adakah kita tidak menyedari keutamaan mencontohi sunnah Rasulullah S.A.W? Adakah kita lupa kadar peratusan dosa dan maksiat yang tidak terhingga banyaknya dalam buku catatan di kiri dan kanan kita? Adakah amalan kita sudah mengatasi amalan para ’abid yang bermujahadah dengan ibadah malam mereka? Adakah kita lupa bahawa hanya amalan dan takwa yang menjadi bekalan pada masa yang telah dijanjikan itu?
Marilah kita bersama-sama berusaha mempertingkatkan keilmuan, keimanan, ketaqwaan dan amalan kita agar kita sentiasa di bawah perlindungan dan insyah Allah S.W.T. dan seterusnya menghayati dan merealisasikan wawasan khoiru ummah dan menjadi khalifah yang menepati segala amanah yang dipikul. Masa depan agama bangsa dan negara di tangan kita dan generasi yang akan datang merupakan amanah kepada kita.
Dan mampukah kita menjawab di hadapan Allah tentang keburukan, kemungkaran, kemaksiatan dan kelemahan yang diwariskan kepada generasi akan datang, yang mana kita turut mendapat bahagian dalam saham yang besar nilainya ini? Fikirkan dengan mata hati yang sentiasa dilimpahi nur Ilahi....
Sahabat yang dirahmati Allah,
Orang mukmin hati dan jiwanya sentiasa cinta dan kasih kepada Allah SWT. Dalam hidupnya tidak ada tempat lain untuk diserahkan jiwa dan raganya melainkan kepada Allah SWT , iman dan tawakalnya, pergantungan dan harapannya , doa dan munajatnya seratus peratus diserahkan kepada Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Di dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW terdapat wasilah untuk seorang mukmin sentiasa istiqamah dan berkekalan hubungan hatinya dengan Allah SWT iatu dengan qiyamulalil diwaktu malam hari.
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Hendaklah kamu qiamlalil (solat malam), kerana sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, dan mendekatkan diri kepada Allah, mencegah dari perbuatan dosa, dan menutupi dosa atau kejahatan-kejahatan dan mengusir penyakit dari badan.”
( Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Hakim dan Baihaqi.)
Terdapat 10 kebaikan dan hikmah qiyamulalil iaitu :
Pertama : Pahala mereka tidak terhalang.
Firman Allah SWT bermaksud: "Mereka itu tidak sama; di antara ahli kitab itu ada golongan yang berlaku lurus, mereka membaca ayat-ayat Allah pada beberapa waktu di malam hari, sedang mereka juga bersujud (solat). Mereka beriman kepada Allah dan hari penghabisan, mereka menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah daripada yang mungkar dan bersegera kepada (mengerjakan) sebagai kebajikan; mereka itu termasuk orang-orang yang soleh. Dan apa saja kebajikan yang mereka kerjakan, maka sekali kali mereka tidak dihalangi (menerima pahalanya) dan Allah Maha Mengetahui orang-orang yang bertakwa." (Surah Ali Imran ayat 113 - 115)
Kedua : Memperoleh kenikmatan di dalam syurga.
Firman Allah SWT bermaksud: "Katakalah : 'Inginkah aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu? Untuk orang-orang yang bertakwa (kepada Allah), pada sisi Tuhan mereka ada syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai; mereka kekal didalamnya. Dan ada pula isteri-isteri yang disucikan serta keredaan Allah: Dan Allah Maha Melihat akan hambaNya. Iaitu orang-orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami dari seksa neraka. Iaitu orang-orang yang sabar, yang benar, yang tetap taat, yang menafkahkan hartanya di jalan Allah dan memohon ampun di waktu sahur." (Surah Ali Imran ayat 15 - 17)
Ketiga : Allah SWT mengangkat orang beribadah di waktu malam di tempat yang terpuji.
Firman Allah SWT bermaksud: "Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan dirikanlah pula solat subuh. Sesungguhnya solat subuh itu disaksikan oleh Malaikat." "Dan pada sebahagian malam hari solat tahajudlah kamu, sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji." (Surah Al Isra' ayat 78 - 79)
Keempat : Mempunyai sifat kemuliaan hati dan menghormati orang lain.
Firman Allah SWT bermaksud: "Dan hamba-hamba yang baik dari Tuhan Yang Maha Penyayang itu ialah orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang mengandungi keselamatan. Dan orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka." (Surah al Furqan ayat 63 - 64)
Kelima : Orang yang bangun dan beribadah di malam hari tidak menyombongkan diri.
Firman Allah SWT bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami, adalah orang-orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami, mereka bersyukur dan sujud dan bertasbih serta memuji Tuhannya, sedang mereka tidak menyombong diri. Lambung atau perut mereka jauh dari tempat tidurnya, sedang mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan harap, dan mereka menafkahkan sebahagian dari rezeki yang kami berikan kepada mereka. Seseorangpun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu bermacam-macam nikmat yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan." (Surah as Sajadah ayat 15 - 17)
Keenam : Memperoleh keberuntungan dan mendapat rahmat dari Allah SWT.
Firman Allah SWT bermaksud: "(Apakah kamu hai orang-orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang beribadat di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada azab akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran. (Surah Az Zumar ayat 9)
Ketujuh : Mempunyai sifat kesabaran.
Firman Allah SWT bermaksud: "Maka bersabarlah kamu terhadap apa yang mereka katakan dan bertasbihlah sambil memuji Tuhanmu sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya. Dan bertasbihlah kamu kepadaNya di malam hari dan setiap selesai sembahyang." (Surah Qaaf ayat 39 - 40)
Kelapan : Senang berkorban dan membantu orang-orang miskin.
Firman Allah SWT bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman (syurga) dan di mata air-mata air. Sambil mengambil apa yang diberikan kepada mereka oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah. Dan pada harta-harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat kebahagiaan." (Surah Az Zariyat ayat 15 - 19)
Kesembilan : Tabah dalam menunggu ketetapan dari Allah SWT.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan bersabarlah dalam menunggu ketetapan Tuhanmu, maka sesungguhnya kamu berada dalam penglihatan Kami, dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu ketika kamu bangun berdiri. Dan bertasbihlah kepadaNya pada beberapa saat di malam hari dan di waktu terbenam bintang-bintang (di waktu fajar). (Surah Ath Thur ayat 48 - 49)
Kesepuluh : Bangun di waktu malam untuk beribadah lebih berkesan dan khusyuk.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Hai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah untuk solat di malam hari, kecuali sedikit daripadanya, iaitu seperduanya, atau kurangilah dari seperdua itu sedikit, atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah al-Quran itu dengan perlahan-lahan. Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat. Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusuk) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan."
(Surah al Muzzammil ayat 1 - 6)
Sahabat yang dimuliakan,
Berdasarkan ayat-ayat Allah SWT di atas jelaslah kepada kita betapa besarnya kebaikan, ganjaran dan hikmah yang akan dikurniakan oleh Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang bangun diwaktu malam untuk qiyamulalil dan solat tahajud, berdoa dan bermunajat kepada Tuhan Rabbul Jalil. Inilah ciri-ciri ahli syurga dan ciri-ciri mukmin yang mendapat rahmat dan kasih sayang Allah SWT ketika di dunia ini. Oleh itu jadikanlah qiyamulalil sebagai ibadah tambahan yang akan mendekatkan diri kita kepada Allah SWT dan untuk mendapat balasan syurga di akhirat nanti.;

No comments:
Post a Comment